DIAMBANG BANKRAPSI: LANJUTAN KISAH ENCIK IDRIS 10 Comments


bythethread
 
Sebelum kita lanjutkan cerita Encik Idris, ada beberapa perkara yang perlu dijelaskan:
 
1) Encik Idris telah memberikan kebenaran kepada saya untuk menyiarkan cerita ini.

2) Encik Idris dan Loyar Affin Bank (Ya, Affin Bank) dikehendaki memfailkan hujahan bertulis mereka pada 14 hb Ogos ini sebelum Tuan/ Puan Hakim memberikan keputusan samada Encik Idris layak diBankrapkan atau tidak.

3) Segala pernyataan, perlakuan dan fakta yang diberikan disini adalah “TANPA PRASANGKA” atau “TANPA PREJUDIS” kepada tindakan Mahkamah yang sedang dan bakal berlangsung. Lagipun tempoh yang dibenarkan untuk bantahan perlakuan yang sebenarnya dan pada asalnya telah melebihi had masa telah pun melebihi had masa bantahan (pulok!) atas dasar tiada pengetahuan tentangnya oleh Encik Idris dan MAJORITI peminjam. Siapa siapa yang bukan peguam atau tak pernah belajar undang undang yang tahu tentang perkara ini macam tahunya mereka tentang perkataan “GST” (contoh la, faham tak faham GST tu apa benda cerita lain) sila angkat tangan. Ada? Takde kan?

4) Tujuan kisah ini adalah untuk memberi kesedaran kepada masyarakat umum tentang kepincangan yang berlaku dan menuntut supaya keadilan ditegakkan seperti yang diperuntukkan oleh undang undang tentang pem”buli”an dan penganiayaan terhadap peminjam yang mempunyai baki yang sedikit tetapi diBankrapkan atas kiraan faedah yang melampau yang jauh melebihi baki asal. Kalau baki asal pun dah lebih RM30,000 atau ratusan ratus Ringgit macam ada satu Bank ni yang suka bagi dan semuanya (tindakan undang undang) mengikut prosedur yang ditetapkan, tidak akan timbul sebarang masalah. Kita akur. Masalahnya ialah Bank mengambil kesempatan keatas peminjam yang tidak tahu proses undang undang.

5) Satu lagi tujuan kisah ini untuk menunjukkan dan membuktikan betapa dahsyatnya kesan RIBA/Faedah terhadap masyarakat umum dari segi ekonomi dan kesejahteraan kehidupan manusia yang telah menjadi hamba kepada sistem yang berasaskan Hutang dan RIBA. Saya tak mahu ulas panjang panjang bab ini disini tapi kalau nak tahu lebih lanjut bagaimana RIBA/Faedah “mencuri” boleh tengok di sini Macamana RIBA/Faedah Mencuri…

Ok, Kita sambung cerita Encik Idris. Pada minggu lepas Encik Idris telah pun meghantar surat tawaran balas kepada pihak Affin Bank supaya dibenarkan membayar baki RM3,000 dan kos guaman yang telah ditanggung oleh Affin Bank. Surat ini telah dihantar melalui email dan secara pos dan dibuat salinan pendua kepada:

1) Bank Negara

2) Financial Mediation Board

3) Bahagian Khidmat Pelanggan dan Kualiti yourvoice@affinbank.com.my

4) Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)

Ini adalah suratnya:
 
surat tawaran affin JD_Final_XX_Page_1

 

surat tawaran affin JD_Final_XX_Page_2

 

surat tawaran affin JD_Final_XX_Page_3

 

surat tawaran affin JD_Final_XX_Page_4

 
Berkenaan dengan perkara faedah ini:

  • Aturan dan Kaedah Kaedah Mahkamah 2012 dibawah Aturan 42 Kaedah 12 ada menyebut:

“12.      Tertakluk kepada kaedah 12A, kecuali apabila telah dipersetujui selainnya antara pihak-pihak, tiap-tiap hutang penghakiman hendaklah membawa bunga pada kadar seperti yang Ketua Hakim Negara tentukan dari semasa ke semasa atau pada kadar lain yang tidak melebihi kadar yang disebut terdahulu sebagaimana yang Mahkamah tentukan, bunga sedemikian hendaklah dikira dari tarikh penghakiman sehinggalah penghakiman itu ditunaikan.”
 
