Proses Tindakan Undang Undang: Pinjaman Peribadi/Persendirian Bahagian 3


BAHAGIAN 3 – PROSES TINDAKAN PENGHAKIMAN

 

NOTA: Sila fahami tindakan undang undang yang “sah” yang boleh dilakukan oleh Bank kepada peminjam didalam artikel ini. Jika anda diganggu oleh Agen Pengutip Hutang, anda boleh baca artikel berikut untuk mengetahui TEMBERANG mereka disini:

 

BAHAGIAN 1

 

https://www.ceritahutangbankdananda.com/index.php/2015/10/02/pendedahan-eksklusif-bahagian-1-cerita-agen-pengutip-hutang-debt-collection-agency/

 

BAHAGIAN 2

 
https://www.ceritahutangbankdananda.com/index.php/2015/10/05/pendedahan-eksklusif-bahagian-2-cerita-agen-pengutip-hutang-debt-collection-agency/

 

BAHAGIAN 3

 

https://www.ceritahutangbankdananda.com/index.php/2015/10/08/bahagian-akhir-pendedahan-eksklusif-cerita-agen-pengutip-hutang-debt-collection-agency/

 

PANDUAN MENANGANI AGEN PENGUTIP HUTANG

 

https://www.ceritahutangbankdananda.com/index.php/2015/10/11/panduan-menangani-agen-kutip-hutang/

 

HIMPUNAN TEMBERANG AGEN PENGUTIP HUTANG TAHUN 2015 DAN 2016

 

https://www.ceritahutangbankdananda.com/2017/01/himpunan-temberang-temberang-agen-kutip-hutang-2015-dan-2016/

 

 

Kita sambung semula bab tindakan undang undang yang boleh diambil oleh Bank terhadap peminjam yang gagal membayar pinjaman mereka.  Harus diingat bahawa Agen Pengutip Hutang TIDAK BOLEH mengambil tindakan tindakan ini tetapi BOLEH “menggempaq” atau menakut nakutkan peminjam dengan tindakan tindakan berikut:

 

TINDAKAN PENGHAKIMAN

Pada artikel sebelum ini kita telah saksikan bahawa Penghakiman dari Mahkamah telah pun didapati. Jadi kita ulangkaji info grafik atau gambar sebelumnya untuk menyegarkan ingatan anda.

LEGALPROCESSMALAYP6

Untuk melihat dokumen dokumen tindakan undang undang yang sebenar, anda boleh rujuk disini:

 
https://www.ceritahutangbankdananda.com/index.php/2015/09/13/mari-fahami-dokumen-dokumen-undang-undang-yang-ori-dan-yang-palsu/

 
Seperti yang anda boleh lihat, ada beberapa pilihan yang boleh dibuat oleh Bank untuk “memaksa” atau “memujuk” peminjam membuat bayaran melalui Tindakan Penghakiman beserta dengan anggaran masa yang diperlukan untuk melaksanakannya. Kita akan lihat satu persatu Tindakan Penghakiman yang boleh dilaksanakan.

 

 

TINDAKAN KEBANKAPAN

Jikalau jumlah penghakiman beserta dengan faedah selepas Penghakiman (dikira atas jumlah besar atau “seketul” Penghakiman) dan lain lain kos melebehi RM30,000, maka keputusannya agak mudah iaitu Tindakan Kebankrapan kerana itu yang paling ditakuti oleh peminjam kerana banyak “kebebasan” peminjam akan di”bekukan” antaranya ialah:

  • Segala urusan kewangannya akan ditadbir oleh Pegawai dari Jabatan Insolvensi Malaysia.
  •  

  • Akaun Banknya akan dibekukan sehingga mendapat surat kebenaran dari Jabatan Insolvensi.
  •  

  • Si Bankrap perlu menyatakan dan menyerahkan senarai segala aset dan pendapatannya dan maklumat perbelanjaan bulanannya. Pegawai Insolvensi akan menetapkan jumlah yang akan dibayar kepada pihak Pemiutang setelah meneliti dan berbincang dengan peminjam yang sudah Bankrap.
  •  

  • Tidak boleh memegang sebarang jawatan dalam syarikat seperti pengarah dan rakan kongsi.
  •  

  • Tidak boleh keluar dari Malaysia tanpa kebenaran Ketua Pengarah Jabatan Insolvensi. Perlu menyerahkan Paspot antarabangsa jika ada memilikinya.
  •  

  • Jabatan Insolvensi akan menyemak status hutang si Bankrap dengan lain lain Bank dan akan memasukkan segala hutang tersebut dalam rekodnya. Maksudnya jika kes Kebankrapan asal hanya RM30,000, jika ada hutang lain berjumlah RM100,000, ia akan di”campurkan” sekali dan selagi tidak selesai, tidak boleh mendapat pelepasan. Yang lagi haru, kalau ada sesiapa selain dari Bank yang peminjam ada berhutang, boleh memfailkan “Proof of Debt” atau “Penyata Bukti Hutang” dan jumlah ini juga akan dimasukkan sekali. Bayangkan kalau masa muda muda dan nakal dulu selalu menyakat Penjual Roti dan Apek Ais Krim ambik roti dengan aiskrim free tak bayar, jika mereka masih hidup dan dapat tahu peminjam kena Bankrap, mereka boleh membuat tuntutan jika mereka mahu (contoh yang ekstrem la, nak tunjuk kes ni “berat nanang”) Itulah diantara “penangan” menjadi seorang yang Muflis atau Bankrap. Akan tetapi, peminjam masih boleh bekerja seperti biasa cuma perlu mematuhi plan pembayaran dengan Jabatan Insolvensi.

