Monthly Archives: August 2015


  Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Saya sedang menyediakan satu artikel mengenai Kad Kredit yang merangkumi cara cara pengiraan faedah, tindakan undang undang dan alasan alasan yang digunakan oleh Bank untuk memaksimakan keuntungan dan cuba mengatasi pembelaan dari segi faktor melebihi Had Masa untuk mengambil tindakan undang undang. Jikalau anda sedang disaman oleh Bank atas baki Kad Kredit anda dan anda rasa tindakan Bank telah melampaui had masa atau faedah yang dikenakan atas Notis Tuntutan pada Writ Saman melebihi 5%, pastikan bahawa:   1) Writ Saman baru diterima dan tarikh pendengaran kes masih belum berakhir 2) Penghakiman baru diterima dan tempoh 30 hari untuk bantahan masih belum tamat.   Sila beri saya dokumen dokumen berikut:   1) Salinan Writ Saman dan segala dokumen berkaitan seperti Notis Tuntutan 2) Salinan Penghakiman 3) Salinan Perjanjian Kad Kredit. 4) Salinan Penyata bulanan Kad Kredit (ini penting. Selepas ini JANGAN BUANG penyata yang diterma, ia boleh […]

TOLONG! BANTU SAYA DAPATKAN DOKUMEN DOKUMEN KAD KREDIT UNTUK MANFAAT ...


10 Comments
  Sebelum kita lanjutkan cerita Encik Idris, ada beberapa perkara yang perlu dijelaskan:   1) Encik Idris telah memberikan kebenaran kepada saya untuk menyiarkan cerita ini. 2) Encik Idris dan Loyar Affin Bank (Ya, Affin Bank) dikehendaki memfailkan hujahan bertulis mereka pada 14 hb Ogos ini sebelum Tuan/ Puan Hakim memberikan keputusan samada Encik Idris layak diBankrapkan atau tidak. 3) Segala pernyataan, perlakuan dan fakta yang diberikan disini adalah “TANPA PRASANGKA” atau “TANPA PREJUDIS” kepada tindakan Mahkamah yang sedang dan bakal berlangsung. Lagipun tempoh yang dibenarkan untuk bantahan perlakuan yang sebenarnya dan pada asalnya telah melebihi had masa telah pun melebihi had masa bantahan (pulok!) atas dasar tiada pengetahuan tentangnya oleh Encik Idris dan MAJORITI peminjam. Siapa siapa yang bukan peguam atau tak pernah belajar undang undang yang tahu tentang perkara ini macam tahunya mereka tentang perkataan “GST” (contoh la, faham tak faham GST tu apa benda cerita lain) sila angkat tangan. Ada? […]

DIAMBANG BANKRAPSI: LANJUTAN KISAH ENCIK IDRIS


37 Comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Selamat datang ke Blog baru saya. Saya ingin memberikan sedikit panduan tentang cara cara memberi komen dan pendapat bagi sesuatu tajuk yang dikemukakan. Ia adalah lebih mudah berbanding dahulu. Kita mulakan sekarang. MEMBERI KOMEN BAGI TAJUK YANG BELUM ADA KOMEN Untuk membuat komen ditajuk yang belum ada sebarang komen, lihat contoh ini: Ini adalah artikel yang takde komen lagi: Dibahagian bawah artikel akan ada kotak komen seperti ini: Klik mana mana dalam kotak dan anda akan dapati kotak akan di”kembangkan”: Klik kotak “Notify me of new comments via email” jika anda mahu komen baru dihantar kealamat email anda dan kotak “Notify me of new posts via email” jika anda mahu diberitahu akan post atau artikel yang baru. Seperti yang anda boleh lihat, anda boleh juga komen menggunakan akaun media sosial anda seperti Facebook, Twitter, WordPress dan Google Plus. Contoh contoh skrin yang anda akan dapat selepas anda klik […]

Panduan Membuat Komen



119 Comments
Saya pasti bagi sesiapa yang telah membaca kisah En Idris di sini (kes-naya-diambang-kebankrapan-hutang-pokok-rm3000-faedahriba-ikut-pintu-belakang-rm53000), telah mengetahui apa yang telah berlaku. Saya ingin tahu berapa ramaikah lagi “En Idris” yang berada diluar sana dan sedang menghadapi Writ Saman, Penghakiman atau mungkin sedang berada diambang Bankrapsi atau telah pun Bankrap atas tindakan yang tidak bermoral Bank dan Loyar Loyarnya yang menuntut hutang lapuk yang telah melebihi had masa. Saya mohon jika anda mempunyai hutang yang tidak berbayar (terutamanya Kad Kredit) dan merasakan anda telah teraniaya dengan tindakan seperti ini, anda boleh memasukkan butir butir seperti berikut dibahagian komen: 1) Nama Bank 2) Jenis Pinjaman 3) Jumlah baki hutang terakhir 4) Tarikh akhir bayaran 5) Tindakan yang dikenakan termasuk tarikh Notis Tuntutan, Writ Saman, Notis Kebankrapan dan Petisyen Pemiutang Sebelum itu, anda mesti memastikan bahawa: 1) Hutang tidak berbayar dalam tempoh enam tahun dari tarikh akhir bayaran dan tidak menerima apa apa dokumen dari Bank, Tuan Loyar atau […]

JEJAK HUTANG LAPUK: Mencari Yang Senasib Dengan EN Idris