NOTA: Kaedah 12A adalah untuk struktur faedah kewangan “Islam”
 
Merujuk kepada ARAHAN AMALAN KETUA HAKIM NEGARA BIL.1 TAHUN 2012, ARAHAN PENENTUAN KADAR BUNGA DIBAWAH KAEDAH KAEDAH MAHKAMAH 2012 yang mula berkuatkuasa pada 1hb Ogos 2012, kadar “bunga’ yang dimaksudkan adalah 5%.

Ini adalah arahannya:
 

 
Kita tengok pula salinan Penghakiman Encik Idris, berapa pulak kadar yang dikenakan:
 
judgment_idris
 
Perkara diatas sudah lama berlaku dan sedang berlaku dan akan terus berlaku jika tidak dihentikan dengan segera. Adakah kita semua masih mahu membiarkan perkara ini berlaku?
 
Orang Awam memang tak tahu menahu tapi Tuan Loyar pun tak tahu jugak? Orang Bank yang selalu pergi kursus IBBM, AHPCM, AFCM (ada lagi ke? Dah meninggal kut)  dan macam macam “M” lagi pun kata tak tahu? Tanya Tuan Loyar dia kata “atas arahan pelanggan” dan dia hanya “menurut perintah”. Tanya orang Bank depa kata “Tuan Loyar tak habaq pun tak buleh”. Kalu kite tanye oghang Mahkamoh, dia kabor nak buat guane, kalu takdok orang mari “lawang” kira menanglah boh! Betul ke dok belakang kira. Berat “nanang” keh lagu ni. Opps! Minta maaf kerana tersilap masuk kedalam group Whatsapp “antarabangsa”. Kita kembali bersiaran dengan “cakap KL”.
 
Menurut Encik Idris, Affin Bank telah membalas email beliau dengan pantas, suatu tindakan yang boleh dipuji dalam mengendalikan aduan pelanggan. Namun begitu,  Affin Bank tetap dengan pendiriannya meminta RM30,000 sebagai penyelesaian penuh sebelum 12hb Ogos 2015. Bank Negara juga telah menolak aduan Encik Idris dengan kadar yang agak pantas dengan menyarankan beliau mengadu kepada AKPK. Pihak PPIM dan FMB sehingga sekarang tidak memberi sebarang maklumbalas. Sibuk agaknya.
 
Walau apappun, saya ingin mengulangi apa yang telah dinyatakan dalam surat Encik Idris bahawa walaupun menurut peruntukkan undang undang, tempoh masa untuk membuat bantahan atau permohonan untuk mencabar Writ Saman dan mengenepikan Penghakiman sudah luput, adalah sesuatu yang amat mendukacitakan bahawa orang awam yang tidak tahu menahu tentang undang undang telah diambil kesempatan oleh pihak Bank dan Peguam mereka dan akibatnya atas dasar pengiraan faedah yang tinggi walaupuan selepas Penghakiman, jumlah faedah telah melebihi jumlah hutang asal sehingga 2000% yang “membolehkan” tindakan keBankrapan dilakukan.
 
Saya lebih suka menggunakan perkataan “terlepas pandang” kepada isu ini daripada ada “niat tidak baik” atau “mala fide” kerana ia adalah tindakan yang salah dari awal lagi. Adalah tidak adil jika kegagalan pihak Bahagian Kutipan Hutang Affin Bank sendiri dari segi tidak mengambil tindakan undang undang sebelum tempoh had masa tamat sebaik sahaja tunggakan bermula yang telah mengakibatkan penganiayaan sebegini. Affin Bank dengan mudah boleh memanjangkan tempoh tindakan selama 12 tahun lagi jika mereka mengikut prosedur yang betul. Perkara ini telah berleluasa sekian lama sehingga menjadi suatu perkara yang “biasa” yang mana Bank Bank lain juga melakukannya.
 
