JEJAK HUTANG LAPUK: Mencari Yang Senasib Dengan EN Idris

Saya pasti bagi sesiapa yang telah membaca kisah En Idris di sini (kes-naya-diambang-kebankrapan-hutang-pokok-rm3000-faedahriba-ikut-pintu-belakang-rm53000), telah mengetahui apa yang telah berlaku. Saya ingin tahu berapa ramaikah lagi “En Idris” yang berada diluar sana dan sedang menghadapi Writ Saman, Penghakiman atau mungkin sedang berada diambang Bankrapsi atau telah pun Bankrap atas tindakan yang tidak bermoral Bank dan Loyar Loyarnya yang menuntut hutang lapuk yang telah melebihi had masa.

Saya mohon jika anda mempunyai hutang yang tidak berbayar (terutamanya Kad Kredit) dan merasakan anda telah teraniaya dengan tindakan seperti ini, anda boleh memasukkan butir butir seperti berikut dibahagian komen:

1) Nama Bank

2) Jenis Pinjaman

3) Jumlah baki hutang terakhir

4) Tarikh akhir bayaran

5) Tindakan yang dikenakan termasuk tarikh Notis Tuntutan, Writ Saman, Notis Kebankrapan dan Petisyen Pemiutang

Sebelum itu, anda mesti memastikan bahawa:

1) Hutang tidak berbayar dalam tempoh enam tahun dari tarikh akhir bayaran dan tidak menerima apa apa dokumen dari Bank, Tuan Loyar atau Mahkamah  tetapi telah diBankrapkan atau diambil tindakan undang undang . Contohnya, hutang Kad Kredit bayaran terakhir pada tahun 2004 tetapi baru sekarang dapat Notis Kebanrapan. Masalah telah berpindah dari alamat asal tidak timbul kerana ada peruntukan Penyampaian Ganti. Cuma ada “kelebihan” jika alamat sekarang sama dengan alamat dalam rekod Bank.

2) Telah menerima penghakiman tetapi Bank telah bertindak melebihi 12 tahun dari tarikh Penghakiman. Contohnya, dapat Penghakiman pada tahun 2001 tapi baru sekarang dikenakan tindakan Kebankrapan

3) Bagi hutang Kad Kredit, Bank telah memfailkan kadar faedah yang sama dengan perjanjian asal dalam Notis Tuntutan dan Jumlah Penghakiman. Contohnya, kadar faedah Kad Kredit yang “hidup” ialah 18% setahun dan 1% caj penalti, tetapi Bank telah memohon dan mendapat Penghakiman atas jumlah Penghakiman pada kadar yang sama yang sepatutnya hanya 5%. Yang ini tidak kira masa iaitu samada berlaku sepuluh tahun dahulu ataupun sekarang.

Sebelum anda memasukkan maklumat dibahagian komen, pastikan anda mempunyai bukti dokumen yang lengkap, sekurang kurangnya Notis Kebankrapan atau Petisyen Pemiutang (dokumen lain boleh dicari dan diminta dari Mahkamah) dan Dokumen Dokumen lain yang berkaitan seperti Notis Tuntutan Peguam dan Writ Saman dan anda pasti ia dilakukan dengan cara yang tidak sah.

Jika anda tidak pasti, anda boleh membuat semakan dengan CTOS di http://www.ctos.com.my/CTOSHOME/selfcheck.html (scan MyKad depan belakang untuk diemailkan untuk pengesahan)  untuk mendapatkan status anda.

Tujuan saya meminta maklumat ini untuk mengumpulkan maklumat yang saya yakin berjumlah ribuan kes dan kita menuntut keadilan dari segi tindakan undang undang yang tidak sepatutnya diambil keatas peminjam yang buta undang undang. Kita akui hutang mesti dibayar akan tetapi jika Bank sendiri tidak menggunakan haknya untuk mengutip hutang yang secara teorinya  Bank mempunyai masa 18 tahun untuk mengutip hutang (6 tahun selepas tarikh tunggakan) dan 12 tahun selepas mendapat Penghakiman adakah adil mereka berbuat demikian? Apatah lagi jika Bank membelakangi undang undang dengan menggunakan taktik “kotor” dengan memanipulasi kejahilan peminjam atas kesilapan Bank yang tidak membuat proses kutipan dengan betul? Itu belum masuk bab kena Bankrap atas jumlah faedah yang berpuluh puluh kali ganda dari jumlah hutang sebenar seperti kes Encik Idris kita. Berapa ramaikah diantara kita senasib dengan Encik Idris?

 

 

Leave a Reply / Masukkan Komen Anda

  1. Assalam tuan ammar…..saya ada hutang dengan syarikat azio pada tahun 2004….kali terakhir saya bayar hutang juga 2004…..pada tahun 2016 apabila saya ingin membuat pinjaman bank….saya dapati nama saya sudah berada dalam ctos dan pinjaman saya tidak diluluskan….masalah dari tahun 2004 hingga sekarang saya tidak pernah menerima apa2 panggilan atau surat dari pihak berkenaan mengatakan saya masih mempunyai hutang….saya yakin memang hutang saya pada syarikat berkenaan sudah habis namun saya tiada bukti…..apa yg saya perlu buat kerana saya tidak boleh membuat apa2 pinjaman dan saya yakin pihak berkenaan tidak berniat untuk membawa perkara ini ke mahkamah….bagaimana saya nak bersihkan nama saya dengan ctos…tq

    • Wa’alaikumussalam Insan Malang

      Syarikat ini telah mendaftar di CTOS sebagai syarikat yang menggunakan khidmat CTOS untuk berkongsi maklumat perniagaan seperti “perangai” syarikat syarikat lain yang mereka berurus niaga termasuklah berkenaan dengan hutang pembelian barang. Mereka boleh memasukkan maklumat pelanggan (yang telah dipersetujui oleh pelanggan tersebut melalui dokumen yang disediakan semasa membuat urusan) seperti maklumat “Cek tendang” dan hutang tidak berbayar.

      Apabila sesorang membuat pinjaman dengan Bank, beliau juga perlu memberikan kebenaran bertulis kepada Bank untuk menyemak maklumat berkenaan dengan bakal peminjam dengansesiapa sahaja termasuklah CTOS. Tiada cara lain selain berunding dengan Syarikat tersebut dan membayar hutang dan mendapatkan pengesahan bertulis dari syarikat tersebut bahawa hutang telah diselesaikan. Kalau tidak rekod akan kekal di disitu.

      • Bagaimana pula yang dikatakan akta had masa itu……tidakkah saya boleh menggunakan akta itu kerana hutang berkenaan sudah melebihi 6 tahun…..

        • Insan Malang

          Penggunaan Akta Had Masa bukan secara automatik seperti yang telah saya terangkan disini:

          “Akan tetapi, perlu diingat bahawa pelupusan hak untuk bertindak kepada Penghutang ini ada syaratnya dan bukan SECARA AUTOMATIK iaitu MESTI dilawan atau dibantah ketika hari pendengaran kes SAMAN dan peminjam mesti mendaftar untuk hadir pada hari pendengaran kes dan mengemukakan bantahan pada hari tersebut.”

          Baca selanjutnya disini:

          https://www.ceritahutangbankdananda.com/2017/03/confession-lawan-hutang-lapuk-dengan-akta-had-masa-dan-bank-tarik-balik-kes/

          • Masalahnya sekarang hutang saya yg dikatakan dari 300 telah meningkat menjadi 5k….sedangkan sepanjang tempoh yang dinyatakan si pemiutang tak pernah menghantar surat atau menelefon mengatakan saya masih mempunyai hutang…..pemiutang mengatakan bahawa lawyer syarikatnya menghantar surat berdaftar kepada saya pada tahun 2012 selepas 8 tahun tunggakan hutang namun surat berkenaan dikembalikan semula kerana saya telah berpindah…..dan sehingga kini tiada apa2 lagi tindakan dilakukan…

          • Insan Malang

            Dalam kes ini, boleh mengadu kepada KPDNKK atau NCCC (Pusat Khidmat Aduan Pengguna Malaysia) untuk menjadi “orang tengah” bagi menyelesaikan masalah ini. Kalau Loyar hantar surat selepas 8 tahun tunggakan dan tidak menfailkan Saman hutang sudah dikira sudah luput had masa tetapi rekod CTOS tidak boleh dipadam selagi tidak dapat penyelesaian yang memuaskan. Cubalah buat pengaduan:

            1) KPDNKK

            http://www.kpdnkk.gov.my/index.php/my/

            2) NCCC (Pusat Khidmat Aduan Pengguna Malaysia)

            http://www.nccc.org.my/v2/

  2. thn 2009 ayah ad uat pinjaman kt hong Leong.. ikut perjnjian ayah kne bayar penuh LPs pencen. tp ad masalah cket ayh xdpt byr.. smpai name msuk ccris.. tp LPs buat perbincngan dgn peguam hong Leong. ayh dbenarkn uat Byran bulanan.. tp nme tetap ad kt ccris.. peguam tu kta selagi tak selesai hutang tu name msih Ada kt ccris.. tp dia kta bole amik statement Byran Dr hong Leong Dr thn 2015 smpai skrng yg ayh bayar jika nk uat pinjaman lain.. Kira bukti LA ayh bayar tiap2 bulan.. jadi kt sni sy nk tye bole lulus ke kalo uat pinjaman di bnk lain jika ayh serta kn sekali bukti stament bayaran dia tu..

    • Assalamualaikum Nurul Farain

      Pertama sekali saya ingin menasihatkan jika buat pertanyaan buatlah ayat dengan lengkap. Saya tahu ini “trend” masa kini tapi ia menyulitkan bagi saya (dan juga pembaca lain) untuk memahami soalan Farain. Diharap ini adalah yang pertama dan terakhir.

      Berkenaan dengan soalan Farain, tak kira samada loan ok atau tak ok AKAN TETAP masuk dalam CCRIS kerana ia adalah arahan dari Bank Negara. Kalau nak ambik pinjaman terpulang kepada Bank berkenaan untuk menilai “keupayaan kewangan” peminjam dan jika diminta perlu memberikan bukti bukti pendapatan dan rekod pembayaran yang lampau. Selagi ada pinjaman TIDAK AKAN keluar dari senarai CCRIS.

  3. Assalam Tuan Abu Ammar..

    Sy bru dpt Penghakiman Ingkar Kehadiran, apa yg patut sy buat segera.

    Mohon nasihat dr tuan..

  4. Salam…..

    Saya ada berhutang dgn Diners Club ape yg sy tau dorg kata charge card….ni pun dorang offer saya apply kad ni. Sy ada 2 kad tertungak kad pertama jumlah terakhir sy guna berjumlah rm1,+++ dn kad kedua rm2,+++ tp sehingga kini jumlah tunggakan menjd rm7,+++ utk kad pertama dn rm13,+++ utk kad ke2. Baru2 ni phak Diners ada hubungi saya minta sy byr sbb akaun sy dh nak smpi ke tahap process ke mahkamah. Dia kata janji byr je utk mengelak kan dr tindakan mahkamah. Sy telah membuat bayaran sebnyak rm50 setiap kad.sy kata itu je yg sy mampu. Dh 10thn xsilap sy menanggung hutang ni….sbelum ni cuba gak byr tp jumlahnye x berkurangan pastu sy dh xde income jd sy xbyr…dn cuba ke Akpk tp sy mampu byr hanya 5bln je….sbb sy tidak bekerja.
    Persoalan sy En ada idea ke yg boleh membantusy utk buat byrn jumlah pokok saja. Sy mmg xmampu pn nk byr keseluruhan tunggakan kan tu…..

  5. Salam…

    Saya baru dapat panggilan baru baru ni. Mengenai hutang kad kredit ibu saya dgn hong leong bank (eon kredit) lebih kurang dlm 10k. Sebelum ni pon memang ada pernah dapat statement la. Last bayaran yg ibu saya ada buat pada 2012.

    Ibu saya start jatuh sakit awal tahun 2013 (stroke. Tak mampu bekerja). Keadaan kewangan yg tak mencukupi memang buat saya sendiri tak mampu tolong bayar balik.

    Jadi apa yg perlu saya lakukan? Saya pernah terdengar yang hutang tersebut akan menjadi hutang lapuk jika kita tak bayar dlm tempoh masa 6 tahun. Betul ke? Apa perkara terbaik utk saya?

    • Wa’alaikumussalam Aza

      Akta Had Masa adalah Akta yang menghadkan beberapa tindakan undang undang kepada julat atau tempoh masa yang tertentu. Dalam bab hutang, ada dua julat masa yang telah ditetapkan iaitu:

      1) Tidak boleh mengambil tindakan undang undang setelah berlangsung tempoh 6 tahun dari tarikh mula tunggakan iaitu tarikh mula Bank atau pemiutang boleh menjalankan tindakan undang undang dan “memenanginya” iaitu menfailkan SAMAN dan mendapatkan Penghakiman atas jumlah yang dituntut.

      2) Setelah mendapatkan Penghakiman, Bank atau Pemiutang ada masa selama 12 tahun untuk melaksanakan TINDAKAN PENGHAKIMAN seperti Writ Penyitaan, Tindakan Garnisi, Saman Penghutang Penghakiman dan Bankrapsi.

      akan tetapi, perlu diingat bahawa pelupusan hak untuk bertindak kepada Penhutang ini ada syaratnya dan bukan SECARA AUTOMATIK iaitu:

      1) MESTI dilawan atau dibantah ketika hari pendengaran kes SAMAN dan peminjam mesti mendaftar untuk hadir pada hari pendengaran kes dan mengemukakan bantahan pada hari tersebut.

      2) jika Penghakiman telah dijatuhkan (maksudnya tak sempat nak bantah pada hari (1) diatas atau baru tahu) peminjam ada masa 30 hari dari tarikh Penghakiman untuk membuat bantahan.

      3) Jika pada bila bila masa selepas tamatnya tempoh had masa (1) dan (2) diatas, peminjam ada membuat bayaran kepada Bank atau Pemiutang maka tindakan boleh di”sambung” semula atas alasan Penghutang telah “mengakui” akan hutang tersebut.

      Jadi perkara ini bukanlah satu perkara yang “straightforward” dan mudah. Ada Bank yang mengambil kesempatan keatas kejahilan peminjam atau peminjam yang telah berpindah atau “menghilangkan diri” menyebabkan Bank menghantar Saman ke alamat yang lama yang TIDAK AKAN diterima oleh Penghutang maka Penghakiman akan dibenarkan oleh Mahkamah atas alasan TIADA BANTAHAN atau Peminjam telah TIDAK HADIR untuk membantah. Akibatnya ada yang telah diBankrapkan ats jumlah asal hutang yang sedikit yang telah “membelon” sehingga puluhan malahan ratusan ribu Ringgit faedah yang dikenakan dan dikenakan tindakan keBankrapan. Contohnya seperti kisah En Idris dalam blog saya yang Tuan/Puan?cik semua boleh baca disini:

      https://www.ceritahutangbankdananda.com/2015/07/kes-naya-diambang-kebankrapan-hutang-pokok-rm3000-faedahriba-ikut-pintu-belakang-rm53000-2/

      https://www.ceritahutangbankdananda.com/2015/08/diambang-bankrapsi-lanjutan-kisah-encik-idris/

      Cuba seleidik apakah tindakan Hong Leong Bank adakah tindakan undang undang yang telah dikenakan. Kalau tiada dan bayaran terakhir adalah pada 2012 (bulan berpa tu?) maksudnya ada setahun lagi maka tunggakan akan menjadi 6 tahun. Saya sarankan supaya buat semakan dengan CTOS di http://www.ctos.com.my/CTOSHOME/selfcheck.html/. Register id (klik CTOS User ID) dan ikut arahan di Skrin. Kalau tak silap saya bila dah register Id, satu lapuran ringkas akan diberi. Ia akan memberikan indikasi kalau ada tindakan undang undang.

      Nak tahu lebih lanjut bayar RM25 secara online untuk dapatkan lapuran secara detail. Kalau nak lapuran CCRIS klik dibahagian yang disediakan. Bila dah dapat keputusan rujuk semula disini dengan email kepada saya di codetyco@ceritahutangbankdananda.com. Baru kita boleh tahu setakat mana tindakan undang undang yang telah dikenakan.

      Cara cara nak check CTOS ada kat link ini. Kredit kepada penulisnya dan terima kasih kita ucapkan.

      http://www.chatpropertymalaysia.com/how-to-check-your-credit-records-via-ccris-and-ctos/

  6. assalamualaikum Tuan Ammar, saya ada berhutang 3 credit card ( hongleong bank -xingat maybe 9k-,rhb bank-4k- citibank -4k-) , i fikir dlm 9 tahun lah i xpenah bayar , i ni slalu berpindah, masa i dah tak mampu bayar hutang tu , i mmg dah tak pernah inform bank tukar alamat tpt tinggal yg baru sampai lah sekarang ni, so segala surat yg bank hantar sy tak terima, termasuklah bab2 mahkamah ni… n then sy pun fade up nak layan sgt yg pemungut hutang call2 tu, sy terus tukar fon no. sy adelah tgk kat ctos link tu n sy ni mmg tersenarai cuma kenapa dlm list tu ade bank hongleong je ek?? agaknye apa tindakan undang2 yg nak di kenekan tu ye?? sy mmg xfhm sgt…

    • Wa’alaikumussalam Tuan Wawan

      Pinjaman Kad Kredit adalah sejenis pinjam “unsecured” atau tiada cagaran apa apa cuma atas dasar bukti pendapatan peminjam yang “dipercayai” boleh membayar kemudahan kredit tersebut dan risiko tidak mendapat bayaran balik adalah tinggi jadi faktor faedah yang tinggi adalah cubaan memberi “keseimbangan” kepada risiko yang lebih tinggi ini. Jika berlaku tunggakan dan kegagalan bayaran, ada beberapa pendekatan yang biasanya diambil oleh Bank:

      1) Ada Bank yang hanya membiarkan akaun Kad Kredit seolah seolah masih aktif walaupun dah lama tak berbayar dan tidak diambil tindakan undang undang. Sampai masa (mengikut polisi sesenuah) Bank akaun tunggakan tersebut akan dipindahkan ke akaun hutang lapuk sebagai rugi dan tiada apa apa tindakan selanjutnya.

