KES NAYA: DIAMBANG KEBANKRAPAN – Hutang Pokok RM3,000, Faedah/RIBA Ikut Pintu Belakang RM53,000

creditcardproblemMALAY
 
KUALA LUMPUR: Purata 68 individu diisytiharkan muflis setiap hari di negara ini, meningkat 13 peratus daripada 60 orang bankrap setiap hari, tahun lalu. Statistik terkini Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) menunjukkan dari Januari hingga Jun lalu, seramai 12,381 individu sudah diisytiharkan muflis atas pelbagai sebab, sekali gus membayangkan isu kebankrapan yang semakin membelenggu sebilangan rakyat Malaysia. Malah statistik MdI sejak tahun 2007 juga menunjukkan aliran peningkatan individu muflis daripada 13,238 pada 2007, 13,855 (2008), 16,228 (2009), 18,119 (2010), 19,167 (2011), 19,575 (2012) dan 21,987 (2013) dengan keseluruhan kes bankrap bagi tempoh itu mencecah 134,550 orang.
 
Berita penuh dihttp://www.bharian.com.my/node/6267
 
Fuh!  Suatu jumlah yang banyak.  Akan tetapi ada yang telah di Bankrapkan dengan cara yang tidak betul, cara yang menyeleweng kerana mengambil kesempatan terhadap peminjam yang tidak faham tentang prosedur undang undang. Apakah cara yang menyeleweng itu? Iaitu dalam sesetengah kes (mungkin berjumlah ribuan), Bank dan para Loyarnya telah:
 

  • Menuntut hutang yang sudah luput Had Masa
  • Membuat tuntutan terutamanya bagi Kad Kredit yang mana faedah berjalan “seperti biasa” iaitu 18% setahun ditambah pula dengan “caj kewangan” 1% keatas JUMLAH PENGHAKIMAN yang sepatutnya hanya 5% sahaja. Ini menyebabkan jumlah tadi meningkat dengan cepat kepada RM30,000 iaitu “jumlah keramat” untuk prosedur Bankrapsi

 
Adakah ini suatu proses keadilan? Kita faham tentang hutang yang perlu dibayar dan faedah dan denda yang dikenakan tetapi haruslah mengikut lunas undang yang betul. Bank dan para Loyarnya harus mempunyai  tanggungjawab moral untuk melakukan perkara yang betul bukan menjadi pembuli kepada orang awam  dan pada masa yang sama menonjolkan imej sebagai warga korporat yang prihatin dan bertanggungjawab.
 
Perkara ini harus diketengahkan supaya masyarakat lebih faham tentang hak mereka dan Sistem Kehakiman seharusnya menjadi benteng terakhir bagi membendung kejala ini dimana setiap pemfailan tuntutan harus disemak dengan teliti sebelum ia dibenarkan untuk difailkan seperti ketatnya prosedur pemfailan Notis Kebankrapan. Ini akan mengurangkan kes penganiayaan kepada peminjam apabila mereka kena Bankrap kerana jumlah faedah yang melampau, bukan jumlah hutang asal. Kita ikuti kisah seorang peminjam yang mungkin menjadi “sampel” bagi beribu ribu lagi individu yang bakal diBankrapkan dengan cara ini. Hutang asal RM3,000, faedah melebihi RM53,0000. Keuntungan hampir mencecah 2000% setelah ditolak kos guaman dan “kos” sewa simpan fail….!
 
Kita kongsikan kisah En Idris Ahmad (Ya, memang nama sebenar), berumur 49 tahun dan mempunyai 2 orang anak masing masing berumur 26  dan 2 tahun.  Beliau bekerja di sebuah kilang di Ipoh semenjak tahun 1999 sebelum diberhentikan kerja pada tahun 2006 atas sebab pengurangan kakitangan kerana  kegawatan ekonomi. Dalam tempoh beliau bekerja, beliau telah mengambil pinjaman rumah dengan jumlah pinjaman sebanyak  RM 67 0000 dengan Bank XYZ. Pada masa itu juga beliau telah memohon kemudahan Kad Kredit dari  ABC Bank (Nama sebenar dikongsikan dengan Bank Negara, KPDNKK, PPIM, FOMCA, Harian Metro dan lain lain) dengan had kredit sebanyak RM3000.
 
Semenjak diberhentikan, beliau berusaha mencari nafkah dengan melibatkan diri dengan pelbagaii bentuk perniagaan namun begitu usaha beliau tidak begitu berjaya sehinggalah beliau menumpukan usaha beliau kepada khidmat “tuition” bagi pelajar pelajar sekolah rendah dan menengah dari tahun 2013 sehingga kini. Khidmat tuition ini dijalankan dirumah beliau yang masih terhutang dengan Bank XYZ sebanyak  RM 85 000. Beliau telah tinggal dirumah yang sama semenjak tahun 2002.
 
Perkhidmatan “tuition” beliau telah berkembang maju dan sekarang telah menjadi sumber pendapatan utama beliau.  Selain dari hutang rumah, beliau juga mempunyai hutang hutang lain seperti kad kredit (selain ABC Bank) dan pinjaman peribadi (dipohon semasa yang lebih kurang sama dengan pinjaman yang lain) yang tidak mampu beliau bayar atas sebab desakan ekonomi dan terpaksa bertungkus lumus menjaga “asset” utama iaitu rumah beliau  dengan membuat bayaran (walaupun berdepan dengan risiko lelongan sebanyak dua kali) kerana itulah tempat berlindung beliau dan keluarga selain dari  tempat sumber pencarian.  Bagi hutang hutang lainnya terutama hutang Kad Kredit, beliau telah tidak mampu membayarnya sejak tahun 2006.
 
Namun begitu, pada 30/05/2015 beliau telah menerima serahan Notis Kebankrapan atas hutang Kad Kredit ABC Bank berjumlah RM56,000.00. Walaupun telah tinggal dialamat yang sama sejak tahun 2002, beliau tidak pula menerima Surat Tuntutan Guaman, Writ Saman dan juga salinan Penghakiman. Enam bulan yang berikutnya beliau telah menerima Petisyen Pemiutang yang mewajibkan beliau hadir ke Mahkamah pada 23/06/2015. Jika beliau gagal menjelaskan hutang beliau (yang asalnya hanya RM3,000) atau mengemukakan bantahan yang menasabah, beliau akan diBankrapkan.
 
Encik Idris telah mengemukakan Notis Bantahan untuk menghalang tindakan kebankrapan tersebut pada 18/06/2015 bagi mengenepikan Petisyen tersebut atau mendapatkan penangguhan atas alasan beliau masih “solven” atau masih berupaya menjelaskan hutang dengan cadangan untuk menjual rumah beliau secara sukarela  tanpa lelongan dipasaran terbuka tetapi memerlukan tempoh masa yang munasabah bagi mendapatkan harga yang terbaik.  Dengan persetujuan Bank,  Mahkamah telah memberikan penangguhan sehingga 18/08/2015. Apa yang perlu dibuat sekarang ialah berbincang dengan ABC Bank tentang jumlah penyelesaian yang perlu dibayar dan sudah semestinya siapa yang mahu membayar  faedah RM 53,000 atas hutang asal RM3,000?   Encik Idris berniat untuk menyelesaikan hutang dengan membayar baki asal hutang sebanyak RM3,000 dan juga kos guaman yang munasabah  setakat tindakan keBankrapan dan telah menghantar surat tawaran penyelesaian sebanyak RM5,000. Kegagalan mencapai persetujuan mungkin akan menyebabkan Encik Idris menjadi seorang Bankrap pada 18/08/2015 nanti. Bank pula melalui surat yang bertarikh 10hb Julai 2015 telah “bermurah hati” menawarkan RM30,000 sebagai jumlah penyelesaian penuh, memberi tempoh  sehingga 31hb Julai 2015 dengan memberikan “diskaun” hampir RM30,000. Dari RM3,000 ke RM30,000 masih dikira jumlah yang terlalu banyak iaitu “keuntungan” atas angin sebanyak 1000%!
 
Dari satu segi ia nampak seperti suatu kes yang biasa, iaitu tak bayar hutang, kena saman dan seterusnya Bankrap. Bank telah menuntut dan menjalankan haknya mengikut lunas lunas undang undang dan apa yang telah termaktub dalam perjanjian Kad Kredit tersebut. Betulkah begitu? Atau telah berlaku suatu penganiayaan terhadap En Idris? Mari kita bentangkan satu persatu fakta fakta yang didapati dari kes ini:
 

  • Baki asal : lebih kurang RM3,000
  • Baki selepas Penghakiman – RM 56 046.12 (faedah masih berjalan)
  • Tarikh akhir bayaran iaitu bermulanya tunggakan sekitar 2005.
  • Tarikh Writ Saman iaitu 04/06/2014 (hampir 9 tahun selepas bayaran terakhir)
  • Tarikh Penghakiman 05/08/2014
  • Tarikh Notis Kebankrapan 27/11/2014. Sebutan pada 03/03/2015
  • Tarikh Petisyen Pemiutang 30/05/2015. Sebutan pada 23/06/2015

 
Mengikut Akta Had Masa 1953 Seksyen 6(1) dan 6(2) mengenai Had masa tindakan mengenai kontrak dan tort dan tindakan lain yang tertentu , sesuatu hutang tidak boleh lagi dituntut selepas tempoh 6 tahun hutang tersebut mula tertunggak tanpa ada apa apa tindakan dari siPemiutang. Pihak Bank selama hampir 9 tahun walaupun telah menyekat penggunaan Kad Kredit tersebut, tidak memberi Kad Baru kepada Encik Idris apabila Kad Lama tamat tempoh, masih mengganggap bahawa Akaun tersebut seolah olah masih aktif  dengan menghantar penyata bulanan dengan kadar 18% setahun dengan tambahan caj kewangan sebanyak 1% lagi.
 
