Prosedur Undang Undang Pinjaman Kereta (Sewa Beli) Bahagian 3 108 Comments


Sekarang kita telah sampai ke topik yang ditunggu tunggu. Tatacara pelaksanaan tindakan undang undang keatas peminjam yang gagal menjelaskan tunggakan ansuran bulanan. Kita akan mulakan dengan tindakan undang undang keatas peminjam yang gagal membayar hutang peribadi.

Mengapa mula dengan hutang peribadi? Kerana hutang ini yang “paling rendah martabatnya” iaitu “kekuatan” sandaran pinjaman adalah kepada individu itu sendiri iaitu pendapatan bulanannya. Kalau ada pun cagaran lain ialah penjamin kepada pinjaman itu. Bagi pinjaman kereta dan rumah, cagaran adalah kereta dan rumah itu sendiri selain dari pendapatan individu dan juga penjamin jika ada. Sebab itu selalunya pinjaman jenis ini dipanggil “unsecured loan” atau secara bebasnya diterjemahkan kepada pinjaman “tak berapa selamat”.

Dalam kes peminjam mempunyai banyak hutang dengan beberapa Bank misalnya dan telah jatuh muflis dan setelah berlakunya lelongan segala harta yang dimilikinya, keutamaan akan diberi kepada Bank pemiutang yang mempunyai cagaran dalam bentuk harta benda dan yang terakhir sekali yang akan dibayar (itupun kalau ada sisa dan “seredak” macam kuih raya) barulah diagih agihkan kepada Bank yang mempunyai “unsecured loan” ini. Selalunya “makan angin” aje lah. Perlu juga diambilkira bahawa pinjaman kad kredit juga termasuk dalam kategori “unsecured loan” dan ia hanya bergantung kepada peminjam semata mata.



Sebab itu struktur faedahnya (kad kredit) adalah sangat tinggi bersesuaian dengan risikonya. Cuma walaupun ada “had kredit” yang ditentukan misalnya RM10,000, bukan semuanya akan diberi sekaligus (melainkan kawan tu shopping sakan habiskan sampai limit) dan jika pada bulan pertama pinjaman tidak dibayar, kemudahan kredit akan disekat dan faedah yang dikenakan sangat tinggi iaitu diantara 16% hingga 18% setahun. Jadi pendapatan dari faedah ini (terutamanya dari “kaki bayar 5%”, boleh “cover” hutang tak berbayar secara amnya) Keputusan untuk mengambil tindakan undang undang agak berbeza sedikit dari pinjaman persendirian yang biasa atas dasar “pendapatan” tinggi dari faedah dan jumlah hutang yang “sesuai” untuk tindakan undang undang itu sendiri. Anda boleh lihat sendiri rasional untuk mengambil tindakan undang undang setelah melihat prosedurnya nanti kerana ada beberapa kelainan.

Satu lagi sebab kita bermula dengan pinjaman peribadi adalah kerana tatacara tindakan undang undang adalah secara “terus” atau bak kata omputeh “straightforward” kerana bagi pinjaman kereta dan rumah, ada peruntukkan undang undang yang berbeza dari segi penarikan balik kenderaan dan lelongan yang akan kita bincangkan dengan lebih terperinci kemudian. Persamaan dan hala tuju untuk mendapatkan penghakiman akhirnya adalah sama cuma ada beberapa “lencongan” yang perlu dipatuhi.

Ok. Kita boleh mula sekarang. Rujuk kepada gambar dibawah. Slide penuh boleh didapati di Slideshare iaitu di: Prosedur Tindakan Undang Undang: Pinjaman Peribadi atau Koleksi Album Facebook di sini: Album Facebook: Prosedur Tindakan Undang Undang: Pinjaman Peribadi

Kita lihat dulu Muka Depan atau Tajuk Rasmi topik ini:

LEGALPROCESSMALAYMUKA

Kalau nak tahu lebih lanjut tentang “Sumber Dana” Pam Tayar dan Pam Basikal tu boleh rujuk atau ulangkaji kat Fakta Tentang Duit Digital, Duit Kertas dan RIBA

Struktur faedah Pinjaman Peribadi bergantung kepada Bank yang memberi hutang iaitu faedah tetap, faedah atas baki tahunan atau bulanan. Kita akan cerita beza kadar kadar faedah ini kalau dalam bahasa omputehnya “flat rate”, monthly rests” dan “yearly rests” di tajuk yang lain iaitu apa yang sebenarnya yang “berehat” atau “rehat dan rawat” dalam faedah faedah tu.

Ok sekarang kita lihat pada slide yang pertama. Kita bermula dengan situasi “happy happy” dan “gumbira” iaitu pinjaman telah diluluskan dan duit sudah “dilepaskan” dan pada tarikh itulah pinjaman itu bermula iaitu tarikh perjanjian pinjaman. Kalau nak ulangkaji cerita “happy happy” ni boleh rujuk balik bahagian kelima iaitu: Bahagian 5: Bahagian Kutipan Hutang

LEGALPROCESSMALAY1

Di “pendek”kan cerita, sebulan telah berlalu maka sampailah masanya ansuran pertama perlu dibayar seperti yang tertera. Dalam situasi contoh ini, kita akan memaparkan kisah suatu pinjaman yang langsung tidak berbayar untuk melihat masa yang diambil untuk mengambil tindakan undang undang sehingga ketahap mendapatkan penghakiman dan seterusnya melaksanakan tindakan penghakiman atau dalam bahasa omputehnya “Execution of Judgment” (terjemahan direct macam hukuman bunuhlah pulak). Ini adalah kerana dalam situasi sebenar ia jarang berlaku tetapi bukan tidak pernah berlaku. Dalam situasi sebenar akan ada faktor “ding dong” iaitu proses timbal balik interaksi diantara peminjam dan Bank iaitu janji janji untuk membayar yang ditepati atau dicapati, interaksi meminta “izin” ibu pejabat atau “Head Office” untuk tindakan selanjutnya, peminjam “ghaib”, cuti umum, cuti sakit dan sebagainya seperti info dalam gambar ini:

LEGALPROCESSmalayp3

Jadi selepas beberapa hari berlalu tanpa bayaran selepas tarikh “patut bayar” (tarikh “due”) Bank akan membuat panggilan telefon dan dalam kecanggihan teknologi terkini, ada yang mempunyai sistem sms dalaman dan menghantar peringatan sms sebagai cara yang “lembut” dan juga peringatan melalui surat.  Kemudian kenalah tunggu hasil dari peringatan yang diberi.

Peringatan melalui panggilan telefon mempunyai berbagai reaksi dari peminjam. Ada yang jenis bersopan santun akan memohon maaf zahir dan batin kerana belum ada kesempatan membuat bayaran dan berjanji akan membuat bayaran “secepat mungkin”. Ada yang tidak “mendengarkan” apa apa reaksi, kerana langsung tak angakat telefon! Ada yang hanya berkata “Huh! Nanti cukup bulan saya bayar.. Mengapa buat agreement tengah bulan?”. Padahal dia yang tergedik gedik minta duit cepat. Dan ada yang over “sensitip” marah marah dengan dialog “Tak payah call call sayalah! Tau la orang nak bayar… Apa, Tak Percaya Ka?” dan bermacam macam “peel” lagi. Tidak se”gumbira” seperti sebulan yang lalu…

LEGALPROCESSMALAY2

Sebulan lagi telah berlalu dan kini akaun dah masuk DUA bulan tak berbayar. Telefon dan sms lagi. Janji lagi atau langsung tak angkat telefon. Surat peringatan terakhir pun dikeluarkan. Kena tunggu lagi kut kut ada bayaran dibuat berdasarkan “janji manismu” yang telah dibuat. Bagi  pegawai atau kerani yang ada inisiatif, dia akan mula membuat siasatan awal dengan meneliti beberapa maklumat yang ada dalam fail kut kut ada yang tidak kena dengan “pemerosesan” fail sebab memang bukan dia yang buat.

“Kertas Siasatan” rasmi atau “Fail Collection” belum boleh bukak lagi sebab masil terlalu awal dan masih “bersangka baik”. Denda lewat bayar beserta dengan kos sms dan surat menyurat sudah mula dikira sejak bulan pertama lagi. Masa terus berlalu dan kini sudah masuk bulan yang ketiga seperti gambar diatas. Call dan sms lagi tapi masih tiada bayaran. Biasanya tunggu beberapa hari lagi sebelum mengambil tindakan seterusnya iaitu memulakan proses undang undang yang lebih “serius” iaitu mengeluarkan arahan kepada peguam untuk memberi surat tuntutan atau “Letter/Notice of Demand”. Pihak Bank berharap dengan surat ini sudah cukup untuk membuatkan peminjam merasa takut dan gundah gulana.

Tetapi sebelum mengeluarkan surat arahan ini, bergantung kepada polisi sesesuatu Bank, adalah perlu untuk mendapatkan kelulusan “bos” samada Pegawai Atasan, Pengurus Bank, ataupun “Head Office”. Ini adalah kerana proses tindakan undang undang melalui peguam memerlukan penambahan kos kepada Bank. Kalau denda lewat bayar tak payah buat apa apa, komputer yang akan kira dan ini merupakan “pendapatan angin” tambahan bagi Bank. Tindakan undang undang yang pertama ialah dengan Surat Tuntutan yang dikeluarkan oleh peguam yang pada masa sekarang “menelan” belanja antara RM30 hingga RM50 atau lebih bergantung kepada sesuatu firma guaman. Kenapa mahal? Sebab ada “Letter Head” peguam atau “loyar”. Masa saya kerja dulu lagi mahal dari RM75 hingga RM100 sebab dulu kebanyakan peguam lulusan “obersea” dan cakap omputeh je. Surat pun cakap omputeh jadi peminjam yang sepatah haram tak tahu cakap omputeh akan “blur” bila dapat surat. Yang dia tahu surat dari peguam dan ini menambahkan rasa “gerun” sebab tak faham apa benda isi surat tu.

Zaman sudah berubah. Dengan bertambahnya universiti tempatan menawarkan kursus undang undang terumanya UIA, maka ramailah bilangan peguam dan firma guaman maka dengan teori ekonomi “supply and demand” dan bertambahnya saingan maka kos surat loyar telah banyak dikurangkan. Itupun mahal lagi sebab kos sebenar tak sampai RM3.00 hingga RM5.00 termasuk kos surat berdaftar. Tapi kita kena kira “kos professional” la pulak. Loyar tu. Kalau tak, sia sia lah diaorang menghafal prosedur undang undang masa belajar kan. (cover line sikit, nanti marah pulak kawan kawan loyar)

Berbalik pada si Kerani atau Pegawai Bank tadi. Kena tunggu lagi. Akhirnya apabila mendapat kelulusan untuk meneruskan tindakan guaman, surat arahan pun akan dikeluarkan. Ada Bank yang canggih sistemnya akan mengarahkan peguam secara “online” dan kakitangan pejabat peguam akan “log in” untuk menyemak status arahan. Rasanya peguam yang kena bayar untuk “servis” ini. Hmm… kena lagi loyar kita… Proses “ding dong ini akan memakan masa dan mungkin terlajak sehingga bulan seterusnya…

 

LEGALPROCESSMALAYP4

Surat peguam biasanya memberi tempoh 14 hari kepada peminjam untuk memberi maklumbalas atau bayaran dan pada bulan keempat (bergantung kepada faktor “ding dong”) atau pada tahap tunggakan 4 (empat) bulan, pihak Bank sudah boleh membuat keputusan selanjutnya. Sekiranya tiada bayaran diterima, Bank akan mengarahkan peguam untuk memfailkan saman terhadap peminjam (faktor “ding dong”  seperti yang ditunjukkan dalam gambar iaitu meminta kebenaran pihak atasan, masa untuk untuk mengeluarkan arahan dan masa untuk menyediakan dokumen untuk tindakan saman sekali lagi perlu diambilkira) Dokumen yang perlu disediakan oleh pihak Bank ialah segala alamat surat menyurat peminjam dan penjamin (jika ada) dan suatu penyata tuntutan menyenaraikan baki hutang, denda lewat bayar dan lain lain kos seperti kos setem pos dan tak lupa juga kos surat loyar. Pada tahap ini, perjanjian diantara Bank dan peminjam akan ditamatkan dan Bank akan meminta semua baki hutang yang tertunggak.

BERSAMBUNG…


Leave a Reply to Nursiah Cancel reply

108 thoughts on “Prosedur Undang Undang Pinjaman Kereta (Sewa Beli) Bahagian 3

  • zuraini

    Assalam. Tuan.. minta pencerahan sikit mengenai masalah saya. Saya ada hutang kereta kancil dgn ambank. Saya beli semenjak tahun 2002 lagi..Dan tahun 2013 saya mengalami masalah kewangan. Hutang kereta tertunggak berapa bulan. Utk pengetahuan tuan..hutang kereta saya dah x banyak..baki tggl 2000 lebih lagi…Dah berlanjutan srhingga tahun ini…dalam tempoh ini bank ada call tapi x mengeluarkan surat saman pada saya. Baki hutang tggl 2000 lebih je.. Minggu ini bank dapat call dan cari saya setelah 36 bulan…dan mengugut untuk memeberitahu majikan tentang hutang kereta saya. Untuk pengetahuan tuan…saya berhutang dgn bank ambank…..saya ingin tahu samaada yg call pihak bank atau debit collection. Sebb dah 36 bulan bank x cari..srhingga sekarang..

