Prosedur Undang Undang Pinjaman Kereta (Sewa Beli) Bahagian 4 – Sambung Bayar

sambungbayar
 

FENOMENA “SAMBUNG BAYAR”

 
Sesiapa yang pernah belajar “marketing” atau asas ekonomi, mesti pernah mendengar terma terma “needs and wants” (keperluan dan kemahuan), “supply and demand” (penawaran/pembekalan dan permintaan) dan juga “niche market” (pasaran “unik” atau suatu jenis pasaran yang tidak didapati secara meluas tetapi ada yang memberi perkhidmatan atau barangan tersebut dalam segmen pasaran yang lebih kecil)
 
Mungkin anda tertanya tanya apahal pulak tiba tiba cerita pasal marketing ni? Ada sebabnya dan ia berkait rapat dengan topik kita. Harap bersabar sekejap. Berbalik kepada cerita marketing tadi. Apabila ada kemahuan atau keperluan kepada sesuatu barangan atau perkhidmatan, ia akan menjadi permintaan untuk membeli barangan tersebut.
 
Jika barangan tersebut tidak terdapat dipasaran biasa seperti kedai runcit atau supermarket, pembekal atau individu atau syarikat akan dicari untuk mendapatkan barang atau perkhidmatan “unik” tersebut dan jika ada, maka ia dinamakan suatu “niche market” bagi barangan atau perkhidmatan tersebut kerana pasarannya terhad dan khusus kepada yang “minat” sahaja. Lama kelamaan barangan itu akan menjadi popular dan seterusnya apa yang terdapat secara terhad akan menjadi sesuatu yang biasa atau “mainstream” atau ia kekal sebagai “niche market” yang popular.

 

 

SAMBUNG BAYAR DULU DAN SEKARANG

 
Suatu “perkhidmatan” yang agak “popular” dikalangan masyarakat yang boleh dikategorikan sebagai “niche market” ialah perkhidmatan “sambung bayar” kereta. Benda ni dah wujud sejak sekian lama dahulu biasanya berlaku apabila seorang Penyewa sudah tidak mampu membayar ansuran bulanan dan meminta orang lain untuk “menyambung” bayaran ansuran dengan  Bank . “Pembeli” atau si “Penyambung Bayar” akan diminta membayar sejumlah wang sebagai deposit atau diminta untuk melunaskan tunggakan bulanan sebagai “deposit” dan suatu perjanjian akan dimeterai diantara mereka iaitu “Penyambung Bayar” akan meneruskan pembayaran sehingga tamat tempoh ansuran, urusan cukai jalan akan diuruskan oleh Penyewa asal atau “broker”kerana masih lagi terikat dengan nama dan hutang di Bank dan beberapa syarat yang telah dipersetujui bersama. Surat perjanjian ada yang ditulis dengan tangan sahaja ditandatangani oleh kedua dua pihak beserta dengan saksi. Ada dalam sesetengah kes “Penyambung Bayar” adalah syarikat kereta terpakai yang telah “membeli” kereta dari Penyewa.
 
Dulu proses “sambung bayar” berlaku secara “gelap” dan senyap senyap antara kawan kawan, sedara mara, adik beradik atau melalui “consultant bergerak” yang dikenali melalui promosi “mulut ke mulut” (word of mouth). Akan tetapi terdapat banyak  masalah yang berlaku antaranya kesukaran membuat cukai jalan kerana “geran” kereta disimpan oleh Bank (tapi kadang kadang ada kes cukai jalan dibuat tanpa geran ..hmmm), Bank tidak mahu memperbaharui cukai jalan kerana ada tunggakan, perjanjian “sambung bayar” yang tidak kukuh (Penyewa masih terikat dengan Bank) , kereta terlibat dengan jenayah dan yang paling utama sekali “Penyanbung Bayar” tidak mampu lagi atau tidak mahu meneruskan bayaran dan membuat satu lagi perjanjian “sambung bayar” dengan orang lain dan seterusnya berlaku penjualan dari tangan ke tangan dan akhirnya kereta akan di”piang” iaitu kereta dijual secara “timbang kati” dikawasan pendalaman dengan tiada niat langsung untuk membayar dan kadangkala sekadar menunggu untuk di “jual balik” atau “buyback” oleh Bank. Suatu “perniagaan” yang menguntungkan juga (pada yang pegang kereta lah, bukan Penyewa) .
 
Sekarang zaman sudah berubah dan dalam zaman teknologi yang serba canggih, “perkhidmatan” ini di iklankan tanpa segan silu di laman laman sosial terutamanya dan juga di suratkabor. Menyedari tentang beberapa “kelemahan” proses sambung bayar, beberapa “penambahbaikan” dan “innovasi” telah dibuat bagi mengurangkan risiko kepada Penyewa antaranya ialah:
 
1) Perjanjian atau penyerahan kereta disertakan dengan lapuran polis (atau buat kat balai polis terus) supaya jika berlaku apa apa masalah seperti kereta terlibat dalam kes jenayah, senang nak cari siapa yang “last” sekali pegang kereta.
 
2) Perjanjian lebih “professional” yang mungkin diolah oleh Tuan Loyar atau orang yang biasa dengan terma terma undang undang. Kalau Tuan Loyar yang “draft” kira “berat nanang” jugaklah sebab sudah semestinya dia tahu perjanjian ini tidak akan “melepaskan” Penyewa dan Penjamin dari tanggungan hutang dengan Bank. Walau apapun, perjanjian ini akan di “matikan” setem dan memberikan sedikit sebanyak “ketenangan” atau bak kata omputeh “the feel good factor” tentang “keselamatannya” walaupun hakikatnya tidak begitu.
 
3) Masalah “susah” buat cukai jalan tidak timbul lagi kerana ada perkhidmatan “online” seperti “MyEG” yang tidak memerlukan “geran”. Tambahan lagi, Bank tidak ada hak untuk menyimpan “geran” kereta yang dulunya digunakan sebagai “senjata” untuk memaksa Penyewa membuat bayaran apabila tiba masa untuk buat cukai jalan.
 
Perkara ini ada diperuntukan dibawah Akta Sewa Beli 1967 (Pindaan 2010) di bawah Seksyen 4E seperti yang ditunjukkan dibawah:
 
registrationcard
 
Terjemahan bebas:
 

Sijil Pendaftaran Kereta Motor

4E (1) Dimana barangan yang terdapat didalam Perjanjian Sewa Beli ialah kereta motor, Penyewa boleh membuat permohonan bertulis kepada Pemilik/Bank untuk menyimpan sijil pendaftaran kereta motor tersebut.

(2) Pemilik/Bank mestilah, selepas menerima permohonan daripada Penyewa dibawah Sub Seksyen (1) diatas, menyerahkan sijil pendaftaran kereta motor kepada Penyewa.

(3) Bagi tujuan Sub Seksyen (1) diatas, sijil pendaftaran juga termasuk buku pendaftaran.

(4) Pemilik/Bank yang melanggar Sub Seksyen (1) diatas, adalah melakukan kesalahan dibawah Akta ini.

Jadi selagi bayaran dijelaskan tepat pada waktunya dan tiada kes kes berat yang melibatkan jenayah atau kemalangan (itupun boleh “settle” sebenarnya, hanya panggil Penyewa untuk “muncul” semula) proses “sambung bayar” sudah dikira “selamat”.

 

 

REAKSI BANK TERHADAP PROSES SAMBUNG BAYAR

 
Selalunya Bank tidak tahu tentang perkara ini sebab bila bayaran ok dan “tip top”, tidak ada “loceng amaran” yang berbunyi. Bank akan mendapat tahu tentang perkara ini apabila:
 
1) Bayaran kereta tertunggak berbulan bulan dan kereta tak dapat dikesan dan Penyewa akhirnya mengaku bagi orang lain untuk sambung bayar apabila di “gasak” dengan panggilan telefon, surat peringatan, surat Tuan Loyar atau Saman.
 
2) Penjamin “pecah lubang” sebab bosan dan “fed up” asyik di “gasak” dengan panggilan telefon, surat peringatan, surat Tuan Loyar atau Saman sebab ansuran tak bayar.
 
3) Kereta terlibat dengan jenayah seperti rompakan, penyeludupan dan lain lain jenayah dan tersadai kat balai polis. Penyewa yang kena “soal siasat” mengaku kereta bagi orang lain sambung bayar sebab dia yang kena tuduh kerana kereta atas nama dia atau pihak polis menghubungi Bank secara terus.
 
4) Kereta terlibat dalam kemalangan dan melibatkan tuntutan insuran samada “total loss” atau tersadai kat bengkel untuk repair dan pihak Bank akan dimaklumkan oleh workshop sebagai Pemilik sebenar.
 