Kadar yang telah ditetapkan oleh Mahkamah selepas Penghakiman adalah 5% sahaja tetapi pihak Bank dan peguamnya telah memohon kadar seperti perjanjian Kad Kredit digunakan selepas Penghakiman. Mahkamah telah membenarkannya kerana tiada bantahan dari Encik Idris. Oleh kerana jumlahnya melebihi RM30,000 maka tindakan Bankrapsi pun dikenakan. Berapa ramai lagi “Encik Idris” yang telah diBankrapkan  dengan cara begini dan berapa ribu lagikah yang bakal kena ala “Encik Idris”
 
Ada dua perkara pokok disini.  Walaupun dari segi undang undang ia tidak boleh dipertikaikan lagi kerana telah luput masa bantahan, terdapat perla
kuan yang salah dari segi moralnya kerana telah mengambil kesempatan keatas kejahilan peminjam iaitu:
 

  • Bank dan peguam mereka telah menfailkan tindakan yang telah melepasi had masa iaitu selepas hampir SEMBILAN tahun tunggakan berlaku. Jika pada tahap Writ Saman perkara ini disedari oleh Encik Idris, besar kemungkinan kes ini boleh ketepikan dengan mudah.
  • Masih mengenakan kadar faedah yang tinggi keatas jumlah Penghakiman (yang dari segi moralnya “tidak sah” kerana telah luput had masa) iaitu kadar yang sama yang dikenakan keatas baki hutang Kad Kredit seolah olah Kad Kredit tersebut masih ’hidup”

 
ABC Bank sebagai warga korporat yang sentiasa mengutamakan perkhidmatan dan imej yang baik sepatutnya peka terhadap tanggungjawab moral ini dan bukan membelakangi undang undang dan mengambil kesempatan keatas para peminjam yang jahil undang undang.  Sudah sampai masanya bagi Bank membuat polisi untuk memulakan proses tindakan undang undang sebelum luput had masa tunggakan 6 (ENAM) tahun. Ini juga sebenarnya memberi kelebihan kepada Bank kerana selepas mendapat Penghakiman, ada “masa tambahan” selama 12 (DUABELAS) tahun lagi. Bank juga perlu memberi latihan yang secukupnya kepada kakitangan kutipan hutang supya lebih professional dan peka kepada permasalahan undang undang dan tidak sewenang wenangnya mengupah Agen Kutipan Hutang yang kebanyakkannya menggunakan ugutan ugutan yang mereka tidak mampu lakukan selain dari intimidasi yang melampau. Ada yang menyamar sebagai pegawai Bank, Peguam dan kakitangan Mahkamah. Semua ini perlu diberi pemantauan yang serius. Kalau tidak, mungkin Jabatan Pendaftaran Negara pada suatu hari nanti akan memasukkan takrifan baru bagi “Bangsa” iaitu “Bankrap”
 

Kesan dari menjadi seorang Bankrap bagi Encik Idris adalah seperti berikut:

 

  • Rumahnya berkemungkinan besar akan dilelong oleh Pemiutang Bank XYZ kerana jika Bank XYZ tidak menjual rumah tersebut dalam masa enam bulan dari tarikh keBankrapan, hak kepada rumah tersebut akan berpindah tangan kepada Jabatan Insolvensi (walaupun jika Jabatan Insolvensi melelongnya kemudian, pemiutang utama iaitu Bank XYZ masih diberi keutamaan, cuma kebimbangan Bank ialah mereka tidak boleh “mengawal” harga lelongan dan dengan itu jumlah lelongan mungkin tidak mencukupi untuk melunaskan baki hutang ). Bayaran baki selebihnya akan terpaksa dikongsi dengan pemiutang pemiutang yang lain yang akan menfailkan bukti hutang (Proof of Debt) Encik Idris kepada mereka apabila beliau membuat bayaran kepada Jabatan Insolvensi yang biasanya dalam RM100 ke RM300 jika melihat kepada kemampuan Encik Idris.
  • Encik Idris akan kehilangan tempat tinggal dan sekaligus tempat beliau mencari nafkah. Walaupun beliau boleh menyewa dan menyambung “perniagaannya”, beliau akan kehilangan satu aset yang mungkin tidak dapat dimilikinya kembali

Mari kita lihat pula apa yang ABC Bank “dapat” jika ia berjaya memBankrapkan Encik Idris:

     

  • Bank Bank lain yang menjadi Pemiutang kepada Encik Idris akan menfailkan “Proof of Debt” iaitu bukti keberhutangan Encik Idris kepada Jabatan Insolvensi
  • Setelah meneliti penyata pendapatan dan perbelanjaan Encik Idris, Jabatan Insolvensi akan menetapkan kadar bayaran bulanan yang perlu dibayar kepada Jabatan Insolvensi dan jumlah ini tidaklah banyak kalau diikutkan dengan pendapatan Encik Idris setakat ini. Contohnya, RM100 sebulan. Jumlah ini akan diagih agihkan kepada Pemiutang dan selalunya keutamaan akan diberi kepada “Secured Creditor” atau Pemiutang yang mempunyai cagaran seperti rumah dan hartanah. Pemiutang Kad Kredit dikira sebagai “Unsecured Creditor”, jadi dia akan pergi kesenarai belakang. Jadi usaha untuk mendapatkan kembali wang kalau ada pun adalah tipis, nak tampung faedah pun tak cukup, jadi hanya “berpuashati” dengan tindakan keatas akaun tertunggak dan masuk kedalam akaun hutang lapuk dan menjadi “kerugian” bagi cawangan Bank terbabit.
  • Jika Bank XYZ menunaikan haknya untuk melelong rumah Encik Idris, harga lelong mungkin tidak mencukupi untuk menampung baki hutang diBank tersebut dan terpaksa pula Bank ini menfailkan baki dari hasil lelongan sebagai “Proof of Debt” dengan Jabatan Insolvensi dan “berkongsi” pula bayaran RM100 tadi. Pendek kata, ABC Bank tidak mendapat apa apa pulangan selain dari kos peguam dan Mahkamah yang perlu ABC Bank bayar.

 
Oleh itu, adalah lebih bijak bagi ABC Bank untuk menerima tawaran Encik Idris untuk menyelesaikan Hutang dengan membayar baki asal hutang sebanyak RM3,000 dan juga kos guaman yang menasabah setakat tindakan keBankrapan. Harus diingat jika kos guaman dirasakan terlalu tinggi, permohonan boleh dibuat kepada Mahkamah untuk menyemak kos guaman tersebut jadi tidak timbul masalah jika ada percubaan untuk “menaikkan harga” kos guaman. Pada masa yang sama, ABC Bank boleh mengekalkan imej korporatnya sebagai Bank yang prihatin terhadap para pelanggannya dengan memberikan kelonggaran kepada jumlah penyelesaian penuh.
 
Kalau disektor pengilangan/pembuatan ada GMP, Servicing Aircond ada “Codes of  Good Service Practices”, Bank Negara pun ada Kaedah Kutipan Hutang Yang Baik, ada OSHA, CIDB, Bar Council dan Jabatan Kehakiman mempunyai moto dan KPI masing masing, marilah kita tegakkan hak peminjam supaya tidak dianiayai sebegitu rupa. Selamatkanlah beberapa ribu lagi “Encik Idris” dari ambang keBankrapan. Bankrap kerana Faedah bukan kerana hutang asal.
 
Ayuh kita sama sama viralkan perkara ini supaya diambil perhatian oleh pihak pihak yang berkenaan. Share dan “like” post ini. Terima kasih

#SayNoToBankManipulation #SaveEncikIdrisHouse #KatakanTidakKepadaPenganiayaanUndangUndang

Leave a Reply / Masukkan Komen Anda

  1. Bagaimana sy boleh menghubungi pihak encik utk sy mengetahui dgn lebih lanjut mengenai masalah hutang sy?sy mempunyai hutang lapok kereta dan kini sy dituntut untuk melunaskan sekian amountnya yg berjumlah lebih rm20k.harap pihak encik dpt membantu.sy tertekan dgn ugutan dr pihak debt collector

  2. Pingback: CONFESSION: LAWAN HUTANG LAPUK DENGAN AKTA HAD MASA DAN BANK TARIK BALIK KES | Cerita Hutang: Bank dan Anda

  3. tuan ammar,saya ada soalan.saya mempunyai hutang personal loan bank islam sebanyak 100k yang tidak dapat dibayar.saya juga mempunyai loan kereta dan moto yang masih lagi dibayar wpun sangkut 1-2 bulan tp masih membayar.jika saya diisyitiharkan muflis,adakah kereta dan moto saya akan dilelong wpun saya masih membayar?bolehkan saya buat rayuan untuk gunakan kereta itu kerana hanya itu transport yang saya ada untuk teruskan kehidupan.mintak pendapat tuan.

    • Wa’alaikumussalam Zana

      Proses tindakan Bankrupsi akan memakan masa yang agak lama. Sila fahami prosedur yang perlu diikuti :

      Prosedur ringkas Tindakan undang undang

      1) Loyar menghantar Notis Tuntutan kepada peminjam meminta tunggakan memberi masa 14 hari atau menamatkan perjanjian

      2) Atas arahan Bank, jika tiada bayaran, Tuan Loyar akan menfailkan Saman di Mahkamah menuntut baki hutang. Dalam Writ Saman ini ada Notis Tuntutan yang memperincikan segala baki, faedah dan kos yang dituntut.

      3) Selepas mendapat meterai dan pengesahan Mahkamah, Writ Saman ini akan disampaikan secara kediri atau melalui pos kepada Peminjam dialamat yang terakhir yang ada dalam rekod Bank. Biasanya pendengaran kes akan ditetapkan dalam masa 14 hari dari tarikh Writ atau penyampaian itu. Peminjam perlu mendaftarkan diri untuk hadir pada tarikh itu. kalau tidak pada hari itu Penghakiman Ingkar Tanpa Kehadiran akan dikeluarkan.