 

Kita masih perlu bersyukur kerana tidak hidup dizaman penjajah British. Ada diberitakan kepada saya pada zaman British dahulu sesiapa yang kena Bankrap hanya boleh memakai seluar pendek, singlet dan selipar sahaja untuk menunjukkan “kedudukan”nya dalam masyarakat. Kalau yang perempuan tak tahu la pulak tapi zaman dulu jarang atau tiada kaum wanita yang kena Bankrap. Ambik pinjaman pun rasanya tak ada. Tolong betulkan saya kalau saya salah.

Jadi Tindakan Penghakiman melalui proses Kebankrapan merupakan “senjata” utama bagi pihak Bank. Bagaimana pulak kalau jumlah tak sampai RM30,000 atau dekat dekat nak sampai RM30,000 tapi belum kesampaian? Kalau dekat dekat nak sampai RM30,000, boleh tunggu sehingga faedah mencukupkan jumlahnya. Kita akan bincang dengan lebih terperinci prosedur kebankrapan ini di posting yang lain (kalau tidak posting ni jadi panjang sangat, ramai yang komplen tak mau artikel panjang panjang, malas nak baca katanya) dan masa yang diambil untuk membuat peminjam seorang Bankrap atau Muflis adalah dalam jangkamasa 6 (ENAM) hingga 8 (LAPAN) bulan sekiranya semuanya berjalan dengan “lancar”.

 

 

 

WRIT OF SEIZURE AND SALE / PERINTAH PENYITAAN DAN JUALAN SECARA LELONGAN

“Masalah” akan timbul apabila jumlah Penghakiman ‘agak jauh” dari RM30,000 dan kalau nak tunggu nak campur dengan faedah, alamat sampai ke TUA kat situ la menunggu maka alternatif lain perlu dicari jika tidak dapat “memujuk” peminjam membayar dengan beransur ansur. Kita boleh lihat grafik dibawah berkenaan dengan suatu penghakiman berjumlah RM14,000, pada kadar faedah 6% dan masa yang diambil untuk mencapai angka lebih dari RM30,000:

JUDGMENT2

Anda boleh lihat sendiri kalau nak tunggu jumlah faedah yang dikompaun pun akan memakan masa 13 (TIGABELAS) tahun lebih atau kira “cincai” 14 (EMPATBELAS) tahun walhal had untuk melakukan Tindakan Penghakiman hanyalah sehingga 12 (DUABELAS) tahun sahaja.  Jadi pilihan seterusnya ialah “Writ of Seizure and Sale” atau secara bebasnya diterjemahkan kepada “Perintah Penyitaan dan Jualan Secara Lelongan“. Ia adalah sebahagian dari “Writ of Execution” atau “Perintah Pelaksanan“. (Kalau nak detail boleh tanya Tuan Loyar anda. Ada beberapa lagi “Rules of Court” yang perlu dipatuhi. Dalam konteks artikel ni, ini sudah memadai)

Dalam kes ini, Bank boleh membuat permohonan kepada Mahkamah untuk mendapat Perintah untuk menyita dan menjual segala barang yang dipercayai milik peminjam yang terdapat didalam rumah yang didiami oleh peminjam tidak termasuk baju yang sedang dipakai (kalau tengah pakai tuala nasib hang lah) dan juga isteri dan anak anak dan lain lain perkara yang menasabah (tidak yang mena”sarawak”) seperti tong gas, periuk belanga, seluar dalam dan peralatan yang digunakan untuk mencari nafkah seperti playar, sepana dan lain lain. Saya tak pasti jika nilainya sudah dipinda tetapi nilai barang barang persendirian tadi tidak melebihi RM200.00. Hmm.. mungkin patut dipinda sebab baju isteri pun kain sahaja dah RM200 lebih. Walaubagaimanapun, budibicara akan diberi dan tidaklah se”extreme” macam tu.

Apa yang akan berlaku ialah setelah mendapat perintah ini, pegawai Bank dengan diiringi oleh “Bailiff” Mahkamah akan pergi kerumah peminjam dan menyenaraikan dan menandakan segala apa yang terdapat dirumah peminjam yang dikira “berharga” dan membuat anggaran nilai setiap barangan tersebut (biasanya murah la dalam 50% harga sebenar) dan menjumlahkannya. Selepas itu peminjam akan diberi masa selama 14 (EMPATBELAS) hari dari tarikh itu untuk membuat bayaran. Sekiranya gagal, kesemua barangan tersebut akan dilelong. Seorang pengawal keselamatan akan ditugaskan untuk “menjaga” rumah peminjam selama 14 (EMPATBELAS) hari untuk memastikan tiada barang yang dibawak keluar oleh peminjam. Kos “jaga” ini akan ditanggung oleh peminjam. Perlu diingat bahawa seandainya perabut dan TV LED 90 inci yang ada dalam rumah peminjam masih ada hutang contohnya dengan Courts Mammoth atau Seng Heng, anda TIDAK BOLEH ambil kerana ia bukan kepunyaan peminjam, Kalau baru ambil sebab nak RAYA (“Skim” 3 bulan baru bayar) lagi haru sebab satu sen pun belum bayar. Jadi kena peka dalam hal ini.