  • azzahrahman

    Assalamualaikum tuan, saya ada beberapa kemusykilan berhubung dengan Jadual Kelima. Untuk makluman tuan, saya telah menerima Notis Jadual Kelima bertarikh 13/3/2017 di mana saya diberi pilihan oleh pihak bank di mana pilihan-pilihan tersebut dinyatakan seperti di bawah :

    (a) Dalam masa 21 hari, saya diminta untuk memberi notis kepada bank untuk menyambung semula perjanjian dengan membayar tunggakan dan membetulkan pelanggaran perjanjian seperti berikut (atau membayar perbelanjaan pemilik dengan membetulkannya)
    * Tunggakan ansuran : RM 22,315
    * Tunggakan faedah atas ansuran yang tertunggak : RM 452.58
    * Kos penyimpanan, pembaikan atau penyelenggaraan : RM 222.60
    * Kos penarikan balik (towing) : RM200.00
    Jumlah : RM 23,190.18

    b) atau dalam masa 21 hari, saya boleh menamatkan perjanjian dan membayar baki di bawah perjanjian tersebut :

    * Jumlah keseluruhan yang perlu dibayar di bawah perjanjian : RM62,713.50
    * Tolak deposit dan anuran yang telah dibayar : RM 21,993.50
    * Baki belum dibayar di bawah perjanjian : RM 40,720.00
    * Ditolak rebet berkanun : RM 1,294.70
    * Ditambah tunggakan faedah atas ansuran tertunggak : RM 452.58
    * Kos penyimpanan : RM 222.60
    * Kos penarikan balik : RM 200.00
    Jumlah : RM 40,300.48

    c) Jika saya tidak menyambung semula atau menamatkan perjanjian tersebut, saya akan dipertanggungjawabkan terhadap kerugian yang dialami bank melainkan nilai yang ditarik balik mencukupi untuk membayar liabiliti :

    * Anggaran pemilik (bank) mengenai nilai barang yang ditarik balik : RM 16,000.00
    * Berdasarkan anggaran tersebut anda bertanggungjawab untuk membayar pemiliknya sebanyak : RM 24,300.48

    *** Untuk makluman tuan juga, kes saya ini telah berlanjutan di mahkamah (kes kebankrapan) & terbaru saya akan mendengar kes akhir saya pada 21/3/2017 di mana sekiranya saya masih gagal untuk menyelesaikan tunggakan saya akan diisytiharkan bankrap oleh mahkamah. Disebabkan itu saya telah mengambil keputusan untuk menyerahkan kereta saya kepada bank baru-baru ini. Saya berharap dengan pemulangan kereta saya kepada bank dapat mengurangkan jumlah tunggakan saya di mana saya amat risau jika dikenakan tindakan muflis oleh bank.

    Persoalan saya :

    i) Apakah perbezaan jumlah tunggakan antara (a : RM 22,315.00) & (b : RM 24,300.48). Saya juga bercadang untuk membuat penjadualan semula seperti di (a) dan hanya mampu untuk membayar kos2 lain (faedah tunggakan, kos penyimpanan & towing) sahaja. Adakah bank boleh menerima cadangan bayaran saya tersebut kerana saya betul-betul tidak mampu untuk membayar dengan jumlah yang banyak.

    ii) Adakah saya perlu untuk membuat permohonan surat menyatakan kepada bank untuk menyelesaikan baki tunggakan secara bayaran ansuran bulanan (a) dengan segera atau menunggu bank menghantar notis/surat kereta saya telah dilelong baru membuat surat atau hanya rujuk sahaja jumlah anggaran bank tersebut (RM 16,000.00)

    iii) Adakah nasihat-nasihat lain yang perlu saya rujuk atau ikuti ?

    Mohon bantuan dan nasihat tuan mengenai masalah saya di atas & segala pandangan tuan amatlah saya hargai.

    TQ

    • Abu Ammar

      Wa’alaikumussalam Haza

      Setelah penyerahan balik kereta, Bank perlu menangguhkan atau menarik balik kes KeBankrapan kerana jumlah yang dituntut sudah berubah dan adalah TIDAK ADIL bagi Bank untuk tidak menarik balik kes keBankrapan tersebut. Bank juga dengan mengeluarkan Jadual Kelima dan memberi pilihan untuk mengemaskini akaun atau membuat penyelesaian penuh padahal dengan mengambil tindakan KeBankrapan perjanjian sudahpun ditamatkan. Sudah semestinya ada alasan alasan lain yang boleh diguna oleh Bank dan loyarnya jika mahu meneruskan tindakan KeBankrapan ini tapi dalam hal ini point saya ialah soal budi bicara dan “common sense” perlu dipelihara. Saya rasa Bank selalunya akan menangguhkan proses Kebankrapan dan menunggu sehingga proses lelongan selesai dan akan mengira baki muktamad termasuk kos guaman (berdasarkan kepada Jumlah Penghakiman). Sekiranya tiada cadangan pembayaran yang diterima oleh Bank, bank boleh melaksanakan tindakan KeBankrapan sekali lagi.

      Berkenaan dengan soalan perbezaan jumlah (a) dan (b), perbezaannya cuma (a) adalah untuk mengemaskini akaun sehingga tarikh anduran selanjutnya manakala (b) pula adalah jumlah penyelesaian termasuk “diskaun” faedah atau “rebate” yang belum sampai waktu bayarannya. Sila pastikan bahawa Bank menangguhkan pendengaran kes bagi esok melalui loyarnya.

      • azzahrahman

        Terima kasih di atas nasihat tuan di atas., cuma adakah selepas tarikh perbicaraan esok saya perlu menghantar surat cadangan pembayaran semula atau tunggu pihak bank selesai proses lelongan sebab saya takut terlepas 21 hari dari tarikh jadual kelima ini. Pandangan tuan, adakah adakah bank boleh menerima cadangan bayaran sekiranya saya hanya mampu untuk membayar tunggakan faedah atas ansuran (RM452.58), kos penyimpanan (RM 222.60) & kos towing (RM 200.00) sahaja?

        Adakah selepas lelongan bank akan bagi apa-apa dokumen menyatakan jumlah lelongan yang dibuat beserta kos guaman? Sekiranya ya, adakah saya perlu membuat surat lain seperti contoh surat tuan (permohonan membuat cadangan pembayaran tunggakan hutang)?

        TQ

        • Abu Ammar

          Wa’alaikumussalam Haza

          Telefon Bank adakah perlu untuk hadir besok. Tak perlu buat apa apa cadangan pembayaran lagi. Setelah selesai lelongan dan setelah mengira kerugian atas lelongan Bank akan menghubungi Haza untuk mendapatkan cadangan bayaran dan biasanya kalau tiada apa apa cadangan diterima, Bank akan meneruskan tindakan undang undang.

  • HAZA

    Assalamualaikum Tuan, saya ada beberapa pertanyaan. Saya telah menyerahkan semula kereta saya kepada pihak bank baru-baru ini kerana masalah pembayaran dan saya juga telah beberapa kali turun naik mahkamah (kes kebankrapan) kerana ingin mendapatkan tempoh untuk mencari dana membayar tunggakan seperti yang dimintak oleh pihak bank. Malangnya pada awal bulan Februari saya masih gagal untuk menjelaskan tunggakan tersebut dan ambil keputusan untuk serahkan pada bank. Saya telah menerima Notis – Jadual Kelima Akta Sewa Beli 1967 di mana ada 3 section,

    (a) bank memberi tempoh masa 21 hari untuk membuat notis untuk menyambung semula perjanjian tersebut dengan membayar tunggakan dan membetulkan pelanggaran perjanjian yang berjumlah RM 23,190.18 (

    (b) bank memberi tempoh masa 21 hari untuk menamatkan perjanjian dan membayar baki di bawah perjanjian sebanyak RM 40,300.48

    (c) saya dipertanggungjawabkan terhadap kerugian pemilik melainkan nilai barang tadi mencukupi untuk membayar liabiliti. Anggaran nilai barang (kereta) hanya RM 16,000.00 dan perlu membayar pemilik sebanyak RM 24,300.48

    Persoalan saya

    i) Adakah saya perlu untuk membuat surat penstrukturan semula perjanjian kerana saya tidak mampu untuk membayar jumlah yang begitu banyak dan saya juga hampir dimufliskan oleh mahkamah dan kes masih lagi berlangsung.

    ii) Apakah saya perlu memilih antara a,b, & c?

    Mohon bantuan dan nasihat daripada tuan.

    • Abu Ammar

      Wa’alaikumussalam Haza

      Setelah penyerahan balik kereta, Bank perlu menangguhkan atau menarik balik kes KeBankrapan kerana jumlah yang dituntut sudah berubah dan adalah TIDAK ADIL bagi Bank untuk tidak menarik balik kes keBankrapan tersebut. Bank juga dengan mengeluarkan Jadual Kelima dan memberi pilihan untuk mengemaskini akaun atau membuat penyelesaian penuh padahal dengan mengambil tindakan KeBankrapan perjanjian sudahpun ditamatkan. Sudah semestinya ada alasan alasan lain yang boleh diguna oleh Bank dan loyarnya jika mahu meneruskan tindakan KeBankrapan ini tapi dalam hal ini point saya ialah soal budi bicara dan “common sense” perlu dipelihara. Saya rasa Bank selalunya akan menangguhkan proses Kebankrapan dan menunggu sehingga proses lelongan selesai dan akan mengira baki muktamad termasuk kos guaman (berdasarkan kepada Jumlah Penghakiman). Sekiranya tiada cadangan pembayaran yang diterima oleh Bank, bank boleh melaksanakan tindakan KeBankrapan sekali lagi.

      Berkenaan dengan soalan perbezaan jumlah (a) dan (b), perbezaannya cuma (a) adalah untuk mengemaskini akaun sehingga tarikh anduran selanjutnya manakala (b) pula adalah jumlah penyelesaian termasuk “diskaun” faedah atau “rebate” yang belum sampai waktu bayarannya. Sila pastikan bahawa Bank menangguhkan pendengaran kes bagi esok melalui loyarnya.

  • ain

    Assalam tuan. sy ade sedikit kemusykilan. sy ade tunggakan kereta 2 bln. bulanan kereta sy rm635. tp beberapa bln ni sy byr lebih dlm rm750 utk cover tunggakan sikit2… Tp bank kol suruh byr short payment sebulan dlu ptg ni sebelum 6pm sebyk rm410. Bank kate kalo x die nk teroskn dengan saman or surat penarikan. kereta sy dh 4 tahun 3 bln. sy nk tanye ape bank boleh teros tarik kereta sy ke skrg tanpa maklumkn pd sy dlu?.. sbb bank penah ckp cmtu, die kate bank hanye boleh arahkan agen tarik kereta tanpa inform owner kereta dulu. Ape tindkan patot sy buat. sy xmampu nk byr arini rm410. Sy hanye boley byr hujung bln ni bile gaji. sy terpikir nk buat reschedule. tp xtaw boley ke x..

    • Abu Ammar

      Wa’alaikumussalam Ain

      Ain dah baca artikel saya tentang Sewa Beli. Kalau nak tarik kereta, mesti ada Jadual Keempat yang dihantar dan selepas 21 hari dari tarikh Jadual Keempat baru boleh keluar surat Penarikan Balik kereta. Yang sebetulnya sekarang tunggakkan berapa bulan? Sebulan RM635 campur sebulan shortfall RM435? kalau dah ada Jadual Keempat yang bertulis begitu maka Bank ada hak tarik balik. Kalau tunggakan RM635 + RM430 campur bulan ni punya (tengok due date) dan Jadual Keempat baru nak keluar tak boleh tarik lagi. Kena tengok tarikh Jadual Keempat (kalau ada) dan jumlah yang dinyatakan. Saya tak boleh pastikan tapi itulah prosedurnya.

      Pasal reschedule kena tanya dengan Bank baru boleh tahu boleh tak boleh.

      • ain

        Assalam tuan. tunggakan sy 2 bln, short payment rm410 (due 5/2/17)+rm635 (due 5/3/17). Sy plan gaji 29/3 ni sy akn byr rm850 cmtu utk cover sikit tunggakan. Jadual Keempat sy blom dpt lg. Bank je byk kali call suruh settlekn tunggakan sebln dlu rm410. Tp sy mmg xmampu nk byr skrg. Sy hanye risau sekarang kalo tibe2 kereta kene tarik sbb sy mmg gune kereta ni. Sy da bace artikel tuan tentang Sewa Beli. Kena ade jadual Keempat baru bank boley proceed utk tarik. Tp bile sy tanye bank, bank ckp psl penarikan agen yg akn amek tindakan, bank xtaw bile tarikh tarik. Bank hanye bg kuasa pd agen tanpa inform ape2 pd sy. Tu yg sy jd musykil.

