Panduan Membuat Komen 37 Comments


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Selamat datang ke Blog baru saya. Saya ingin memberikan sedikit panduan tentang cara cara memberi komen dan pendapat bagi sesuatu tajuk yang dikemukakan. Ia adalah lebih mudah berbanding dahulu. Kita mulakan sekarang.

MEMBERI KOMEN BAGI TAJUK YANG BELUM ADA KOMEN

Untuk membuat komen ditajuk yang belum ada sebarang komen, lihat contoh ini:

Ini adalah artikel yang takde komen lagi:

replyboxcobaan

Dibahagian bawah artikel akan ada kotak komen seperti ini:

reply box1

Klik mana mana dalam kotak dan anda akan dapati kotak akan di”kembangkan”:

replyboxnormala

Klik kotak “Notify me of new comments via email” jika anda mahu komen baru dihantar kealamat email anda dan kotak “Notify me of new posts via email” jika anda mahu diberitahu akan post atau artikel yang baru.

Seperti yang anda boleh lihat, anda boleh juga komen menggunakan akaun media sosial anda seperti Facebook, Twitter, WordPress dan Google Plus. Contoh contoh skrin yang anda akan dapat selepas anda klik butang media sosial adalah seperti berikut:

Klik Facebook:

Anda akan dibawa ke skrin kebenaran untuk komen melalui Facebook dan seterusnya skrin ini:

replyboxfacebook

Klik Twitter:

replybox3

Klik Google Plus:

replyboxgplusa

MEMBERI KOMEN BAGI TAJUK SUDAH ADA KOMEN

Kalau post atau artikel yang dah ada komen, ia akan ditunjukkan begini:

replyboxartikellama1a

 

Nak buat komen klik di simbol seperti yang ditunjukkan:

replyboxartikellama1b

Anda akan dapati kotak komen seperti biasa dan caranya adalah yang ditunjukkan sebelum ini:

replyboxnormala

Sekian sahaja panduan pendek untuk para pembaca semua dan SELAMAT BERKOMEN!

 


Leave a Reply / Masukkan Komen Anda

37 thoughts on “Panduan Membuat Komen

  • Rina

    Assalammualaikum Tuan,

    Saya mempunyai masa’alah yang sama seperti saudara Roziman. Bezanya, saya pernah bankrap (dari tahun 1996) dan telahpun dilepaskan daripada kebankrapan (tak silap saya pada tahun 2012/2013). Sebelum bankrap, saya ada mempunyai MBF “line of credit” dan berhenti membayarnya sejurus diisytiharkan bankrap. Saya telah memberitahu status saya pada pihak bank untuk tindakan mereka selanjutnya. Official assignee Jabatan Insolvensi Malaysia) memberitahu saya bahawa mana-mana pihak pemiutang akan menuntut pembayaran daripada pihak mereka (OA).

    Saya telah dibebaskan daripada kebrankrapan beberapa tahun yang lalu. baru-baru ini saya dapati bahawa hutang MBF tersebut telah dimasukkan kedalam (“Special Attention Account”) CCRIS report BNM dengan jumlah yang sangat besar (dari asalnya RM5000, sekarang menjadi RM60,000). Selama kebankrapan saya (dan selepas diberitahu mengenainya), pihak bank tidak pernah menghantar apa2.

    Saya tidak tahu bagaimana untuk membersihkan CCRIS report saya untuk membolehkan saya mendapatkan pinjaman perumahan. Oleh itu, saya memohon nasihat dan penjelasan dari pihak tuan untuk tindakan saya seterusnya.

    Terima Kasih.

    • Abu Ammar

      Wa’laikumussalam Marina

      Ini masalah dengan sesetengah Bank. Dah bagitahu orang dah Bankrap tak mahu failkan Proof of Debt. Lepas tu sengaja masukkan dalam CCRIS supaya susah nak buat loan. Kalau nak failkan Proof of Debt sebenarnya jumlah yang dituntut akan jauh lebih rendah. Saya syorkan supaya buat pengaduan dengan Bank Negara supaya boleh mendapatkan penyelesaian yang jauh lebih rendah. Bank ni kalau boleh nak tekan untuk full payment kononnya “rugi” walhal dalam undang undang boleh dibantah atau dilawan kerana telah melepasi had masa kutipan melalui Akta Had Masa. Kalau dapat cover “rugi” yang dilapurkan pun sudah cukup baik.

      Walaubagaimanapun Marina boleh ikhtiar untuk membuat rundingan melalui Bank Negara sebab CCRIS report pun daripada Bank Negara. Saya kongsikan satu post dari salah seorang pembaca blog yang mungkin boleh membantu:

      Isi Thread Asal

      Assalamualaikum Tuan Abu

      Sambungan kepada kes pinjaman peribadi Al-Rajhi saya yang ingin saya kongsikan untuk pengunjung site ini, semoga manfaat bersama..

      Sila lihat kes En Ahmad disini:

      http://www.ceritahutangbankdananda.com/index.php/2014/08/14/proses-tindakan-undang-undang-pinjaman-peribadipersendirian-bahagian-3/comment-page-5/#comment-1325

      Ringkasan Situasi :

      1.Pinjaman Peribadi 25k (baki pinjaman RM8100 dgn tunggakan 7 bulan setelah diberhentikan kerja, company tutup)
      2.Akaun simpanan Maybank di bekukan(Court Garnishee Order) apabila mahu membuat bayaran melalui interbank giro drpd Maybank ke Alrajhi ( Pengajaran – Bayar pakai deposit machine di bank pemiutang untuk elak dikesan dimana duit kita disimpan)

      Tindakan setelah dptkn nasihat dari tuan Abu Ammar dan Mr.Jeff dari site ini :-

      Nota : Usaha dibawah boleh dilakukan sekiranya peminjam berniat atau berkemampuan untuk menyelesaikan baki pinjaman

      1. Buat surat rasmi bersama cadangan penyelesaian pinjaman

      2. Pergi ke cawangan bank peminjam berdekatan dan minta untuk bercakap dengan pegawai bank(bahagian debt collector) yang uruskan kes anda
      3.Berbincang, sekiranya diterima Alhamdulillah dan sekiranya di tolak, bawa surat cadangan anda ke Bank Negara ( Block D, BNM telelink)

      4. DI Bank negara pula, print CCRIS report dahulu sebelum berjumpa pegawai BNM. Ambil angka giliran.

      5. Cerita semua masalah kewangan anda secara jujur kepada pegawai BNM dan juga usaha2 yang telah anda lakukan untuk berbincang dengan pihak bank.

      6.Anda mungkin akan diminta oleh BNM untuk hantar semula surat rasmi cadangan penyelesaian pinjaman melalui saluran BNM.

      7. ATAU anda mungkin juga diminta oleh BNM untuk ke AKPK untuk nasihat/atur semula bayaran pinjaman2 anda (atas budi bicara anda dan BNM)

      8. Setelah surat cadangan dihantar kepada bank melaui BNM, satu pegawai khas BNM akan uruskan kes anda.Hubungi talian BNMTeLELINK(1-300-88-5465) untuk disambungkan kepada pegawai BNM yg uruskan kes anda. (Cadangan : Guna email bukan surat menyurat biasa kerana cara ini lebih pantas & sentiasa CC BNM(bnmtelelink@bnm.gov.my) dalam komunikasi anda kepada bank)

      9.Sekiranya rayuan anda ditolak, hubungi pegawai BNM minta nasihat seterusnya. Dalam kes saya, setelah kali kedua ditolak pegawai BNM tersebut telah meminta bank buat pertimbangan semula. Kali ke-3 rayuan saya diterima dgn bantuan BNM. ( Nota : Rayu seberapa byk kali yg boleh melalui BNM)

      10 Berkenaan Garnishee Order, ianya hanya kuat untuk di lawan sekiranya akaun gaji. Sekiranya tidak, boleh juga buat rayuan untuk pelepasan separuh atau sebahagian kecil dari jumlah yang dibekukan tapi ianya makan masa 1-2 bulan bukan segera, kerana bukan mudah untuk bank dapatkan Garnishee Order dari Makamah untuk bekukan akaun peminjam. Kos2 guaman perlu dijelaskan oleh peminjam(Masukkan juga dlm proposal anda kepada bank untuk diserapkan ke dalam baki pinjaman).

      11. Sekiranya akaun yang dibekukan bukan akaun Gaji, jangan dedahkan akaun Gaji anda pada pihak bank walaupn diminta oleh pihak bank. Hanya serahkan salinan penyata Gaji/Salary Slip yang baru pada pihak bank sebagai bukti pendapatan.

      12.Hubungi bank2 lain dimana anda ada buat pinjaman(sekira ada), beritahu masalah kewangan anda dan buat surat rasmi untuk cadangan anda bagi menyelesaikan baki tertunggak. Dalam erti kata lain, biar lah kita kejar bank dari bank kejar kita.
      Contoh : bayaran bulanan sebelum masalah kewangan adalah sebanyak RM600, dan sekarang hanya mampu RM350 atau kurang. Buat surat rasmi kepada bank,sekiranya ditolak oleh bank, anda hubungi BNMTelelink. Ulang proses2 diatas. InshaAllah ada jalan penyelesaian. BNM akan lihat anda ada usaha nak selelsaikan tapi bank yang menolak.

      Sekian, harap maklumat atau pegalaman saya dapat dimanfaatkan bersama.