Dalam situasi ini akan banyak berlaku kekecohan kerana faktor malu dengan jiran jiran terutamanya anggaran harga yang diberikan. Itulah yang sebenarnya pihak Bank mahu kerana kalau nak lelong barang pun berapa sangat dapat.  Inilah gunanya pasukan “CSI” untuk membuat analisa awal. Kalau rumah macam istana dan barang barang pun “branded” berbaloi lah jugak. Tapi kalau ada TV hitam putih dan perabut buruk dua tiga ketul tak berbaloi nak buat cuma berbaloi untuk faktor membesarkan ke”malu”an peminjam.

 

IKUTI KISAH SEBENAR TINDAKAN WSS YANG TELAH DILAKUKAN OLEH SEBUAH BANK DISINI:

https://www.ceritahutangbankdananda.com/index.php/2014/08/14/proses-tindakan-undang-undang-pinjaman-peribadipersendirian-bahagian-3/comment-page-5/#comment-1247

 

NOTA: KES MASIH LAGI BERJALAN

RINGKASAN KES: Si Isteri (Peminjam) telah dikenakan tindakan WSS. Suami kepada peminjam telah tidak membenarkan Lawyer dan Bailiff Mahkamah untuk masuk kerumah dan mereka terpaksa balik dan mungkin akan mendapatkan perintah untuk “Waran Pecah Masuk” dimana mereka akan datang lagi dengan tukang kunci dan pegawai polis sebagai “backup”.

Risikonya bagi Bank disini ialah peminjam boleh mengeluarkan barang barang berharga daripada rumah sementara “menunggu” Bailiff dan Loyar atau Pegawai Bank datang dan pada hari tu mungkin boleh tanda barang barang lusuh sahaja.

Satu lagi risiko tindakan ini ialah peminjam boleh membuat dakwaan (dengan resit dan kenyataan bersumpah) bahawa kesemua barangan dalam rumah bukan haknya, sebaliknya milik isteri atau tuan rumah kalau rumah itu rumah sewa. Peminjam boleh mengemukakan atau menfailkan Notis “Penangguhan Pelaksanaan Perintah” atau “Stay of Execution” di Mahkamah atas alasan alasan tadi dan juga memfailkan “Saman Interplider” untuk mengecualikan barang barang yang telah ditanda oleh Bailiff. Jadi pihak Bank perlu berhati hati dalam membuat tindakan ini kerana mungkin tidak berbaloi. Dahlah masa nak mendapatkan Perintah agak lama (makan bulan jugak) terutamanya di bandar besar macam Kuala lumpur sebab banyak kes, nak dapatkan atau “booking” Bailiff Mahkamah pun jenuh juga sebab bilangan Bailiff tidak ramai.

 

Tindakan ini paling “sedap” dilaksanakan keatas syarikat yang memang “confirm” barang barang tu dia punya. Paling tidak, kita boleh kunci pintu kedai selama 14 (EMPATBELAS) hari. Kalau memang jenis masih meniaga dan ada reputasi, mesti bayar atau “nego” punya. Satu contoh beberapa tahun dahulu ada satu kes “terbalik” iaitu pelanggan menyaman Bank yang mana pelanggan adalah rakan kongsi suatu syarikat yang mempunyai akaun dan sejumlah wang yang agak besar didalam Bank itu. Rakan kongsi yang seorang lagi telah meninggal dunia dan Bank enggan menyerahkan duit kepada rakan kongsi yang satu lagi. Apabila menang kes, Bank masih buat tak tahu sehingga Perintah Penyitaan diserahkan dan Bank telah di “sealed” atau dikunci (rasanya ada lagi “customer” kat dalam).  Apa lagi, hari tu jugak bayaran dibuat. Bagi individu, berdasarkan faktor yang telah diterangkan diatas, payah sikit la. Prosesnya lambat dan risiko tak berbaloi.

 

 

GARNISHEE ORDER ATAU PERINTAH GARNISI

Ini adalah satu kaedah “serang hendap” iaitu memberikan Perintah kepada sesiapa (biasanya Bank) yang memiliki duit yang dipunyai oleh peminjam atau individu yang ada hutang dengan peminjam dan mendapat maklumat duit tersebut akan masuk keakaun peminjam atau hutang tersebut masih belum dibayar kepada peminjam. Apabila mendapat Perintah ini, pemegang duit atau hutang itu akan menyerahkan jumlah yang dituntut atau apa juga jumlah walaupun kurang dari jumlah yang dituntut. Cuma gaji bulanan TIDAK BOLEH di tuntut kerana bersalahan dengan Seksyen 31 Akta Pekerjaan 1955 yang memberi perlindungan kepada pekerja dalam soal gaji.

Selain dari itu, ada beberapa pihak atau keadaan yang tindakan ini tidak boleh dilaksanakan antaranya:
 

  • Pihak Kerajaan
  •  

  • Peminjam dah meninggal
  •  

  • Dibawah Seksyen 11, Akta Pampasan Pekerja 1952, sebarang pampasan bagi peminjam tidak boleh di ambil tindakan Garnisi.
  •  

  • Dibawah Seksyen 41 Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 juga tidak membenarkan sebarang caruman atau pampasan di kenakan tindakan ini.