      2) Ada yang mengupah Agen Kutip Hutang untuk mengutip hutang lapuk ini atau yang belum lapuk lagi.

      3) Ada yang “mencuba nasib” dengan menfailkan saman walaupun tahu ia tidak dibenarkan undang undang sebab dah luput had masa tapi sebab peminjam tak tahu dan tak dapat dikesan, saman dibenarkan oleh Mahkamah dan akhirnya tindakan Bannkrapsi akan dijalankan sebab “hutang” dah jadi puluh puluh atau ratusan ribu seperti banyak yang terjadi dan salah satu contohnya ialah kisah Encik Idris yang Tuan boleh baca disini:

      http://www.ceritahutangbankdananda.com/2015/07/kes-naya-diambang-kebankrapan-hutang-pokok-rm3000-faedahriba-ikut-pintu-belakang-rm53000-2/

      http://www.ceritahutangbankdananda.com/2015/08/diambang-bankrapsi-lanjutan-kisah-encik-idris/

      4) Satu lagi option ialah “menjual” hutang yang dah diklasifikasikan sebagai rugi kepada Agen Kutip Hutang yang agak “besar” dan “ada modal” pada harga “timbang kati’ Misalnya rugi sebenar RM3500 tapi kiraan faedah yang berterusan menjadikan baki RM100,000. Hutang dijual pada harga RM2000. Agen akan cuba kutip dari peminjam pada mulanya RM100,000 tapi memberikan “diskaun” RM80,000 hingga RM90,000 menjadikan jumlah tuntutan “hanya” RM10,000 dan jika berjaya, untung RM8,000. Ada juga Bank yang akan mengambil tindakan undang undang pada awal atau hampir masa 6 tahun sebelum luput hak untuk tuntut hutang dan memohon kepada Mahkamah dalam saman mereka untuk mengekalkan kadar faedah “gila baboon” dalam saman tersebut. Oleh kerana peminjam dah hilang atau tak dapat dikesan dan tidak tahu pun saman dikeluarkan, maka faedah “gila baboon” yang sepatutnya boleh dilawan dibenarkan oleh Mahkamah. Jadi bila dapat Penghakiman, Bank ada masa 12 tahun lagi untuk mengutip hutang ini dengan kadar “gila baboon” dan ini yang sepatutnya dilakukan untuk melanjutkan hak mengutip hutang. Tapi faktor kos yang boleh mencecah sehingga RM1000 hingga RM1500 untuk baki asal RM2000 hingga RM5,000 yang menyebabkan kebanyakan Bank tidak berapa “berkenan” untuk melakukanya dan berharap “mencuba nasib” dengan pilihan (2) dan (3) diatas.

      CTOS biasanya akan “mengutip” maklumat tindakan undang undang yang sudah menjadi “pengetahuan umum” seperti tindakan undang undang di papan papan notis Mahkamah dan siaran iklan di Akhbar Akhbar tempatan. Besar kemungkinan kalau tiada dalam CTOS maka tiada tindakan undang undang walaupun CTOS bukan tepat atau menyeluruh 100% hanya sebagai panduan sahaja. Jadi kalau nak tahu kalau ada tindakan lain boleh check dengan lapuran CCRIS di kiosk AKPK dan cawangan Bank Negara berdekatan.

  7. Assalamualaikum , tuan abu ammar saya ingin bertanyakan pendapat .. petang tadi 29.12.2016 ada no tidak dikenali menelefon saya dan menyatakan ada tunggakan hutang tidak dijelaskan sebanyak RM1800 pada 3 tahun lepas dan pihak tersebut menyatakan beliau dari Pihak Mahkamah , pihak tersebut menyuruh saya membayar sejumlah RM1800 pada 29.12.2016 pada pukul 6.00 petang jika tidak saman akan dikeluarkan serta WSS semasa didalam percakapan pihak tersebut memberi saya NO.rujukan WSS untuk disemak kes dan beri saya no telefon peguam yang mengendali kes saya katanya , jika tuntutan tidak dapat dilunaskan pihak beliau akan menyita barangan di rumah , membekukan akaun bank saya dan gerentor dan akan mengenakan saman ke atas saya .. pihak tersebut beliau mewakili pihak AEON , dan setelah beberapa kali saya merayu agar dipertimbangkan tempoh bayaran balik pihak beliau seakan berkeras menuntut tuntutan tersebut setelah berkali kali saya merayu pihak tersebut bersetuju memberikan saya tempoh untuk melunaskan besok pagi pada 30.10.2016 jika tidak pihak beliau akan meneruskan saman dan WSS menyita segala barangan rumah serta bekukan akaun bank saya dan penjamin .. saya berasa amat tersepit dengan tempoh yang diberikan apakah patut saya lakukan Tuan Abu Ammar ?? saya betul betul buntu dan takut disita kerana tempoh yang diberikan amat pendek dengan masalah saya yang masih menggangur .. mohon bantuan pencerahan tuan ammar .. terima kasih

  8. Assalamualaikum. Sy sekadar ingin bertanyakan pendapat.
    Sy pernah buat loan kereta pada tahun 1999 dgn Arab Malaysia Bank. Disebabkan ada masalah kewangan sy tidak dapat membayar ansuran bulanan. Kereta sy telah diambil semula dan sy telah diisytiharkan muflis. Status akan kekal muflis selagi sy tidak melangsaikan hutang tersebut. Selepas selesai membayar tunggakan, pihak bank telah clearkan nama sy daripada muflis pada tahun 2005. Setelah 11 tahun, bulan lepas, sy tiba2 mendapat panggilan daripada AmBank (dahulunya dikenali sbg MBF & Arab Finance) serta surat mengatakan bahawa saya masih lagi ada tunggakan sebanyak RM 2k dan perlu dibayar segera. Sy check dgn CTOS tiada apa2 maklumat mengenai hutang tersebut. Sy perlu membuat pembayaran segera berjumlah rm 2k atau hutang akan mencecah rm 30k. Pemanggil tersebut meminta sy datang ke AmBank membawa dokumen pembayaran (sekiranya ada) yg telah sy lakukan 17 tahun lepas. Mustahil bagi sy untuk mencari dokumen dari tahun 1999. Tambahan pula ketika itu sy berurusan dengan Arab Finance. Makin lama sy tangguh interest akan meningkat. Apa yg perlu sy buat sekarang? Sy rasa teranaiya.

    • Wa’alaikumussalam Puan Confuse

      Semasa Puan dalam status muflis, pihak AmBank (Mbf Finance) sepatutnya memfailkan Proof of Debt dengan Jabatan Insolvensi. Yang “menariknya” mereka adalah dari group yang sama. Jadi bila discharge, mereka masih boleh mempertikaikannya sebab ada hutang tidak berbayar jadi dengan sendirinya mereka telah melepaskan hak mereka untuk menuntut hutang tersebut. Sebenarnya kalau mereka menuntut hutang dengan memfailkan Proof of Debt, jumlahnya adalah lebih sedikit. Pada saya dahlah hutang ini sudah luput had masa, ada unsur “mala fide” atau “niat jahat” untuk cuba mengutip hutang yang lebih banyak.

      Katakan kepada AmBank untuk menfailkan Saman di Mahkamah supaya boleh diketepikan dengan mudah atas alasan alasan yang saya berikan tadi. Kalau tidak lupakan sahaja niat nak mintak hutang ini.

    • Assalamualaikum En Ammar, saya ada persoalan sebagaimana berikut :-
      1. Saya telah berhenti kerja pada pertengahan 2007 dan mempunyai pinjaman peribadi bank Rakyat pada 2005. Setelah berhenti kerja saya stop bayar pinjaman sebanyak RM500 sebulan. Dan telah mendapat saman mahkamah pada 2009 dan saya telah bersetuju membayat sebanyak RM250 sebulan kerana waktu tersebut masih tidak bekerja. Trend pembayaran saya tiduk begitu baik ada loophole dlm setahun. Jadi BKRM telah mengarahkan debt collector mengutip hutang dan setelah membuat perbincangan debt collector bersetuju supaya saya membayar RM50 sebulan pada tahun 2011 sehingga dinaikkan kpd RM150 dan akhirnya RM250 dan sehinggakini saya 2016 saya tetap bayar RM250 sebulan. Tetapi sejak akhir2 ini saya dan penjamin diganggu oleh sykt. Debt collector lain dan mengugut macam2. Persoalannya :-
      a. Saya telah contact BKRM HQ, officer beliau memberi jawapan supaya berurusan dgn debt collector berkenaan . Walhal saya dah bayar secara consisten RM250 sebulan
      b. Apakah perlu saya berurusan dgn AKPK kerana kadar hutang tidak berganjak malahan semakin meningkat kpd RM79K?
      Pohon penjelasan Tuan Ammar. Tq

      • Wa’alaikumussalam Ahmad Basir

        Apa yang berlaku semasa di Mahkamah adalah Tuan telah merekodkan Penghakiman Persetujuan (Consent Judgment) untuk membayar RM250 sebulan. Kegagalan untuk membuat bayaran ini boleh mengakibatkan Tuan boleh masuk penjara kerana menghina Mahkamah jika Mahkamah tidak berpuashati dengan alasan yang Tuan berikan jika gagal membuat pinjaman. Tuan harus bersyukur kerana Bank rakyat tidak menggunakan option ini sebaliknya mengupah Agen Kutip Hutang.

        setiap Penghakiman mesti ada kadar faedah yang dikenakan dan saya andaikan kadar faedah selepas Penghakiman antara 5% hingga 8%. Andaikan jumlah Penghakiman adalah RM50,000 dan pada kadar faedah 8% setahun, Tuan perlu membayar RM4000 setahun atau RM333.33 sebulan untuk FAEDAH sahaja. kalau bayar RM250 sebulan, tak cukup nak cover faedah dan baki hutang masih tak berganjak dan faedah yang semakin menimbun. Boleh tengok kat sini bagaimana cara pengiraan pembayaran hutang mengikut Penghakiman”

        http://www.ceritahutangbankdananda.com/2014/08/proses-tindakan-undang-undang-pinjaman-peribadipersendirian-bahagian-3/

        Kalau ada duit boleh cuba bayar lebih tapi kalau tak mampu ikut sahaja seperti yang telah diperintahkan oleh Mahkamah RM250 tapi hutang tidak akan habis. Agen dan Bank tidak boleh ganggu Tuan selagi Tuan mematuhi perintah Mahkamah (pastikan bayaran selama ini boleh cover daripada awal perintah dulu atau sediakan dokumen untuk membuktikan tidak keupayaan untuk membayar semasa bayaran RM50 dan RM150 dibuat kut kut Mahkamah panggil)

        Saya tak pasti jika situasi seperti Tuan adakah boleh memohon bantuan AKPK. Boleh cuba membuat pertanyaan dengan mereka. Kalau debt collector kacau tunjukkan Perintah Mahkamah yang memerintahkan Tuan kena bayar RM250 sebulan. Macamana Bank boleh mengenepikan Perintah Mahkamah dan mengupah Agen Kutip hutang pulak? Mungkin sebab Tuan miss payment tapi Bank boleh hantar Tuan ke penjara sebenarnya.

  9. Assalamualaikum En Ammar… saya berhutang kad Credit di 5 buah Bank dan anggaran hutang keseluruhan last 2009 rm45k dan tak membuat bayaran sejak 7 tahun. Skrg ni banyak agen2 kutip hutang call ugut dan dtg cari smpai ke pejabat. Setakat ni agen x dpt jumpa saya sbb saya xnak bergaduh kerana mulut mereka sgt kasar. Apa yg saya perlu buat tuan minta bantuan nasihat.

    • Wa’alaikumussalam Tuan Hisham

      Akaun akaun Kad Kredit adalah akaun akaun yang sudah lama dan mungkin sudah luput Had masa. Setiap tunggakan yang TIADA tindakan undang undang seperti Saman dan Penghakiman dijatuhkan dikira sudah luput Had Masa setelah 6 (ENAM) tahun tertunggak dari tarikh akhir tunggakan. Had masa ini HANYA boleh digunakan ketika proses SAMAN dibuat oleh Bank untuk menuntut tunggakan ini. Ada satu kes terbaru Affin Bank nak tuntut hutang Kad Kredit yang dah luput masa tetapi peminjam telah memfailkan PEMBELAAN dan Bank telah menarik balik tindakan tersebut.

      Saya sarankan supaya buat semakan dengan CTOS di http://www.ctos.com.my/CTOSHOME/selfcheck.html . Register id (klik CTOS User ID) dan ikut arahan di Skrin. Kalau tak silap saya bila dah register Id, satu lapuran ringkas akan diberi. Ia akan memberikan indikasi kalau ada tindakan undang undang.

      Nak tahu lebih lanjut bayar RM10 secara online untuk dapatkan lapuran secara detail. Bila dah dapat keputusan rujuk semula disini dengan email kepada saya di codetyco@ceritahutangbankdananda.com. Baru kita boleh tahu setakat mana tindakan undang undang yang telah dikenakan.

      Cara cara nak check CTOS ada kat link ini. Kredit kepada penulisnya dan terima kasih kita ucapkan.

      http://www.chatpropertymalaysia.com/how-to-check-your-credit-records-via-ccris-and-ctos/

      Sila baca kat sini tentang cara menangani Agen Kutip Hutang:

      http://www.ceritahutangbankdananda.com/2015/10/panduan-menangani-agen-kutip-hutang/

  10. Assalamualaikum , sy ingin bertanye pendapat mengenai hal ni. Ayah sy penah membeli brangan singer pada 20tahun yg lepas , bru pakai bape bulan pihak agent tersebut telah menarik barangan yg dibeli. Selepas ditarik ayah sy tidak membuat bayaran balik. Selepas 20tahun ,skg ni singer baru menghubungi ayh sy dan meminta membuat bayaran tunggakkan yg sudah cecah rm6k. Apakah yg perlu sy buat? Pihak singer sering call dan memaksa utk byr.

    • Wa’alakumussalam Azizah

      Kes ni dah luput had masa. Suruh diaoramg saman di Mahkamah supaya boleh lawan. Baca blog dan page Cerita Hutang tentang cara menangani Agen Kutip Hutang.

  11. Saya ade tertunggak hutang kat kredit. Start tak bayar dalam tahun 2005. Tapi pada tahun 2014, saya ade niat nak bayar jadi, saya bank in RM500. Itu sekali je, lepas tu tak mampu balik. Jadi saya nak tanya jika hutang dari 2015 kira dah 11 tahun, jadi kira hutang lapok. Tapi sebab saya ade buat bayaran pada tahun 2014, adakah bank boleh ambik tindakan semula untuk memfailkan saman dan arahan bankrup? Adakah dia jadi hutang yang tak lapok semula dari segi undang-undang?

    • Wa’alaikumussalam Nizam

      Sebenarnya hutang itu sudah tertunggak lebih dari enam (6) tahun dan jika ada Saman sekarang boleh dilawan dengan Akta Had Masa. Akan tetapi Tuan telah membuat bayaran yang boleh menjejaskan pembelaan had masa kerana ia boleh dibantah atas dasar Tuan telah “mengakui” hutang tersebut. Satu lagi, bayaran RM500 digunakan untuk bayar interest yang telah terkumpul dengan banyak dan tidak langsung mengubah hutang pokok. Kalau ada tuntutan, boleh cuba buat rundingan dengan AKPK kerana peluang untuk mendapatkan cadangan penyelesaian dan diskaun adalah lebih baik.

      • Saya bercadang untuk mendapatkan nasihat AKPK untuk hutang lapok tu. Takpelah, dah nama pun hutang, bayarkan sikit-sikit. Minta AKPK boleh jadi orang tengah. Janji nama lepas senarai hitam. Kalau masa kita berunding dengan AKPK tu, sedang berlangsung kes kita dihantar ke mahkamah, boleh ke APKP hold kes tersebut sebab kita sedang menyelesaikannya?

        • Kalau dah dapat kelulusan Program Pengurusan Hutang AKPK, semua tindakan undang undang akan dihentikan dan tidak boleh diganggu oleh Agen Kutip Hutang. Tapi kalau gagal membayar seperti yang ditetapkan, semua status akan kembali kepada status sebelum masuk AKPK.

  12. Sy ada dapat panggilan dri celcom mengatakan supaya sy jelaskan baki pembelian i phone berharga 2500 pada tahun 2012….padahal sy x pernah apply ape2 dgn celcom….dia bg nama n no ic sy mmg sama….cuma alamat n nama ibu berlainan….jadi dia sruh sy buat 1 laporan polis da fax kan dan dia brjanji nk tlg clearkan dan dia ada mengatakan hal ni brpunca dri vendor yg gunakan ic sy…..bru2 ni bila sy check ctoss report….nama sy disenarai hitamkn oleh celcom axiata….apa perlu sy buat?xkan sy nk bayar bnda yg sy x buat?org lain sdap pakai sy yg menanggung…..