  • Roziman Bin Abdul Rahman

    Assalamualaikum Tuan,

    Saya pernah membuat pinjaman perumahan pada tahun 2000 berjumlah 222k. Tetapi gagal membayar installment sejak rumah disiapkan oleh developer kerana telah bercerai dengan isteri. Perintah mahkahmah telah mengatakan yang rumah tersebut diberikan kepada bekas isteri untuk sambung bayar dengan nama pinjaman di atas nama saya, saya bersetuju atas dasar percaya. Namun bekas isteri tidak dapat membayar tapi tidak memberitahu saya sama sekali dan proses undang2 pun bermula dan akhirnya lelong. Malah pihak bank juga tidak dapat mencari saya kerana bertukar alamat dan nombor telefon selama lebih 15 tahun. Sehinggalah pada 2 minggu lepas apabila saya ingin membuat pinjaman rumah, CCRIS saya ada problem, ada satu akaun pinjaman dibawah permerhatian khas, jumlah yg perlu dijelaskan adalah RM0.0, status akaun adalah “W” – write off. Pihak bank mengatakan akaun sudah write off tapi kemungkinan besar ada shortfall sesudah lelong sebab itulah maka akaun itu berada di CCRIS BNM. Pihak bank mengatakan sebenarnya ada jumlah tertunggak sebanyak Rm50k plus interest drp waktu mula tertunggak sampai sekarang. Soalan saya:
    1) Kenapa pihak bank write-off akaun walaupun masih ada jumlah tertunggak atau shortfall?
    2) Apakah boleh saya mengunakan undang2 had masa (limitation act)?. adakah saya kena bayar semua tunggakan plus interest itu? apabila saya baca tentang akta ini, bank diberi tempoh sehingga 12 tahun untuk collect hutang. setelah tempoh itu tamat maka tak boleh collect lagi. Betulkah begitu? Saya tak fikir pihak bank akan lepaskan saya dengan mudah drp CCRIS tanpa saya melunaskan tunggakan itu.

    Note: utk pengetahuan, saya ada card credit CIMB dan loan kereta CIMB yang saya buat pada 2010. Saya juga buat loan rumah pada tahun 2006 dgn Alliance, loan rumah dengan HLB 2006, loan kereta dgn Maybank 2006. (Saya pun hairan kenapa semua loan tu boleh lulus. )
    3) Bagaimana saya nak clearkan nama saya daripada CCRIS problem itu? Jadi, apakah elok sekiranya saya hire lawyer untuk selesaikan masalah ini dengan mengunakan akta had masa ini?. Apakah hak2 saya dibawah akta ini?

    Sekian terima kasih. Harap dapat memberi penjelasan

    • Abu Ammar

      Wa’alaikumussalam Roziman

      1) Kenapa pihak bank write-off akaun walaupun masih ada jumlah tertunggak atau shortfall?

      Selepas sampai satu tempoh, mengikut polisi sesuatu Bank, akaun hutang lapuk akan di “write off” iaitu dipindahkan ke akaun “Loss & Recovery”. Bank tidak “padam” akaun ini cuma ia tidak lagi muncul di akaun semasa Bank dan direkodkan sebagai Rugi. Tapi masih di letakkan “dibawah pemerhatian” jika ada maklumat terbaru tentang peminjam dan peminjam datang untuk membayar hutang lapuk ini. Bila bayaran dibuat, ia dikira sebagai “write back” kedalam akaun dan dikira sebagai “untung”.

      2) Apakah boleh saya mengunakan akta had masa 1953 kerana perkara ini telah lebih 12 tahun dan menghantar notis peguam supaya nama saya dilepaskan drp CCRIS?. adakah saya kena bayar semua tunggakan plus interest itu? apabila saya baca tentang akta ini, bank diberi tempoh sehingga 12 tahun drp installament terakhir untuk collect hutang. setelah tempoh itu tamat maka tak boleh collect lagi. Betulkah begitu? Saya tak fikir pihak bank akan lepaskan saya dengan mudah drp CCRIS tanpa saya melunaskan tunggakan itu.

      Akta Had Masa hanya boleh digunakan ketika proses Saman atau semasa rayuan mengenepikan Penghakiman dalam tempoh 30 hari selepas tarikh Penghakiman jika ada alasan untuk menggunakan peruntukan dalam Akta Had Masa. Apabila tunggakan telah berlanjutan selama lebih 6 tahun tanpa ada apa apa tindakan undang undang dan selepas itu Bank Saman, kita boleh gunakan Akta ini untuk menepisnya. Kalau sudah ada Penghakiman, Bank ada 12 tahun dari tarikh Penghakiman untuk melaksanakan tindakan Penghakiman. Dalam kes Tuan, Tuan tidak boleh “demand” Bank untuk menarik atau membatalkan rekod CCRIS tanpa membuat bayaran atau cadangan penyelesaian yang diterima oleh Bank. Saya tidak pasti pada peringkat apa tindakan undang undang selepas lelongan rumah samada ia sudah sampai keperingkat Penghakiman atau tidak. Kalau ada Penghakiman rekod ini juga akan direkodkan di CTOS dan adalah perlu bagi Tuan untuk menyemak rekod CTOS juga. Rekod CTOS TIDAK AKAN dipadamkan walaupun telah dibayar penuh cuma rekod kekal dan ada “nota” dah settle. Itupun kena bagitau CTOS sendiri.

      Buat semakan dengan CTOS di http://www.ctos.com.my/CTOSHOME/selfcheck.html. Register id (klik CTOS User ID) dan ikut arahan di Skrin. Kalau tak silap saya bila dah register Id, satu lapuran ringkas akan diberi. Ia akan memberikan indikasi kalau ada tindakan undang undang.

      Nak tahu lebih lanjut bayar RM10 secara online untuk dapatkan lapuran secara detail. Bila dah dapat keputusan rujuk semula disini dengan email kepada saya di codetyco@ceritahutangbankdananda.com. Baru kita boleh tahu setakat mana tindakan undang undang yang telah dikenakan.

      Cara cara nak check CTOS ada kat link ini. Kredit kepada penulisnya dan terima kasih kita ucapkan.

      http://www.chatpropertymalaysia.com/how-to-check-your-credit-records-via-ccris-and-ctos/

      “Note: utk pengetahuan, saya ada card credit CIMB dan loan kereta CIMB yang saya buat pada 2010. Saya juga buat loan rumah pada tahun 2006 dgn Alliance, loan rumah dengan HLB 2006, loan kereta dgn Maybank 2006. (Saya pun hairan kenapa semua loan tu boleh lulus. )”

      Adakah kesemua loan diatas tiada masalah? Adakah kemungkinan loan baru bermasalah kerana komitmen yang banyak dengan pinjaman yang sedia ada?

  • zatil

    Assalammualaikum dan salam sejahtera,

    Saya ingin bertanya pendapat dari pihak tuan mengenai masalah saya. Pada tahun 2010 sy telah terlibat MLM dan telah membuat pinjaman peribadi dengan Bank Rakyat sebanyak 80 ribu selama 20 tahun. Untuk pengetahuan tuan juga, sy kini menetap dan bekerja di Belgium. Baru-baru ini pada bulan puasa yang lepas (2016), ayah sy telah menerima panggilan telefon dari pihak bank yg menyatakan nama sy akan disenarai dalam bankrupsi. Ini bermakna,sekiranya sy balik ke Malaysia,kemungkinan besar saya tidak dapat kembali ke Belgium.
    Saya jg telah bertanya kepada pihak kedutaan Malaysia disini mengenai masalah saya, mereka jg berpendapat ia adalah scam. Dan mencadangkan sy untuk mengambil peguam dan menyiasat keadaan sebenar. Namun saya todak berbuat begitu, malah sy telah mengambil risiko utk pulang beraya dan cuba utk menyelesaikan masalah sy di Malaysia.
    Ketika sy di Malaysia, sy telah berhubung dengan Encik Aidil ( dr Bahagian Runcit 2 Bank Rakyat ) melalui telefon. Beliau menyuruh saya membayar wang tunggakan sebanyak RM 47,862 untuk membatalkan nama saya dari senarai bankrupsi. Setelah bayaran dibuat, beliau menyuruh saya menghantar gambar melalui nombor watsapp sebagai bukti dan kemudian beliau akan menghantar email pembatalan tersebut. ( 011-12859557 )
    Beberapa hari kemudian, sy telah menerima panggilan daripada beliau menyatakan sekiranya sy ingin membuat full payment, pihak bank rakyat memberi diskaun (jumlah full payment yg perlu dibayar ialah 73k). Dan beliau telah meminta saya utk membuat lagi bayaran sebanyak 37k secepat mungkin, half daripada full payment kerana beliau menerangkan kepada saya, sekiranya bayaran 37k tidak dibuat, pihak bank masih boleh membekukan aset2 saya diluar negara.
    Tetapi sehingga kini sy tidak mendapat bukti email dr beliau, hanya surat yg menyatakan tunggakan sy dah clear sahaja itu pun setelah ditanya dan diminta beberapa kali. Saya juga ada mendapat email dr beliau menyatakan diskaun dr pihak bank rakyat.
    Untuk makluman pihak tuan, sy tidak pernah mendapat apa-apa surat dr pihak bank atau mahkamah.