 

Oleh itu tindakan “serang hendap” ini juga berisiko tinggi untuk tidak berjaya. Masa yang diperlukan untuk mendapatkan Perintah ini juga agak lama dan kadang kadang “timing” lari iaitu duit yang nak dicekup dah masuk tapi Perintah tak keluar lagi. Jadi kalau nak buat kena fikir panjang panjang dan risikan “CSI” mesti “cun cun”. Kalau tidak “bungkuih”

Sila ikuti kisah tindakan sebenar Garnisi yang telah dilakukan oleh Bank termasuk tindakan tidak beretika garnis akaun gaji yang masih dalam proses aduan. Boleh baca di sini:

 
https://www.ceritahutangbankdananda.com/index.php/2015/12/06/kes-garnisi-terbaru/

 

 

SAMAN PENGHUTANG PENGHAKIMAN / JUDGMENT DEBTOR SUMMONS

Tindakan ini jarang dilakukan yang boleh membuatkan peminjam masuk penjara. Suatu tindakan yang boleh dianggap “baik” oleh pihak Bank terutamanya bagi peminjam yang keras kepala dan menyakitkan hati tapi ia tidak semudah itu. Apa yang Bank mahu ialah situasi “menang menang” bagi Bank dan situasi “kalah kalah” bagi peminjam. Maksudnya kalau diikutkan hati kerani dan pegawai yang mengendalikan kes peminjam setelah sekian lama menunggu dengan perasaan “bengkek” yang meluap luap, dengan tindakan ini, bayaran penyelesaian hutang dapat, peminjam pun masuk penjara. Malangnya ia tidak akan berlaku sekaligus. Masuk penjara mungkin, tapi tak dapat bayaran dan “belanja” untuk makanan peminjam dalam penjara pulak Bank kena tanggung sekadar yang “basic” tiga kali sehari.

Bank juga perlu menjaga reputasi supaya tidak kelihatan “zalim” (zalim baham faedah takpe, orang tak nampak atau tak sedar – sebab ekonomi berasaskan hutang dan kebergantungan) lebih lebih lagi masa sekarang ni masa fenomena “boikot” yang sedang menjadi jadi. Mereka tak mau jadi macam satu Bank yang “terkenal” yang menutup beberapa akaun pertubuhan orang Islam yang menyalurkan bantuan kepada rakyat Palestin. Yang peliknya, cawangan Perbankan Islam Bank ini yang diishtiharkan “halal” sebelum ini tidak semena mena menjadi “haram” padahal operasi dan “modus operandi” nya sama aje dengan perbankan “Islam” yang lain. Hmmm….

Ok, kita sambung balik proses “Judgment Debtor Summons” ini…

Prosesnya begini:

  • Peminjam akan di “Saman” atau dipanggil ke Mahkamah untuk memberikan butir butir beserta bukti bukti, maklumat pendapatan dan perbelanjaannya dan akan diteliti keupayaannya untuk membayar hutang yang tertunggak.
  •  

  • Jika peminjam tidak hadir pada tarikh yang ditetapkan, satu Waran Tangkap akan dikeluarkan.
  •  

  • Seandainya peminjam gagal untuk mematuhi Perintah ini, suatu Notis yang dipanggil “Notis Penghakiman” akan dikeluarkan dan peminjam akan diminta menjelaskan atas alasan apa beliau tidak boleh dimasukkan ke Penjara kerana gagal mematuhi Perintah Mahkamah ini.

 

Tu dia. “Brutal” jugak cara tindakan ini. Akan tetapi harus diingat bahawa Tuan Majistret dan Tuan Hakim adalah manusia biasa dan mempunyai perasaan. Memang ada yang “ikut buku” tetapi kebanyakannya akan bersimpati dengan peminjam. Apa taknya, peminjam akan datang dengan membawa bukti perbelanjaan lebih dari bukti pendapatan terutamanya yang berniaga sendiri ditambah pula dengan cerita cerita menyayat hati mengalahkan cerita filem “Bollywood”. Datang pun dengan “baju buruk”, rambut serabai, misai dan janggut tak bercukur dan untuk “menambah perisa” lagi, tak pakai ubat ketiak bagi tujuan “menyerlahkan” kesusahan dan penderitaan yang ditanggung. Tapi kadang kadang strategi “Ketiak Busuk Move” ini boleh memakan diri kerana mungkin Tuan Majistret atau Tuan Hakim tak tahan bau masam ketiak lalu tergesa gesa nak selesaikan kes dengan cepat dan mungkin peluang nak bagi “cerita sedih” melepas begitu sahaja. Kalau boleh datang dengan “Wilcha” lagi bagus. Dramatik giler. Silap silap pegawai Bank dengan Tuan Loyar pun boleh menangis teresak esak. Bagi sesetengah Tuan Hakim dan Tuan Majistret, ini adalah kes suatu “Bank yang besar lagi kaya” yang sedang “membuli” seorang rakyat “marhaen” yang tidak berdaya dan penuh dengan “penderitaan”. Jadi biasanya tindakan ini kurang berkesan dan kalau dapat bayaran pun “ciput” aje. Mengabihkan “bogheh” dan airmata free aje.

Jadi Tuan Tuan dan Puan Puan, itulah secara “ringkas”nya prosedur prosedur dan tatacara Tindakan Penghakiman yang boleh dikenakan kepada Peminjam. Dalam bab Kebankrapan, kita akan perincikan dalam satu posting khas kerana ini yang akan selalu digunakan oleh Bank. Persoalan seterusnya, macamana kalau hendak membuat bayaran selepas Penghakiman. Teruskan membaca….