5) Hasil lawatan team “CSI” ke rumah Penyewa dan jiran jiran yang “prihatin” pulak “pecah lubang” bahawa kereta “dah lama tak nampak” atau “kereta dah jual lama dah” dan beberapa maklumat lain yang tak ada kena mengena dengan hutang. Mereka pulak merasa “gumbira” mendapat “maklumat” baru tentang Penyewa untuk modal umpatan yang baru.
 
6) Bank menerima panggilan “misteri” dari seseorang yang tidak mahu dikenali yang memberi maklumat tentang aktiviti sambung bayar. Boleh berlaku tidak kira samada bayaran “cun” atau tidak. Jadi Bank akan menyiasat perkara ini dan Penyewa pun ter”kantoi”.
 
Bila Bank dah tahu dan akaun pulak tertunggak, maka segala “aset” Bank dari bahagian “Tarik Menarik” kereta akan dikerahkan untuk mengambil kembali kereta atau tindakan sewajarnya akan diambil mengikut situasi samada perlu kepada “buyback” kereta dan juga menghantar team “CSI” ke lokasi workshop insuran. Tindakan perlu pantas untuk mengelakkan kehilangan kereta dan kerugian yang lebih besar.
 

APA HUKUMAN SAMBUNG BAYAR DALAM AKTA SEWA BELI?

 
Apakah hukuman yang diperuntukan bagi kes sambung bayar ini? Ia disebutkan di sini di Seksyen 38
 
fraudsale

 


 
Terjemahan bebas:
 
Penjualan kereta secara tidak sah oleh Penyewa
 
38. Setiap orang yang, melalui pelepasan atau penjualan apa apa barangan (dalam kes kita kereta) yang terdapat didalam perjanjian sewa beli, atau dengan mengalihkan barangan tersebut, menipu atau cuba menipu Pemilik adalah melakukan kesalahan dibawah Akta ini dan akan, apabila disabitkan kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM30,000 atau penjara tidak melebihi TIGA tahun atau kedua duanya sekali.
 
Dibawah ini pula ialah Seksyen 16(2) (dalam kotak merah) dimana Pemilik tidak perlu mematuhi Seksyen 16(1) untuk menarik kereta jika ada sebab yang menasabah untuk mempercayai bahawa barangan (kereta) yang terdapat didalam perjanjian sewa beli akan dialihkan atau disembunyikan oleh Penyewa yang bercanggah dengan peruntukan peruntukan didalam perjanjian, tetapi BEBANAN ATAU TANGGUNGAN UNTUK MEMBUKTIKAN PRASANGKA TERSEBUT TERLETAK PADA PEMILIK/BANK. 
 
assign1

 

Disini ada suatu dilema bagi yang membuat “sambung bayar”. Kita dah cerita sebelum ini bahawa untuk “memperkukuhkan” atau “memperkemaskan” urusan sambung bayar, penyerahan kereta akan dibuat dibalai polis beserta repot atau dengan membuat repot polis beserta dengan perjanjian “jual beli”. Sebenarnya inilah adalah bukti yang diperlukan oleh Bank untuk mengambil tindakan diatas.
 
Dibawah ini pula dibawah Seksyen 37 dimana apabila Bank mengesyaki bahawa kereta tiada lagi berada disimpanan Penyewa, Bank pada bila bila masa boleh memberi notis bertulis kepada Penyewa untuk menyatakan secara bertulis dimana kereta berada, atau jika kereta tidak ada didalam simpanannya, kepada siapa dia menghantar kereta tersebut dan dalam keadaan apa dia telah kehilangan pemilikan kereta tersebut. Mana mana Penyewa yang gagal memberi jawapan bertulis dalam masa 14 (EMPATBELAS) hari selepas menerima notis dari Bank atau memberi keterangan palsu adalah melakukan kesalahan dibawah Akta ini.
 
assign3
 
Jadi begitulah peruntukan peruntukan yang ada yang membolehkan Bank mengambil tindakan keatas Penyewa jika ada prasangka bahawa kereta telah tiada dalam pemilikan Penyewa.

 


 

“SAMBUNG BAYAR” ALA BANK atau BANK’S STYLE

 
Satu persoalan akan timbul pulak iaitu Bank tak ada ke proses “sambung bayar” yang mengikut undang undang dalam Akta? Jawabnya ada dan ini peruntukannya:
 
assignment
 
Intipati (terjemahan bebas) dari Seksyen 12 diatas ialah:

(1) Segala hak, penamaan dan kepentingan Penyewa dibawah perjanjian sewa beli boleh di serahhak (assignment) dengan persetujuan Pemilik, atau jika persetujuan Pemilik telah dihalang secara tidak menasabah, tanpa persetujuan Pemilik.
 
(2) Selain dari apa yang diperuntukan dalam seksyen ini, tiada bayaran atau apa apa balasan diperlukan oleh Pemilik untuk persetujuannya dalam pemberian serahhak (assignment) ini seperti yang disebut didalam Sub Seksyen (1) dan apabila Pemilik meminta bayaran atau lain lain balasan untuk persetujuannya, persetujuan itu akan dikira sebagai persetujuan yang dihalang atau ditahan.
 
(3) Dimana, atas permintaan Penyewa dibawah perjanjian sewa beli, Pemilik gagal atau enggan memberi persetujuannya, Penyewa boleh membuat permohonan di Mahkamah Tinggi untuk satu Perintah bahawa persetujuan Pemilik untuk serahhak (assignment) telah dihalang secara tidak menasabah
 
(4) Sebagai syarat untuk memberi persetujuan untuk serahhak (assignment) segala hak, penamaan dan kepentingan Penyewa dibawah perjanjian sewa beli, Pemilik boleh meminta atau menetapkan bahawa segala tunggakan ansuran hutang dijelaskan dan mungkin memerlukan Penyewa dan “Assignee”:
 
(a)  melengkapkan borang dan menghantar kepada Pemilik dimana tanpa prejudis atau memudaratkan kesinambungan tanggungan Penyewa dan “Assignee” bersetuju untuk bertanggungjawab secara peribadi untuk membayar baki ansuran bulanan sehingga tanat tempoh pinjaman dan mematuhi segala syarat dan peruntukan yang terdapat didalam perjanjian sewa beli yang masih berbaki dan Assignee “melepaskan” Penyewa dari tanggungannya.
 
(b) membayar kos yang menasabah yang ditanggung oleh Pemilik iaitu kos setem dan perjanjian dan yang setara dengannya.
 
(5) Keengganan Pemilik  memberi persetujuannya dalam pemberian serahhak (assignment) ini seperti yang disebut dalam Sub Seksyen (1) atas alasan Pemilik memerlukan Penjamin yang lain atau tambahan Penjamin dikira sebagai sesuatu yang tidak menasabah:
 
(a) Dimana Penjamin perjanjian sewa beli yang asal telah bersetuju untuk menjadi penjamin kepada perjanjian serahhak ini atau
 
(b) Dimana “Assignee” telah memberikan jumlah penjamin yang sama seperti yang telah diberi oleh Penyewa untuk menjamin tanggungjawabnya didalam perjanjian sewa beli.
 
Jadi kita boleh lihat bahawa proses “sambung bayar” Bank melibatkan proses permohonan dan saringan yang sama seperti memohon pinjaman yang baharu. Oleh itu “Assignee”yang nak memohon sambung bayar atau “assignment” itu perlu mempunyai kelayakan untuk memohon seperti gaji cukup dan takde blacklist. Dari segi “logik akal”, kalau bukan sebab “terpaksa” atau sebab kekeluargaan, lebih baik dia ambil kereta baru sebab dia layak memohon sendiri nak sambung sambung buat apa ye tak? Kalau geng “blacklist” memang awal awal lagi kena reject sebab Bank akan kata “ada hati” nak ambil alih pinjaman dari “bakal blacklist” jugak. Sebab tulah tak ramai yang nak buat assignment sebab kata mereka banyak “songel” walaupun ia yang paling selamat dan nama atas geran adalah pemilik yang baru.

 

KESIMPULAN

 
Inilah dia “niche market” bagi perniagaan “sambung bayar” yang jauh lebih “flexible” dari Bank punya walaupun ada risikonya. Ini kerana yang “layak” memohon ialah yang “tak layak” memohon kat Bank seperti Blacklist dan Bankrap. Pilihan kereta pun “macam macam ada” seperti yang anda boleh lihat sendiri dalam internet. Kadang kadang yang Blacklist dan Bankrap ni memang ada duit dan berkemampuan tetapi mungkin semasa muda muda dulu kurang pengalaman menguruskan kredit dan masalah lain yang menyebabkan nama mereka sangkut dan tak boleh ambik pinjaman lagi. Seperti yang saya sebut diawal artikel, bila ada keperluan akan ada permintaan dan akan ada penawaran lebih lebih lagi di zaman internet, tablet dan “smartphone” dengan gambar dan suara siap boleh “chit chat” lagi “nego” harga.
 
