Prosedur Undang Undang Pinjaman Kereta (Sewa Beli) Bahagian 4 – Sambung Bayar

sambungbayar
 

FENOMENA “SAMBUNG BAYAR”

 
Sesiapa yang pernah belajar “marketing” atau asas ekonomi, mesti pernah mendengar terma terma “needs and wants” (keperluan dan kemahuan), “supply and demand” (penawaran/pembekalan dan permintaan) dan juga “niche market” (pasaran “unik” atau suatu jenis pasaran yang tidak didapati secara meluas tetapi ada yang memberi perkhidmatan atau barangan tersebut dalam segmen pasaran yang lebih kecil)
 
Mungkin anda tertanya tanya apahal pulak tiba tiba cerita pasal marketing ni? Ada sebabnya dan ia berkait rapat dengan topik kita. Harap bersabar sekejap. Berbalik kepada cerita marketing tadi. Apabila ada kemahuan atau keperluan kepada sesuatu barangan atau perkhidmatan, ia akan menjadi permintaan untuk membeli barangan tersebut.
 
Jika barangan tersebut tidak terdapat dipasaran biasa seperti kedai runcit atau supermarket, pembekal atau individu atau syarikat akan dicari untuk mendapatkan barang atau perkhidmatan “unik” tersebut dan jika ada, maka ia dinamakan suatu “niche market” bagi barangan atau perkhidmatan tersebut kerana pasarannya terhad dan khusus kepada yang “minat” sahaja. Lama kelamaan barangan itu akan menjadi popular dan seterusnya apa yang terdapat secara terhad akan menjadi sesuatu yang biasa atau “mainstream” atau ia kekal sebagai “niche market” yang popular.

 

 

SAMBUNG BAYAR DULU DAN SEKARANG

 
Suatu “perkhidmatan” yang agak “popular” dikalangan masyarakat yang boleh dikategorikan sebagai “niche market” ialah perkhidmatan “sambung bayar” kereta. Benda ni dah wujud sejak sekian lama dahulu biasanya berlaku apabila seorang Penyewa sudah tidak mampu membayar ansuran bulanan dan meminta orang lain untuk “menyambung” bayaran ansuran dengan  Bank . “Pembeli” atau si “Penyambung Bayar” akan diminta membayar sejumlah wang sebagai deposit atau diminta untuk melunaskan tunggakan bulanan sebagai “deposit” dan suatu perjanjian akan dimeterai diantara mereka iaitu “Penyambung Bayar” akan meneruskan pembayaran sehingga tamat tempoh ansuran, urusan cukai jalan akan diuruskan oleh Penyewa asal atau “broker”kerana masih lagi terikat dengan nama dan hutang di Bank dan beberapa syarat yang telah dipersetujui bersama. Surat perjanjian ada yang ditulis dengan tangan sahaja ditandatangani oleh kedua dua pihak beserta dengan saksi. Ada dalam sesetengah kes “Penyambung Bayar” adalah syarikat kereta terpakai yang telah “membeli” kereta dari Penyewa.
 
Dulu proses “sambung bayar” berlaku secara “gelap” dan senyap senyap antara kawan kawan, sedara mara, adik beradik atau melalui “consultant bergerak” yang dikenali melalui promosi “mulut ke mulut” (word of mouth). Akan tetapi terdapat banyak  masalah yang berlaku antaranya kesukaran membuat cukai jalan kerana “geran” kereta disimpan oleh Bank (tapi kadang kadang ada kes cukai jalan dibuat tanpa geran ..hmmm), Bank tidak mahu memperbaharui cukai jalan kerana ada tunggakan, perjanjian “sambung bayar” yang tidak kukuh (Penyewa masih terikat dengan Bank) , kereta terlibat dengan jenayah dan yang paling utama sekali “Penyanbung Bayar” tidak mampu lagi atau tidak mahu meneruskan bayaran dan membuat satu lagi perjanjian “sambung bayar” dengan orang lain dan seterusnya berlaku penjualan dari tangan ke tangan dan akhirnya kereta akan di”piang” iaitu kereta dijual secara “timbang kati” dikawasan pendalaman dengan tiada niat langsung untuk membayar dan kadangkala sekadar menunggu untuk di “jual balik” atau “buyback” oleh Bank. Suatu “perniagaan” yang menguntungkan juga (pada yang pegang kereta lah, bukan Penyewa) .
 