      4) Selepas itu Bank dan Tuan Loyar akan menunggu salinan Penghakiman yang telah dimeterai dan disahkan oleh Mahkamah

      5) Apabila salinan Penghakiman didapati, satu salinan akan dihantar kepada Peminjam

      6) Bank boleh melaksanakan Penghakiman dengan tindakan undang undang keatas Peminjam. Kalau lebih RM30 ribu, boleh buat Bankrapsi

      Tindakan KeBankrapan

      1) Penghakiman (samada Penghakiman Ingkar atau yang lainnya) sudah dijatuhkan keatas peminjam (ini sudah ada)

      2) Pemfailan Notis Kebankrapan. Pada waktu pemfailan tersebut jumlah baki hutang, faedah dan kos MESTILAH tidak kurang dari RM30,000

      3) Notis ini mesti diserahkan secara kediri (personal service) kepada Penghutang Penghakiman. Cubaan serahan adalah sebanyak TIGA kali. Jika gagal, Bank boleh membuat permohonan untuk membuat Penyampaian Ganti melalui Akhbar Tempatan, Penampalan Notis di Papan Notis Mahkamah dan juga Surat Berdaftar. Kalau tak dapat personal service dan perlu kepada permohonan Penyampaian Ganti, ini akan memakan masa lagi 1 – 3 bulan.

      4) Selepas 6 (Enam) bulan tempoh serahan berlaku tanpa ada apa apa bantahan/perbincangan dari Penghutang Penghakiman, beliau sudah dikira telah melakukan tindakan Kebankrapan. Selepas itu Petisyen Pemiutang pula akan dikeluarkan dan diserahkan.

      5) Suatu tarikh akan ditetapkan untuk mendengar kes Petisyen itu dan jika tiada bantahan dari Penghutang Penghakiman dengan alasan yang dikira menasabah, maka pada hari itu beliau akan diisytihar sebagai seorang Bankrap.

      Seorang Bankrap perlu melapurkan diri ke Jabatan Insolvensi terdekat. Selepas melapur diri ke Jabatan Insolvensi Malaysia (JIM) dan mengisi borang borang yang diperlukan, Cik/Tuan/Puan boleh memohon untuk pelepasan semua akaun yang telah dibekukan, pengeluaran dan penutupan akaun dan memilih akaun mana yang hendak dikekalkan. Biasanya kita akan kekalkan akaun yang digunakan untuk kemasukan gaji. InsyaALLAH kebenaran akan diberi berdasarkan perbincangan dengan Pegawai Insolvensi. Berapa lama saya tidak boleh memberi kepastian cuma apabila melapur diri bawalah bukti bukti pendapatan dan perbelanjaan yang lengkap supaya boleh dipastikan berapa jumlah yang mampu dibayar setiap bulan kepada Jabatan Insolvensi.

      Untuk seseorang Bankrap melapurkan kepada JIM, lebih banyak maklumat peribadi akan ditanya berbanding dengan pinjaman biasa. Ini adalah kerana perbelanjaan anak anak (tempat tinggal, sara hidup,pembelajaran, bas sekolah jika ada) boleh dimasukkan kedalam Kos Sara Hidup seorang Bankrap. Sebahagian kecil perbelanjaan untuk ibu bapa yang telah uzur juga dibenarkan. Jika seorang Bankrap melapurkan diri kepada JIM dan membuat bayaran bulanan, beliau mungkin boleh mendapat kebenaran untuk menggunakan Kad Kredit (had RM1000) dan juga boleh memiliki kereta (mungkin kereta lama) dengan nilai tidak melebihi RM5K untuk kegunaan keluarga. Tapi harus diingat,kenalah mendapat kebenaran JIM.

      Jadi, lebih ramai anak dan tanggungan , jumlah yang Cik/Tuan/Puan perlu bayar kepada JIM akan berkurangan. Kadang kadang Cik/Tuan/Puan mungkin hanya diminta membayar RM50 sebulan. Jauh lebih murah dari ansuran bulanan pinjaman peribadi Cik/Tuan/Puan, kan?

      Dalam perkara memindahkan hakmilik rumah atas nama bersama, ia tidak dibenarkan dalam Akta Kebankrapan dan segala pemindahan dalam masa 2 tahun sebelum dari tarikh Bankrap akan terbatal. Lagipun jumlah nilai rumah dengan hutang Bank mungkin tidak mencukupi untuk “cover” hutang keseluruhan. Budi bicara Pegawai Insolvensi amat diperlukan pada ketika melapurkan diri supaya tidak melelong rumah tersebut lagipun atas nama bersama. Bagi Bank Bank yang lain, mereka hanya perlu menfailkan “Proof of Debt” iaitu bukti keberhutangan siBankrap kepada JIM dan jumlah ini akan dikumpulkan sebagai jumlah yang terhutang.

      Bagi si Bankrap:

      (a) Masih boleh bekerja seperti biasa atau berniaga asalkan tidak mendaftar sebagai pengarah, rakan kongsi atau pemilik tunggal. (ramai yang berniaga “online” atau berniaga atas “proxy” atau nama orang lain.

      (b) Masih boleh mempunyai akaun Bank (satu sahaja). Pihak Jabatan Insolvensi akan mengeluarkan surat kebenaran untuk mebuka akaun dengan mana mana Bank atau memberi arahan untuk membuka semula akaun yang telah dibekukan akibat Banrupsi.

      (c) Tidak boleh keluar negara tanpa kebenaran Jabatan Insolvensi.

      (d) Boleh memiliki kereta yang bernilai RM5,000 kebawah

      (e) Boleh menggunakan Kad Kredit dengan had RM1,000 (ada ke Bank nak bagi Kad Kredit, ada kut sebab ada peruntukan mengenainya)

      (e) Yang utama sekali, Tuan/Puan tidak lagi akan diganggu oleh Bank atau Agensi Pengutip Hutang.

      Jadi menjadi seorang Bankrap bukanlah sesuatu yang membuat dunia Tuan “Kiamat” dan boleh meneruskan kehidupan dan bangkit semula dengan izin ALLAH dan jangan sekali kali berputus asa dengan Rahmat dan Kasih Sayang ALLAH. Ramai Bankrap yang saya kenal hidup seperti biasa dan ada yang berjaya dalam perniagaan dan akhirnya membebaskan diri mereka dari keBankrapan.

      Sila baca link ini tentang seseorang yang telah dikenakan tindakan KeBankrapan:

      http://www.ceritahutangbankdananda.com/index.php/forums/topic/masalah-kad-kredit/#post-3891

      • Assalamualaikum,

        Di peringkat manakah agaknya kes saya bila pihak bank kata ada notis kebankrapan kat Berita Harian bertarikh 28.8.2016. Apa perlu saya buat? Maybank dah bekukan semua akaun saya.

        • Wa’alaikumussalam Ida

          Secara ringkasnya proses Kebankrapan adalah seperti berikut:

          1) Penghakiman (samada Penghakiman Ingkar atau yang lainnya) sudah dijatuhkan keatas peminjam (ini sudah ada)

          2) Pemfailan Notis Kebankrapan. Pada waktu pemfailan tersebut jumlah baki hutang, faedah dan kos MESTILAH tidak kurang dari RM30,000

          3) Notis ini mesti diserahkan secara kediri (personal service) kepada Penghutang Penghakiman. Cubaan serahan adalah sebanyak TIGA kali. Jika gagal, Bank boleh membuat permohonan untuk membuat Penyampaian Ganti melalui Akhbar Tempatan, Penampalan Notis di Papan Notis Mahkamah dan juga Surat Berdaftar. Kalau tak dapat personal service dan perlu kepada permohonan Penyampaian Ganti, ini akan memakan masa lagi 1 – 3 bulan.

          4) Selepas 6 (Enam) bulan tempoh serahan berlaku tanpa ada apa apa bantahan/perbincangan dari Penghutang Penghakiman, beliau sudah dikira telah melakukan tindakan Kebankrapan. Selepas itu Petisyen Pemiutang pula akan dikeluarkan dan diserahkan.

          5) Suatu tarikh akan ditetapkan untuk mendengar kes Petisyen itu dan jika tiada bantahan dari Penghutang Penghakiman dengan alasan yang dikira menasabah, maka pada hari itu beliau akan diisytihar sebagai seorang Bankrap.

          Berdasarkan daripada maklumat Ida, sudah masuk tahap ketiga. Maybank dah bekukan akaun, Bank mana yang buat tindakan ini dan untuk hutang apa?

          Kalau sudah tidak dapat mengelakkan diri lagi menjadi seorang Bankrap, baca sini:

          Setelah Bankrap

          Seorang Bankrap perlu melapurkan diri ke Jabatan Insolvensi terdekat. Selepas melapur diri ke Jabatan Insolvensi Malaysia (JIM) dan mengisi borang borang yang diperlukan, Cik/Tuan/Puan boleh memohon untuk pelepasan semua akaun yang telah dibekukan, pengeluaran dan penutupan akaun dan memilih akaun mana yang hendak dikekalkan. Biasanya kita akan kekalkan akaun yang digunakan untuk kemasukan gaji. InsyaALLAH kebenaran akan diberi berdasarkan perbincangan dengan Pegawai Insolvensi. Berapa lama saya tidak boleh memberi kepastian cuma apabila melapur diri bawalah bukti bukti pendapatan dan perbelanjaan yang lengkap supaya boleh dipastikan berapa jumlah yang mampu dibayar setiap bulan kepada Jabatan Insolvensi.

          Untuk seseorang Bankrap melapurkan kepada JIM, lebih banyak maklumat peribadi akan ditanya berbanding dengan pinjaman biasa. Ini adalah kerana perbelanjaan anak anak (tempat tinggal, sara hidup,pembelajaran, bas sekolah jika ada) boleh dimasukkan kedalam Kos Sara Hidup seorang Bankrap. Sebahagian kecil perbelanjaan untuk ibu bapa yang telah uzur juga dibenarkan. Jika seorang Bankrap melapurkan diri kepada JIM dan membuat bayaran bulanan, beliau mungkin boleh mendapat kebenaran untuk menggunakan Kad Kredit (had RM1000) dan juga boleh memiliki kereta (mungkin kereta lama) dengan nilai tidak melebihi RM5K untuk kegunaan keluarga. Tapi harus diingat,kenalah mendapat kebenaran JIM.