Kepada “pengusaha pengusaha” perniagaan “sambung bayar”, jangan bimbang, artikel ini tidak akan menjejaskan bisness anda kerana “keperluan” untuk “perkhidmatan” ini akan sentiasa ada walaupun sedar akan risiko yang bakal ditanggung lebih lebih lagi dengan harga kereta yang melambung tinggi dengan tempoh bayaran yang lama. “Kemurahan hati” pengedar dan wakil penjual kereta dan “kerjasama” dari pihak Bank untuk memberikan pinjaman 100% walaupun “sudah terang lagi bersuluh” melanggar Akta Sewa Beli 1967 (Pindaan 2010) memburukkan lagi keadaan dimana Penyewa kena membayar lebih dari yang sepatutnya sebab takde deposit (full loan) dan insuran tahun pertama pun “bungkus sekali” dalam ansuran bulanan.

 

 
Kalau nak diikutkan betul betul Akta ini dan jika penguatkuasaan dibuat dengan tegas setegas tegasnya, maka akan penuhlah penjara dengan CEO, Pengarah, Pengurus, Pegawai dan Kerani Bank dan banyaklah denda yang dikutip. Penjual kereta dan Penyewa juga ramai yang akan masuk penjara kerana bersubahat dan juga kerana kesalahan kesalahan yang lain yang ada dalam Akta ini. Senarai hukuman bagi sesiapa yang melakukan kesalahan dibawah Akta Sewa Beli 1967 (Pindaan 2010) ada disebutkan di  https://www.ceritahutangbankdananda.com/2014/10/prosedur-tindakan-undang-undang-pinjaman-kereta-sewa-beli-bahagian-1/.Jenuh nak bagi makan dalam penjara. Kenapa? Saya tak tahu. Itu kena rujuk kepada pihak pihak yang berkenaan. Tekaan rambang saya ialah atas faktor ekonomi.
 
Sekarang pun Bank Negara menasihatkan Bank Bank supaya jangan “galak” sangat nak tarik kereta sebaliknya meng”galak”kan Bank Bank supaya memberi “ruang bernafas” kepada Penyewa Penyewa dan Peminjam Peminjam dari segi penyusunan semula pembayaran dan mengetatkan syarat bagi pinjaman pinjaman yang baru. Bank Bank pun tahu kalau tarik kereta secara “berkelompok” dan “brutal” macam pada tahun tahun 1997 – 2000 akan menyebabkan kerugian yang banyak dan untuk menampung kos operasi, kena buat banyak loan lagi tetapi pinjaman telah dibekukan kerana kemelesetan ekonomi. Jadi kena lebih berhati hati pada “kitaran” “”economic cyclone” kali ini.
 
Begitulah secara “ringkas” siri tindakan undang undang bagi pinjaman kereta dibawah Akta Sewa Beli 1967 (Pindaan 2010). Saya harap para pembaca memperolehi manfaat dari tulisan saya ini. Oh ya! Lupa nak bagitau bahawa tidak kira samada pinjaman itu adalah yang “tak Islam” atau yang “Islam”, ia tetap tertakluk kepada Akta ini dan begitu juga dengan pinjaman pinjaman yang lain kerana apabila ada pelanggaran syarat dan percanggahan pendapat, semuanya akan dirujuk ke Mahkamah Sivil dan bukan Mahkamah Syariah. Undang undang ini pun di”cilok” dari undang undang British jadi walaupun telah melalui beberapa pindaan untuk menyesuaikannya dengan “perasa tempatan” (terjemahan “local flavour” sebenarnya) ia mesti digunapakai oleh Bank Bank “Muallaf” yang telah masuk “Islam”. Lagipun kedua dua jenis Bank ini dibawah bumbung atau kaunter yang sama. Cuma staff aje tak pakai baju “separuh separuh” macam muka “Two Face” Harvey Dent dalam cerita Batman.

Prosedur Undang Undang Pinjaman Kereta (Sewa Beli) Bahagian 4 – Cerita Lelong

lelongkeretamalay

PROSES LELONGAN AWAM

 

Setelah tempoh 21 hari Jadual Kelima tamat, Bank perlu menjual kereta yang ditarik balik untuk mendapatkan kembali “kos dan modal”nya. Pada zaman sekarang, Bank akan membuat lelongan awam untuk kereta kereta yang telah ditarik balik selalunya bertempat di stor simpanan kereta yang menjadi panel Bank siap dengan pelelong berlesen dengan “tukul kayu”nya.

Dulu Bank cuma perlu iklankan di surat khabar untuk “menjemput” orang ramai untuk memasukkan tender untuk membeli kereta tersebut dan kereta akan dijual kepada “pembida” yang tertinggi. Cara yang sebegini tidak boleh lari dari ekploitasi dan manipulasi “orang dalam” kerana ada dealer yang “kam cheng” dengan pegawai, kerani atau bos akan “potong” harga orang lain asalkan harga sama atau lebih dari harga yang disebutkan dalam Jadual Kelima. Bukanlah semuanya macam tu tapi yang penting bagi pihak Bank semua prosedur perlu dipatuhi dari segi penjualan dan harga dengan dokumen yang lengkap supaya tidak menimbulkan masalah tuntutan balas dari Penyewa dikemudian hari. Kalau harga tawaran orang ramai kurang dari harga dalam Jadual Kelima, Penyewa harus dimaklumkan tentang “harga” baru yang lebih rendah dan Penyewa diberi peluang untuk memperkenalkan individu yang boleh membeli kereta dengan harga tersebut secara TUNAI. Begitulah seterusnya sampai kereta boleh dijual.

 

 

Oleh itu penjualan secara lelongan awam serba sedikit boleh “menghilangkan” keraguan tentang manipulasi harga walaupun kemungkinan “pakatan sulit” diantara pembida pembida “tegar” masih boleh berlaku. Ini adalah kerana yang datang untuk membida biasanya adalah wakil wakil atau pemilik pemilik syarikat kereta terpakai dan individu individu yang yang “regular” pada setiap lelongan awam dan mereka mengenali antara satu sama lain walaupun bakal “berlawan” di medan lelongan.

Ada juga individu individu yang datang untuk membida untuk diri sendiri dan individu individu begini selalunya akan menjadi “mangsa buli” oleh geng geng yang dah “season” dengan “pakatan” yang tidak memerlukan perancangan secara lisan. Cukup dengan jelingan manja, naikkan kening , urut misai, garu kepala dan macam macam lagi isyarat masing masing  dengan taktik “Tidak Berminat Move” atau “Potong Mamat Tu Move” atau “Up Harga Sampai Mamat Tu Kena Bayar Lebih Move” dan lain lain “Move” yang memberi kelebihan kepada pembida yang berkepentingan dan sudah semestinya tidak melibatkan satay KAJANG atau KAJANG Pak Malau. Walau apa pun, lelongan awam masih dianggap sebagai yang paling “telus” sebab “permainan” dalam lelongan awam sukar dielakkan seperti juga lelongan rumah tak berbayar.

Menurut prosedur, acara lelongan akan di iklankan di suratkhabar tempatan biasanya 14 hari dari tarikh  lelongan dan Penyewa akan dimaklumkan juga tentang perkara ini seperti yang diperuntukan di Seksyen 18 (4)(a) dibawah.

 

fifthschedule4

 

Jikalau penjualan bukan melalui lelongan, Bank perlu juga memberi pilihan kepada Penyewa untuk membeli kereta tersebut jika harganya adalah lebih rendah dari harga yang disebutkan dalam Jadual Kelima.

Dengan keperluan memberi Notis, Iklan dan “tempoh bertenang” yang agak lama, biasanya status tunggakan akaun akan mencecah 5 bulan atau lebih sebab kadang kadang Bank perlu menunggu kereta kereta tarik yang lain yang belum “habis edah” atau “cukup umur” untuk dilelong supaya boleh dibuat sekaligus bagi menjimatkan masa dan kos.

 

Seperti yang telah ditunjukkan diatas, ada tiga (3) kemungkinan yang akan berlaku pada hari lelongan iaitu:

1) Jumlah lelongan melebihi jumlah hutang;

2) Jumlah lelongan kurang dari jumlah hutang: dan

3) Tiada bidaan diterima atau kereta tak laku

dan anda boleh lihat sendiri langkah langkah yang diambil untuk ketiga tiga situasi tersebut.

 

LANGKAH SELEPAS KERETA BERJAYA DIJUAL

 

Setelah selesai lelongan awam, katakan kereta telah berjaya dijual dan harga jualan tidak mencukupi untuk melangsaikan hutang yang tertunggak. Bank akan menghubungi Penyewa untuk memberitahu tunggakan yang masih ada dan meminta penyewa untuk membuat cadangan pembayaran.