Sekarang zaman sudah berubah dan dalam zaman teknologi yang serba canggih, “perkhidmatan” ini di iklankan tanpa segan silu di laman laman sosial terutamanya dan juga di suratkabor. Menyedari tentang beberapa “kelemahan” proses sambung bayar, beberapa “penambahbaikan” dan “innovasi” telah dibuat bagi mengurangkan risiko kepada Penyewa antaranya ialah:
 
1) Perjanjian atau penyerahan kereta disertakan dengan lapuran polis (atau buat kat balai polis terus) supaya jika berlaku apa apa masalah seperti kereta terlibat dalam kes jenayah, senang nak cari siapa yang “last” sekali pegang kereta.
 
2) Perjanjian lebih “professional” yang mungkin diolah oleh Tuan Loyar atau orang yang biasa dengan terma terma undang undang. Kalau Tuan Loyar yang “draft” kira “berat nanang” jugaklah sebab sudah semestinya dia tahu perjanjian ini tidak akan “melepaskan” Penyewa dan Penjamin dari tanggungan hutang dengan Bank. Walau apapun, perjanjian ini akan di “matikan” setem dan memberikan sedikit sebanyak “ketenangan” atau bak kata omputeh “the feel good factor” tentang “keselamatannya” walaupun hakikatnya tidak begitu.
 
3) Masalah “susah” buat cukai jalan tidak timbul lagi kerana ada perkhidmatan “online” seperti “MyEG” yang tidak memerlukan “geran”. Tambahan lagi, Bank tidak ada hak untuk menyimpan “geran” kereta yang dulunya digunakan sebagai “senjata” untuk memaksa Penyewa membuat bayaran apabila tiba masa untuk buat cukai jalan.
 
Perkara ini ada diperuntukan dibawah Akta Sewa Beli 1967 (Pindaan 2010) di bawah Seksyen 4E seperti yang ditunjukkan dibawah:
 
registrationcard
 
Terjemahan bebas:
 

Sijil Pendaftaran Kereta Motor

4E (1) Dimana barangan yang terdapat didalam Perjanjian Sewa Beli ialah kereta motor, Penyewa boleh membuat permohonan bertulis kepada Pemilik/Bank untuk menyimpan sijil pendaftaran kereta motor tersebut.

(2) Pemilik/Bank mestilah, selepas menerima permohonan daripada Penyewa dibawah Sub Seksyen (1) diatas, menyerahkan sijil pendaftaran kereta motor kepada Penyewa.

(3) Bagi tujuan Sub Seksyen (1) diatas, sijil pendaftaran juga termasuk buku pendaftaran.

(4) Pemilik/Bank yang melanggar Sub Seksyen (1) diatas, adalah melakukan kesalahan dibawah Akta ini.

Jadi selagi bayaran dijelaskan tepat pada waktunya dan tiada kes kes berat yang melibatkan jenayah atau kemalangan (itupun boleh “settle” sebenarnya, hanya panggil Penyewa untuk “muncul” semula) proses “sambung bayar” sudah dikira “selamat”.

 

 

REAKSI BANK TERHADAP PROSES SAMBUNG BAYAR

 
Selalunya Bank tidak tahu tentang perkara ini sebab bila bayaran ok dan “tip top”, tidak ada “loceng amaran” yang berbunyi. Bank akan mendapat tahu tentang perkara ini apabila:
 
1) Bayaran kereta tertunggak berbulan bulan dan kereta tak dapat dikesan dan Penyewa akhirnya mengaku bagi orang lain untuk sambung bayar apabila di “gasak” dengan panggilan telefon, surat peringatan, surat Tuan Loyar atau Saman.
 
2) Penjamin “pecah lubang” sebab bosan dan “fed up” asyik di “gasak” dengan panggilan telefon, surat peringatan, surat Tuan Loyar atau Saman sebab ansuran tak bayar.
 
3) Kereta terlibat dengan jenayah seperti rompakan, penyeludupan dan lain lain jenayah dan tersadai kat balai polis. Penyewa yang kena “soal siasat” mengaku kereta bagi orang lain sambung bayar sebab dia yang kena tuduh kerana kereta atas nama dia atau pihak polis menghubungi Bank secara terus.
 
4) Kereta terlibat dalam kemalangan dan melibatkan tuntutan insuran samada “total loss” atau tersadai kat bengkel untuk repair dan pihak Bank akan dimaklumkan oleh workshop sebagai Pemilik sebenar.
 
5) Hasil lawatan team “CSI” ke rumah Penyewa dan jiran jiran yang “prihatin” pulak “pecah lubang” bahawa kereta “dah lama tak nampak” atau “kereta dah jual lama dah” dan beberapa maklumat lain yang tak ada kena mengena dengan hutang. Mereka pulak merasa “gumbira” mendapat “maklumat” baru tentang Penyewa untuk modal umpatan yang baru.
 