    Saya ingin bertanya beberapa soalan kepada tuan
    1) Bolehkah sekiranya sy membuat rayuan pengurangan kepada pihak bank? sy ingin membayar 80k shj termasuk 47k yg telah sy bayar pd bulan julai yg lalu. Dan pada siapa perlu sy menghantar email tersebut?
    – Sy jg telah bertanya kpd pihak bank disini, loan sy hny diluluskan sebanyak 10,000 euro memandangkan sy baru bekerja dan mempunyai kontrak kerja tidak tetap.

    2) Bolehkah mereka ini dipercayai atau hanya mengugut ?

    Terima Kasih

    • Abu Ammar

      Wa’alaikumussalam Zatil

      Ini adalah kelentong Agen Kutip Hutang. Anda telah ditipu hidup hidup. Lawyer TIDAK call peminjam. Pegawai Mahkamah TIDAK call peminjam. Mahkamah TIDAK ADA nombor telefon peminjam. Lawyer TIDAK BEKERJA untuk Mahkamah.

      Kalau ada tindakan keBankrapan, ia akan difailkan di Mahkamah Tinggi dan setelah pendengaran kes dan tiada bayaran dibuat, maka seseorang itu akan diisytiharkan sebagai seorang Muflis dan segala urusan kewangannya dan sebahagian urusan kehidupannya diambil alih oleh Jabatan Insolvensi malaysia. Tidak ujud apa yang dikatakan “MASUK SENARAI BANKRAPSI”. Samada anda Bankrap atau tidak. Itu sahaja.

      Bayaran dibuat kepada siapa? Ada resit? Cuba check dengan Bank Rakyat apa status terkini. Kalau dah Bankrap adalah menjadi kesalahan membayar direct kepada Bank. Fuh! Kenyang makan komisen Agen Kutip Hutang. Bila dah dapat “duit terpijak”, nak pau sekali lagi.

      Yang paling kelakarnya statement maut ni ” beliau menerangkan kepada saya, sekiranya bayaran 37k tidak dibuat, pihak bank masih boleh membekukan aset2 saya diluar negara.” amboi! mentang mentang isu 1MDB tengah hot sekarang, nak beku aset luar negara bagai.

      Saya sarankan supaya buat semakan dengan CTOS di http://www.ctos.com.my/CTOSHOME/selfcheck.html (scan MyKad depan belakang untuk diemailkan untuk pengesahan). Register id (klik CTOS User ID) dan ikut arahan di Skrin. Kalau tak silap saya bila dah regiater Id, satu lapuran ringkas akan diberi. Ia akan memberikan indikasi kalau ada tindakan undang undang.

      Nak tahu lebih lanjut bayar RM10 secara online untuk dapatkan lapuran secara detail. Bila dah dapat keputusan rujuk semula disini dengan email kepada saya di codetyco@ceritahutangbankdananda.com. Baru kita boleh tahu setakat mana tindakan undang undang yang telah dikenakan.

      Cara cara nak check CTOS ada kat link ini. Kredit kepada penulisnya dan terima kasih kita ucapkan.

      http://www.chatpropertymalaysia.com/how-to-check-your-credit-records-via-ccris-and-ctos/

      Jika Bank susah nak beri kerjasama dalam bab rundingan, boleh minta pertolongan melalui Bank Negara seperti yang disarankan oleh Encik Ahmad disini:

      http://www.ceritahutangbankdananda.com/index.php/2014/08/14/proses-tindakan-undang-undang-pinjaman-peribadipersendirian-bahagian-3/comment-page-5/#comment-1520

  • robert jada

    Hi tuan ,
    Sy pernah pinjam sekitar RM3000.00 (lupa amaun sebenar) dgn moccis trading tahun 1997 tp byrn mlalui potongan gaji (angkasa) tk pula prnah berlaku.
    Tiba2 pd penghujung thn 2015 sy mndpt pnggilan telefon meminta sy bayar hutang trsebut .. Jika gagal mereka akn bekukn semua simpanan bank dn akn merampas Wang dlm akaun KWSP sy .. Mengikut mereka jumlah hutang telah pun meningkat lebih RM11,000.
    Bulan Mac 2016 sy dpt SMS drp moccis yg mereka akn membekukan semua bank simpanan sy dan jg akn dtg ke rumah sy utk menyita barang2 sy ..
    Apa yg seharusnya sy lakukan .. Sepucuk suratpun sy tak pernah terima samada drp moccis ataupun mahkamah

  • alana

    salam tuan Ammar,

    saya nk tanya..kereta suami sy skg dh tertunggak 6bln.baru2 ni bila sy selongkar fail lama, sy terjumpa surat dr lawyer utk suami sy hadirkan diri ke mahkamah kerana gagal membayar ansuran bulanan kereta. Tapi itu pada tahun 2012. soalan sy, adakah suami sy akan diambil tindakan undang2 kerana sekarang pun kereta d tertunggak 6bln?

    • Abu Ammar

      Wa’alaikumussalam Alana

      Besar kemungkinan tunggakan semasa Saman dikeluarkan pada tahun 2012 tu sudah dibayar ataupun masih tertunggak. Bagaimana Puan pasti yang tunggakan adalah untuk 6 bulan? sudah semestinya Puan ada menerima Jadual Keempat dari Bank dan saya rasa surat penarikan balik pun sudah keluar. Berapa baki hutang yang tinggala dan berapa tahun lagi ansuran yang perlu dibayar?

      Puan boleh call Bank untuk kepastian. Bagi sesetengah Bank mereka akan memulakan tindakan undang undang iaitu Notis Tuntutan dan juga Writ Saman yang baru (jika yang sebelumnya telah ditarik balik atau Penghakiman sudah pun didapati) dan pada masa yang sama mengedarkan Surat Tarik kenderaan kepada Agen Agen mereka.

      Saya sarankan supaya buat semakan dengan CTOS di http://www.ctos.com.my/CTOSHOME/selfcheck.html (scan MyKad depan belakang untuk diemailkan untuk pengesahan). Register id (klik CTOS User ID) dan ikut arahan di Skrin. Kalau tak silap saya bila dah regiater Id, satu lapuran ringkas akan diberi. Ia akan memberikan indikasi kalau ada tindakan undang undang.

      Nak tahu lebih lanjut bayar RM10 secara online untuk dapatkan lapuran secara detail. Bila dah dapat keputusan rujuk semula disini dengan email kepada saya di codetyco@ceritahutangbankdananda.com. Baru kita boleh tahu setakat mana tindakan undang undang yang telah dikenakan. Hmm… “promosi” CTOS tapi tak dapat apa apa pun. 🙂

      Ni panduan untuk membuat senakan CTOS tapi bahasa omputeh.

      http://www.chatpropertymalaysia.com/how-to-check-your-credit-records-via-ccris-and-ctos/

  • Khairil

    السلام عليكم Tuan,
    Saya mempunyai hutang kad kredit sebanyak 42k dengan Maybank.. Min payment tertunggak sebanyak 6k…
    Untuk pengetahuan tuan, saya tetap membayar setiap bulan walaupun tidak mengikut min payment.. Kadang2 rm500 kdang2 1k… Akaun maybank saya juga telah di block..
    Say telah mendapat panggilan telefon dari maybank yang meminta saya membayar separuh dari jumlah hutang saya.. Atau min payment dalam tempoh 2 hari.. Tetapi saya minta sehingga hujung bulan kerana gaji saya akan masuk hujung bulan.. Tetapi pihak berkenaan telah memberitahu kes saya akan dihantar ke pihak undang2… Dan diletakkan dibawah akta bankrap.. Maybank juga pernah sebelum ini menyedut habis wang dalam akaun maybank saya…
    Soalan saya:
    1) adalah begitu mudah saya akan diletakkan dibawah akta bankrap?
    2) adakah maybank ada hak untuk sedut habis wang dari akaun saya?
    3) bolehkah saya bayar kurang dari min payment?

    Terima kasih terlebih dahulu saya ucapkan kerana sudi mendengar masalah saya..

    • Abu Ammar

      Wa’alaikumussalam Tuan Khairil

      Saya rasa yang memanggil Tuan ialah Agen Kutip Hutang. Bagi menjawab persoalan Tuan yang berikut:

      1) adalah begitu mudah saya akan diletakkan dibawah akta bankrap?

      Seperti yang saya kata, ini Agen Kutip Hutang punya TEMBERANG. Nak letak atas Akta Bankrap buat apa. Kita semua “diletakkan” dibawah Perlembagaan Persekutuan. Apa maknanya. Tak ada apa apa selagi tak kena Saman.

      2) adakah maybank ada hak untuk sedut habis wang dari akaun saya?

      Biasanya ada dalam perjanjian bahawa mereka berhak untuk “menyedut” duit dari akaun untuk bayar hutang Kad Kredit. Sebab dari Bank yang sama.

      3) bolehkah saya bayar kurang dari min payment?

      Boleh tetapi biasanya walaupun dengan minimum payment, faedah dan denda yang akan ditolak dahulu baru tolak hutang. Kalau setakat bayar seratus dua tak payah bayar pun takpa sebab hutang tak luak pun.

