ANTARA NOTIS TUNTUTAN LOYAR YANG KREATIF DAN MENGELIRUKAN 5 Comments


Saya bercadang untuk memberikan contoh contoh dokumen dokumen Mahkamah yang sebenar supaya semua orang boleh mengenalinya dan boleh bertindak dengan sewajarnya. Ini adalah supaya mereka tidak mudah tertipu oleh surat surat “klon” dari Agen Kutipan Hutang yang boleh menggugat ketenteraman jiwa anda jika tidak diperhatikan dengan teliti.

Bagi siri yang pertama ini, saya nak kongsikan perkara pertama yang akan dihantar kepada anda jika ada tunggakan yang banyak yang biasanya dihantar setelah surat peringatan dan sms tidak memberi kesan iaitu NOTIS TUNTUTAN / SURAT TUNTUTAN  atau dalam bahasa omputehnya NOTICE OF DEMAND / LETTER OF DEMAND.  Ia merupakan “pintu” pertama menuju kepada tindakan undang undang. Bagi yang “keras kepala” atau memang dah tak ada duit nak bayar, mungkin akan mengabaikan juga surat tuntutan ini kerana TIDAK TAHU apa yang akan berlaku selepas ini sehingga mendapat Writ Saman, Penghakiman dan ada yang terus dapat Notis KeBankrapan setelah beberapa lama. Masa tu barulah rasa gelabah dan nak demam.

Kita lihat dulu Notis Tuntutan yang biasa digunakan seperti dibawah:

 
NOTIS TUNTUTAN_Page_1A

 
NOTIS TUNTUTAN_Page_2A

Anda boleh lihat bahawa ada juga “amaran” tentang tindakan undang undang yang akan dikenakan tapi tak spesifik apakah tindakan yang akan dilakukan. Jadi bagi kebanyakan orang ia tidak lebih dari tindakan “gempaq” sahaja.

Akan tetapi, saya telah menerima satu salinan Notis Tuntutan dari salah seorang pembaca blog yang agak risau dan keliru dengan surat yang diterima dan mungkin juga sudah sampai ke “Mahkamah”. Apabila saya menerima salinan surat tersebut, saya dapati ia daripada firma guaman kerana namanya adalah yang biasa digunakan oleh firma guaman. Namun begitu, memandangkan banyak Agen Pengutip Hutang yang menggunakan nama mirip Firma Guaman seperti Koo, Tip, Hoo, Tang & Partners, maka saya pun pergi ke laman web Bar Council untuk menyemak status mereka di:

 
findalawyer

 
https://www.malaysianbar.org.my/find_a_lawyer.html

dan ternyata mereka adalah Tuan Loyar “betul betul” bukan “cobaan” punya.

Saya agak kagum (impressed) dengan usaha Tuan Loyar ini dalam memberikan penjelasan yang agak menyeluruh dan pada sesetengah tempat tidak memberikan gambaran sebenar (biasala Loyar lah katakan, pandai bermain kata kata. Dia tidak berkata yang salah, cuma “intrepretasi”nya sedikit berbeza). Mungkin sebab ia ditujukan kepada semua “secara umum” jadi mana yang kena tu, kira kenalah dan yang tak berkenaan tu biarlah ayat ayat itu memberikan gambaran yang mengerikan tentang perkataan “Mahkamah”.

Suatu usaha yang “baik” dari segi memainkan faktor “psikologi” iaitu memberi persepsi bahawa tindakan Mahkamah telah pun bermula. Jadi kita lihat surat tuntutan ini yang sebenarnya adalah surat yang serupa dengan yang diatas tetapi di olah sedemikian rupa supaya boleh memberikan “impak ketakutan” yang maksima.

 

SHAMMINA 1A

Mukasurat kedua…

 

SHAMMINA 2A

Notis ni pun tak ada tanda tangan sebab dicetak oleh komputer. Surat tuntutan yang biasa pun dicetak oleh komputer dan bukan tulisan tangan pun tapi ada Tuan Loyar yang sain. Tapi apa pun saya dah buat nota pada contoh surat diatas jadi bila dapat surat “PEMULA TINDAKAN MAHKAMAH” macam ni, semak betul betul supaya tidak terkejut dan berasa takut. Sekarang dah tahu so relaxlah sikit kan?

Kalau ada diantara anda yang terima Notis yang lain sikit daripada ini atau yang lebih kurang macam ni, boleh emailkan kat saya di codetyco@ceritahutangbankdananda.com supaya boleh menambah koleksi surat tuntutan yang ada.