6) Bank menerima panggilan “misteri” dari seseorang yang tidak mahu dikenali yang memberi maklumat tentang aktiviti sambung bayar. Boleh berlaku tidak kira samada bayaran “cun” atau tidak. Jadi Bank akan menyiasat perkara ini dan Penyewa pun ter”kantoi”.
 
Bila Bank dah tahu dan akaun pulak tertunggak, maka segala “aset” Bank dari bahagian “Tarik Menarik” kereta akan dikerahkan untuk mengambil kembali kereta atau tindakan sewajarnya akan diambil mengikut situasi samada perlu kepada “buyback” kereta dan juga menghantar team “CSI” ke lokasi workshop insuran. Tindakan perlu pantas untuk mengelakkan kehilangan kereta dan kerugian yang lebih besar.
 

APA HUKUMAN SAMBUNG BAYAR DALAM AKTA SEWA BELI?

 
Apakah hukuman yang diperuntukan bagi kes sambung bayar ini? Ia disebutkan di sini di Seksyen 38
 
fraudsale

 


 
Terjemahan bebas:
 
Penjualan kereta secara tidak sah oleh Penyewa
 
38. Setiap orang yang, melalui pelepasan atau penjualan apa apa barangan (dalam kes kita kereta) yang terdapat didalam perjanjian sewa beli, atau dengan mengalihkan barangan tersebut, menipu atau cuba menipu Pemilik adalah melakukan kesalahan dibawah Akta ini dan akan, apabila disabitkan kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM30,000 atau penjara tidak melebihi TIGA tahun atau kedua duanya sekali.
 
Dibawah ini pula ialah Seksyen 16(2) (dalam kotak merah) dimana Pemilik tidak perlu mematuhi Seksyen 16(1) untuk menarik kereta jika ada sebab yang menasabah untuk mempercayai bahawa barangan (kereta) yang terdapat didalam perjanjian sewa beli akan dialihkan atau disembunyikan oleh Penyewa yang bercanggah dengan peruntukan peruntukan didalam perjanjian, tetapi BEBANAN ATAU TANGGUNGAN UNTUK MEMBUKTIKAN PRASANGKA TERSEBUT TERLETAK PADA PEMILIK/BANK. 
 
assign1

 

Disini ada suatu dilema bagi yang membuat “sambung bayar”. Kita dah cerita sebelum ini bahawa untuk “memperkukuhkan” atau “memperkemaskan” urusan sambung bayar, penyerahan kereta akan dibuat dibalai polis beserta repot atau dengan membuat repot polis beserta dengan perjanjian “jual beli”. Sebenarnya inilah adalah bukti yang diperlukan oleh Bank untuk mengambil tindakan diatas.
 
Dibawah ini pula dibawah Seksyen 37 dimana apabila Bank mengesyaki bahawa kereta tiada lagi berada disimpanan Penyewa, Bank pada bila bila masa boleh memberi notis bertulis kepada Penyewa untuk menyatakan secara bertulis dimana kereta berada, atau jika kereta tidak ada didalam simpanannya, kepada siapa dia menghantar kereta tersebut dan dalam keadaan apa dia telah kehilangan pemilikan kereta tersebut. Mana mana Penyewa yang gagal memberi jawapan bertulis dalam masa 14 (EMPATBELAS) hari selepas menerima notis dari Bank atau memberi keterangan palsu adalah melakukan kesalahan dibawah Akta ini.
 
assign3
 
Jadi begitulah peruntukan peruntukan yang ada yang membolehkan Bank mengambil tindakan keatas Penyewa jika ada prasangka bahawa kereta telah tiada dalam pemilikan Penyewa.

 


 

“SAMBUNG BAYAR” ALA BANK atau BANK’S STYLE

 
Satu persoalan akan timbul pulak iaitu Bank tak ada ke proses “sambung bayar” yang mengikut undang undang dalam Akta? Jawabnya ada dan ini peruntukannya:
 
assignment
 
Intipati (terjemahan bebas) dari Seksyen 12 diatas ialah:

(1) Segala hak, penamaan dan kepentingan Penyewa dibawah perjanjian sewa beli boleh di serahhak (assignment) dengan persetujuan Pemilik, atau jika persetujuan Pemilik telah dihalang secara tidak menasabah, tanpa persetujuan Pemilik.
 
(2) Selain dari apa yang diperuntukan dalam seksyen ini, tiada bayaran atau apa apa balasan diperlukan oleh Pemilik untuk persetujuannya dalam pemberian serahhak (assignment) ini seperti yang disebut didalam Sub Seksyen (1) dan apabila Pemilik meminta bayaran atau lain lain balasan untuk persetujuannya, persetujuan itu akan dikira sebagai persetujuan yang dihalang atau ditahan.
 