          Jadi, lebih ramai anak dan tanggungan , jumlah yang Cik/Tuan/Puan perlu bayar kepada JIM akan berkurangan. Kadang kadang Cik/Tuan/Puan mungkin hanya diminta membayar RM50 sebulan. Jauh lebih murah dari ansuran bulanan pinjaman peribadi Cik/Tuan/Puan, kan?

          Dalam perkara memindahkan hakmilik rumah atas nama bersama, ia tidak dibenarkan dalam Akta Kebankrapan dan segala pemindahan dalam masa 2 tahun sebelum dari tarikh Bankrap akan terbatal. Lagipun jumlah nilai rumah dengan hutang Bank mungkin tidak mencukupi untuk “cover” hutang keseluruhan. Budi bicara Pegawai Insolvensi amat diperlukan pada ketika melapurkan diri supaya tidak melelong rumah tersebut lagipun atas nama bersama. Bagi Bank Bank yang lain, mereka hanya perlu menfailkan “Proof of Debt” iaitu bukti keberhutangan siBankrap kepada JIM dan jumlah ini akan dikumpulkan sebagai jumlah yang terhutang.

          Bagi si Bankrap:

          (a) Masih boleh bekerja seperti biasa atau berniaga asalkan tidak mendaftar sebagai pengarah, rakan kongsi atau pemilik tunggal. (ramai yang berniaga “online” atau berniaga atas “proxy” atau nama orang lain.

          (b) Masih boleh mempunyai akaun Bank (satu sahaja). Pihak Jabatan Insolvensi akan mengeluarkan surat kebenaran untuk mebuka akaun dengan mana mana Bank atau memberi arahan untuk membuka semula akaun yang telah dibekukan akibat Banrupsi.

          (c) Tidak boleh keluar negara tanpa kebenaran Jabatan Insolvensi.

          (d) Boleh memiliki kereta yang bernilai RM5,000 kebawah

          (e) Boleh menggunakan Kad Kredit dengan had RM1,000 (ada ke Bank nak bagi Kad Kredit, ada kut sebab ada peruntukan mengenainya)

          (e) Yang utama sekali, Tuan/Puan tidak lagi akan diganggu oleh Bank atau Agensi Pengutip Hutang.

          Baca sini bagi Pengakuan seorang Bankrap:

          http://www.ceritahutangbankdananda.com/index.php/2016/09/02/perkongsian-seorang-bankrap/

  4. abah saya pom terkana kesnaya mcm ni,,,gara gara pihak bank yg begitu tidak berhati perut,,kerja pegawai bank..tapi tak jujur,,,..

  5. Assalamualaikum,

    saya ingin bertanya, ibu saya membuat personal loan berberapa tahun yang lepas, sebelum diberhentikan kerja akibat kegawatan, payment dengan bank boleh dikira punctual. selepas itu, bermula tunggakan kerana ibu tak mampu untuk membayar kadar yang tinggi. sebelum ini ibu membuat potongan gaji untuk membayar loan bank tersebut. berberapa hari lepas pihak bank datangh kerumah untuk melihat barangan yang ada untuk disita. sedangkan rumah yang kami duduk adalah rumah bersama(pusaka) nenek.
    kebanyakan barang adalah hak milik orang lain. persoalannya, adakah pihak bank boleh menyita hak milik orang lain yang tiada kena mengena dengan hutang ibu saya?

    minta penjelasan dari pihak tuan.

    terima kasih

    • Wa’alaikumussalam

      Tindakan WSS (writ of Seizure and Sale) adalah seperti berikut:

      1) Ada Penghakiman keatas peminjam
      2) Bank melalui Loyarnya akan menfailkan permohonan untuk mendapatkan perintah WSS daripada Mahkamah
      3) Setelah mendapatkan Perintah ini, Loyar akan mendapatkan khidmat Bailiff (Pegawai Mahkamah) dan pergi kealamat yang ada didalam Perintah tersebut dan jika dibenarkan masuk (Tuan rumah ada hak untuk TIDAK membenarkan Bailiff masuk) Bailiff akan menandakan barang barang dalam rumah yang dianggap ada nilai dan memberi masa 14 hari bagi peminjam untuk membuat bayaran sebelum lelongan awam dilakukan untuk mendapatkan hasil bagi membayar tunggakan.
      4) Seorang Pak Guard akan ditempatkan dikawasan premis penyitaan bagi memastikan tiada barang yang telah ditanda dibawa keluar. Kos Pak Guard dan biasanya termasuk makan minum akan ditanggung oleh peminjam
      5) Dalam perjanjian pinjaman biasanya akan disebut segala kos tindakan undang undang hendaklah ditanggung oleh peminjam dan telah dianggap dipersetujui semasa perjanjian ditandatangani.

      Dalam hal ini, ada dua isu utama iaitu adakah tindakan penyitaan keatas premis yang bukan hak milik peminjam dibolehkan? Sudah tentu ia akan menjadi masalah kerana peminjam boleh memohon ke Mahkamah untuk mendapatkan “Stay of Execution” atau Penangguhan Pelaksanaan Perintah sehingga beberapa isu yang berbangkit (seperti rumah bukan milik peminjam dan barang dalam rumah dibuktikan bukan milik peminjam). Pemilik boleh menfailkan SAMAN INTERPLIDER juga bagi membuat permohonan bahawa barangan yang telah ditanda oleh Bailiff dikeluarkan dari senarai.

      Tindakan WSS ini berisiko tinggi untuk tidak berjaya jika tidak dibuat penelitian dan semakan yang teliti ata dasar komplikasi yang mungkin timbul atas tindakan ini. Jika Tuan rumah tidak membenarkan Bailiff masuk, Bailiff terpaksa pulang dan membuat permohonan untuk “Perintah Pecah Masuk” dengan membawa tukang kunci untuk masuk kerumah. Tindakan ini akan memakan masa dan ini akan membolehkan Tuan Rumah untuk mengeluarkan apa jua barang berharga. Jadi tindakan ini dikira gagal jika apabila Perintah Pecah Masuk didapati, hanya barang barang yang tidak berharga yang tinggal.

  6. Assalamualaikum.
    Saya ingin bertanya. Pd bulan november 2015, sy menerima panggilan mengatakn sy ada tunggakan yuran dengan kolej sy.. Status saya pd tahun 2004 di kolej berkenaan adalah MISSING. iaitu sy hanya belajar sehingga masuk sem 4.. total sem adalah 6sem. Semasa bljr d kolej bkenaan sy apply pinjmn ptptn. Wlubagaimanapun, pinjam sy dgn ptptn telah sy lunaskan.
    Sy telah membuat semakan dgn pihak kolej tersebut dgn memminta penyata kewangan dr sy strt bjr di situ.
    Pihak kolej hnya memberikan b/f dr thn 2005 sahaja. Segala detail yg sy perlukan dr first registration mereka tak dpt kemuka kn.
    Yg menjad kemusykilan kpd sy ialah, undng2 kolej itu sekiranya student mempunyai tunggakan dlm sem 1, tdk d benarkn menduduki exam. Dn jgk tidak di benarkan utk buat praktikal d luar. Tetapi masuk thn ke 2 sy telah dpt mengikuti praktikal slps menyelesaikn htg,yg mana ianya drpd pinjmn ptptn. Ini jgk menunjukkn bahawa sy telah tiada htg yg tertunggak kerana yuran kolej d kreditkn drpd ptptn.
    Sehingga kini, sy menerima kol bertalu2 dr guaman yg d lantik kolej tersebut. Sy jgk menerim sms menyatakn Sekiranya sy tdk dpt mnjelaskn htg rm3470 tersebut. Maka sy akn d kenakn tindakan mahkamah& saman.

    Apa yg perlu sy buat ye? Mohon penjelasan dr pihak tuan. Kerana htg ne d kategorikn hutang lapuk. Kes 2004, then 2015 bru cari sy semula.

    • Wa’alaikumussalam Wanie

      Dalam hal ini memang betul tempoh tuntutan telah melampaui had masa tetapi ia HANYA boleh digunakan apabila ada tuntutan dibuat di Mahkamah. Hutang ini telah diserahkan oleh pihak kolej kepada Agen Kutip hutang dan saya rasa mereka tidak akan membawa kes ke Mahkamah kerana kos guaman mungkin melebihi 50% dari jumlah hutang dan ia juga ada risiko hutang tidak dapat dikutip dan untuk melawan kes ini atas faktor had masa, mereka perlu menyaman Wanie. Jadi ini adalah situasi “chicken and egg” dimana ia akan tergantung begitu sahaja dan gangguan akan terus diterima dari Agen Kutip Hutang. Sila baca post post saya tentang cara menangani Agen Kutip Hutang di page saya di:

      https://www.facebook.com/ceritahutang/

      dan juga di blog saya. Antaranya ialah menyuruh mereka untuk menfailkan Saman supaya boleh lawan di Mahkamah.

  7. Tuan, saya tinggal di UK menemani suami yg melanjutkan pelajaran di peringkat phd sehingga penghujung tahun 2017. Sy telah memgambil cuti tanpa gaji dan bercadang utk mencari kerja sambilan utk membayar personal loan sy dgn MBSB. Bagaimanapun, dgn charge childcare yg mahal di UK,sy terpaksa menjaga anak di rumah dan tidak dpt bekerja. Saya telah cuba berbincang perkara ini dgn pihak MBSB memohon menangguh bayaran sementara tetapi tidak diluluskan. Saya membuat bayaran bulanan kepada MBSB tetapi tidak penuh dan baru2 ini saya dimaklumkan (kawan di pejabat dapat panggilan dan memaklumkan kpd sy. Sy tidak mendapat apa-apa surat kerana tidak tinggal lg di alamat sy memohon pinjaman)bahawa pihak MBSB bercadang utk menghantar surat bankrap kepada sy kerana tunggakkan yg dikira sebanyak 17 bulan berjumlah 22k. Sy diminta membayar tunggakkan tersebut dan diberi tempoh sehingga penghujung bulan Januari 2016 utk berbuat demikian.

