KES NAYA LAGI: Kisah Graf Misteri – Yang Mana Satu Pilihan Kalbu atau Dah jadi Kelabu Asap?


DISCLAIMER / PENAFIAN

 
Sebelum memberikan apa apa komen saya ingin membuat disclaimer ini bahawa segala pendapat, analisa dan kesimpulan yang diutarakan disini adalah berdasarkan kepada dokumen dokumen yang telah diserahkan kepada saya oleh sumber saya dan seandainya ada dokumen lain yang tiada dalam simpanan saya yang boleh menyangkal pendapat ini, sila utarakan supaya ia boleh dibincangkan secara professional. Ini adalah perbincangan bebas. Kes ini bukan dalam perbicaraan dan Penghakiman (kalau ada) telah pun tamat tempoh pelaksanaannya iaitu telah melebihi 12 tahun. Kita hanya mencari keadilan disini.

Dah. Habis dah disclaimer atau penafian. Kita boleh mula sekarang…

Beberapa hari lepas saya telah mengeluarkan satu graf dan memberi masa untuk anda semua meneka apakah yang diwakili oleh graf seperti dibawah ini:

 

graftekateki

 

Syabas saya ucapkan kepada anda semua atas penyertaan (dan kesabaran) anda. Jawapan anda semuanya boleh diterima memandangkan tiada label dibahagian sebelah kiri bagi nombor nombor yang tertera dan juga tiada label tentang apa yang mewakili tarikh tarikh tersebut.
 
Berikut adalah beberapa andaian yang telah dibuat.
 
1) “Seven years cycle” iaitu kitaran ekonomi dari merudum hingga naik dan merudum semula. Turun naik graf memang menunjukkan yang sedemikian (kebetulan pulak) mengikut tarikh yang diberikan tetapi untuk apa pula dengan angka yang berakhir dengan”.00″ seperti yang telah di nyatakan oleh Tuan Ky Lee. (pemerhatian yang tajam)
 
2) “Carta Muflis” yang kurang tepat kerana bilangan Muflis meningkat setiap hari dengan nisbah yang lebih tinggi dari yang mendapat pelepasan atau discharge
 
3) Cik/Puan @Nurliyana Abdullah mengatakan ia adalah “graf hutang….Org yg buat loan atau berhutang ni, hutang dia xkurang2 walaupun tiap2 tahun bayar sbb interest makin naik?? So hutang tu x bergerak..maintain je” Syabas tetapi bak kata omputeh “Close, but not close enough” Satu pemerhatian yang baik.
 
4) Ada pulak kawan kawan yang mengusik “Tuan Abu Ammar income per month la…but do not know yet…..RM or rupiah….kikiki” Good try but waaay of target Tuan Idries. 🙂
 
5) Tak kurang juga yang dah naik angin yang mengatakan “Sy tau .. sy tau ..ini mesti duit akaun anda main forex kan?
Apa daa… nk citer benda simple pun nk tunggu like .. bosan lah .. (Anyway, ini bukan benda yang simple Tuan, it is complicated. Saya tak tunggu “like” itu joke saja. “Like” tak “like” cerita ni tetap akan keluar)
 
Anyway, to cut a long story short, graf ini mewakili beberapa perkara:
 

  1. Penganiayaan terhadap peminjam.
  2. Kitaran ekonomi (kemeleSETAN – pertumbuhan – kemeleSETAN) yang sebenarnya adalah “by-design” iaitu memang acuannya berasaskan RIBA/Faedah yang menjurus kepada nombor (1)
  3. Baki yang berbeza beza tetapi bukan atas sebab RIBA/Faedah/Interest secara langsung tetapi kekeliruan yang timbul dari sistem dalam Bank itu sendiri hasil pengambilalihan dan pengendalian rekod hutang dari institusi yang lain yang terpaksa di”beli” atau yang telah di”jual” kerana sudah Bankrap kesan dari kemeleSETAN ekonomi tahun 1997 dan hampir sepanjang tempoh tersebut TIADA bayaran dibuat sehingga 26hb MAc 2010!

 

Sumber graf ini adalah dari data data berikut:

 

GRAFHAZLEENA

 

Graf yang lengkap adalah seperti ini:

 

graftekatekijawapan

 

Kalau anda nak tahu, ini adalah jumlah baki hutang bagi pinjaman sebuah kereta dari tahun 1998 hingga sekarang yang Bank sendiri pun keliru dengan jumlah sebenar tetapi masih mengeluarkan penyata demi penyata yang bercanggahan antara satu sama lain. Cerita ini sudah ada dibahagian Forum tetapi ramai yang tidak sedar akan “kehadirannya” dan ke”gila”annya.

Apabila saya melihat begitu banyak surat/penyata yang memberikan baki yang berbeza saya cuba memasukkannya kedalam suatu jadual (seperti diatas) supaya senang nak tengok dan saya dapati satu corak turun naik yang menarik dengan tarikh tarikh yang agak “strategik”. Secara “suka suka” saya tukarkan data kepada bentuk graf dan itulah hasil yang anda semua lihat. Kita ulang tayang semula soalan asal dan jawapan saya dan kita akan lihat dokumen dokumen yang ada satu persatu supaya tiada tuduhan cerita ini adalah rekaan semata mata.