 

BAYARAN SELEPAS MENDAPAT PENGHAKIMAN

Bercakap tentang bayaran selepas Penghakiman, ada beberapa perkara yang anda perlu fahami. Ada yang nak bayar RM50.00 saja sebulan supaya “biar padan muka Bank” (sebenarnya satu tindakan yang “kurang cerdik”) dan ada yang taknak bayar langsung sebab “merajuk” dengan tindakan Bank. Kita lihat dulu contoh ini. Katakan butir butir penghakiman adalah seperti berikut:

  • Tarikh Penghakiman       : 15 Jun 2014
  •  

  • Jumlah Penghakiman       : RM14,000.00
  •  

  • Kadar Faedah               : 6% setahun sehingga penyelesaian penuh
  •  

  • Kos kos lain               : RM600

 
Jadi kalau peminjam berhasrat untuk bayar RM50.00 (atas Perintah Mahkamah, biasanya Bank tak akan terima cadangan atau “proposal” macam ni) supaya “padan muka Bank dapat sikit”, kita lihat apa yang berlaku dan cara pengiraannya:

 
JUGDMENTMELAYU

 
Seperti yang anda boleh lihat dalam contoh kiraan diatas, kalau setakat bayar tapi tak cukup nak “cover” interest tidak akan membawa apa apa “pekdah” kerana “pokok” tidak berubah dan Bank hanya mengambil “bunga” dan “buah” sahaja.  Melainkan ada perintah dari Mahkamah untuk pembayaran sedemikian, adalah tidak memberi manfaat kepada peminjam sekiranya ada niat untuk melangsaikan hutang dan bagi pihak Bank, terpaksa “mantain” akaun walaupun dapat duit “celah gigi” aje. Tapi takdelah sampai “padan muka”. Ambik duit keluar resit, itu saja. Taklah susah sangat melainkan tiap tiap bulan dapat RM50 dalam bentuk 5 sen 5 sen. Itupun boleh handle lagi, cuma boring sikit la. Sebab tu kalau nak buat perundingan dan ada niat nak settle, bayar untuk “cover” kos dan runding untuk dapat diskaun dari jumlah faedah dan “cover” 10% hingga 25% dari jumlah Penghakiman atau lebih supaya interest atau faedah yang mendatang dapat dikurangkan. Bayaran bulanan seterusnya mestilah boleh “cover” faedah bulanan dan “memakan” baki Penghakiman sedikit demi sedikit. Nak “menang” mutlak dengan Bank susah la sebab nama kita dah ada dalam komputer seperti dalam Bank Bank, Bank Negara seperti CCRIS dan lain lain seperti CTOS dan FIS. Itupun kalau ada “hati” nak pinjam lagi melalui “saluran perdana” Perbankan. Tapi sekarang ni takde masalah untuk dapat “pinjaman” ikut pintu belakang sebab iklan untuk beli kereta, pinjaman peribadi bersepah sepah dengan “tagline” “blacklist dan Bankrap layak memohon” atau boleh buat “sambung bayar”. Bab ni kita kupas kemudian dalam tajuk “Hire Purchase” atau “Sewa Beli”

Sekali lagi Tuan Tuan dan Puan Puan, setelah meneliti prosedur Tindakan Penghakiman, Tuan Tuan dan Puan Puan sudah boleh faham bahawa Tindakan Kebankrapan merupakan pilihan terbaik bagi Bank kerana tidak banyak “karenah” dan “songel” macam yang lain. Cuma memerlukan baki berjumlah RM30,000 sahaja. Memandangkan harga kereta dan rumah yang sudah mencecah ratusan ribu dan jutaan ringgit, ia tidak menjadi “masalah”. Masalahnya ialah baki yang kurang dari itu seperti yang telah ditunjukkan sebelum ini dan baki hutang hasil dari lelongan kereta dan rumah yang perlu dituntut.

Jadi disinilah Agen Kutipan Hutang atau Debt Collection Agency memainkan peranan yang penting sebagai “support group” untuk kutipan hutang yang lebih berkesan. Seperti juga yang saya pernah sebut dalam artikel yang lain, ada Bank yang melantik Agensi Agensi ini atas dasar komisen hasil kutipan dan ada yang menjual secara terus hutang ini dengan harga “diskaun”. Ini bergantung kepada polisi sesuatu Bank. Kesahihan dan “legality” transaksi seperti ini masih menjadi tandatanya dan perdebatan. Kadangkala ia telah pun dimasukkan kedalam perjanjian jadi mungkin ia tidak menjadi suatu isu yang besar.

Yang menjadi isunya ialah “penjualan” hutang lapuk yang telah pun di “write off” sebagai rugi  dan telah pun “habis tempoh” atau “expired” berdasarkan Akta Had Masa yang masih dijual berdasarkan kepada “usaha terbaik untuk mengutip” atau bak kata omputeh “best effort basis”. Ramai yang “kena gasak” dengan Agen Kutipan Hutang tanpa mengetahui bahawa sebenarnya hutang mereka dah “expired” dan adalah menyalahi undang undang untuk mengutipnya walaupun dari segi “moral”nya hutang masih perlu dibayar tetapi atas “budibicara” peminjam yang mungkin hanya mahu membayar harga “pokok” sahaja dan bukan “bunga” dan “buah”. Benda boleh bincang baik baik dan anda perlu menyemak kembali (jika anda sedang “bertarung” dengan geng Agensi Kutipan Hutang) samada Penghakiman anda masih “hidup” atau langsung tiada Penghakiman kerana telah luput tarikh tindakan. Agensi Kutipan Hutang pun ada etika kerja yang telah ditetapkan walaupun teknik kutipan seakan akan “along” tapi mereka bukan “along”, cuma mereka “nak tolong” kutip untuk Bank. Sebab itu kalau boleh jangan putuskan hubungan komunikasi dengan Bank, anda harus tahu apa yang mereka sedang buat. Kalau mengamalkan ilmu ghaib boleh jugak cuma ia mungkin “menghantui” anda dikemudian hari terutamanya dengan tindakan Kebankrapan dimana peluang untuk “melambat lambat”kan permainan mungkin tiada langsung. So stay in touch. “Dekat tapi Jauh”

 

 

BAGAIMANA PULA DENGAN PENJAMIN?