      Saya sarankan Tuan tengok video ni pasal bayar minimum payment KAd Kredit:

      https://www.youtube.com/watch?v=Vz05A6cP6Iw

      Saya kongsikan jawapan jawapan yang sama yang saya berikan sebelum ini kepada mereka yang keliru tentang proses undang undang yang sebenar dan juga proses keBankrapan kerana ugutan ugutan Agen Kutip Hutang yang memang sengaja menakut nakutkan peminjam:

      Berikut adalah prosedur ringkas Tindakan undang undang

      1) Loyar menghantar Notis Tuntutan kepada peminjam meminta tunggakan memberi masa 14 hari atau menamatkan perjanjian

      2) Atas arahan Bank, jika tiada bayaran, Tuan Loyar akan menfailkan Saman di Mahkamah menuntut baki hutang. Dalam Writ Saman ini ada Notis Tuntutan yang memperincikan segala baki, faedah dan kos yang dituntut.

      3) Selepas mendapat meterai dan pengesahan Mahkamah, Writ Saman ini akan disampaikan secara kediri atau melalui pos kepada Peminjam dialamat yang terakhir yang ada dalam rekod Bank. Biasanya pendengaran kes akan ditetapkan dalam masa 14 hari dari tarikh Writ atau penyampaian itu. Peminjam perlu mendaftarkan diri untuk hadir pada tarikh itu. kalau tidak pada hari itu Penghakiman Ingkar Tanpa Kehadiran akan dikeluarkan.

      4) Selepas itu Bank dan Tuan Loyar akan menunggu salinan Penghakiman yang telah dimeterai dan disahkan oleh Mahkamah

      5) Apabila salinan Penghakiman didapati, satu salinan akan dihantar kepada Peminjam

      6) Bank boleh melaksanakan Penghakiman dengan tindakan undang undang keatas Peminjam. Kalau lebih RM30 ribu, boleh buat Bankrapsi

      Secara ringkasnya proses Kebankrapan pula adalah seperti berikut:

      1) Penghakiman (samada Penghakiman Ingkar atau yang lainnya) sudah dijatuhkan keatas peminjam (seperti diatas)

      2) Pemfailan Notis Kebankrapan. Pada waktu pemfailan tersebut jumlah baki hutang, faedah dan kos MESTILAH tidak kurang dari RM30,000

      3) Notis ini mesti diserahkan secara kediri (personal service) kepada Penghutang Penghakiman. Cubaan serahan adalah sebanyak TIGA kali. Jika gagal, Bank boleh membuat permohonan untuk membuat Penyampaian Ganti melalui Akhbar Tempatan, Penampalan Notis di Papan Notis Mahkamah dan juga Surat Berdaftar. Kalau tak dapat personal service dan perlu kepada permohonan Penyampaian Ganti, ini akan memakan masa lagi 1 – 3 bulan.

      4) Selepas 6 (Enam) bulan tempoh serahan berlaku tanpa ada apa apa bantahan/perbincangan dari Penghutang Penghakiman, beliau sudah dikira telah melakukan tindakan Kebankrapan. Selepas itu Petisyen Pemiutang pula akan dikeluarkan dan diserahkan.

      5) Suatu tarikh akan ditetapkan untuk mendengar kes Petisyen itu dan jika tiada bantahan dari Penghutang Penghakiman dengan alasan yang dikira menasabah, maka pada hari itu beliau akan diisytihar sebagai seorang Bankrap

      • Khairil

        Terima kasih atas jawapan Tuan…
        Satu persoalan lagi jika saya masih ada membuat bayaran kurang dari min payment adakah bank boleh mengambil tindakan mahkamah menyatakan saya tidak membayar apa-apa?

        • Abu Ammar

          Tuan Khairil

          Bank masih boleh mengambil tindakan kerana dia orang selalunya memberikan kenyataan dalam resit bahawa bayaran diterima TANPA PRASANGKA atau WITHOUT PREJUDICE keatas apa jua tindakan undang undang yang sedang berlangsung atau akan berlangsung

          • Khairil

            السلام عليكم Tuan,
            Saya baru terima panggilan dari lawyer bahagian penampalan notis dan lelongan. Dia berkata pihaknya akan datang untuk tampal notis di rumah saya untuk lelongan barang. Tetapi saya telah meminta untuk menangguhkan tetapi dia meletakkan syarat saya mesti menjelaskan separuh dari hutang saya dalam tempoh minggu ini dan minggu hadpaan. Adakah ini benar?

          • Abu Ammar

            Wa’alaikumussalam Khairil

            Lawyer TIDAK AKAN call peminjam. Dia ada banyak kerja lain melainkan “Loyar tampal Notis” yang sebenarnya adalah Agen Kutip Hutang. Tampal koyok boleh la.. Seperti yang saya katakan sebelum ini, sebelum ada apa apa tindakan pelaksanaan Penghakiman seperti Writ of Seizure and Sale (WSS) kena ada Penghakiman dahulu.

            Kalau tak ada Penghakiman nak sita apa ke benda? Kalau mungkin ada Penghakiman dan betul betul ada tindakan WSS, Bank tak akan beritahu sebab kalau beritahu kita akan keluarkan barang barang yang berharga dari rumah atau kosongkan terus. Nak sita apa lepas tu? Suis lampu dengan kipas siling adalah. Kalau betul betul berlaku, pegawai Bank atau wakil Loyar akan datang bersama Bailiff Mahkamah membawa Perintah WSS dan Bailiff akan menandakan barang barang dalam rumah yang dikira “ada harga” untuk dilelong.

            Ada suatu cara untuk melengahkan atau menggagalkan tindakan ini dengan TIDAK MEMBENARKAN Bailiff dan sesiapa yang datang masuk kerumah. Bila tak dapat masuk, mereka akan datang balik dengan “PERINTAH PECAH MASUK” yang mana mereka akan datang dengan tukang kunci dan mungkin diiringi oleh pihak polis. Mendapatkan Perintah Pecah Masuk ini akan memakan masa jadi sementara tu kita boleh keluarkan barang barang yang berharga dari rumah. Untuk menambahkan unsur “dramatik” boleh kutip barang barang lusuh kat tempat recycle atau kutip sendiri dan letak kat rumah.

            Bila ini terjadi besar kemungkinan Bank akan membatalkan tindakan ini dan jika Bank meneruskan juga tindakan ini, besar kemungkinan dapat barang barang yang tidak berguna kepada peminjam ataupun peminjam masih boleh memohon untuk mendapatkan “Stay of Execution” atau Penangguhan Pelaksanaan dan failkan pulak SAMAN INTERPLIDER iaitu saman pihak ketiga yang ada tuntutan terhadap barang barang yang telah ditanda oleh Bailiff dan memohon kepada Mahkamah untuk mengeluarkan barang barang tersebut dari senarai yang telah ditanda.

            Seperti yang Tuan Khairil lihat, tindakan ini berisiko tinggi untuk tidak mendapat “habuan” oleh Bank dan hanya “menguntungkan” Loyar dari segi kos guaman. Tindakan ini juga bukan mudah seperti yang diwar-warkan oleh “Loyar Tampal Koyok” yang suka suka hati dia nak tampal Notis kat rumah orang.

          • Khairil

            Terima kasih atas jawapan tuan. Ada rasa lega sedikit.. Tapi tak lena tidur juga ni.. Yela sampai diorang nak bawak polis datang rumah.. Mana nak letak.. Kihkihkih.. Tempoh WSS tu akan sampai ke rumah makan masa atau bergantung pihak bank? Setakat ni last surat saya terima dari bank hanya untuk bayar min payment sahaja dan mereka akan serahkan saya kepada debt collector ni sekiranya saya gagal bayar. InShaAllah hujung bulan saya akan selesaikan min payment tu. Tapi debt collector cakap ban k suruh saya bayar separuh dari total hutang bukan min payment. Macam mana pulak tu?

          • Abu Ammar

            Tuan Khairil

            Seperti yang saya katakan sebelum ini, gempaq nak sita, bawak polis ni adalah TEMBERANG Agen Kutip Hutang. Dah cek CTOS? Dah check CCRIS? Kalau tak ada Penghakiman TIDAK AKAN ada WSS atau proses Bankrapsi. Buat apa dengar cakap Agen Kutip Hutang? Dia TIADA KUASA untuk membuat keputusan apa tindakan undang undang yang hendak dilakukan. Dia mak makan komisen aje. Hujung tahun lah katakan, diaorang pun nak belanja anak nak sekolah dan lain lain. Tindakan Bank yang perlu dirisaukan.

            Sila tulis satu surat yang mengesahkan alamat surat menyurat terkini Tuan kepada Bank. Kalau boleh, hantar by hand atau dengan registered post dan email. Lagi cantik kalau wakil Bank cop penerimaan surat tersebut. Ini akan menjadi SANGAT BERGUNA dikemudian hari.

            Saya sarankan supaya buat semakan dengan CTOS di http://www.ctos.com.my/CTOSHOME/selfcheck.html (scan MyKad depan belakang untuk diemailkan untuk pengesahan). Register id (klik CTOS User ID) dan ikut arahan di Skrin. Kalau tak silap saya bila dah regiater Id, satu lapuran ringkas akan diberi. Ia akan memberikan indikasi kalau ada tindakan undang undang.

            Nak tahu lebih lanjut bayar RM10 secara online untuk dapatkan lapuran secara detail. Bila dah dapat keputusan rujuk semula disini dengan email kepada saya di codetyco@ceritahutangbankdananda.com. Baru kita boleh tahu setakat mana tindakan undang undang yang telah dikenakan. Hmm… “promosi” CTOS tapi tak dapat apa apa pun. 🙂

            http://www.chatpropertymalaysia.com/how-to-check-your-credit-records-via-ccris-and-ctos/

            Untuk semakan CCRIS boleh pergi kecawangan Bank Negara terdekat dan minta bantuan dari pegawai disana. Ada juga kiosk untuk buat semakan. Janagn bimbang. Nikmati cuti yang panjang. Malas nak dengar “celoteh” Agen Kutip Hutang, install app “Truecaller” dan “True Messenger”. Boleh block call dan sms diaorang.

