Prosedur Undang Undang Pinjaman Kereta (Sewa Beli) Bahagian 4 – Cerita Lelong 88 Comments


lelongkeretamalay

PROSES LELONGAN AWAM

 

Setelah tempoh 21 hari Jadual Kelima tamat, Bank perlu menjual kereta yang ditarik balik untuk mendapatkan kembali “kos dan modal”nya. Pada zaman sekarang, Bank akan membuat lelongan awam untuk kereta kereta yang telah ditarik balik selalunya bertempat di stor simpanan kereta yang menjadi panel Bank siap dengan pelelong berlesen dengan “tukul kayu”nya.

Dulu Bank cuma perlu iklankan di surat khabar untuk “menjemput” orang ramai untuk memasukkan tender untuk membeli kereta tersebut dan kereta akan dijual kepada “pembida” yang tertinggi. Cara yang sebegini tidak boleh lari dari ekploitasi dan manipulasi “orang dalam” kerana ada dealer yang “kam cheng” dengan pegawai, kerani atau bos akan “potong” harga orang lain asalkan harga sama atau lebih dari harga yang disebutkan dalam Jadual Kelima. Bukanlah semuanya macam tu tapi yang penting bagi pihak Bank semua prosedur perlu dipatuhi dari segi penjualan dan harga dengan dokumen yang lengkap supaya tidak menimbulkan masalah tuntutan balas dari Penyewa dikemudian hari. Kalau harga tawaran orang ramai kurang dari harga dalam Jadual Kelima, Penyewa harus dimaklumkan tentang “harga” baru yang lebih rendah dan Penyewa diberi peluang untuk memperkenalkan individu yang boleh membeli kereta dengan harga tersebut secara TUNAI. Begitulah seterusnya sampai kereta boleh dijual.

 

 

Oleh itu penjualan secara lelongan awam serba sedikit boleh “menghilangkan” keraguan tentang manipulasi harga walaupun kemungkinan “pakatan sulit” diantara pembida pembida “tegar” masih boleh berlaku. Ini adalah kerana yang datang untuk membida biasanya adalah wakil wakil atau pemilik pemilik syarikat kereta terpakai dan individu individu yang yang “regular” pada setiap lelongan awam dan mereka mengenali antara satu sama lain walaupun bakal “berlawan” di medan lelongan.

Ada juga individu individu yang datang untuk membida untuk diri sendiri dan individu individu begini selalunya akan menjadi “mangsa buli” oleh geng geng yang dah “season” dengan “pakatan” yang tidak memerlukan perancangan secara lisan. Cukup dengan jelingan manja, naikkan kening , urut misai, garu kepala dan macam macam lagi isyarat masing masing  dengan taktik “Tidak Berminat Move” atau “Potong Mamat Tu Move” atau “Up Harga Sampai Mamat Tu Kena Bayar Lebih Move” dan lain lain “Move” yang memberi kelebihan kepada pembida yang berkepentingan dan sudah semestinya tidak melibatkan satay KAJANG atau KAJANG Pak Malau. Walau apa pun, lelongan awam masih dianggap sebagai yang paling “telus” sebab “permainan” dalam lelongan awam sukar dielakkan seperti juga lelongan rumah tak berbayar.

Menurut prosedur, acara lelongan akan di iklankan di suratkhabar tempatan biasanya 14 hari dari tarikh  lelongan dan Penyewa akan dimaklumkan juga tentang perkara ini seperti yang diperuntukan di Seksyen 18 (4)(a) dibawah.

 

fifthschedule4

 

Jikalau penjualan bukan melalui lelongan, Bank perlu juga memberi pilihan kepada Penyewa untuk membeli kereta tersebut jika harganya adalah lebih rendah dari harga yang disebutkan dalam Jadual Kelima.

Dengan keperluan memberi Notis, Iklan dan “tempoh bertenang” yang agak lama, biasanya status tunggakan akaun akan mencecah 5 bulan atau lebih sebab kadang kadang Bank perlu menunggu kereta kereta tarik yang lain yang belum “habis edah” atau “cukup umur” untuk dilelong supaya boleh dibuat sekaligus bagi menjimatkan masa dan kos.

 

Seperti yang telah ditunjukkan diatas, ada tiga (3) kemungkinan yang akan berlaku pada hari lelongan iaitu:

1) Jumlah lelongan melebihi jumlah hutang;

2) Jumlah lelongan kurang dari jumlah hutang: dan

3) Tiada bidaan diterima atau kereta tak laku

dan anda boleh lihat sendiri langkah langkah yang diambil untuk ketiga tiga situasi tersebut.

 

LANGKAH SELEPAS KERETA BERJAYA DIJUAL

 

Setelah selesai lelongan awam, katakan kereta telah berjaya dijual dan harga jualan tidak mencukupi untuk melangsaikan hutang yang tertunggak. Bank akan menghubungi Penyewa untuk memberitahu tunggakan yang masih ada dan meminta penyewa untuk membuat cadangan pembayaran.

Jika tiada maklumbalas dari Penyewa, Bank akan memulakan proses tindakan undang undang dengan menghantar surat atau notis tuntutan (Notice/Letter of Demand) melalui Tuan Loyar dan jika tiada maklumbalas pada masa yang ditetapkan, tindakan Saman akan dimulakan. Untuk ulangkaji tentang proses “Surat Loyar” dan Saman, anda boleh rujuk prosesnya di Proses Tindakan Undang Undang Pinjaman Peribadi Bahagian 1 dan Proses Tindakan Undang Undang Pinjaman Peribadi Bahagian 2 untuk pemahaman yang lebih baik. Saya rasa tidak perlu mengulanginya lagi disini sebab prosedurnya adalah sama.

 

 

HPLEGALPROCESS_MALAYP12

 
6
Setelah proses “ding dong” sana sini selesai, dianggarkan “umur” tunggakan sudah pun mencecah enam atau menghampiri tujuh bulan. Siasatan oleh team “CSI” masih berjalan untuk langkah seterusnya jika perlu.

 

LEGALPROCESSMALAYP5

Pada tahap tunggakan tujuh bulan, Bank sudah boleh membuat perancangan untuk mengambil tindakan undang undang yang sesuai.

HPLEGALPROCESS_MALAYP14

 

Untuk maklumat lengkap tentang jenis tindakan undang undang yang boleh diambil, sila rujuk disini: Proses Tindakan Undang Undang – Tindakan Penghakiman.

 


 

NASIB SI PENJAMIN

 
Sekarang kita sampai kepada bab penjamin. Biarlah gambar yang berbicara:

HPLEGALPROCESS_MALAYP15

 

Walaubagaimanapun, dalam Akta Sewa Beli 1967 (Pindaan 2010) ada beberapa peruntukan bagi Penjamin seperti yang ditunjukkan dibawah ini:

 

guarantor

 

Untuk menterjemahkan ayat ayat diatas, saya cuma boleh beri “terjemahan bebas” sebab ayat undang undang ni selalunya berpintal pintal supaya memberi ruang untuk Tuan Tuan Loyar membuat interpretasi masing masing dan berhujah untuk mendapat keputusan yang memihak kepada mereka. Antara intipati Seksyen Seksyen yang ditunjukkan diatas adalah seperti berikut:

1) Penjamin adalah terikat dengan Perjanjian Sewa Beli melainkan dalam keadaan keadaan yang tertentu

2) Tanggungjawab Penjamin masih berterusan walaupun kereta telah ditarik balik tidak kira samada kereta sudah diserahkan balik atau tidak melainkan Bank dan Penyewa ada membuat perjanjian yang baru.

3) Tanggungjawab Penjamin tidak boleh melebihi tanggungjawab Penyewa dengan apa yang diperuntukan dalam Perjanjian Sewa Beli

4) Seseorang Penjamin yang menunaikan tanggungjawabnya dan telah membayar apa jua bayaran kepada Pemilik iaitu Bank berhak untuk menuntut balik apa yang telah dibayarnya.

5) Hak Penjamin terhadap Pemilik/Bank – Penjamin boleh melepaskan dirinya pada bila bila masa dari tanggungan jaminan hutang dengan membayar hutang Penyewa kepada Bank.

6) Apabila bayaran hutang dibuat, Penjamin berhak untuk:

(a) Menyaman Penyewa atas nama Pemilik/Bank atas pelanggaran Perjanjian Sewa Beli oleh Penyewa tertakluk kepada Penjamin memperuntukan pampasan atas apa jua kos dan perbelanjaan tindakan tersebut atau menyaman atas nama Penjamin sendiri jika dia mengambil pemindahan hakmilik secara sah melalui undang undang keatas Perjanjian Sewa Beli tersebut.

(b) Mendesak untuk mengambilalih apa jua cagaran dan sekuriti yang telah diambil oleh Pemilik/Bank keatas Penyewa untuk memastikan Penyewa menunaikan tanggungjawabnya.

7) Penjamin jika ada apa jua tuntutan yang dibuat oleh Pemilik/Bank keatasnya mempunyai hak untuk “melepaskan” dirinya dari tuntutan balas yang dibuat oleh Penyewa terhadap Pemilik/Penyewa.

8) Hak Penjamin terhadap Penyewa – Penjamin berhak untuk diberi gantirugi atau pampasan oleh Penyewa terhadap tindakan Pemilik/Bank atau jaminan yang diberi.

9) Penjamin berhak untuk memaksa Penyewa untuk membayar ansuran bulanan yang termaktub dalam Perjanjian Sewa Beli setiap kali tempoh bayarannya sampai dan untuk tujuan ini Penjamin boleh memohon kepada Mahkamah Majistret untuk mendapatkan Perintah tersebut.

 

 

Fuh! Berbelit belit ayat. Tak tahu lah pulak ada ke tidak Penjamin yang melaksanakan haknya seperti yang diperuntukan. Biasanya payah sikit sebab lazimnya Penjamin agak rapat dengan Penyewa seperti Suami atau Isteri dan kawan kawan atau kenalan. Jadi samada Penjamin tidak tahu pun hak mereka atau tidak “sampai hati” untuk “menyakiti” atau “menyinggung” perasaan Penyewa atas dasar percaya atau takut dituduh tidak percaya kepada keupayaan Penyewa untuk bertanggungjawab. Dalam kebanyakan kes tak boleh percaya pun. Ramai Penjamin yang kena tindakan kebankrapan

Kalau nak saman balik Penyewa untuk bayaran yang dibayar oleh Penjamin, harapan untuk dapat balik duit pun susahlah jugak tapi bukanlah sesuatu yang mustahil. Dari segi logik akal, kalau Bank saman pun dia tak peduli, apatah lagi kawan kawan, adik beradik, suami atau isteri atau bekas suami dan bekas isteri melainkan jumlahnya banyak yang boleh membawa kepada kebankrapan atau yang berbaloi untuk dilakukan.

Kalau jumlah yang kecil, lebih kepada membazir masa dan wang. Tuan Loyar pun mungkin malas nak layan. Itulah nasib si Penjamin. Lagi parah kalau kereta kena “piang” atau dijual “tangan atas tangan” hingga hilang entah kemana. Bila ada “urusniaga” jenis “sambung bayar” yang juga berisiko untuk hilang kalau tak kena gaya, Penjamin jugak yang kena “share” tanggungan. Kalau setakat “share” status kat Facebook takpelah jugak ini kena pikul “biawak hidup”.

Masalah ini menjurus kepada persoalan dibawah:

 

HPLEGALPROCESS_MALAYP16

 

TOPIK SETERUSNYA: SAMBUNG BAYAR

 
Jadi selesailah sudah siri Prosedur Tindakan Undang Undang Bagi Pinjaman Sewa Beli khususnya untuk kereta. Cuma saya nak tambah sedikit selepas ini tentang aktiviti “sambung bayar” iaitu pro dan kontra dan juga implikasi undang undang dibawah Akta Sewa Beli 1967 (Pindaan 2010) supaya boleh memberi pemahaman yang lebih jelas.

 


Leave a Reply / Masukkan Komen Anda

88 thoughts on “Prosedur Undang Undang Pinjaman Kereta (Sewa Beli) Bahagian 4 – Cerita Lelong

  • Md Yani Sudirman

    Assalamualaikum…sy pernah jd penjamin kwn sy loan kereta second…lepas tu dlm bpe taun dia xmampu nk byr…lepastu dia menghilang…bank call sy dn suruh sy cari owner dan kereta tu sampai dpt…dia ckp klau kereta tu dh dilelong…status sy sebagai penjamin akan batal….betul ke?selepas beberapa tahun setelah kereta tersebut di lelong…krdt colector kol lg…dia suruh sy yg selesaikn…sbb dia xdpt cari owner…last sy cntct owner dia ckp mmg xnk byr…dia ckp kate dh kne lelong dhla…mcm mna nk settlekn mslh sy ni…owner enggan bayar…bolehkah sy tuk failkn saman ke atas owner…sy dh tukar no telefon tp bank still leh cari sy…tp owner susah tul dia.nk cari

    • Abu Ammar

      Wa’alaikumussalam Md Yani

      Dah berapa lama kereta ni dah dilelong? Kalau dah lebih 6 tahun tanpa ada tindakan undang-undang dari Bank maka ia dikira telah luput Had Masa untuk tindakan Mahkamah. Kalau Bank ambik jugak tindakan undang-undang boleh lawan dengan Akta Had Masa.