    Untuk makluman tuan, sebelum ini bayaran bulanan pinjaman sy ditolak melalui angkasa tetapi oleh kerana sy bercuti tanpa gaji, sy perlu membayar bulanan pinjaman secara bank transfer ke pihak MBSB.

    Saya tidak mampu untuk membayar RM22k seperti yg diminta dlm tempoh yg tersebut.Sy cuba berurusan dgn pihak AKPK tetapi memandangkan sy berada di UK, agak sukar utk saya mendapat khidmat kaunseling secara one on one sekaligus membuat restructuring.

    Mohon tuan boleh beri cadangan tentang tindakan yg boleh saya lakukan dan berapa lamakah tempoh yg sy ada sebelum sy diisytihar muflis oleh pihak MBSB. Pertolongan dan cadangan dr pihak tuan amatlah dihargai. Terima kasih.

    • Wa’alaikumussalam Puan Sheila

      Memandangkan Puan akan berada di UK untuk tempoh dalam 2 tahun lagi, Bank TIDAK AKAN melayan penangguhan bayaran yang sebegitu lama. Kalau MBSB saya pasti mereka sudah pun mengambil tindakan undang undang terhadap Puan memandangkan tunggakan sudah mencecah 17 bulan.

      Walaubagaimanapun seperti kawapan jawapan saya sebelum ini, fahami proses tindakan undang undang dan proses Bankrapsi:

      Berikut adalah prosedur ringkas Tindakan undang undang

      1) Loyar menghantar Notis Tuntutan kepada peminjam meminta tunggakan memberi masa 14 hari atau menamatkan perjanjian

      2) Atas arahan Bank, jika tiada bayaran, Tuan Loyar akan menfailkan Saman di Mahkamah menuntut baki hutang. Dalam Writ Saman ini ada Notis Tuntutan yang memperincikan segala baki, faedah dan kos yang dituntut.

      3) Selepas mendapat meterai dan pengesahan Mahkamah, Writ Saman ini akan disampaikan secara kediri atau melalui pos kepada Peminjam dialamat yang terakhir yang ada dalam rekod Bank. Biasanya pendengaran kes akan ditetapkan dalam masa 14 hari dari tarikh Writ atau penyampaian itu. Peminjam perlu mendaftarkan diri untuk hadir pada tarikh itu. kalau tidak pada hari itu Penghakiman Ingkar Tanpa Kehadiran akan dikeluarkan.

      4) Selepas itu Bank dan Tuan Loyar akan menunggu salinan Penghakiman yang telah dimeterai dan disahkan oleh Mahkamah

      5) Apabila salinan Penghakiman didapati, satu salinan akan dihantar kepada Peminjam

      6) Bank boleh melaksanakan Penghakiman dengan tindakan undang undang keatas Peminjam. Kalau lebih RM30 ribu, boleh buat Bankrapsi

      Sudahkah Tuan mendapat apa apa surat atau notis dari bank atau loyar seperti yang tertera diatas? Pastikan alamat adalah yang sama dengan rekod Bank supaya boleh dapat apa jua peringatan terutamanya Notis Tuntutan Loyar dan Writ Saman. Sila tulis satu surat yang mengesahkan alamat surat menyurat terkini Tuan kepada Bank. Kalau boleh, hantar by hand atau dengan registered post dan email. Lagi cantik kalau wakil Bank cop penerimaan surat tersebut. Ini akan menjadi SANGAT BERGUNA dikemudian hari.

      Secara ringkasnya proses Kebankrapan pula adalah seperti berikut:

      1) Penghakiman (samada Penghakiman Ingkar atau yang lainnya) sudah dijatuhkan keatas peminjam (seperti diatas)

      2) Pemfailan Notis Kebankrapan. Pada waktu pemfailan tersebut jumlah baki hutang, faedah dan kos MESTILAH tidak kurang dari RM30,000

      3) Notis ini mesti diserahkan secara kediri (personal service) kepada Penghutang Penghakiman. Cubaan serahan adalah sebanyak TIGA kali. Jika gagal, Bank boleh membuat permohonan untuk membuat Penyampaian Ganti melalui Akhbar Tempatan, Penampalan Notis di Papan Notis Mahkamah dan juga Surat Berdaftar. Kalau tak dapat personal service dan perlu kepada permohonan Penyampaian Ganti, ini akan memakan masa lagi 1 – 3 bulan.

      4) Selepas 6 (Enam) bulan tempoh serahan berlaku tanpa ada apa apa bantahan/perbincangan dari Penghutang Penghakiman, beliau sudah dikira telah melakukan tindakan Kebankrapan. Selepas itu Petisyen Pemiutang pula akan dikeluarkan dan diserahkan.

      5) Suatu tarikh akan ditetapkan untuk mendengar kes Petisyen itu dan jika tiada bantahan dari Penghutang Penghakiman dengan alasan yang dikira menasabah, maka pada hari itu beliau akan diisytihar sebagai seorang Bankrap

      Pastikan Puan update alamat surat menyurat dengan Bank supaya boleh menerima apa jua Notis dari Bank. Hanya satu perkara yang perlu Puan ketahui ialah selagi Puan ada kat UK Bank TIDAK BOLEH Bankrapkan Puan. Balik nanti memang akan diBankrapkan.

      • Terima kasih atas jawapan tuan. Bolehkah saya menggunakan alamat terkini di UK untuk tujuan surat menyurat atau saya perlu memberi alamat di Malaysia? Pada kiraan tuan adakah possible utk saya membuat penyelesaian melalui program AKPK dalam masa sebulan ini?

        • Puan Sheila

          Puan boleh cuba memohon bantuan AKPK tetapi pada pendapat saya Puan perlu membuat bayaran yang ditetapkan jika rundingan dapat dicapai dan kalau tiada sumber pendapatan yang tetap ia mungkin menjadi sesuatu yang sukar. Apa yang penting sekarang ialah menyemak status tindakan undang undang yang telah dikenakan keatas Puan dan mengemaskini alamat surat menyurat dan juga alamat di UK. Buat satu surat dan hantarkan ke MBSB. KAlau tak ada kat sini, minta tolong kawan kawan untuk menghantar surat “by hand” dan minta MDSB “acknowledge receipt” surat ini dan simpan baik baik. Ia akan dijadikan bahan bukti nanti. Photostat atau scan helaian paspot kemasukan ke UK dan apa apa jua bukti yang Puan akan berada di UK. Ini sangat mustahak kerana jika mereka hendak membuat tindakan keBankrapan, mereka boleh berbuat demikian atas alasan menghantar Notis Kebankrapan ke “alamat terakhir yang diketahui” dan besar kemungkinan akan membuat penyampaian ganti di akhbar tempatan atas alasan tidak dapat menyampaikan Notis KeBankrapan secara peribadi atau kediri. Tindakan ini boleh dibantah kerana Puan tidak berada dalam Malaysia ketika itu. It is better to be prepared now rather than tercari cari dokumen apabila tiba masanya. Semuga ALLAH memudahkan segala urusan Puan.

  8. Salam.

    Suami saya telah dianiaya oleh abangnya sendiri. Dia telah menggunakan ic suami saya untuk semua kegiatannya:

    1. membuka syarikat dengan menggunakan nama suami saya. KWSP pekerja (15k) dan LHDN (25k) tidak dilunaskan menyebabkan suami saya tidak boleh ke luar negara.

    2. membuat pinjaman bank 60k dan kredit kad (23k).

    3. Dan ada lagi jumlah2 lain yang saya tidak pasti. (kereta etc)

    Suami saya telah membuat laporan polis tapi tindakan masih belum jelas.

    Perkara yang sama pernah terjadi dalam 2010 di mana suami membuat laporan salahguna kad kredit kepada pihak bank. Tetapi ia diselesaikan di mana abangnya berjanji membayar secara ansuran. Pada waktu itu, nama suami telahpun diblacklist. Laporan polis tidak dibuat atas dasar ‘adikberadik’.

    Jadi sy amat terkejut apabila perkara ini boleh berlaku lagi (termasuk membuat pinjaman walaupon nama blacklist)

    Saya sebagai isteri amat risau dengan perkara ini. Segala alamat surat menyurat bank ditujukan kepada rumah abangnya, kami langsung tidak tahu menahu. Hutang2 ini pun diketahui selepas suami membuat semakan di Bank Negara.

    4. Adakah saya sebagai isteri akan terlibat sekali? Sekiranya suami bankrap, adakah saya kena bayar hutang nya?
    5. Rumah yang diduduki sekarang adalah nama dan loan saya seorang. Adakah ini akan turut disita?

    • Assalamualaikum Tuan Ammar,

      Saya ada berhutang dengan Aeon CC sebanyak RM2253. Oleh kerana terdapat sedikit masalah kewangan,
      saya cuma mampu membayar RM100 setiap bulan buat masa sekarang. Bayaran terakhir pada 16 Jul’15.
      Oleh kerana saya dimasukkan ke hospital, saya terpaksa berbelanja lebih dan membuat keputusan
      untuk sambung pembayaran pada Sep’15.

      Adakah pihak Aeon boleh mengeluarkan arahan saman kerana saya baru sahaja menerima SMS bahawa
      nama saya sudah di”ctoskan” dan saman telah dikeluarkan. Akaun semasa/simpanan akan dibekukan.

      Wa’alaikumussalam

      Berkenaan dengan soalan:

      4. Adakah saya sebagai isteri akan terlibat sekali? Sekiranya suami bankrap, adakah saya kena bayar hutang nya?

      Tidak, Puan tidak terlibat. Bukan atas nama Puan

      5. Rumah yang diduduki sekarang adalah nama dan loan saya seorang. Adakah ini akan turut disita?

      Jangan bimbang. Tidak dilelong atau disita melainkan Puan tidak membayar pinjaman ini. Kalau Bank Pemiutang hendak buat atas nama hutang suami Puan, ia boleh dipatahkan dengan mudah.