        • Abu Ammar

          Wa’alaikumussalam Ain

          Adakah alamat surat yang diberi kepada Bank adalah sama seperti semasa membuat permohonan? Kalau sama sepatutnya Ain akan dapat Jadual Keempat tu. Kalau tunggakan masuk dua bulan (termasuk short payment) pada 5/3/2017, maka Jadual Keempat akan dicetak pada atau selepas dari hari itu. 5hb hari Ahad jadi tak kerja. Kalau Bank “super efficient” pun akan cetak pada hari Isnin dan hantar pada hari itu juga jadi secara teorinya Jadual Keempat akan tamat pada 27hb March 2017. Secara teorinya tukang tarik boleh ambil kereta pada 27hb March 2017.Insya Allah sempat bayar pada 29hb March 2017.

          Statement:

          Tp bile sy tanye bank, bank ckp psl penarikan agen yg akn amek tindakan, bank xtaw bile tarikh tarik.

          Ini statement TEMBERANG. Dia yang jaga akaun, dia tak tahu bila tarikh tarik? Berdasarkan info yang Ain bagi, akaun akan masuk “TIGA” bulan termasuk shortfall pada 5hb April nanti. So itu prosedurnya.

          • ayie mohd

            Salam, adakah bank boleh tarik kereta kalau 2 bulan x byr? setahu saya kalau 3 bulan baru boleh tarik.

          • Abu Ammar

            Wa’alaikumussalam

            Macam dalam artikel saya tulis… Selepas genap dua bulan bank akan bagi Notis Jadual Keempat memberikan masa 21 hari untuk buat bayaran. Selepas tamat tempoh 21 hari tak bayar boleh tarik. Jadi tempoh tunggakan 2 bulan 21 hari atau hampir kepada TIGA bulan dan BUKAN selepas TIGA bulan baru nak keluar notis.

  • sha

    Assalam Tuan,
    Saya ada beli kereta baru pada tahun 2007, dan pada tahun yg sama @dalam 2to 3 bulan,bayaran bulanan RM900++ pihak bank ada offer reschedule dan hanya bayar rm813, dari pinjaman asal 7 tahun jadi 9 tahun, sehingga sekarang baru ni, saya check, ada lagi 13 bulan kena bayar lagi,(2 – bulan tungakan,masuk bulan terkini 3 bulan), tapi bulan saya tak buat payment sebab tak kerja, adakah kereta saya akan ditarik. Sebab saya takut nanti macam2 bayaran yg dikenakan, boleh kah saya tak bayar lagi 3-4bulan.
    minta jasa baik tuan, berikan pandangan tuan.

    Thanks

    • Abu Ammar

      Wa’alaikumussalam Sha

      Kalau dah tinggal dalam 13 bulan biasanya bayaran sudah melebihi 75% dari harga belian asal campur deposit. Jadi Bank hanya boleh tarik kereta melalui Perintah Mahkamah seperti yang diperuntukkan dalam Seksyen Akta Sewa Beli.

      SECTION 16 (A)

      “(1A) Notwithstanding subsection (1), if the payment of instalments made amounts to more than seventy-five percent of the total cash price of the goods comprised in a hire-purchase agreement and there had been two successive defaults of payment by the hirer, an owner shall not exercise any power of taking possession of the goods comprised in the hire-purchase agreement arising out of any breach of the agreement relating to the payment of instalments unless he has obtained an ORDER OF THE COURT to that effect. ”

      Walaupun begitu usahakan untuk membayar sehingga habis kerana Bank masih boleh mengambil tindakan undang undang keatas Sha. Elok berbincang dengan Bank tentang cadangan pembayaran sehingga penyelesaian.

  • Azizi

    Assalammualaikum cik amar sy tidak pernah bayar hutang kereta dan personal loan semenjak 2011..
    Dan sy masih mempunyai kereta tersebut hingga sekarang ..saya tidak jelaskan bayaran disebabkab tidak mempunyai kerja yg tetap
    Sy mmg ingin jelaskannya ..adakah sy perlu ke akpk
    Bincag dengan pihak bank kerana tidak mungkin saya boleh buat full setlement …
    Bolehkan cik amar beri cadangan bagaimana saya nak atasi masala ni…jumlah hutang saya pada 2011 adalah15k utk kereta dan 5k personal loan
    Saya agak buntu nak jelaskan kerana gaji saya hanya rm1200

  • sham

    salam

    tuan,

    mohon pendapat pihak tuan berkenaan posedur dan tindakan lelongan keatas kenderaan tarik. apakah prosedur2 yang pihak bank tetapkan untuk melakukan proses lelongan tersebut serta bagaimana penetapan harga rizab tersebut ( praktis bank2 lelongan pertama dikurangkan 10% dari nilai pasaran) ?

    • Abu Ammar

      Wa’alaikumussalam Sham

      Saya pasti Tuan dah baca artikel saya tentang lelongan. Jadi soalan lebih kepada penetapan “estimated market value” atau “anggaran harga pasaran”. Ini bergantung kepada keadaan kereta dan sudah semestinya harga lebih “murah” dari harga semasa. Kalau kereta ditarik hujung tahun pada bulan Disember misalnya, harga akan dikurangkan lagi kerana mengambil faktor “harga tahun depan” dan juga keadaan ekonomi semasa. Populariti kereta juga akan diambil kira.

      Bank akan biasanya membuat lelongan awam bagi kereta kereta yang ditarik dan jika tiada bidaan pada hari lelongan tersebut, harga seperti yang tercatit pada Jadual Kelima akan diturunkan lagi. Tiada formula yang tetap bergantung kepada Bank. Nak kurang berapa persen atau berapa ribu tetapi yang penting Bank MESTI memberitahu peminjam bahawa harga nilaian asal mengikut Jadual Kelima telah turun dan memberi peluang untuk peminjam untuk memperkenalkan pihak ketiga untuk membeli kereta tersebut biasanya dengan harga tunai. Kalau tak beritahu adalah menjadi kesalahan dibawah Akta Sewa Beli. Jadi atas faktor ini (tak laku dan terpaksa bagitahu peminjam) juga harga mungkin diturunkan lagi pada peringkat Jadual Kelima lagi sebelum lelongan berlaku.

  • harry faisal

    assalam.en sy nak buat pertanyaan,kereta sy ada tunggakan 4 bulan.dan baki hutang dgn pihak bank dalam rm 3k,pertanyaan sy bank kira 75% dari jumlah harga kereta macam mana.dan sy tidak ada menerima surat dari pihak bank untuk penarikan kereta.cuma sms saja.

    • Abu Ammar

      Wa’alaikumussalam Tuan Harry Faisal

      Kalau jumlah bayaran sudah melebihi 75% dari harga tunai kereta didalam perjanjian maka Bank perlu memohon dari Mahkamah Perintah untuk menarik kereta tersebut tetapi tidak menghalang Bank dari melantik Agen Kutip Hutang untuk “mengejar” Tuan. Ada duit buat bayaran sampai habis. Tak banyak yang tinggal pun.

  • afrina

    assalam .saya nak tanya macam mane ye kalau saya tak bayar dah 2 bulan 19 hari ?saya ada masalah wang macam mana saya nak bayar kalau saya tak ada duit. jumlah tunggakan maximum berapa hari ya ?betul ke kalau 2 bulan 21 hari mereka akan tarik kereta saya ?tolong jawab soalan saya.. 🙁

    • Abu Ammar

      Wa’alaikumussalam Afrina

      Prosedur dia memang macam tu seperti dalam artikel yang Afrina dah baca. Cuma boleh cuba negotiate dengan Bank untuk bayar sebulan dulu atau penangguhan. Itu sudah diperuntukkan dalam Perjanjian dan Akta Sewa Beli. Atas budi bicara sahaja untuk perbincangan lanjut.

  • deenie

    Salam en amar. Sy ada tunggakan kereta selama 4bulan lebih. Dan hari ni kereta sy ditarik oleh bank. Boleh ke sy bayar untuk 3bulan sahaja? Kereta sy ditarik gunakan towing dan tiada surat apa2 dari agen tarik, perlu ke sy hold bayaran kos towing dan selesaikan bayaran tertunggak dulu?

    • Abu Ammar

      Wa’alaikumussalam Deenie

      Bila kereta ditarik balik, Bank akan menghantar Jadual Kelima yang akan memberikan Deenie 21 hari dari tarikh Jadual Kelima samada untuk mengemaskini akaun atau membuat penyelesaian penuh. Butir butir amaun yang dituntut ialah:

      1) Jumlah tunggakan (atau baki penuh)
      2) Kos penarikan termasuk towing
      3) Denda lewat bayar
      4) Kos penyimpanan kereta dalam Stor
      5) Lain lain kos seperti kos pos dan tindakan undang undang (jika ada)

      Biasanya Bank boleh bertolak ansur dengan denda lewat bayar atau lain lain kos yang kecik kecik tetapi kos penarikan dan kos towing dan kos stor akan dikutip kerana ia melbatkan bayaran yang dibuat kepada pihak ketiga. Deenie boleh cuba buat perbincangan tetapi biasanya kos kos tadi akan diminta terlebih dahulu termasuk tunggakan bulanan (mungkin boleh bincang bayar tiga dahulu tetapi bergantung kepada budi bicara Bank) Tak boleh buat apa, kereta sudah ada ditangan mereka.

    • harris

      Assalam En Amar, saya nak tanya… kawan saya telah diistiharkan muflis atas pinjaman kenderaan lebih kurang 6 bulan yang lalu, tetapi kenderaan itu masih ada dan tidak ditarik oleh bank.. Apakah status kenderaan itu sekarang dan adakah pihak bank akan tarik dan lelong atau macamana? Boleh bagi penjelasan… Terima kasih

      • Abu Ammar

        Wa’alaikumussalam En Harris

        Adakah kereta masih digunakan oleh si Bankrap? Sudahkah beliau melaporkan diri dengan Jabatan Insolvensi Malaysia? Kalau beliau masih menggunkan kereta, Jabatan Insolvensi akan mengarahkan kereta tersebut ditarik dan dilelong dan apa jua baki akan diserahkan kepada Jabatan Insolvensi. Banyak persoalan disini iaitu samada Bank tahu atau tidak lokasi kereta dan tidak menarik balik kereta tersebut dan terus mengambil tindakan Bankrapsi. Ini akan merumitkan keadaan dimana pembaharuan cukai jalan dan insuran juga akan tersangkut (kalau data dengan semua agensi berkenaan telah dikemaskini). Bank akaun akan dibekukan dan akan ada sekatan oleh Jabatan Imigeresen.

  • Mohd Zaki

    Assalamualaikum tuan,

    Saya adalah mangsa keadaan di mana saudara terdekat saya telah menggunakan nama saya untuk mendapatkan pembiayaan kereta dengan bank yang mana akhirnya beliau gagal membuat bayaran ansuran serta kereta tersebut telah ditarik dan dilelong.

    Pembiayaan yang dibuat adalah pada tahun 2002 dan sehingga sekarang tunggakan hutang tersebut telahpun meningkat dari tahun ke tahun akibat dari faedah lewat bayar yang dikenakan oleh bank iaitu sebanyak RM30k (asal RM15K)

    Kini saya terpaksa mengambil tanggungjawab tersebut untuk melunaskan hutang tertunggak.

    Soalan saya, selain daripada membuat rundingan semula dengan bank dengan memohon pembiayaan penuh secara lumsump, boleh kah saya membuat rayuan @ akujanji untuk membuat bayaran secara bulanan kepada bank tersebut sehingga tunggakan selesai iaitu buat permulaan saya membuat pembayaran komitmen sebanyak RM5000 dahulu dan diteruskan dengan bayar ansur2.

    Soalan ke dua, bolehkah saya memfailkan saman kepada individu yang telah menggunakan nama saya tersebut bagi menuntut semula hutang yang tertunggak.

    Terima kasih

    • Abu Ammar

      Wa’alaikumussalam Zaki

      persoalan yang amat PENTING, pernahkan bayaran dibuat semenjak tahun 2002 dan kalau ada bilakah tarikhnya? Ini adalah untuk menentukan bahawa adakah Tuan perlu membayar hutang ini atau tidak dan adakah hutang ini sudah luput had masa iaitu 6 tahun dari tarikh tunggakan terakhir. Ini juga penting untuk membuat rundingan untuk bayaran paling minima dengan pihak Bank. sila respon atau email saya di codetyco@ceritahutangbankdananda.com

  • zura

    Salam..en saya nak tanya saya tertunggak bayaran dua bulan 10 hari…adakah surat tarik dah dkluarkan..?? Blh ke skiranya saya mbyar dua bulan dahulu….tq en

    • Abu Ammar

      Wa’alaikumussalam Zura

      Biasanya apabila akaun tertunggak 2 bulan, Bank akan menghantar Jadual Keempat memberikan masa 21 hari untuk membuat bayaran tunggakan sebelum surat tarik dikeluarkan. Jika baru 2 bulan 10 hari, saya rasa Bank akan menerima bayaran 2 bulan kerana bayaran bulan ketiga belum sampai tarikh lagi. Hubungi bank segera.