          • Khairil

            Setakat ni saya dah cek CTOS dan masih status clean. CCRIS tu memang dah ada rasanya sebab bank dah bagitau mereka akan masukkan saya ke CCRIS. Terima kasih Tuan atas jawapan untuk persoalan saya. 😊

  • Hanis

    As salam.. saya ada masalah berkaitan personal loan (Bank Rakyat) dengan pinjaman rm54ribu selama 15tahun bayaran bulanan rm525 selama 5tahun berkerja saya membuat bayaran mengikut di tetapkan tetapi semenjak saya tidak berkerja pada bulan 10 2013 saya tidak dapat membuat bayaran balik dan saya telah mendapat notis dari mahkamah tidak membuat bayaran sehingga bulan 5 2014 dan di kehendaki hadir ke mahkamah tapi memandangkan surat tersebut telah lewat seminggu baru saya dapat. Saya call bnk rkyat tersebut dan bertanya dia hanya minta saya selesaikan yg tertunggak dulu tapi saya hanya mampu bayar rm1k saja dan bayar bulanan rm200_rm350.. tapi saya baru terima notis baru dari mahkamah majistret notis peringatan terakhir iaitu :

    Ruj kami : SR/BRJB 32/1402/L/NFB/shikin

    02.12.2015
    PER : NOTIS PERINGATAN TERAKHIR
    MAHKAMAH MAJISTRET DI JB
    SAMAN NO : A72M-650-04/2014
    DEFENDAN : Nama saya
    NO.AKAUN : xxxxxxxxx

    Kami merujuk kepada pekara di atas di mana kami mewakili pihak bank kerjasama rakyat malaysia berhad beralamat xxxx

    Kami juga merujuk kepada perintah PENGHAKIMAN bertarikh 26.05.2014 yang menghendaki tuan/puan membayar jumlah penghakiman sebanyak Rm65,603.56 yang di kira setakat 13.03.2014 kepada anakguam kami
    sehingga penyelesaian penuh di mana jumlah baki pembiayaan yang masih terhutang sebanyak RM 60,196.82 setakat 02.12.2015

    Kami telah di maklumkan oleh anakguam kami bahawa tuan/puan masih gagal untuk mematuhi perintah tersebut bagi menyelesaikan jumlah baki pembiayaan yang masih terhutang kepada anakguam kami walaupun beberapa peringatan telah di berikan kepada pihak tuan/puan.

    Kami dengan ini telah di arahkan oleh anakguam kami untuk memberi PERINGATAN TERAKHIR kepada pihak ruan/puan agar mematuhi perintah tersebut dengan membuat pembayaran jumlah baki pembiayaan yang masih terhutang kepada anakguam kami dalam tempoh tujuh hari dari tarikh notis ini

    Sila Ambil Perhatian bahawa sekiranya pihak tuan/puan masih gagal dan/atau enggan mematuhi notis ini anakguam kami akan memulakan tindakan pelaksanaan seperti tindakan kebankrapan/ penggulungan syarikat / writ penyitaan dan pelelongan atau saman penghutang penghakiman terhadap pihak tuan/puan tanpa sebarang notis lagi dan segala bayaran guaman akan di tanggung oleh pihak tuan sepenuhnya

    Sekian terima kasih

    Yang Benar
    Xxxxxxxxx
    Advocates & Solicitors
    Johor bahru,johor

    Tetapi saya hanya dapat surat ni pada 15/12/2015.harap dapat membantu untuk saya selesaikan @ abaikan dan teruskan pembayaran seperti biasA mengikut kemampuan saya memandangkan saya juga telah berkerja tapi jumlah gaji tidak seperti dulu.. terima kasih atas perhatian tuan.

    • Abu Ammar

      Wa’alaikumussalam Hanis

      Masalahnya sekarang ialah PENGHAKIMAN telah pun didapati. Agak “berhemah” juga untuk mereka memberi peringatan begitu kerana Bank boleh saja mengarahkan Tuan Loyarnya untuk melaksanakan PENGHAKIMAN dengan tindakan Bankrapsi tanpa sebarang notis iaitu tindakan yang paling “logikal” buat Bank pada masa ini.

      Ini adalah kerana tindakan Bankrapsi mungkin tidak menghasilkan “pulangan duit” tetapi hanya menambahkan “belanja” bagi Bank walaupun mereka akan memasukkan dan menuntut “belanja proses Bankrapsi” daripada Hanis dan adalah lebih baik jika Hanis boleh tampil untuk membuat cadangan pembayaran. Bank juga tahu jika Hanis Bankrap, besar kemungkinan Hanis akan membayar RM100 sahaja sebulan kepada Jabatan Insolvensi dan duit ini akan disimpan oleh Jabatan Insolvensi sehingga satu masa yang sesuai untuk diberikan kepada Bank yang selalunya memakan masa bertahun tahun.

      Apa yang Hanis perlu buat ialah membuat cadangan pembayaran dengan Bank Rakyat iaitu biasanya membuat satu bayaran dengan jumlah yang agak besar dahulu diikuti dengan ansuran bulanan. Atau seperti yang ada dibuat oleh sesetengah orang iaitu membuat pinjaman dengan koperasi atau menjual rumah (kalau nilai rumah lebih dari hutang rumah itu sendiri). Masalah mungkin timbul apabila membuat pinjaman kerana sudah ada rekod Penghakiman. Saya tidak menggalakkan Hanis untuk membuat pinjaman untuk “kambus lubang” tapi cuba buat rundingan dengan Bank dahulu.

    • Abu Ammar

      Wa’alaikumussalam Hanis

      Masalahnya sekarang ialah PENGHAKIMAN telah pun didapati. Agak “berhemah” juga untuk mereka memberi peringatan begitu kerana Bank boleh saja mengarahkan Tuan Loyarnya untuk melaksanakan PENGHAKIMAN dengan tindakan Bankrapsi tanpa sebarang notis iaitu tindakan yang paling “logikal” buat Bank pada masa ini.

      Ini adalah kerana tindakan Bankrapsi mungkin tidak menghasilkan “pulangan duit” tetapi hanya menambahkan “belanja” bagi Bank walaupun mereka akan memasukkan dan menuntut “belanja proses Bankrapsi” daripada Hanis dan adalah lebih baik jika Hanis boleh tampil untuk membuat cadangan pembayaran. Bank juga tahu jika Hanis Bankrap, besar kemungkinan Hanis akan membayar RM100 sahaja sebulan kepada Jabatan Insolvensi dan duit ini akan disimpan oleh Jabatan Insolvensi sehingga satu masa yang sesuai untuk diberikan kepada Bank yang selalunya memakan masa bertahun tahun.

      Apa yang Hanis perlu buat ialah membuat cadangan pembayaran dengan Bank Rakyat iaitu biasanya membuat satu bayaran dengan jumlah yang agak besar dahulu diikuti dengan ansuran bulanan. Atau seperti yang ada dibuat oleh sesetengah orang iaitu membuat pinjaman dengan koperasi atau menjual rumah (kalau nilai rumah lebih dari hutang rumah itu sendiri – kalau ada la). Masalah mungkin timbul apabila membuat pinjaman kerana sudah ada rekod Penghakiman. Saya tidak menggalakkan Hanis untuk membuat pinjaman untuk “kambus lubang” tapi cuba buat rundingan dengan Bank dahulu.

      • Hanis

        Terima Kasih tuan ammar.. saya telah pun berunding dgn bank.. tp kes sy telah di pindahkan ke jabatan pemulihan runcit 2.. mereka menggalakan agar sy membuat sejumlah bayaran dlm 3ribu.. selepas ni sy akan belajar dr kesilapan dan bersungguh2 utk tidak di isytihar bankrap. Berharap masih di beri peluang.