      Cuba buat semakan dengan CTOS menggunkan nama suami Puan di http://www.ctos.com.my/CTOSHOME/selfcheck.html (scan MyKad depan belakang untuk diemailkan untuk pengesahan). Bila dah dapat keputusan rujuk semula disini dengan email kepada saya di codetyco@ceritahutangbankdananda.com.

      P/S Sesiapa saja yang merasakan blog ini memberi manfaat, sila “like” dan share Artikel ini dan sila like Facebook Page https://www.facebook.com/ceritahutang sebagai tanda sokongan dan dapat memberi “reach” yang lebih luas. Kita perlu suara yang ramai. Tingkatkan jumlah komuniti page ini.Ajak kawan kawan anda untuk “like” page ini. Ini bagi membela mereka yang kena tindas oleh Bank kerana tidak tahu undang undang. Tekan juga butang “Follow” atau “Subscribe” by email supaya boleh diberitahu tentang apa apa maklumat baru dimasa hadapan. Sila “like” juga post ini. Terima kasih

  9. Assalamualaikum..saya ada soalan berkaitan dengan perjanjian sewa beli motorsikal.Pada hujung tahun 2012, saya telah membeli sebuah motorsikal berharga rm6800 di kedai motor dengan deposit rm2000 & bayaran bulanan sebanyak rm176. Walaubagaimanapun,motorsikal tersebut bukan kegunaan saya sebaliknya rakan saya melalui perjanjanjian secara lisan,bahawa dia berjanji akan membayar setiap bulan motor tersebut.Tetapi, selepas 6 bulan pertama, dia tidak membayar walau sesen pun motor tersebut menyebabkan motor tersebut hampir ditarik. Saya terpaksa membayar tunggakan tersebut untuk mengelakkan nama saya di senarai hitam. Namun,6 bulan seterusnya dia jg melakukan perkara yang sama tidak membayar walau sesen menyebabkan motor itu ditarik pada febuari 2014. Pada januari 2015, saya telah dihubungi oleh pihak yang mengaku mereka dari syarikat guaman menuntut agar saya membayar sebanyak rm9200 kepada kedai motor tersebut. Sekiranya tidak,mereka akan membawa kes ini ke mahkamah.Soalan saya 1. Bagaimanakah saya boleh menghentikan gangguan dari pihak yang mengaku dari syarikat guaman ini? 2.Bolehkah saya menuntut rakan saya untuk menanggung kos hutang motor tersebut walaupun tidak ada perjanjian hitam putih 3.adakah agensi yang boleh saya memohon bantuan untuk menyelesaikan masalah ini?

    • Wa’alaikumussalam Cik/Puan Ella

      Berkenaan dengan soalan Cik/Puan

      Pertama sekali Motor tersebut berdaftar dibawah nama Cik/Puan dan juga ada perjanjian hutang dengan kedai motor terbabit.

      SOALAN DAN JAWAPAN

      Pada januari 2015, saya telah dihubungi oleh pihak yang mengaku mereka dari syarikat guaman menuntut agar saya membayar sebanyak rm9200 kepada kedai motor tersebut.

      Besar kemungkinan mereka adalah Agen Pengutip Hutang yang dilantik oleh Kedai Motor tersebut atau pekerja kedai Motor itu sendiri. Kerani lebih lebih lagi Tuan Loyar diaorang tak call secara peribadi. Mereka hantar surat Tuntutan dan selepas itu bagi Writ Saman sahaja.

      Soalan saya:

      1) Adakah alamat surat menyurat Cik/Puan sama dengan rekod yang ada dikedai Motor. Ini akan memudahkan Cik/Puan untuk menerima apa apa jua surat peringatan lebih lebih lagi surat Loyaryang betul betul dan bukan yang cobaan.

      2) Pernahkah menerima surat tuntutan Loyar atau Writ Saman sebelum ini?

      Soalan Cik/Puan yang seterusnya:

      1. Bagaimanakah saya boleh menghentikan gangguan dari pihak yang mengaku dari syarikat guaman ini

      Jawapan

      (a) Install applikasi “Truecaller” kat Smartphone supaya boleh blok call mereka dan laian lain call “nyamuk” seperti telemarketer dan Astro.

      (b) Bayar hutang tu seketul atau bincang baik baik bayaran secara ansuran.

      2.Bolehkah saya menuntut rakan saya untuk menanggung kos hutang motor tersebut walaupun tidak ada perjanjian hitam putih

      Boleh cuba tapi kalau masa dia guna motor pun tak bayar, motor dah tak ada tak tahulah pulak kut kut dia berunah hati nak bayar.

      3.adakah agensi yang boleh saya memohon bantuan untuk menyelesaikan masalah ini?

      AKPK ada tetapi hanya membantu pinjaman peribadi bagi institusi yang dikawal selia oleh Bank Negara.

      Untuk mengelakkan daripada disenarai hitam kerana saya percaya Cik/Puan masih muda lagi, cuba berbincang untuk membayar baki pinjaman secara ansuran.

      • Salam Tuan Ammar,pertama sekali saya meinta maaf atas kelewatan saya membalas komen Tuan..Dan saya sangat2 menghargai komen balas tuan.Mengenai soalan tuan
        1) Adakah alamat surat menyurat Cik/Puan sama dengan rekod yang ada dikedai Motor. Ini akan memudahkan Cik/Puan untuk menerima apa apa jua surat peringatan lebih lebih lagi surat Loyaryang betul betul dan bukan yang cobaan.
        Jawapan: saya tidak pernah berpindah alamat sejak dari dulu dan kekal sehingga sekarang alamat tempat tinggal saya
        2) Pernahkah menerima surat tuntutan Loyar atau Writ Saman sebelum ini?
        Jawapan : saya hanya menerima surat dr kedai motor tersebut untuk menyelesaikan tunggakan..selain itu,saya tidak pernah menerima apa2 writ saman
        Untuk pengetahuan tuan,saya pernah beberapa kali datang ke kedai motor untuk membuat perundingan,masalahnya tauke kedai itu tetap mahu saya melangsaikan sekaligus hutang tersebut.Saya juga telah memaklumkan saya memang tidak mampu untuk membayarnya dan saya bertanya kepada tauke itu apa kesan sekiranya saya tidak dapat membayar. Dia mengatakan nama saya akan diblacklist dalam Bank Negara..Namun saya telah menyemak nama saya dalam bank negara bahawa rekod saya bersih. Tauke itu juga memaklumkan kepada saya bahawa nama telah diblacklist di setiap agensi bank.Namun saya telah berhubung dengan pegawai dibeberapa agensi bank dan mereka mengatakan mereka tidak ambil kira hutang dengan kedai motor sekiranya ingin membuat loan.Saya juga pernah mendapatkan kaunseling dengan Biro bantuan Guaman dan mereka meminta saya mengabaikan sekiranya tiada L.O.D. Untuk pengetahuan tuan Ammar, kedai motor tersebut telah menarik motor itu semasa ketiadaan saya dan menjual motor itu kepada pihak lain tanpa memberikan notis lelongan kepada saya sebulan selepas motor itu ditarik. Disini saya ingin bertanya dengan Tuan Ammar,apakah penyelesaian terbaik bagi kes ini?
        Baru2 ini saya telah membuat laporan polis berkenaan dengan gangguan oleh debt collector yg diupah oleh kedai motor ini, dan saya memperolehi maklumat bahawa kedai motor ini dibawah siasatan kerana pemiliknya mengarahkan pekerjanya untuk mengubah sistem dalam akaun kedai itu agar tidak perlu membayar cukai..Oleh itu,saya berasa ragu2 sekiranya akaun pinjaman saya itu juga diubah sehingga nilainya mencecah 3x ganda..mohon sangat2 penjelasan tuan..terima kasih

  10. Assalamualaikum..mohon pencerahan..kes sudah peringkat judgment in default.sy nak bertanya bolehkah jika saya terus buat petisyen kebankrapan atas diri saya sendiri?jika boleh,adakah sy boleh buat sendiri atau mesti upah peguam?sy membuat keputusan ini kerana sudah tidak mampu untuk membuat monthly payment pada bank.Dan khuatir jika ditangguh lama lagi makin bertambah interest faedah atau caj yg akan dikenakan pada saya.

    • Wa’alaikumussalam

      Adakah Tuan ini Tuan Fendi yang pernah mengutarakan soalan ini sebelum ini?

      https://ceritahutangbankdananda.com/2015/07/27/kes-naya-diambang-kebankrapan-hutang-pokok-rm3000-faedahriba-ikut-pintu-belakang-rm53000/comment-page-1/#comment-510

      Jika ya, Tuan semestinyalah sudah mendapat pandangan dari Saya dan Tuan Jeff disini:

      https://ceritahutangbankdananda.com/2015/07/27/kes-naya-diambang-kebankrapan-hutang-pokok-rm3000-faedahriba-ikut-pintu-belakang-rm53000/comment-page-1/#comment-521

      dan disini:

      https://ceritahutangbankdananda.com/2015/07/27/kes-naya-diambang-kebankrapan-hutang-pokok-rm3000-faedahriba-ikut-pintu-belakang-rm53000/comment-page-1/#comment-513

      Namun begitu Tuan tidak perlu membuat petisyen untuk membankrapkan diri sendiri. Seperti yang telah diterangkan sebelum ini, selepas 26 Ogos Tuan tidak hadir:

      1) Penghakiman Ingkar akan dijatuhkan terhadap Tuan. Jumlah faedah sepatutnya 5% dari jumlah Penghakiman dari tarikh Writ Saman.