      • muhammadali

        Salam encik ammar,

        pertama sekali saya ingin meminta nasihat dan bantuan daripada encik tentang kes saya. kereta saya telah tertunggak selama 15bulan kerana saya mengalami kesempitan wang dan kereta saya belum ditarik. saya mempunyai tunggakan 12k termasuk interest. persoalan saya adalah :

        i – perlu kah saya memanggil pihak bank untuk menarik kereta saya kerana saya ingin menyelesaikan tunggakan tersebut atau tidak perlu memanggil pihak bank untuk menarik kereta saya?

        ii – adakah prosedur untuk menyelesaikan tunggakan dengan cara lamsam mempunyai banyak prosedur sebelum saya dapat menyelesaikan tunggakan tersebut?

        iii – bagaimana cara untuk saya selesaikan tunggakan saya? adakah selepas saya menyelesaikam segala tunggakan itu saya boleh memberi kereta saya kepada pihak bank untuk dilelong kerana saya tidak mampu untuk meneruskan pembayaran bank setiap bulan.

        iv – adakah selepas tunggakan selesai akaun bank yg telah dibekukan akan normal seperti biasa atau pun saya mesti menjalani beberapa prosedur untuk menunggu akaun bank saya tidak dibekukan lagi

        v – adakah selepas saya menyelesaikan tunggakan nama saya akan di blacklist?

        • Abu Ammar

          Wa’alaikumussalam Tuan Ali

          Menjawab pertanyaan Tuan:

          i – perlu kah saya memanggil pihak bank untuk menarik kereta saya kerana saya ingin menyelesaikan tunggakan tersebut atau tidak perlu memanggil pihak bank untuk menarik kereta saya?

          Kalau nak serahkan kereta, tak perlu bayar tunggakan dulu. Serahkan kepada Bank dan Bank TIDAK AKAN charge kos tarik. Kos simpanan kereta akn dicharge biasanya RM5 hingga RM10 sehari sehingga 21 hari atau lebih sebelum kereta dilelong. Apabila kereta ditarik atau diserah balik, Bank akan memberi Jadual Kelima memberikan tempoh 21 hari untuk mengemaskini akaun atau membuat penyelesaian penuh. Selepas 21 hari baru kereta akan dilelong. Baki lelongan akan dituntut daripada Tuan. Tuan boleh membuat cadangan pembayaran untuk menyelesaikan baki ini. Biasanya Bank akan minta satu jumlah “seketul” dulu contohnya RM3,000 atau RM5,000 diikuti dengan jumlah bulanan contohnya RM500.

          ii – adakah prosedur untuk menyelesaikan tunggakan dengan cara lamsam mempunyai banyak prosedur sebelum saya dapat menyelesaikan tunggakan tersebut?

          Nak selesai Lumpsum Bank akan bagi jumlah baki TOLAK interest yang belum dicharge atau yang belum sampai tempoh (REBATE)

          iii – bagaimana cara untuk saya selesaikan tunggakan saya? adakah selepas saya menyelesaikam segala tunggakan itu saya boleh memberi kereta saya kepada pihak bank untuk dilelong kerana saya tidak mampu untuk meneruskan pembayaran bank setiap bulan.

          Jawapan seperti diatas. Tak payah bayar tunggakan dulu. Serah pada Bank dan buat cadangan pembayaran selepas lelongan.

          iv – adakah selepas tunggakan selesai akaun bank yg telah dibekukan akan normal seperti biasa atau pun saya mesti menjalani beberapa prosedur untuk menunggu akaun bank saya tidak dibekukan lagi

          Akaun Bank yang mana kena beku? kalau ada akaun Bank dengan Bank yang Tuan buat pinjaman memnag boleh “beku” tapi Bank lain tidak terlibat dan tidak boleh beku akaun melainkan Tuan dah Bankrap.

          v – adakah selepas saya menyelesaikan tunggakan nama saya akan di blacklist?

          Sekarang pun dah kena “blacklist” iaitu rekod sudah ada dalam CCRIS Bank Negara dan mungkin juga CTOS. Kalau dah selesai senarai akan dikeluarkan dan untuk CTOS, perlu memberitahu mereka tentang penyelesaiaan dan mereka akan update rekod mereka.

          bagaimana saya ingin menghubungi encik ammar??

          Hubungi melalui email atau pergi ke Page FB saya https://www.facebook.com/ceritahutang/ dan masukkan message Tuan jika ada pertanyaan lanjut.

          Saya sarankan supaya buat semakan dengan CTOS di http://www.ctos.com.my/CTOSHOME/selfcheck.html . Register id (klik CTOS User ID) dan ikut arahan di Skrin. Kalau tak silap saya bila dah register Id, satu lapuran ringkas akan diberi. Ia akan memberikan indikasi kalau ada tindakan undang undang.

          Nak tahu lebih lanjut bayar RM10 secara online untuk dapatkan lapuran secara detail. Bila dah dapat keputusan rujuk semula disini dengan email kepada saya di codetyco@ceritahutangbankdananda.com. Baru kita boleh tahu setakat mana tindakan undang undang yang telah dikenakan.

          Cara cara nak check CTOS ada kat link ini. Kredit kepada penulisnya dan terima kasih kita ucapkan.

          http://www.chatpropertymalaysia.com/how-to-check-your-credit-records-via-ccris-and-ctos/

  • Baim

    Salam En…
    Rhb ada call sruh jelaskan byaran sebelum 1/10/16 sebanyak Rm580 tetapi saya tersilap dan byr Rm550(11am)..Bank call pukul 5pm x terima bayaran tadi dan minta jelaskan sebelum 9pm.saya sudah bagitau saya sudah masukkan rm550 dan akan jelaskan lagi rm30.tetpi sebelum 9pm saya cuba jelaskn baki akaun freeze…Mesin x terima bayaran saya..Apakah perlu saya buat.. Adakah bank akan tarik kereta @ hantar notis dahulu.?
    Boleh ke kereta ditarik pada cuti umum?

    • Abu Ammar

      Wa’alaikumussalam Tuan Baim

      Akaun tertunggak berapa bulan. Kalau sebulan dan dah bayar lebih 90% tak boleh tarik tapi kalau dah tiga bulan bayar sebulan mungkin masih boleh consider tapi kalau tak cukup jumlah Jadual Keempat masih boleh keluar surat tarik.

  • Ameng

    Assalamualaikum. Tumpang tanya En.Ammar, kereta saya sekarang masuk 5bulan tertunggak, sebab sekarang saya ada masalah kewangan dan kereta saya rosak. Saya ingin membaiki kereta tapi ada masalah kewangan. Jadi saya bercadang supaya kereta saya ditarik, tapi adakah saya akan masih dikenakan denda untuk membuat pembayaran?

    • Abu Ammar

      Wa’alaikumussalam Ameng

      Bila kita serahkan balik kereta kepada Bank, Bank TIDAKBaki BOLEH caj kos tarik tetapi boleh caj kos towing memandangkan kereta rosak dan tak boleh jalan. Jadual kelima akan dikeluarkan dan anggaran harga kereta akan menjadi lebih rendah kerana kereta rosak dan seterusnya harga lelong pun akan menjadi rendah mengikut anggaran harga di Jadual Kelima tadi. Baki hutang akan ditolak dari harga lelong campur apa apa jua kos denda lewat dan kos kos lain.

      Itu dilemanya. Keluar duit untuk repair dan harga lelong dapat tinggi sikit atau biarkan kereta seadanya dan serah balik. Jika baki masih tinggi, ia mungkin tidak membawa banyak perbezaan sebab harga lelong mungkin berbeza RM3K – RM4K sahaja (bergantung kepada model kereta dan keadaan keseluruhan) kerana pasaran kereta pun tidak berapa bagus sekarang. Saya tidak tengok kereta Tuan dan tak tahu apa yang perlu dibaiki tetapi Tuan boleh nilaikan sendiri adakah berbaloi keluar duit untuk repair tapi masih terpaksa menanggung hutang beribu ribu lagi jika baki masih terlalu banyak. Kadang kadang nak jual dalam keadaan cun cun pun masih tak dapat nak cover hutang.

      • emma

        Assalammualaikum en Ammar. Kes sy lebih kurang dengan en Ameng ni. Kereta sy rosak teruk. Enjin nk kena tukar. Adakah berbaloi kalau sy biarkan bank menarik balik kereta sy. Hutang masih ade 20k.

        • Abu Ammar

          Wa’alaikumussalam Emma

          Masalah berbaloi tak berbaloi tu bergantung kepada nilai lelongan. Bank akan tetap menuntut hutang samada kereta diserah balik atau tidak. Ramai yang salah faham bahawa jika serah kereta balik tak payah bayar apa apa lagi. Kalau serah balik dalam keadaan teruk, jual lelong timbang kati katakan RM1,000. hutang ada RM10,000. Bank akan tuntut RM9,000 campur kos dan denda lewat bayar. Tak serah balik, kereta pun mungkin tak boleh guna jadi Bank akan Saman dan tuntut RM10,000 campur kos dan denda lewat bayar. Terpulang pada anda. Apa hal pun, Bank akan “ligan” hutang secara sendiri atau melalui Agen Kutip Hutang.

    • Abu Ammar

      Wa’alaikumussalam Nursiah

      Dibawah seksyen 16 (1A)Akta Sewa Beli, kalau jumlah bayaran sudah melebihi 75% dari HARGA TUNAI kenderaan seperti yang tertera dalam perjanjian sewa beli, apa jua tindakan penarikan perlu kepada “Court Order” dahulu seperti yang tertera dibawah:

      “(1A) Notwithstanding subsection (1), if the payment of instalments made amounts to more than seventy-five percent of the total cash price of the goods comprised in a hire-purchase agreement and there had been two successive defaults of payment by the hirer, an owner shall not exercise any power of taking possession of the goods comprised in the hire-purchase agreement arising out of any breach of the agreement relating to the payment of instalments unless he has obtained an order of the court to that effect.”

      Pernyataan ini juga tidak lari dari interpretasi tetapi jika merujuk kepaa Perjanjian Sewa Beli, “CASH PRICE” biasanya merujuk kepada harga asal kereta dan jika dicampur dengan Insurans dan lain lain kos ia merupakan harga “ON THE ROAD”. Selepas tu dalam Perjanjian akan ada tambahan interest atau “untung” kalau yang “islamik” punya diikuti dengan “JUMLAH YANG PERLU DIBAYAR”. Jadi adalah “selamat” pada pendapat saya bahawa untuk membuat kiraan, campurkan semua bayaran yang dibuat, tolak dengan segala denda lewat bayar dan kos yang Bank telah “sapu” dari bayaran bayaran tersebut dan bahagi dengan harga tunai tadi. Jika lebih dari 75% telah dibayar, maka peruntukan ini terpakai. Interest pun Bank dan sapu banyak dah pada tahap ini.

    • Abu Ammar

      Dear Otey

      Bank akan hantar Notis ke alamat yang ada pada rekod mereka. Bila surat berdaftar dihantar ke Pejabat Pos , ia akan dikira sebagai sudah dihantar.

      Kalau peminjam dah berpindah , menjadi tanggungjawab peminjam mengemaskini alamat terbaru. Ini ada dalam Akta Sewa Beli.

      Biasanya Bank takkan berani tarik kalau takde Notis Jadual Keempat dan Notis Niat mengambil semula pemilikan.

  • YUS

    En. Ammar sekiranya bank sudah tidak mengeluarkan notis adakah kereta telah cukup tempoh bayaran dan baki yg tinggal itu adakah caj2 tambahan ? Dalam kes ini pihak bank telah mengeluarkan notis arahan ke pihak ke-3 untuk mengejar bayaran tersebut, adakah kereta boleh ditarik ?

    • Abu Ammar

      En Yus

      Selagi ada baki selagi itu interest kena caj. Kalau payment dah melebihi 75% dari harga jualan, Bank perlu memohon Perintah Mahkamah untuk tarik kereta. Jika tidak, kereta boleh ditarik tak kira samada hutang telah diserah kepada Agen Kutip Hutang kerana Bank boleh keluar surat tarik lagi.

  • amirul. .

    As salam encik Ammar. ,
    Saya ada pertanyaan dengan encik Ammar. .ttg tunggakan kerita kaka saya..masalah dia saya jadi penjamin dia..tapi kerita dah nak masuk 4 bulan tidak bayar ..bank pun call dengan saya ..kaka saya skrg ada masalah kesihatan dan tidak dapat kerja macam dulu lagi..saya pun ada kerita juga nak di bayar bulan2..persolan saya di sini boleh ke saya buat bayaran separu Dari bayaran bulanan kerita itu..contoh bulanan kerita yang ada tunggakan rm 500,..boleh ka saya buat bayar dalam..rm 300/200 bila ada duit..untuk melunaskan tunggakan tersebut. ..sbb sayang juga nak lepas bagi bank tinggal ne tahun lagi habis bayar dah..terima kasih encik Ammar. .

    • Abu Ammar

      Wa’alaikumussalam Amirul

      Biasanya Bank TIDAK terima bayaran “sekerat sekerat” lebih lebih lagi kalau sudahpun tertunggak 4 bulan. Besar kemungkinan surat tarik dah keluar tapi kalau menurut Amirul baki tinggal sedikit, Bank tidak boleh sewenang wenangnya menarik kereta tersebut jika bayaran yang dibuat sudah melebihi 75% dari harga kereta. Tapi kenalah semak betul betul baki tu. Dalam hal ini mungkin Bank boleh terima cadangan bayar sekerat kerat dan cadangan ini mesti secara bertulis dan persetujuan dari Bank juga mestilah juga bertulis. Bawalah kakak untuk berbincang elok elok kerana bagi Bank sekurang kurangnya akaun masih “hidup” dan boleh terima bayaran sampai hutang selesai. Tak tahulah pulak kalau Bank buat keras kepala nak suruh settle yang pada saya bukanlah tindakan yang bijak dan waras. Semuga usaha perbincangan dapat diselesaikan dengan baik. Aameen.