  • helen

    salam tuan…

    Maaf sy nk bertanya.pd tahun 2014 selepas sy menjalani operation sy sudh tak mampu untuk travel bekerja sejauh 75km setiap hr…jd husband sy mntak sy utk berhenti…di sebabkan sy telah berhenti kerja agk sukar utk kami membiasakan diri apabila husband seorg bekerja…dgn cost perubatan sy dn living cost di kl telah mnyebabkan bayaran kereta sy trtunggak…masalahnye tuan…husband sy telah mnghubungi pihak cimb dn berbincang utk melunaskan pembayaran yg trtuggak secara berperingkat sehingga selesai..pd awalnye pegawai di cimb trsebut sudah bersetju…jadinya pd keesokan hrnya…husband telah membWa sejumlah wang utk membuat pembayaran….ttpi malangnya tb shja di bank pegawai brkenan tidak mahu plk terima wang trsebut…husband pn plg la dgn hampa….esok nye husband mahu ke lhdn brsama sy….ketika sy didalam kereta ms tu jam lbh kurg pkul 4++ pm…dtg sekumpulan india and salah seorg dr india trbabit memaksa sy bukak pintu kereta dn die duduk masuk dlm kereta die beritahu sy die mahu tarik kereta without tnjuk any RO atau pun card …bila husband tb di kereta mereka tlh membw kami kekedai mkn and mereka mintak rm4.5k and mereka akn simpan kn kereta and kunci akn dipulangkn pd kami..kemudian mereka tlh mbwa kami ke balai berhampiran and dua dr mereka tlh brsama husband pegi buat report and mereka pksa suami utk buat report mngatakan husband pinjam wang 2k and cagar kereta setelah selesai mereka akn pulng balik kereta…husband yg risau akn keselamtn sy yg dalam kereta brsama geng mereka yg lain trpksa akur dgn arahan mereka…slesai buat report kami mintak mereka serahkan kunci seprti yg djnjikan mreka akn ambil kereta shj…mlngnye mereka tdk mahu and suruh kami kemas brg2 dlm kereta and mereka hntar kami pulg…kemudian dlm smnggu lps tu husband call mereka utk buat pmbyrn ttpi sdh xdpt dihubugi…tembelang mereka pecah apabila kami semak telah byk saman aes dan saman ekor jpj mknya mereka mnggunakan kereta…yg mngherankn pd hujung tahun 2014…sptutnya roadtax kereta telah mati tp mereka tlh hidupkan dengan cover insurans yg paling rendH…kami sudah ke balai trafic…sarja di balai trafic cm ckp nk buat mcm mane saman tu kena byr jgk walaupun kamu xpakai…kami pergi pulak mintak bantuan dgn pdrm…mereka plk bg alasan kami xboleh nk tahan mereka sbb mereka xada kes jenayah .yg trkini…info dr kwn2 kereta sy tlh mereka jual pd seorg budak di kuantan and budak tu guna tanpa rs bersalah….yg sy pelik sy cek di bank status kereta masih belum di tarik atau di lelong…bantu la sy yg buntu ni encik dh pnt naik trun balai hujung2 sume jawapan
    hampa…

    • Abu Ammar

      Salam Sejahtera Helen

      Tindakan yang dilakukan adalah satu tindakan jenayah iaitu penipuan. Saya pasti Helen sudah pun membuat lapuran kedua tentang penipuan yang berlaku. Saya perlukan beberapa kepastian:

      1) Saya pasti Helen sudah melapurkan kejadian ini kepada pihak CIMB. Kalau sudah, kali ini buat satu lagi surat memberikan segala butir butir perkara yang berlaku beserta dengan lapuran polis. Minta juga nama Agen Perolehan Semula atau mana mana Agen yang telah diberikan Surat Penarikan Balik. Agen boleh digantung atau ditarik balik lesen Agen Perolehannya. Buat salinan kedua surat ini kepada Bank Negara dan bahagian konsumer KPDNKK kerana KPDNKK adalah pengawal selia Akta Sewa Beli 1967.

      2) Berikan juga lokasi dan nama (jika ada) pihak ketiga yang telah membeli kereta tersebut.

      Pihak CIMB sepatutnya sudah mengeluarkan Surat Penarikan Balik kereta dengan serta merta kerana sudah terang terang kereta berada di pihak ketiga. Malangnya memandangkan nama pemilik masih lagi Helen, segala Saman perlu dibayar tapi memandangkan lapuran polis sudah dibuat, Helen akan terlepas dari tuduhan jenayah jika kereta terlibat dalam aktiviti jenayah.

      • helen

        terima kasih atas nasihat tuan…sy akan cuba laksanakan ape yg tuan cadangkan…utk makluman sy tlh byk kali ke balai dan telah pn mncdngkan utk bukak laporan di bwh kes penipuan…malangnye pegawai penyiasat yg trlibat enggan membuka sebarang laporan di atas kes penipuan ats alasan si pelaku tdak mmpunyai sebarang rekod jenayah…oleh itu sy tdak dpt utk mngemukakan sebrg sokongan kpd pihak cimb….yg keduanya pihak polis berkata tindakan kepada mereka tdk blh sy ambil memandangkan laporan pertama yg mnyatakan bhw sy tlh meminjam sejumlah wang dr mereka dgn mcagarkn kereta wlupun tlh brkali kali sy myatakan bhw sy tdk menerima sbrg wang dr mereka…pihak polis hanya meminta sy utk menyelesaikan hal ini sendiri dgn pihak mereka

        • Abu Ammar

          Dear Helen

          Buat surat kepada CIMB macam yang saya katakan tadi. Ada betulnya kata polis kerana berdasarkan kepada lapuran pertama, ia (pertukaran kereta) adalah berdasarkan “suka sama suka”.

          Walaubagaimanapun, saya rasa dalam lapuran polis tu ada nombor Kad Pengenalan sipengambil kereta dan berikan maklumat ini kepada KPDNKK untuk menyiasat samada beliau adalah Agen yang berdaftar dengan mereka. Memang ada segelintir Penarik Kereta yang mengambil kesempatan keatas peminjam akan tetapi ada juga kemungkinan mereka adalah “conman” yang membuat taktik sedemikian dan mereka bukan Penarik kereta. Biar KPDNKK dan CIMB membuat siasatan mereka.

  • suria

    assalam.
    saya telah mndapat writ saman dan perlu hadir mhkmh.dan menyatakn sy tlah mndpt notis tuntutan..
    soalan saya adkh sy plu hadir ke mhkmh?
    dlm surat lwyer mngtakn sy prlu byr atau hadir.
    sy telefon org yg slalu kol sy wkil bnk ktenya slpas bayar dlm 2k (dye minta 5k) bru runding dgn org bnk rakyt. sekejap dye sruh pergi mhkmh skjp dye kte lpas byr xprlu pergi.klo x pergi dye kte tindakn pun kna jgk lepas ni.

    Ada x cara atau cadgn utk sy slesaikn hal ini atau cara berunding dgn orang bnk spya sy dpt byr ansur tunggakn yg ada tu.
    konfius 🙁 smga tuan puan mmbntu tq.hnya Allah mampu membalas

    info:loan saya sign dlu brkaitan komoditi dan akd jual bli

    • Abu Ammar

      Sila failkan Notis Kehadiran DENGAN SEGERA. Pergi ke Mahkamah Sesyen, pergi ke kaunter Mahkamah, daftarkan kehadiran Atiey pada 20hb nanti. Tunjukkan surat saman tu dan rujukan nombor Saman tu. Dia akan tolong daftarkan kehadiran dan akan bagi resit. Simpan resit ni baiak baik dan bawak masa hari pendengaran kes. Lepas tu call Loyar tu dan bagitau Atiey akan hadir pada 20hb Disember nanti. Kalau Loyar tanya nak bayar ke tidak, cakap kita bincang di Mahkamah nanti. Yang penting dia tahu kita akan hadir.

      Ini adalah “Backup” plan kalau rundingan tidak berhasil. Jadi boleh delay lagi sebelum kita membuat pembelaan atas pembelian komoditi yang meragukan. Lepas tu tolong scan dokumen tu semua (kalau takde scanner pergi ke cyber cafe) kalau ada dokumen dokumen perjanjian tentang jual beli komoditi tu pun scan dan email ke saya. Jangan berlengah lagi. Kita cuba lengahkan prosedur ni supaya Atiey boleh bernafas sampai tahun depan.

  • anna

    Saya ada buat loan peribadi 18ribu sudah 2tahun buat bayaran elok. Sejak 4bulan ini tak dapat buat bayaran loan. Saya terima panggilan dari bank bawa nak sita barang. I ada kedai tapi niaga sudah banyak merosot. Ada pihak bank boleh sita barang bila bila sama.

  • Azrin

    Assalamualaikum.Saya Azrin

    Saya telah mendapat FINAL REMINDER daripada Courts spt dibawah

    No. Kes Fail: Nombor akaun saya padamkan
    FINAL REMINDER
    SULIT DAN PERSENDIRIAN
    07 DECEMBER 2015 PERINGATAN TERAKHIR
    TANPA PRASANGKA
    Nama saya dan alamat

    PER: NOTIS PEMBERITAHUAN TERAKHIR DENGAN NIAT UNTUK
    PROSIDING TINDAKAN DI MAHKAMAH MAJISTRET SIVIL
    ANTARA
    PIHAK YANG MENUNTUT
    COURTS (MALAYSIA) SDN BHD (PEMIUTANG)
    DAN PIHAK YANG KENA TUNTUT
    (Saya dan nombor kad pengenalan) (PENGHUTANG)

    Kami mewakili COURTS (MALAYSIA) SDN BHD beralamat NO.36 JLN GENTING KLANG 53300 SETAPAK,KUALA LUMPUR
    dan merujuk kepada notis tuntutan yang telah dihantar SECARA POS diatas nama tuan/puan sebelum ini.

    SILA AMBIL PERHATIAN BAHAWA WALAUPUN BEBERAPA NOTIS TUNTUTAN TELAH DISEMPURNAKAN ATAS NAMA
    TUAN/PUAN, tuan/puan masih lagi didapati gagal / ingkar / cuai dan mengabaikan tuntutan tersebut serta tidak
    menghiraukan langsung untuk menjelaskan tunggakan hutang dalam tempoh masa yang diberikan.

    SILA AMBIL PERHATIAN bahawa akibat dari kegagalan / keingkaran dan kecuaian pihak tuan/puan untuk membuat bayaran
    dalam tempoh 7 hari yang telah diberikan , pihak Peguamcara COURTS (MALAYSIA) SDN BHD telah membuat keputusan
    untuk menfailkan tuntutan hutang sebanyak RM ……….. dari pihak tuan/puan tanpa merujuk kepada pihak tuan/puan
    selepas ini.