      Tentang nak saman kawan tu, hanya ada peruntukan Akta Sewa Beli untuk claim bayaran yang telah dibuat oleh penjamin. Kalau setakat Bank pun dia tak peduli, kita nak saman dia? Tak payahlah buang masa.

      Baca link link ini tentang proses melawan Bank mengikut Akta Had Masa dan tentang aduan kepada Bank Negara tentang gangguan Agen Kutip Hutang atas hutang yang dah luput had masa.

      https://www.ceritahutangbankdananda.com/?p=11016

      https://www.ceritahutangbankdananda.com/?p=11159

  • Mohd shauzi

    Assallamualaikum wbt…Tuan mohon pencerahan situasi saya.
    baru2 ini saya telah membeli sebuah kereta terpaksa Dan perjanjian sewabeli telah di tandatangan pada 16/03/2016…dengan sebuah syarikat kredit…Masalah saya syarikat penjual kereta terpaksa Masih tidak menyerahkan kan kereta kepada saya sehingga Hari ini 2/4/2017 atas alasan pembaikan terhadap kereta tersebut…saya hubungi pihak kredit kereta mereka nyatakan itu bukan urusan mereka Dan is urusan saya dengan syarikat kereta terpakai tersebut…saya tidak berpuashati kerana terpaksa membayar ansuran kereta walau tidak pakai kereta Dan pihak syarikat kereta terpakai Masih berdiam Dalik tentang tarikh bila sya boleh terima kereta.
    saya mohon nasihat Tuan dalam situasi saya…
    Boleh kah saya pulangkan kereta itu kepada syarikat kredit tersebut dengan membatalkan perjanjian sewabeli beli kereta tersebut yang Belum sampai sebulan.
    mohon Tuan dapat menjelaskan peraturan Dan implikasinya…bayaran pertama bermula 16/4/2017 ini..

    sekian .terimakasih
    mohd

    • Abu Ammar

      Wa’alaikumussalam Mohd Shauzi

      Saya rasa pinjaman ini adalah pinjaman Sewa Beli dibawah Akta Sewa Beli dan dibawah kawalselia KPDNKK. Sila buat aduan SEGERA supaya siasatan menyeluruh boleh dibuat lebih lebih lagi tentang tatacara pembelian kereta dan urusan pemberian pinjaman oleh Syarikat Kredit.

  • Arina

    Salam Tuan. Saya ada kereta berharga RM17K. Masa apply loan dulu ada bayar downpayment RM4K ( RM2,500 utk downpayment kat kedai jual kereta tu dan RM1,500 utk fix deposit kat bank ). Bayar installment bulan2 ialah RM270. Loan selama 5 tahun. Masalah sy sekarang ialah saya dah 3 tahun tak bayar keta saya atas pelbagai masalah yg sy hadapi. Saya pernah dapat SMS dan surat berkaitan keta sy tu. Keta ada lagi kat sy. Tiap tahun sy ada renew roadtax & insurans keta sy tu. Bila sy check dkt cawangan BNM tahun lps, ada dinyatakan di situ hutang sy berjumlah Rm17k. Jenis tindakan ialah Legal Action. Sy tanya pegawai yg keje kat kaunter BNM tu dia suruh sy tanya pihak bank. Betul ke sy masih boleh runding dgn bank dlm situasi sy ni ? Sy memang bercadang nk bayar balik keta sy tu memandangkn keta ada lg pd sy dan sy masih dpt renew roadtax & insurans mcm biasa. Keta sy tak ditarik balik mungkin sbb pihak mereka gagal menjejaki di mana sy berada sbb sy tak menetap di sesuatu tmpt. Sy selalu pindah. Mcm mana ye, sbb sy memang bercadang nk bayar semula ansuran keta tu mcm biasa tanpa perlu libatkan tindakan undang2…

    • Abu Ammar

      Wa’alaikumussalam Arina

      Cuba tanya dan bincang dengan Bank. Kita tak tahu setakat mana “Legal action” yang telah diambil. Masih ada ruang untuk perbincangan. Nak bayar “macam biasa” tu mungkin tak boleh sebab hutang dah lama sangat dan Bank dah keluar belanja tindakan undang undang. Sekurang kurangnya mesti ada “bayaran muka” 3 – 4 ribu dulu baru bayar bulan bulan. Itu selalunya yang boleh diterima oleh Bank

  • Anna

    Salam tuan, berapa hari yg lalu sy menerima tlpn dr bank yg menyatakn sy perlu bayar 12000 kpd pihak bank pd hari tu juga sblm jam 1 tgh.. utk batal surat mahkamah.. klau tidak dpt bayar ikut masa yg tlah dtetap kn surat mahkamah keluar harta akan disita dan tangkapan kpd penama… sy ada membeli kereta dan tertunggak 3 thn pembayaran.. kereta telah ditarik dan.dilelong bank setahun yg lalu..
    Sy tlh membuat pembayaran pertama kpd bank 5000 utk batal surat mahkamah..dan baki.7000 perlu dibayar hujung bln utk aktifkn a/c utk bayar ansuran.. jumlah hutang tertunggak rm 25000.. saya nak bertanya kpd tuan adakh itu memang prosedur bank..?

    • Abu Ammar

      Wa’alaikumussalam Anna

      Biasanya kalau ada panggilan atau ugutan tentang “surat Mahkamah” (entah surat apa entah) dan bayaran perlu dijelaskan sebelum waktu tertentu seperti “sebelum 1 tengahari” atau “sebelum 5 petang”, nak buat sitaan dan waran tangkap ini adalah Agen Kutip Hutang. Boleh baca (kalau belum baca lagi) koleksi TEMBERANG mereka disini:

      https://www.ceritahutangbankdananda.com/2017/01/himpunan-temberang-temberang-agen-kutip-hutang-2015-dan-2016/

      Kereta dah dilelong setahun lalu bermakna pinjaman sudah TAMAT dan hanya cadangan pembayaran yang diterima oleh Bank untuk melangsaikan hutang. “Aktifkan” ansuran apa benda pulak? Pergi ke Bank dan buat cadangan pembayaran yang teratur dan bertulis contohnya bayaran “pendahuluan” sebanyak RM5000 (contoh) diikuti dengan ansuran bulanan RM500. Kalau Bank bersetuju Bank akan keluarkan surat pengesahan kalau boleh tanpa apa apa caj interest lagi. Jangan main setuju apa apa tanpa ada pengesahan bertulis. Ini contoh surat cadangan pembayaran. Ubah secukup rasa:

       

      CONTOH SURAT CADANGAN PEMBAYARAN
      Tarikh
       
      Nama Peminjam
      Alamat
       
      Tuan Pengurus
       
      Nama Bank
      Alamat Bank
       
      U.P. Kalau tahu nama Pengurus atau Pegawai
       
      Tuan
       
      Per: No Akaun
      Nama Peminjam
       
      PERMOHONAN MEMBUAT CADANGAN PEMBAYARAN TUNGGAKAN HUTANG
       
      Perkara diatas adalah dirujuk.
       
      SITUASI 1
      Saya ingin membuat cadangan pembayaran bagi baki tunggakan hutang kereta selepas lelongan. Saya dengan ini merayu kepada pihak Tuan untuk memberikan jumlah penyelesaian penuh tanpa ada lagi kiraan faedah sebanyak RM________ termasuk kos guaman dan kos mahkamah jika ada.
      Saya sanggup membuat bayaran sebanyak RM……… (bergantung kepada Bank – biasanya 30 -50% dari jumlah keseluruhan) dan seterusnya bayaran bulanan sebanyak RM_______ (atau berapa yang mampu) sehingga penyelesaian penuh.
       
      SITUASI 2
       
      Saya telah menerima salinan Penghakiman bertarikh …….. bagi hutang berjumlah RM ………. beserta dengan kos mahkamah. Saya dengan ini merayu kepada pihak Tuan untuk memberikan jumlah penyelesaian penuh tanpa ada lagi kiraan faedah sebanyak RM________ termasuk kos guaman dan kos mahkamah.
       
      Saya sanggup membuat bayaran sebanyak RM……… (bergantung kepada Bank – biasanya 30 -50% dari jumlah keseluruhan) dan seterusnya bayaran bulanan sebanyak RM_______ (atau berapa yang mampu) sehingga penyelesaian penuh.
       
      Saya harap pihak Bank boleh mempertimbangkan permohonan saya kerana saya… (isikan apa apa alasan dan masalah masing masing)
       
      Yang benar
       
      ………………

      Buat appointment dan bawa surat ini. Mesti ada “perbezaan pendapat” tapi dengan berjumpa sendiri adalah lebih baik dan “personal”. Biasanya Bank akan kata “kita akan tunggu kelulusan Head Office” tapi dengan jumlah yang tak berapa banyak ni saya rasa boleh dapat persetujuan. Itu terpulang kepada peminjam dengan “kebijaksnaan rundingan” masing masing. Kalau nak buat cerita sedih jangan ter”over” sudahlah nanti orang menyampah pulak. Buat style “serious dan professional” pun boleh janji boleh dapat hentikan jumlah tu. Ingat pada masa ini Bank yang “berkuasa” kita hanyalah “perayu” jadi berfikirlah dengan waras dan rasional.

  • wan

    As salam tuan, ingin bertanya. Arwah isteri saya ada membeli kereta atas namanya dan sudah setahun arwah meninggal dunia. Keretanya masih berhutang lebih kurang 4-5 tahun dan minggu ini kereta akan ditarik oleh pihak bank kerana sy sendiri yang nak surender kereta tu. Semasa pembelian kereta tersebut, tiada guarantor. Sebelum ini, setelah beberapa bulan arwah pergi, saya bayar bulan2. Hinggalah di 4 bulan yg terakhir, saya tidak bayar atas sebab nak surender. Mohon pencerahan tuan berkenaan tindakan dari pihak bank, adakah mereka boleh tuntut bayaran dari saya sedangkan tiada guarantor? Apakah proses2 yg perlu saya lakukan seterusnya…? Terima kasih.

    • Abu Ammar

      Wa’alaikumussalam Tuan Wan

      Bank akan melelong kereta tersebut dan sudah semestinya akan ada baki yang akan dituntut. Jika Arwah isteri Tuan ada meninggalkan harta biasanya seorang pentadbir harta akan dilantik untuk mentadbir harta tersebut atau ada surat Kuasa/Perintah dari Mahkamah Syariah bagi pembahagian harta mengikut faraid. Jika jumlah nilai harta boleh “cover” baki hutang tersebut, maka Bank boleh menuntut atas dasar harta tersebut adalah kepunyaan Arwah. Kalau tidak waris yang hidup boleh membuat cadangan pembayaran untuk menyelesaikan hutang Arwah. Dari segi menuntut dari orang lain (tiada penjamin) tidak ada peruntukan undang undang selain dari menuntut dari Pemegang Amanah harta Arwah.

    • sazipon

      biasenya ada bayaran utk insuran yg akan cover loan bila peminjam meninggal dunia…..semak balik dgn bank ttg insuran ini atau hubungi persatuan insuran sama ada isteri ada insuran tersebut

  • malisa

    Selamat petang…ibu saya mendapat panggilan telipon dari bank yang mengatakan ibu saya mendapat surat waran tangkap dari bank dan akan ditangkap dalam masa 24 jam kerana tidak membayar tungakkan kereta..waran tangkap boleh ditarik balik sekiranya membayar rm5000..betul kah ada prosuder macam ni..

  • asrah

    assalammualaikum tuan,

    saya adalah penjamin.kereta daftar atas nama arwah mak.abg saya yang membayar tiap2 bulan.tp disebabkan masalah kewangan (4 Bulan) kereta telah ditarik..Pihak bank maklumkan kereta ini akan dilelong disebabkan tiada surat kuasa atau nama lain dari pemilik.
    Adakah saya sebagai penjamin bayar yang tertunggak dan ambil balik kereta itu.