  • ingin tahu

    as salam encik ammar.,
    kalau nak clear nama penjamin bagi sewa beli kereta .,haruskah penjamin bayar kesemua hutang ?
    ada cara atau tindakan tak yang boleh diambil untuk owner yang enggan bayar hutang berkenaan?
    kesian penjamin nama bankrup sebab peminjam enggan bayar walhal niat hanya nak bantu
    mohon pencerahan.,

    • Abu Ammar

      Wa’alaikumussalam Ingin tahu

      Kalau peminjam tak bayar terpaksalah penjamin yang tanggung. Memang ada peruntukan dalam Akta Sewa Beli dimana penjamin boleh menuntut dari peminjam apa yang telah dibayarnya. Tapi kalau Bank Saman pun dia tak “makan Saman” jadi apa beza kalau penjamin Saman dia pulak? Dia akan kata Thank you very much. Itulah masalahnya bila jadi penjamin. Penjamin dah Bankrap ke belum atau sedang dalam tindakan Kebankrapan?

  • noora

    assalam encik.
    saya buat pinjaman kereta waja pada 2010 dgn bank affin dan dijangka habis bayar pada bulan 6 2017. saya telah tertunggak selama 3 bulan.payment last bulan januari.. pihak bank ada telefon dan beritahu akaun saya sudah di blok dan perlu bayar di kaunter dgn amaun lbh kurang RM1060.. bole ke sy mnta pihak bank unblok semula dan cuma bayar amaun sebulan saja dulu. terima kasih

  • Black

    Assalam..sy ingin minta pandangan dan pendapat tuan berkenaan dgn kes sy. Ini berkaitan hutang kereta proton wira arwah ayah sy pd tahun 97 yg menggunakan nama kawannya En X. Kereta itu pernah tertunggak bayaran bulanan dan telah ditarik oleh pihak bank. Sy juga difahamkan bahawa kereta itu telah pun dijual. En X meminta kami sebgai anak arwah utk membayar hutang tertunggak interest bank sebanyak 20k pd tahun 2012. Kami memberi kerjasama dgn mula membayar dari tahun 2012 sehingga akhir tahun lepas seperti yg diminta oleh pihak bank. Pihak bank mencadangkan utk mebayar bulanan rm150 secara consistent dan mereka akan memberi pengurangan sebagai pertimbangan. Namun setelah membayar beberapa tahun kami menghubungi semula utk menanyakan tentang pengurangan yg telah dijanjikan. Namun pegawai yg menguruskan akaun kereta itu telah berhenti. Pegawai baru yg mengambil alih menyuruh kami teruskan membuat bayaran. Setahun kemudian kami menelefon semula. Pegawai baru itu juga telah berhenti. Kami mengambil keputusan utk tidak meneruskan bayaran bermula akhir tahun lepas. Beberapa bulan kemudian En X mencari kami sekeluarga utk meminta kami menjelaskan bayaran. Adakah benar ini prosedur bank walaupun kereta telah dijual dan interest yg dikenakan agak tinggi. Kami menghubungi pihak bank untuk meminta statement. Namun pihak bank tidak dpt memberikan maklumat hitam putih kerana kami pihak ketiga. Hubungan kami dgn En X tidak begitu baik. Harap pihak Tuan dpt berikan pandangan. Terima kasih

    • Abu Ammar

      Wa’alaikumussalam Black

      Pada pandangan saya, jumlah yang dibayar selama ini mungkin digunakan untuk membayar faedah yang telah tertunggak sekian lama.

      Jarak masa dari tahun 1997 hingga 2012 ialah 15 tahun. Faedah bagi transaksi Sewa Beli biasanya 8% sahaja setahun. Andaikan baki hutang setelah lelongan ialah RM10,000. Setelah 15 tahun faedahnya Ialah 15 x 8% = 120%

      Jadi faedah terkumpul adalah RM12,000 dan jumlah terhutang jadi RM22,000.

      (ini kiraan kasar sebab bila ia dikira mengikut “compound Interest” ia akan lebih banyak. Ini contoh untuk memberikan kefahaman bagaimana ia terjadi)

      Oleh itu kalau bayar RM150 sebulan selama 3 tahun pun baru RM5,400 tak boleh cover Interest pun. Kata kata pegawai Bank hatta Manager sekalipun tanpa ada pengesahan bertulis tak boleh dipercayai 100%.

      Biasanya dalam kes begini, rundingan dibuat untuk menetapkan jumlah “penamat” tanpa ada apa apa Interest lagi diikuti dengan bayaran bulanan yang dipersetujui. Itupun ada hitam putih dari Bank

      Jadi mahu tak mahu untuk selesaikan perkara ini kena pergi bersama sama dengan En X untuk mendapatkan penyata sebenar dan En X perlu bekerjasama untuk menjaga namanya sendiri. Kalau kena buat rundingan dengan AKPK dia juga kena buat tapi Tuan yang bayar. Kalau payah nak kerjasama maka “tak upaya” lah nak selesaikan masalah.

  • ni-na

    salam tuan..sy &suami skrg mempunyai masalah kewangan.maka episod tunggakan pembayaran kereta telah brmula.tunggakan skrg memasuki 6bln ,untk pengetahuan kereta masih disorok.soalan sy..apa yg perlu kami buat.nk byr utk tunggakan x mampu ni.kami prnh brbincg dgn pihak bank utk restructure pmbyaran.malangnya,cara itu tidak boleh diguna pakai skrg.tapi sejujurnya kami masih sygkn kereta n sebolehnya tidak mahu kereta ditarik.jd apa pendapat tuan?bg sy,bank skrg x ubah seperti along.kami da buntu.mntk pendapat n saranan dr tuan..trima kasih

    • Abu Ammar

      Assalamualaikum ni-na

      Dilemmanya begini :

      1) Kalau sorok lama lama Bank akan ambil tindakan undang undang dengan keluar surat Loyar, Saman dan Penghakiman

      2) Serah balik, kalau tak dapat update payment Bank akan lelong dan harganya sudah semestinya sekurang kurangnya 70% dari harga semasa itupun kalau condition ok. Hutang pulak masih banyak jadi selepas lelong kena buat cadangan pembayaran untuk selesaikan baki hutang.

      3) Kalau Bank dah dapat Penghakiman baru nak serah kereta, masih juga akan dilelong dan hasil lelongan akan ditolak dari jumlah Penghakiman dan faedah terkini.

      Mungkin boleh cuba buat rundingan melalui AKPK untuk mencari jalan penyelesaian kerana pada tahap ini memang tiada pilihan lain (selain rundingan yang diterima oleh Bank). Kereta lama kelamaan kena serah jugak. Berapa anggaran baki dan harga semasa kereta?

      • Ahmad

        Salam tuan..sy juga mempunyai masalah yg samer mcm di atas..ok sy telah mendapat perintah hadir di mahkamah pada 20 september 2016..kalau sy berjumper dgn akpk apa saranan yg bakal dicadangkan oleh pihak akpk..
        Dan adakah sy perlu hadir di mahkamah tu??

        • Abu Ammar

          Wa’laikumussalam Tuan Ahmad

          Failkan notis kehadiran di Mahkamah dahulu. Pergi ke kaunter Mahkamah dan tunjukkan Writ Saman dan katakan nak failkan Notis Kehadiran. Datang awal jangan sampai terlepas sesi pendengaran kes. Kalau tidak Penghakiman akan dijatuhkan. Minta penangguhan supaya boleh membuat perbincangan dengan Bank melalui AKPK. Buat juga appointment dengan AKPK segera supaya boleh tunjukkan kepada Mahkamah bahawa usaha sedang dibuat untuk menyelesaikan hutang. Insya ALLAH boleh dapat penangguhan.

          • Ahmad

            Salam tuan, sekali lagi pertanyaan status kereta tu mcm maner sy nak buat mmg kena serah balik ker ataupun sy boleh guna balik selepas bebincang dgn akpk..fullsettlement kereta sy tu dlm 80k..bulanan dlm 1165…adakah sy boleh request dgn akpk utk byr kereta tu dlm 300 jer sebulan??? sbb sy mmg mampu byk tu jer tuan..

          • Abu Ammar

            Wa’alaikumussalam Tuan Ahmad

            Cubalah dulu buat perundingan melalui AKPK. Saya tak boleh bagi jawapan cadangan itu diterima atau tidak. Yang pasti kalau Bank dapat Penghakiman mereka boleh melaksanakannya dan salah satu pilihan ialah Bankrapsi kerana baki melebihi RM30K tidak kira kereta diserahkan balik atau tidak. Kalau kereta serah balik selepas Penghakiman, jumlah Penghakiman akan diselaraskan semula setelah kereta dilelong dan tindakan undang undang boleh diteruskan semula.

  • Eve

    Assalamualaikum encik ammar

    Sy ingin bertanya..ayah sy telah meninggal dunia pada tahun 2002..arwah meninggalkan sebuah kereta..setelah kematiannya,ibu sy tak mampu untuk membayar ansuran bulanan kereta dan akhirnya kereta tersebut telah ditarik.

    Pada bln november 2015, surat dr pihak bank telah smpai meminta utk menyelesaikan tunggakan kereta tersebut..abg sy telah menghubungi pihak bank utk penjelasan lanjut..dan jawapan dr pihak bank adalah kerana bank kekurangan duit,maka pihak bank perlu membuka kembali file2 lama utk menuntut bayaran pinjaman.

    Kami tidak mempunyai masalah utk menyelesaikan tunggakan dan memang telah menjelaskan bayaran secara ansuran bulanan pinjaman tersebut..kami faham,pinjaman adalah atas nama arwah ayah kami..sebagai org islam,kami tahu hutang perlu dijelaskan..kami kasihan akan arwah ayah kami sekiranya roh beliau tidak tenang disebabkan hutang kereta tersebut.

    Sy ingin meminta pandangan en. Ammar berkenaan kes ini..kami terkilan kerana kami tidak mempunyai apa2 dokumen bkenaan kereta tersebut..

    • Abu Ammar

      Wa’alaikumussalam Eve

      Sememangnya sebagai seorang islam kita wajib melangsaikan hutang ornag yang sudah meninggal dunia. Apa yang menjadi persoalannya ialah:

      1) Berapa jumlah tunggakan selepas kereta dilelong?
      2) Bilakah jumlah terakhir bayaran yang telah dibuat selepas kereta dilelong?
      3) Bilakah tarikh kereta ditarik dan dilelong?

      Bagi Bank, mengambil tindakan undang undang dengan menfailkan tuntutan keatas pemegang Amanah harta simati adalah agak terlambat dan jika ia dilakukan juga, akan mengambil masa yang lama dan melibatkan kos guaman yang tinggi kerana saya rasa segala pengagihan harta telah pun diselesaikan tidak lama selepas bapa Eve meninggal dunia.

      Pada masa yang sama, tuntutan tersebut juga telah melampaui had masa tuntutan dan jika ada tindakan selepas ini (bergantung kepada tarikh akhir bayaran dibuat dan jika ada Penghakiman) maka ia terhalang oleh Akta Had Masa. Jika telah ada Penghakiman, maka had masa untuk melaksanakan apa jua tindakan Penghakiman adalah dalam tempoh 12 tahun dari tarikh Penghakiman.

      Pada pendapat saya cuba buat rundingan dengan pihak Bank dahulu tentang jumlah penyelesaian penuh tanpa apa apa lagi faedah yang dikenakan supaya hai kita lebih tenang memikirkan hutang bapa Eve sedang diusahakan untuk dibayar walaupun kita tahu mungkin Bank tiada hak untuk menuntut lagi. Walaubagaimanapun, jawab soalan soalan saya diatas supaya fakta fakta ini mungkin boleh digunakan sebagai “modal” perbincangan untuk mendapatkan jumlah penyelesaian yang kurang dari yang diminta kerana jika Bank sedar bahawa hak untuk menuntut adalah tipis dan kita pula berusaha untuk menyelesaikan secara baik, mungkin akan mendapat penyelesaian yang lebih baik bagi kedua dua pihak.

      Dokumen dokumen berkenaan pinjaman tersebut boleh diminta dari Bank. Kalau tidak macamna nak berbincang?