Jika tiada maklumbalas dari Penyewa, Bank akan memulakan proses tindakan undang undang dengan menghantar surat atau notis tuntutan (Notice/Letter of Demand) melalui Tuan Loyar dan jika tiada maklumbalas pada masa yang ditetapkan, tindakan Saman akan dimulakan. Untuk ulangkaji tentang proses “Surat Loyar” dan Saman, anda boleh rujuk prosesnya di Proses Tindakan Undang Undang Pinjaman Peribadi Bahagian 1 dan Proses Tindakan Undang Undang Pinjaman Peribadi Bahagian 2 untuk pemahaman yang lebih baik. Saya rasa tidak perlu mengulanginya lagi disini sebab prosedurnya adalah sama.

 

 

HPLEGALPROCESS_MALAYP12

 
6
Setelah proses “ding dong” sana sini selesai, dianggarkan “umur” tunggakan sudah pun mencecah enam atau menghampiri tujuh bulan. Siasatan oleh team “CSI” masih berjalan untuk langkah seterusnya jika perlu.

 

LEGALPROCESSMALAYP5

Pada tahap tunggakan tujuh bulan, Bank sudah boleh membuat perancangan untuk mengambil tindakan undang undang yang sesuai.

HPLEGALPROCESS_MALAYP14

 

Untuk maklumat lengkap tentang jenis tindakan undang undang yang boleh diambil, sila rujuk disini: Proses Tindakan Undang Undang – Tindakan Penghakiman.

 


 

NASIB SI PENJAMIN

 
Sekarang kita sampai kepada bab penjamin. Biarlah gambar yang berbicara:

HPLEGALPROCESS_MALAYP15

 

Walaubagaimanapun, dalam Akta Sewa Beli 1967 (Pindaan 2010) ada beberapa peruntukan bagi Penjamin seperti yang ditunjukkan dibawah ini:

 

guarantor

 

Untuk menterjemahkan ayat ayat diatas, saya cuma boleh beri “terjemahan bebas” sebab ayat undang undang ni selalunya berpintal pintal supaya memberi ruang untuk Tuan Tuan Loyar membuat interpretasi masing masing dan berhujah untuk mendapat keputusan yang memihak kepada mereka. Antara intipati Seksyen Seksyen yang ditunjukkan diatas adalah seperti berikut:

1) Penjamin adalah terikat dengan Perjanjian Sewa Beli melainkan dalam keadaan keadaan yang tertentu

2) Tanggungjawab Penjamin masih berterusan walaupun kereta telah ditarik balik tidak kira samada kereta sudah diserahkan balik atau tidak melainkan Bank dan Penyewa ada membuat perjanjian yang baru.

3) Tanggungjawab Penjamin tidak boleh melebihi tanggungjawab Penyewa dengan apa yang diperuntukan dalam Perjanjian Sewa Beli

4) Seseorang Penjamin yang menunaikan tanggungjawabnya dan telah membayar apa jua bayaran kepada Pemilik iaitu Bank berhak untuk menuntut balik apa yang telah dibayarnya.

5) Hak Penjamin terhadap Pemilik/Bank – Penjamin boleh melepaskan dirinya pada bila bila masa dari tanggungan jaminan hutang dengan membayar hutang Penyewa kepada Bank.

6) Apabila bayaran hutang dibuat, Penjamin berhak untuk:

(a) Menyaman Penyewa atas nama Pemilik/Bank atas pelanggaran Perjanjian Sewa Beli oleh Penyewa tertakluk kepada Penjamin memperuntukan pampasan atas apa jua kos dan perbelanjaan tindakan tersebut atau menyaman atas nama Penjamin sendiri jika dia mengambil pemindahan hakmilik secara sah melalui undang undang keatas Perjanjian Sewa Beli tersebut.

(b) Mendesak untuk mengambilalih apa jua cagaran dan sekuriti yang telah diambil oleh Pemilik/Bank keatas Penyewa untuk memastikan Penyewa menunaikan tanggungjawabnya.

7) Penjamin jika ada apa jua tuntutan yang dibuat oleh Pemilik/Bank keatasnya mempunyai hak untuk “melepaskan” dirinya dari tuntutan balas yang dibuat oleh Penyewa terhadap Pemilik/Penyewa.

8) Hak Penjamin terhadap Penyewa – Penjamin berhak untuk diberi gantirugi atau pampasan oleh Penyewa terhadap tindakan Pemilik/Bank atau jaminan yang diberi.

9) Penjamin berhak untuk memaksa Penyewa untuk membayar ansuran bulanan yang termaktub dalam Perjanjian Sewa Beli setiap kali tempoh bayarannya sampai dan untuk tujuan ini Penjamin boleh memohon kepada Mahkamah Majistret untuk mendapatkan Perintah tersebut.

 

 

Fuh! Berbelit belit ayat. Tak tahu lah pulak ada ke tidak Penjamin yang melaksanakan haknya seperti yang diperuntukan. Biasanya payah sikit sebab lazimnya Penjamin agak rapat dengan Penyewa seperti Suami atau Isteri dan kawan kawan atau kenalan. Jadi samada Penjamin tidak tahu pun hak mereka atau tidak “sampai hati” untuk “menyakiti” atau “menyinggung” perasaan Penyewa atas dasar percaya atau takut dituduh tidak percaya kepada keupayaan Penyewa untuk bertanggungjawab. Dalam kebanyakan kes tak boleh percaya pun. Ramai Penjamin yang kena tindakan kebankrapan

Kalau nak saman balik Penyewa untuk bayaran yang dibayar oleh Penjamin, harapan untuk dapat balik duit pun susahlah jugak tapi bukanlah sesuatu yang mustahil. Dari segi logik akal, kalau Bank saman pun dia tak peduli, apatah lagi kawan kawan, adik beradik, suami atau isteri atau bekas suami dan bekas isteri melainkan jumlahnya banyak yang boleh membawa kepada kebankrapan atau yang berbaloi untuk dilakukan.

Kalau jumlah yang kecil, lebih kepada membazir masa dan wang. Tuan Loyar pun mungkin malas nak layan. Itulah nasib si Penjamin. Lagi parah kalau kereta kena “piang” atau dijual “tangan atas tangan” hingga hilang entah kemana. Bila ada “urusniaga” jenis “sambung bayar” yang juga berisiko untuk hilang kalau tak kena gaya, Penjamin jugak yang kena “share” tanggungan. Kalau setakat “share” status kat Facebook takpelah jugak ini kena pikul “biawak hidup”.

Masalah ini menjurus kepada persoalan dibawah:

 

HPLEGALPROCESS_MALAYP16

 

TOPIK SETERUSNYA: SAMBUNG BAYAR

 
Jadi selesailah sudah siri Prosedur Tindakan Undang Undang Bagi Pinjaman Sewa Beli khususnya untuk kereta. Cuma saya nak tambah sedikit selepas ini tentang aktiviti “sambung bayar” iaitu pro dan kontra dan juga implikasi undang undang dibawah Akta Sewa Beli 1967 (Pindaan 2010) supaya boleh memberi pemahaman yang lebih jelas.

 

Prosedur Undang Undang Pinjaman Kereta (Sewa Beli) Bahagian 3

Sekarang kita telah sampai ke topik yang ditunggu tunggu. Tatacara pelaksanaan tindakan undang undang keatas peminjam yang gagal menjelaskan tunggakan ansuran bulanan. Kita akan mulakan dengan tindakan undang undang keatas peminjam yang gagal membayar hutang peribadi.

Mengapa mula dengan hutang peribadi? Kerana hutang ini yang “paling rendah martabatnya” iaitu “kekuatan” sandaran pinjaman adalah kepada individu itu sendiri iaitu pendapatan bulanannya. Kalau ada pun cagaran lain ialah penjamin kepada pinjaman itu. Bagi pinjaman kereta dan rumah, cagaran adalah kereta dan rumah itu sendiri selain dari pendapatan individu dan juga penjamin jika ada. Sebab itu selalunya pinjaman jenis ini dipanggil “unsecured loan” atau secara bebasnya diterjemahkan kepada pinjaman “tak berapa selamat”.

Dalam kes peminjam mempunyai banyak hutang dengan beberapa Bank misalnya dan telah jatuh muflis dan setelah berlakunya lelongan segala harta yang dimilikinya, keutamaan akan diberi kepada Bank pemiutang yang mempunyai cagaran dalam bentuk harta benda dan yang terakhir sekali yang akan dibayar (itupun kalau ada sisa dan “seredak” macam kuih raya) barulah diagih agihkan kepada Bank yang mempunyai “unsecured loan” ini. Selalunya “makan angin” aje lah. Perlu juga diambilkira bahawa pinjaman kad kredit juga termasuk dalam kategori “unsecured loan” dan ia hanya bergantung kepada peminjam semata mata.