    • Assalamualaikum Khairil

      Kalau dah masuk CTOS maka betullah Celcom yang call. Buat lapuran polis berkenaan hal ini. Celcom boleh trace telefon ni melalui no IMEI dia dan boleh tentukan lokasi dan vendor yang jual. Insya ALLAH kalau siasatan dibuat dan dapat tangkap pembeli dan dapat bukti vendor punya kerja, nama Tuan boleh dibersihkan. Saya pasti ada banyak kes seperti ini.

  13. Assalam En Ammar,

    sy ada menerima surat dr satu bank yg mengatakan sy ada hutang tertunggak kereta yg telah di trade in kan,bila sy call bank itu, pihak bank telah serahkan kepd ejen utk selesaikan.Baru2 ini saya dapat panggilan dari ejen kutip hutang mengatakan sy ada hutang yg tertunggak mengenai kereta lama sy yg telh dijual oleh kedai kereta terpakai yg mana waktu itu sy telah membeli kereta baru. tak silap saya pada tahun 2006, kedai kereta itu sudah bankrup skrg.sbb kereta yg sy trade in itu dah habis bayar pun..yg saya pelik sy langsung tak dapat surat ape2, kata ejen tu kereta itu sudah dilelong dan sya perlu mmbyr bakinya yg tertunggak sebanyak 23k.jika sy mahu buat settelment pihak bank akan kurangkan sbyk 16k…ajen memaksa untk mmbyr initial payment sbyk 7k kpd bank dan bulan2 akan dibyr mengikut agreement yg ajen telah tetapkan. cara ejen itu seolah2 mengugut sy utk mmbyr.tlg sy…

    • Wa’alaikumussalam Rozy

      Kes ni mungkin dah luput had masa. Saya sarankan supaya buat semakan dengan CTOS di http://www.ctos.com.my/CTOSHOME/selfcheck.html . Register id (klik CTOS User ID) dan ikut arahan di Skrin. Kalau tak silap saya bila dah register Id, satu lapuran ringkas akan diberi. Ia akan memberikan indikasi kalau ada tindakan undang undang.

      Nak tahu lebih lanjut bayar RM10 secara online untuk dapatkan lapuran secara detail. Bila dah dapat keputusan rujuk semula disini dengan email kepada saya di codetyco@ceritahutangbankdananda.com. Baru kita boleh tahu setakat mana tindakan undang undang yang telah dikenakan.

      Cara cara nak check CTOS ada kat link ini. Kredit kepada penulisnya dan terima kasih kita ucapkan.

      http://www.chatpropertymalaysia.com/how-to-check-your-credit-records-via-ccris-and-ctos/

      Fahami tindakan undang undang yang sebenar. Berikut adalah prosedur ringkas Tindakan undang undang

      1) Loyar menghantar Notis Tuntutan kepada peminjam meminta tunggakan memberi masa 14 hari atau menamatkan perjanjian

      2) Atas arahan Bank, jika tiada bayaran, Tuan Loyar akan menfailkan Saman di Mahkamah menuntut baki hutang. Dalam Writ Saman ini ada Notis Tuntutan yang memperincikan segala baki, faedah dan kos yang dituntut.

      3) Selepas mendapat meterai dan pengesahan Mahkamah, Writ Saman ini akan disampaikan secara kediri atau melalui pos kepada Peminjam dialamat yang terakhir yang ada dalam rekod Bank. Biasanya pendengaran kes akan ditetapkan dalam masa 14 hari dari tarikh Writ atau penyampaian itu. Peminjam perlu mendaftarkan diri untuk hadir pada tarikh itu. kalau tidak pada hari itu Penghakiman Ingkar Tanpa Kehadiran akan dikeluarkan.

      4) Selepas itu Bank dan Tuan Loyar akan menunggu salinan Penghakiman yang telah dimeterai dan disahkan oleh Mahkamah

      5) Apabila salinan Penghakiman didapati, satu salinan akan dihantar kepada Peminjam

      6) Bank boleh melaksanakan Penghakiman dengan tindakan undang undang keatas Peminjam. Kalau lebih RM30 ribu, boleh buat Bankrapsi

      Sila baca disini tentang bab TEMBERANG sita menyita dan cara menangani Agen Kutip Hutang

      https://www.facebook.com/ceritahutang/posts/534912356666965

      http://www.ceritahutangbankdananda.com/index.php/2015/10/11/panduan-menangani-agen-kutip-hutang/

  14. Assalamualaikum.

    saya pernah bekerja denga satu syarikat pada tahun 2000. lepas 2 tahun, saya dapati syarikat tidak memasukkan wang caruman ke akaun kwsp. saya berhenti kerja 24 jam. syarikat hantar surat suruh bayar gantirugi 3 bulan gaji. saya buat tak tahu. lepas tu tiada cerita sampailah tahun lepas, saya selalu dapat panggilan dari debt collector yang mengaku lawyer, minta bayar hutang pada syarikat tu. apa yang perlu saya buat untuk hentikan gangguan debt collector?

    lagi satu, kalau hutang yang dah melebihi had masa, kalau dia buat tuntutan kat mahkamah, boleh ke?

  15. assalammualaikum

    sy sya..sy nk bertanya..

    saya ada hutang ansuran rumah lebih kurang rm1500.00. Hutang nie bermula pada awal tahun 2014 apabila saya berhenti kerja dan suami di tamatkan kontrak kerja. kami tidak mampu bayar ansurans rumah bulan2 RM 750.00, tp masih buat bayaran pada bank kurang dari jumlah tersebut. Tp bermula Oktober 2014, sy sudah bekerja dan membayar ansuran rumah tiap2 bulan sehingga kini. kadang2 jumlah ansuran sy bayar lebih. Namun masih terdapat tunggakan lame dan tiap2 bulan dapat surat dr lawyer. dan yang terkini, kami mendapat salinan writ daripada lawyer. Jumlah tunggakan rumah hanya tinggal Rm500 dan termasuk ansuran bulanan jumlah ialah RM1310.00. apa yang perlu saya buat?? Saya memang nk settle kan tunggakan bulan ini kerana ada duit lebih.

  16. hai baru 2 sy dapat panggilan dari seorg yg bergelar di loyar wakil Hong leong , dia ckp hong leong sekarang mau saman sy bankrup, setahu sy itu case tahun 2004 dan last sy byr ialah 2004 rm2500, lepas tu sy tak mampu bayr lagi. berapa tahu dulu ada call sy cakap mau sita rumah suruh bayar hutang tapi sy tak peduli baru ini sy check sy punya ctos tak ada saman langsung. ini kes sudah 12 tahun dah , adakan bank masi boleh saman sy????

    • Mr Tan

      Loyar TIDAK AKAN call customer. Ini Agen Kutip Hutang. Hutang sudah luput had masa. Tapi kena lawan masa dia saman. Cakap dengan “Loyar” tu suruh dia saman supaya boleh lawan di Mahkamah.

      Kalau nak saman Bankrap suruh dia hantar Notis Bankrap SEGERA supaya boleh fight di Mahkamah. Ini taktik Agen Kutip Hutang.

      • Hi tuan,saya ada masalah mcm en.tang diatas. Saya ada buat loan peribadi 10 thn lalu berjumlah rm5k shja dr bnk . Hnya dpt byr beberapa bulan den stop atas masalah kewangan. Seterusnya bnk itu xberoperasi lg. So saya tak tahu mcmana nak uruskannya. Now start tahun ini sy dpt panggilan telefon yg mngatakan dirinya dr phak bnk cimb n mengatakan sy ada hutang dgn mereka dan ckp hutang ni da lama. Sy fikir2 dahlu sy bukan buat loan dgn bank ini. Tetpi mengapa boleh jadi mcm ini? Terbaru sy trima lg surat dr peguam mengatakan hutang sy dgn pihak cimb ialah rm27k .. Sy terkejut juga.. Sy ada cek ccris sy kat bnk negara dah stTement xada tnjuk sy ada hutang kat dlm sana. So sekarang sy tak tahu mcmana nak deal dgn perkara ini.. Haruskah sy pergi ke bank cimb tu or abaikan? Sy tkut kalau abaikan nnti bunga keep jln nnti smpai amoung rm30k account bnk sy yang lain akn dibekukan.. Kes ini da 10 thun sudah. Adakah pihak loyar itu akan sman sy? Sy sangat rimas kerap sekali call rumah. Call office n ckp dgn staff officr berkenaan dgn hutang lama sy itu.. Harap tuan bole bg pandangan. Dan lg 1 kalau sy pergi ke cimb utk deal hutang lama itu.Apa yg saya perlu prepare n mcmana sy nak deal dgn hutang yg rm5k sJa dan sekarang dah jadi rm27k?? Adakah pihak bnk akan memberi discount?? JikLau tak … Apa perlu sy buat? Minta pertolongan dr bank negara??

        • Dear Rach

          Pertama sekali, JANGAN BUAT BAYARAN satu sen pun. Hutang dah luput had masa (belum terlepas sepenuhnya tapi boleh lawan) jadi membuat bayaran akan boleh diandaikan sebagai “pengakuan” terhadap hutang tersebut. Siasat dulu ada tak tindakan undang undang yang telah diambil dahulu (pada masa Bank asal) atau pada masa kini.

          Saya sarankan supaya buat semakan dengan CTOS di http://www.ctos.com.my/CTOSHOME/selfcheck.html (scan MyKad depan belakang untuk diemailkan untuk pengesahan). Register id (klik CTOS User ID) dan ikut arahan di Skrin. Kalau tak silap saya bila dah regiater Id, satu lapuran ringkas akan diberi. Ia akan memberikan indikasi kalau ada tindakan undang undang.

          Nak tahu lebih lanjut bayar RM10 secara online untuk dapatkan lapuran secara detail. Bila dah dapat keputusan rujuk semula disini dengan email kepada saya di codetyco@ceritahutangbankdananda.com. Baru kita boleh tahu setakat mana tindakan undang undang yang telah dikenakan.

          Cara cara nak check CTOS ada kat link ini. Kredit kepada penulisnya dan terima kasih kita ucapkan.

          http://www.chatpropertymalaysia.com/how-to-check-your-credit-records-via-ccris-and-ctos/

          Kalau takde tindakan undang undang, Bank hanya “mencuba nasib” untuk kutip hutang melalui Agen. Jangan bimbang sangat ugutan Agen, TEMBERANG aje. tengok kat sini
          https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=564105717080962&substory_index=0&id=323566051134931

          Kalau nak negotiate, gunakan khidmat AKPK supaya dapat diskaun yang munasabah berbanding kalau deal sorang sorang. Pastikan kita cuba negotiate untuk dapatkan nilai hutang asal sebab kita ada niat nak bayar dan Bank tak boleh “jual mahal” sangat sebab sebenarnya dia tak ada hak lagi nak kutip atas dasar luput had masa.

  17. Assalamualaikum

    Saya Nur saya nak bertanya …

    Saya ada hutang 2 credit card pada tahun 2004. Saya tidak berapa ingat bila tarikh akhir pembayaran dan alamat terakhir alamat parents.

    2 hutang tersebut ialah
    1. Ambank 3k
    2. Eon bank 1500

    Baru baru ini ada agen pengutip hutang call rumah parents bgtahu hutang saya mencecah 50k. Parents pun terkejut. Mmg sebelum ni ada saman dkeluarkan ke alamat parent tapi saya tak ingat bila sebab bila nak reply balik asik2 tertangguh dan lupa. Ada juga pernah terima surat warna pink.. tak ingat surat tu writ saman atau pun tidak atau surat reminder bankruptcy.

    Pihak debt collector kata dia nak keluarkan saman bankruptcy ke atas saya jika saya x endahkan call dia atau x bayar. As usual dia gertak mcm mcm pada parents sy.

    Saya dah cek nama dia ccris dan ctos tapi keduanya tiada apa apa maklumat tentang saman dan sebagainya. Clean n clear

    Apa yang merisaukan saya… tiba2 nanti ada saman bankrupsi dlm surat khabar. Apa boleh saya lakuman skrg ya? Harap bantu…

    • Wa’alaikumussalam Nur

      Dalam hal ini, kalau Nur bekerja atau berpendapatan tetap, Nur boleh meminta pertolongan AKPK untuk merundingkan jumlah yang lebih menasabah. Lakukan segera sebelum apa apa tindakan seperti Bankrapsi dilakukan.

  18. Assalàmualaikum tuan Ammar …
    Saya yati, saya berharap tuan ammar dpt memberi tunjuk ajar utk saya menyelesaikan tuntutan dari pihak hong leong bank berkenaan hutang kad kredit.

    Saya telah membayar dan menutup semua kad kredit saya kerana saya juga mempunyai beberapa kad kredit dr bank lain jd telah berlaku terlepas pandang kerana pihak Hong Leong tidak menghantar penyata bulanan. Sehinggalah saya dihubungi oleh ejen kutipan hutang pada Mac 2016 melalui talipon. Saya terus menghubungi pihak Hong Leong dan meminta penjelasan, saya dimaklumkan kali terakhir saya buat bayaran pada mei 2009 dan baki ketika itu RM 7444.11 dan diberitahu sekarang jumlah tersebut telah menjadi RM 35424.90.

    Saya tidak menerima apa-apa surat peringatan dari Hong Leong Bank sepanjang tempoh itu sedangkan saya masih menggunakan alamat dan nombor talipon yang sama.

    Terima kasih tuan Ammar.
    Yati

    • Wa’alaikumussalam Yati

      Kalau ada pekerjaan tetap buat rundingan melalui AKPK. TIada salahnya untuk mencuba membuat rundingan dengan AKPK atau melalui Bank Negara seperti yang disarankan oleh Encik Ahmad disini jika Bank tidak mahu membuat rundingan:

      http://www.ceritahutangbankdananda.com/index.php/2014/08/14/proses-tindakan-undang-undang-pinjaman-peribadipersendirian-bahagian-3/comment-page-5/#comment-1520

      Saya sarankan juga supaya buat semakan dengan CTOS di http://www.ctos.com.my/CTOSHOME/selfcheck.html (scan MyKad depan belakang untuk diemailkan untuk pengesahan). Register id (klik CTOS User ID) dan ikut arahan di Skrin. Kalau tak silap saya bila dah register Id, satu lapuran ringkas akan diberi. Ia akan memberikan indikasi kalau ada tindakan undang undang.

      Nak tahu lebih lanjut bayar RM10 secara online untuk dapatkan lapuran secara detail. Bila dah dapat keputusan rujuk semula disini dengan email kepada saya di codetyco@ceritahutangbankdananda.com. Baru kita boleh tahu setakat mana tindakan undang undang yang telah dikenakan.

      Cara cara nak check CTOS ada kat link ini. Kredit kepada penulisnya dan terima kasih kita ucapkan.

      http://www.chatpropertymalaysia.com/how-to-check-your-credit-records-via-ccris-and-ctos/

      • Terimakasih tuan amar…..memandangkan sy tidak bekerja dan tiada pendapatan, sy telah membuat rayuan melalui email pd HLBank dan dtg berbincang dengan membawa segala bukti pembayaran pinjaman kad2 kredit yg lain yg telah sy tutup sekitar jun 2010 dulu bg menguatkan lg bukti kesungguhan sy melunaskan hutang. Setelah berbincang saya bersetuju utk membayar hutang setakat jun 2010. Dlm 2 minggu menunggu pihak HLBank akhirnya bersetuju mengurangkan jumlah hutang sy dari rm 35,424.90 kepada rm 12,000 dan hendaklah dibyr penuh..Walaupun masih tinggi jika dikira dr hutang asal setelah didarab dengan late charges dan penalty (mengikut kiraan dr pegawai HLBank yg berbincang dengan sy aritu) sy bersyukur kes ni dah selesai dan xperlu byr sehingga 35K.

  19. Assalamualaikum Tuan Ammar,

    Setelah baca semua kes2 hutang di blog ni, buat saya risau. Hutang credit card saya RM3k sejak 2001. Tahun 2009, saya pergi ke bank untuk selesaikan hutang yg dah jadi RM20k. Saya membuat rayuan dan bank luluskan harga rm11k dengan mengeluarkan surat perjanjian deposit rm1k dan ansuran rm400 selama 25x tanpa gagal. Saya pun bayar rm1k itu dan hanya sempat membayar rm400 sebanyak 5 kali sahaja. Saya ada berkali2 menghantar fax kepada alamat di surat tersebut untuk memaklumkan yang saya sudah tidak bekerja dan tidak mampu untuk membayar hutang dan berjanji akan membayar sebaik dapat pekerjaan baru. Saya juga ada maklumkan disitu alamat baru & no telefon. Tapi hingga kini saya tidak pernah menerima apa2 surat dari bank tersebut. Saya juga telah check di Ctos dan nama saya clear. Sekarang saya berhasrat untuk sambung semula hutang saya dan berjumpa dengan bank. Saya agak risau jika amount nya menjadi semakin banyak. Wajarkah sekiranya amount nya naik mendadak?

    Terima kasih Tuan Ammar
    Saya yang risau..

    P/S : Tuan Ammar, saya baru selesai hubungi bank tersebut dan dapat tahu hutang kini dah jadi rm69k…

    Maaf sekali lagi Tuan Ammar, boleh saya tahu dari Rm69k tu berapa sewajarnya sy minta kurang? Untuk pengetahuan Tuan Ammar, saya tidak mempunyai/ membeli apa2 asset pun.