  • sue

    assalamualaikum encik ammar,

    saya ada soalan.. saya ade buat pinjaman kenderaan bersama bank islam. kereta saya baru tertunggak sebulan.. tetapi saya biarkan ia berlarutan hinggan 4bulan,, maknanya yang ansuran bulan ke 8 saya tidak bayar tapi ansuran bulan ke 9 dan seterusnye saya banyar bulanan seperti biasa tetapi ada penambahan sikit2 .. contoh lebihan bayar rm50 supaya masuk carried forward dalam sebulan yg tetunggak.. tetapi semalam sy ade menerima surat peguam utk bayar tunggakan sebulan tu dalam masa 7hari kalau tidak pihak bank akan bubarkan perjanjian saya dan saya dikehendaki membayar keseluruhan pinjaman tersebut . persoalannye boleh ke bank buat mcm tu sedangkan tunggakan baru sebulan dan selama 4bulan ni bulanan kereta saya , saya sentiasa bayar awal dan ada lebihan bayaran ?? perjanjian kereta mcm ni ke? bukan klu lebih 2bulan masuk bulan 3 kereta akan kene tarik… boleh bubarkan perjanjian ke? siap basgi tempoh 7hari untuk setel. mohon encik ammar boleh melegakan kebimbangan sy ni… sy mmg xmampu nk bayar seketul sebulan macam tu.. tapi saya ambil alternatif utk sentiasa bayar bulanan lebihan supaya boleh carried forward masuk jumlah tunggakan tu.. bukan ke,.,. bulanan yg saya bayar bulan2 tu akan bawa ke bulan tunggakan… contoh bulan 8 sy xbayar, bulan 9 saya bayar bukan kan bayaran bulan 9 dikira bayaran bagi bulan 8?

    • Abu Ammar Post author

      Wa’alaikumussalam Sue

      Saya kurang jelas tentang statement ini:

      “kereta saya baru tertunggak sebulan.. tetapi saya biarkan ia berlarutan hinggan 4bulan”

      Jadi tunggakan sebenarnya 1 atau 4 bulan?

      Kalau tunggakan sebulan tidak akan ada “surat peguam” seperti itu. Bank akan menghantar peringatan “Jadual Keempat” dan “Notis Niat untuk Mengambil Semula Kenderaan”. Cuba semak betul betul dengan Bank berapa tunggakan yang sebenarnya.

      • sue

        maaf , tunggakan hanya sebulan shaja… tetapi ia berlarutan selama 4bulan(hari ini) .. sebulan saya xbayar.. masuk bulan seterusnya sy bayar seperti biasa.. ya betul hanya sebulan, dalam surat tersebut ada tulis berapa jumlah sy kena bayar… bulanan kereta saya hanya rm600 tapi die minta jelaskan tunggakan rm496 sehingga tarikh 26/12/2015. dalam surat tersebut die minta saya jelas kan jumalah tersebut dalam 7hari beserta rm15 cas notis tersebut. jika saya ingkar mereka akan bubar kan pinjaman sy dan minta sy jelaskan semua jumlah loan.

        • Abu Ammar Post author

          Wa’alaikumussalam Sue

          Kalau boleh, ambik gambar surat ni atau scan dan email kat saya di codetyco@ceritahutangbankdananda.com. Sue masih simpan salinan perjanjian pinjaman kereta ni? Adakah ia tertakluk kepada Akta Sewa Beli atau pinjaman yang berlainan? Biasanya pinjaman kereta akan tertakluk kepada akta Sewa Beli. Mahal betul reminder sampai RM15. Sebulan pun dah kejor payment macam tunggakan berbulan bulan? Efficient betui depa ni.

          • sue

            ASSALAM en ammar, saya sudah emailkan ke email en ammar. mohon encik ammar check dan boleh menjawab kebimbangan di hati saya ni. tq encik ammar.

          • sue

            sekarang saya berada di pejabat dokumen jual beli saya masih simpan.. esok saya akan emailkan pada encik dokumen jual beli kereta tersebut mohon en ammar boleh nilaikan. tapi surat peguam yg menuntut tuntutan tu sudah sy emailkan ke email encik ammar.

          • Abu Ammar Post author

            Assalamualaikum Sue

            Untuk “play safe”, elok settlekan tunggakan tu. Saya bimbang dengan ke”aggresif”an Bank yang pakai surat Loyar untuk tunggakan sebulan tidak mustahil mereka akan recall semua loan nanti. Saya merasakan ianya tidak wajar tapi itu hak mereka. Walaubagaimanapun, kalau boleh scan elok elok surat perjanjian tu supaya boleh dianalisa dengan lebih baik dan boleh digunakan bagi tujuan penyampaian maklumat kepada orang lain. Jangan bimbang, nama, ic dan butir butir lain akan saya edit dan padamkan.

  • Yaya

    En ammar. Pinjaman yg sy bt adalah dgn “Bank Pilihan Anda”.

    Saya dimaklumkan last byr adalah bln 2 @3 thn lps. Mmg sy ada bg alamat umh sma dgn rekod y mereka ada tp mmg Surat xde smpai ke rumah pon.

    Terima kasih En ammar. Sy bru terbaca respond En ammar.

  • Yaya

    Assalamualaikum En Ammar.

    Saya yaya..saya ada persoalan terhadap En ammar dan perlukan nasihat Dr En ammar.

    Sejak akhir2 ini saya sering mendapat panggilan Dari 3rd party memberitahu yg saya akan dibankrapkan dan barang2 akan disita kerana hutang pinjaman peribadi yg masih berbaki rm34++k (Jum y dinyatakan boleh agent tersebut).

    Pagi tadi (31/12/2015) pun ada saya ada terima panggilan supaya membuat bayaran sebanyak rm3500 agar nama saya masih selamat Dr dibankrapkan. Bayaran tersebut juga mesti sebelum jam 3 ptg.

    Untuk pengetahuan En ammar saya tidak bekerja dari awal tahun ini hingga sekarang ( ada kje sambil2 je) dan akan mula berkerja pada bln 1 ini.

    Mak saya juga pernh mendapat panggilan Dr agent tersebut dan saya hairan mcm mna mereka dapatkan nombor mak saya dan membuatkan Mak saya risau. Adakah boleh agent berbuat demikian dgn call Mak sy?
    Terus terang saya cakap klu blh saya nk elakkan Dr pengetahuan Mak agar saya boleh selesaikan hutang saya tanpa melihat kemurungan Mak ayh.

    Macam mana saya nak byar sedangkan saya tidak bekerja. Dan saya juga memberitahu bahawa saya akn bkrja dan membuat rayuan dgn agen g call supaya benarkan saya mula bekerja terlebih dahulu supaya saya boleh komit utk byr setiap bln loan seperti biasa. Adakah boleh situasi sy merayu mcm ni ?

    Adakah saya akan terus dibankrapkan dlm masa terdekat ini?

    Adakah sempat saya utk saya mula membayar loan seperti biasa sblm btl2 diisytiharkan bankrap?

    Adakah ada apa2 prosedur supaya saya tidak dibankrapkan dlm masa terdekat ini?

    Adakah saya boleh membuat rayuan agar nama saya tidak dibankrapkan dlm masa terdekat dan membuat byrn minimum mengikut kemampuan saya skrg?

    Atau saya boleh terus pergi ke AKPK?

    Disebabkan panggilan ini saya tidak dpt tido Lena memikirkan mana nk dapatkan Wang dlm masa y singkat mcm tu.

    Harap komen saya ini dibaca oleh en Ammar dan mendapat sedikit nasihat Dari En Ammar. Terima kasih.

    -yaya-

    • Abu Ammar Post author

      Wa’alaikumussalam Yaya

      Boleh saya tahu pinjaman dengan Bank mana ni? Dah berapa bulan tak bayar? Berkenaan dengan panggilan yang diterima tu, saya pasti ia adalah dari AGEN KUTIP HUTANG. Kalau cerita nak Bankrap dengan sita dan bagi tempoh sebelum pukul 3, 4 atau 5 petang tu memang itulah cara mereka bekerja. Sila baca disini tentang ugutan sita menyita ni.

      https://www.facebook.com/ceritahutang/posts/534912356666965

      Dibawah ini saya perturunkan (dah beberapa kali dah 2 -3 hari ni) proses ringkas tindakan undang undang dan proses Bankrapsi yang sebenar. Pastikan alamat sekarang adalah sama dengan rekod yang ada diBank supaya boleh menerima apa jua bentuk surat menyurat. Kalau satu benda pun yang saya senaraikan kat bawah ni belum berlaku, maka belum ada tindakan undang undang, cuma Agen Kutip Hutang main “acah acah” sahaja.

      Walaubagaimanapun, untuk kepastian, saya sarankan supaya buat semakan dengan CTOS di http://www.ctos.com.my/CTOSHOME/selfcheck.html (scan MyKad depan belakang untuk diemailkan untuk pengesahan). Register id (klik CTOS User ID) dan ikut arahan di Skrin. Kalau tak silap saya bila dah regiater Id, satu lapuran ringkas akan diberi. Ia akan memberikan indikasi kalau ada tindakan undang undang.

      Nak tahu lebih lanjut bayar RM10 secara online untuk dapatkan lapuran secara detail. Bila dah dapat keputusan rujuk semula disini dengan email kepada saya di codetyco@ceritahutangbankdananda.com. Baru kita boleh tahu setakat mana tindakan undang undang yang telah dikenakan. Hmm… “promosi” CTOS tapi tak dapat apa apa pun. 🙂

      Cara cara nak check CTOS ada kat link ini. Kredit kepada penulisnya dan terima kasih kita ucapkan.

      http://www.chatpropertymalaysia.com/how-to-check-your-credit-records-via-ccris-and-ctos/

      Berikut adalah prosedur ringkas Tindakan undang undang

      1) Loyar menghantar Notis Tuntutan kepada peminjam meminta tunggakan memberi masa 14 hari atau menamatkan perjanjian

      2) Atas arahan Bank, jika tiada bayaran, Tuan Loyar akan menfailkan Saman di Mahkamah menuntut baki hutang. Dalam Writ Saman ini ada Notis Tuntutan yang memperincikan segala baki, faedah dan kos yang dituntut.

      3) Selepas mendapat meterai dan pengesahan Mahkamah, Writ Saman ini akan disampaikan secara kediri atau melalui pos kepada Peminjam dialamat yang terakhir yang ada dalam rekod Bank. Biasanya pendengaran kes akan ditetapkan dalam masa 14 hari dari tarikh Writ atau penyampaian itu. Peminjam perlu mendaftarkan diri untuk hadir pada tarikh itu. kalau tidak pada hari itu Penghakiman Ingkar Tanpa Kehadiran akan dikeluarkan.

      4) Selepas itu Bank dan Tuan Loyar akan menunggu salinan Penghakiman yang telah dimeterai dan disahkan oleh Mahkamah

      5) Apabila salinan Penghakiman didapati, satu salinan akan dihantar kepada Peminjam

      6) Bank boleh melaksanakan Penghakiman dengan tindakan undang undang keatas Peminjam. Kalau lebih RM30 ribu, boleh buat Bankrapsi

      Sudahkah Yaya mendapat apa apa surat atau notis dari bank atau loyar seperti yang tertera diatas? Pastikan alamat adalah yang sama dengan rekod Bank supaya boleh dapat apa jua peringatan terutamanya Notis Tuntutan Loyar dan Writ Saman. Sila tulis satu surat yang mengesahkan alamat surat menyurat terkini Tuan kepada Bank. Kalau boleh, hantar by hand atau dengan registered post dan email. Lagi cantik kalau wakil Bank cop penerimaan surat tersebut. Ini akan menjadi SANGAT BERGUNA dikemudian hari.

      Secara ringkasnya proses Kebankrapan pula adalah seperti berikut:

      1) Penghakiman (samada Penghakiman Ingkar atau yang lainnya) sudah dijatuhkan keatas peminjam (seperti diatas)

      2) Pemfailan Notis Kebankrapan. Pada waktu pemfailan tersebut jumlah baki hutang, faedah dan kos MESTILAH tidak kurang dari RM30,000

      3) Notis ini mesti diserahkan secara kediri (personal service) kepada Penghutang Penghakiman. Cubaan serahan adalah sebanyak TIGA kali. Jika gagal, Bank boleh membuat permohonan untuk membuat Penyampaian Ganti melalui Akhbar Tempatan, Penampalan Notis di Papan Notis Mahkamah dan juga Surat Berdaftar. Kalau tak dapat personal service dan perlu kepada permohonan Penyampaian Ganti, ini akan memakan masa lagi 1 – 3 bulan.

      4) Selepas 6 (Enam) bulan tempoh serahan berlaku tanpa ada apa apa bantahan/perbincangan dari Penghutang Penghakiman, beliau sudah dikira telah melakukan tindakan Kebankrapan. Selepas itu Petisyen Pemiutang pula akan dikeluarkan dan diserahkan.

      5) Suatu tarikh akan ditetapkan untuk mendengar kes Petisyen itu dan jika tiada bantahan dari Penghutang Penghakiman dengan alasan yang dikira menasabah, maka pada hari itu beliau akan diisytihar sebagai seorang Bankrap

      Sila baca disini tentang cara cara menangani Agen Kutip Hutang:

      http://www.ceritahutangbankdananda.com/index.php/2015/10/11/panduan-menangani-agen-kutip-hutang/

      Dalam FB Page saya pun banyak contoh contoh ugutan kosong Agen Kutip Hutang:

      https://www.facebook.com/ceritahutang/

  • haikal haris

    Assalamualaikum
    saya ade tunggakan kereta 3bulan.. memang akaun bank saya telah disekat.. kalau bank tak dpt lagi tarik kereta saya dalam tempoh 6 bulan kemudian saya nak bayar tunggak kan.. boleh ke saya bayar tunggakan 3bulan dulu atau saya perlu bayat tunggakan 6bulan..

    • Abu Ammar Post author

      Wa’alaikumussalam Haikal

      Soalan saya:

      1) Akaun Bank yang dibekukan dari Bank yang sama? Ada duit ke dalam akaun yang kena beku?