Sebab itu struktur faedahnya (kad kredit) adalah sangat tinggi bersesuaian dengan risikonya. Cuma walaupun ada “had kredit” yang ditentukan misalnya RM10,000, bukan semuanya akan diberi sekaligus (melainkan kawan tu shopping sakan habiskan sampai limit) dan jika pada bulan pertama pinjaman tidak dibayar, kemudahan kredit akan disekat dan faedah yang dikenakan sangat tinggi iaitu diantara 16% hingga 18% setahun. Jadi pendapatan dari faedah ini (terutamanya dari “kaki bayar 5%”, boleh “cover” hutang tak berbayar secara amnya) Keputusan untuk mengambil tindakan undang undang agak berbeza sedikit dari pinjaman persendirian yang biasa atas dasar “pendapatan” tinggi dari faedah dan jumlah hutang yang “sesuai” untuk tindakan undang undang itu sendiri. Anda boleh lihat sendiri rasional untuk mengambil tindakan undang undang setelah melihat prosedurnya nanti kerana ada beberapa kelainan.

Satu lagi sebab kita bermula dengan pinjaman peribadi adalah kerana tatacara tindakan undang undang adalah secara “terus” atau bak kata omputeh “straightforward” kerana bagi pinjaman kereta dan rumah, ada peruntukkan undang undang yang berbeza dari segi penarikan balik kenderaan dan lelongan yang akan kita bincangkan dengan lebih terperinci kemudian. Persamaan dan hala tuju untuk mendapatkan penghakiman akhirnya adalah sama cuma ada beberapa “lencongan” yang perlu dipatuhi.

Ok. Kita boleh mula sekarang. Rujuk kepada gambar dibawah. Slide penuh boleh didapati di Slideshare iaitu di: Prosedur Tindakan Undang Undang: Pinjaman Peribadi atau Koleksi Album Facebook di sini: Album Facebook: Prosedur Tindakan Undang Undang: Pinjaman Peribadi

Kita lihat dulu Muka Depan atau Tajuk Rasmi topik ini:

LEGALPROCESSMALAYMUKA

Kalau nak tahu lebih lanjut tentang “Sumber Dana” Pam Tayar dan Pam Basikal tu boleh rujuk atau ulangkaji kat Fakta Tentang Duit Digital, Duit Kertas dan RIBA

Struktur faedah Pinjaman Peribadi bergantung kepada Bank yang memberi hutang iaitu faedah tetap, faedah atas baki tahunan atau bulanan. Kita akan cerita beza kadar kadar faedah ini kalau dalam bahasa omputehnya “flat rate”, monthly rests” dan “yearly rests” di tajuk yang lain iaitu apa yang sebenarnya yang “berehat” atau “rehat dan rawat” dalam faedah faedah tu.

Ok sekarang kita lihat pada slide yang pertama. Kita bermula dengan situasi “happy happy” dan “gumbira” iaitu pinjaman telah diluluskan dan duit sudah “dilepaskan” dan pada tarikh itulah pinjaman itu bermula iaitu tarikh perjanjian pinjaman. Kalau nak ulangkaji cerita “happy happy” ni boleh rujuk balik bahagian kelima iaitu: Bahagian 5: Bahagian Kutipan Hutang

LEGALPROCESSMALAY1

Di “pendek”kan cerita, sebulan telah berlalu maka sampailah masanya ansuran pertama perlu dibayar seperti yang tertera. Dalam situasi contoh ini, kita akan memaparkan kisah suatu pinjaman yang langsung tidak berbayar untuk melihat masa yang diambil untuk mengambil tindakan undang undang sehingga ketahap mendapatkan penghakiman dan seterusnya melaksanakan tindakan penghakiman atau dalam bahasa omputehnya “Execution of Judgment” (terjemahan direct macam hukuman bunuhlah pulak). Ini adalah kerana dalam situasi sebenar ia jarang berlaku tetapi bukan tidak pernah berlaku. Dalam situasi sebenar akan ada faktor “ding dong” iaitu proses timbal balik interaksi diantara peminjam dan Bank iaitu janji janji untuk membayar yang ditepati atau dicapati, interaksi meminta “izin” ibu pejabat atau “Head Office” untuk tindakan selanjutnya, peminjam “ghaib”, cuti umum, cuti sakit dan sebagainya seperti info dalam gambar ini:

LEGALPROCESSmalayp3

Jadi selepas beberapa hari berlalu tanpa bayaran selepas tarikh “patut bayar” (tarikh “due”) Bank akan membuat panggilan telefon dan dalam kecanggihan teknologi terkini, ada yang mempunyai sistem sms dalaman dan menghantar peringatan sms sebagai cara yang “lembut” dan juga peringatan melalui surat.  Kemudian kenalah tunggu hasil dari peringatan yang diberi.

Peringatan melalui panggilan telefon mempunyai berbagai reaksi dari peminjam. Ada yang jenis bersopan santun akan memohon maaf zahir dan batin kerana belum ada kesempatan membuat bayaran dan berjanji akan membuat bayaran “secepat mungkin”. Ada yang tidak “mendengarkan” apa apa reaksi, kerana langsung tak angakat telefon! Ada yang hanya berkata “Huh! Nanti cukup bulan saya bayar.. Mengapa buat agreement tengah bulan?”. Padahal dia yang tergedik gedik minta duit cepat. Dan ada yang over “sensitip” marah marah dengan dialog “Tak payah call call sayalah! Tau la orang nak bayar… Apa, Tak Percaya Ka?” dan bermacam macam “peel” lagi. Tidak se”gumbira” seperti sebulan yang lalu…

LEGALPROCESSMALAY2

Sebulan lagi telah berlalu dan kini akaun dah masuk DUA bulan tak berbayar. Telefon dan sms lagi. Janji lagi atau langsung tak angkat telefon. Surat peringatan terakhir pun dikeluarkan. Kena tunggu lagi kut kut ada bayaran dibuat berdasarkan “janji manismu” yang telah dibuat. Bagi  pegawai atau kerani yang ada inisiatif, dia akan mula membuat siasatan awal dengan meneliti beberapa maklumat yang ada dalam fail kut kut ada yang tidak kena dengan “pemerosesan” fail sebab memang bukan dia yang buat.

“Kertas Siasatan” rasmi atau “Fail Collection” belum boleh bukak lagi sebab masil terlalu awal dan masih “bersangka baik”. Denda lewat bayar beserta dengan kos sms dan surat menyurat sudah mula dikira sejak bulan pertama lagi. Masa terus berlalu dan kini sudah masuk bulan yang ketiga seperti gambar diatas. Call dan sms lagi tapi masih tiada bayaran. Biasanya tunggu beberapa hari lagi sebelum mengambil tindakan seterusnya iaitu memulakan proses undang undang yang lebih “serius” iaitu mengeluarkan arahan kepada peguam untuk memberi surat tuntutan atau “Letter/Notice of Demand”. Pihak Bank berharap dengan surat ini sudah cukup untuk membuatkan peminjam merasa takut dan gundah gulana.

Tetapi sebelum mengeluarkan surat arahan ini, bergantung kepada polisi sesesuatu Bank, adalah perlu untuk mendapatkan kelulusan “bos” samada Pegawai Atasan, Pengurus Bank, ataupun “Head Office”. Ini adalah kerana proses tindakan undang undang melalui peguam memerlukan penambahan kos kepada Bank. Kalau denda lewat bayar tak payah buat apa apa, komputer yang akan kira dan ini merupakan “pendapatan angin” tambahan bagi Bank. Tindakan undang undang yang pertama ialah dengan Surat Tuntutan yang dikeluarkan oleh peguam yang pada masa sekarang “menelan” belanja antara RM30 hingga RM50 atau lebih bergantung kepada sesuatu firma guaman. Kenapa mahal? Sebab ada “Letter Head” peguam atau “loyar”. Masa saya kerja dulu lagi mahal dari RM75 hingga RM100 sebab dulu kebanyakan peguam lulusan “obersea” dan cakap omputeh je. Surat pun cakap omputeh jadi peminjam yang sepatah haram tak tahu cakap omputeh akan “blur” bila dapat surat. Yang dia tahu surat dari peguam dan ini menambahkan rasa “gerun” sebab tak faham apa benda isi surat tu.

