TOLONG! BANTU SAYA DAPATKAN DOKUMEN DOKUMEN KAD KREDIT UNTUK MANFAAT BERSAMA


creditcardinterest
 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Saya sedang menyediakan satu artikel mengenai Kad Kredit yang merangkumi cara cara pengiraan faedah, tindakan undang undang dan alasan alasan yang digunakan oleh Bank untuk memaksimakan keuntungan dan cuba mengatasi pembelaan dari segi faktor melebihi Had Masa untuk mengambil tindakan undang undang.

Jikalau anda sedang disaman oleh Bank atas baki Kad Kredit anda dan anda rasa tindakan Bank telah melampaui had masa atau faedah yang dikenakan atas Notis Tuntutan pada Writ Saman melebihi 5%, pastikan bahawa:

 
1) Writ Saman baru diterima dan tarikh pendengaran kes masih belum berakhir

2) Penghakiman baru diterima dan tempoh 30 hari untuk bantahan masih belum tamat.
 

Sila beri saya dokumen dokumen berikut:

 
1) Salinan Writ Saman dan segala dokumen berkaitan seperti Notis Tuntutan

2) Salinan Penghakiman

3) Salinan Perjanjian Kad Kredit.

4) Salinan Penyata bulanan Kad Kredit (ini penting. Selepas ini JANGAN BUANG penyata yang diterma, ia boleh menyelamatkan anda dikemudian hari)

Jikalau belum kena saman dan rasa rasa nak kena saman, boleh juga  beri Penyata bulanan Kad Kredit. Kalau ada dari bermacam macam Bank lagi bagus supaya boleh dibuat perbandingan.

 

Sila emailkan dalam bentuk jpeg atau pdf dan emailkan kepada

codetyco@ceritahutangbankdananda.com

Bantulah saya untuk menolong orang lain dan mungkin anda adalah salah seorang daripadanya.

NOTA: Bila anda “scan” dokumen dokumen tersebut, anda boleh padamkan nama, alamat dan nombor kad kredit. Saya tidak perlukan semua itu. Cuma saya mahu contoh yang terkini.

 

Leave a Reply / Masukkan Komen Anda