      2) Akaun yang kena beku akaun gaji ke?

      3) Akaun pinjaman kereta ni akaun lama ke baru? Dah berapa banyak instalment dah bayar? Kalau dah melebihi 75% dari Harga Jualan, perlu kepada Perintah Mahkamah baru boleh tarik

      Soalan Tuan

      “kalau bank tak dpt lagi tarik kereta saya dalam tempoh 6 bulan kemudian saya nak bayar tunggak kan.. boleh ke saya bayar tunggakan 3bulan dulu atau saya perlu bayat tunggakan 6bulan..”

      Biasanya Bank akan mintak 6 bulan atau sekurang kurangnya 5 bulan tunggakan.

  • Pip

    Assalamualaikum..
    kereta sy baru sahaja ditarik hari ni slps 5bln xbayar
    saya parking kereta depan rumah (kawasan rmh teres). bila sy hndak keluar, kereta sy dah tak ade..sy trus call pihak bank rakyat utk kpastian samada kereta sy kene tarik or kene curi..ternyata mmg kene tarik..

    soalan sy:
    1) bolehkah pihak bank tarik kereta sy scara tiba2, xperlu ketuk or tunggu sy kluar rmh dulu, at least utk kosongkan kereta? (barang2 verharga/dokumen/pass kerja sy semua dlm kereta)

    2)adekah sy perlu tunggu pihak bank buat kira2, dan kuarkan jadual ke5 sebelom sy boleh mmbuat bayaran nak kluarkan kereta sy dari stor diorang?or perlukah sy pergi berurusan dengan pihak bank seblum jadual ke5 dikluarkan utk bincang proses bayar blk? sbb sy xmampu utk lunaskan tunggakan semua skaligus dalam tempoh 21 hari..
    bila sy kol pihak bank, pegawai tuh ckp suruh sy tunggu surat yg dikeluarkan dlu, amik masa dalam 3hari utk surat dikluarkan.

    mintak tlg sgt, sy buntu xtahu nak buat ape lg.

    • Abu Ammar Post author

      Wa’alaikumussalam Tuan Pip

      Pukul berapa kereta kena tarik? Nampaknya Ejen Prerolehan Semula tidak mengikuti Garis Panduan yang telah ditetapkan oleh KPDNKK. Antara garis panduan penarikan semula kereta ialah (asalnya dari AHPCM – Association of Hire Purchase Companies Malaysia) ialah:

      KOD ETIKA BAGI PEMEGANG PERMIT (AGEN) ATAS PEROLEHAN SEMULA

      1 (a) pemegang permit perlu memastikan bahawa mereka memiliki permit yang masih dalam tempoh sahlaku semasa menjalankan aktiviti pengambilan semula.
      (b) pemegang permit yang terlibat semasa aktiviti pengambilan semula kenderaan atau barangan haruslah pada bilangan yang minima kecuali kenderaan memerlukan bantuan tambahan.
      (c) perolehan semula hanya boleh dijalankan setiap hari pada pukul 9 pagi hingga 9 malam sahaja.

      2. Pemegang permit harus mendapat keizinan daripada penyewa sebelum memasuki premis persendirian. Pencerobohan ke atas premis persendirian tidak dibenarkan kecuali dengan perintah mahkamah.

      3. Pemegang permit haruslah berketerampilan kemas dan mengamalkan sikap profesionalisme semasa menjalankan aktiviti pengambilan semula kenderaan atau barangan.

      4. Pemegang permit adalah dilarang menggunakan segala bentuk kekerasan sewaktu proses pengambilan semula dijalankan.

      5. Sewaktu proses pengambilan semula dijalankan, pemegang permit harus:

      (a) mempamerkan Permit, Kad Pengenalan dan mengemukakan notis kepada penyewa memaklumkan akan alamat dan nombor telepon pemilik berdaftar dan pengawal yang diberi kuasa untuk dihubungi segera bagi menyelesaikan apa-apa masalah.

      (b) memberi masa yang munasabah kepada penyewa untuk memeriksa dan mengeluarkan barang peribadi kepunyaan penyewa.

      (c) mengambil gambar dalaman dan luaran kenderaan atau barangan untuk diserahkan kepada pemunya.

      (d) mengeluarkan senarai inventori tentang kenderaan atas barangan semasa proses pengambilan semula dijalankan.

      6. Sejauhmana proses pengambilan semula perlu dilakukan dengan kehadiran penyewa atau sesiapa yang berkenaan terhadap kenderaan atau barangan tersebut.

      7. Pemegang permit haruslah membuat laporan polis dalam tempoh 24 jam selepas proses pengambilan semula dijalankan. Pengecualian hanya diberi bagi situasi tertentu, dimana tempoh masa dilanjutkan tidak lebih 48 jam.

      8. Pemegang permit adalah terikat dengan segala undang-undang, peraturan, terma dan syarat, kod etika dan garis panduan yang telah ditetapkan oleh Pengawal bagi menjalankan aktiviti pengambilan semula.

      9. Pemegang permit hendaklah sentiasa peka dengan sebarang Kod Etika dan Garis Panduan yang dikeluarkan oleh Pengawal dari semasa ke semasa.

      Perbuatan ini boleh diadukan terus ke KPDNKK dan salinan surat aduan boleh di buat salinan kedua kepada Bank. Cuba rujuk kepada bahagian aduan KPDNKK di laman web rasmi mereka.

      Tuan boleh mengambil barang barang berharga dalam kereta (tidak termasuk barang barang yang dipasang dikereta seperti radio, mp3 player) melainkan dibenarkan secara khusus oleh pihak Bank. Tuan boleh pergi ke Bank dan minta surat kebenaran dari Bank untuk mengambil barang barang peribadi dari setor simpanan kereta. Kena tunggu Jadual Kelima dan Tuan diberi masa 21 hari samada untuk kemaskini tunggakan atau buat penyelesaian penuh.

      Prosedur seterusnya Tuan boleh lihat di Artikel Blog saya:

      http://www.ceritahutangbankdananda.com/index.php/2014/10/18/prosedur-undang-undang-pinjaman-kereta-sewa-beli-bahagian-3/

      http://www.ceritahutangbankdananda.com/index.php/2014/10/23/prosedur-undang-undang-pinjaman-kereta-sewa-beli-bahagian-4-cerita-lelong/

      • Pip

        tuan abu ammar, saya xpasti pukul brape..sy kluar rmh dlam pukul 3.30pm td, tgk2 kereta dah tiada..sy trus kol bank nk kompemkan kene tarik ke x..
        bila sy kol bank, tanye kenapa tarik kereta sy tanpa ketuk pintu at least utk ambil barang2 berharga, pihak bank cakap, “xpe, sbb org yg tarik kereta tuh mmg org yg sah disisi undang2”

        so ku sy nak buat aduan,atas sebab collector melanggar etika no 5 dan 6 la kan?

        dan kalau boleh, sy nak taw mane nak dapat kod etika/akta yang lengkap sebagai sampingan utk sy buat aduan ni?

  • sha

    nak kepastian…keta dan tunggak 3 bulan….then byr la tunggakan 2 bulan…soalannya disini..adakah pihak bank atau collector tersebut masih boleh menarik keta tersebut?….sebabnya collector tersebut telah memeras ugut dan menghantar sms berbaur maki hamun…ada satu statment pihak collector tersebut kata….walaupun tunggakan dah bayar dia still ada kuasa untuk menarik keta tersebut kerana masih ada 1 bulan tunggakan….adakah benar statment tersebut?….nak kepastian…tq

    • Abu Ammar Post author

      Assalamualaikum dan Salam Sejahtera sha

      Biasanya bila dah bayar tunggakan dua bulan berbanding 3 bulan (jadi tinggal satu bulan) Bank TIDAK menarik kereta tersebut. Jadual Keempat akan dikeluarkan setelah tunggakan melebihi 2 bulan dan apabila sampai tempoh 21 hari ia akan masuk kebulan ketiga. Secara “teknikal” Surat Tarik akan dikeluarkan berdasarkan kepada jadual Keempat tadi iaitu ketika tunggakan adalah 2 bulan (tak tahulah kalau Jadual Keempat keluar untuk tunggakan 3 bulan). Biasanya Bank akan menerima tunggakan 2 bulan tersebut.

      Adakah sha menerima Jadual Keempat? Adakah Agen tersebut agen EPS (Ejen Perolehan Semula) yang berdaftar dengan Bank? Adakah bayaran dua bulan tersebut dibuat atas persetujuan Bank? Kalau Bank dah setuju dengan jumlah itu tak ada apa yang Agen boleh buat. Mungkin bengkek sebab tak boleh tarik kereta. Itu sahaja.

      • sha

        Assalamualaikum abg,

        Terima kasih dengan jawapan tersebut…Allhamdullilah lega rasanya…memang dia bengang pun dengan i…untuk makluman abg, i tak terima apa-apa pun…jadual Ke-4 pun i tak terima….i tak pasti either “hamba Allah” tu agen EPS…org tu kata keta tunggak 4 bulan, the i pun double cek minta acct statment keta i…pihak toyota tu kata acct pending 3 bulan tp kalau masuk awal bulan berikutnya akan menajdi 4 bulan..tp masalahnya srkg awal bulan 10…so bermaksud masih 3 bulan kan???…yang i hairan agen tu kata surat tarik keta dah keluar dan surat mahkamah dah keluar…anytime dia akan off someone ambil keta tu…then di situ la bermula agen tu ugut i dan kata i akan kena buang keja dan di istihar muflis…dan dia juga kata, dia ada kuasa untuk tarik keta tu walaupun tertunggak 1 bulan dan dia ada kuasa untuk tidak serah semula keta tu kepada i walaupun dan clear payment…and i was says “what!!are u the owner of that company…main suka hati cakap like u the one yang buat undang-undang….freak man i guess….”…so ape pandangan abg tentang ni..

        • Abu Ammar Post author

          Wa’alaikumussalam sha

          Biasanya kalau cakap macam tu Agen Kutip Hutang. So just be careful after this. Jangan biarkan akaun melebihi 2 atau 3 bulan. 3 bulan tu dah “borderline” case.

  • siti maznah

    pinjaman kereta saya dua bulan tertunggak tetapi apabila saya ingin bayar dengan cdm sebanyak 1bulan ,satu mesej timbul bayaran anda tidak boleh diterima buat masa ini. adakah akaun pinjaman saya disekat

    • Abu Ammar

      @Siti Maznah

      Samada CDM machine tu yang dah jadi bengong dan tak accept payment atau ada arahan dalam komputer untuk tidak terima payment sebulan. Bayar kat kaunter boleh bincang 3 bulan bayar satu, dua bulan bayar 1 (ini biasa) bergantung kepada Bank. Sekurang kurangnya boleh bercakap dengan orang, bukan mesin.

  • has

    slm.ini kes ttg tarik kereta.suami sy ggl jelaskn byrn blnan sehingga tertunggak 6bln.kereta tidak dpt ditarik sbb xjmpa ttp sy janji nk byr tgkan tu dn apabila nk byr tgkan bank suruh byr reposesor fee rm800 plus jmlh tertunggak.knp kena byr reposesor fee jgk?

    • Abu Ammar

      Wa’alaikumussalam

      Tak payah bayar repossession fee sebab kereta tidak ditarik. Ini alasan Agen Penarik yang kata diaorang dah buat “kerja” pergi cari kereta. Bank tak nak bayar jadi suruh Peminjam bayar. Bagitahu Bank mana yang buat kerja ni dan ambil butir butir Repossessor (kalau boleh la). Buat aduan ke KPDNKK sebab Akta Sewa Beli adalah dibawah kawal selia mereka. Bayar tunggakan sahaja dan lepas ni jangan biarkan tunggakan melebihi 2 bulan.

      • has

        mcmane sy nk buat aduan d KPDNKK tu..kalu dh isi maklmt online..apa lg yg sy bole bg..slip resit bayaran ke?alasan bank @ pgw bank ckp penarik tu dh jmpa kereta tp oleh krn sy janji byr tggkn.mereka xjd la tarik.tu alasan spya sy byr repossesion fee tu..sbb mereka dh ‘kerja’..sy sbg marhan ni slalu kena tindas.apa la nsb

        • Abu Ammar

          Puan

          Mula mula Puan kata begini…
          tertunggak 6bln.kereta tidak dpt ditarik sbb xjmpa

          Lepas tu kata begini pulak…
          alasan bank @ pgw bank ckp penarik tu dh jmpa kereta tp oleh krn sy janji byr tggkn.mereka xjd la tarik.

          Jawapan saya pada awalnya merujuk kepada cerita pertama. Kalau berdasarkan fakta kedua, memang penarik kereta telah menjalankan tudas mereka dan mereka ada hak untuk tarik balik kereta jika mereka mahu tetapi telah memberi peluang kepada Puan. Ini kesilapan mereka. Pada masa saya bekerja dulu pun ada kes begini, jadi dipihak Bank perlu bertindak dengan “adil” kerana jikalau geng penarik tidak datang, mungkin hutang kereta tidak berbayar. Nilai RM800 adalah kadar yang agak “biasa” pada masa sekarang bagi tunggakan 6 bulan. Saya tidak berani beri komen lanjut kerana mungkin tersilap memberi pandangan. Jawapan adalah berdasarkan kepada fakta yang diberi.