    • Abu Ammar

      Wa’alaikumussalam Asrah

      Bila ada kematian, biasanya waris perlu mendapatkan surat kuasa dari Pemegang Amanah untuk mentadbirkan harta Arwah. Pengesahan dari Pejabat Agama juga perlu tentang pembahagian harta mengikut faraid. Penukaran nama dengan JPJ juga perlu kepada dokumen dokumen ini. Bagi pihak Bank, adalah lebih mudah bagi mereka untuk membuat penukaran nama kerana mereka masih lagi pemilik yang sah dan dokumen penukaran nama adalah berdasarkan dokumen penarikan balik kereta. Walaubagaimanapun, sebagai penjamin, Asrah masih ada hak untuk menyelesaikan tunggakan kereta tersebut dan menuntut supaya kereta diserahkan kepada Asra sebagai penjamin. Ini ada dalam peruntukan Akta Sewa Beli seperti berikut.

      Rights of guarantor against owner

      23. (1) The guarantor under this Part may at any time secure his discharge by paying the amount due to the owner from the hirer.

      (2) Upon such payment being made he is entitled to—

      (a) sue the hirer in the name of the owner for any breach of the hirer’s obligations under the hire-purchase agreement subject to providing the owner with a suitable indemnity for costs or sue in his own name if he takes a legal assignment of the hire-purchase debt;

      (b) insist upon the transfer to himself of all securities taken by the owner from the hirer to secure performance of the hirer’s obligations.

      Kalau boleh bawak berbincang dengan Bank lagi baik. Tetapi masalah ni banyak komplikasi atas sebab dokumen dokumen yang diperlukan dan Bank selalunya akan mintak penyelesaian penuh sebelum boleh mempertimbangkan cadangan serahan kereta kepada penjamin semula. Itulah masalahnya kalau ada baki penjamin pulak yang kena tuntut dari Bank.

      • asrah

        maaf tuan saya kurang paham..

        Setelah disemak, arwah mak saya telah serahkan tanah kepada kakak saya..
        Jadi marwah mak saya cuma ada kereta.
        Saya nak ambil balik kereta dan selesaikan bayaran tunggakan (4 Bulan) dan bukan sepenuhnya.
        Tapi pihak bank tak benarkan kecuali ada surat kuasa untuk ambil balik kereta . Jadi apa perlu saya lakukan untuk saya ambil semula kereta tersebut.

          • Asrah

            Assalammualaikum tuan..
            Di mana saya boleh dapatkan surat kuasa ye?
            Amanah raya tak boleh sebab masih berhutang dengan bank.
            Pejabat tanah sebab arwah mak tak ada tanah.

          • Abu Ammar

            Wa’alaikumussalam Asrah

            Salah satu pilihan ialah melalui Mahkamah Syariah dimana setiap seorang waris perlu hadir untuk proses verifikasi dan setelah Mahkamah berpuashati maka surat kuasa atau perintah pembahagian harta secara faraid akan dikeluarkan. Menurut seorang kenalan peguam kenalan saya, surat ini boleh digunakan dan biasanya pihak lelaki dengan bahagian terbanyak akan diberi amanah untuk mentadbirkannya. Boleh dapatkan maklumat lanjut dari Mahkamah Syariah. Proses ini memakan masa jadi kena banyak bersabar. Kalau dah ada lagi senang. Lagi ramai waris lagi complicated dan kita tidak tahu samada Bank boleh menunggu untuk tidak melelong kereta tersebut.

    • rose

      saya dapat panggilan berkenaan tunggakan pinjaman keta suda 60 bulan dengan baki rm11k++, minta settel rm5k kalu tidak pihak mereka akan menghubungi majikan. saya mahu bank membuat penarikan tetapi org yang call tu cakap tak boleh da pulang kereta tu

  • marsita bahtiar

    Salam Tuan, adik saya telah membayar pinjaman kereta selama 92 bulan dari 108 bulan. Untuk pengetahuan tuan, kereta tersebut telah tertunggak selama 16 bulan sebab kereta tersebut hanya tinggal 16 bulan..Pihak bank telah menarik kereta tersebut..Bolehkah saya sebagai Kakak kepada adik saya yang sudah tidak mampu membayar bulanan kereta tersebut membuat rayuan untuk membayar pinjaman bulanan yang hanya tinggal 16 bulan untuk adik saya.Saya telah membuat rayuan secara bertulis dengan pihak Maybank.Sebab kereta tersebut masih belum dilelong.

    • Abu Ammar

      Wa’alaikumussalam Marsita

      Persoalannya sekarang, bagaimana Bank menarik kereta tersebut? Adakah melalui Perintah Mahkamah atau melalui surat tarik biasa?

      Jika bayaran pinjaman telah melebihi 75% dari jumlah harga tunai kenderaan, Bank TIDAK BOLEH menarik kenderaan tersebut melainkan melalui Perintah Mahkamah dan setelah mendapat perintah Mahkamah, Bank perlu menghantar Jadual Keempat kepada peminjam dan selepas tamat tempoh Jadual Keempat iaitu 21 hari, baru kenderaan boleh ditarik balik. Ini diperuntukkan dalam Akta Sewa Beli seperti berikut”

      16. (1) Subject to this section, an owner shall not exercise any power of taking possession of goods comprised in a hire-purchase agreement arising out of any breach of the agreement relating to the payment of instalments unless the payment of instalments amounts to not more than seventy-five percent of the total cash price of the goods comprised in the hire-purchase agreement and there had been two successive defaults of payment by the hirer and he has served on the hirer a notice, in writing, in the form set out in the Fourth Schedule and the period fixed by the notice has expired, which shall not be less than twenty-one days after the service of the notice.

      (1A) Notwithstanding subsection (1), if the payment of instalments made amounts to more than seventy-five percent of the total cash price of the goods comprised in a hire-purchase agreement and there had been two successive defaults of payment by the hirer, an owner shall not exercise any power of taking possession of the goods comprised in the hire-purchase agreement arising out of any breach of the agreement relating to the payment of instalments unless he has obtained an order of the court to that effect.

      (1B) Where an owner has obtained an order of the court under subsection (1A) and he has served on the hirer a notice, in writing, in the form set out in the Fourth Schedule and the period fixed by the notice has expired, which shall not be less than twenty-one days after the service of the notice, the owner may exercise the power of taking possession of goods referred to in subsection (1A).

      Jikalau Bank tidak mengikut prosedur, ini boleh diadukan kepada KPDNKK. Untuk berunding dengan Bank, adik perlu membuat suatu surat yang kepada Bank untuk memperkenalkan sesiapa sahaja untuk membeli kenderaan tersebut pada harga yang lebih tinggi dari nilai yang diberi pada Jadual Kelima. Sebelum itu semak fakta diatas samada Bank telah melakukan kesalahan dibawah Akta Sewa Beli dan jika ada, buat aduan dan ini boleh digunakan sebagai “bargaining power” untuk mendapatkan kereta semula dan jika Bank telah mengikut prosedur yang betul, buat rayuan untuk “membeli” kereta tersebut pada harga yang lebih tinggi dari nilaian Bank yang tercatit dalam Jadual Kelima.

  • Sham

    Asalam mualaikum..sy hanya tertungak 2 bln kmudian kne trik..dan phak bank suruh sy byar 2 kli ganda 2200 skli dgn penarik kereta..sy x mampu..last2 sy mtak tempoh last2 kereta dah kne lelong dan sy di minta byar baki hampir 16 ribu oleh pihak bank..

  • fara

    Assalamualaikum, saya menerima writ saman dan penyataan tuntutan dalam masa 14 hari. Sebelum ini saya sudah menjelaskan 3 bln tunggajan, masih berbaki 2 bulan. Adakah saya hanya perlu menjelaskan baki tunggakan tersevut supaya tuntutan tersebut batal?

    • Abu Ammar

      Wa’alaikumussalam Fara

      Biasanya kalau dah masuk tahap Saman, Bank sudah pun menamatkan perjanjian. Tetapi dalam kebanyakan kes, Bank boleh “menyambung” semula perjanjian jika segala tunggakan, denda lewat bayar dan kos guaman.

      Pada saya bayaran masih tak cukup jadi adalah lebih bijak untuk berbincang dengan Bank supaya bayaran minima (untuk aktifkan semua akaun) boleh dibuat tetapi ia adalah atas budi bicara pihak Bank

      • Zue

        Assalamualaikom Tuan Abu Amar,
        Saya nak Tanya adakah saya berhak membuat rayuan pada pihak bank bagi melanjutkan tarikh untuk membuat pembayaran kereta yg tertunggak sebelom dilelong.saya ada membuat rayuan 13 hari sebelom kereta dilelong dan pihak bank ada menelefon saya supaya hadir untuk membuat rayuan tapi bila smpai dibank lain pulak ceritanya.adakah sy berhak membuat rayuan.

        • Abu Ammar

          Wa’alaikumussalam Zue

          Selepas kereta ditarik Bank perlu mengeluarkan Jadual Kelima yang akan dihantar kealamat terakhir penyewabeli memberi tempoh 21 hari untuk:

          1) Membayar tunggakan beserta dengan kos tarik, upah simpanan diStor, denda lewat bayar dan lain lain kos
          2) Membuat penyelesaian penuh setelah mengambil kira rebat (jika ada) dan kos tarik, upah simpanan diStor, denda lewat bayar dan lain lain kos
          3) Memberi harga kenderaan berdasarkan penilaian Bank sendiri berdasarkan keadaan kereta dan kalau elok pun mungkin rendah sedikit dari harga pasaran sebagai “reserve price” kerana ia akan dilelong. Populariti kereta juga akan diambil kira.
          4) Seandainya kereta tidak laku dan hendak dijual dengan nilai yang lebih rendah dari harga nilaian di Jadual Kelima, Bank perlu memaklumkan kepada penyewabeli tentang perkara tersebut dan penyewabeli dibolehkan untuk memperkenalkan pihak ketiga untuk membeli kenderaan tersebut pada harga yang lebih rendah itu biasanya secara tunai.

          Ini adalah peruntukan peruntukan yang ada dalam Akta sewa Beli. Apa jua budi bicara tentang lanjutan masa adalah terserah kepada Bank. Jadi apakah yang telah berlaku?

          • Zue

            Saya hadir 4 Kali bertemu pegawai bank hari pertama saya utk bertanyakan jumlah perlu dibayar dan bertanyakan kenapa Ada org yg tidak dikenali call suruh saya lepaskan kereta

            Hari kedua saya hadir dan mampu membayar Rm2000.00 dari 3500.00 dan meminta lanjutkan tarikh sehingga 15hb iaitu 5 hari lebih Dari tarikh lelong… Pada mula saya maklumkan suruh Cuba jugak Cari klu x boleh dtg semula buat rayuan.

            Hari ketiga saya dtg dia kata x boleh buat rayuan pulak tp saya buat rayuan sebelom tarikh lelong.dan saya ingin membuat bayaran separuh tanpa ambil Kereta.dan baki 1500.00 pada 15hb kerana saya benar2 mahukan Kereta ITU.tapi tidak diterima.suruh saya dtg sehari sebelom dilelong.

            Hari kempat saya hadir dia BG saya no telefon cina yg membeli Kereta saya.saya setuju bayar duit option 1500.00 tapi suruh tambah lg 2ribu sebab mau untung. Itu membuat saya terkilan dengan pihak bank walaupon saya bagi respond yang baik dan bagi kerjasama serah kunci lagi.

          • Abu Ammar

            Assalamualaikum Zue

            Saya tidak tahu cerita sepenuhnya tetapi secara teknikalnya Bank boleh berbuat demikian atas dasar tempoh Jadual Kelima sudah tamat dan sudah semestinya tarikh lelong berlanjutan selama beberapa hari kalau tidak pun satu dua minggu selepas itu. Bayaran yang diterima selepas itu saya pasti ada cop “WITHOUT PREJUDICE” atau “TANPA PRASANGKA” iaitu tidak menjejaskan apa apa tindakan undang undang yang sedang berlangsung. Adakah lelongan ini berjalan sebagai lelongan awam atau main tender dalaman? Tender dalaman boleh dipersoalkan kerana ada kemungkinan pengisian borang tenderyang dimanipulasi. Lelongan awam walaupun ada kesangsian atau kemungkinan ada pakatan adalah sukar untuk dibuktikan. Tindakan “ambik untung” pembeli lelongan adalah lumrah beliau mungkin target nak untung sebanyak itu tanpa perlu buat apa apa terhadap kereta itu. Jadi seperti yang saya katakan sebelum ini, melainkan kereta dilelong lebih rendah dari nilai Jadual Kelima dan tarikh yang ditetapkan sudah luput, tiada apa yang boleh dilalkukan melainkan membuat aduan kepada KPDNKK. Itupun kalau ada bukti bukti yang kukuh.

          • belantara

            Tumpang tanya tuan,jika kereta tiada tunggakan jika serah pada pihak bank,berapa K agaknya penyewa kena bayar pada bank? Terima kasih.