Zaman sudah berubah. Dengan bertambahnya universiti tempatan menawarkan kursus undang undang terumanya UIA, maka ramailah bilangan peguam dan firma guaman maka dengan teori ekonomi “supply and demand” dan bertambahnya saingan maka kos surat loyar telah banyak dikurangkan. Itupun mahal lagi sebab kos sebenar tak sampai RM3.00 hingga RM5.00 termasuk kos surat berdaftar. Tapi kita kena kira “kos professional” la pulak. Loyar tu. Kalau tak, sia sia lah diaorang menghafal prosedur undang undang masa belajar kan. (cover line sikit, nanti marah pulak kawan kawan loyar)

Berbalik pada si Kerani atau Pegawai Bank tadi. Kena tunggu lagi. Akhirnya apabila mendapat kelulusan untuk meneruskan tindakan guaman, surat arahan pun akan dikeluarkan. Ada Bank yang canggih sistemnya akan mengarahkan peguam secara “online” dan kakitangan pejabat peguam akan “log in” untuk menyemak status arahan. Rasanya peguam yang kena bayar untuk “servis” ini. Hmm… kena lagi loyar kita… Proses “ding dong ini akan memakan masa dan mungkin terlajak sehingga bulan seterusnya…

 

LEGALPROCESSMALAYP4

Surat peguam biasanya memberi tempoh 14 hari kepada peminjam untuk memberi maklumbalas atau bayaran dan pada bulan keempat (bergantung kepada faktor “ding dong”) atau pada tahap tunggakan 4 (empat) bulan, pihak Bank sudah boleh membuat keputusan selanjutnya. Sekiranya tiada bayaran diterima, Bank akan mengarahkan peguam untuk memfailkan saman terhadap peminjam (faktor “ding dong”  seperti yang ditunjukkan dalam gambar iaitu meminta kebenaran pihak atasan, masa untuk untuk mengeluarkan arahan dan masa untuk menyediakan dokumen untuk tindakan saman sekali lagi perlu diambilkira) Dokumen yang perlu disediakan oleh pihak Bank ialah segala alamat surat menyurat peminjam dan penjamin (jika ada) dan suatu penyata tuntutan menyenaraikan baki hutang, denda lewat bayar dan lain lain kos seperti kos setem pos dan tak lupa juga kos surat loyar. Pada tahap ini, perjanjian diantara Bank dan peminjam akan ditamatkan dan Bank akan meminta semua baki hutang yang tertunggak.

BERSAMBUNG…

Prosedur Undang Undang Pinjaman Kereta (Sewa Beli) Bahagian 2

Kita dah sampai pada bahagian tindakan undang undang bagi pinjaman kereta yang tidak berbayar. Slide penuh dalam bentuk Powerpoint boleh didapati di Slideshare iaitu di:

atau Koleksi Album Facebook di sini: Album Tindakan Undang Undang Pinjaman Sewa Beli

Kita mula dengan slide pertama iaitu slide “pengenalan” kepada tajuk kita:

HPLEGALPROCESS_MALAYP1MUKA

Kalau nak tahu lebih lanjut tentang “Sumber Dana” Pam Tayar dan Pam Basikal tu boleh rujuk atau ulangkaji kat Fakta Tentang Duit Digital, Duit Kertas dan RIBA

Seperti juga dengan pinjaman pinjaman yang lain, kita bermula dengan situasi “happy happy” dan “gumbira” iaitu pinjaman telah diluluskan, duit sudah “dilepaskan”, kereta pun dah dapat dan pada tarikh itulah pinjaman itu bermula secara rasmi iaitu tarikh perjanjian pinjaman. Kalau nak ulangkaji cerita “happy happy” ni boleh rujuk balik tajuk dalam blog ini iaitu: Bahagian 5: Bahagian Kutipan Hutang.

HPLEGALPROCESS_malayP1

Pada masa ini, Bank sudah pun mendapat pendapatan “faedah” bagi bulan yang pertama. Sila rujuk Bahagian 1 untuk keterangan lanjut tentang struktur faedah ini.

Kita akan membuat andaian bahawa bagi contoh ini, tiada bayaran diterima dari Penyewa semenjak tarikh perjanjian bermula supaya mudah kita melihat aliran tindakan undang undang yang diambil. Pada bulan pertama tunggakan, akaun Penyewa dikira masih “muda” dan Bank masih “bersangka baik” jadi surat dan sms peringatan akan dikeluarkan. Panggilan telefon juga akan dibuat untuk memberi peringatan atau menyemak samada nombor telefon Penyewa masih lagi “hidup” dan belum “masuk air” atau bak kata orang kedah “masuk ayaq”. Denda lewat akan dikira secara automatik beserta dengan belanja pos dan kos sms.

HPLEGALPROCESS_MALAYP2A

Masuk bulan kedua tunggakan, secara automatik Jadual Keempat (Fourth Schedule) akan dikeluarkan seperti yang termaktub dalam Akta Sewa Beli:

HPLEGALPROCESS_MALAYP2B

Yang ditunjukkan diatas adalah sebahagian dari intipati Seksyen 16 Akta Sewa Beli 1967 (Pindaan 2010) tentang Jadual Keempat dalam bahasa Melayu. Seksyen 16 Akta Sewa Beli 1967 (Pindaan 2010) tentang Jadual Keempat adalah seperti dibawah (cakap omputeh, saya tak jumpa yang Bahasa Melayu dan tak sempat/malas nak terjemah sepenuhnya)

fourthscheduleS16

Seksyen 16 (2) diatas (dalam petak merah) kita akan bincang dengan lebih lanjut dalam bab “sambung bayar” sebab ada sangkut paut jugak, bukan setakat “bau bau bacang” sahaja. Kita sembang pasal Jadual Keempat dan suku sakatnya dahulu.

Inilah “ghope”nya contoh Jadual Keempat yang dikeluarkan:

fourthschedule

Dalam Notis Jadual Keempat ini ada disebutkan bahawa jika Penyewa menyerahkan kembali kereta secara sukarela, bayaran kos penarikan, kos kos berkaitan penarikan dan kos penyimpanan TIDAK akan dikenakan.

Selepas 14 (empatbelas) hari keluarnya Notis Jadual Keempat ni, pihak Bank lazimnya akan mengeluarkan satu lagi Notis yang dipanggil “Notis Tentang Niat Untuk Mengambil Semula” sebagai peringatan tambahan bahawa tinggal 7 (tujuh) hari sahaja lagi sebelum kereta ditarik balik. Notis ini boleh dianggap sebagai “kusyen” bagi pihak Bank bahawa peringatan secukupnya telah diberi kalau kalau Penyewa bising kata “tak cukup Notis” atau tidak menerima peringatan secukupnya. Kedua dua Notis ini dihantar melalui Pos Berdaftar ke alamat terakhir Penyewa sebagai bukti penghantaran dan juga digunakan sekiranya kes berlanjutan hingga ke Mahkamah. Notis Notis ini juga akan dihantar kepada Penjamin (jika ada)

Inilah contoh NI (Notice of Intention) atau Notis Tentang Niat Mengambil Semula:

NI

Harus diingat bahawa dibawah Seksyen 16 (1), Notis Notis diatas HANYA boleh dikeluarkan jika tunggakan adalah 2 (DUA) bulan ansuran tertunggak berturut turut (bukan 1 1/2 ansuran sebab tu Bank tak mau terima bayaran setengah atau suku suku nanti jadi masalah “tafsiran” pulak) dan jumlah bayaran yang telah diterima dari Penyewa mestilah kurang dari 75% dari HARGA TUNAI kereta tersebut. Macamana tu? Sila lihat gambar dibawah:

rebateAABB75malay

Berdasarkan grafik diatas, harga tunai kereta adalah RM60,000 jadi jikalau Penyewa telah membayar sehingga 72 bulan (6 tahun), maka dia telah pun membayar 75% dari harga tunai tersebut. (ini baru “matematik” yang biasa belajar kat sekolah). Ini bermakna Bank tidak boleh mengeluarkan Notis Jadual Keempat sekiranya Penyewa tidak membayar ansuran bulanan yang ke 73 dan 74 (berturut turut) dan perlu mendapatkan Perintah Mahkamah sebelum boleh mengeluarkan Notis. Jenuh jugaklah sebab memakan masa yang agak lama. Oleh sebab contoh kita adalah akaun yang baru dan satu sen pun tak bayar lagi, maka Notis ini boleh dikeluarkan.

HPLEGALPROCESS_malayP3

Kita sambung balik cerita seterusnya. Selepas Notis Jadual Keempat tamat tempoh 21 hari dan tunggakan pun sudah menjangkau TIGA bulan, maka Bank sudah boleh mengeluarkan Surat Kuasa Penarikan Balik (Repossession Authority) atau ringkasnya “Surat Tarik” kepada Agen Agen “Perolehan Semula” (Repossession Agent) yang berdaftar dengan Association of Hire Purchase Companies Malaysia (AHPCM) . Agen Agen ini biasanya mempunyai “Kad Kuasa” atau “Kad Rujukan atau Pengesahan” daripada Bank sebagai bukti mereka mewakili Bank dan mempunyai hak untuk mengambil semula kereta yang tak berbayar tersebut.

Oleh kerana para Agen Penarik Kereta mempunyai reputasi yang kurang baik sejak zaman berzaman tentang cara mereka bekerja, pihak Bank dan juga AHPCM telah menyediakan beberapa garis panduan untuk Agen Agen ini bagi menjalankan tugas mereka. Garis panduan ini diambil dari website AHPCM (Pertubuhan Syarikat Syarikat Sewa Beli Malaysia) di http://www.ahpcm.com.my/appliform.html

KOD ETIKA BAGI PEMEGANG PERMIT (AGEN) ATAS PEROLEHAN SEMULA

1 (a) pemegang permit perlu memastikan bahawa mereka memiliki permit yang masih dalam tempoh sahlaku semasa menjalankan aktiviti pengambilan semula.
(b) pemegang permit yang terlibat semasa aktiviti pengambilan semula kenderaan atau barangan haruslah pada bilangan yang minima kecuali kenderaan memerlukan bantuan tambahan.
(c) perolehan semula hanya boleh dijalankan setiap hari pada pukul 9 pagi hingga 9 malam sahaja.