          Puan masih boleh membuat pengaduan ke KPDNKK kerana pada hakikatnya tiada rekod yang kereta ditarik. Cuma Puan perlu bersedia dengan jawapan balas oleh pihak Bank dan penarik kereta apabila pegawai KPDNKK membuat siasatan.

    • has

      jus now sy byr byran tertunggak tu tp pegw bank tu xnk accept duit sy kalu sy xbyr repossesion fee..mula suh byr rm800 ..bila sy ckp xckup duit,dia kol org tarik keta nego utk kurng..n suh byr rm700 lps tu.dia ckp kalu xbyr acc xbole buka??(apa la mksd ni)last2 sy byr jgk

      • Abu Ammar

        Bagi butir butir berikut:

        1) Nama Bank
        2) Nama Pegawai
        3) Salinan Resit
        4) Ceritakan ringkasan kejadian secara detail dari segi masa dan tarikh
        5) Buat aduan ke KPDNKK

  • Farid

    Salam tuan, kereta saya telah di tarik pada 8 july yang lalu. Ini adalah ekoran kegagalan bayaran balik sehingga tunggakan mencecah 26 bulan sehingga tamat tempoh bayaran. Saya agak buntu sekarang dan terjumpa dengan blog tuan. Saya mohon nasihat tentang apakah yang saya patut lakukan seterusnya?

    • Abu Ammar

      Wa’alaikumussalam

      Tuan

      Beberapa soalan pendahuluan:

      1) Boleh saya tahu apa jenis kereta Tuan?

      2) Apakah kondisi atau keadaan kereta itu sekarang?

      3) Berapakah jumlah tunggakan?

      4) Berapakah anggaran nilai semasa kereta tersebut?

      5) Kalau sedah menerima Jadual Kelima, berapa harga kereta yang dinilai oleh Bank?

      Dalam hal ini, kereta tersebut telah ditarik balik pada keadaan dimana tunggakan melebihi 2 tahun (26 bulan) yang mana jumlah tunggakan adalah agak banyak. Tuan akan diberikan Jadual Kelima oleh Bank yang memberikan 2 pilihan:

      1) Mengemaskini tunggakan dengan membayar semua tunggakan termasuk kos tarik kereta, kos penyimpanan kereta (untuk tempoh kereta disimpan distor), denda lewat bayar, kos pos dan pentadbiran, dan lain lain kos yang berkaitan dengan penarikan seperti kos lori tunda (tiada GST kalau Tuan bukan individu berdaftar)

      2) Menyelesaikan semua baki hutang dengan membayar baki pinjaman (tolak rebet jika ada) termasuk kos tarik kereta, kos penyimpanan kereta (untuk tempoh kereta disimpan distor), denda lewat bayar, kos pos dan pentadbiran, dan lain lain kos yang berkaitan dengan penarikan seperti kos lori tunda (tiada GST kalau Tuan bukan individu berdaftar)

      3) Sebelum tempoh 21 dari tarikh Jadual Kelima berakhir, Tuan boleh memperkenalkan pihak ketiga (adik beradik atau orang lain) untuk membeli kereta tersebut pada harga anggaran Bank yang tercatat pada Jadual Kelima tersebut.

      Kegagalan Tuan untuk melaksanakan perkara (1) dan (2) dan (3) diatas dalam masa 21 dari tarikh Jadual Kelima akan membolehkan Bank melelong kenderaan Tuan di lelongan awam pada harga TIDAK KURANG dari harga anggaran jualan yang telah dinyatakan didalam Jadual Kelima.

      Tuan masih lagi berpeluang untuk “membeli” kereta tersebut apabila lelongan awam dibuka nanti, cuma Tuan harus bersaing dengan orang lain yang ada pada masa itu. Kalau boleh “slow talk” dengan Bank dan para para pembida yang lain pun bagus juga supaya Tuan boleh dapat membeli semula kereta dengan harga Jadual Kelima atau lebih dari itu. Ini pernah berlaku dan bukan teori semata mata.

      Akhir sekali, apabila berlaku lelongan awam (nama pun lelong) akan ada baki hutang yang perlu dibayar. Jadi tak kira samada Tuan yang membeli balik kereta atau orang lain, baki tunggakan masih perlu dibayar. Bincang denagn Bank tentang plan pembayaran balik untuk menyelesaikan hutang. Ramai orang berpendapat bahawa apabila kereta telah ditarik, mereka tidak perlu membayar apa apa sehingga sampai suatu masa mereka telah disaman oleh Bank atas baki tunggakan. Jangan lakukan kesilapan yang sama.

      Dibawah ini saya bagi satu contoh surat kepada Bank untuk cadangan pembayaran dan Tuan boleh edit dan ubah secukup rasa.

      CONTOH SURAT CADANGAN BAYARAN

      Tarikh

      Nama Peminjam
      Alamat

      Tuan Pengurus
      Nama Bank
      Alamat Bank

      U.P. Kalau tahu nama Pengurus atau Pegawai

      Tuan

      Per: No Akaun
      Nama Peminjam
      Nombor Kereta
      PERMOHONAN MEMBUAT CADANGAN PEMBAYARAN TUNGGAKAN HUTANG

      Perkara diatas adalah dirujuk.

      UNTUK KES MAHKAMAH

      (1)Saya telah menerima salinan Penghakiman bertarikh …….. bagi hutang berjumlah RM ………. beserta dengan kos mahkamah. Saya dengan ini merayu kepada pihak Tuan untuk memberikan jumlah penyelesaian penuh tanpa ada lagi kiraan faedah sebanyak RM6,500 termasuk kos guaman dan kos mahkamah.

      UNTUK KERETA TELAH DILELONG

      (2) Kereta saya telah ditarik oleh pihak Tuan dan seterusnya telah dilelong pada ……….. Menerusi surat Tuan bertarikh …… baki hutang saya adalah sebanyak RM…….

      Saya dengan ini sanggup membuat bayaran permulaaan sebanyak RM……… (bergantung kepada Bank – biasanya 30 -50% dari jumlah keseluruhan) dan seterusnya bayaran bulanan sebanyak RM300 (atau berapa yang mampu) sehingga penyelesaian penuh.

      Saya harap pihak Bank boleh mempertimbangkan permohonan saya kerana… (isikan apa apa alasan dan masalah masing masing)

      (a) Alasan 1

      (b) Alasan 2

      (c) Alasan 3

      Yang benar

      ………………

      P/S Sesiapa saja yang merasakan blog ini memberi manfaat, sila like Facebook Page https://www.facebook.com/pages/Cerita-Hutang-Debt-Tales/323566051134931?ref=aymt_homepage_panel sebagai tanda sokongan dan dapat memberi “reach” yang lebih luas. Kita perlu suara yang ramai. Tingkatkan jumlah komuniti page ini.Ajak kawan kawan anda untuk “like” page ini. Ini bagi membela mereka yang kena tindas oleh Bank kerana tidak tahu undang undang. Tekan juga butang “Follow” by email supaya boleh diberitahu tentang apa apa maklumat baru dimasa hadapan. Terima kasih

  • ahmad zaidi

    asalamualaikum tuan, tanya sikit adakah sama cara antara tarik kereta dan penyerahan kereta kpd bank, maksud saya lepas dilelong adakah saya perlu bayar balik jika baki tidak mencukupi atau jika kereta ditarik balik, pihak bank tidak akan menuntut apa2 bayaran lagi daripada saya. terima kasih

  • Norliza bt muhammad

    Kereta saya kena tarik dan saya dah selesaikan bayaran tunggakan dan caj tarik kereta selepas dua hari…masalahnya saya ingin mendakwa agen yang datang ke rumah saya tidak membuat laporan polis tp orang lain yang didakwanya bos dia dan ada dalam keta dia masa datang rumah saya..tapi sy tak nampak pun individu yg dimaksudkan tu…masa dalam laporan polis dia pun salah sebab ambil keta saya pukul 7.45 mlm tp dalam report dia kata 5.30ptg..kenapa dia palsukan report?buleh dak saya nak dakwa agen ni?

    • Abu Ammar

      Cik/Puan boleh membuat laporan bals dibalai polis dengan memberi detail tentang waktu penarikan kereta pada waktu tersebut. Cuma dalam “guideline” Persatuan Syarikat Sewa Beli Malaysia (AHPCM) waktu penarikan masih “sah” iaitu sebelum pukul 9 malam. Namun begitu, isunya adalah pemalsuan waktu penarikan kereta tersebut dalam lapuran polis yang dibuat oleh Agen Penarik Kereta.

      Apa yang Cik/Puan boleh buat ialah membuat aduan rasmi dengan pihak Bank dengan menyertakan salinan repot polis yang dibuat dan buat salinan pendua kepada AHPCM dan KPDNKK kerana Akta Sewa Beli adalah dibawah kawal selia mereka. Proses ini mungkin akan memakan masa jadi kena banyak bersabar.

      • Norliza bt muhammad

        Assalamualaikum…tuan,Terima kasih atas maklum balas tuan. Saya dah buat laporan polis dan panjangkan ke bank dan KPDNKK tp pihak bank seolah olah tidak memandang isu yang saya timbulkan..pihak KPDNKK pula masih menyiasat. Sekarang saya ingin mendakwa individu tersebut kerana tidak membuat laporan polis, tidak meminta tanda tangan saya, masuk ke perkarangan posh rumah saya(menceroboh) tanpa kebenaran..malah mengundurkan kereta dengan melulu sedangkan anak saya dibelakang kereta…mujur saya sempat menjerit panggil ank saya ke tepi…kali ni saya nak report polis untuk dakwa agen ini..adakah saya patut buat demikian…pihak bank macam tak terima aduan saya malah menampakkan tindakan pihak agen tidak salah dan pihak agen berhak tuntut kos penarikan..saya merasakan pihak agen tidak berhak jika laporan mereka tidak tepat dan menipu…terima kasih atas pandangan tuan…

        • Abu Ammar

          Wa’alaikumussalam. Seperti yang saya katakan tadi, proses ini akan mengambil masa yang lama. Pihak Bank sudah biasa dan “mangli” dengan situasi begini dan bukanlah ia bermaksud mereka tidak prihatin. Sudah semestinya mereka akan memanggil penarik kereta untuk penjelasan lanjut dan “khidmat nasihat” supaya perkara tersebut tidak berulang. Kita maklum tentang situasi mereka mempunyai beratus malah beribu ribu akaun dan kadangkala tidak “sempat” untuk menghalusi setiap perkara dengan kekalutan yang sedia ada.

          Pihak polis dan KPDNKK pun begitu juga. Mempunyai banyak aduan dan lapuran dan seperti biasa akan meletakkan “priority” kepada perkara lain yang dikira lebih memerlukan perhatian. Biasanya pihak polis akan memanggil individu terbabit untuk penjelasan dan siasatan tetapi saya tidak pasti apa tindakan susulan mereka dan KPDNKK.

          Cik/Puan perlu banyak membuat pertanyaan susulan sebelum mengambil tindakan selanjutnya termasuk meminta nasihat guaman. Pihak Bank pun tahu perkara ini akan memakan masa yang lama dan “berharap” ia akan “luput” ditelan masa. Agen lain banyak, mereka boleh ambil yang lain kalau yang ini memberi masalah kepada mereka.

          • koi

            assalamualaikum dr,saya nak tanya,arwah ayah saya sudah lepaskn kereta untuk disambung bayar oleh rakannya,jadi sekarang proses apa yang saya sebagai waris kena buat?sudah setahun ayah meninggal. Jadi nama kereta itu dijpj sudah disenarai hitamkan atau tidak?tq ye dr,

          • Abu Ammar

            Wa’alaikumussalam Koi.

            Pertama sekali saya bukan “dr” :). Proses pertukaran nama di JPJ apabila penama meninggal dunia agak rumit bila waris perlu mengemukakan beberapa dokumen termasuk Pemegang Harta yang dilantik contohnya Amanah Raya. Sila check dengan JPJ untuk prosedur yang betul. Berapakah baki yang tinggal dan adakah penyambung bayar bersedia untuk proses tukar nama apabila sampai masanya? Jika kenderaan ditarik balik, mungkin ia adalah lebih “mudah” kerana Bank yang akan menyempurnakan penyediaan dokumen walaupun perlu juga mematuhi syarat syarat yang dikenakan.

          • man

            assalamualaikum tuan…sy xbyar kete dh nk masuk 3 bln..tp sy sllu bayar lbih tiap2 bln..duit yg bayar lbih tu dia kira utk cover balik dlm tmpoh 2 bln x..n sy xtrima apa2 surat lg..n kalau sy bayar utk 2 bln yg tertunggak n still ada sbulan lg kete blh kne tarik lg x..trima kasih..

          • Abu Ammar

            Wa’alaikumussalam Man

            “Lebihan” tu berapa? Kalau lebihan tu banyak misalnya bayar 1.5 untuk dua bulan makanya jadi 3 bulan. Kereta hanya boleh ditarik apabila ada tunggakan DUA BULAN berturut turut dan Jadual Kemmpat telah dikeluarkan dan Jadual Keempat memberikan masa selama 21 hari sebelum Surat Penarikan balik dikeluarkan.