          • Abu Ammar

            Assalamualaikum/Salam Sejahtera Tuan Belantara

            Bila kereta diserahkan pada Bank, Bank akan memberi Jadual Kelima yang memberi pilihan untuk update tunggakan atau buat pembayaran penuh tapi dalam kes ini Tuan tidak berminat untuk mengambilnya semula. Dalam Jadual ini Bank akan memberi satu nilai anggaran “market value” bagi kereta tersebut. Selepas 21 hari tempoh Jadual Kelima tamat, Bank akan melelong kereta tersebut pada harga permulaan (reserve price) nilai yang diberi tadi. Setelah lelongan dan setelah ditolak dari baki hutang, jumlah baki hutang yang tinggal akan dituntut dari Tuan. Tuan boleh berbincang dengan bank tentang cara pembayaran baki hutang tersebut samada dengan membayar satu jumlah besar, katakan RM3K dahulu diikuti dengan jumlah bulanan yang sama katakan RM500 bagi setiap bulan sehingga habis hutang. Semuanya bergantung pada baki hutang setelah lelongan.

  • masrizal maskin

    Assalamualaikum Tuan Abu Ammar,

    Saya mempunyai sedikit masalah yang agak berbeza tetapi berkaitan dengan perjanjian sewa-beli kereta dengan sebuah bank. Pada Ogos 2014, saya telah munjual kereta saya kepada seorang permilik syarikat kereta terpakai. Menerusi perjanjian yang ditandatangi bersama, dinyatakan bahawa pihak syarikat hanya akan menukar nama dari pemilik asal (saya) kepada pembeli baru apabila ada pembeli baru yang ingin membeli kereta tersebut. Sementara pihak syarikat mencari pembeli baru, pihak syarikat bertanggungjawab membayar bayaran bulanan kepada pihak bank (a.k.a. sambung bayar).

    Dipendekkan cerita, saya sebenarnya telah ditipu oleh satu sindiket jual-beli kereta terpakai. Saya hanya menyedari tentang penipuan ini setelah dihubungi oleh pihak bank pada Jun 2016 yang mengatakan bahawa bayaran pinjaman kereta saya telah 6 bulan tertunggak (sejak Januari 2016). Pihak bank meminta saya untuk menjelaskan sekurang-kurangnya bayaran pinjaman selama 3 bulan untuk mengelakkan tindakan mahkamah diambil ke atas saya. Apabila saya memberitahu pihak bank tentang penipuan tersebut dan meminta pihak bank supaya mengeluarkan “repossession order” pihak bank memaklumkan bahawa saya perlu memohon pihak bank untuk mengeluarkan “repossession order” secara bertulis (agak pelik kerana biasanya bank akan mengeluarkan “repossession order” tanpa perlu dipohon). Saya rasa mungkin kes saya tertakluk kepada peruntukan seksyen 16(2) seperti yang diterangkan oleh pihak tuan.

    Saya sekarang berapa dalam dilema sama ada saya perlu:
    (a) terus membayar kepada pihak bank (si penipu akan terus bebas); atau
    (b) biarkan sahaja sehingga bank berjaya mengesan dan seterusnya menarik kereta tersebut. Sekiranya saya memilih opsyen ini, apakan kesan tindakan yang boleh diambil oleh pihak bank terhadap saya. Baki pinjaman saya kurang dari RM 20 ribu.

    Mohon pandangan pihak tuan untuk situasi saya. Terima kasih

    • Abu Ammar

      Wa’alaikumussalam Masrizal

      Dua situasi yang mana “outcome” adalah sama iaitu bayaran tetap kena buat. Bezanya cuma pada tempoh masa saja.

      1) Suruh Bank keluar surat tarik (memang Bank boleh keluar pun tanpa arahan peminjam cuma sebagai extra precaution kerana peminjam telah menjual kepada pihak Ketiga) Jadi kalau dapat tarik, lepas tu lelong dan baki akan dituntut daripada peminjam.

      2) Buat tak tahu dan tak buat bayaran apa apa. Bank ambil tindakan undang undang sampai Penghakiman dan boleh ambil tindakan Pelaksanaan Penghakiman yang ada KECUALI Bankrapsi selagi tak sampai RM30K. Kalau kereta dapat tarik, jumlah Penghakiman akan ditolak dari harga lelong. Masih lagi kena bayar baki.

      Pada pendapat saya kalau tak mau tindakan undang undang, update ikut apa yang Bank kata tu. Buat arahan untuk tarik kereta.

      Kalau tak mahu bayar, ambil pendekatan no (2) wait and and hope for the best. 😀

  • seri

    as salam tuan..saya mempunyai masalah yang sama.saya telah menjadi penjamin adik saya.dia membeli kereta pada tahun 2014.masalahnya bermula bile dia terjebak dlm masalah pinjaman along.bermula dari itu..dia pun telah menghilangkan diri dan meninggalkan hutang kereta pada saya.nasib baik kereta tu ada pada saya.cuma nya saya takut nak mengunakan kereta tersebut disbbkan gangguan dari along..masalah skrg ini..saya tak mampu nak byr kereta adik saya tiap2 bln.saya pun tidak bekerja.adik saya plak langsung tidak dapat dihubungi..apakah hak2 saya sebagai seorg penjamin ada ke caranya saya menyelesaikan masalah saya ini.harap tuan dapat membantu..

    • Abu Ammar

      Wa’alaikumussalam Seri

      Sebagai penjamin, tiada pilihan selain dari membayar hutang. Kalau baki hutang dan kereta masih ada harga baik serah balik kepada Bank. Bila dah lelong buat cadangan pembayaran untuk selesaikan baki tunggakan. Itu yang terbaik dari membiarkan sahaja interest terkumpul tanpa ada apa apa penyelesaian.

  • nur

    salam tuan. saya nk brtanya. kawan saya pernah membeli kereta satria dan membuat pinjaman pada rhb bank . tetapi kereta dah kena tarik. cerita ni dah dekat 15tahun. sekarang pada tahun 2016 baru pihak bank membukak kes balik. dan mengesa kawan saya untuk bayar balik . saya sbgai penjamin. mendapat ugutan dripada phak bank. yg mengatakan mereka akn membekukan setiap akaun bank yang ada pada saya . tetapi kes ini tlah 15tahun . mohon penjelasan . kereta dah kena tarik. kes 15tahun .skrg bru minta htang

    • Abu Ammar

      Wa’alaikumussalam Nur

      Saya rasa ini Agen Kutip Hutang kalau gempaq nak beku akaun dan sita. Berapa baki pinjaman selepas lelongan kereta? Kes dah berlanjutan sampai 15 tahun. Check kalau ada tindakan undang undang yang telah dikenakan. Saya sarankan supaya buat semakan dengan CTOS di http://www.ctos.com.my/CTOSHOME/selfcheck.html (scan MyKad depan belakang untuk diemailkan untuk pengesahan). Register id (klik CTOS User ID) dan ikut arahan di Skrin. Kalau tak silap saya bila dah regiater Id, satu lapuran ringkas akan diberi. Ia akan memberikan indikasi kalau ada tindakan undang undang.

      Nak tahu lebih lanjut bayar RM10 secara online untuk dapatkan lapuran secara detail. Bila dah dapat keputusan rujuk semula disini dengan email kepada saya di codetyco@ceritahutangbankdananda.com. Baru kita boleh tahu setakat mana tindakan undang undang yang telah dikenakan.

      Cara cara nak check CTOS ada kat link ini. Kredit kepada penulisnya dan terima kasih kita ucapkan.

      http://www.chatpropertymalaysia.com/how-to-check-your-credit-records-via-ccris-and-ctos/

      Fahami juga tindakan undang undang yang sebenar. Berikut adalah prosedur ringkas Tindakan undang undang

      1) Loyar menghantar Notis Tuntutan kepada peminjam meminta tunggakan memberi masa 14 hari atau menamatkan perjanjian

      2) Atas arahan Bank, jika tiada bayaran, Tuan Loyar akan menfailkan Saman di Mahkamah menuntut baki hutang. Dalam Writ Saman ini ada Notis Tuntutan yang memperincikan segala baki, faedah dan kos yang dituntut.

      3) Selepas mendapat meterai dan pengesahan Mahkamah, Writ Saman ini akan disampaikan secara kediri atau melalui pos kepada Peminjam dialamat yang terakhir yang ada dalam rekod Bank. Biasanya pendengaran kes akan ditetapkan dalam masa 14 hari dari tarikh Writ atau penyampaian itu. Peminjam perlu mendaftarkan diri untuk hadir pada tarikh itu. kalau tidak pada hari itu Penghakiman Ingkar Tanpa Kehadiran akan dikeluarkan.

      4) Selepas itu Bank dan Tuan Loyar akan menunggu salinan Penghakiman yang telah dimeterai dan disahkan oleh Mahkamah

      5) Apabila salinan Penghakiman didapati, satu salinan akan dihantar kepada Peminjam

      6) Bank boleh melaksanakan Penghakiman dengan tindakan undang undang keatas Peminjam. Kalau lebih RM30 ribu, boleh buat Bankrapsi

      Semak dulu rekod tindakan undang undang melalui CTOS. Atau boleh pergi ke cawangan Bank Negara terdekat untuk mendapatkan lapuran CCRIS supaya jelas kedudukan sebenar. Kalau tidak jadi mangsa buli Agen Kutip Hutang dengan ugutan ugutan yang tidak berasas.

      Sila baca disini tentang bab TEMBERANG sita menyita dan cara menangani Agen Kutip Hutang

      https://www.facebook.com/ceritahutang/posts/534912356666965

      http://www.ceritahutangbankdananda.com/index.php/2015/10/11/panduan-menangani-agen-kutip-hutang/

      Ini pula TEMBERANG paling top Agen Kutip Hutang:

      https://www.facebook.com/ceritahutang/photos/a.472754979549370.1073741828.323566051134931/564105717080962/?type=3&theater

  • Nurul

    Assalamualaikum tuan,

    Mohon pencerahan berkenaan kes saya ini. Untuk makluman tuan, arwah ayah saya pernah membeli sebuah proton saga second hand melalui pinjaman kenderaan AmBank pada tahun 2005. 2 tahun kemudian, pada tahun 2007, kereta tersebut telah ditarik oleh agen penarik kereta yang diupah oleh AmBank disebabkan terdapat tunggakan. Bank telah memaklumkan akan melelong kereta tersebut dan arwah ayah faham akan keadaan tersebut dan kami menganggap masalah tersebut telah selesai. Kemudian pada awal tahun 2015, terdapat beberapa orang yang mengaku sebagai peguam yang diupah oleh AmBank menelefon ayah saya agar membayar tunggakan kereta tersebut atau mereka akan menyaman ayah saya. Arwah ayah ketika itu, memaklumkan kepada orang tersebut yang kereta tersebut telah dilelong oleh bank dan sekiranya benar ada tunggakan beliau tidak mampu untuk membayar dan oleh kerana itu beliau menyarankan kepada orang tersebut untuk hantar saja surat sama makhamah dan beliau akan hadir jika perlu. Beberapa hari orang tersebut menelefon dan mengugut benda yang sama namun sehingga kini masih tiada surat saman diterima oleh ayah saya sehingga beliau meninggal pada bulan 7 2015.

    Pada 18/5/2016, kami menerima satu surat yang dialamatkan atas nama arwah ayah saya dari AmBank yang meminta agar membayar tunggakan atas kereta tersebut. Untuk hal ini, apakah yang harus dilakukan oleh kami selaku waris? Dengan siapa kami boleh rujuk untuk dapatkan kepastian berkaitan tunggakan ini? Mohon penjelasan pihak tuan. Sekian, terima kasih.

    • Abu Ammar

      Wa’alaikumussalam Nurul

      Kes sudah berlalu lebih 9 tahun dan jika tiada tindakan undang undang dikenankan ENAM (6) tahun dari tarikh lelongan kereta maka apa jua tindakan selepas itu boleh dipertikaikan sebagai melepasi had masa walaupun kena lawan tentang fakta ini SEMASA pedengaran kes diMahkamah.

      Masalahnya sekarang Ayah sudah meninggal dan saya pasti segala harta pusaka sudah pun dibahagu bahagikan. Namun begitu, jika ada pentadbir harta yang dilantik dan masih ada lagi harta yang belum dibahagikan, Bank boleh menyaman melalui Pentadbir Harta tersebut walaupun ia akan memakan masa yang lama dan mungkin tak berbaloi jika hutang tak banyak dan harta pun tiada.

      Saya tidak pasti samada masih boleh buat carian CTOS tapi boleh cuba. Ataupun call AMBank direct untuk mengetahui baki sebenar. Sebagai orang Islam kita tentulah mahu menyelesaikan hutang Arwah tetapi Bank perlu juga bertimbangrasa kerana mereka juga ada risiko tidak dapat apa apa jika tiada bayaran dibuat. Boleh bincang secara baik.