(3) Dimana, atas permintaan Penyewa dibawah perjanjian sewa beli, Pemilik gagal atau enggan memberi persetujuannya, Penyewa boleh membuat permohonan di Mahkamah Tinggi untuk satu Perintah bahawa persetujuan Pemilik untuk serahhak (assignment) telah dihalang secara tidak menasabah
 
(4) Sebagai syarat untuk memberi persetujuan untuk serahhak (assignment) segala hak, penamaan dan kepentingan Penyewa dibawah perjanjian sewa beli, Pemilik boleh meminta atau menetapkan bahawa segala tunggakan ansuran hutang dijelaskan dan mungkin memerlukan Penyewa dan “Assignee”:
 
(a)  melengkapkan borang dan menghantar kepada Pemilik dimana tanpa prejudis atau memudaratkan kesinambungan tanggungan Penyewa dan “Assignee” bersetuju untuk bertanggungjawab secara peribadi untuk membayar baki ansuran bulanan sehingga tanat tempoh pinjaman dan mematuhi segala syarat dan peruntukan yang terdapat didalam perjanjian sewa beli yang masih berbaki dan Assignee “melepaskan” Penyewa dari tanggungannya.
 
(b) membayar kos yang menasabah yang ditanggung oleh Pemilik iaitu kos setem dan perjanjian dan yang setara dengannya.
 
(5) Keengganan Pemilik  memberi persetujuannya dalam pemberian serahhak (assignment) ini seperti yang disebut dalam Sub Seksyen (1) atas alasan Pemilik memerlukan Penjamin yang lain atau tambahan Penjamin dikira sebagai sesuatu yang tidak menasabah:
 
(a) Dimana Penjamin perjanjian sewa beli yang asal telah bersetuju untuk menjadi penjamin kepada perjanjian serahhak ini atau
 
(b) Dimana “Assignee” telah memberikan jumlah penjamin yang sama seperti yang telah diberi oleh Penyewa untuk menjamin tanggungjawabnya didalam perjanjian sewa beli.
 
Jadi kita boleh lihat bahawa proses “sambung bayar” Bank melibatkan proses permohonan dan saringan yang sama seperti memohon pinjaman yang baharu. Oleh itu “Assignee”yang nak memohon sambung bayar atau “assignment” itu perlu mempunyai kelayakan untuk memohon seperti gaji cukup dan takde blacklist. Dari segi “logik akal”, kalau bukan sebab “terpaksa” atau sebab kekeluargaan, lebih baik dia ambil kereta baru sebab dia layak memohon sendiri nak sambung sambung buat apa ye tak? Kalau geng “blacklist” memang awal awal lagi kena reject sebab Bank akan kata “ada hati” nak ambil alih pinjaman dari “bakal blacklist” jugak. Sebab tulah tak ramai yang nak buat assignment sebab kata mereka banyak “songel” walaupun ia yang paling selamat dan nama atas geran adalah pemilik yang baru.

 

KESIMPULAN

 
Inilah dia “niche market” bagi perniagaan “sambung bayar” yang jauh lebih “flexible” dari Bank punya walaupun ada risikonya. Ini kerana yang “layak” memohon ialah yang “tak layak” memohon kat Bank seperti Blacklist dan Bankrap. Pilihan kereta pun “macam macam ada” seperti yang anda boleh lihat sendiri dalam internet. Kadang kadang yang Blacklist dan Bankrap ni memang ada duit dan berkemampuan tetapi mungkin semasa muda muda dulu kurang pengalaman menguruskan kredit dan masalah lain yang menyebabkan nama mereka sangkut dan tak boleh ambik pinjaman lagi. Seperti yang saya sebut diawal artikel, bila ada keperluan akan ada permintaan dan akan ada penawaran lebih lebih lagi di zaman internet, tablet dan “smartphone” dengan gambar dan suara siap boleh “chit chat” lagi “nego” harga.
 
Kepada “pengusaha pengusaha” perniagaan “sambung bayar”, jangan bimbang, artikel ini tidak akan menjejaskan bisness anda kerana “keperluan” untuk “perkhidmatan” ini akan sentiasa ada walaupun sedar akan risiko yang bakal ditanggung lebih lebih lagi dengan harga kereta yang melambung tinggi dengan tempoh bayaran yang lama. “Kemurahan hati” pengedar dan wakil penjual kereta dan “kerjasama” dari pihak Bank untuk memberikan pinjaman 100% walaupun “sudah terang lagi bersuluh” melanggar Akta Sewa Beli 1967 (Pindaan 2010) memburukkan lagi keadaan dimana Penyewa kena membayar lebih dari yang sepatutnya sebab takde deposit (full loan) dan insuran tahun pertama pun “bungkus sekali” dalam ansuran bulanan.