Soalan terakhir untuk artikel kali ini. Bagaimana dengan penjamin? Info grafik ini memberikan penjelasannya:

 
LEGALPROCESSMALAYP7

 
Cuma saya nak tambah sikit sahaja. Kalau suami jadi penjamin bagi Isteri dan sebaliknya, boleh dikatakan “biasa” dan “boleh diterima” kerana ada “perkongsian” manfaat. Kalau bercerai jadi satu masalah lain pulak iaitu selain dari perbincangan tentang “harta sepencarian”, kena pulak bincang tentang “hutang sepencarian”. Akan tetapi dari segi undang undang tidak akan memberi bekas jika anda seorang penjamin.

Bagi penjamin “sosial” seperti adik beradik dan kawan kawan, inilah risiko yang anda perlu tanggung. Jikalau peminjam mengamalkan “ilmu ghaib” anda lah yang akan menjadi penanggung “biawak hidup” dan hidup anda akan berubah akibat dari tindakan undang undang ini. Kalau adik beradik ada “chan” lagi jumpa masa Raya tapi kawan kawan boleh hilang sekelip mata. Jadi fikirlah “masak masak” sebelum bersetuju menjadi penjamin. Ramai yang jadi Bankrap tak pasal pasal.

Sekian sahaja bab Tindakan Undang Undang bagi pinjaman peribadi. Bagi pinjaman perumahan dan kereta, ada sedikit kelainan kerana ada Akta tersendiri yang perlu dipatuhi. Pengakhirannya adalah sama iaitu mendapatkan Penghakiman selepas atau sebelum lelongan rumah atau kereta mengikut beberapa keadaan tertentu. Kita akan bincang dengan panjang lebar di artikel yang lain. Buat sementara waktu, “hadamkan” yang ini dahulu…

 

Setelah meneliti tindakan undang undang yang boleh dilakukan kepada Peminjam, anda boleh lihat dokumen dokumen yang digunakan dalam proses tindakan undang undang yang sebenar. Anda boleh baca artikel ini:

 

MARI FAHAMI DOKUMEN UNDANG UNDANG YANG SEBENAR

https://www.ceritahutangbankdananda.com/index.php/2015/09/13/mari-fahami-dokumen-dokumen-undang-undang-yang-ori-dan-yang-palsu/

 

SESI ULANGKAJI

 

PROSES TINDAKAN UNDANG UNDANG PINJAMAN PERIBADI BAHAGIAN 1:

https://www.ceritahutangbankdananda.com/2014/08/proses-tindakan-undang-undang-pinjaman-peribadipersendirian-bahagian-1/

 

PROSES TINDAKAN UNDANG UNDANG PINJAMAN PERIBADI BAHAGIAN 2:

https://www.ceritahutangbankdananda.com/2014/08/proses-tindakan-undang-undang-pinjaman-peribadipersendirian-bahagian-2/

 

Leave a Reply / Masukkan Komen Anda

  1. salam tuan, saya punyai masalah dan agak menggangu saya kerana usia muda (25) saya sudah ditipu oleh kwan yg megajak saya join MLM. saya berhutang pd thn 2014 akthir thn xsilap. dua bank iaitu bank rakyat 36k, dan rhb bank 10k. dilu saya mpus byr. tp lama kelamaan sy byr hnya skit2 kerana prlukan wang ntk hal harian. saya xpunya komitmen apa2 selain hutg bank tu. skg sy punya isu dimana bulan lps sy perasan , akaun mbb sy sudah dibekukan.

    surat lawyer mmg tp sy buntu. dan ap yg buat sy musyil, sy juga bertanya kpd kawan sy iaitu juga mgss tipu MLM, yg mana beliau sudah hmpir sethun cpernah buat byrn ke bank . bank sama sprti saya pinjam ; bnk rakyt dan rhb bank. beliau ad mslh kluarga dan dakwa mmg sudha stop byr dari feb 2016 sehingga la skg ni. sy dlu msh lg byr walau skit2. x full . tp msh byr juga ke bank. kenpa bank bekukan akaun sy, walhal kwn sy xpnrh byr lgsung akaun msh aktif. sy runsing. dan minta pndpt tuan ntk beri sya ntk luanaskn hutg. adakah juga sy msh boleh byr di bank andai akaun sy sudah dibekukan?? sy risau . trm ksh tuan jika sudi bantu. ):

    • Wa’alaikumussalam Sues

      Sekarang ni siapa yang menjadi peminjam dan siapa yang menjadi penjamin? MBB biasanya akan bekukan akaun bila ada tindakan keBankrapan.

      Saya sarankan supaya buat semakan dengan CTOS di http://www.ctos.com.my/CTOSHOME/selfcheck.html . Register id (klik CTOS User ID) dan ikut arahan di Skrin. Kalau tak silap saya bila dah register Id, satu lapuran ringkas akan diberi. Ia akan memberikan indikasi kalau ada tindakan undang undang. Nak tahu lebih lanjut bayar RM10 secara online untuk dapatkan lapuran secara detail. Bila dah dapat keputusan rujuk semula disini dengan email kepada saya di codetyco@ceritahutangbankdananda.com. Baru kita boleh tahu setakat mana tindakan undang undang yang telah dikenakan.