      2) Selepas itu proses untuk mengeluarkan salinan Penghakiman yang di”meterai” oleh Mahkamah akan mengambil masa lebih kurang 2 – 3 minggu. Tarikh anggaran > 14 September 2015

      3) Salinan akan dihantar kepada Tuan dan Bank (untuk tindakan Bank seterusnya)

      4) Bank pulak akan memulakan tindakan keBankrapan (biasanyalah dengan jumlah sebegitu) paling cepat dalam masa lebih kurang 2 – 3 minggu pulak selepas itu. (ada Bank memerlukan kelulusan Ibu Pejabat, lepas tu hantar syrat arahan kepada Tuan Loyar, Loyar terima arahan dan buat “kira kira” untuk menfailkan Notis KeBankrapan diMahkamah) – Tarikh anggaran 30 September 2015

      5) Selepas mendapat salinan Notis KeBankrapan yang telah disahkan oleh Mahkamah dan kita anggap ia boleh diserahkan terus pada Tuan, Tuan ada masa ENAM (6) bulan untuk melakukan tindakan keBankrapan dengan tidak berbuat apa apa. Tarikh anggaran > 31 March 2016

      6) Selepas itu Tuan Loyar akan menfailkan Petisyen Pemiutang terhadap Tuan dan selepas dikeluarkan oleh Mahkamah, kita anggap ia telah diserahkan kepada Tuan dengan serta merta dan tarikh yang ditetapkan ialah 30 April 2016. Kalau Tuan buat tak tahu sahaja barulah hari itu Tuan diisytiharkan Bankrap dan boleh pergi ke Jabatan Insolvensi Malaysia (JIM) untuk mendaftar diri.

      Jika mengapa Tuan hendak bersusah payah untuk memBanrapkan diri sendiri bila Tuan boleh “membiarkan” Bank melakukannya untuk Tuan. Masa yang diambil adalah panjang dan kita belum mengambil kira jika Bank gagal menyerahkan Dokumen Notis Bankrapsi dan Petisyen Pemiutang kepada Tuan secara peribadi atau kendiri sebanyak TIGA kali berturut turut dan terpaksa memohon untuk Penyampaian Ganti di Akhbar Tempatan yang akan memakan masa 2 – 3 bulan lagi. Itu belum masuk Tuan melawan Writ Saman, Notis Kebankrapan dan Petisyen Pemiutang lagi. Boleh tambah 2 -3 bulan lagi.

      Secara teorinya, kalau nak Bankrap pun, dalam bulan Jun atau Julai tahun depan. Kita tidak tahu dalam masa yang panjang ini Tuan mungkin mendapat pekerjaan baru atau telah berjaya memulakan perniagaan yang membolehkan Tuan membayar hutang ini. Ataupun, setelah melapur diri dengan JIM dan membayar katakan RM100 sebulan, Tuan boleh membuat permohonan untuk pelepasan selepas tempoh LIMA tahun mengikut budi bicara JIM dan kemungkinan besar hutang beratus ribu itu boleh dilupuskan.

      Saya harap jawapan ini boleh membantu

    • salam saya tak tahu nk komen dekat mana
      saya nak tanya mak saya ada masalh dgn courts mammoth.
      pernah ambil barang masa 2004, selepas itu serah balik beberapa bulan kemudian sebab lebih mahal dari yg lain. inagtkan selesai

      lepas tu mak saya kata masa 2010 ada surat minta tunggakan sebanyak 1100, kemudian beberapa tahun pastu datang lagi surat.
      higga yang terbaru datang surat pink yang katanya nk sita, surat berkaitan mahkamah, apa saya perlu buat, bila tanya coutrs mammoth diorang cakap kena bayar tunggakan segera. apa harus sya buat

  11. Pingback: JEJAK HUTANG LAPUK: Mencari Yang Senasib Dengan EN Idris | Cerita Hutang: Bank dan Anda

  12. Pingback: JEJAK HUTANG LAPUK: Mencari Yang Senasib Dengan EN Idris | CERITA HUTANG : BANK DAN ANDA

  13. @tuan jeef lee
    Saya sudah pergi ke akpk tp wakil akpk xdpt tlg kerana pinjaman sy 15 tahun.jika dapat tlg pun sebulan sy kene bayar rm1800.sekarang sy jadi guru sementara gaji rm1200.dengan keadaan komitmen bulanan rm1100 termasuk rumah sewa dan pinjaman kereta.apakah saya hanya perlu tunggu dibankrapkan sahaja?

    • @ Fendi

      I/WE sympathise your predicament. If you in such a bad situation, Tuan Abu Ammar can help you “soften” your path towards bankrupcty status which by your own admission, you are not in gainful employment and unable to continue any repayments towards your bank debt.

      You need to approach this BIG problem in a holistic manner. We need more private information so as to give a “complete” workable advice as how to overcome the impact of an impeding bankruptcy proceeding from the bank. At the same time to using bankruptcy to wipe out ALL other bank debts(if any).

      Private Info required.
      1/ Your Age
      2/ Marital status, if Yes, age of wife, number of children and their ages.
      3/ Wife is in gainful employment?, i.e. dgn gaji tetap?
      4/ Any joint name property/properties?
      5/ If have car under your name, how much do you estimate the value of the car now? Market value of car minus balance of car loan = RM xxxx?
      6/ Do you have any bank ac with B.R.?
      7/ Is the car loan under B.R.?
      8/ Is the address in the bank records same as you are staying in now?
      9/ Important Question:- If you avoid going to court to “fight” this saman and/or subsequent bankruptcy proceedings, can you and your family be able to sustain reasonable living conditions. Personally, i believe you would be in a better “cash flow” situation. Only you may have to live with the bankruptcy status for at least 5 years with JIM when adjudged a bankrupt, that is if the B.R. wants to do it.

      DISCLAIMER
      I wish to apply the “disclaimer clause” on this posting. I wish to inform readers that this posting of mine is personal by nature and it does not reflect the opinions of Tuan Abu Ammar and is in no way associated with him whatsoever..

      Do not file your notis kehadiran now. You can file at least 7 days before 26th Aug. Just answer the above Q’s as much as possible and as soon as possible so that you can plan your next course of action.

      TERJEMAHAN BEBAS

      @ Fendi

      Saya/Kami bersimpati dengan masalah Tuan. Dalam situasi yang agak “teruk” begini, Tuan Abu Ammar mungkin boleh membantu Tuan dalam menghadapi status Bankrapsi dimana melalui pengakuan Tuan sendiri, Tuan sekarang tidak bekerja dan tidak lagi mampu untuk membayar hutang ini.

      Tuan perlu menghadapi masalah BESAR ini secara menyeluruh. Kami memerlukan maklumat peribadi yang lebih terperinci untuk memberikan nasihat yang praktikal yang lebih “lengkap” untuk mengatasi atau meringankan sedikit kesan atau impak tindakan Banrapsi oleh Bank. Pada masa yang sama menggunakan Bankrapsi ini untuk “membersihkan” semua hutang (termasuk dengan Bank Bank yang lain, jika ada)

      Maklumat peribadi yang diperlukan:

      1) Umur Tuan
      2) Status Berkahwin/Bujang. Jika sudah berkahwin, umur Isteri dan bilangan anak dan umur mereka.
      3) Isteri (jika ada) berpendapatan tetap?
      4) Ada rumah/hartanah bibawah nama Tuan atau bersama?
      5) Jika ada kenderaan dibawah nama Tuan, berapa anggaran harga semasa dan jika ada pinjaman, berapa baki pinjaman – harga semasa kenderaan? RMXXX?
      6) Tuan ada akaun dengan Bank Rakyat?
      7) Kalau ada pinjaman kenderaan, adakah pinjaman dengan Bank Rakyat?
      8) Adakah alamat Tuan sekarang sama dengan apa yang ada direkod Bank?
      9) SOALAN PENTING: Jika Tuan menghindarkan diri/mengelak dari “melawan” tindakan Writ Saman dan seterusnya tindakan Bankrapsi ini, bolehkah Tuan dan keluarga menyara kehidupan? Secara peribadi, saya rasa Tuan akan mempunyai aliran tunai yang lebih baik. Hanya Tuan sahaja yang terpaksa hidup dalam status Bankrap sekurang kurangnya selama 5 tahun dengan Jabatan Insolvensi. Itupun jika Bank Rakyat meneruskan niat untuk tindakan ini.

      DISCLAIMER/PENYANGKALAN

      Saya ingin menggunakan “klausa penyangkalan” dimana dengan posting ini, saya ingin memaklumkan kepada para pembaca bahawa ini adalah pendapat peribadi saya dan tidak melambangkan pendapat Tuan Abu Ammar dan saya tidak ada kaitan apa apa pun dengan beliau.

      Jangan failkan Notis Kehadiran Tuan sekarang. Tuan boleh failkan sekurang kurangnya 7 (TUJUH) hari sebelum 26hb Ogos 2015 (jangan lupa pulak – Abu Ammar). Sila jawab soalan soalan diatas selengkap dan secepat mungkin supaya Tuan boleh merancang tindakan yang seterusnya.

  14. Kes writ saman tu ditunda 26hb ogos atas sebab hakim cuti..pinjaman peribadi 100k..tunggakan rm3300..montlhy rm929..jika si peminjam settlekan tunggakan adakah kes akan selesai?Apa tindakan yg perlu si peminjam lakukan sekiranya tidak settlekan tunggakan?

    • Alhamdulillah. Memang rezeki Tuan
      Kalau tidak dapat Penghakiman Ingkar Tanpa Kehadiran (walaupun hadir tapi tak daftar untuk hadir) Saya nasihatkan Tuan supaya Tuan settlekan tunggakan dan biasanya tindakan akan ditarik balik. Kalau tak mahu tarik balik, rujuk semula disini. Apa hal pun,sila daftarkan kehadiran Tuan untuk 26 Ogos ini. Boleh saya tahu Bank mana Ni?

        • Daftar di Mahkamah tadi. Bawak Writ Saman. Tanya depa nak daftar kat kaunter mana. Daftar esok pun boleh. Jangan berlengah. Bila dah daftar simpan resit sebagai bukti dan bawa pada tarikh tersebut.