Adakah pihak Affin Bank akan “rugi” RM30,000++ (selepas “diskaun”) atau mengikut kiraan yang masih berjalan sehingga hari ini iaitu RM58,000++ jika En Idris eggan/gagal membayar jumlah yang telah di”diskaun”kan? Sudah tentu tidak. Mengikut Garis Panduan Bank Negara tentang Klasifikasi Hutang Tak Berbayar dan Peruntukan Khas Kerugian (terjemahan bebas) atau dalam bahasa omputehnya “Classification of Loans/Financing as Impaired and Specific
 
Provision for Loss Account”, yang intipatinya menyatakan bahawa:
 
1) Sesuatu akaun akan diklasifikasikan sebagai hutang “kurang upaya” (impaired loans) apabila ia tidak berbayar selama tiga bulan. Pada waktu ini Bank masih boleh menganggap bahawa faedah yang dikenakan (walaupun tak bayar) sebagai “pendapatan” (pendapatan imaginasi atau pendapatan digital atau maya).
 
2) Apabila sesuatu akaun diklasifikasikan sebagai Hutang Lapuk iaitu tidak berbayar selama lebih dari 12 bulan, Bank perlu memperuntukkan jumlah tunggakan asal (katakan RM3,000) sebagai peruntukkan “kerugian” Segala “pendapatan” digital dialam maya yang telah direkodkan akan ditolak balik. Jadilah ia sebagai “rugi digital”. Rugi digital ini sebenarnya boleh di”cover” dengan mudah oleh pendapatan dan “keuntungan digital” dari sumber sumber faedah/RIBA yang lain terutamanya faedah Kad Kredit yang lain. Itu tidak termasuk “Finance Charges” lagi.
 
Oleh itu, bagi kes Encik Idris ini, katakan beliau bersetuju membayar “tunggakan hutang selepas diskaun berganda” iaitu RM30,000, Affin Bank akan mendapatkan kembali “modal” asalnya yang telah  diperuntukkan sebagai kerugian sebagai “writeback on loss account” dan setelah ditolak kos guaman yang mungkin tidak dibayar serta merta kepada Tuan Loyar (biasalah tu) Bank akan mendapat keuntungan sekurang kurangnya RM22,000. Dapat pulak duit “cash” (“mencuri” duit fizikal) yang asalnya adalah nombor yang ujud sebagai bibit bibit digital dalam komputer. Kalau ada 10, 100 , atau  1000 kes macam ni, adakah para warga kerja Affin Bank termasuklah Bank Bank lain merasa “selesa” dengan situasi “keuntungan buta buta” begini? Macam ni punya “meniaga” memang untunglah apatah lagi apabila menggunakan taktik tidak “sopan” seperti yang dinyatakan diatas.
 
Saya harap Affin Bank sebagai sebuah Bank yang mempunyai reputasi yang baik dan warga korporat yang prihatin kepada para pelanggannya supaya mengorak langkah sebagai Bank yang pertama menghentikan perkara ini dan menambahbaik prosedur dalaman kutipan hutang supaya perkara sebegini tidak lagi berlaku.
 
Biarlah slogannya “Perbankan Tanpa Batasan” melambangkan sikap prihatin yang tiada batasan, bukan “Perbankan Tanpa Batasan Nilai Nilai Moral”. Saya yakin masyarakat umum akan menghargai inisiatif Affin Bank dalam hal ini yang bakal menjadi suatu “landmark case” yang akan menambah kepada reputasi baik yang sedia ada. Masih belum terlambat untuk bertindak dan menjadi “wira” kepada masyarakat sesuai dengan gelaran “Bank Askar”.


Leave a Reply / Masukkan Komen Anda

10 thoughts on “DIAMBANG BANKRAPSI: LANJUTAN KISAH ENCIK IDRIS

  • Amirrul

    Assalamualaikum, Abg Abu, pertama2 saya ingin mengucapkan tahniah diatas segala macam ilmu pengetahuan yang encik Abu sampaikan dalam bentuk yang sangat mudah di fahami. Nama saya Amirrul, saya mengalami masalah berkenaan pinjaman peribadi. Tetapi, tidaklah sesukar Encik Idris, cuma saya keliru apa yang harus dilakukan. Begini perihal masalah saya.