 

 
Kalau nak diikutkan betul betul Akta ini dan jika penguatkuasaan dibuat dengan tegas setegas tegasnya, maka akan penuhlah penjara dengan CEO, Pengarah, Pengurus, Pegawai dan Kerani Bank dan banyaklah denda yang dikutip. Penjual kereta dan Penyewa juga ramai yang akan masuk penjara kerana bersubahat dan juga kerana kesalahan kesalahan yang lain yang ada dalam Akta ini. Senarai hukuman bagi sesiapa yang melakukan kesalahan dibawah Akta Sewa Beli 1967 (Pindaan 2010) ada disebutkan di  https://www.ceritahutangbankdananda.com/2014/10/prosedur-tindakan-undang-undang-pinjaman-kereta-sewa-beli-bahagian-1/.Jenuh nak bagi makan dalam penjara. Kenapa? Saya tak tahu. Itu kena rujuk kepada pihak pihak yang berkenaan. Tekaan rambang saya ialah atas faktor ekonomi.
 
Sekarang pun Bank Negara menasihatkan Bank Bank supaya jangan “galak” sangat nak tarik kereta sebaliknya meng”galak”kan Bank Bank supaya memberi “ruang bernafas” kepada Penyewa Penyewa dan Peminjam Peminjam dari segi penyusunan semula pembayaran dan mengetatkan syarat bagi pinjaman pinjaman yang baru. Bank Bank pun tahu kalau tarik kereta secara “berkelompok” dan “brutal” macam pada tahun tahun 1997 – 2000 akan menyebabkan kerugian yang banyak dan untuk menampung kos operasi, kena buat banyak loan lagi tetapi pinjaman telah dibekukan kerana kemelesetan ekonomi. Jadi kena lebih berhati hati pada “kitaran” “”economic cyclone” kali ini.
 
Begitulah secara “ringkas” siri tindakan undang undang bagi pinjaman kereta dibawah Akta Sewa Beli 1967 (Pindaan 2010). Saya harap para pembaca memperolehi manfaat dari tulisan saya ini. Oh ya! Lupa nak bagitau bahawa tidak kira samada pinjaman itu adalah yang “tak Islam” atau yang “Islam”, ia tetap tertakluk kepada Akta ini dan begitu juga dengan pinjaman pinjaman yang lain kerana apabila ada pelanggaran syarat dan percanggahan pendapat, semuanya akan dirujuk ke Mahkamah Sivil dan bukan Mahkamah Syariah. Undang undang ini pun di”cilok” dari undang undang British jadi walaupun telah melalui beberapa pindaan untuk menyesuaikannya dengan “perasa tempatan” (terjemahan “local flavour” sebenarnya) ia mesti digunapakai oleh Bank Bank “Muallaf” yang telah masuk “Islam”. Lagipun kedua dua jenis Bank ini dibawah bumbung atau kaunter yang sama. Cuma staff aje tak pakai baju “separuh separuh” macam muka “Two Face” Harvey Dent dalam cerita Batman.

Leave a Reply / Masukkan Komen Anda

    • Wa’alaikumussalam Jay

      Biasanya nak tarik kereta melalui Bank dan Agen berdaftar dengan KPDNKK. Nak tarik kereta siapa? Masih ada loan dengan Bank?

  1. Salam Sejahtera Bro

    i ade kereta persona tahun 2012 , i telah jumpa member untuk buat sambung bayar dengan depo rm5500 pada tahun 2013 melalui pesuruhjaya sumpah siap ngan ic , dari tahun 2013 sampai 2017 dia punya 22 saman polis and jpj ,setiap saman dia dapat i nasihat dia supaya settle cepat, tapi dia bussiness man kata buzy sampai sekrg berbukit saman , but payment keta cantek every month, then suddenly last month dia kata dia nak bagi balik kereta kat i ,sbb bussines dia K.O , i pun financial dah stable sekarang hutang keta dah tinggal 20k je, i no problem ambil balik keta, but saman dia kata tak de duit pulak nak settle , pening dia buat i sekarang? macam mana i nak route semua saman pada dia nie bro? i kena bawa dia ke balai takut dia tak mai plak.. pening nie.. need ur advice bro

    • Salam Sejahtera Tuan Steven

      Kereta masih berdaftar dengan nama Tuan. Kalau ikut prosedur JPJ pun kalau nak tukar nama Saman tetap kena bayar walaupun Saman dikeluarkan atas pemandu lain tapi menggunakan kereta Tuan. Kalau saman “ekor” pun tak silap saya perlu menghadirkan diri ke Mahkamah. “Perjanjian” sambung bayar dengan Pesuruhjaya Sumpah adalah terbatal dengan sendirinya kerana Perjanjian Asal dan Pemilik berdaftar tidak bertukar. Apa yang boleh buat sekarang ialah gunakan dokumen surat sumpah tersebut untuk meminta budi bicara polis trafik untuk memberikan “diskaun” kepada saman saman tersebut.