    • Wa’alaikumusalam Riana

      Besar kemungkinan belum ada pemfailan Saman di Mahkamah. Bila tarikh akhir bayaran? Memandangkan alamat terkini sudah dikemaskini, kena bersedia menunggu Writ Saman yang mungkin akan difailkan supaya sekurang kurangnya bersedia untuk membuat bantahan diMahkamah tentang kadar faedah yang dikenakan. Ini kerana jumlah yang dituntut sudah melebihi “kadar tindakan Bankrapsi”

  20. Salam. Tuan Ammar
    Saya Nazari, bersyukur oleh adanya ruang sebegini Bank dan Anda .
    cerita saya baru 2 ini 21hb. Jan 2016. Saya dipanggil oleh Makamah diKuantan.saya bernasib baik kerena dpt tahu melalui surat consultant persendirian yg melampirkan kerata akhbar tentang saman bankrupsi itu.
    saya telah berjaya meminta pendaftar kanan menangguh tarikh penghakiman.utk membincang semula dgn pihak Bank Affin..dlm masa yg sama saya juga telah berjumpa dgn pihak Akpk. Pihak Akpk telah memberi saya satu surat untuk meminta Bank memberi pecahan tuntutan Bank terhadap saya dan satu lagi borang complain Affin Bank ..tunjuk sebab mengapa saya disaman pada hal telah melampaui Aktar Had Masa . Hutang terakhir 7K tahun 2002 dan sekarang 2016. (Borang Affin ini belum di hantar) saya diberi masa sehingga 18hb Feb.2016.tarikh penghakiman semula.
    saya juga ada berbincang dgn wakil Affin ya itu hutang 106,000k boleh diserang kan 45k dan jika saya membuat surat rayuan mungkin di kurang kpd 40k. Tetapi saya katanya saya akan melalui Akpk.pihak Bank tahu ini yg akan merugikan mereka..bertanya saya ..
    1.Perlukah saya dapatkan salinan writ dan dimana salinan itu dpt diperolehi.
    2.perlukan saya memberitahu kpd pihak Bank untuk menarik saman itu..diatas Aktar Had Masa.
    Untuk renungun bersama ,mengapa pihak makamah tidak menolak saman Bank melebihi Had Masa.
    lawyer yg pada hari itu hearing pun tak tahu hutang pokok .Cuma hutang bermula pada tarikh 2015 2016 tarikh surat 2 terkini .

    Ribuan terima kasih.
    Tuan Ammar
    Saya dlm keadaan buntu

    • Wa’laikumussalam Tuan Nazari

      Hmm.. AFFIN BANK lagi. Begitu dedikasi dan efisien Bahagian Collection sehingga sanggup menipu Mahkamah (atas dasar teknikal) dan Loyar pun sama main putar belit untuk kutip hutang yang dah lapuk dan sepatutnya tidak perlu pun difailkan atas kesilapan mereka tidak menfailkannya lebih awal sejak tahun 2002. Oleh kerana kebanyakan peminjam sudah berpindah (saya tidak menyebelahi mereka 100% tapi Bank sendiri yang melepaskan peluang dan hak mereka untuk mengambil tindakan undang undang lebih awal) Kalau Bank failkan saman dan dapat Penghakiman sekalipun pada tahun 2002, Penghakiman tersebut pun sudah luput tempohnya iaitu selama 12 tahun pada tahun 2014. Bank dan Loyar telah menipu Mahkamah dengan mengatakan kononnya akaun tersebut ‘baru” tertunggak dan surat tuntutan mereka itu sah. Satu lagi alasan “atas budi bicara Bank” bila hendak menghentikan perkhidmatan kad yang DIANGGAP masih AKTIF. Kalau tak pernah renew dan setakat hantar statement sampai berbelas tahun APA PUNYA BENGONG ni? Maaf cakap terkasar bahasa sikit. Satu lagi di Mahkamah atas alasan tiada bantahan dari peminjam maka Mahkamah membenarkannya.

      Ada juga beberapa kes yang saya dapat tahu (tapi tak dapat dibuktikan) bahawa Bank tahu alamat sebenar tetapi tidak masih menghantar kepada alamat lama. Mungkin “senang” sikit sebab orang yang tak tahu tidak akan melawan.

      Saya tidak mahu komen sehingga dituduh menghina Mahkamah tetapi tiadakah prosedur untuk menyemak adakah tuntutan yang difailkan itu adalah tuntutan yang adil? Kadar faedah selepas Penghakiman yang sepatutnya 5% sahaja telah TIDAK DIHIRAUKAN dan DIBENARKAN untuk dicaj seolah olah Kad Kredit masih boleh diguna seperti biasa dan mencapai jumlah minima Kebankrapan pada masa yang singkat. Jadi siapa yang menghina Mahkamah sebenarnya? Dah ada Peraturan dan Kaedah Mahkamah 2012 yang diseragamkan pun nak main konar konar lagi.

      Saya tahu dalam proses Kebankrapan Bank mengambil risiko untuk tidak dapat apa apa tapi sekadar “berpuashati” kerana berjaya “menutup” fail dan padan muka peminjam jadi Bankrap. Kalau peminjam datang nak bayar boleh bagi “diskaun” 50%. Untung lagi berlipat kali ganda dari RM7K ke RM106K++ atas kadar “sewa” fail duduk dalam kabinet.

      Maaf saya berleter lebih sikit sebab geram dengan sistem yang ada sekarang. Berbalik pada kes Tuan, jikalau ada lampiran Surat Khabar saya rasa ia adalah Notis Kebankrapan dan beberapa soalan dari saya.

      1) surat consultant persendirian yg melampirkan kerata akhbar tentang saman bankrupsi itu.

      Agen Kutip Hutang boleh pulak cari Tuan kat rumah. Dia ada mintak apa apa bayaran ke untuk “tutup kes”?

      2) saya telah berjaya meminta pendaftar kanan menangguh tarikh penghakiman.utk membincang semula dgn pihak Bank Affin..dlm masa yg sama saya juga telah berjumpa dgn pihak Akpk. Pihak Akpk telah memberi saya satu surat untuk meminta Bank memberi pecahan tuntutan Bank terhadap saya dan satu lagi borang complain Affin Bank ..tunjuk sebab mengapa saya disaman pada hal telah melampaui Aktar Had Masa . Hutang terakhir 7K tahun 2002 dan sekarang 2016. (Borang Affin ini belum di hantar) saya diberi masa sehingga 18hb Feb.2016.tarikh penghakiman semula.

      Saya nak tengok “borang koplain” ni boleh tak? Tuan boleh email kat saya.

      3) saya juga ada berbincang dgn wakil Affin ya itu hutang 106,000k boleh diserang kan 45k dan jika saya membuat surat rayuan mungkin di kurang kpd 40k.

      “Wakil Affin” ni betul ke dari Wakil Affin atau Agen Kutip Hutang? Kalau Tuan dah baca kisah En Idries, Tuan sudah tahu bahawa pada mulanya Bank Affin bagi “diskaun” dari RM60K ke RM30K dan enggan mengalah. Walaupun En Idries kalah dan secara teknikalnya sudah Bankrap, tapi beliau bertekad untuk merayu hingga ke penghujungnya. Dan TIBA TIBA boleh pulak Bank Affin offer RM10K untuk penyelesaian penuh. Kalau bagi awal awal kan dah selesai. Bank Affin MENIPU lagi yang Bank telah “kerugian” beribu ribu Ringgit duit dalam komputer nya (faedah digital, tak ujud dalam dunia nyata lagi) padahal dalam lapuran kepada Bank Negara (yang wajib mereka lapurkan) “kerugian sebenar” adalah hutang pokok itu sahaja.

      Jadi saya cadangkan kepada Tuan supaya:

      1) Pergi keMahkamah tempat Tuan kena bicara dan dapatkan salinan Penghakiman, Writ Saman, Permohonon Penyampaian Ganti Notis KeBbankrapan dan apa jua dokumen yang telah difailkan untuk rujukan.

      2) Katakan kepada Bank supaya memberi jumlah penyelesaian yang menasabah (RM10K sudahlah tak payah nak buat keras kepala macam Bank Affin buat kepada En Idries) sebab sebenarnya untung lagi. Kes pun boleh benar benar selesai.

      3) Katakan kepada Bank yang Tuan akan lawan habis habisan. Tak payah pakai Loyar. Wakili diri sendiri. En Idries telah melakukannya. Walaupun berhadapan risiko tidak menang, bukan bermakna kita mudah menyerah kalah. Bila ada orang lawan, Loyar dan Bank pun jadi gabra sebab sebelum ni kerja “senang” sebab jarang jarang atau tak pernah ada orang lawan. Itu yang TIBA TIBA boleh pulak nak bagi RM!)K tapi masih berdegil tak nak tarik balik kes Kebankrapan. Saya doakan Tuan berjaya mengharungi cabaran dari kerja tak senonoh ni dan juga saya mendoakan Encik Idries supaya berjaya kerana menjadi inspirasi kepada orang lain.

      • Salam. Tuan Ammar
        Terima kasih

        Saya Nazari….Pegawai Bank Affin yg di Kuala Lumpur yg berbincang melalui talipon..pegawai itu sedia maklum sudah , saya akan beri saham Akpk.
        Tentang Consultant itu pula..ada mereka yg memberi khidmat kpd peminjam yg hendak bangkitkan, mereka mendapat makluman dr keratan akhbar.
        Surat complain ..nanti saya cuba emailkan, sebab saya belum tahu cara utk email.

        Saya baru dapat pecahan hutang itu semalam..tetapi tidak di nyata tahun hutang pokok . Hutang pokok 8,111.98. Dan mithali in arrears 9. Dan ini sama 2 sekali salah . Jumlah hutang 2 108,800.00 update 23 sept 2013.
        Pihak Akpk suruh saya ke makamah hari ini untuk memohon melanjutkan tempoh notis.

        Surat complain itu ..menanyakan sebab2 mengapa saya di CP setelah sebuah Had Masa..mengapa tunggu hingga 100 k baru saman.
        kalau Tuan Ammar ada pandangan yg cantik cuba kemukakan.

        • Tuan Nazari

          Saya keliru…

          “saya akan beri saham Akpk.”?

          “Surat complain itu ..menanyakan sebab2 mengapa saya di CP..”

          Saman ke Notis Kebankrapan ke CP?

          Taip pakai Handphone ke? Ayat jadi caca merba. 🙂 Dapatkan salinan salinan dokumen Mahkamah seperti yang saya nyatakan sebelum ini supaya dapat situasi dan keadaan yang lebih jelas. Minta bantuan kawan kawan untuk tolong email. Jangan delay. Kalau last minit baru nak bagi dokumen susah sikit nak bagi pandangan. Loyar pun surrender kalau benda tak lengkap dan masa suntuk.

          • Tuan Ammar
            Maaf maaf..kerana kesilapan ayat itu.
            1 saham..itu sedia maklum ..yg saya guna hikmat nasihat Akpk kpd pegawai Bank tu.
            2 CP legal status..final stage.
            .Surat complain ke Affin Bank KL..sebab kenapa sampai Had Masa baru nak saman bankrup.
            Apakah dlm program Akpk saya akan terselamat dr bankrupsi..Tuan. .Ammar.?
            Ribuan Terima kasih.

          • Tuan Ahmad Nazari

            Kalau perbincangan berjalan dengan lancar dengan jumlah penyelesaian yang menasabah (apa nak buat, terpaksa harungi jugak) insya ALLAH keBankrapan boleh dielakkan.

          • Salam. Tuan Ammar
            Esok saya akan ke Makamah untuk dapatkan documents tersebut.
            Saya di kenakan notis bankrupsi. Final stage.
            saya hanya niaga makanan warong kecil. 9 org anak ..satupun belum berkerja yg sulong di UNITEN. Bongsu 5 tahun.
            kalau diberi jumlah yg menasabah..boleh juga pinjam dgn keluarga terdekat. Ini jumlah yg tak dapat diterima akal. Saya tak tahu tahap bagaimana Akpk dpt menolong mendapat kepercayaan Makamah supaya Makamah hentikan tuntutan pihak Bank.
            Harap pertolongan Tuhan jua …dan ikhtiar yg kita telah lakukan.
            Terima kasih. Amin.
            Tuan Ammar.

        • Salam Tuan Ammar

          Saya Nazari..telah ke makamah tadi utk mohon meminda tarikh bicara..hampa saja. Makamah tetapkan tarikh CP 28 Feb.2016. Cuma dinasihatkan membawa documents bagi membenarkan pihak saya telah melakukan rundingan dgn atau resit pembayaran dgn Bank dgn itu boleh saya memohon Makamah utk menangguh tarikh sekiranya ada perjanjian pembayaran atau 3. Cuma kerani dilaungkan tu beritahu sekiranya saya nak melawan kena pakai lawyer.

          1 Apa yg saya lakukan kini teruskan program saya Akpk.
          2 Surat complain .
          3 surat rayuan .
          kerani itu kata..dasar hutang tetap hutang..
          Bermakna Akta Had Masa tidak semestinya boleh pakai. Salam Terima kasih.

          Apa pula ya comment Tuan Ammar ?

          Salam.

          • Wa’alaikumussalam Tuan Ahmad Nazari

            Memandangkan kes sudah sampai ke tahap Petisyen Pemiutang, perkara ini adalah agak sukar tetapi tidak bermakna tiada jalan keluar. Jalan keluar adalah dengan:

            1) Membuat rundingan dengan Bank untuk satu nilai penyelesaian (RM40K masih terlalu tinggi) dan jika dapat persetujuan, mka pada tarikh itu Tuan tidak diBankrapkan

            2) Membuat rundingan melalui AKPK atas dasar AKPK mempunyai sedikit “suara” untuk membuat rundingan dan teruskan dengan surat aduan berkenaan dengan ketidakadilan menyaman kes ini setelah melampaui had masa.

            3) Membuat bantahan (lawan dengan fakta yang kukuh – had masa boleh digunakan tapi ia mungkin menjadi alasan yang lemah apabila sampai ketahap ini). Walaubagaimanapun, seperti yang telah dibuktikan oleh En Idries, Bank yang pada mulanya berkeras meminta RM30K (“diskaun” 50%) akhirnya hanya meminta RM10K setelah beliau membuat rayuan demi rayuan di Mahkamah. AKPK dan Bank Negara boleh memberi tekanan kepada Affin Bank kerana ini bukan kali pertama Bank Negara mendapat aduan tentang AFFIN BANK tentang kes begini.

            Jangan berputus asa, dapatkan semua dokumen tentang kes ini diMahkamah supaya boleh bersedia dengan lebih baik jika perkara (1) dan (2) tidak berjaya. Buat surat aduan dan pergi ke AKPK dengan segera.

          • 1.Terima kasih 2 Tuan Ammar
            saya telah complete borang Akpk dan telah diserah kpd Akpk tadi..dgn pecahan pinjaman.
            2.Cuma borang complain Affin dan rayuan saja yg belum.
            3 .Borang Complain Bank Negara juga belum.
            Soalan benarkah saya diwajid kena pakai lawyer
            .benar atas dasar hutang tetap hutang. Makamah terpaksa ikut tuntutan..Bank dan lawyer.
            Terima kasih

          • Tuan Ahmad Nazari

            Untuk melawan kes ini, khidmat Loyar TIDAK WAJIB dan Tuan boleh mewakili diri sendiri seperti apa yang telah dilakukan oleh En Idries.

      • Salam Tuan Ammar
        Apa tarikh yg diberikan kepada saya 28hb feb2016 .Final stage dan akan di bankrupkan pada hari tersebut atau pun saya boleh meminta ditangguhkan oleh sebab masih dlm program Akpk..
        sikit sambungan..Terima Kasih
        minta izin jika tiada keberatan oleh kiranya Tuan Ammar memberi saya line WhatsApp. Tuan Ammar. Emergency case sahaja. Hihihi
        Salam. Terima kasih

        • Tuan Ahmad Nazari dan pembaca pembaca sekelian

          Saya banyak mendapat permintaan untuk nombor telefon saya. Saya lebih selesa berkomunikasi di blog atau di FB Page sahaja dan pada saya ia memadai dan mencapai tujuannya. Saya seorang yang berkerjaya dan saya tidak dapat memberi nombor telefon peribadi kerana ia akan mengganggu kerja saya. Harap maaf.

          • Salam Tuan Ammar

            Ribu terima kasih. Saya ucapkan atas kejujuran Tuan Ammar. Kerjaya adalah lebih penting disamping hobi ingin menolong insan2 di alam dilema piutang.
            Esok saya akan email satu surat bantahan ke Affin dan satu lagi ke BNM . Mudah mudahan saya rakan rakan semua berjaya didlm tuntutan hak masing masing..Amin amin.
            Terima kasih. Tuan Ammar dan blognya.

          • Salam SejahteraTuan Ammar.

            Saya Nazari.dan Affin Bank .Saya mengambil bondsman tidak..Melawan cuma telah berjaya mendapat Ikhmat Akpk ..dan membuat pembayar berjadual..baki hutang yg diistiharkan RM 11,500. Beza Dr jumlah rayuan sebanyak RM 38000. Cash. Tidak termasuk 6% interest selama 100 bulan. Didahulu dgn ucapan terima kasih , saya ingin bertanya apa kah berakhir kesah Encik Idris ?
            Boleh saya menbuat nametag semula dgn membuat fail..supaya..bayaran bulanan dibatal..sekira tuntutan di bwh aktar hutang lapuk..dan saya ada lagi..hutang..bank lain yg sedang mengejar saya..satu persatu ..apa nak buat..moga Tuan Ammah dapat memberi pandangan…terima kasih

          • Tuan Nazari

            Sila beri soalan yang yang lebih jelas.