    saya membuat pinjaman sebanyak RM20000 dari RHB. Bermula Ogos 2013, saya berhenti membayar sehinggalah dua bulan lepas saya menerima panggilan barangan rumah saya akan disita, kecuali saya membayar tunggakan sebanyak RM7K. Saya pinjam sana sini sehingga dapat selesaikan RM 7K. Kemudian,katanya akaun saya dah x dibekukan, jadi saya kene bayar pinjaman seperti biasa pada Rm490 sebulan selama 3 tahun lagi. Masalah saya ialah, Untuk sehingga bulan 2, saya mungkin tidak dapat membayar wang bulanan.Bulan 2 saya bercadang bayar sekaligus. Ini kerana buat masa sekarang saya perlu membayar pinjaman dari kawan2 yg saya pinjam 7k dahulu.

    Soalan saya, Adakah dalam tempoh sehingga bulan 2,pihak bank akan datang sita barang rumah saya. Pihak dari bank memberitahu saya mesti bayar cantik 6 bulan sebab mahkamah monitor situasi pembayaran saya.

    Kemusykilan saya,saya tak tahu status sy sekarang dan saya x faham kenapa sy tidak terima sebarang surat dan telefon (kerana saya sudah pindah rumah dan tukar no telefon). Tapi waktu nak sita barang,boleh dapat semua maklumat…

    saya akhiri dengan ucapan terima kasih

    • Abu Ammar Post author

      Wa’alaikumussalam Tuan Amirrul

      Ha Ha Ha. Ini statement BODOH dari Agen Kutip Hutang yang baru saya dengar hari ini:

      Pihak dari bank memberitahu saya mesti bayar cantik 6 bulan sebab mahkamah monitor situasi pembayaran saya.”

      Maaf lambat reply. Saya dah reply guna handphone tengahari tadi tapi sebab poor network telah membuatkan reply saya tak update lepas tu hilang terus. Anyway, nampaknya Tuan dah kena “GORENG” dan TEMBERANG “baik” punya dengan Agen Kutip Hutang. Tak habis habis dengan temberang bodoh diaorang. Dulu kata Mahkamah atau Lawyer call, sekarang Mahkamah pulak yang monitor akaun Tuan atau peminjam. Macamlah Mahkamah tak ada kerja lain. Sengal betui.

      Akaun akan dibekukan hanya dengan beberapa cara yang utama

      1) Tuan ada hutang dan akaun simpanan diBank yang sama dan sudah ada perjanjian atau nota yang membenarkan Bank mengambil baki dari akaun simpanan untuk membayar hutang atau bekukan akaun

      2) Tuan sudah Bankrap dan Jabatan Insolvensi akan mengarahkan pembekuan SEMUA akaun Bank

      3) Tuan terlibat dalam pengendalian wang haram atau skim deposit haram atau terlibat dalam pengedaran dadah yang memungkinkan perintah pembekuan akaun oleh Bank Negara melalui perintah Mahkamah

      4) Bank kena “Bank Run” macam kat Greece (semua orang nak keluarkan duit pada masa yang sama dan Bank memang tak ada duit “cash” nak bayar – NOTA: SEMUA BANK MACAM TU) jadi Bank pun declare ‘Bank Holiday” Semua Akaun kena beku tak kira “cantik” ke tidak

      Agen Kutip Hutang hanya akan “cerita” tentang pembekuan akaun yang dia sendiri tak boleh buat. Sita barang barang rumah atau sita rumah adalah TEMBERANG yang biasa. Sila baca Blog saya tentang pendedahan taktik Agen Kutip Hutang atau baca Page saya di https://www.facebook.com/ceritahutang/. Kalau setakat 2 -3 bulan tertunggak setelah membayar RM7K, Tuan boleh membuat surat rasmi kepada Bank (bukan Agen Kutip Hutang) menyatakan hasrat Tuan sebagai rekod bahawa ada komunikasi untuk menjelaskan hutang.

      Tak payah hiraukan Agen Kutip Hutang tu. Kalau setakat 2 -3 bulan lagi nak update akaun tiada apa yang perlu dirisaukan. Tuan boleh install app Truecaller dan True Messenger di Phone supaya boleh block semua call diaorang.