  2. Assalam Encik,
    Saya nak minta pendapat,
    Saya telah jual kereta wish saya kpd satu broker yg dtg kpd saya semasa kereta ditarik oleh bank.
    Dia bayar kpd saya RM10000 dan cari buyer lain utk sambung bayar. Oleh kerana saya mmg dalam kesusahan, saya terima tawaran tersebut.

    Setelah kereta dijual, saya dapati kereta dijual dengan deposit harga rm26,000.

    Saya cuba dapatkan semula kereta setelah 4 bln dijual dan akan membayar deposit rm10,000 memandangkan perniagaan dah OK tetapi buyer baru enggan kerana dia dah spent byk utk kereta. Saya pun OK je nak bayar semua yg buyer tu spent tapi dia menghilangkan diri.

    Baru2 ni, bank call mengatakan kereta sudah tidak bayar masuk 3 bln dan akan ditarik.

    Boleh bg pendapat x apa yg terbaik yg boleh saya buat. Saya ingat nak buat laporan polis dan ambil semula kereta saya.

    Harap bantu.

    • Wa’alaikumussalam Tuan Kamarul

      Bagi maklumat dimana kereta berada dan biar Bank tarik. Selepas ditarik, bayar tunggakan dengan kos tarik dan lain lain kos. Tak perlu bayar apa apa kepada “buyer” baru sebab kereta bukan dia punya pun. Tak ada hak nak mintak dengan Tuan pun. Bagi maklumat segera sebelum kereta menghilang. Buat lapuran polis pun boleh atas dasar kereta digunakan tanpa kebenaran dan “pembeli” gagal membayar hutang walaupun alasan sebegini “tidak berapa kuat”. Tapi atas dasar “pembeli” pertama yang telah mungkir janji untuk menjualkan kereta.

  3. Salam encik,saya nak buat sedikit pertanyaan
    )saya ada kereta baru yang dibeli pada tahun 2014 tetapi,pada tahun 2016 saya diberhentikan kerja dan tidak dapat meneruskan pembayaran iaitu tertunggak 6 bulan..bolehkah saya reschedule pembayaran memandangkan saya telah dapat kerja baru?kerana saya tidak mampu membayar tunggakan sekaligus..kereta saya sorok skrg ni..
    apa solution terbaik bagi saya?

    • Wa’alaikumussalam Dini

      Bab resechedule ni kena bincang dengan Bank. Buat permohonan bertulis. Buat salinan kedua kepada Bank Negara. Kalau Bank reject boleh cuba buat rayuan ke Bank Negara menggunakan surat yang dihantar. Tunggakan 6 bulan. Cuba check juga samada tindakan undang undang sudah berjalan.

      • kalau tindakan undang2 dah keluar x boleh buat permohonan bertulis ke?
        saya betul2 nak nk bayar sebab baru dapat kerja yg baru..
        saya btul2 buntu..

        • Assalamualaikum Dini

          Rundingan boleh dibuat bila bila masa. Saya bagi contoh surat rayuan disini. Ubah Secukup rasa:

           

          CONTOH SURAT CADANGAN PEMBAYARAN
          Tarikh
           
          Nama Peminjam
          Alamat
           
          Tuan Pengurus
           
          Nama Bank
          Alamat Bank
           
          U.P. Kalau tahu nama Pengurus atau Pegawai
           
          Tuan
           
          Per: No Akaun
          Nama Peminjam
           
          PERMOHONAN MEMBUAT CADANGAN PEMBAYARAN TUNGGAKAN HUTANG
           
          Perkara diatas adalah dirujuk.
           
          SITUASI 1
          Saya ingin membuat cadangan pembayaran bagi baki tunggakan hutang kereta selepas lelongan. Saya dengan ini merayu kepada pihak Tuan untuk memberikan jumlah penyelesaian penuh tanpa ada lagi kiraan faedah sebanyak RM________ termasuk kos guaman dan kos mahkamah jika ada.
          Saya sanggup membuat bayaran sebanyak RM……… (bergantung kepada Bank – biasanya 30 -50% dari jumlah keseluruhan) dan seterusnya bayaran bulanan sebanyak RM_______ (atau berapa yang mampu) sehingga penyelesaian penuh.
           
          SITUASI 2
           
          Saya telah menerima salinan Penghakiman bertarikh …….. bagi hutang berjumlah RM ………. beserta dengan kos mahkamah. Saya dengan ini merayu kepada pihak Tuan untuk memberikan jumlah penyelesaian penuh tanpa ada lagi kiraan faedah sebanyak RM________ termasuk kos guaman dan kos mahkamah.
           