    SILA AMBIL PERHATIAN tuan/puan akan dikehendaki menghadiri perbicaraan di MAHKAMAH MAJISTRET SIVIL di
    Bangunan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur Jalan Duta , Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, kelak untuk menjawap
    suatu TUNTUTAN terhadap kamu COURTS (MALAYSIA)SDN BHD. Kehadiran tuan/puan akan diwajibkan dan Tuan/Puan
    gagal atau ingkar menghadirkan diri pada tarikh perbicaraan suatu Penghakiman Ingkar boleh dimasukan terhadap kamu.

    SILA AMBIL PERHATIAN SEKIRANYA PIHAK PEGUAMBELA & PEGUAMCARA COURTS (MALAYSIA) SDN BHD
    MELAKSANAKAN DAN MENYEMPURNAKAN TINDAKAN PROSIDING MAHKAMAH TERHADAP TUAN/PUAN MAKA:-

    1. TINDAKAN KEMUFLISAN / KEBANKRAPAN mungkin dan boleh diambil terhadap kamu dimana AKAUN SIMPANAN,
    AKAUN SEMASA, KAD KREDIT DAN SEGALA KEMUDAHAN PERBANKAN MUNGKIN dan BOLEH DIBEKUKAN.

    2. PERINTAH RASMI MAHKAMAH untuk PENYITAAN DAN PENJUALAN (SEIZURE AND SALE) terhadap semua
    hartabenda termasuk kenderaan mungkin dan diambil dan dikuatkuasakan serta merta tanpa sebarang NOTIS.

    3. NAMA DAN KAD PENGENALAN SERTA BUTIR BUTIR PERIBADI KAMU MUNGKIN DAN BOLEH DISENARAI HITAMKAN (BLACK LIST) dengan SEMUA BANK PERDAGANGAN KOPERASI, BANK NEGARA, SYARIKAT KREDIT DI MALAYSIA TANPA SEBARANG NOTIS DAN DIKUATKUASAKAN DENGAN SERTA MERTA.

    4. NAMA DAN NO KAD PENGENALAN SERTA BUTIR PERIBADI ANDA MUNGKIN DAN BOLEH DI MASUKKAN KE DALAM SISTEM REKOD MAKLUMAT KREDIT KERAJAAN MALAYSIA (CCRIS), CREDIT TIP OFF SERVICES (CTOS) DAN DISENARAI HITAMKAN SEHINGGA KESEMUA TUNGGAKAN ANDA DI JELASKAN DENGAN COURTS (MALAYSIA) SDN BHD .

    5. SILA AMBIL PERHATIAN, sekiranya NAMA DAN KAD PENGENALAN anda DISENARAI HITAMKAN-SEGALA KEMUDAHAN anda dengan mana mana pihak bank yang sedia ada akan ditarik balik dan ditamatkan dengan serta merta

    -ini akan MENYEKAT DAN MANGHALANG ANDA DARIPADA MENDAPATKAN APA APA BENTUK PINJAMAN PERIBADI, KENDERAAN, PERUMAHAN, KAD KREDIT,PINJAMAN PTPTN, PINJAMAN INSTITIUT PENGAJIAN TINGGI AWAM / SWASTA untuk anak anda DIMASA DEPAN dari mana mana pihak BANK, KOPERASI SERTA MANA MANA INSTITIUSI KEWANGAN DI MALAYSIA .

    SILA AMBIL PERHATIAN bahawa anda juga akan bertanggungjawap sepenuhnya terhadap segala KOS TERMASUK FEE DAN PERBELANJAAN yang dikenakan berkaitan proses PROSIDING TINDAKAN MAHKAMAH TERHADAP ANDA oleh pihak PEGUAMCARA COURTS (MALAYSIA) SDN BHD.

    SILA AMBIL PERHATIAN sekiranya keseluruhan jumlah tunggakan sebanyak RM …………. dibayar kepada COURTS (MALAYSIA) SDN BHD dalam masa (7) hari dari tarikh NOTIS ini dikeluarkan terhadap kamu, segala TINDAKAN PROSIDING MAHKAMAH terhadap kamu akan dihentikan dan kamu TIDAK perlu menghadiri PERBICARAAN MAHKAMAH.

    AMBIL PERHATIAN sekiranya anda ingin atau hendak membuat PEMBAYARAN untuk menyelesaikan tunggakan anda untuk MENGELAKKAN TINDAKAN MAHKAMAH keatas tuan/puan sila hubungi pihak bahagian Pendakwaan dan Tuntutan EN.SHAMSUDIN di nombor talian 03-91727178 (9AM TO 6PM ) dengan kadar segera.

    NOTIS INI DIANGGAP TELAH DISEMPURNAKAN KEPADA KAMU dalam tempoh 72 jam apabila dihantar melalui POS BIASA / DENGAN TANGAN ke alamat terakhir yang diketahui sepertimana tercatit di dalam Perjanjian anda dengan pihak COURTS (MALAYSIA) SDN BHD.

    PIHAK YANG DIRUJUK

    Nama adik

    Nama adik

    S.K COURTS (MALAYSIA) SDN BHD

    Peg. Pendakwa Tuntutan & Kuatkuasa SIVIL

    “…Sesungguhnya sebaik-baik kamu ialah yang paling baik membayar hutang (Hadith Riwayat Muslim)”

    Notis ini dicetak oleh computer.Tandatangan tidak diperlukan. This is a computer generated notice.No signature is required.

    Ini ialah satu LoD yang baru diemailkan pada saya pagi tadi setelah saya mendapat telefon daripada panggilan telefon dari Pn. Dila ( tidak pasti nama betul atau tidak) dari Courts Setapak.Pada bulan lepas saya dapat juga panggilan yang katanya dari Pejabat Peguam bernama Datuk Othman. Saya juga mendapat sms yang mengatakan bahawa akaun saya telah dibekukan. Datuk Othman memaklumkan kpd saya akaun saya dibekukan sekiranya saya tidak melangsaikan hutang pembelian brg dari Courts.Tetapi beliau boleh bertimbang rasa untuk mengelakkan akaun bank saya dibekukan, boleh menghubungi Pn.Dila Courts Setapak itu tadi. Pnb Dila meminta saya membayar 2000 terlebih dahulu kerana hutang saya ada 4 ribu.

    Soalan saya: Adakah LoD ini betul atau tidak dan apakah tindakan yg seterusnya yang perlu saya lakukan.

    Sekian terima kasih

    • Abu Ammar

      Wa’alaikumussalam Azrin

      Maaf saya lambat sikit jawab sebab saya bekerja. Petang Petang atau malam baru ada masa terluang. Jawapan yang singkat bagi soalan Azrin ialah ini adalah BOHONG belaka. Kalau surat Loyar yang “betul betul” dan bukan “cubaan” MESTI ada tandatangan. Kalau kata “cetakan komputer, tidak perlu tandatangan” maka TIPUlah tu. Lain lain “clue” ialah:

      1) Pada bulan lepas saya dapat juga panggilan yang katanya dari Pejabat Peguam bernama Datuk Othman.

      KOMEN: Saja bagi nama “Datuk” bagi ada OOMPH sikit. Hari tu ada juga yang bergelar “Datin” suruh call, peguam katanya. Takpelah mungkin Datuk yang ada cucu. Kita panggil dia Atuk Othman.

      2) Saya juga mendapat sms yang mengatakan bahawa akaun saya telah dibekukan.

      KOMEN: Bank kalau nak beku akaun dia beku terus takda bagitau orang punya. Kita yang akan dapat tahu kemudian bila tak dapat keluar duit. Mana ada nak “negotiate” nak beku atau tak beku? CEO Bank pun takda masa nak beku akaun orang. “POWER” betul Atuk ni.

      3) Atuk Othman memaklumkan kpd saya akaun saya dibekukan sekiranya saya tidak melangsaikan hutang pembelian brg dari Courts.

      KOMEN: Seperti komen pada no (2) diatas, memang sah sah TEMBERANG

      Sila baca artikel saya berkenaan hal ini dan ulasan ulasan lain berkenaan dengan “LOD” yang SEBIJIK macam yang Azrin terima. Jangan bimbang, ada duit bayar pelan pelan. Jangan layan Atuk tu. Jaga cucu lagi baik dari kerja TEMBERANG orang macam tu.

      http://www.ceritahutangbankdananda.com/index.php/2015/09/10/antara-notis-tuntutan-loyar-yang-kreatif-dan-mengelirukan/