 

SOALAN ASAL

 
Aruah suami beli kereta guna nama saya pada tahun 1997. Kereta telah tertunggak dan saya sudah ke Mahkamah. Hutang dengan KBB Finance.

Menurut pertuduhan kenderaan telah ditarik balik dan telah dijual pada 1 sep 1998 untuk harga RM26000 meninggalkan baki 33,672.35.yang kena bayar pada 30/9/1998. Saya ada buat rayuan kepada KBB tetapi tidak mendapat jawapan dan tiada lansung surat diterima.

Pada 19/6/2002 saya terima surat dari KBB untuk repossess kereta dan saya tidak ambil apa-apa tindakan sebab kereta mana ada lagi dan masa tu pulak tengah susah.

Pada 31/01/2010 saya dapat surat dari Maybank memberi option untuk penyelesaian hutang. Baki setakat 31/01/2010 RM62,520.12. Kemudian dapat satu lagi surat tarikh 31/01/2010 tarikh sama juga baki setakat 31/08/2010 RM 31,708.36.Saya diminta buat bayaran ansuran RM200 sebulan.

Saya minta dan tulis surat kepada bank berapa sebenarnya hutang saya tapi tak dapat jawapan dan hubungi pihak bank jawapannya tak dapat bagi sebab kes tu KBB punya. Pegawai tu cakap asal saya bayar tak kena bankrapsi Setiap kali saya bayar statement saya minta keluar jumlah macam saya masih pakai kereta tu dan bayaran pulak untuk tahun 1999. Saya start bayar dari 2010 hingga 2013. Saya stop ada masalah kewangan.

Tahun 2015 saya dapat kerja dan buat loan kereta baru CTOS Clear loan dah lulus keretapun dah pakai bulan Jun. Last saya dapat surat dari Maybank beritahu kes saya dah serah pada agen surat tak bertarikh tapi rasanya saya terima pada tahun 2013. Tiada surat menyurat sehingga abang saya col dia nak dikenakan tindakan bankrapsi sebab dia penjamin.

Masalahnya kenapa saya tak dapat surat. Alamat saya tetap. Apa saya perlu buat semua surat saya ada simpan.  Berapa sebenarnya hutang saya . Diorang suruh bayar last surat kepada agen hutang RM65,990.84…tolong saya . Mohon nasihat. Terima kasih

 

JAWAPAN DALAM FORUM

Assalamualaikum

Setelah meneliti dokumen dokumen yang diberikan, analisa awal adalah seperti berikut (seperti yang Puan telah terangkan tapi secara ringkasan)

Baki sehingga 1hb September 1998 – RM33,672.35 (Dalam dokumen Saman)

 

SuratNo-2 SuratNo-3 SuratNo-4

 

Ini Surat KBB bertarikh 9hb February 2001 – Baki sehingga 31hb December 2001 – RM40,382.91 (PULAK!)

 

SuratNo-6

 

KBB Fourth Schedule Baki sehingga – 19hb June 2002 – RM39,340.41 (Kereta dah kena tarik, dah jual, ada Fourth Schedule LAGI!!! Reti ke tidak buat kerja ni? Yang buat silap macam ni kita panggil “zombie” menonong je ..)

 

SuratNo-7

 

Surat Maybank bertarikh 7hb Januari 2008 – Baki sehingga 30 Nov 2007 – RM56,815.77 (NAIK BALIK?)

 

SuratNo-8

 

Surat Maybank bertarikh 31hb Januari 2010 – Baki sehingga 31 October 2009 RM31,700.30 (TURUN PULOK!)

 

SuratNo-10

 

Surat Maybank bertarikh 31hb Januari 2010 – Baki sehingga 31hb Januari 2010 – RM62,520.12 (NAIK PULOK DOH!)

 

SuratNo-11

 

Surat Maybank bertarikh 4hb March 2010 – Baki sehingga 19hb Februari 2010 – RM63,006.25 (NAIK LAGI? INTEREST KUT)

 

Surat No-12

 

Surat Maybank bertarikh 5hb October 2010 -Baki sehingga 30hb Ogos 2010 – RM62,006.25 (AIK! TURUN BALIK?)

 

SuratNo-13

 

Surat Maybank bertarikh? – rujukan kepada KOO TIP & HOO TANG  Sdn Bhd – RM65,990.84 (Lepas ni Agen mungkin “bagi Diskaun sempena Hari Merdeka” atau apa apa “Hari Istimewa” RM30,000 kerana sifat prihatin – Bagi diskaun tapi “balance” maintain RM30,000 keatas supaya boleh buat Bankrapsi kalau tak bayar)

 

Surat No14

 

 

Resit “Instalment Paid” RM500 untuk April 1999 hingga May 1999 pada 26 Mar 2010 outstanding balance RM31,255.96 beserta dengan printout dari software Hire Purchase KBB yang alama yang masih “menganggap” akaun macam biasa seperti tiada apa apa yang berlaku… Harus diingat kereta telah dijual pa 1hb September 1998 dan Penghakiman dianggap sudah berkuatkuasa semenjak 3hb Mac 1999.