      Cara cara nak check CTOS ada kat link ini. Kredit kepada penulisnya dan terima kasih kita ucapkan.

      http://www.chatpropertymalaysia.com/how-to-check-your-credit-records-via-ccris-and-ctos/

      Fahami juga tindakan undang undang yang sebenar. Berikut adalah prosedur ringkas Tindakan undang undang

      1) Loyar menghantar Notis Tuntutan kepada peminjam meminta tunggakan memberi masa 14 hari atau menamatkan perjanjian

      2) Atas arahan Bank, jika tiada bayaran, Tuan Loyar akan menfailkan Saman di Mahkamah menuntut baki hutang. Dalam Writ Saman ini ada Notis Tuntutan yang memperincikan segala baki, faedah dan kos yang dituntut.

      3) Selepas mendapat meterai dan pengesahan Mahkamah, Writ Saman ini akan disampaikan secara kediri atau melalui pos kepada Peminjam dialamat yang terakhir yang ada dalam rekod Bank. Biasanya pendengaran kes akan ditetapkan dalam masa 14 hari dari tarikh Writ atau penyampaian itu. Peminjam perlu mendaftarkan diri untuk hadir pada tarikh itu. kalau tidak pada hari itu Penghakiman Ingkar Tanpa Kehadiran akan dikeluarkan.

      4) Selepas itu Bank dan Tuan Loyar akan menunggu salinan Penghakiman yang telah dimeterai dan disahkan oleh Mahkamah

      5) Apabila salinan Penghakiman didapati, satu salinan akan dihantar kepada Peminjam

      6) Bank boleh melaksanakan Penghakiman dengan tindakan undang undang keatas Peminjam. Kalau lebih RM30 ribu, boleh buat Bankrapsi

  2. assalamualaikum en. abu ammar .

    saya pernah beli perabot daripada court mammoth & telah ditarik balik lebih kurang 13 tahun yang lalu . hari ini saya terima surat dari peguam shaik azrin & co meminta saya menjelaskan hutang dalam masa 7 hari . soalan saya … kenapa selepas 13 tahun ? saya ingat semua sudah selesai selepas perabot di tarik balik oleh pihak court mammoth . apa perlu saya buat .

    • Tuan Troy

      Akaun kena beku sebab Bankrap? Kalau ya kena lapor diri ke JIM dan buka balik. Kalau beku sebab hutang boleh buka akaun lain. Buat joint account tapi nama you sebagai nama kedua.

  3. Salam,

    Saya nak minta pencerahan sikit. Kawan ayah saya merupakan penjamin kpd kawannya pada masa dahulu. Baru2 ni seseorang yang tidak dikenali menelefon ayahnya memberitahu perlu melangsaikan hutang bank sebanyak rm15k dimana peminjam tidak melangsaikan hutang yg tertunggak selama 8 tahun. Ayahnya tidak pernah menerima sebarang notis drpd tempoh itu. Pihak tersebut turut memberitahu pihak bank akan datang ke rumah untuk memeriksa rumah. Apa yang perlu ayah kawan saya lakukan. Kenapa setelah 8 tahun baru mahu ambil tindakan kpd penjamin. Mohon pencerahan.

  4. As salam En Abu Ammar,

    Pada tahun 2004, kereta atas nama bapa dan penjamin adalah kakak saya telah dilelong oleh pihak bank. Pada awal Mac 2016, bapa menerima surat tuntutan dari bank berkenaan mengatakan bahawa masih ada tunggakan kerana lelongan tidak mencapat jumlah keseluruhan baki pinjaman kereta tersebut. Bapa saya meninggal dunia pada April 2016. Soalan saya kenapa setelah lebih 10 tahun bank hendak tuntut? Kenapa tuntutan tersebut tidak dibuat selepas lelongan dijalankan. Apa hak yang kami agar bank tidak sewenang-wenangnya membuat tuntutan sesuka hati? Adakah tempoh tertentu yang pihak bank perlu laksanakan tuntutan kepada peminjam? Sekian, TQ.

    • Wa’alaikumussalam Tuan Arif

      “Soalan saya kenapa setelah lebih 10 tahun bank hendak tuntut? Kenapa tuntutan tersebut tidak dibuat selepas lelongan dijalankan”

      Bank dah terdesak untuk dapatkan duit dalam keadaan ekonomi yang semakin meruncing. Mereka sekarang boleh menjual hutang tersebut kepada Agen Kutip Hutang yang akan cuba sedaya upaya untuk menakut nakutkan peminjam untuk membayar dengan ugutan ugutan kosong yang mereka sendiri tak boleh buat. Bank apa ni? Berapa baki selepas lelongan pada tahun 2014? sepatutnya baki ini diberitahu kepada peminjam untuk dibuat perbincangan tentang cadangan pembayaran untuk menyelesaikan baki hutang. Ataupun mengambil tindakan undang undang untuk menuntut baki hutang tersebut.

      Soalan saya:

      1) Setelah kereta dilelong, adakah mendapat apa apa surat atau Writ Saman?
      2) Adakah Bank mengetahui alamat terkini arwah bapa Tuan selepas pada tarikh lelongan tersebut?