      Kalau setakat gangguan Agen Kutip Hutang boleh abaikan saja. Sila baca disini tentang bab TEMBERANG sita menyita dan cara menangani Agen Kutip Hutang

      https://www.facebook.com/ceritahutang/posts/534912356666965

      http://www.ceritahutangbankdananda.com/index.php/2015/10/11/panduan-menangani-agen-kutip-hutang/

      Ini pula TEMBERANG paling top Agen Kutip Hutang:

      https://www.facebook.com/ceritahutang/photos/a.472754979549370.1073741828.323566051134931/564105717080962/?type=3&theater

    • mariati mazlan

      saya beli kereta tangan orang pada 2002, telah ditarik bank dan saya telah berpindah ke semenanjung dan kes ini telah diselesaikan oleh suami dengan si penarik kereta, dan setelah 11 tahun kes ini datang surat dari agen pemungut untuk bank cimb menyatakan saya ada hutang 15k dan jika saya langsaikan awal ada potongan 30% dan saya hanya bayar 11k sahaja. pertanyaan saya, bolehkah agen pungut duit begitu dan bagi potongan begitu sedangkan saya tidak dapat surat mahkamah atau suratbank selepas itu patut kah saya melayan surat agen cimb bank

  • Farah Hidayah

    Assalamualaikum,

    Saya mempunyai masalah dimana saya telah menolong kawan saya dengan memberi nama saya sebagai pemilik kenderaan semasa membuat pembelian kenderaan kerana kawan saya tidak layak untuk membuat pinjaman. Tapi malangnya saya telah ditipu olehnya. Kereta dibawa lari dan hutang makin bertambah tanpa sekali pun dia membuat pembayaran keatas kereta tersebut. Hari-hari saya diganggu dengan pihak ELK – Desa Capital Sdn. Bhd iaitu pemberi pinjaman untuk saya membayar balik hutang yang telah tertunggak sekarang hutang tersebut telah mencecah RM15K. Pihak ELK – Desa Capital Sdn. Bhd meminta saya untuk membayar dengan kadar yang segera sebelum perkara ini dibawa ke Mahkamah. Disini saya ingin bertanya apakah tindakan yang saya patot lakukan? harus menunggu panggilan mahkamah? kerana saya tidak mempunyai wang untuk membayar dan merasakan tidak adil bagi saya untuk membayar kerana saya tidak menggunakan kereta tersebut. saya harap encik dapatlah memberi pencerahan.

    Sekian Terima kasih.

    • Abu Ammar

      Wa’alaikumusalam Farah

      Dalam hal ini masalah “adil” atau tidak tidak timbul (walaupun tidak adil bagi kawan buat gitu) tetapi nama dalam agreement adalah nama Farah jadi apa hal pun mereka akan cari Farah jugak. Dibawah ini adalah prosedur ringkas tindakan undang undang dan adakah perkara perkara tersebut sudah berlaku?

      Fahami Prosedur ringkas Tindakan undang undang

      1) Loyar menghantar Notis Tuntutan kepada peminjam meminta tunggakan memberi masa 14 hari atau menamatkan perjanjian

      2) Atas arahan Bank, jika tiada bayaran, Tuan Loyar akan menfailkan Saman di Mahkamah menuntut baki hutang. Dalam Writ Saman ini ada Notis Tuntutan yang memperincikan segala baki, faedah dan kos yang dituntut.

      3) Selepas mendapat meterai dan pengesahan Mahkamah, Writ Saman ini akan disampaikan secara kediri atau melalui pos kepada Peminjam dialamat yang terakhir yang ada dalam rekod Bank. Biasanya pendengaran kes akan ditetapkan dalam masa 14 hari dari tarikh Writ atau penyampaian itu. Peminjam perlu mendaftarkan diri untuk hadir pada tarikh itu. kalau tidak pada hari itu Penghakiman Ingkar Tanpa Kehadiran akan dikeluarkan.

      4) Selepas itu Bank dan Tuan Loyar akan menunggu salinan Penghakiman yang telah dimeterai dan disahkan oleh Mahkamah

      5) Apabila salinan Penghakiman didapati, satu salinan akan dihantar kepada Peminjam

      6) Bank boleh melaksanakan Penghakiman dengan tindakan undang undang keatas Peminjam. Kalau lebih RM30 ribu, boleh buat Bankrapsi

      Kalau Bank dah ada Penghakiman, baca kat sini untuk tindakan undang undang yang boleh diambil

      http://www.ceritahutangbankdananda.com/index.php/2014/08/14/proses-tindakan-undang-undang-pinjaman-peribadipersendirian-bahagian-3/

      Hati Hati pula dengan TEMBERANG Agen Kutip Hutang. Sila baca disini tentang bab TEMBERANG sita menyita dan cara menangani Agen Kutip Hutang

      https://www.facebook.com/ceritahutang/posts/534912356666965

      http://www.ceritahutangbankdananda.com/index.php/2015/10/11/panduan-menangani-agen-kutip-hutang/

      Ini pula TEMBERANG paling top Agen Kutip Hutang:

      https://www.facebook.com/ceritahutang/photos/a.472754979549370.1073741828.323566051134931/564105717080962/?type=3&theater

      Saya sarankan supaya buat semakan dengan CTOS di http://www.ctos.com.my/CTOSHOME/selfcheck.html (scan MyKad depan belakang untuk diemailkan untuk pengesahan). Register id (klik CTOS User ID) dan ikut arahan di Skrin. Kalau tak silap saya bila dah regiater Id, satu lapuran ringkas akan diberi. Ia akan memberikan indikasi kalau ada tindakan undang undang.

      Nak tahu lebih lanjut bayar RM10 secara online untuk dapatkan lapuran secara detail. Bila dah dapat keputusan rujuk semula disini dengan email kepada saya di codetyco@ceritahutangbankdananda.com. Baru kita boleh tahu setakat mana tindakan undang undang yang telah dikenakan.

      Cara cara nak check CTOS ada kat link ini. Kredit kepada penulisnya dan terima kasih kita ucapkan.

      Mahu tak mahu kena nego untuk membuat pembayaran. Kalau kena Bankrap nanti tak ke naya.

      http://www.chatpropertymalaysia.com/how-to-check-your-credit-records-via-ccris-and-ctos/

  • ahmad

    Assalamualaikum tuan,

    Jika peminjam sudah meninggal dunia dan masih belum berkahwin, dan pihak bank tarik balik kenderaan tersebut ataupun waris ingin serah kepada bank. kemudian melalui proses lelong. adakah waris wajib melangsaikan baki pinjaman jika jumlah lelong kurang dari jumlah tunggakan?

    apakah tindakan yang boleh dikenakan kepada waris sekiranya tidak mampu untuk membayar baki tersebut?

    dalam kes ini, tiada penjamin yang terlibat.

    • Abu Ammar

      Wa’alaikumussalam Tuan Ahmad

      Dari segi undang undang, jika seseorang meninggal maka jika ada harta maka pembahagiannya adakah mengikut syarak dan jika ada wasiat atau perlantikan pengurus harta maka tanggungjawab itu akan diserahkan kepada mereka.

      Waris dari segi perjanjian asal tidak terikat dengan perjanjian tersebut cuma dari segi ugama kenalah berusaha untuk melangsaikan hutang simati. Boleh semak dengan Bank baki selepas lelongan dan boleh buat cadangan pembayaran ansuran. Bank pun patut bertolak ansur kerana daripada rugi tak dapat apa apa (Saman pun rugi duit melainkan simati banyak harta dan ada Pentadbir yang dilantik) akaun bergerak jugak. Cuma pastikan jumlah faedah bulanan lebih rendah dari cadangan bayaran bulanan. Kalau tidak, bayar faedah saja bulan bulan, pokok tak bergerak

      Kalau nak bincang nanti bincang untuk “matikan” Interest sekali

  • ana sofia

    assalammualaikum tuan , saya puan Sofia dari kedah , ada beberapa soalan yang saya ingin bertanya

    Saya telah menerima surat saman :
    Di nyatakan pada tarikh sekian2 saya telah ingkar untuk menghadirkan diri bagi sebutan kes tersebut , dimana saya langsung tidak tahu menahu atau menerima apa2 surat yang menyatakan saya perlu hadir ke mahkamah atau apa2 surat dari pihak bank

    buat makluman tuan ,pada sekitar awal tahun 2015, saya telah menghadapi masalah kewangan dan tidak lagi mampu untuk membayar ansuran penuh pinjaman kenderaan jenis Honda Odyssey kepada pihak Public Islamic Bank.Saya melalui wakil saya yakni suami saya telah bertemu dengan pegawai Public Islamik Bank, di Jalan Kota Alor Setar untuk membuat rayuan kepada pihak Public Islamic Bank agar diluluskan untuk dibuat Penjadualan Semula bayaran ansuran kenderaan memandangkan saya telah lebih tiga (3) tahun membuat bayaran ansuran kepada pihak bank selain belum pernah berbuat demikian pada pinjaman kenderaan yang lalu; namun permohonan saya ditolak.
    Atas nasihat dan permintaan pihak Public Islamic Bank, suami saya telah menyerahkan kembali kenderaan jenis Honda Odyssey dengan menghantar sendiri kenderaan tersebut di Setor Focal Park di Jalan Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar Kedah.
    Setelah itu saya langsung tidak pernah dihubungi oleh pihak Public Islamic Bank berkenaan status kenderaan saya itu.
    Saya juga tidak pernah menerima sebarang tuntutan oleh pihak Public Islamic atau dari wakilnya.
    Saya hanya menerima Notis Kebangkrapan melalui serahan tangan melalui wakil Peguam Omar Affandi & Teh pada 3/3/2016 di kediaman saya dimana saya perlu menghadirikan diri untuk sebutan kes pada 14/3/2016

    saya musykil kerana di nyatakan ingkar sedangkan saya langsung tidak tahu menahu atau menerima apa2 surat berdaftar dari bank atau mahkamah

    esok saya perlu hadir ke mahkamah jam 9am , apa yang perlu saya buat tuan , perlu kah saya mention saya tidak menerima apa2 surat berdaftar yang menyatakan saya perlu hadir , dan saya telah mengarang surat untuk di serahkan kepada hakim agar memberi saya peluang untuk membayar baki hutang yang dituntut oleh pihak Public Islamic Bank secara ansuran dan bersuaian dengan kedudukan kewangan saya sekarang yang hanya menjual kek secara dalam talian serta suami yang tiada sumber pendapatan tetap selain saya dijangka melahirkan anak ke-4 hujung bulan April tahun ini.

    • Abu Ammar

      Wa’alaikumussalam. Masa terlampau suntuk. Cuba kemukakan alasan alasan yang ada dan dapatkan penangguhan untuk berbincang dengan Bank dan mengkaji semula samada Bank telah melaksanakan prosedur undang undang yang betul. Itu sahaja yang boleh dilakukan buat masa ini.

      • Ieyma

        Saya sudah 3 bulan ade tunggakan hutang kereta kemudian dalam masa 21 hari kereta akan di lelong.. Saya perlu runding ke dgn pihak bank utk mohon tangguh atau jika sy sudah bayar.. Proses utk lelong akan ditarik balik ke..

        • Abu Ammar

          Assalamualaikum/Salam Sejahtera Leyma

          Kalau kereta dah ditarik, Leyma ada masa 21 hari samada:

          1) Update semua tunggakan campur denda lewat, kos tarik, kos simpanan dan lain lain kos
          2) Selesaikan semua baki campur denda lewat, kos tarik, kos simpanan dan lain lain kos

          Cuba buat rayuan dengan Bank untuk penangguhan untuk buat antara (1) dan (2). Kalau tidak berjaya Bank berhak untuk melelong kereta tersebut.

  • ida

    kalau saya sebagai penjamin bayar hutang untuk tunggakan kereta yang ditarik…boleh ke saya pergi mengambil semula kereta yang berada di store..

    • Abu Ammar Post author

      Assalamualaikum Ida

      Apakah hubungan Ida dengan peminjam? Kalau ikut peraturan Bank, mereka memerlukan surat dari Peminjam yang membenarkan Ida mengambil kereta bagi pihaknya. Kalau ada “perjanjian tepi” (side agreemnet) yang mana Peminjam membenarkan Ida menggunakan kereta dan meneruskan bayaran (sambung bayar) atau guna selama tempoh bayaran yang telah dibuat, itu adalah diantara peminjam dan penjamin.