 

SuratNo-15

Nota: Mungkin juga internal software bagi Bank.

 

YANG MANA SATU PILIHAN KALBU?

Saya faham bahawa bukan mudah untuk “mewarisi” suatu “tahi” akaun hutang lapuk lebih lebih lagi daripada institusi yang lain yang telah kena “jual”. Kita terpaksa menerima fail dan dokumen dokumen “seadanya” dan terpaksa juga “reconstruct” atau membina semula cerita dan baki dari mula hingga ke tarikh fail mula diambilalih. Setelah fakta telah jelas berdasarkan siasatan dan bukti dokumen yang kukuh, itulah baki yang akan digunakan  untuk proses kutipan yang seterusnya.

Harus diingat bahawa ulasan saya adalah berdasarkan dokumen dokumen yang ada pada saya dan melainkan ada dokumen lain yang tidak ditunjukkan, saya sedia diperbetulkan ataupun cakap omputeh “I stand corrected”

 

ULASAN PERMASALAHAN

Sebelum Notis Tuntutan yang ditunjukkan, sudah pasti ada Saman yang terdahulu yang menuntut jumlah baki hutang sebelum kereta ditarik balik. Setelah kereta ditarik balik, KBB terpaksa meminda Notis Tuntutan untuk mengira semula baki hutang setelah kereta berjaya dilelong. Ini ada diperuntukkan didalam Akta Sewa Beli seperti berikut:

 

powertovaryjudgment

 

Mengikut sumber iaitu peminjam, beliau telah hadir di Mahkamah pada 3hb Mac 1999 dan besar kemungkinan Penghakiman untuk jumlah yang dipinda telah didapati. Peminjam mendakwa tidak mendapat apa apa salinan Penghakiman dan makluman tentang perkara itu walaupun telah tinggal dialamat yang sama sepanjang tempoh tersebut.

 

graftekatekiULASAN

 

Kita lihat pula graf tadi (seperti diatas) dengan penambahan tempoh sah laku Penghakiman dan bayaran yang dibuat. Jika kita menganggap bahawa Penghakiman telah diberi pada 3hb Mac 1998, dengan mengambil kira tempoh “sah laku” Penghakiman ialah 12 tahun, maka Penghakiman ini telah tamat pada 4hb Mac 2011. Bayaran pertama cadangan pembayaran ialah RM500 pada 26 Mac 2010. Walaubagaimanapun, pandangan saya sebagai seorang bukan Loyar, secara “teknikal”nya tiada tindakan Penghakiman dilaksanakan terhadap peminjam sepanjang tempoh 12 tahun WALAUPUN ada bayaran (tanpa prasangka, boleh laksanakan Penghakiman) dibuat maka BESAR kemungkinan tindakan undang undang telah terhalang oleh Had Masa.

Namun begitu, pihak Bank mungkin cuba untuk “menghidupkan” semula tindakan undang undang terhadap peminjam dan sekiranya ia berlaku, sila rujuk semula kesini kerana kita ingin melihat apakah jumlah yang ingin dituntut setelah apa yang kita lihat dari dokumen dokumen yang ada. Kami akan cuba sedaya upaya untuk membantu sipeminjam sekiranya ada tuntutan undang undang yang baru. Ada beberapa perkara lagi tentang dokumen yang ditunjukkan tetapi tidak perlu dibincangkan disini atas kemungkinan akan digunakan jika ada tindakan undang undang susulan.

Persoalan yang terakhir ialah jika seperti yang dijangkakan oleh banyak pihak diluar dan dalam Negara, suatu krisis kewangan yang lebih dahsyat dari krisis 1997 akan berlaku tidak lama lagi (kalau boleh kita tidak mahu ia berlaku tetapi “design” nya macam tu jadi “tak upaya”lah, kena harungi jugak) dan apabila Bank Bank mengalami masalah kewangan,  adakah masih ada dana (atau boleh buat hutang baru atas angin) untuk “bailout” tetapi ANDAIKATA (andaian sahaja) Bank tidak dibantu dan Kerajaan memutuskan untuk berkata “Den Tak Dapek Nak Nolong” maka “merdeka”lah para para penghutang yang baru dan yang lapuk kerana kalau nak bayar pun tiada lagi tempat untuk membayar… He He He. Wishful thinking… 🙂

Saya harap jika ada peminjam peminjam dari mana mana Institusi Kewangan atau Bank yang telah “meninggal” yang mengalami masalah yang sama atau merasa ragu tentang jumlah tuntutan hutang yang lama, boleh email saya di codetyco@ceritahutangbankdananda.com dan kalau boleh sertakan dokumen dokumen sokongan untuk analisa dan perkongsian bersama. Terima kasih atas kesabaran anda semua dan saya mohon maaf jika saya ada menyinggung perasaan anda semua.

Satu lagi, kalau anda jadi Bank, apa yang anda nak buat? Pada saya, tengok dan dengar video ni dulu…

 

Leave a Reply / Masukkan Komen Anda