  • zira

    salam tuan ,sy ada membuat pinjaman peribadi dgn aeon kredit ,tp skrg sy ada akaun tertunggak dgn aeon kredit . almost RM1400 dan tertunggak hampir 8 bulan . pagi td sy ada dapat panggilan telefon dari seorang perempuan yg mengatakan dia dari sebuah pejabat guaman tp sy terlupa nak tanya nama pejabat tu . dia beritahu sy yg sy akan disaman dan dictoskan dalam masa 24 jam . dia ada terangkan serba sedikit kpd sy mengenai ctos , dia bgtahu bila saman dah dikeluarkan harta benda termasuk rumah kereta dan yg lain akan disita dan mereka akan tampal notis dialamat rumah sy skrg . lepas dia terangkan tu semua dia tanya kpd sy sama ada sy setuju atau tak nama sy akan diproses dan akan dihantar ke bank negara pafa hari nie . kemudian sy ada bertanya kpd dia saman tu dari siapa . dia cuma jawab saman tu dari datin yana tetapi dia xtahu berkenaan dgn kes apa . kemudian dia sendiri mintak sy kol datin yana tu untuk bertanyakan saman atas kes apa.sy ada kol datin yana tanya pasal saman tu , dia terangkan kpd sy sama mcm perempuan td kol . dalam pukul 1.30 ptg ada sorg lelaki kol sy katanya pembantu datin yana bertanyakan mengenai payment aeon tu dah selesaikan ke belum . . lepas sy ckp belum selesai dan mintak bg tempoh pembantu datin nie mintak sy kol datin tu balik . tak sempat sy kol datin tu , ada satu lg panggilan masuk dari sorg perempuan yg mengatakan dia pon pembantu datin tu jugak dan mintak sy selesaikan semua hutang berjumlah RM6840 sebelum pukul 5 ptg nie . sbb kalau x mereka akan sita semua barang sy , lepas tu sy dapat lg kol lg , tp pmpuan india pembantu datin yana jugak mintak sy selesaikan semua hutang tu . sy pon bgtahu bg la masa sbb mana nak cri duit bnyk tu dalam masa beberapa jam nie . pukul 5 lebih td pmpuan india tu kol lg and bila sy ckp sy belum dapat bayar lg duit tu ,terus dia marah and suruh sy kol sendiri datin tu sbb datin dah marah2 dia . lepas tu pukul 6 td sy dapat mesej (Sila ambil perhatian satu petisyen kehakiman akan dijalankan atas nama anda serta merta , untuk keterangan lanjut hubungi KANNIKA 014******) ,untuk pengetahuan tuan sy mendapat mesej tu sebanyak 31 mesej dalam masa 5 minit shj . lg satu tuan sy dah berpindah dah telah memberitahu datin yana yg sy dah xtinggal di alamat lama (rumah mak) dia mintak alamat baru , lepas tu dia ckp dorg akan tampal notis di kedua alamat rumah saya . apa yg perlu sy bt tuan ?

    • Abu Ammar

      Wa’alaikumussalam Cik/Puan Zira

      Ni Datin mana pulak memandai mandai tukar undang undang ni? Semua yang dikatakan adalah PEMBOHONGAN semata mata. Semua yang mereka nak buat melanggar Garis Panduan yang telah ditetapkan oleh Bank Negara Sila baca artikel artikel ini:

      Kalau belum baca tentang TEMBERANG PENGUTIP HUTANG, sila baca disini:

      BAHAGIAN 1

      http://www.ceritahutangbankdananda.com/index.php/2015/10/02/pendedahan-eksklusif-bahagian-1-cerita-agen-pengutip-hutang-debt-collection-agency/

      BAHAGIAN 2

      http://www.ceritahutangbankdananda.com/index.php/2015/10/05/pendedahan-eksklusif-bahagian-2-cerita-agen-pengutip-hutang-debt-collection-agency/

      BAHAGIAN 3

      http://www.ceritahutangbankdananda.com/index.php/2015/10/08/bahagian-akhir-pendedahan-eksklusif-cerita-agen-pengutip-hutang-debt-collection-agency/

      dan panduan menangani Pengutip Hutang

      http://www.ceritahutangbankdananda.com/index.php/2015/10/11/panduan-menangani-agen-kutip-hutang/

      TEMBERANG “nak sita” ini akan menjadi basi tidak lama lagi apabila semua orang mengetahui sebab mengapa ia dibuat dan bagaimana prosedur yang betul ia dilakukan.

      Memandangkan tiga soalan semalam adalah berkenaan dengan sita. Saya ulang lagi jawapan saya kepada Cik Ain dan Kesusahan.

      Bank (bukan Agen Kutip Hutang) akan melakukan proses penyitaan jika ada perkara perkara berikut:

      1) Ada Penghakiman keatas Penghutang
      2) Rumah yang diduduki Penghutang adalah atas nama Penghutang atau memang diketahui barang barang didalmnya milik Penghutang tanpa ada kemungkinan dibantah oleh pihak ketiga (isteri atau Tuan Penyewa) yang mengatakan barang barang tersebut adalah milik Penghutang
      3) Harta benda dalam rumah penghutang yang telah dikenalpasti atau bakal dikenalpasti mempunyai nilai yang tinggi atau sekurang kurangnya “nilai sentimetal” kepada Penghutang. Harta benda tersebut jika dilelong sekurang kurangnya dapat “cover” kos Mahkamah dan Tuan Loyar dan boleh juga cover baki hutang

      Risiko tindakan ini adalah seperti berikut:

      1) Barang dalam rumah dibuktikan BUKAN kepunyaan Penghutang. Contohnya ada resit resit pembelian yang membuktikan sedemikian.
      2) Rumah BUKAN milik Penghutang (rumah nama isteri, ayah, mak,opah atau rumah sewa) dan sukar dibuktikan barang hakmlik Penghutang
      3) Penghutang memfailkan permohonan “Penangguhan Pelaksanaan” atau “Stay of Execution” sehingga isu isu dalam No (1) dan (2) selesai.
      4) Barang barang dalam rumah tiada nilai yang berbaloi untuk dilelong dan jika Penghutang gagal membayar hutang dalam tempoh 14 hari seleaps proses pemganbilan senarai barangan dalam rumah, terpakasa pulak lelong barang barang tersebut yang Penghutang tak kisah pun kalau dijual.

      Tindakan ini berpotensi untuk gagal dari tujuan asalnya untuk menakutkan Penghutang untuk mebayar hutang dan juga memalukan mereka tetapi kalau betul betul takde duit nak bayar dan yang ada cuma TV 20 inci tahun 80an (kalau TV LCD pun mungkin Court Mamut atau Seng Heng punya) dan beberapa kusyen atau sofa yang dah bau masam dengan meja makan yang dah menggelupas kulit, kan dah menyusahkan nak ambik lori bagai dan “lelong”. Bukab lelong sukahati tau, kena pakai pelelong berlesen. Jadi kelakor pulak takut takda orang nak beli.

      Tindakan ini lebih berjaya dilakukan jika Penghutang adalah pemilik perniagaan yang masih beroperasi. Kalau yang dah lingkup pun tak berbaloi juga. Jadi kalau Agen Kutip Hutang nak buat, walaupun syarikat Kutip Hutang yang besar dan banyak duit sekalipun, dia nak ambik risiko tu ke. Baik dia buat KELENTONG dan mengharapkan Penghutang takut dan bayar. Kos cuma bil telefon sahaja. Jadi tidak perlu bimbang.

      Tindakan Bankrapsi pun selalunya bukan menguntungkan Bank melainkan Penghutang itu perlu bebas dari Bankrapsi atas alasan perniagaan atau kontrak kerja yang tidak membenarkan situasi begitu. Selain dari itu, SiBankrap kalau takde hutang rumah atau kereta masih boleh bekerja dan hasil perbincangan dengan Jabatan Insolvensi, cuma perlu membayar jumlah bulanan yang jauh lebih sikit dari apa yang perlu dibayar dengan Bank. Dalam sesetengah kes dan keadaan, tindakan Bankrapsi memberi “kebebasan” kepada Penghutang secara tidak langsung.

      Bank pulak akan jadi “sakit hati” bila buat tindakan Bankrapsi dengan mengeluarkan belanja Loyar dan Mahkamah. Bila dah dapat keBankrapan, 10 Bank lain “tumpang sekaki” untuk memfailkan “Proof of Debt” dengan Jabatan Insolvensi tanpa perlu keluar belanja yang besar. Tindakan sebegini merupakan tindakan “penamat” yang boleh dilakukan oleh Bank supaya fail “Hutang Lapuk” boleh “ditutup” dan dipindahkan ke Bahagian “Recovery”. Sebab tu lebih senang “jual” kepada Agen Kutip Hutang kut kut dapat kutip.

      Jadi jangan bimbang. Blok aje call diaorang dengan Truecaller dan True Messenger. Ada duit bayar terus kat AEON.

      • Dayang

        Kes saya mcm ni, rumah saya skrg adalah atas nama saya dan ibu saya. Nama saya x mslh cuma ibu saya mmpunyai hutg lama iaitu menjadi penjamin kereta dn kereta itu tdk dpt byr dn hutg peribadi. Mslh ibu saya sdh smpi ke mahkamah. Soalan saya jika ibu saya d kenakan tindakan undang2 adakah rumah saya akan turut d sita atau d lelong…..

        • Abu Ammar

          Assalamualaikum Dayang

          Maafkan saya, saya perlukan penkelasan bagi kenyataan ini:

          ” ibu saya mmpunyai hutg lama iaitu menjadi penjamin kereta dn kereta itu tdk dpt byr dn hutg peribadi. Mslh ibu saya sdh smpi ke mahkamah. “

          1) Hutang lama. Berapa lama sudah berlalu?
          2) Berapa jumlah hutang tersebut?
          3) Tentang hutang peribadi tu, berapakan jumlah tuntutan dan sudah berapa lama tak bayar?

          “Mslh ibu saya sdh smpi ke mahkamah.”

          1) Apakah tahap tindakan Mahkamah sekarang ini? Saman? Penghakiman? Pelaksanaan seperti Bankrapsi?

          Sila kemukakan soalan yang lengkap supaya pandangan yang lebih jelas boleh diberi. Terima kasih