            Apa maksud “Saya mengambil bondsman tidak..”?

            Saya Nazari.dan Affin Bank .Saya mengambil bondsman tidak..

            Sila rephrase perkataan ini supaya lebih mudah faham..

            Melawan cuma telah berjaya mendapat Ikhmat Akpk ..dan membuat pembayar berjadual..baki hutang yg diistiharkan RM 11,500. Beza Dr jumlah rayuan sebanyak RM 38000. Cash. Tidak termasuk 6% interest selama 100 bulan.

            Sila juga jelaskan apa maksud Tuan dengan ayat ini…

            Boleh saya menbuat nametag semula dgn membuat fail..supaya..bayaran bulanan dibatal..sekira tuntutan di bwh aktar hutang lapuk..dan saya ada lagi..hutang..bank lain yg sedang mengejar saya..satu persatu ..

          • salam sejahtera Tuan Ammar.
            Saya telah berjaya mendapat program dgn Akpk. Hutang terdahulu adalah 106,+++. Hutang setelah rayuan dgn Affin adalah 38,000.perlu dibayar sebelum perhakiman dijalankan ,untuk menbankrapkan saya. Kerana kesuntukan masa ..tumpuan saya hanya kepada Akpk. Bank menarik
            balik tuntutan pada hari terakhir dlm membuat tututannya..Jumlah hutangYg diistiharkan oleh Akpk.. RM 11,5++. Tidak termasuk 6% interest. RM150 selama 100 bulanan. Saya tidak mengambil tindakan melawan..dgn Akta had masa. Mini saya telah terselamat dr kebankrapan.
            Adakan Ada cara lain utk melawan balik bagi memhapuskan pembayaran bulan ni..dgn mengunakan Akta had masa..Tuan. Ammar?
            Sebenar saya Ada lagi bank baru ini ..cara tiba2 muncul dgn Hutang lapuknya melantik pengutip hutang.. apakah saya perlu melawan atau mengunakan perhikmatan Akpk? Buntu juga dibuatnya.. akhir sekali ribuan terima kasih..Tuan Ammar ..Maaf bertanya, spa Tuan Ammar seorang lawyer?.. sekian.

            Pertanyaan..bagaimana dgn nasib encik Idris Yg tetkini..spa dia telah berjaya dlm usaha melawan kesnya..
            Sekian Ribuan terima kasih.

            Maaf tambah sedikit..Hutang Yg dituntun mini sama lah tahun dgn Hutang Affin Bank. RM 2,000 kini menjadi RM 59,337.00.sekian. Terima kasih.

          • Wa’alaikumussalam Tuan Nazari

            Pertama sekali saya ucapkan tahniah kerana telah berjaya melepaskan diri dari tindakan keBankrapan. Pada saya ia adalah satu “deal” yang “baik” kerana tidak melibatkan jumlah yang besar dari segi bayaran bulanan.

            Untuk melawan dan menggunakan Akta Had Masa, ia perlu digunakan SEMASA peringkat Bank menfailkan Saman. Ada banyak kes peminjam menang menentang Bank menggunakan Had Masa ini tetapi seperti yang saya katakan faktor “timing” merupakan faktor yang sangat penting. Jika Penghakiman sudah didapati, masih ada masa 30 hari daripada tarikh Penghakiman untuk membuat rayuan. Ini yang selalu saya suarakan tentang taktik licik Bank dan Loyarnya yang mengeksploitasi kejahilan undang undang peminjam yang akhirnya diBankrapkan atas dasar teknikal seperti ini.

            Jadi bagi kes ini, rundingan telah pun dijalankan dan tempoh penggunaan Akta Had Masa tidak lagi terpakai. Bagi kes yang lain, ia bergantung kepada samada:

            1) Sudah ada Penghakiman sebelum ini dan jika ada, tempoh tindakan pelaksanaan Penghakiman adalah 12 tahun dari tarikh Penghakiman

            2) Kalau belum ada Saman dan Tuan menerima Saman (jika alamat Tuan dengan Bank adalah yang terkini) maka jika ia sudah melepasi had masa, baru boleh lawan.

            Untuk mengetahui TEMBERANG Agen Kutip Hutang, boleh rujuk disini:

            https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=564105717080962&substory_index=0&id=323566051134931

            dan sini:

            http://www.ceritahutangbankdananda.com/index.php/2015/10/11/panduan-menangani-agen-kutip-hutang/

            Berkenaan dengan kes En Idris, beliau telah gagal dalam kesnya melawan keBankrapan dan telah diisytiharkan Bankrap yang pada saya merupakan satu ketidakadilan yang sangat besar kerana pada saat akhir baru Bank bagi offer settlement RM10,000 tetapi sudah terlambat. Saya perlu mendapatkan keizinan En Idris untuk memberikan butir butir kesnya secara terperinci disini.

            Bagi soalan adakah saya seorang Loyar? Bukan, saya cuma ada pengalaman sebagai seorang yang mengendalikan kes kes hutang termasuk kes kes yang dibawa ke Mahkamah bagi pihak Bank selama beberapa tahun.

          • Maaf tambah sedikit..Hutang Yg dituntut ini sama lah tahun dgn Hutang Affin Bank. RM 2,000 kini menjadi RM 59,337.00.sekian. Terima kasih.

            salam sejahtera..Tuan Ammar..Terima kasih..perhatinnya itu.
            Surat Yg baru saya Terima ada Surat perlantikan pengutip Hutang.. dan menyatakan Hutang semasa ..hutang terakhir 2003-2004 agak terlupa..maaf! Tiada surat yg menyatakan saman..setelah sekian tahun. Tiada perhakiman Yg dilaksana..saya tidak berapa faham..tentang tempoh perlaksaan perhakiman yg dinyata oleh Tuan itu 12 tahun..atau 12 bulan.. moga Tuan dapat memberi pencerahan. Ribuan .Terima kasih.

            Saya ingin bertanya apakah resiko jika melawan..dan tempuh masa ianya berjalan dalam perhakiman akan berakhir..bila pula waktu yg hari yg ditetapkan oleh siapa pula..? Agar percerahan Tuan dapat membantu saya..moga Allah saja..dpt membalas jasa Tuan Ammar
            Amin amin

            Mohon saya mencelah.. saya pehak makamah tahu atau lebih arif tentang dlm Akta had masa. Tetapi mengapa terus juga membankrapsikan so penghutang..harap Tuah Ammah Yg lebih tahu mengapa..Terima kasih

          • En Nazari

            Bank akan melantik Agen Kutip Hutang bagi mengutip hutang lapuk. Baca sini untuk mengetahui cara mengendalikan Agen Kutip Hutang

            http://www.ceritahutangbankdananda.com/index.php/2015/10/11/panduan-menangani-agen-kutip-hutang/

            Baca sini untuk maklumat lanjut tentang TEMBERANG Agen Kutip Hutang

            https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=564105717080962&substory_index=0&id=323566051134931

            Saya sarankan supaya buat semakan dengan CTOS di http://www.ctos.com.my/CTOSHOME/selfcheck.html (scan MyKad depan belakang untuk diemailkan untuk pengesahan). Register id (klik CTOS User ID) dan ikut arahan di Skrin. Kalau tak silap saya bila dah register Id, satu lapuran ringkas akan diberi. Ia akan memberikan indikasi kalau ada tindakan undang undang.

            Nak tahu lebih lanjut bayar RM10 secara online untuk dapatkan lapuran secara detail. Bila dah dapat keputusan rujuk semula disini dengan email kepada saya di codetyco@ceritahutangbankdananda.com. Baru kita boleh tahu setakat mana tindakan undang undang yang telah dikenakan.

            Tentang soalan mengapa Mahkamah membenarkan tuntutan walaupun telah melepasi Had Masa, perlu dijelaskan bahawa di Mahkamah, sesiapa sahaja boleh membuat tuntutan dan pihak yang kena tuntut perlu membuat bantahan atau pembelaan atau tuntutan balas. Kalau tidak, iaitu tiada jawapan atau pembelaan walaupun Saman sudah disampaikan, maka ia dikira sebagai orang yang dituntut “mengaku” dan “membenarkan” tuntutan walaupun tuduhan yang tidak berasas. Ini yang menjadi masalah bagi kes peminjam terutamanya hutang lapuk kerana:

            1) Alamat sudah bertukar dan tidak dikemaskini. Peminjam pun takut nak kemaskini nanti kena kejar pulak. Pada masa yang sama peminjam tidak akan dapat apa apa surat dari Bank terutamanya Saman dan Notis KeBankrapan mengakibatkan Bank dan Loyar “menang tanpa bertanding”

            2) Alamat betul tapi surat dapat lambat dan tidak sempat untuk menfailkan pembelaan. Alasan bahawa surat dikira “telah dihantar” sebaik sahaja ia diposkan atau didaftarkan untuk dihantar di Pejabat Pos

            3) Peminjam tinggal di Sabah atau Sarawak dan kes dibicarakan di Mahkamah di KL jadi faktor kos untuk perjalanan menyebabkan Bank “menang tanpa bertanding” lagi

            4) Dalam kebanyakan kes, peminjam jahil tentang undang undang dan hak mereka dan takut untuk ke Mahkamah seperti takut “jatuh hukum” penjara dan sebagainya yang tidak berasas. Peminjam boleh lawan sendiri tanpa Loyar bagi kes kes “mudah” seperti ini.

          • Selamat sejahtera Tuan Ammar..karangan itu.saya dapat sampaikan ..ribuan terima kasih..atas ilmu itu itudapat disimpandidlm penbendaraan
            Dr hamba..bantahan perlu difailkan.. berapa kah jarak mass dlm sesesuatu kes batanhan Akan berakhir didlm benang atau gagalnya…sekian rbuan terima kasih. Moga segala ilmu untukl manfaat bersama..dlm ruang ini

          • En Nazari

            Bantahan atau pembelaan boleh dibuat semasa Saman difailkan dan pada hari pendengaran kes. Jika Penghakiman telah dijatuhkan, masih ada masa 30 hari dari tarikh Penghakiman untuk membuat rayuan atau bantahan untuk mengenepikan Penghakiman tersebut dengan alasan alasan yang menasabah seperti luput had masa, salah kiraan dan sebagainya.

          • Salam sejahtera Tuan Ammar
            Saya telah check CTOS dan tiada apa 2. tindakkan mahu pun kenyataan tentang Hong Leong Bank keatas saya, dgn pertolongan rakan officer Bank saya tadi cuma berkenaan dgn Affin Bank tu adalah di dlm CTOS. Disini juga saya ke banyak akan berapa kali saya harus hadir di mahkamah dlm bantahan dgn penguam Bank tersebut. ..? Sekian terima kasih diatas prihatin Tuan Ammar.

          • En Nazari

            Bila melalui proses Mahkamah, semua tarikh pendengaran kes akan ditetapkan oleh Mahkamah bergantung kepada fakta fakta yang dikemukakan oleh kedua dua pihak sebelum Mahkamah membuat keputusan.

          • Salam.Tuan Ammar. Bermula dgn ucapan ribuan terima kasih.. ya saya sebenarnya tentu sekali tidak tahu prosedur Mahkamah , kini saya fahami bahawa saya harus mengfail bantahan apabila Bank mengfailkan tuntutannya.. dgn faktur faktur yg munasabah.. bolehkan menlakarkan contoh surat bantahan yg seharusnya diformatkan untuk renungan dan manfaat bersama..diruang layar ini. Cerita hutang bank
            dan anda. Tuan Ammar. Salam. Amin amin. Terima kasih.

          • En Nazari

            Sememangnya saya memang mahu memberikan contoh contoh dokumen yang diperlukan supaya peminjam boleh mewakili diri sendiri di Mahkamah tanpa bantuan Loyar yang mungkin tidak mampu mereka bayar upah mereka. Ia sedang dalam perancangan dan penambahbaikan ini memerlukan kos. Saya akan cuba membantu bila tiba masanya.

            Jadi kepada sesiapa saja yang merasakan blog ini memberi manfaat, sila “like” dan share Artikel ini dan sila like Facebook Page https://www.facebook.com/ceritahutang sebagai tanda sokongan anda. Bagi membantu kos penyelenggaran Blog, sila ke http://www.ceritahutangbankdananda.com/index.php/sumbangan-anda-diperlukan/.

      • Salam.Tuan Ammar.. ya saya setuju apa jua yg disarankan oleh Tuan agar layar ini dpt memberi manfaat kita bersama..dan pd siapa yg tahu …agar dapat memberi sumbangan.. se ikhlas ikhlasnya..Amin amin. Terima kasih. Moga dpt kita ikhtiarkan.

  21. Assalamualaikum,

    Nama saya Othman. saya baru saja menerima notis bertajuk Final Reminder dpd pihak peguamcara mewakili Courts Mommonth atas kes tuntutan hutang tertunggak sebanyak RM5, 872. deberi tempoh dlm 7hari dpd surat diterima iaitu surat bertarikh 20hbJanuari 2016. persoalan saya ialah:
    1. Apakah dalam 7 hari ini saya perlu menghubungi pihak terbabit bagi berbincang berkenaan jumlah tuntutan hutang tersebut yang melangkaui jumlah sebenar? jumlah sebenar sekitar Rm2k sahaja & saya ada rekod pernah membuat pembayaran sebelum terhenti membuat pembayaran kerana menghadapi masalah kewangan & pekerjaan. bermakna saya bukan langsung tidak membuat pembayaran
    2. Shgga tempoh surat ini diterima, sebelumnya tiada sebarang surat atau panggilan telefon, sms atau email diterima kpd saya dpd pihak berkenaan. Adakah saya berhak hanya tunggu sahaja sehingga tarikh hadir prosiding ke mahkamah?
    3. Berbaloikah saya hadir ke prosiding mahkamah bagi mengemukakan rayuan saya untuk mendapatkan jumlah bayaran yang sewajarnya?

    Mohon tuan bantu saya memberi pendapat & saranan untuk selesaikan hal ini sewajarnya. Saya berkemahuan mahu selesaikan hutang tersebut tetapi biarlah jumlahnya berpada-pada.. pembelian barangan Rm2k dengan ada rekod pembayaran bulanan tetapi setelah tertunggak menjadi sehingga RM5,872.

    Saya hanya ingin jumlah yang berpatutan untuk saya langsaikannya..

    Mohon Tuan memberi nasihat..

    Jasa tuan Allah SWT saja mampu membalas walaupun jasa tuan hanya memberi nasihat kepada saya & lain2.

    Terima Kasih.

    • Wa’alaikumusalam Tuan Othman

      Saya masukkan semula salinan surat “FINAL REMINDER” yang Tuan terima:

      Final Reminder_Othman

      dan mukasurat kedua:

      Final_reminder_Othman_2

      Ini adalah “surat loyar” olok olok iaitu surat tentang “niat” untuk mengambil tindakan undang undang dan perkara perkara yang mungkin berlaku jika tindakan undang undang dilaksanakan. Seperti yang saya jelaskan sebelum ini, ia adalah surat “nasihat” untuk membuat bayaran dan merupakan surat Loyar “cobaan” dan bukan betul betul.

      Tuan boleh ke link ini untuk meneliti surat yang serupa yang pernah saya ketengahkan di blog saya:

      http://www.ceritahutangbankdananda.com/index.php/2015/09/10/antara-notis-tuntutan-loyar-yang-kreatif-dan-mengelirukan/

      Kalau gambar tak keluar di artikel tersebut atas masalah teknikal, saya sertakan ia disini:

      Contoh Surat Cobaan_1

      dan ini:

      Contoh Surat Cobaan 2

      Oleh kerana baki yang disebutkan adalah meragukan, Tuan boleh semak sendiri dengan Courts tentang kenapa interest yang dikenakan terlampau tinggi. Saya faham Tuan hanya mahu membayar jumlah tungakan dan kadar denda lewat yang menasabah. Jikalau mereka enggan untuk memberikan kerjasama, suruh mereka Saman sahaja supaya boleh membuat pembelaan di Mahkamah. Biasanya kos untuk ke Mahkamah adalah lebih tinggi dan tak berbaloi kalau baki bawah RM3K dan saya yakin bakinya tidak sebegitu banyak. Saya rasa Courts adalah dalam posisi yang lebih baik untuk membuat perbincangan dengan penyelesaian yang menasabah dari tidak mendapat apa apa dengan menggunakan taktik sebegini yang mungkin berjaya menarik perhatian peminjam tapi sebaliknya menakutkan peminjam dengan jumlah yang tinggi yang dirasakan tidak mampu bayar dan meragukan.

      Bila tarikh akhir bayaran dan berapa anggaran baki semasa mula tunggakan? Ini akan memberikan gambaran yang lebih jelas tentang situasi hutang tersebut. Kalau dah lama sangat melebihi 6 tahun tak bayar boleh dibuat “bargaining chip” atau alat runding kerana jika betul betul Saman tak dapat apa apa kerana terhalang oleh Akta Had Masa. Cuma kena tahu bila dia Saman baru boleh digunakan sebegai pembelaan.

