JOM BUAT ADUAN KES AGEN PENGUTIP HUTANG YANG TIDAK BERETIKA


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Saya sedang menulis tentang  masalah Agen Pengutip Hutang yang tidak beretika yang perlu diambil perhatian oleh Bank Negara, KPDNKK dan Persatuan Persatuan Pengguna dan NGO yang berkaitan.
 
Sementara itu, saya rasa aduan serentak yang banyak dan suara yang “ramai” akan lebih memberi impak kepada pihak pihak yang berkenaan berbanding dengan aduan  sorang sorang “terkonteng konteng” walaupun ia juga mendapat perhatian. Bayangkan ada group nak buat “Bersih 4.0A” dan yang ada hanya tiga orang bawak sepanduk bagai dan “berhimpun” di satu tempat. Habis kuat pihak berkuasa hantar seorang anggota polis atau rela untuk memantau berbanding kalau ramai yang pergi dan pihak berkuasa terpaksa bersedia dengan peralatan dan anggota yang ramai. Contoh la…
 
Jadi saya ada sediakan borang aduan ini supaya boleh diisi dan diemailkan balik kepada saya. NAMA TAK PAYAH LETAK. Cuma beberapa perkara penting seperti yang ditunjukkan dibawah ini:
 
aduankutiphutangbaru
 
Anda boleh muat turun atau download borang disini:
 

 

PANDUAN RINGKAS MENGISI BORANG

Setelah anda muat turun borang ini, buka borang ini dengan applikasi Abobe Reader dan isikan borang seperti contoh berikut:

 

 

Z_aduan2
 
aduan 3a baru

 

Anda boleh “save” borang ini dan pastikan anda memberikan nama yang unik contohnya nama samaran anda atau alamat email anda. Ini bagi menyenangkan saya menyusun fail fail yang telah dihantar.

Dah siap boleh hantar ke codetyco@ceritahutangbankdananda.com. Marilah sama sama kita bergabung untuk “membersihkan” Negara kita dari Agen Agen Pengutip Hutang yang tidak beretika dan pada masa yang sama “membersihkan” imej Agen Agen Pengutip Hutang yang bekerja mengikut prosedur. Terima kasih atas sokongan anda.

Anda boleh juga menghantar borang aduan terus ke Bank Negara. Anda boleh download borang aduan kat sini:

 

Video cara cara mengisi borang ada disini:

 

 

Leave a Reply / Masukkan Komen Anda