          Saya sanggup membuat bayaran sebanyak RM……… (bergantung kepada Bank – biasanya 30 -50% dari jumlah keseluruhan) dan seterusnya bayaran bulanan sebanyak RM_______ (atau berapa yang mampu) sehingga penyelesaian penuh.
           
          Saya harap pihak Bank boleh mempertimbangkan permohonan saya kerana saya… (isikan apa apa alasan dan masalah masing masing)
           
          Yang benar
           
          ………………

          Buat appointment dan bawa surat ini. Mesti ada “perbezaan pendapat” tapi dengan berjumpa sendiri adalah lebih baik dan “personal”. Biasanya Bank akan kata “kita akan tunggu kelulusan Head Office” tapi dengan jumlah yang tak berapa banyak ni saya rasa boleh dapat persetujuan. Itu terpulang kepada peminjam dengan “kebijaksnaan rundingan” masing masing. Kalau nak buat cerita sedih jangan ter”over” sudahlah nanti orang menyampah pulak. Buat style “serious dan professional” pun boleh janji boleh dapat hentikan jumlah tu. Ingat pada masa ini Bank yang “berkuasa” kita hanyalah “perayu” jadi berfikirlah dengan waras dan rasional.

  4. salam sejahtera bang, sy ada masalah sikit pasal sambung loan kereta dan perlu pandangan dan nasihat. pada august 2012, ayah sya telah menyambung loan kereta milik saudara sekampung dia. ayah pula masa tu berada di luar negara jadi tinggal la saya (masa tu 20 tahun) temankan mak untuk berurusan. jadi atas dasar persaudaraan, kedua pihak bersetuju melalui surat perjanjian (antara kedua pihak sahaja) bahawa 1) kami beli kereta tersebut dengan bayaran 5k 2)kereta tersebut masih ada 5 tahun baki bank 3)kami akan membayar bulanan dan bila dah habis bayaran (sekitar hujung tahun 2017), maka proses tukar nama akan dibuat. jadi masalah timbul tahun ni bila ayah minta kami minta statement bank (statement bank tu saudara ayah yang ambil dari bank), baru saudara tu bagitau yang kereta tu masih ada baki sampai 2019. maknanya pada tahun 2012, kereta tu sebenarnya masih ada baki 7 tahun dan bukan 5 tahun seperti yang dipersetujui. jadi saya rasa tertipu dan tidak adil dengan apa yang suda berlaku. sedangkan perjanjian tersebut dibuat atas dasar kepercayaan sesama saudaraa. jadi persoalan saya sekarang, pada pendapat abg, apa tindakan yang perlu dan boleh sya buat?

    • Salam Sejahtera Gibrel

      Masalahnya ialah Tuan TIDAK BOLEH BUAT APA APA melainkan mengharapkan “belas kasihan” saudara tersebut. Harus diingat nama di geran kereta adalah nama beliau dan apabila sampai masa untuk tukar nama, beliau perlu ke JPJ untuk CAP JARI bagi pengesahan. Marah marah atau “memutuskan hubungan” akan lebih menyusahkan anda dan keluarga. Kalau beliau mahu, beliau boleh menuntut kenderaan tersebut dan megatakan “Thank you very much”. ‘Sakit” dan mengecewakan tetapi itulah hakikatnya.

  5. As salam. Ada masalah sikit and nak minta pamdangan. Sy ada kereta proton. Hutang masih rm 45k. Kereta itu sy dah tolak dengan agen jual kereta sy pun beli kereta baru daripada kedai tersebut. And agen jual keretan itu ada bagi surat yang menyatakan akan membayar penuh baki. Semasa proses beli sy sain lah pelbagai surat termasuk pindah hak milik. Setelah setahun sy di hubungi pihak bank menyatakan ada tunggakan 3 bulan. Konfius juga rasa sedagkam dah di jual kereta. Sy pergi balik syarikat kereta tersebut dan mereka menyatakan manager yg sain surat tersebut dah berheti. Surat yang di berikan juga tidak valid lagi. Skrg kereta tak tahu ke mana. Sapa yang guna pun tak tahu. Minta pandangan apa yang perlu sy buat

    • Wa’alaikumussalam Arell

      Buat lapuran polis berkenaan dengan kedai kereta yang telah mungkir janji untuk menukar nama kereta yang telah dijual. Kalau surat itu adalah surat dari Syarikat walaupun manager dah berhenti, ia tidak semestinya bermakna ia “tidak laku” lagi kerana biasanya “manager” akan sain surat atas kapasiti mewakili syarikat. Pada saya ia adalah penipuan dan harus diadukan.