Leave a Reply / Masukkan Komen Anda

5 thoughts on “ANTARA NOTIS TUNTUTAN LOYAR YANG KREATIF DAN MENGELIRUKAN

  • NHM Olish

    Salam Tuan, saya ada buat pinjaman peribadi dan kini tertunggak selama 2 bulan. Saya ada menerima notis tuntutan dan penamatan dari pihak peguam bank yang mengarahkan saya menjelaskan kesemua baki pembiayaan dalam tempoh 14 hari atau tindakan undang-undang akan diambil. Apa akan terjadi sekiranya saya membayar amaun tertunggak sahaja kerana sudah tentu saya tiada wang secukupnya untuk bayar keseluruhan baki pembiayaan. Adakah saya masih akan dikenakan tindakan undang-undang?

    Terima kasih

    • Abu Ammar

      Wa’alakumussalam NHM Olish

      Biasanya bila tunggakan dibayar dan biasanya berserta dengan kos surat Loyar dan kos lain seperti denda lewat bayar, Bank akan membatalkan tindakan undang undang. Bincang dengan Bank berapa tunggakan yang perlu dibayar.

  • zie

    salam tuan sy ad mendapat mesej macam ni
    PERHATIAN…
    AMARAN TERAHIR..
    AZ………
    IC NO 86………
    ACC NO 84700923141
    TUNTUTAN RM2000.00
    *ANDA DIBERI MASA 48JAM UNTUK JELASKAN RM2000.00 ATAU BERDEPAN TINDAKAN POTONGGAN GAJI SEPERTI MANA TINDAKAN YANG DILAKUKAN OLEH GUAMAN (MANDOTORI)
    HARAP MAKLUM
    cc…COURTS.
    BANK NEGARA
    JPN,JPA
    adakah boleh dorang ambil tindakan sedemikian,teerima kasih

    • Abu Ammar Post author

      Wa’alaikumussalam Zie

      Nengok mesej ni pun dah tahu TEMBERANG. Ciri ciri Agen Kutip Hutang ialah:

      1) Membuat tuntutan mesti bayar dalam masa 24, 36, 48 atau 72 jam (setakat ni takde lagi bagi 96 jam)

      2) Suka suka cerita nak potong gaji orang. Perintah dari siapa nak potong gaji? Gaji dilindungi oleh Akta Pekerja melainkan kita diambil tindakan Bankrapsi. Itupun kalau baki hutang + faedah + kos melebihi RM30K. Itupun kena ada Penghakiman dulu. Kalau RM2K+ rugi duit kalau bawak ke Mahkamah sebab tu diaorang upah Agen Kutip Hutang.

      3) Ejaan pun tak lepas seperti “POTONGGAN” dan (MANDOTORI) seperti dalam rangkap ini:

      “TINDAKAN POTONGGAN GAJI SEPERTI MANA TINDAKAN YANG DILAKUKAN OLEH GUAMAN (MANDOTORI)”

      4) Siapa “GUAMAN” yang dimaksudkan? Loyar? Mahkamah? Tindakan undang undang tak pakai sms. Loyar dan Mahkamah takde nombor phone peminjam.

      Kalau cikgu Bahasa Melayu tengok mesti marah ni.

      5) Salinan kedua “c.c.” pulak ke Courts, JPN, JPA. Zie kerja kat JPN? JPA? Tindakan tatatertib sebab berhutang? Cuba kira dalam Malaysia ni tak kira yang kerja Gomen dari Pangkat besor sampai kebawah dan juga swasta, yang takda hutang boleh kira dengan jari. Kalau macam tu ramai yang kena tindakan tatatertin lebih lebih lagi tahun ni.

      Ikuti FB page saya di link ini:

      https://www.facebook.com/ceritahutang/photos/a.472754979549370.1073741828.323566051134931/566181233540077/?type=3&theater

      dan page utana disini:

      https://www.facebook.com/ceritahutang/

      Dan fahami tindakan undang undang yang sebenar:

      1) Loyar menghantar Notis Tuntutan kepada peminjam meminta tunggakan memberi masa 14 hari atau menamatkan perjanjian

      2) Atas arahan Bank, jika tiada bayaran, Tuan Loyar akan menfailkan Saman di Mahkamah menuntut baki hutang. Dalam Writ Saman ini ada Notis Tuntutan yang memperincikan segala baki, faedah dan kos yang dituntut.

      3) Selepas mendapat meterai dan pengesahan Mahkamah, Writ Saman ini akan disampaikan secara kediri atau melalui pos kepada Peminjam dialamat yang terakhir yang ada dalam rekod Bank. Biasanya pendengaran kes akan ditetapkan dalam masa 14 hari dari tarikh Writ atau penyampaian itu. Peminjam perlu mendaftarkan diri untuk hadir pada tarikh itu. kalau tidak pada hari itu Penghakiman Ingkar Tanpa Kehadiran akan dikeluarkan.

      4) Selepas itu Bank dan Tuan Loyar akan menunggu salinan Penghakiman yang telah dimeterai dan disahkan oleh Mahkamah

      Tengok juga kat sini pasal Agen Kutip Hutang:

      https://www.facebook.com/ceritahutang/photos/a.472754979549370.1073741828.323566051134931/566181233540077/?type=3&theater