      • Amirrul

        Tulah bang, bila kita ni bodoh dari segi undang2, tu yang diorg yg bodoh tu nak bodohkan kita. Jujur cakap memang saya cuak bila cakap macam tu, kalau macam tu saya tunggu sampai bulan 2 je lah, bayar sekali.

        Satu lagi soalan saya, saya ada tengok CTOS status online, tapi x paham status saya sekarang. Perluke saya ambil CTOS report yg kena bayar RM10 tu, kalau nak dapat lebih info. Apa contoh maklumat tambahan yang akan diperoleh.

        Terima kasih untuk masa abg abu

        • Abu Ammar Post author

          Assalamualaikum Tuan Amirul

          Rekod CTOS menunjukkan TIADA tindakan undang undang yang aktif dalam masa 24 bulan yang lalu. Biasanya kalau ada bolehlah kita bayar RM10 untuk lapuran penuh. Kalau tak puas hati boleh dapatkan report penuh.

          • Amirrul

            Maksudnya sekarang nama saya blacklist dari membuat pinjaman sahaja? Memang saya kena kencing la ni. Sebelum ni pernah diberitahu masalah saya dah hantar ke Jabatan insolvensi..jadi, confirm sebenarnya tiada apa2 tindakan diambil lagi?

            Terima kasih

          • Abu Ammar Post author

            Tuan Amirul

            Dalam repot CTOS TIADA tindakan undang undang semenjak 24 bulan yang lalu. Takde blacklist apa apa pun. Kalau bayar RM10 mungkin boleh dapatkan report dari CCRIS melalui CTOS. Satu lagi, Tuan dah pun bayar RM7K dan balance sepatutnya dalam RM13K lagi. Nak Bankrap baki hutang campur faedah mesti melebihi RM30K. Penghakiman pun takda macamana nak buat Bankrapsi? Kalau Agen Kutip Hutang telefon boleh tanya dia Saman atau Bankrapsi fail kat Mahkamah mana? Mahkamah Mamot?

  • Mona

    Salam Sejahtera.

    Tuan, saya memerlukan nasihat dan tunjuk ajar tuan untuk menyelesaikan masalah saya. Saya merupakan Penjamin dan telah ambil tindakan kebankrapan dia atas saya. Semua ini berlaku tanpa pengetahuan saya. Kini, saya sedang bayar secara ansuran kepada jabatan insolvensi.

    Saya bersedia menanggung hutang tersebut kerana peminjam merupakan bapa mertua saya tetapi saya ingin keluarkan nama saya dari bankrap dulu. Saya mempunyai 3 orang anak (9tahun, 8 tahun dan 2 tahun)

    Saya harap tuan dapat memberi tunjuk ajar kepada saya tentang cara untuk menyelesaikan masalah ini.

    Sekian, terima kasih.

    • Abu Ammar Post author

      Puan Mona

      Beberapa soalan

      1) Bapa Mertua juga kena Bankrap atau pun tidak?

      2) Berapa jumlah hutang (Dalam Petisyen Pemiutang) semasa Puan DiBankrapkan?

      3) Bila tarikh kebankrapan?

      4) Bila Puan melapurkan diri dengan Jabatan Insolvensi dan bila jumlah bayaran bulanan dan tarikh mula bayar?

      5) Adakah Puan mempunyai hutang hutang dengan Bank Bank yang lain yang telah difailkan dengan Jabatan Insolvensi?

      6) Kalau ada, berapa jumlah keseluruhan hutang tersebut?

      7) Adakah Puan mempunyai harta benda seperti rumah dan tanah, kereta yang masih dibawah nama Puan yang masih belum dilelong oleh Bank atau Jabatan Insolvensi?

      Sila beri maklumbalas kepada soalan soalan tersebut.

  • Idries

    Salam. Saya adalah tuan badan seperti yang dimaksudkan oleh Tuan Abu Amar. Terima kasih diucapkan dengan usaha Tuan dengan perjuangan dan penerangan yang amat detail. Semoga menjadi panduan dan rujukan kepada rakan-rakan lain. Terima kasih kepada sokongan.