  22. Salam tuan,tksh dgn jaw tuan tapi saya merasa teraniaya di bangkrapkan Tampa mendapat apa-apa Surat panggilan hadir ke mahkamah Dan sbgnya sedangkan no tel saya tidak pernah berubah..untuk makluman tuan kad credit saya Kali terakhir aktif ialah pada tahun 2004 sebelum di block pihak bank..kes kdua pula rumah saya di lelong beberapa tahun lepas oleh bank yg sama walau pun harga pasaran akan meningkat dalam beberapa bulan saja melebihi jumlah hutang yg saya pinjam..Bila saya berjumpa dgn peg bank mereka dgn lagak sombongnya meminta jumlah bayaran yg x masuk akal..tujuan saya memberitahu INI ialah agar Tuan dapat memberi kan pembelaan untuk pemimjam2 yg tidak mengetahuinya ..spt di bangkrapkan dgn cara tidak adil Dan kadar bunga yg amat cepat meningkat mengikut sesuka hati pihak bank..wasalam

  23. Salam Tuan,

    Isteri saya menerima mesej seperti di bawah melalui sms…

    U/P : XXXXXXXX BINTI XXXXXXXX, ACC.NO 9999999999 .TINDAKAN PENGHANTARAN REPORT KE GUAMAN AKAN DIJALANKAN PADA 15 DEC 2015 UTK TUJUAN PENGELUARAN NOTIS SAMAN. RAYUAN TIDAK DI TERIMA SELEPAS PUKUL 5PTG.PASTIKAN TUNGGAKAN DIJELASKAN SEBELUM PUKUL 4PTG DIMANA-MANA CAWANGAN HONG LEONG. HUBUNGI 016-210 XXXX UNTUK PENGESAHAN.

    Yang pasti ini mmg dari agensi pengutip hutang dan bukan bank… kalau xsilap berkaitan dgn akaun ini, last isteri saya menerima panggilan atau sms ialah tahun lepas… tetapi tiada sbrg notis diterima melalui alamat terakhir atau panggilan telefon dalam tempoh yg agak lama… hampir setahun… pernah satu kali dahulu kami mintak utk byr RM100/bulan tetapi tidak diterima dan bila minta utk bercakap dgn pegawai, talian diputuskan… dalam perbualan telefon juga tidak pernah ditanya sebarang pertukaran alamat… kes isteri saya juga rasanya sama seperti kes En. Idris dimana kad max 3k tetapi mengikut apa yg diberitahu oleh isteri saya mungkin skrg 100k. isteri sudah tidak bekerja semenjak tahun 2002 hingga sekarang…

    Mohon pandangan tuan jalan terbaik utk menyelesaikannya..

    • Wa’alaikumussalam Ina

      Beberapa soalan:

      1) Berapa jumlah anggaran baki hutang sekarang?
      2) Bila bayaran terakhir dan baki sebenar?
      3) Adakah alamat sekarang sama dengan rekod Bank? Kalau tak sama kena kemaskini supaya boleh menerima segala tuntutan TERUTAMANYA WRIT SAMAN.
      4) Kalau dapat Writ Saman dan tarikh bayaran terakhir sudah melebihi 6 tahun, boleh lawan dengan Akta Had Masa. PENTING untuk mendapat Writ Saman tepat pada masanya.
      5) Tindakan undang undang bukan dibuat melalui sms. Mungkin sms dari Agen Kutip Hutang yang suka guna “bayar sebelum..pukul/jam” atau mesej internal dari Bank sendiri.

      • Salam tuan,

        Maaf kelewatan membalas pertanyaan tuan…

        Malangnya jumlah bayaran, bayaran terakhir dan baki sebenar tak ingat langsung… Alamat sekarang juga sudah berlainan kerana dah berpindah ke negeri lain hampir 10 tahun… tetapi alamat dalam no kad pengenalan masih tidak berubah kerana menggunakan alamat rumah mak…

        Hari ini diterima mesej seperti dibawah:

        SILA AMBIL PERHATIAN XXXXX, PIHAK MEMERINTAHKAN SEMUA AKAUN SIMPANAN DAN SEMASA DIBEKUKAN DAN TINDAKAN WSS JUGA SEDANG DIAMBIL. HUBUNGI 03-2727 8896 UTK MAKLUM BALAS.

        Mohon pandangan tuan berkenaan apa tindakan yang perlu diambil…

        Terima kasih…

        • Wa’alaikumussalam Ina

          Kalau ikut mesej terdahulu:

          “U/P : XXXXXXXX BINTI XXXXXXXX, ACC.NO 9999999999 .TINDAKAN PENGHANTARAN REPORT KE GUAMAN AKAN DIJALANKAN PADA 15 DEC 2015 UTK TUJUAN PENGELUARAN NOTIS SAMAN. RAYUAN TIDAK DI TERIMA SELEPAS PUKUL 5PTG.PASTIKAN TUNGGAKAN DIJELASKAN SEBELUM PUKUL 4PTG DIMANA-MANA CAWANGAN HONG LEONG. HUBUNGI 016-210 XXXX UNTUK PENGESAHAN.”

          Yang terbaru:

          “SILA AMBIL PERHATIAN XXXXX, PIHAK MEMERINTAHKAN SEMUA AKAUN SIMPANAN DAN SEMASA DIBEKUKAN DAN TINDAKAN WSS JUGA SEDANG DIAMBIL. HUBUNGI 03-2727 8896 UTK MAKLUM BALAS.”

          Saya tidak pasti samada sudah ada Penghakiman yang telah dijatuhkan kerana WSS hanya boleh dilakukan SETELAH ada Penghakiman. “PIHAK MEMERINTAHKAN” tu typo ke atau memang macam tu? PIHAK mana? Ini memang TEMBERANG. Orang nak buat WSS TIDAK AKAN beritahu peminjam. Bangang kalau buat macam tu. Seperti yang telah saya katakan dalam jawapan yang lain, kalau datang sekalipun dan KALAU betul Bailiff Mahkamah datang pun, kalau kita tak bagi masuk dia TIDAK BOLEH masuk. Dia kena balik apply perintah pecah masuk pulak (Dia akan datang dengan tukang kunci dan polis). Kadang kadang tak datang balik sebab tahu owner mesti punggah barang keluar.

          Sudahkah Ina membuat semakan CTOS di http://www.ctos.com.my/CTOSHOME/selfcheck.html (scan MyKad depan belakang untuk diemailkan untuk pengesahan). Register id (klik CTOS User ID) dan ikut arahan di Skrin. Kalau tak silap saya bila dah register Id, satu lapuran ringkas akan diberi. Ia akan memberikan indikasi kalau ada tindakan undang undang.

          Nak tahu lebih lanjut bayar RM10 secara online untuk dapatkan lapuran secara detail. Bila dah dapat keputusan rujuk semula disini dengan email kepada saya di codetyco@ceritahutangbankdananda.com. Baru kita boleh tahu setakat mana tindakan undang undang yang telah dikenakan.

          Cara cara nak check CTOS ada kat link ini. Kredit kepada penulisnya dan terima kasih kita ucapkan.

          http://www.chatpropertymalaysia.com/how-to-check-your-credit-records-via-ccris-and-ctos/

  24. Salam Tuan,

    Saya mendapat panggilan pada 10/12/2015 daripada bahagian legal bank rakyat yang menyatakan mereka telah membuka fail saya untuk membangkrapkan saya…pegawai tersebut menyatakan saya mempunyai hutang tertunggak 11k….dan saya perlu melangsaikan hutang tersebut sebelum 20hb Disember 2015. Setelah berbincang pegawai tersebut bersetuju agar tidak menbangkrapkan saya sekiranya saya dapat membayar tunggakkan sebanyak 7k sebelum 20hb…..Untuk makluman tuan, pada 2014 saya tidak bekerja selama setahun dan saya juga ada menerima panggilan dari pihak bank rakyat dimana pegawai tersebut meminta saya melangsaikan hutang saya 11K…Saya telah melunaskan tunggakan tersebut pada tahun lepas sebanyak rm9850……..selepas pembayaran dibuat pihak bank ada menghubungi saya beberapa kali…saya ada memaklumkan kepada mereka yang saya masih lagi tidak bekerja…

    Alhamdullilah pada April 2015 saya telah bekerja semula dan saya membuat pembayaran semula kepada bank rakyat…semasa membuat pembayaran ini saya ada menulis surat kepada pegawai tersebut yang saya tidak mampu untuk membayar tunggakan sekaligus tetapi akan membuat bayaran ansuran sehinggalah tunggakan itu selesai….tetapi selepas beberapa bulan seorang pegawai lain menelefon saya mengatakan saya perlu melunaskan hutang tertunggak sebanyak 11k….pegawai bank tersebut menyatakan saya tidak boleh membuat ansuran seperti yang telah dijanjikan dengan pegawai bank yang pertama dahulu….setelah berbincang pegawai ini bersetuju membenarkan saya membuat ansuran dimana jika mengikut perjanjian jumlah pinjaman yang perlu saya bayar setiap bulan adalah sebanyak rm1630…tetapi saya menggandakan bayaran saya kepada rm3000 sebulan,,,cuma kadang2 saya ada mengurangkan pembayaran saya disebabkan masalah yang tidak dapat diatas seperti servis kereta dll….pada bulan lepas pegawai bank yang lain pula telah mengambil kes saya dimana pegawai yang kedua telah dinaikkan pangkat….hasil dari perbincangan dengan pegawai ini beliau pun bersetuju bahawa saya boleh membuat ansuran 3k sebulan. Saya ada juga memberitahu pegawai berkenaan kelewatan dalam membuat bayaran, ini kerana majikan saya biasanya tidak mempunyai tarikh tetap dalam tarikh pemberian gaji…kadang2 gaji saya akan masuk awal dan kadang2 masuk lambat…contohnya seperti gaji bulan lepas, majikan saya telah membayar gaji pada 2hb Disember bagi gaji bulan November….Setiap kali gaji saya akan membuat pembayaran dengan segera….

    Pihak bank ada beberapa kali menelefon saya minggu lepas dan hari isnin (7/12/2015) tetapi saya tidak sempat angkat…tiba2 hari ini saya menerima panggilan menyatakan yang saya akan jatuh bangkrap dalam masa terdekat jika tidak melangsaikan hutang tertunggak 11k. Tetapi jika saya membuat pembayaran sebanyak 7k nama saya tidak akan dibangrapkan dan baki 4k boleh dibayar pada bulan hadapan. pegawai ini juga menyatakan yang saya telah dikenakan writ…jika saya tidak dapat membayar 7k sebelum 20hb ut pihak bank rakyat akan membangkrapkan saya dan akan menyita semua harta milik saya dan beliau juga memberitahu bahawa semua akaun saya akan dibekukan dan saya tidak boleh bekerja lagi…..masalahnya tuan saya tidak pernah menerima surat saman dari pihak bank rakyat….

    Sejak menerima panggilan petang tadi hati saya tidak senang dan saya terpikir untuk merujuk kepada AKPK…..adakah sempat untuk saya menyertai AKPK….tahun lepas saya ada menyuarakan hasrat untuk menyertai AKPK kepada pegawai bank rakyat tetapi pegawai tersebut menyatakan saya tidak layak kerana jumlah pinjaman hutang yang banyak…Hutang pinjaman saya selepas interest rm33xxxx.

    • Wa’alaikukumussalam Laili

      Saya rasa “bahagian legal Bank Rakyat” adalah Agen Kutip Hutang berdasarkan kecetekan ilmu undang undang atau TEMBERANG yang tak masuk akal. Untuk membankrapkan orang perlu melalui beberapa prosedur undang undang, bukan bukak fail dan buat orang Bankrap macam Mahkamah tu OPAH dia punya.

      Sebelum nak Bakrapkan orang, kena ada Penghakiman dulu. Ini dia prosesnya:

      1) Loyar menghantar Notis Tuntutan kepada peminjam meminta tunggakan memberi masa 14 hari atau menamatkan perjanjian

      2) Atas arahan Bank, jika tiada bayaran, Tuan Loyar akan menfailkan Saman di Mahkamah menuntut baki hutang. Dalam Writ Saman ini ada Notis Tuntutan yang memperincikan segala baki, faedah dan kos yang dituntut.

      3) Selepas mendapat meterai dan pengesahan Mahkamah, Writ Saman ini akan disampaikan secara kediri atau melalui pos kepada Peminjam dialamat yang terakhir yang ada dalam rekod Bank. Biasanya pendengaran kes akan ditetapkan dalam masa 14 hari dari tarikh Writ atau penyampaian itu. Peminjam perlu mendaftarkan diri untuk hadir pada tarikh itu. kalau tidak pada hari itu Penghakiman Ingkar Tanpa Kehadiran akan dikeluarkan.

      4) Selepas itu Bank dan Tuan Loyar akan menunggu salinan Penghakiman yang telah dimeterai dan disahkan oleh Mahkamah

      5) Apabila salinan Penghakiman didapati, satu salinan akan dihantar kepada Peminjam

      6) Bank boleh melaksanakan Penghakiman dengan tindakan undang undang keatas Peminjam. Kalau lebih RM30 ribu, boleh buat Bankrapsi

      Secara ringkasnya proses Kebankrapan adalah seperti berikut:

      1) Penghakiman (samada Penghakiman Ingkar atau yang lainnya) sudah dijatuhkan keatas peminjam (ini sudah ada)

      2) Pemfailan Notis Kebankrapan. Pada waktu pemfailan tersebut jumlah baki hutang, faedah dan kos MESTILAH tidak kurang dari RM30,000

      3) Notis ini mesti diserahkan secara kediri (personal service) kepada Penghutang Penghakiman. Cubaan serahan adalah sebanyak TIGA kali. Jika gagal, Bank boleh membuat permohonan untuk membuat Penyampaian Ganti melalui Akhbar Tempatan, Penampalan Notis di Papan Notis Mahkamah dan juga Surat Berdaftar. Kalau tak dapat personal service dan perlu kepada permohonan Penyampaian Ganti, ini akan memakan masa lagi 1 – 3 bulan.

      4) Selepas 6 (Enam) bulan tempoh serahan berlaku tanpa ada apa apa bantahan/perbincangan dari Penghutang Penghakiman, beliau sudah dikira telah melakukan tindakan Kebankrapan. Selepas itu Petisyen Pemiutang pula akan dikeluarkan dan diserahkan.

      5) Proses penyerahan pun sama dengan Notis KeBankrapan. Kalau tak dapat serve, memakan masa lagi untuk penyampaian ganti.

      6) Suatu tarikh akan ditetapkan untuk mendengar kes Petisyen itu dan jika tiada bantahan dari Penghutang Penghakiman dengan alasan yang dikira menasabah, maka pada hari itu beliau akan diisytihar sebagai seorang Bankrap.

      Adakah alamat Laili sekarang sama dengan rekod Bank? Kalau sama sudah semestinyalah Laili dapat apa apa dokumen yang saya senaraikan diatas. Jadi Laili boleh lihat dari proses mendapatkan Penghakiman hingga dapatkan Perintah Kebankrapan, akan memakan masa sekurang kurangnya 10 -12 bulan atau lebih jika Bank start dari sekarang. Apa yang didakwa oleh “pegawai Bank” itu adalah suatu PEBOHONGAN.

      Kalau nak deal, deal direct dengan Bank Rakyat (kadang kadang tak bagi pulak, suruh deal dengan Agen yang nak makan komisen) dan proceed dengan payment seperti yang termampu. Kalau susah sangat, buat cadangan pembayaran melalui Bank Negara. Pergi ke cawangan Bank Negara terdekat dan minta bantuan disana.

    • @ LAILI

      NOTA :-

      ***pegawai Bank***
      Sepatutnya org ni “pengutip hutang” hanya “wakil bank”. Bank ada bagi surat mengsahkan agen ni..??

      ***hasil dari perbincangan dengan pegawai ini beliau pun bersetuju bahawa saya boleh membuat ansuran 3k sebulan***
      Semua “repayment” agreement must be in black and white signed by the bank and the debtor on Bank Letter Head. No verbal..!! No Agen..!!

      Go approach AKPK as soon as possible to seek help and legal advise.

  25. Salaam tuan amar ,saya baru mengetahui telah di istihar bangkrap selepas akaun bank di bekukan..setelah pergi ke pej.insolvensi yg di arahkan saya telah mendapat tarikh temujanji yg di tetapkan..Says rasa INI juga di sebabkan htg kad kredit affin bank sama spt cerita dalam blog tuan..Ingin minta nasihat tuan Dan pandangan krn merasakan tempoh tuntutan hgga tarikh bangkrap sudah melebihi 6 tahun tapi sebabkan Slamat dalam rekod bank sudah di lelong saya tidak menerima apa2 dokumen kecuali panggilan tel Dari agen2 pengutip hutang yg ingin berunding ITU pun pada tahun INI..sekian Wasalam..Ahmad.

    • Wa’alaikumussalam Tuan Ahmad

      Apabila sudah diBankrapkan tiada apa lagi yang boleh dilakukan melainkan pergi melapurkan diri ke JIM. Had masa ENAM tahun HANYA boleh digunakan ketika peringkat Saman atau 30 hari selepas mendapat PEnghakiman. Selepas pada itu Tuan sudah dikira telah “melepaskan” hak Tuan untuk membuat pembelaan.

      Inilah yang menjadi permasalahannya sekarang. Ramai yang tidak tahu prosedur undang undang dan ini telah diambil kesempatan dan dimanipulasikan oleh sesetengah Bank dan para Tuan Loyarnya

    • Salam tuan.tksh dgn jaw tuan tapi saya merasa teraniaya bila mengetahui telah di bangkrapkan dgn cara mengetahuinya bila akaun bank di bekukan Dari peg bank yg bukan saya berhutang yg mengarahkan saya pergi ke pej Insolvensi..beberapa tahun sebelum INI rumah saya pula di lelong oleh bank yg sama AFFIN BANK dgn harga murah walaupun beberapa bulan saja harga pasaran akan meningkat melebihi jumlah hutang saya di sebabkan kerugian membuat belian selama berbelas tahun..bila harga nak meningkat baru bank buat lelongan..di harap tuan menubuhkan sebuah NGO atau sebuah pertubuhan untuk untuk peminjam teraniaya spt kes di bangkrapkan INI tuan..wasalam

  26. Salam Tuan,

    saya mengalami nasib yg sama seperti En. Idris.