      Walaupun Penjamin tidak dapat “menikmati” sepenuhnya penggunaan kereta tersebut, Penjamin masih bertanggungjawab atas jumlah keseluruhan hutang. Kalau suami isteri (penjamin dan peminjam) boleh juga dikatakan ada faedah atau benefit dari penggunaan kereta.

      Berikut adalah petikan dari Seksyen 21 Akta Sewa Beli yang mengatakan bahawa penjamin berhak untuk menuntut bayaran yang telah dibayar bagi pihak peminjam:

      Provisions as to guarantor

      21.(1) Save as provided in this Act a guarantor is not, by reason of the operation of this Act, discharged from liability under his guarantee.

      (2) The liability of a guarantor continues notwithstanding that the owner has, pursuant to the provisions of a hire-purchase agreement, taken possession of the goods comprised therein (and whether or not the goods have been re-delivered to the hirer pursuant to this Act); but nothing in this subsection operates to preserve the liability of a guarantor where the owner and the hirer have entered into a new agreement
      in respect of the goods comprised in any hire-purchase agreement.

      (3) No guarantor shall be liable to any further or other extent than the hirer, the performance of whose obligations he has guaranteed; but, nothing in this Act affects any agreement by the guarantor binding him to the performance of any obligation that is not one of the obligations imposed on the hirer under the hire-purchase agreement in respect of which the guarantee is given.

      (4) Where goods have been delivered to the hirer pursuant to a hire-purchase agreement and the owner subsequently takes possession thereof, any guarantor who has paid any moneys to the owner in accordance with his guarantee has the like right in like manner to recover those moneys as he would have had if he had been the hirer of the goods, but for the purpose of calculating the amount received by the owner all moneys paid and the value of any other consideration provided by or on behalf of the hirer shall be deemed to have been paid or provided by the guarantor:

      Provided that no moneys shall be recovered by the guarantor in excess of the moneys actually paid by him.

  • Zara

    Assalamualaikum..sy sgt perlukan bantuan tuan..kereta saya ditarik oleh pihak bank dlm bln 9 yg lalu.masalah sy, kereta tsbut digunakan oleh saudara sy dan sy tidak tahu yg dia tak byr ansuran bulanan kereta shgga lah apabila sy ingin membuka akaun di bank nama sy blacklist.bila bank semak, sy ada tunggakan kereta.masa tu baru sy tau kereta sy tak dibayar dan sudah ditarik bln 9 yg lalu.sy sgt buntu apa yg harus sy buat skrg …tlg bantu sy tuan…

    • Abu Ammar Post author

      Wa’alaikumussalam Zara

      Kalau kereta dah ditarik pada bulan 9, besar kemungkinan ia sudah dilelong dan besar kemungkinan juga ada baki yang masih terhutang. Hubungi Bank dengan segera untuk mengetahui baki hutang dan buat cadangan pembayaran untuk menyelesaikan hutang tersebut. Jangan berlengah, Bank mungkin sedang mengambil tindakan undang undang untuk mendapatkan semula baki hutang tersebut. Tiada pilihan bagi Zara. Nama peminjam adalah nama Zara. I am sorry. Dapatkan baki dahulu.

  • shah

    Assalammualikum tuan,

    Sy sedang mencari maklumat berkaitan bayaran baki lelongan kereta dan terjumpa laman web tuan. Sy amat berharap tuan sudi merungkaikan persoalan tersebut:

    Sy telah serah semula kereta kpd Ambank. Proses lelongan telah selesai dan sy tlh menerima surat utk membuat bayaran beza lelongan sebanyak RM21K. Sy telah hubungi pihak bank utk berbincang berkaitan pembayaran baki secara bulanan dan pegawai yg menjawab telefon tersebut meminta sy membayar dulu sekurang-kurangnya RM5K-RM10K supaya dpt mengurangkan bayaran bulanan tersebut. Oleh krn sy tiada wang sebanyak itu maka sy tangguhkan proses bayaran baki tersebut. Berikut adalah beberapa soalan berkaitan hal tersebut:

    1) Adakah benar menurut rakan sy sekiranya sy tidak mahu membuat apa2 bayaran kpd pihak bank maka pihak bank tidak boleh mengambil apa2 tindakan ke atas sy, apakah kesannya terhadap sy?

    2) Benarkah sy boleh memohon utk mengurangkan bayaran baki tersebut dan bagaimanakah prosedurnya krn melalui perbualan didalam telefon pegawai tersebut berkali-kali menegaskan bahawa proses bayaran bulanan tidak boleh diluluskan selagi sy tidak membayar sekurang-kurangnya RM5K-RM10K. Perlukah sy bertemu pegawai atasan bank tesebut?

    3) Sy ingin menjual rumah milik sy, adakah pihak bank purchaser boleh mengesan masalah sy ini krn purchaser menggunakan AMislamik Bank.

    4) Adakah pihak Amislamik Bank boleh memotong duit bayaran kpd sy bagi menyelesaikan bayaran baki tersebut dgn tanpa persetujuan sy? (krn loan kereta sy jg dr Ambank)

    5) Bolehkah Amislamik Bank membatalkan kelulusan pinjaman purchaser krn masalah sy ini?

    Sy amat berharap sgt tuan sudi memberi penerangan dan panduan bagi sy menyelesaikan permasalahan sy ini. Budi baik tuan amatlah sy sanjung tinggi. Sekian Terima kasih.

    • Abu Ammar Post author

      Wa’alaikumussalam Tuan Shah

      Memang benar apa yang dikatakan oleh pegawai Bank tersebut. Biasanya jika ada cadangan pembayaran, peminjam perlu membayar sejumlah wang sebagai “bayaran permulaan” dan diikuti dengan satu jumlah bulanan yang perlu dibayar secara tetap sehingga habis hutang. Berkenaan dengan soalan soalan lain:

      1) Adakah benar menurut rakan sy sekiranya sy tidak mahu membuat apa2 bayaran kpd pihak bank maka pihak bank tidak boleh mengambil apa2 tindakan ke atas sy, apakah kesannya terhadap sy?

      TIDAK BENAR. Kalau tak bayar, interest akan berjalan biasanya 8% setahun dan Bank boleh mengambil tindakan undang undang terhadap Tuan atau melantik Agen Kutip Hutang untuk “menceriakan” hidup Tuan. Kesannya jelas iaitu nama Tuan akan “termaktub” dalam CTOS (jika ada tindakan undang undang) dan juga rekod CCRIS (yang sudah pun ada “cerita” tunggakan akan ditambah dengan “cerita” tindakan undang undang. Ini akan menjejaskan peluang Tuan untuk mendapatkan pinjaman yang baru.

      2) Benarkah sy boleh memohon utk mengurangkan bayaran baki tersebut dan bagaimanakah prosedurnya krn melalui perbualan didalam telefon pegawai tersebut berkali-kali menegaskan bahawa proses bayaran bulanan tidak boleh diluluskan selagi sy tidak membayar sekurang-kurangnya RM5K-RM10K. Perlukah sy bertemu pegawai atasan bank tesebut?

      Tuan boleh membuat cadangan bertulis misalnya bayar RM3K dahulu dan diikuti dengan RM500 sebulan sehingga penyelesaian penuh. Cuma surat tu buat salinan kepada Bank Negara supaya ada rekod yang mengatakan Tuan sudah berusaha untuk membuat penyelesaian secara baik. Tuan boleh juga memohon bantuan AKPK untuk membuat rundingan bagi pihak Tuan.

      3) Sy ingin menjual rumah milik sy, adakah pihak bank purchaser boleh mengesan masalah sy ini krn purchaser menggunakan AMislamik Bank.

      Sudah tentu boleh kerana rekod ada dalam CCRIS dan juga dengan AMIslamik Bank sebab mereka menggunkan pengkalan data yang sama.

      4) Adakah pihak Amislamik Bank boleh memotong duit bayaran kpd sy bagi menyelesaikan bayaran baki tersebut dgn tanpa persetujuan sy? (krn loan kereta sy jg dr Ambank)

      Itu ada kemungkinan (sebab adik beradik) tetapi tanpa ada persetujuan awal seperti pinjaman pinjaman lain iaitu pinjaman Kad Kredit dan Pinjaman Peribadi iaitu pembekuan akaun, mungkin agak rumit sikit tapi boleh saja dilakukan.

      5) Bolehkah Amislamik Bank membatalkan kelulusan pinjaman purchaser krn masalah sy ini?

      Kelulusan pinjaman AmIslamik Bank adalah bergantung kepada kelayakan kewangan individu yang mengambil pinjaman tersebut. Namun begitu, jika ada peluang untuk “meminta” duit lebihan dari pinjaman tersebut dari pihak Tuan, mungkin mereka akan luluskan.

      Pada pendapat saya, adalah penting untuk membuat cadangan pembayaran yang diterima secara bertulis oleh AmBank SEBELUM transaksi penjualan Rumah Tuan samada melalui AKPK atau rundingan secara terus supaya tidak menjejaskan hasil penjualan Rumah Tuan kerana telah ada persetujuan awal. Buat pinjaman dengan Bank lain tak boleh ke? Sekurang kurangnya nak “sapu” duit penjualan Rumah payah sikit melainkan sudah ada Penghakiman terhadap Tuan atas baki tunggakan dengan AMBank tadi.

      • Shah

        Terima kasih tuan atas nasihat dan cadangan tersebut. Sy akan maklumkan pd purchaser ttg situasi sy ini dan akan bbincang dgn pihak ambank utk selesaikan kesemua baki bayaran dgn hasil penjualan rumah. Semoga lebihan wang yg diperolehi nnti akan lbh berkat.

  • Hasmir

    Assalammualaikum tuan,

    Saya ada membeli kereta Myvi menggunakan bank Ambank. Saya tidak dapat membayar bayaran bulanan kerana menghadapi masalah kewangan. Tunggakan melebihi 5 bulan sudah. Pihak bank ada menghantar notis penarikan tetapi mereka masih belum jumpa kereta sy lg. Pada 29/10/2015 mahkamah ada menghantar notis tuntutan/penamatan dan memberitahu sekiranya sy tidak membayar kos tunggakan dan kos notis dlm tempoh 7 hari, mereka mengannggap perjnjian sewa beli telah ditamatkan dan memnuntut semua kos sewa beli. Masalahnya notis ini smpai ke rumah lambat dan tempoh 7 hari dah berlalu. Sekarang saya dah mmpu utk membayar segala tunggakan tersebut. Apa yg sy perlu buat ye?

    • Abu Ammar Post author

      Wa’alaikumussalam Tuan Hasmir

      Mahkamah tidak menghantar surat atau Notis Tuntutan tetapi Tuan Loyar. Saya tidak pasti samada ia adalah Notis Tuntutan Tuan Loyar atau Writ Saman yang disertai dengan NOTIS TUNTUTAN. Apa hal pun, biasanya Tuan masih boleh berunding dengan pihak Bank untuk Mengemaskini SEMUA TUNGGAKAN termasuk denda lewat bayar dan kemungkinan juga kos Guaman dan kos kos lain seperti kos surat berdaftar.

      Kalau setakat Notis Tuntutan awal Tuan Loyar, mungkin tidak lebih dari RM100 (bergantung kepada jumlah yang telah dipersetujui antara Bank dan Loyar) dan kalau peringkat Saman mungkin mencecah RM500 (juga bergantung kepada Loyar)

      Hanya dengan mengemaskini akaun dengan jumlah yang dipersetujui oleh Bank, tindakan undang undang boleh dibatalkan itupun kalau Bank bersetuju untuk berbuat demikian. Berbincang dengan baik, insyaALLAH boleh diselesaikan.

  • Azlina Binti Nazar

    Assalamualaikum.

    Saya ingin bertanyakan beberapa soalan kepada tuan tentang masalah yang suami saya hadapi sekarang :-

    1) Kes ini berlaku 10 – 12 tahun yang lalu sebelum berkahwin dengan saya, suami saya ada sebuah kereta iswara a/back. Oleh kerana kesempitan wang, kereta tersebut telah
    dikembalikan semula ke pihak bank. Masaalahnya semasa kereta tersebut dikembalikan tiada sebarang dokumen diberi oleh pihak bank sebagai bukti penyerahan.

    2) Tahun 2013, saya sarankan agar suami saya menyemak status kenderaan tersebut memandangkan kami hendak membeli rumah. My husband pergi ke HLB PJ City
    Development Seksyen 51A dan pegawai bank berkenaan maklumkan kereta telah dilelong dan my husband ada tunggakkan sebanyak RM26k. Pegawai bank tu suruh
    bayar 20K then close story. Bila diminta surat lelongan tersebut dan berapa baki yang tinggal setelah kereta dilelong pegawai bank cakap tiada dlm rekod.