    • @ Fendi

      Loan 100K
      Tunggakan 3.3K

      [Apa tindakan yg perlu si peminjam lakukan sekiranya tidak settlekan tunggakan?]

      Tunggu akibat di bankrap dalam lebih kurang 10 bulan [sebelum Raya 2016]

      Tolong bagi berat tentang nasihat Tuan Abu Ammar untuk selesai tunggakan tersebut. Bayar tunggakan ini and cuba menghidupkan Loan akaun ini seterus dengan binchangan dengan bank.

      Jika di masa hadapan masih ada masalah bayaran, jangan biarkan hal ini, pergi minta pertolongan dari AKPK untuk mengurangkan faedah tetap ke 9% setahun and lebih lama ansuran bayaran ( ada kemungkinan dalam 10 thn). Minta explanasi dari Pegawai AKPK.

  15. Salam encik..trima ksh di ats pnjelasan encik yg sgt bguna utk sy..ari ni sy menerima satu lg pgilan kononnya dr phk bank rakyat .mereka bg sy peluang krg kn bayaran dr 10k ke 5k ari ni..dan mmg sy xblh byr pn.sy bgtau sy xblh byr dan sedia utk bankrap..dan mereka beria2 menegas kan yg rmh sy akn disita(rmh nama suami) walaupn ats nama suami spti termaktub dlm akta ape tah(sy pn x pasti agent tu dok membebel) dlm aggremnt loan tsebut.bila sy minta nk tgk aggrment tu,mereka arahkan sy ke bank rkyat klana jaya..sy dh jd riso sbb tkt bnda tu btl2 bkn ugutan dr agent .pnh jd kes mcm tu ke encik..kebetulan sy ada pegi akpk ari ni dan btanya soalan yg same..phk akpk tu ckp blh jd jgk kes mcm tu..akpk tu bgtau sy xblh sah kan brg2 dan rmh tu bkn kepunyaan sy sbb xde bkti..dah sah2 bkti dokumen rmh tu ats nama suami..nk bkti ape lg..sy pn pelik dan tgh pening skang.

    • Blh x sy renew lesen kete kalo bnkrap..dan bgaimana plk dgn medical card sy..effect x nnt kalo sy bnkrap.kot lh dh xblh guna lps bnkrap.huhu

      • @ Siti

        [bgaimana plk dgn medical card sy]

        Medical Card
        If the insured is hospitalised IN approved Panel of Hospitals of the Insurance Company, no issues. The Insurance Company pays direct to the Hospital.

        If the insured is hospitalised outside that of the Approved Panel, the patient has to pay from own pocket first and make claims to the Insurance Company. When the claims is approved, the Insurance company will issue a cheque to the insured for the claims. So a Bankrupt has to report in to JIM in order to have a Bank Account.

        It is essential for a Bankrupt to inform the the Insurance Company by writing upon adjudged a bankrupt. It is up to the insurance company to
        1/ Terminate the policy or
        2/ Increase the premiums or impose a “loading” on the existing policy.

        It is essential that one must read and understand all T&C (terms and conditions) of a medical card insurance. Different companies have slightly different schemes and T&C. Get your insurance agent to explain properly the T&C. Tapi jaga sikit, zaman ini, manyak agenagen insurans kurang faham dgn produk sendiri.

        TERJEMAHAN BEBAS

        @ Siti

        [bgaimana plk dgn medical card sy]

        Medical card

        Kalau penama insuran masuk ke hospital yang termasuk dalam panel hospital Syarikat Insuran, takda masalah. Syarikat Insuran bayar terus ke Hospital.

        Jika penama insuran masuk hspital yang diluar dari panel, penama perlu membayar dahulu ddan membuat tuntutan kepada Syarikat Insurans. Apabila sudah diluluskan, wang tersebut akan dimasukkan keakaun penama Insurans atau melalui cek atas nama penama Insurans. Jadi seorang Bankrup perlu melapurkan diri ke Jabatan Insolvensi Malaysia (JIM) supaya boleh membuka satu akaun Bank.

        Adalah perlu bagi seseorang Bankrap untuk melapurkan kepada Syarikat Insurans tentang status keBanrapannya secara bertulis. Terpulang kepada Syarikat Insurans untuk:

        1) Menamatkan polisi atau
        2) Menambah jumlah premium atau mengenakan “loading” pada polisi asal.

        Adalah perlu juga untuk membaca dengan teliti dan memahami terma terma dan syarat Insuran Kad Perubatan (Medical Card). Syarikat Insuran yang berlainan mungkin mempunyai skim yang berbeza beserta dengan terma terma dan syarat masing masing. Dapatkan Agen Insurans untuk memberi penerangan yang sewajarnya tentang terma terma dan syarat (jangan pandai jual aje). Tapi jaga sikit, zaman ini, ramai agen agen insurans kurang faham dgn produk sendiri.

    • Assalamualaikum. Toksah bimbang. Saya dah ulas dengan panjang lebar. Kalau ada sekalipun bukan boleh ambik macam tu aje. Kita boleh failkan “stay of execution”. Jemput diaorang datang kalau betul tapi standby dengan polis. Kalau tipu boleh terus tangkap aje. Dah nak kena Bankrap takde apa depa boleh buat dah.

      • Terima ksh encik jeff lee n encik abu ammar..bru td ade sorang mamat naik mtr dtg rmh ambil gambar rmh yg sy stay skarang..die ckp lawyer yg arah kan..sy ade submit borang dkt akpk smlm.blh kah CP dikeluarkan dlm tempoh proses dgn akpk..brape lame biase nya bank blh kluar kan CP slepas dpt nota kbankarapan pd bln 5 2015..

        • @Siti Nor Azilawati

          Mamat naik motor tu biasanya dari Agen Kutip Hutang. Kalau nak semak status rumah, boleh buat carian hartanah diPejabat Tanah. Nak buat Writ of Seizure and Sale, kena datang dengan Bailiff Mahkamah dengan Writ Perintah, baru boleh masuk rumah. Kalau datang lagi minta MyKad atau ambik nombor motor. Boleh buat report Polis atas dasar intimidasi dan perlakuan yang mencurigakan. Ambik sekali nama “lawyer” tu.

          Creditors Petition (CP) akan dikeluarkan 6 bulan selepas Bankruptby Notice. Jadi ada lebih kurang empat bulan lagi belum masuk masa penyerahan dan sebagainya. Scan semua dokumen yang ada dan emailkan kepada saya kut kut ada kesilapan dalam dokumen dan cara penyerahan BN yang boleh diketepikan.

  16. Assalamualaikum..Mohon nasihat tuan atas 1 kes mengenai pinjaman peribadi..si peminjam ada buat pinjaman peribadi 100k..selepas 2 tahun si peminjam ada tunggakan 4 bulan dalam membuat bayaran bulanan atas sebab perniagaan merosot dan sudah tutup..esok ada ditetapakn pengurusan kes..apakah nasihat untuk si peminjam untuk selesaikan masalah ini?

    • Wa’alaikumussalam

      Pengurusan kes apa Tuan? Dapat Writ saman ke? Kalau dapat Writ Saman sila pergi ke Mahkamah segera untuk mendaftarkan kehadiran Tuan. Boleh bagi butir butir lanjut seperti:

      1) Writ Saman atau Notis Kebankrapan?
      2) Jumlah tunggakan dan tarikh akhir bayar

      Kalau dah daftar, besok datang Mahkamah cari bilik dimana kes didengar. Masukkan nama anda dengan staff Mahkamah disitu. Bila masuk berjumpa dengan Pendaftar/Majisterat katakan hendak cari Lawyer dan minta tempoh ke tarikh lain. Tapi saya tak tahu Tuan kes apa. Sila jawab SEGERA.

      • Maaf lmbat reply..Kes writ saman..xsempat nak daftar sempat kes pagi ni kan..boleh ke terus jumpa jurubahasa esok untuk maklumkan kehadiran?si peminjam tiada wang untuk upah lawyer..jumlah tunggakan lebih dari 100k…last bayar bulan april 2015

          • Salam Tuan Abu Ammar,

            Saya sedang menghadapi masalah terhadap hutang personal loan saya dgn RHB bank sbnyak 48k termasuk semua cas, surat notis bankrucy telah dikeluarkan, hearing case awal bulan februari nanti. Jika notis bankrupcy telah dikeluarkan, adakah saya boleh memohon khidmat AKPK? Jika boleh, adakah saya perlu membuat initial payment lagi terhadap bank atau boleh meneruskan bayaran bulanan terhadap AKPK sahaja? Mintah pencerahan Tuan. Terima kasih.

          • Wa’alaikumussalam Lesha

            Apabila menerima Notis Kebankrapan, ada masa ENAM (6) bulan lagi untuk mencapai persetujuan dengan Bank tentang cadangan pembayaran. Jika tiada bantahan tentang apa apa prosedur proses keBankrapan dari segi pertikaian jumlah baki hutang mahupun cara serahan, setelah enam bulan berlalu maka peminjam telah dikira telah melakukan “perbuatan KeBankrapan” atau “Act of Bankruptcy”. Selepas ini baru Loyar akan memfailkan Petisyen Pemiutang dan jika tiada juga penyelesaian melalui bayaran atau persetujuan cadangan bayaran pada tarikh pendengaran kes, barulah Cik/Puan akan diisytiharkan Bankrap. Berdasarkan kepada situasi ini saya percaya masih ada ruang untuk perbincangan dan rundingan. Cubalah dapatkan bantuan dari AKPK dan jika tidak berjaya, boleh minta pertolongan Bank Negara untuk membantu dalam proses rundingan seperti saranan Encik Ahmad disini:

            http://www.ceritahutangbankdananda.com/index.php/2014/08/14/proses-tindakan-undang-undang-pinjaman-peribadipersendirian-bahagian-3/comment-page-5/#comment-1520

      • Kes writ saman tu ditunda 26hb ogos atas sebab hakim cuti..pinjaman peribadi 100k..tunggakan rm3300..montlhy rm929..jika si peminjam settlekan tunggakan adakah kes akan selesai?