    1) Nama Bank : Affin Bank

    2) Jenis Pinjaman : Kad kredit (kredit limit saya hanya 3K)

    3) Jumlah baki hutang terakhir ; RM14,758.73 (Berdasarkan dr surat Agensi Kutipan Proclass & Partners S/B bertarikh 13 Mac 2008. Surat terkini bertarikh 21/7/2015, jumlah tunggakan saya telah mencecah RM61K dan mungkin telah meningkat ke 100K sehingga hujung tahun ini.)

    4) Tarikh akhir bayaran : tak ingat sebab kad kredit ini saya perolehi semasa sekitar tahun 1998 atau mungkin tahun sebelumnya lagi..)

    5) Tindakan yang dikenakan : Notis Kebankrapan yang telah disiarkan di Akhbar Berita Harian 10.03.2015. Saya tidak pernah menerima Petisyen Pemiutang dr pihak bank sebelum ini.

    Saya telah menghubungi pihak bank untuk mencari jalan penyelesaian kpd hutang lapuk saya ini dan pihak bank menawarkan diskaun 25K untuk full and final settlement sehingga tempoh hujung tahun ini. Selain dr Affin Bank saya juga ada hutang kad kredit dengan beberapa buah bank tapi saya berjaya menyelesaikan kesemuanya kerana bank2 tersebut menawarkan jumlah paling minimum (prinsipal amount). Nama saya juga telah diclearkan oleh CTOS dan BNM pada tahun lepas sehinggalah pihak Affin Bank telah menghantar laporan hutang kad kredit saya ke CTOS dan sekali lagi nama saya telah diblacklist kan baru-baru ini. Untuk makluman tuan, pada tahun 2013 saya pernah berhubung dengan pihak bank berkenaan hutang ini apabila saya menerima panggilan dr pihak agensi kutipan yg dilantik memberitahu saman telah dikeluarkan dan mereka akan menampal notis sita rumah dan barang dalam rumah tempat tinggal saya sekarang sedangkan ianya bukan rumah milik saya. Untuk pengetahuan tuan, akaun simpanan bank saya seperti Maybank dan CIMB telah dibekukan oleh bank yg berkenaan berdasarkan Notis Kebankrapan di BH baru-baru ini, Bolehkan pihak bank membeku akaun saya kerana saya belum dijatuhkan hukuman bankrupsi lg..Saya mengalami masalah tidak dapat mengeluarkan gaji bulanan saya yang dimasukkan kebank setiap bulan sekiranya akaun saya masih dibekukan. Mohon pencerahan dari pihak tuan.

    • Wa’alaikumussalam Eina

      Saya bersimpati dengan masalah Eina tapi akaun ni sepatutnya sudah terhalang oleh Akta Had Masa sebab tarikh akhir bayaran semenjak 1998 lagi (tapi tak dapat nak lawan sebab tak dapat Writ Saman) dan tempoh bantahan telah tanat 30 hari selepas Penghakiman)

      Sila buat semakan dengan SEGERA diMahkamah dengan merujuk kepada nombor kes yang ada pada keratan Akhbar BH tersebut. Penyampaian Notis Kebankrapan yang dibuat diakhbar adalah PENYAMPAIAN GANTI setelah pihak Loyar Bank gagal untuk menyampaikan Notis tersebut secara personal atau kediri sebanyak TIGA kali cubaan.

      Berdasarkan kepada tarikh Notis tersebut, Petisyen Pemiutang sepatutnya sudah dikeluarkan kerana biasanya ENAM (6) Bulan selepas Notis Kebankrapan dan tiada apa apa respon dari peminjam, peminjam telah dikira sebagai telah melakukan “Aksi Kebankrapan” atau “An Act of Bankruptcy” yang mana tindakan seterusnya adalah Petisyen Pemiutang yang juga akan dicuba diserahkan secara peribadi dan jika tidak berjaya akan dipohon kepada Mahkamah untuk PENYAMPAIAN GANTI macam Notis Kebankrapan jugak.

      Persoalannya, sudahkah Eina dijatuhkan sebagai seorang Bankrup? Adakah pembekuan akaun atas arahan Jabatan Insolvensi atau Maybank (selalunya yang dulu sekali) dan CIMB mengambil langkah :berjaga jaga” dengan mebekukan akaun? Seperti yang saya sarankan tadi, buat semakan di Mahkamah atau Jabatan Insolvensi kerana dengan melapurkan diri dengan Jabatan Insolvensi, mereka boleh melepaskan akaun yang dibekukan dan menetapkan bayaran bulanan yang perlu dibayar (setelah meneliti penaya pendapatan dan perbelanjaan yang dibuat semasa melapur diri).

      Sila buat semakan dahulu. Buat pengetahuan Eina, Encik Idris telah kalah dalam kes keBankrapannya tetapi masih tidak berputus asa dan masih lagi membuat rayuan. Affin Bank yang pada mulanya berkeras nakkan RM30K sekarang boleh pulak bagi penyelesaian penuh RM10K tapi agak terlambat untuk Encik Idris untuk menerima dan akan teruskan dengan rayuannya. Sekarang peguam Bank pulak yang gabra. Jangan putus harapan. InsyaALLAH ada jalan penyelesaian.

      • Salam Tuan Ammar,

        terima kasih kerana sudi membalas email saya semalam. Pada hari ini saya telah pun ke Jabatan Insolvensi Cawangan di tempat tinggal saya dan didapati status saya sekarang adalah seorang BANKRAP. Saya diarahkan ke Jabatan Insolvensi Cawangan Selangor dimana kes saya dikendalikan oleh cawangan tersebut untuk melaporkan diri dan memohon akaun bank saya dibuka semula. Saya hanya ada 2 harta iaitu kereta dan motor diatas nama saya dibawah pinjaman loan CIMB dan AEON Credit. Adakah pihak yg memberi loan ini akan mengambil harta saya bila-bila masa sahaja dari sekarang? Perlukah saya menghubungi semula pihak Affin Bank untuk berbincang amaun yg boleh dipersetujui untuk menyelesaikan hutang ini? Dan sekiranya saya membayar amaun yg dipersetujui dalam tempoh yg diberikan itu adakah status BANKRAP saya boleh dikeluarkan dengan kadar segera? Mohon nasihat Tuan. T.kasih.

        • Wa’alaikumussalam Eina

          Saya bersimpati dengan situasi Eina sekarang. Pihak Bank telah sekali lagi mengambil kesempatan keatas kejahilan undang undang peminjam dengan mengambil tindakan ini yang mana mereka tahu jika ia ditentang pada peringkat Saman, tuntutan mereka akan diketepikan jika peminjam menggunakan pembelaan Akta Had Masa kerana kes ini menurut Puan adalah pada tahun 1998 hutang mula tidak dibayar dengan HAD KREDIT RM3,000 sahaja dan sudah menjadi RM60K! Ini adalah suatu ketidakadilan dan jumlah RIBA yang telah dikenakan adalah RM58,000++. Inikah Bank yang juga mempunyai cawangan “Islam”nya dan “menjaga kebajikan” para para perajurit kita? Nak bagi pulak “diskaun” iaitu penyelesaian penuh pada RM25,000? Tak ada buat apa apa cuma “upah” simpan rekod dalam komputer dan simpan fail. Kalau peminjam boleh bayar untung banyak tapi kalau tak boleh bayar, dan cuma bayar RM100 kepada Jabatan Insolvensi, Bank nak dapat apa?

          Oh Ya. Fail telah dapat di”tutup” secara “rasminya” dan “segala usaha TERBAIK untuk mendapatkan hutang telah selesai”. Padan muka peminjam sebab tak bayar hutang asal RM3000. Inilah “balasan”nya. Begitu kut. Ya selalunya begitu. Itulah hakikat sistem yang kita semua terpaksa telan. Perhambaan Kewangan.

          Bagi si Bankrap, bila nak selesaikan melalui Jabatan Insolvensi, kena pulak bayar “upah” simpan fail 12% – 15% dan “menjaga” akaun. Kena belanja pulak dalam RM1000 – RM1500 (kalau buat sendiri dalam RM200 aje) untuk mendapatkan pelepasan dari Kebankrapan dari Mahkamah. Maafkan saya mengomel sikit kerana kalau nak diikutkan keadilan dan Akta Had Masa, faedah yang patut dikenakan adalah setakat tempoh ENAM TAHUN sahaja.

          Definisi “keadilan” yang ada sekarang ialah:

          1) Bank telah menuntut haknya di Mahkamah

          2) Oleh kerana peminjam tidak dapat dikesan, gunakan saluran “alamat terakhir” untuk “menyampaikan” Saman dan dokumen dokumen yang lain

          3) Oleh kerana peminjam “tidak menjawab” atau “tiada bantahan” terhadap semua tuntutan RIBA yang melampau, maka Mahkamah akan membenarkannya WALAUPUN peminjam tidak tahu menahu

          4) Segala “sifat prihatin” atau “conscience” buang jauh jauh walaupun pada hakikatnya “peruntukan kerugian” yang ada dalam buku akaun dan yang dihantar kepada Bank Negara adalah tidak kurang dari RM3,000 campur tolak kos yang dibelanjakan. Hmm.. bukan menipu ke? Cerita rugi sikit tapi tuntut banyak banyak. “Kerugian” yang dengan mudah diganti dengan pendapatan RIBA kad kredit yang lain bagi yang gemar membayar baki minimum 5%.

          Menyedihkan. Berapa ramai lagi yang telah jadi mangsa?

          Okay, sekarang kita pergi ke persoalan seterusnya iaitu melapurkan diri ke Jabatan Insolvensi Malaysia (JIM). Seorang Bankrap perlu melapurkan diri ke Jabatan Insolvensi terdekat atau yang telah ditetapkan untuk mereka. Selepas melapur diri ke Jabatan Insolvensi Malaysia (JIM) dan mengisi borang borang yang diperlukan, Eina boleh memohon untuk pelepasan semua akaun yang telah dibekukan, pengeluaran dan penutupan akaun dan memilih akaun mana yang hendak dikekalkan. Biasanya kita akan kekalkan akaun yang digunakan untuk kemasukan gaji. InsyaALLAH kebenaran akan diberi berdasarkan perbincangan dengan Pegawai Insolvensi. Berapa lama saya tidak boleh memberi kepastian cuma apabila melapur diri bawalah bukti bukti pendapatan dan perbelanjaan yang lengkap supaya boleh dipastikan berapa jumlah yang mampu dibayar setiap bulan kepada Jabatan Insolvensi.

          Untuk seseorang Bankrap melapurkan kepada JIM, lebih banyak maklumat peribadi akan ditanya berbanding dengan pinjaman biasa. Ini adalah kerana perbelanjaan anak anak (tempat tinggal, sara hidup,pembelajaran, bas sekolah) boleh dimasukkan kedalam Kos Sara Hidup seseorang Bankrap. Sebahagian kecil perbelanjaan untuk ibu bapa yang telah uzur juga dibenarkan. Jika seorang Bankrap melapurkan diri kepada JIM dan membuat bayaran bulanan, beliau mungkin boleh mendapat kebenaran untuk menggunakan Kad Kredit (had RM1000) dan juga boleh memiliki kereta (mungkin kereta lama) dengan nilai tidak melebihi RM5K untuk kegunaan keluarga. Tapi harus diingat,kenalah mendapat kebenaran JIM.

          Jadi, lebih ramai anak dan tanggungan , jumlah yang perlu dibayar kepada JIM akan berkurangan. Kadang kadang Eina mungkin hanya diminta membayar RM50 sebulan. Jauh lebih murah dari ansuran bulanan pinjaman.

          Dalam perkara memindahkan hakmilik rumah atas nama bersama, ia tidak dibenarkan dalam Akta Kebankrapan dan segala pemindahan dalam masa 2 tahun sebelum dari tarikh Bankrap akan terbatal. Lagipun jumlah nilai rumah dengan hutang Bank mungkin tidak mencukupi untuk “cover” hutang keseluruhan. Budi bicara Pegawai Insolvensi amat diperlukan pada ketika melapurkan diri supaya tidak melelong rumah tersebut lagipun atas nama bersama. Bagi Bank Bank yang lain, mereka hanya perlu menfailkan “Proof of Debt” iaitu bukti keberhutangan siBankrap kepada JIM dan jumlah ini akan dikumpulkan sebagai jumlah yang terhutang.

          Bagi si Bankrap:

          (a) Masih boleh bekerja seperti biasa atau berniaga asalkan tidak mendaftar sebagai pengarah, rakan kongsi atau pemilik tunggal. (ramai yang berniaga “online” atau berniaga atas “proxy” atau nama orang lain.

          (b) Masih boleh mempunyai akaun Bank (satu sahaja). Pihak Jabatan Insolvensi akan mengeluarkan surat kebenaran untuk mebuka akaun dengan mana mana Bank atau memberi arahan untuk membuka semula akaun yang telah dibekukan akibat Banrupsi.

          (c) Tidak boleh keluar negara tanpa kebenaran Jabatan Insolvensi.

          (d) Yang utama sekali, Eina tidak lagi akan diganggu oleh Bank atau Agensi Pengutip Hutang.

        • @ Eina

          ***pihak Affin Bank telah menghantar laporan hutang kad kredit saya ke CTOS dan sekali lagi nama saya telah diblacklist kan baru-baru ini.***
          AF bank did not send any report. Your bankruptcy status have been captured on PUBLIC RECORDS. Secara “AUTO”.

          ***Dan sekiranya saya membayar amaun yg dipersetujui dalam tempoh yg diberikan itu adakah status BANKRAP saya boleh dikeluarkan dengan kadar segera?***
          Paying AF bank now “may” not discharge you from bankruptcy.
          You have to pay all Creditors in FULL (or negotiated amount) once made a bankrupt.

          ***Maybank (selalunya yang dulu sekali) dan CIMB mengambil langkah :berjaga jaga” dengan mebekukan akaun?***
          Your banks accounts is NOT garnished(beku) BUT closed by BNM. The moneys inside will be transfered to JIM to repay AF banks and/or others who have file POD (Proof Of Debt).

          ***2 harta iaitu kereta dan motor diatas nama saya dibawah pinjaman loan CIMB dan AEON Credit***
          The H/P creditors may not do anything to seize the two items if there is a “shortfall” on disposing them.
          BUT once it is breakeven “value”, they may (repossess) it. Under bankruptcy laws, they have to do it within 6 months on date of being made a bankrupt.

          Nota:-

          You were made Bankrupted for the amount of RMxxxxxxxxx. by AF bank.
          Your bankruptcy amount can be much more (AF bank plus others)

          Idries case is slightly different from yours. He has gotten the AO and fighting against it but waiting for the RO to come out.
          He attended bankruptcy proceedings in the High Court at the very first day.
          Your case, AO and RO is out already, and you did not attend court, that is why JIM have your records already.
          I personally believe that even if Idries pay RM10,000 now or even RM100,000(if he can raise the moneys), he would be not discharge from bankruptcy when his RO (Receiving Order) is confirmed.
          Somewhere people interpreted bankruptcy laws “inaccurately”.

          Q..
          1/ Do you have other bank debts?

          Post again here and ask if you have any more doubts. You should have. Please read through this blog of Tuan Abu Ammar to understand more on:-

          1/ What is bankruptcy
          2/ R & R of JIM
          3/ How to deal with bankruptcy.

  27. Salam Tuan,

    Saya mendapat surat dari Noble Nexus berkenaan hutang lapuk bil celcom saya sedangkan saya rasa saya sudah menjelaskan segala bayaran sebelum saya menukar plan celcom Iphone saya ke plan celcom yang baru, setahun setengah yang lepas. Mereka telah member notis terakhir kepada saya jadi patutkah saya bayar atau ignore saja kerana jumlahnya hanya RM200?

    • Wa’alaikumussalam Panz

      Syarikat Telco biasanya begitu. Masa nak settle kata dah habis tunggakan. Lepas tu “tiba tiba” ada pulak “final calculation” yang kata kiraan “pro rata” khidmat yang digunakan sebelum ini. Kita kadang kadang tak tahu sehingga kena kejar dengan Agen Kutip Hutang. Masa tukar plan sepatutnya isu ni dah resolve sebab dari syarikat yang sama.

      Dalam bab ni “blacklist” biasanya dikalangan syarikat Telco takdelah sampai masuk CTOS atau CCRIS (tak tau la pulak sekarang tapi saya tak pernah jumpa lagi dalam CTOS). Terpulang pada Tuan nak resolve dengan Celcom atau ignore saja benda ni. Nak bawak ke Mahkamah memang tak berbaloi. Tak tau la pulak kalau Agen nak TEMBERANG nak beku akaun atau sita barang rumah. 🙂

  28. Bila sy cll blk nama2 yg dorg bg tu, org tu blh tahu pula bila hari dan masa sy buat byrn dlm sistem..tu yg membuat sy rasa dorg dari hq bank..

  29. Salam Tuan,

    Tahniah atas tambahbaik website ini dan terima kasih atas nasihat yang diberikan sebelum ini. Saya sekarang mengikuti program DMP oleh AKPK dan alhamdulillah, gangguan daripada agen pengutip hutang yg kadang kala bertindak di luar etika pun dah kurang. Dan loan perumahan yang tidak diuruskan oleh AKPK telah diluluskan oleh pihak bank untuk distruktur semula jadual pembayaran.