2. Pemegang permit harus mendapat keizinan daripada penyewa sebelum memasuki premis persendirian. Pencerobohan ke atas premis persendirian tidak dibenarkan kecuali dengan perintah mahkamah.

3. Pemegang permit haruslah berketerampilan kemas dan mengamalkan sikap profesionalisme semasa menjalankan aktiviti pengambilan semula kenderaan atau barangan.

4. Pemegang permit adalah dilarang menggunakan segala bentuk kekerasan sewaktu proses pengambilan semula dijalankan.

5. Sewaktu proses pengambilan semula dijalankan, pemegang permit harus:

(a) mempamerkan Permit, Kad Pengenalan dan mengemukakan notis kepada penyewa memaklumkan akan alamat dan nombor telepon pemilik berdaftar dan pengawal yang diberi kuasa untuk dihubungi segera bagi menyelesaikan apa-apa masalah.

(b) memberi masa yang munasabah kepada penyewa untuk memeriksa dan mengeluarkan barang peribadi kepunyaan penyewa.

(c) mengambil gambar dalaman dan luaran kenderaan atau barangan untuk diserahkan kepada pemunya.

(d) mengeluarkan senarai inventori tentang kenderaan atas barangan semasa proses pengambilan semula dijalankan.

6. Sejauhmana proses pengambilan semula perlu dilakukan dengan kehadiran penyewa atau sesiapa yang berkenaan terhadap kenderaan atau barangan tersebut.

7. Pemegang permit haruslah membuat laporan polis dalam tempoh 24 jam selepas proses pengambilan semula dijalankan. Pengecualian hanya diberi bagi situasi tertentu, dimana tempoh masa dilanjutkan tidak lebih 48 jam.

8. Pemegang permit adalah terikat dengan segala undang-undang, peraturan, terma dan syarat, kod etika dan garis panduan yang telah ditetapkan oleh Pengawal bagi menjalankan aktiviti pengambilan semula.

9. Pemegang permit hendaklah sentiasa peka dengan sebarang Kod Etika dan Garis Panduan yang dikeluarkan oleh Pengawal dari semasa ke semasa.

Saya percaya bahawa Agen Agen ini akan melakukan sebaik mungkin dalam menjalankan kerja mereka kerana sedar ada pemantauan dan kalau boleh mereka pun tak suka kecoh kecoh. Walaubagaimanapun, seperti dalam artikel saya Bahagian 5: Bahagian Kutipan Hutang anda mungkin masih ingat Penyewa Penyewa atau Peminjam Peminjam pun ada “personaliti” masing masing yang akan mengundang reaksi yang berbeza daripada Agen Agen Penarik ini.

collectionratingMALAY

Faktor “kepelbagaian” peminjam ini yang bakal memeningkan kepala pegawai atau Pengurus Bank apabila kereta berjaya ditarik terutamanya tentang kos penarikan balik kereta yang juga bakal menyaksikan “drama” dan hujah hujah dari Agen Penarik dan Penyewa ketika “membahaskan” perkara tersebut. Kalau semua Penyewa macam “Spongebob Squarepants” yang betul bendul tu, senang cerita, tak payah pakai Agen Agen bagai, telefon suruh hantar kereta balik aje. Namun realitinya memang susah untuk diduga.

Matlamat si Agen Penarik ialah mendapatkan upah hasil dari kerjanya dan mereka biasanya bekerja dalam kumpulan dan semestinyalah mereka mahu upah yang maksima. Bagi kes kes yang “senang” seperti kes 2 – 3 bulan tertunggak dan jarak yang tidak jauh dan Penyewa yang “ok”, upahnya agak standard berbanding kes kes “berat” seperti yang menjangkau lebih 6 bulan malah bertahun dan yang kena “piang” ke negeri negeri tertentu yang upahnya memang mahal dan dalam sesetengah kes Bank sanggup bayar atau “buy back” (tarik kereta pun ada “buy back” jugak..:)) dalam angka “ribuan” jika berbaloi mengambilnya semula.

Sebab itulah Agen Penarik perlu mempunyai hubungan yang baik dengan pegawai yang mengeluarkan “Surat Tarik” supaya mereka boleh memilih dahulu Surat Surat Tarik yang “MeleTOP” untuk memaksimakan “kejayaan” mereka. Pegawai Bank pulak kena berhati hati dalam pengagihan “Surat Tarik” supaya tidak dianggap berat sebelah apatah lagi memberikan surat yang sama kepada beberapa Agen melainkan dipersetujui bersama untuk mengelakan pergaduhan sesama Agen. Banyak kes pergaduhan yang berlaku yang kadang kadang tidak direkodkan samada sesama Agen atau antara Agen dan Pegawai Bank dan ada juga kes pegawai Bank dicederakan oleh Agen hanya kerana isu “Surat Tarik”

Dibawah ini diberikan contoh “Surat Tarik” yamg dikeluarkan:

RA

Kita akan sambung lagi dibahagian Ketiga iaitu apa yang berlaku selepas kereta berjaya ditarik semula. Cerita agak panjang juga….

Prosedur Tindakan Undang Undang Pinjaman Kereta (Sewa Beli) Bahagian 1 (Updated)

Sekarang kita dah sampai kepada suatu topik yang “popular” iaitu tindakan undang undang berkenaan dengan pinjaman kereta.  Kenapa? Sebab ramai orang yang memiliki kereta samada yang dibeli baru atau yang terpakai dan kebanyakannya dibeli secara berhutang. Kereta “baru” hari ini akan menjadi “terpakai” apabila ia didaftarkan dan ada yang membuat pinjaman 7 hingga 8 tahun lalu pun belum habis lagi hutang atau membuat hutang baru dengan membuat “refinancing” (kalau ada harga lagi la) atau membeli kereta baru bila hutang lama dah habis. Sebelum kita pergi ke prosedur tindakan undang undang bagi pinjaman kereta, ada beberapa perkara yang perlu anda ketahui.

 

Semua pembelian kereta yang dibuat melalui pinjaman Bank perlu mematuhi peruntukan peruntukan yang telah ditetapkan oleh Akta Sewa Beli 1967 (Pindaan terbaru 2010) yang dikawal selia oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK). Akta ini telah mengalami beberapa pindaan utama sejak 1967 dan bertujuan untuk melindungi pengguna atau lebih tepat lagi “Penyewa” dan juga melindungi hak hak “Pemilik” iaitu Bank yang memberi pinjaman. Tidak kurang dari 32 kesalahan yang disebut dalam Akta ini yang merangkumi beberapa perkara antaranya Pemilik yang memberi Jadual Kedua (I dan II) dan Perjanjian Sewa Beli yang kosong untuk ditandatangani, Pemilik atau Agen yang tidak mengutip deposit minima 10%, Penyewa yang menjual kereta secara tidak sah (seperti sambung bayar), kegagalan Pemilik untuk memberi Notis Notis yang diperuntukkan, penyembunyian fakta dan beberapa kesalahan lagi. Berdasarkan kepada beberapa contoh kesalahan yang  disebut, anda boleh menilai samada peruntukan peruntukan dalan Akta Sewa Beli 1967 ini telah dicabul sewenang wenangnya atau tidak.

Hukuman bagi sesiapa yang melanggar peruntukan peruntukan dalam Akta ini agak berat juga diantaranya:

1)    Pengedar, agen atau sesiapa sahaja yang bertindak bagi pihak Pemilik (biasanya Bank) yang membuat pernyataan palsu berkenaan dengan  penyediaan Perjanjian Sewa Beli jika sabit kesalahan akan dikenakan denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara 12 bulan atau kedua duanya sekali.

 

2)   Setiap seorang yang, dengan “pelepasan” (disposal) atau penjualan apa jua barangan yang terkandung didalam Perjanjian Sewa Beli , atau dengan mengalihkan barangan, atau dengan apa cara sekalipun, menipu atau cuba menipu Pemilik adalah melakukan kesalahan dibawah Akta ini dan, jika sabit kesalahan, akan didenda tidak melebihi RM30,000 atau penjara tidak melebihi TIGA tahun atau kedua duanya sekali.

3)   Sesiapa yang melakukan kesalahan dibawah Akta ini atau apa jua peraturan dibawah Akta ini yang tiada disebut secara khusus hukumannya seperti diatas, hukumannya ialah:

(a)   Jika yang melakukan kesalahan adalah badan korporat, denda tidak melebihi RM100,000 dan untuk kesalahan kedua dan seterusnya, denda tidak melebihi RM250,000. Jika pemegang jawatan badan korporat seperti Pengarah, Pengurus atau Pegawai yang terlibat dalam pengurusan badan korporat yang gagal membuktikan bahawa kesalahan tersebut bukan atas kemahuan atau kebenarannya dan telah berusaha untuk mencegahnya akan dikenakan denda sebanyak RM25,000 atau penjara tidak melebihi TIGA tahun atau kedua duanya sekali. Bagi kesalahan kedua dan seterusnya, denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara LIMA tahun atau kedua duanya sekali.