    3) Then, last Friday (23/10/15) pegawai bank yang lain pula called inform that my husband kena bayar tunggakan RM44K untuk iswara tersebut. Bila my husband minta
    beberapa document, pegawai tersebut minta buat surat permohonan tetapi bayaran perlu dibuat pada Isnin 26/10/15 (separuh dr tunggakkan tersebut). My husband xbuat
    pun bayaran sebab kami bukan org yang berkemampuan.

    Saya akui kesilapan husband saya dimana beliau tidak mendapatkan dokumen penyerahan semula kereta dari pihak bank dan saya pun xpasti sama ada bank ada bg surat atau tidak to my husband sebab my husband dah x stay kat alamat yang pihak bank ada but details semua myhusband dah beri since dia buat semakan pada 2013.

    So sekarang apa yg perlu saya atau myhusband buat untuk selesaikan masalah ni? Surat mahkamah atau apa2 pun surat berkaitan langsung tidak diberi kepada kami walaupun details semua pihak bank telah perolehi. Mereka hanya berminat untuk call minta hutang rather then give us a notice.

    • Abu Ammar Post author

      Wa’alaikumussalam Puan Azlina

      Kes sudah lama. JANGAN BAYAR apa apa lagi. Bagaimana Pegawai itu tahu berapa baki jika beliau tidak mempunyai rekod yang lengkap? Bagaimana pula “tiba tiba” jumlah meningkat jadi RM44K? Saya rasa “pegawai” yang kedua adalah Agen Kutip Hutang. Saya sarankan supaya buat semakan dengan CTOS di http://www.ctos.com.my/CTOSHOME/selfcheck.html (scan MyKad depan belakang untuk diemailkan untuk pengesahan). Register id (klik CTOS User ID) dan ikut arahan di Skrin. Lepas dapat ID boleh check dengan smartphone, sms atau online. Bila dah dapat keputusan rujuk semula disini dengan email kepada saya di codetyco@ceritahutangbankdananda.com. Baru kita boleh tahu setakat mana tindakan undang undang yang telah dikenakan. Hmm… “promosi” CTOS tapi tak dapat apa apa pun. 🙂

  • En. Firdaus

    Assalamualaikum dan selamat sejahtera…saya ingin bertanya beberapa perkara tentang masalah saya hadapi sekarang…
    saya pernah ada myvi sewa beli dengan Maybank. tetapi 2 tahun lepas saya mempunyai masalah kewangan dan terpaksa menjual kereta tersebut pada sebuah syarikat melayu second used car yg beralamat di rawang. masa tersebut saya memang tidak fikir panjang dan tidak tahu selok belok tentang pengurusan jual beli tersebut.saya hanya ada agreement surat dari mereka dan i/c copy orang yang ambil kereta tersebut sahaja. beliau berjanji akan bayar bulan-bulan dengan pihak bank sehingga intrest kereta tersebut kurang baru dia akan buat penukaran nama.

    permulaannya bayaran bulanan yg dilakukan memang cantik. tetapi selepas setahun beliau mula selang seli membuat bayaran sehinggalah sekarang beliau sudah 3 bulan tidak membuat bayaran pada pihak bank. saya baru sahaja terima sms dari pihak bank yg menyatakan akan mmbuat penarikan kereta jika bayaran tidak dijelaskan segera. saya memang dah banyak kali hubungi beliau dengan call serta whatsapp tetapi lansung tidak dilayan. beliau masih menggunakan no telefon tersebut. saya juga ada hantar whatsapp pd beliau menyatakan yg saya akan membuat report polis serta membuat aduan pd KPDNKK tetapi beliau tetap membisu dan lansung tidak reply whatsapp saya.

    saya pernah hubungi pihak maybank berkenaan perkara ini. mereka menyatakan tidak mahu campur urusan saya dengan org used car tersebut. mereka menyarankan saya untuk membuat report polis dan membuat surat rasmi pd pihak maybank menyatakan untuk menarik kereta tersebut dahulu dan barulah saya boleh berbincang semula dengan pihak bank.

    disini saya benar-benar buntu sekarang tak tahu apa yang perlu saya lakukan. adakah saya perlu ikut saranan dari pihak bank?
    mohon bantuan pencerahan dari tuan sifu apakah langkah terbaik untuk saya selesaikan masalaha saya. saya sanggup ambil semula kereta tersebut tetapi beliau lansung tak mahu berkerjasama dengan saya. kali terakhir dulu mereka telah berpindah ke area setapak..dan saya pernah pergi tmpat tersebut mereka sewa rumah corner lot dan memang penuh dengan kereta secondhand. menjadi masalah juga sekarang kerana kereta saya memang tidak ada di situ lagi. jadi saya tak tahu dimana kereta saya berada sekarang.

    Bantuan tuan sifu amat-amat dihargai..hanya allah sahaja dapat membalas jasa baik tuan sifu… terima kasih.

    • Abu Ammar Post author

      Wa’alaikumussalam Tuan Firdaus

      Kenyataan:

      “saya pernah hubungi pihak maybank berkenaan perkara ini. mereka menyatakan tidak mahu campur urusan saya dengan org used car tersebut. mereka menyarankan saya untuk membuat report polis dan membuat surat rasmi pd pihak maybank menyatakan untuk menarik kereta tersebut dahulu dan barulah saya blh berbincg semula dengan pihak bank.”

      Tuan seharusnya mengikuti saranan pihak Maybank

      1) Buat lapuran polis
      2) Buat surat rasmi untuk memberi kebenaran untuk menarik balik kereta tersebut. Sertakan nombor telefon dan alamat pihak ketiga yang membeli kereta tu dan sertakan juga salinan lapuran polis.

      Buat yang ni dulu.

      • mr.firdaus

        Terima kasih di atas nasihat tuan. Saya akan segera melaporkan perkara ini pada pihak polis dan terus membuat aduan pada pihak bank berkenaan penarikan kereta tersebut. Diharap allah permudahkan perkara ini.

        Terima kasih sekali lagi kerana membantu saya…

  • CD_Hairy

    Tuan Ammar, sy dah pergi opis kedai motor utk berbincang dan krani maklum x bleh bincang dsitu.Sy jugak ada beritahu hasrat utk berjumpak manager ctu tp xdpt. Krani tu suruh sy pergi syarikat guaman / DCA yg slalu cal sy tu sbb file sy sudah xdak di kdai motor tp ada dsna. Hari tu jgk sy ke syarikat tu dan brjmpk ngan bosnya. Dia nyatakan pembelian motor sangkot hutang under SOON LEE CREDIT total RM 17.5K OMG!!! Sy mtk penyata hutang tp dia ckp mmg xdak statement tu.Sy tya lg salinan tuntutan mahkamah dan katanya blom difailkan lg dan dia mtk sy jelaskan RM2600 dahulu dan syrkt akan keluarkan statement hutang tu dan proceed seterusnya.Sy bincang cara elok dan sy nyatakan yg sy trima RM17.5K tp mn n bagaimana calculationnya n juga salinan tuntutan mahkamah.Sy tya apa seterusnya dia akan failkan saman di mahkamah jela. Sy melayu islam sdah trlibat ngan rhiba yg tinggi yg trang2 hukumnya haram sbb tiada keredhaan dlm akad jual beli yg mcm ni.Tp sy bkn nk lari dr hutang.Cuma sy nk tau jln keluarnya tp depa hya mtk duit2 mcm mn ni tuan? Apa yg perlu sy buat seterusnya.Adakah perlu sy link kpd SOON LEE CREDIT plak atau menunggu sesuatu yg burok brlaku..huhuhu….

    • Abu Ammar Post author

      Tuan CD_Khairy

      Pada pendapat saya kalau Tuan pergi ke SOON LEE Kredit tu pun mungkin akan mendapat jawapan yang sama. Namun begitu, saya perlukan kepastian dalam beberapa perkara:

      1) Semasa mengambil pinjaman motor tersebut, berapakah harga asal, deposit yang dibayar dan jumlah ansuran bulanan? Kalau ada agreement asal lagi bagus.

      2) Semasa motor ditarik balik, berapa anggaran hutang dan agak agak berapa haribulan? Ini penting untuk menentukan Had Masa. Agak agak pada bulan berapa dan tahun berapa?

      3) Kalau ada simpan lagi surat menyurat kedai motor boleh keluarkan sekarang dan kita boleh analisa sama sama.

      Boleh bagi nama penuh syarikat Agensi Kutip Hutang tu? Email kat saya di codetyco@ceritahutangbankdananda.com. Kalau ada apa apa surat menyurat dari Agen ini sila emailkan sekali.

      Daripada perbualan Tuan dengan Agen dan result CTOS, saya agak yakin bahawa tiada apa apa tindakan Mahkamah yang telah dilakukan terhadap Tuan. Tuan boleh berbuat seperti berikut:

      1) JANGAN BAYAR satu sen pun kepada Agen ini. Sebarang bayaran akan “mengaktifkan” semula akaun Tuan yang saya rasa sudah luput had masa.

      2) Minta Agen failkan Saman segera sebab baru kita boleh tahu berapa dan bagaimana kiraan yang telah dibuat. Jangan bimbang, kalau dia buat pun kita boleh lawan sendiri. Tak payah pakai Loyar. Jimat duit. Kes simple aje. Tengok apa dia kata.

      Saya faham HUTANG masih perlu dibayar walaupun dah lapuk tetapi kebanyakan kita sanggup membayar hutang asal dan mungkin sedikit “denda” tetapi kalau “bunga”nya mengalahkan pokok tualang memang kita tidak sanggup dan kalau ada duit banyak sekalipun (kalau ada orang “derma”lah) kita pun tidak mahu membayarnya kerana telah berlaku ketidakadilan yang melampau. Jadi be cool dan suruh aje dia saman. Susah sangat nak bagi statement apa hal?

    • Abu Ammar Post author

      Assalamualaikum Tuan CD_Khairy

      Saya masih menunggu email Tuan tentang butir butir Agen Kutip Hutang tu. Satu lagi, ini kalau Tuan setujulah. Apa kata Tuan “kacau” pulak Agen tu seminggu sekali untuk failkan Saman supaya dapat tahu jumlah tuntutan sebenar dan boleh di gunakan sebagai bukti utama aduan kepada KPDNKK.

      Cakap dengan dia KPDNKK perlukan maklumat tu supaya tindakan boleh diambil. Amacam?

  • has

    slm tuan.ni berkenaan dgn cerita htg sy yg sy byr kpd bank kerana bank ckp mereka dh lelong kereta tu..msh kah tuan ingat..sy slma bbrp minggu fikirkan ayat2 karangan nak tulis kpd kpdnkk ttg meminta bank berikan sy surat janjian kelima mcm tuan suruh tu..tp sy xberjaya nk karang kerana buntu..pertama sy xingat bank cawangan mana yg sy buat pinjamn sewa beli tu..kedua yg ada pd sy hanya la surat mengatakan sy tidak lg terikat dgn sewa beli kern sdh menjelaskan byrn..dlm surat tersebut tdk diberitahu jmlh byrn yg sy buat.sy pn dh xingat sbb sy serahkn semua kpd pgw bank yg uruskan personal loan agar membuat byran tunggakn sekali..sy buntu..tlg sy tuan

  • CD_Hairy

    Saya call kdai td gitau nk ke kdai motor masalah kerani jwb xpyah mai n dia sruh p syarikat FIRAUN yg slalu call sy utk buat rundingan n sbgainya siap bg address lg.Mengikut pandangan tuan sy rs mcm nk p jgk kdai tu n jmpk ngan pengurus n mtk penyata RHIBA hutang n dokumen yg brkenaan.Sy mmg nk byar blk tp rs 17K dlm ms 7thn mcm x logik.Mcm dh bli superbike plak hishh…Firaun pn x pkai superbike.

    • Abu Ammar Post author

      Tuan CD_Hairy

      Saya pun berpendapat begitu. “Power” sangat ke Agen tu sampai kedai tak boleh buat apa apa. Kut kerani ada “arrangement” dengan Agen supaya Agen boleh cari makan. Pegi je kedai jumpa Tokey direct. Entah entah lagi senang kira dan manalah tahu dia boleh “halal” terus. 🙂

  • CD_Hairy

    Tuan,saya dh trima laporan CTOS n sy dah sent ke email tuan.Sy still confius n risau sbb tiada maklumat apa2 n tiada lg panggiln dr DCA utk beberapa hrni.Adakah perlu directly ke kdai motor n bincang.Harap tuan trangkan status sy n trangkan langkah2 seterusnya.

    • Abu Ammar Post author

      Tuan CD_Hairy

      Saya sarankan Tuan pergi kekedai motor direct. Minta penyata akaun Tuan untuk tahu berapa jumlah hutang sebenarnya. Mintak juga salinan surat tuntutan Loyar, Saman (kalau ada la) untuk buat penyelesaian secara baik.