      Tuan boleh juga buat semakan rasmi di JPJ tentang butir butir terkini kereta tersebut seperti Saman dan lokasi terbaru Road Tax diperbaharui. Sekurang kurangnya kita tahu secara umuum lokasi kereta tersebut. Maklumat ini boleh diberikan kepada Bank untuk cuba menarik balik kereta tersebut. Pihak kedai kereta akan cuba sedaya upaya untuk melepaskan diri mereka. Cuba juga adukan perkara ini ke KPDNKK dan juga PPIM jika ia boleh membantu menyelesaikan masalah ini.

  6. Salam Bang,

    Saya ingin penjelasan,dan mungkin juga jalan atau cadangan penyelesaian.
    Sya ada sebuah kereta Myvi (A)Tahun 2008 .Beli harga Rm45K lebih, Tahun 2008.
    Sehingga Tahun 2015 Bulan 4 saya telah membuat pembayaran .(Ketika itu ada tunggakan 2 Bulan masih ada).
    Selepas April 2015, saya dilanda masalah kewangan yang berat, Saya tidak dapat tanggung lagi pembayaran sehingga ia tertunggak melebihi 6 bulan pada September 2015 .
    Bulan September 2015 saya di telefon oleh Pegawai Bank (Ambank) , menyatakan sekerinya sya tidak dapat membuat penyelesaian ,segera, akan di ambil Tindakan Mahkhamah.

    Sebelum itu pada 8 Jun 2015 saya ada menerima Writ daripada pejabat peguam(lengkap dengan seal Mahkhamah) , menyatakan ammount yang dituntut adalah RM15,339.12 ( harga baki Kereta itu sehingga tempoh tamat bayar pada Jun 2016 ) .Sekali lagi saya menggigil kerana tiada duit untuk membayar.

    Dari situ saya mula mencari Buyer atau cuba untuk menjual. Malangnya ,kereta saya banyak yang perlu dibaiki,mengakibatkan Car Dealer hanya mahu mengambil 10K atau membeli dengan cukup2 harga tunggakan kereta itu. (disini sya minta pendapat ,perlu sya jual shja ke atau cari pembeli yang boleh membeli dengan harga sekitar RM16k )

    Sehingga hujung tahun 2015 saya masih tiada penyelesaian , saya berserah kepada Tuhan. Pada Mei 2016 saya telah mendapat pesanan ringkas dan juga panggilan yang saya yakin adalah Debt Collector ,meminta sya menjelaskan ammount sekitar RM15K lebih itu .Saya menyatakan saya tiada duit sebanyak itu ,ketika itu. Dan dia akur unutk beri tempoh 1 Bulan lagi unutk Penyelesaian .

    Setelah sebulan berlalu, saya masih juga tidak dapat menyelesaikan baki Tunggakan dan Jun 2016 merupakan Bulan terakhir bayaran ansuran kereta saya.( saya faham kenapa Bnk tidak tarik atau sita kerana ansuran yang telah saya bayar adalah telah melebihi 75% daripada harga kereta *(betulkan saya sekirnya saya silap). Dan saya terus dihubungi oleh Debt Collector ,tetapi pada masa dari Jun 2016 saya masih cuba mencari pembeli atau car dealer yang mahu mengambil kereta saya ,malangnya semua keberatan.

    Dan sehingga hari ini 06 Februari 2017 ( kereta Myvi saya ,masih saya gunakan ) , dan Debt Collector menyatakan bahawa bulan ini merupakan Bulan terakhir dia dapat pegang Kes saya ,seterusnya akan diserah kembali kepada pihak Bank ( * saya ingin penjelasan disini, adakah pihak bank sentiasa berhubung rapat dengan Debt Collector lantikan mereka? Atau ini salah satu helah Debt Collector?)*
    Saya telah dapat buyer , tapi malangnya ,dia tidak mampu cash . Perlu buat loan juga , dan saya kena tunggu .

    Persoalan saya :

    1) Kenapa Pihak Bank TIDAK menarik Kereta saya setelah Writ dikeluarkan?
    2)Apa itu Writ dan apa yang perlu kita buat setelah mendapatnya?
    3)Berapa lama lagikah masa yang saya ada untuk menyelesaikan masalah ini yang bermula dari Jun 2015 sehingga sekarang 2017?
    4)Apakah option terbaik saya.(jika membuat personal loan pun tidak lepas unutk cover semua tunggakan )?

    Saya mohon bantuan ,jasa baik dan pencerahan daripada abang.,Hanya Tuhan dapat membalas jasa dan keperihatinan abang.

    Terima kasih,
    Hamba lemah, dan letih..