(b)  Jika yang melakukan kesalahan adalah individu, akan dikenakan denda sebanyak RM25,000 atau penjara tidak melebihi TIGA tahun atau kedua duanya sekali. Bagi kesalahan kedua dan seterusnya, denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara LIMA tahun atau kedua duanya sekali.

4) Ada juga kesalahan yang boleh dikompaun tidak melebihi 50% dari nilai maksima denda yang boleh dikenakan.

 

Tu dia. Berat jugak denda dan hukuman yang dikenakan. Seperti yang saya katakan tadi, Akta ini bertujuan untuk melindungi kepentingan pengguna dan juga pemberi hutang terutamanya pembeli kereta terpakai dari segi perlindungan dari membeli kereta yang tidak memenuhi spesifikasi atau kereta yang disembunyikan “penyakit”nya, kereta “potong” atau kereta curi, perlindungan dari segi tatacara pembelian dan membuat pinjaman dan tatacara penarikan balik dan tindakan undang undang.

Namun begitu, pindaan pada Akta ini pada tahun 2010 walaupun bagus dari segi tujuan dan “niat”nya, telah menimbulkan masalah kepada agen dan pengedar kereta dan juga Bank kerana dirasakan telah “terlajak lindung” untuk pengguna sehingga melambatkan dan “menyusahkan” proses pembelian kereta dan boleh mendatangkan kerugian kepada agen dan pengedar kereta.

Bagi pihak  pengguna pula, kelewatan proses membeli kereta mendatangkan masalah kepada mereka terutamanya yang mahukan kereta dengan segera lebih lebih lagi untuk Hari Raya (yang sangat sangat mustahak bagi sesetengah orang) tetapi masih mengharapkan perlindungan dari Akta ini bila ada masalah walaupun mereka juga melakukan beberapa kesalahan atau sudah dikira “bersubahat” dalam melakukan beberapa kesalahan dalam Akta ini samada secara sedar atau tidak.

Saya tak mau komen banyak banyak sebab perkara ini sudah dibincang dengan panjang lebar oleh pihak pihak yang terbabit dan maklumat ini boleh didapati di blog atau website berita yang lain dan anda boleh cari topik ini dengan mudah melalui Encik Google. Saya nak cerita tentang proses tindakan undang undang yang diperuntukan oleh Akta Sewa Beli 1967 dari segi kutipan hutang tak berbayar dan beberapa perkara yang berbangkit seperti “sambung bayar” dan yang seangkatan dengannya.

Lazimnya, seperti yang telah saya sebutkan sebelum ini, pinjaman pembelian kereta dinamakan Pinjaman Sewa Beli dimana selagi hutang tidak  dibayar dengan penuh, peminjam akan menjadi “Penyewa” kepada kereta tersebut manakala Bank adalah “Pemilik” kereta dengan meletakkan “cap mohor” mereka di Kad Pendaftaran Kereta atau “Geran” kereta.

Selalunya kadar faedah yang dikenakan adalah faedah kadar tetap (flat rate) walaupun “kadar berubah” (variable rate) boleh juga dikenakan yang berasaskan BLR atau “Base Lending Rate” atau “Kadar Pinjaman Asas”. Struktur faedah ini termaktub didalam Akta ini didalam Jadual Keenam (Sixth Schedule) seperti yang ditunjukkan dibawah ini:

 

sixthschedule

sixthschedule2

 

Perkiraan diatas berkait rapat dengan “rebate”, rebat atau diskaun yang diberi keatas jumlah faedah/riba yang belum cukup “umur” atau belum sampai masa untuk dikutip apabila Penyewa ingin membuat penyelesaian penuh jumlah yang masih terhutang dengan Bank. Kita ambil contoh butir butir pinjaman kereta seperti berikut:

 

loandetails

Andaikata Penyewa ingin menyelesaikan hutang pada bulan ke 36. Formula bagi pengiraan rebat ialah:

 

rebatecalc

Berdasarkan kepada pengiraan diatas, rebat atau diskaun yang diberi ialah RM8036.70 dan jumlah ini “sah diperlakukan” sebelum masuk tarikh “due date” bayaran yang ke 36. Kalau terlepas tarikh ini, kena kira rebat bagi tarikh “due date” selepasnya iaitu bayaran yang ke 37 dan seterusnya.

Pada masa saya “muda muda” dulu rebat ni kena kira secara manual dan boleh tunjuk pada Peminjam/Penyewa bagaimana ia dikira sebab selalu terjadi perbalahan apabila tiba masa “full settlement”. Dialog yang kerap didengar dari Penyewa ialah “Saya dah bayar banyak, macamana baki masih banyak lagi? Saya Cikgu Matematik tau!” (Dipetik dari sebuah kisah benar) Jawabnya ialah di sekolah  takde belajar matematik ni. Ini matematik Faedah/Riba. Namanya “Rule of 78” atau “Sum of the Digits” (iaitu jumlah nombor nombor 1+2+3+4+5+6+…12 = 78) iaitu suatu formula yang direka dalam tahun 20an dan 30an semasa ketiadaan calculator bertujuan untuk membolehkan pihak pemberi hutang memaksimakan keuntungan mereka. Bank akan sapu sebahagian besar Faedah/Riba dahulu dalam ansuran bulanan pada tahun tahun yang awal (lebih kurang 75% faedah/riba akan di’peruntukan” sehingga separuh umur pinjaman) . Dah dekat nak habis barulah banyak bahagian  hutang yang ditolak. Pasal itulah matematik Cikgu tak dapat jawapan sebab matematik Bank tak ramai yang belajar dan sekarang semua dah masuk komputer lagilah tak tahu…

 

Untuk sedikit pemahaman sila lihat contoh jadual pembayaran dibawah:

rebateAABBinterestmalay

Perjanjian Sewa Beli bermula sebaik sahaja Bank membuat bayaran kepada Agen atau Pengedar kereta atau Pemilik sebelumnya. Seandainya anda tiba tiba tak suka kereta yang anda dah beli dan hendak membuat penyelesaian penuh walaupun selepas sehari perjanjian berjalan, anda sudah pun dikenakan faedah/riba, dalam contoh diatas, sebanyak RM330.28 dan kereta “baru” yang kini berstatus “second hand” tiba tiba sudah hilang harga beberapa ribu ringgit. Itulah hakikat yang perlu diterima.

Anda juga boleh lihat sendiri, sampai tahun ketiga pun, sebahagian besar bayaran bulanan di “peruntukan” untuk faedah/riba.  Itulah “acuan” yang sudah termaktub dalam Akta Sewa Beli yang saya telah sebutkan tadi iaitu apa yang dipanggil “Rule of 78” yang tidak disebutkan dengan jelas cara pengiraannya seperti berikut:

rebatedefinition

Agak agak berapa orang yang boleh faham “cara pengiraan” yang diberi diatas? Dulu formula ini ada ditunjukkan tetapi sekarang tidak lagi. Mungkin mengikut peredaran zaman yang semakin canggih. Dengan adanya sistem komputer pada zaman sekarang, pengiraan rebat boleh dikira dengan “hujung jari” aje tak perlu pakai “manual” lagi. Ada “Bankers” anak anak muda zaman teknologi sekarang tak tahu pun cara nak kira rebat ni. Ada pulak kadang kadang Peminjam/Penyewa yang suka menyakat akan bertanya bagaimana pegawai atau kerani Bank dapat nilai rebat yang dicetak oleh komputer. Yang tak tahu akan jadi gabra dan muka pun berubah dan kata komputer yang print jadi mestilah betul. Ada yang menyakat lagi nak tahu jugak jadi terpaksa tanya Pegawai yang “senior” kut kut dia tahu.

 

Pada zaman sekarang, “spesis manual” dan “old school” semakin pupus sebab ramai yang dah pencen atau “bersara awal” bila Bank kena jual. Apa hal pun, itulah hakikat yang sebenar tak kira hutang rumah ke, pinjaman peribadi ke atau kad kredit, faedah/riba kena kasi “clear’ dulu. Apa apa hal “senang” nak saman atas baki hutang yang maksima dan boleh caj faedah lewat/denda juga semaksima mungkin dan selepas dapat Penghakiman boleh caj lagi atas jumlah Penghakiman.

Itulah dia mukadimah bagi tajuk ini bertujuan untuk memberi maklumat asas tentang Akta Sewa Beli 1967 (Pindaan 2010). Kita boleh mulakan penerangan seterusnya iaitu Prosedur Tindakan Undang Undang bagi Pinjaman Kereta/Kenderaan Bahagian 2… Tunggu….