    Jadi bila saya membaca kes Encik Idris ni saya jadi cuak jugak. Suami saya pada mulanya ingin mendaftar dengan AKPK kerana syarikat tempat dia bekerja telah ditutup dan sehingga sekarang masih belum mempunyai pekerjaan tetap. Beliau mempunyai loan kad kredit RM 4k, personal loan RM 15k (rasanya tinggal dalam RM 5k lagi) – saya sebagai penjamin dan loan rumah akaun bersama.

    Jadi bila diprint laporan ccris, bagi loan kad kredit tercatat JID – Judgement In Default, dan terbaru beliau menerima sms memaklumkan sekiranya bayaran tidak dibuat sebelum 31/08/2015, peguam ambil tindakan pada 1/9/2015 ini. Untuk makluman tuan, beliau telah menghantar email dan menelefon pegawai bank tersebut meminta penyata/ baki akhir pinjaman seperti yg diminta oleh pihak AKPK tetapi sehingga sekarang maklumat tersebut masih belum diserahkan. Jadi sehingga sekarang proses untuk mengikuti program DMP oleh suami saya masih terbantut.

    1. apa maksud JID dan tindakan lanjut yang boleh dibuat ke atas peminjam/ hartanya.
    2. sekiranya peguam/ mahkamah ambil tindakan, adakah penjamin akan effect sbb setakat ini personally, saya tak pernah terima
    surat daripada pihak bank tersebut.

    Sekian, terima kasih.

    • Wa’alaikumussalam Puan

      Terima kasih. Ada banyak lagi perkara yang hendak dilakukan tetapi masa tidak mengizinkan. Terpaksa buat style “anai anai”.

      Puan

      Tahniah juga saya ucapkan kerana berusaha membina semula kehidupan dengan pengurusan hutang yang lebih baik. Berkenaan dengan soalan Puan:

      1. apa maksud JID dan tindakan lanjut yang boleh dibuat ke atas peminjam/ hartanya.

      JID ialah “Judgment In Default of Appearance” atau “Penghakiman Ingkar Tanpa Kehadiran iaitu keputusan Mahkamah yang berpihak kepada Bank (plaintiff) yang telah menfailkan Writ Saman untuk menuntut hutang beserta faedah dan Kos. Tentang pelaksanaan dan tindakan undang undang selepas Penghakiman, sila baca disini:

      http://www.ceritahutangbankdananda.com/index.php/2014/08/14/proses-tindakan-undang-undang-pinjaman-peribadipersendirian-bahagian-3/

      2. sekiranya peguam/ mahkamah ambil tindakan, adakah penjamin akan effect sbb setakat ini personally, saya tak pernah terima
      surat daripada pihak bank tersebut.

      Biasanya Writ Saman akan melibatkan peminjam atau penjamin sekali. Cuba buat semakan dengan CTOS di http://www.ctos.com.my/CTOSHOME/selfcheck.html (scan MyKad depan belakang untuk diemailkan untuk pengesahan) bagi diri Puan dan Suami. Bila dah dapat keputusan rujuk semula disini dengan email kepada saya di codetyco@ceritahutangbankdananda.com. Penjamin juga boleh diambil tindakan jika Bank mahu seandainya telah ada Penghakiman. Seeloknya buat semakan CTOS dahulu.

      Berkenaan dengan:

      Untuk makluman tuan, beliau telah menghantar email dan menelefon pegawai bank tersebut meminta penyata/ baki akhir pinjaman seperti yg diminta oleh pihak AKPK tetapi sehingga sekarang maklumat tersebut masih belum diserahkan

      Saya sarankan Suami Puan terus keBank untuk mendapatkan maklumat ini sebab “pegawai” yang dihubungi mungkin Agen Kutip Hutang aje. Lagipun ini untuk tujuan DMP AKPK. AKPK pun boleh request benda ni daripada Bank.

      P/S Sesiapa saja yang merasakan blog ini memberi manfaat, sila “like” dan share Artikel ini dan sila like Facebook Page https://www.facebook.com/ceritahutang sebagai tanda sokongan dan dapat memberi “reach” yang lebih luas. Kita perlu suara yang ramai. Tingkatkan jumlah komuniti page ini.Ajak kawan kawan anda untuk “like” page ini. Ini bagi membela mereka yang kena tindas oleh Bank kerana tidak tahu undang undang. Tekan juga butang “Follow” atau “Subscribe” by email supaya boleh diberitahu tentang apa apa maklumat baru dimasa hadapan. Sila “like” juga post ini. Terima kasih

    • @ THL

      Bolih Puan terangkan sedikit
      1/ Awak Penjamin on apa jenis loan untuk suami?
      2/ Rumah atas nama 2 orang?
      3/ Loan Rumah atas 2 orang/ Co-borrower/Guarantor?

      Jawapan ke atas akan affect the housing loan and the type of actions the Bank can take on the Peminjam as outlined in Tuan Abu Ammer Blog. Once a JID has been issued, and depending on the amount in the bank “tuntutan” the next course of Legal Actions can be conducted, namely
      1/ WSS (including Fully paidup Motor Vehicle)
      2/ Beku any bank acs(single name), esp easier if ac is in same bank, except salary bank-in acs.
      3/ Prohibition Order on fully paidup property.
      4/ Bankruptcy Proceedings ( LAST legal Action in a court of law if the amount is more than >30K)

      The above explanasi is not to create fear/takutan in you but to made aware that those actions can be levied on a JID. Only with detailed understanding of yours and your husband situation can Tuan A.A. can offer “defensive/evasive” solutions against those Nasty Banks.

      Using the file case number on your BNM CCRIS(if any), go to the court and extract actual documents pertaining to the JID. From there, a better picture can unfold. Do PDF or jpg a copy of the CCRIS to Tuan A.A. If the bank housing loan has still got more 10 years to go, I personally believe that the BANK WILL NOT DO ANYTHING to the “house”. They can do something but not worthwhile to carry further actions for the time being.

  30. Assalamu’alaikum.

    Nama saya Mohd Hisham. Saya pemegang kad kredit MasterCard Affin Bank yang telah tertunggak semenjak 2003. Pada tahun 2005, saya pernah berbincang dengan pegawai Affin Bank di bahagian collection di Shah Alam untuk membuat bayaran penyelesaian akhir namun tidak mendapat sebarang respon. Pada masa itu saya memang tidak mampu untuk membuat bayaran minium bulanan.

    Selepas itu, saya telah beberapa kali dihubungi oleh ejen pemungut hutang ataupun wakil dari syarikat guaman yang dilantik oeh Affin Bank namun saya tidak dapat memberi kerjasama dari segi bayaran kerana kesempitan hidup. Sehingga pada tahun 2009, saya mendapat surat saman dari Tetuan Adam Bachek & Associates untuk tindakan penghakiman tetapi saya tidak tahu apa keputusan tindakan mahkamah tersebut samada diteruskan ataupun ditangguhkan.

    Pada penghujung tahun 2013, saya mula membayar sebanyak rm100 sebulan setelah berjaya dipujuk oleh ejen pemungut hutang Affin Bank. Setiap bulan saya membayar RM100 sehingga Mei 2015 tetapi saya gagal untuk membayar bagi bulan Jun dan Julai 2015 sebab duit telah digunakan untuk menyambut Aidilfitri . Saya menerima satu lagi surat amaran (melalui penyewa rumah saya di Ipoh) dari syarikat Noble Nexus Sdn Bhd bertarikh 10/08/2015 untuk tindakan perlaksanaan perintah penghakiman. Mereka juga akan mengambil tindakan untuk lawatan ke premis (tempat tinggal dan tempat kerja), tindakan kebankrapan dan perintah muflis, tindakan saman penghutan penghakiman dan menyita dan melelong harta benda.

    Jumlah kredit saya asalnya cuma RM4,000.00 dan sebelum kad dibatalkan, jumlah penggunaan tidak melebihi RM5,000.00. Sehingga sekarang jumlah tertunggak adalah RM52,054.57.

    Saya amat berharap dan meminta jasa baik Tuan agar dapat memberi khidmat nasihat untuk saya menghadapi masalah ini. Saya sebenarnya bersedia untuk berunding dengan Affin Bank sekiranya mereka setuju untuk menawarkan jumlah penyelesaian yang berpatutan.

    Terima kasih.

    • Wa’alaikumussalam

      Pertama sekali Tuan kena buat semakan CTOS di http://www.ctos.com.my/CTOSHOME/selfcheck.html (scan MyKad depan belakang untuk diemailkan untuk pengesahan). Bila dah dapat keputusan rujuk semula disini.

      Kalau dah mendapat Writ Saman pada tahun 2009, besar kemungkinan telah ada Penghakiman Ingkar terhadap Tuan dan say pasti butir butir faedah SEBIJIK macam apa yang Tuan Idris kita terima. Kalau tak tahu cerita Tuan Idris, baca di SINI. Walaupun Penghakiman telah didapati, dan Bank ada 12 tahun dari tahun 2009 untuk melaksanakan Penghakiman tersebut, mungkin tindakan Saman tersebut telah melampaui had masa (dah terlambat nak lawan) Seperkara lagi tindakan Tuan membayar kepada Agen Pengutip Hutang itu telah “Mengaktifkan” semula akaun ini dari segi Had Masa kerana ada mebuat bayaran. Namun begitu, bayaran RM100 tidak memberi apa apa erti dari segi timbunan faedah yang sentiasa meningkat kerana jumlah tersebut setelah ditolak “komisen” si Agen, tidak cukup untuk menampung faedah bulanan yang lebih tinggi. Pastikan resit bayaran yang RM100 itu ada dalam simpanan Tuan. Ada gunanya dikemudian hari. Ugutan itu benar tetapi tindakan keBankrapan bukan dilakukan oleh mereka tetapi pihak Bank. Berhenti membayar kepada mereka kerana jumlah hutang tidak berubah melainkan ada surat pengesahan dari Bank yang menyatakan baki hutang telah ditetapkan dengan TIADA lagi pengiraan faedah dan Tuan dibenarkan membayar RM100 sebulan. Bersedia untuk tindakan keBankrapan yang akan dilakukan.

      Adakah alamat Tuan sekarang ada dalam rekod Bank? Kalau tiada sila kemaskini alamat dengan Bank supaya Tuan boleh tahu apakah dan bila tindakan selanjutnya akan diambil. Contohnya apabila Bank menghantar Notis Kebankrapan, Tuan harus menerimanya dan bersedia untuk melawan untuk mengenepikan tindakan ini. Kalau tidak, senang aje diaorang hantar ke “alamat terakhir” yang ada dalam rekod dan Tuan tidak tahu menahu tentang perkara ini sehingga tiba tiba diisytihar sebagai Bankrap. Jadi saya ulangi sekali lagi:

      1) Berhenti membuat bayaran kepada Agen Pengutip Hutang

      2) Simpan segala resit yang telah dibayar dan apa jua dokumen berkenaan dengan hutang ini.

      3) Buat semakan CTOS segera.

      4) Kemaskini alamat dengan Bank

      5) Pergi ke AKPK supaya boleh membuat permohonan “Debt Management Plan” dan boleh merundingkan penurunan kadar faedah dan bayaran bulanan yang termampu.

      Berkenaan dengan ini:

      Mereka juga akan mengambil tindakan untuk lawatan ke premis (tempat tinggal dan tempat kerja), tindakan kebankrapan dan perintah muflis, tindakan saman penghutan penghakiman dan menyita dan melelong harta benda.

      1) Lawatan ke tempat tinggal dan tempayt kerja – tak salah nak melawat tapi Tuan boleh kata samada Tuan menunggu tindakan Bankrapsi atau rundingan dengan AKPK

      2) tindakan kebankrapan dan perintah muflis, tindakan saman penghutan penghakiman dan menyita dan melelong harta benda.

      Selepas mendapat Penghakiman, Bank, (bukan Agen Kutip Hutang) hanya boleh melakukan salah satu dari tindakan diatas samada Bankrapsi atau Writ of Seizure and Sale (WSS). Tindakan Bankrapsi yang terakhir. Jika nak buat WSS, risiko tidak berjaya adalah tinggi jika rumah bukan atas nama Tuan dan barang barang rumah boleh dipertikaikan bukan milik Tuan.

      Rujuk semula disini setelah mendapat keputusan CTOS. Boleh email apa jua dokumen berkenaan kepada saya di codetyco@ceritahutangbankdananda.com

      Satu lagi, sila senaraikan hutang hutang lain yang ada sebagai persediaan jika tindakan keBankrapan tidak dapat dielakkan.

      P/S Sesiapa saja yang merasakan blog ini memberi manfaat, sila like Facebook Page https://www.facebook.com/ceritahutang sebagai tanda sokongan dan dapat memberi “reach” yang lebih luas. Kita perlu suara yang ramai. Tingkatkan jumlah komuniti page ini.Ajak kawan kawan anda untuk “like” page ini. Ini bagi membela mereka yang kena tindas oleh Bank kerana tidak tahu undang undang. Tekan juga butang “Follow” by email supaya boleh diberitahu tentang apa apa maklumat baru dimasa hadapan. Sila “like” juga post ini. Terima kasih

    • @ Hisham

      [syarikat Noble Nexus Sdn Bhd bertarikh 10/08/2015 untuk tindakan perlaksanaan perintah penghakiman. Mereka]
      Nexus cakapan TIPu. Hanya Bank bolih melakukan tindakan.

      [juga akan mengambil tindakan untuk lawatan ke premis (tempat tinggal dan tempat kerja)]
      Bank pun tidak bolih melakukan perbuatan ini. Buat Polis Repot.

      [tindakan kebankrapan dan perintah muflis, tindakan saman penghutan penghakiman dan menyita dan melelong harta benda.]
      Tindakan kebankrapan bolih jika ada Perhakiman Penghutang dari Makhamah dulu.
      Jika ada Notis Kebankrapan di mulakan, tindakan untuk menyita barang2 harta benda tidak bolih di jalankan lagi.

      Rumah awak di sewakan luar orang, tindakan menyita tak akan “successful”, tapi yang merbahaya, bank mau rumah awak seperti Tuan Idries punya case. Rumah dalam nama anda? Satu atau dua nama? Masih ada housing loan atau “rumah bersih”?

      Untuk melindungi “tenant” awak, semua dokument “tenancy agreement” mesti disediakan.

      Pergi BNM, ambil satu CCRIS repot. Semakan adakah RM100 ada masuk ke akaun bank tiap2 bulan. Tlg email CCRIS repot ke Tuan Abu Ammar untuk rujukan.

      • TQ Jeff Lee.

        Rumah saya atas nama sendiri dan masih dalam pinjaman bank. Tapi saya tidak membuat sebarang perjanjian sewa kerana urusan sewa dikendalikan oleh adik saya yang tinggal di Ipoh.

        Saya pernah mendapatkan laporan CCRIS di BNM pada 19/6/13 dan akaun kad kredit ini tidak ada di dalam report tersebut. Walaubagaimanapun, saya akan mendapatkan laporan tersebut dalam masa terdekat.

        Bayaran RM100 itu saya buat direct ke akaun kredit kad melalui ECDM Affin Bank.

      • sy nk minta pandangan skt.. sy ada buat pnjmn pribadi ngn bank rakyat rm15k pd thn 2005..pd thn 2009 sy x mampu byr sehingga berlarutan 6 tahun.. sy mula buat byrn blk pad thn ni bln mach lepas sbyk 3000 dan bulanan sy byr 350..sy mula byr balik selepas kena ugut ada orang nak rampas barang2 rumah.. sy mis pula byr 2 bulan, kemudian sy bayar 700 pd bln 9 ni.. sy dpt call lagi dari seseorg nk dtg rmps harta kat rumah sy dan suruh sy call bank.bila dh cll bank dorng paksa pula sy buat full pembayaran sbnyk 7200 yg msh hutng tu.. mcm mana tu?? kalau sy gagal bayar dalam 5 hari dorang tetap akan datang ke rumah sy. yang sy hairan,bila saya call semua no tu,tapi tiada dalam perhidmatan.. boleh bg pendapat sikit apa perlu sy buat?

        • Wa’alaikumussalam Tuan Apis

          Tuan tak perlu risau, itu semua kerja Agen Kutip Hutang. Pergi ke Bank dan dapatkan penyata baki terbaru. Kemaskini alamat terbaru dengan Bank supaya apa apa jua tindakan dari pihak Bank seperti Notis Tuntutan Loyar atau Writ Saman boleh diterima. Jangan tertipu dengan TEMBERANG Agen Kutip Hutang nak sita rumah atau rampas barang barang rumah tu. TEMBERANG aje sebab diaorang tak boleh buat semua tu.

          P/S Sesiapa saja yang merasakan blog ini memberi manfaat, sila “like” dan share Artikel ini dan sila like Facebook Page https://www.facebook.com/ceritahutang sebagai tanda sokongan dan dapat memberi “reach” yang lebih luas. Kita perlu suara yang ramai. Tingkatkan jumlah komuniti page ini.Ajak kawan kawan anda untuk “like” page dan artikel artikel di blog ini. Ini bagi membela mereka yang kena tindas oleh Bank kerana tidak tahu undang undang. Tekan juga butang “Follow” atau “Subscribe” by email supaya boleh diberitahu tentang apa apa maklumat baru dimasa hadapan. Sila “like” juga post ini. Terima kasih