      Dalam sembang sembang tu pakai psikologi “gempaq” secara halus nak minta tolong Biro Bantuan Guaman, KPDNKK dan mungkin nak bawak ke Mahkamah Tribunal. Tengok apa reaksi dia. Kalau boleh settle cara baik dan adil, teruskan. Kalau nak claim macam macam, boleh refer ke Agensi yang berkaitan.

  • CD_Hairy

    Salam tuan, saya baru sj buat pendaftaran id dgn CTOS melalui link yg tuan bg.Photo ic sy capture dpn blakang dan hantar melalui wassap mengikut no yg tertera di web trsbt dan tlh dibaca.Tp sy click pd SELFCHECK xbleh kenapa ya. Mcm mn n apa maklumat yg perlu sy amik dr CTOS utk diforward kpd pihak tuan .#maafkurangpakarhehe…

  • CD_Hairy

    Salam tuan…disini sy ada skit pertanyaan kpd pihak tuan utk memberi jalan pandangan n bimbingan bg mghadapi masalah skrg ni.kriteria kes sy mcm ni dlm 7thn yg lalu sy bli motorsikal 145lc secara DP 3K n installment 3thn.waktu sy gn motor tu masa praktikal so mmg xbyk duit sgt la ms tu.Baru ja gn brapa bln dh kantoi byaq n bwk la ke skrg.slalu jgk trpikir jalan nk setel tp yg jmpk jln buntu hehe…masalah skrg ni br mggu lpas ada agen syrkt mn ntah call sy tya nm n details n bgtau ada hutang pembelian motor trtunggak brjumlah 17K WOW!!! Sy kn ugut mcm2 nk mai sita brg rumah n mcm2 lah…lpas tu depa call tpt keja bgtau nk bwk polis p amik sy hehe…Dia mtk sy p opis utk bincang sblm surat saman dikeluarkan n byaq dlm RM5K lbih WOW!!!.agak panik sp2 pn kn mcm tu.sy ckp nk bincang pn sy xdak duit.sy spare duit utk anak isteri n keluarga sy bkn utk depa.sy trus call kdai motor n bgtau nk bincang n buat bayaran blk tp kerani kdai tu ckp depa dh pass kes sy pd agen yg slalu dok kcau sy tu.kdai motor suruh sy bincang setel ngan agen tu.Apa kdai motor xmau duit ka adoi….Mcm mn n apa tindakan yg perlu sy buat skrg ni??? Diharap sgt pihak tuan yg sememangnya Ariff tampil mmberi pandangan.Jutaan trima kasih ye.

    • Abu Ammar Post author

      Wa’alaikumussalam

      Mak oi! Berapa faedah yang dia charge sampai jadi 15K? Kalau hutang RM3,000, pada kadar faedah 8% setahun dikompaun, kalau 10 tahun sekalipun baru dekat 7,000. Faedah ikut Kad Kredit kut. Saya sarankan supaya buat semakan dengan CTOS di http://www.ctos.com.my/CTOSHOME/selfcheck.html (scan MyKad depan belakang untuk diemailkan untuk pengesahan). Bila dah dapat keputusan rujuk semula disini dengan email kepada saya di codetyco@ceritahutangbankdananda.com. Agen Kutip Hutang ni kuat TEMBERANG dengan macam macam ugutan. Tanpa ada Penghakiman yang sah, mereka tidak boleh berbuat demikian. Sebab tu kena buat semakan dengan CTOS untuk mengetahui kedudukan sebenar tindakan undang undang yang telah dikenakan.

      P/S Sesiapa saja yang merasakan blog ini memberi manfaat, sila “like” dan share Artikel ini dan sila like Facebook Page https://www.facebook.com/ceritahutang sebagai tanda sokongan dan dapat memberi “reach” yang lebih luas. Kita perlu suara yang ramai. Tingkatkan jumlah komuniti page ini.Ajak kawan kawan anda untuk “like” page ini. Ini bagi membela mereka yang kena tindas oleh Bank kerana tidak tahu undang undang. Tekan juga butang “Follow” atau “Subscribe” by email supaya boleh diberitahu tentang apa apa maklumat baru dimasa hadapan. Sila “like” juga post ini. Terima kasih

  • has

    slm.tuan.sy msh ada persoalan lg.kes sy ni sbnrnya berlaku pd thn2009.dan sy cuba mnta pnjelasan bank pd thn 2014 setelah sy tersedar akan kesilapan sy iaitu bank tidak memberikan sy jadual kelima yg tuan beritahu.a/bila sy kol pihak bank itulah dimana mereka memberikan jawpn tidak jmpa rekod kerana tmpoh ms yg lama(byrn pada 2009 dn sy mnta dokumen dr bnk 2014).apa lg tndkn yg sy bole buat.sbb sy rs mcm sy membayar harga hutang sewa beli kancil ttp sy tdk memliki kenderaan tersebut.

    adakah bank sepatutnya mmpunyai salinan notis jadual kelima itu?w/pun kejadian itu berlaku lebih drpd 6thn?

    • Abu Ammar

      Tuan

      Dalam hal ini Tuan boleh membuat aduan kepada KPDNKK. Besar kemungkinan fail sudah dipindahkan kebahagian store Bank dilokasi lain. Jadi nak cari balik jenuh la jugak tetapi ia bukan alasan yang konkrit untuk menidakkan hak Tuan. Saya tidak tahu polisi Bank berkenaan dengan penyimpanan dan pemusnahan fail lama selama berapa tahun. Aduan kepada KPDNKK boleh “memaksa” Bank untuk mencari rekod lama tersebut. Akan tetapi, aduan Tuan mestilah terperinci dan ada dokumen dokumen sokongan (sebanyak mungkin). Tuan boleh deraf aduan Tuan dan postkan disini supaya boleh disemak.

  • has

    pd thn 2009 sy nk buat personal loan di ambank tp xlps sbb sy ada tggkan kereta kancil yg hp jg di ambank.tggkan slm dua thn..sy terkejut jgk sbb kereta kancil tu stau sy dh dtrik bank.bila bank bgtau sy keta xda dlm simpanan diorg sy panik trus buat laporan polis ttg kehilangan kereta.tp bnk still suh sy byr tggkan tu..sy bw kes ke tribunal cort tp xdpt sbb bnk dh isu kes ke cvl cort.n sy mmg desperate nk buat loan jgk.jd bank advc buat personal loan n half of it byr tggkan kancil.tp kancil tu xda lg dlm posesion sy..still kena byr sbb sy berhutg..lps loan sy aprov n half tu dibuat byrn tggkn kereta dn harga kereta.sbyk 26k.tp kalau kereta sy ditarik n dilelong(bank ckp kena lelong sbb tu xda dlm rekod mereka lg) spttnya sy byr harga bal yg x dpt dicover kan

    knp lps sy byr bank cuma bg sehelai surat mengatakan sy dh byr harga kereta dn tiada lagi terikat dgn hutang kereta?xda surat lain lg.n kwn sy d jpj ckp kereta kancil sy masih wujud dn skng dipakai oleh org lain??knp jd kes mcmni??sdngkn sy dh lapor keta tu hlng..mcmane bole tkr hak milik?kn sy yg byr hbs..sy xda sign surat utk jual kereta tu kpd mana2 pihak?garanter kad di bank jg dikeluarkn oleh org lain..sy tanya bank tp jwpn mereka sbb xda lg dlm rekod..pgwai yg uruskan dulu xda lg

    • Abu Ammar

      Kepada Has

      Beberapa soalan

      1) Alamat sekarang dan alamat semasa buat pinjaman kancil tersebut adakah sama atau Tuan/Puan sudah berpindah dan tidak dapat lagi dihubungi oleh Bank?

      2) Kereta biasanya bila ditarik, Bank akan mengeluarkan Jadual Kelima memberi tempoh kepada Penyewa beli samada menjelaskan tunggakan bersama sama dengan lain lain kos sperti kos tarik, kos simpanan kereta dan lain lain kos atau membuat penyelesaian penuh dengan mengambilkira “rebate” (kalau ada) dan kos kos yang dikatakan tadi. Habis tempoh 21 hari jika tiada apa apa respon atau maklum balas dari Penyewa Beli, kereta akan dilelong. Adakah Tuan/Puan pernah menerima jadual Kelima ini atau tidak kerana sudah berpindah. Bank TIDAK AKAN simpan kereta tarik lama lama.

      3) Apabila bayaran untuk “tunggakan” dibuat, masihkan Tuan/Puan mempunyai resit yang sepatutnya mempunyai butir butir bayaran yang terperinci?

      4) Adakah Tuan/Puan pernah menerima Saman atas tuntutan kereta ini? Jika ada berapa jumlahnya?

      5) Adakah kereta tersebut digunakan oleh orang lain atau dijual tanpa penukaran nama?

      6) Berapa jumlah hutang asal? Tahun kereta? Model?

      kwn sy d jpj ckp kereta kancil sy masih wujud dn skng dipakai oleh org lain

      Mungkin ini orang yang membeli kereta secara lelongan oleh Bank atau sudah membelinya dengan secara sah. Tiada isu disini melainkan kereta accident dan “total lost” tetapi masih ada dijalan raya. Itu memang kena siasat.

      Terlampau banyak persoalan tentang kes ini dan Tuan?Puan perlu memberi maklumat yang lebih terperinci. Cuma saya rasa agak pelik jika Bank mengatakan mereka tidak ada rekod tentang akaun ini.

      • has

        1)alamat tidak sama kerana berpindah.alamat sms membeli di kuching dn semasa mndpt tahu tertunggk adalah d jhr
        2)sy tdk dpt apa2 notis ttp bank memberitahu sudah mengirim guna pos
        3) tiada resit terperinci cuma sehelai surat mengatakan akaun sudah disettle n ur liabilities as hirer has been discharge
        4)saman tuntutan dr bank is rm32k
        5)kereta diguna oleh org lain sebagai pemilik baru
        6)jumlh htg asal avalaible balance is rm34k.kereta thn 2002 model 850ex(m)

      • has

        slps dua tahun bank boleh plak hubungi sy.knp sy diberitahu bhw bank tarik kereta ttp slps sekian lama br bank mnta jelaskn byrn tertunggak.bkan ke spttnya byran slps dilelong..bank tidak bgtau brp hrga lelongan dan sy tidak tahu apa2..jd sy ikut shj apa yg bank ckp.ttp jika lah dilelong spttnya bank mesti masih ada rekod..sy slalu follow up..ttp melalui tpon shj.mereka janji nak hubungi sy ttp sampai hr ni pun tiada jwpn..sy cuma nk tau..1)adakah sy masih pemilik kereta jika sy membyr hrga bal kereta..
        2)jika kereta benar dilelong apa dokumen yg sepatutnya sy mnta dr bank utk pengesahan prosedur tersebut?mengapa bank ckp tiada rekod?mengapa sehari selepas sy byr bal kereta..nama pemilik bertukar?secepat itu ke?

        • Abu Ammar

          @has

          1)adakah sy masih pemilik kereta jika sy membyr hrga bal kereta..

          Jika kereta sudah ditarik dan dilelong, bayaran adalah bagi baki selepas lelongan. Peminjam tiada hak lagi atas kereta. Kereta adalah milik Bank semenjak dari mula hingga akhir bayaran. Peminjam hanya sebagai Penyewa Beli.

          2)jika kereta benar dilelong apa dokumen yg sepatutnya sy mnta dr bank utk pengesahan prosedur tersebut?mengapa bank ckp tiada rekod?

          Seperti jawapan saya sebelumnya, Bank sepatutnya mempunyai fail bagi akaun ini dan sudah semestinya ada salinan Jadual Kelima iaitu satu dokumen yang MESTI dihantar kepada Peminjam dialamat terakhir yang diketahui.

          mengapa sehari selepas sy byr bal kereta..nama pemilik bertukar?secepat itu ke?

          Yang ini saya kurang faham. Rujuk pada no (1).

          Besar kemungkinan kereta ditarik SELEPAS Saman atau Penghakiman didapati. Jadi Jumlah Penghakiman terpaksa diubah dengan mengambilkira hasil lelongan. Kemudian setelah mendapat jumlah Penghakiman yang baru, faedah atas jumlah yang baru akan berjalan sehingga penyelesaian penuh dibuat. Boleh juga bertanya dengan Lawyer yang menguruskan kes ini. Tanya nombor kes dan boleh buat semakan diMahkamah. Takkan itu pun takde. Sesuatu yang pelik dalam zaman canggih sekarang Bank kata takde rekod. Bank mana ni? Samada memang buat kerja cincai atau sebenarnya menyembunyikan sesuatu. Boleh buat aduan ke Ibu Pejabat supaya boleh dibuat siasatan audit dalaman.