      Dalam hal ini ada dua senario:

      1) Bank telah mengambil tindakan undang undang selepas lelongan dan mendapatkan Penghakiman bagi jumlah baki hutang. Jika ini berlaku, Bank ada tempoh 12 tahun untuk melaksanakan Penghakiman tersebut. Memandangkan bapa Tuan telah meninggal dunia, agak susah untuk membuat tuntutan kerana perlu melalui Pentadbir harta yang dilantik dan prosesnya agak rumit dan memakan masa. Pilihan kedua ialah mengambil tindakan keatas penjamin iaitu kakak Tuan

      2) Tiada tindakan undang undang diambil sejak dari tarikh lelongan jadi sebenarnya apa jua tindakan undang undang 6 tahun selepas tarikh tersebut telah luput Had Masa. Jadi kalau Bank yang menuntut, suruh dia failkan Saman dan Saman ini dengan mudah boleh di bantah atas alasan Luput Had Masa tapi kena lawan semasa tarikh pendengaran kes. Kalau Agen Kutip Hutang yang tuntut, tak payah layan sebab diaorang hanya boleh gempaq aje *mereka akan kata mereka ada “kuasa” berbuat demikian) tapi taknak keluar belanja ambik tindakan undang undang walaupun jika mereka boleh berbuat demikian sekalipun.

      Inilah perbuatan yang tidak beretika kerana Bank telah melepaskan haknya untuk menuntut hutang tersebut dalam masa yang ditetapkan yang sebenarnya adalah masa yang terlalu lama iaitu secara teorinya sehingga 18 tahun boleh tuntut (jika campur dengan tempoh sah laku Penghakiman). Jadi jika staff tak buat kerja dengan betul dan terlepas peluang nak kutip, nak cuba nasib main “tikam tikam” pulak guna Agen kutip Hutang dengan harapan “untung sabut timbul”

  5. Salam Abu Ammar

    Terima kasih atas bantuan kepada mereka yang buntu dalam mengendalikan kes masing-masing, pasti Allah memberi ganjaran yang sewajarnya.

    Kes isteri saya:

    Telah sampai ke Petisyen Pemiutang…sebutan kes di mahkamah pada Jun 2016, Penolong Kanan Pendaftar (PKP) bagi tempoh 2 bulan hingga Ogos

    Dalam tempoh itu, kami failkan :
    1) Notis Niat Membangkang Petisyen Pemiutang
    2) Afidavit Bantahan
    3) Saman Dalam Kamar
    4) Afidavit (berserta ekshibit)

    Hari ini ke mahkamah selepas cukup tempoh 2 bulan tersebut. PKP benarkan apa yang kami failkan tapi dia hold dulu dan cadangkan wife buat stay of execution 3bulan memandangkan dalam afidavit kami nyatakan sedang dalam proses menjual rumah untuk langsaikan hutang.

    Soalan:
    1. macamm mana nak buat stay of execution dalam situasi di atas (PKP belum buat penghakiman)
    2. Apa kandungan yang perlu dimasukkan dalam permohonan stay of execution tersebut
    3. Adakah contoh format

    • Wa’alaikumussalam Tuan Joe

      Tahniah kerana berjaya mewakili diri sendiri dalam kes keBankrapan ini. Saya mohon supaya Tuan boleh kongsikan isi kandungan dokumen dokumen yang Tuan telah failkan bagi faedah mereka yang mengalami masalah yang sama dan juga bagi rujukan supaya boleh diketahui dengan jelas apa yang telah dikemukakan. Berkenaan dengan contoh format stay of execution, saya perlu merujuk kepada sahabat Loyar saya untuk memberi pandangan.

      Saya rasa beliau pun akan meminta salinan salinan dokumen yang sama. Saya ingin memohon maaf jika saya lambat memberi jawapan selepas ini kerana saya terpaksa mendaftarkan diri (atas arahan Doktor) kedalam wad Hospital untuk pemeriksaan dan MRI scanning kerana ada masalah ketumbuhan dalam mata saya yang masih belum dipastikan jenisnya kerana Doktor Doktor pakar belum pernah melihatnya sebeluum ini.

      Insya Allah jika diberi kesempatan, saya akan cuba carikan untuk Tuan tapi di Hospital terpaksa gunakan Smartphone yang akan memakan masa yang lebih lama. Tuan sudah pun memajukan soalan di Lawyerment dan saya harap forumers disana akan memberikan respons yang lebih pantas dari saya.

  6. Assalamualaikum Tuan,

    Saya Mangsa penipuan bisnes MLM labur Modal 35k
    Pada tahun 2014 bulan mac saya telah membuat tiga pinjaman peribadi,

    1) Personal Loan Bank Rakyat – RM 20000 ( total terkini 30000 )
    2) Personal Loan Cimb – Rm 5000 (10300)
    3) Personal Loan OCBC Al – Amin – RM 8000 (16000)

    *bertunggak lebih dari 6 bulan ke atas

    *personal loan dibuat setelah genap 8 bulan bekerja setelah tamat degree

    Aset – kereta viva monthy – RM456 Sebulan
    Tunggakkan – RM 1,712.43
    Baki – RM 31,439.46 ( 6 tahun lebih )

    Pinjaman Lain :

    1) Court Mammot – 4800 – SMS ugutan penyitaan barang ke rumah & Mahkamah (apply june 2014 tunggak lebih 5 bln )
    2) Aeon Credit – 1600 – dapat call dari peguam (apply february 2014 tunggak setahun lebih )

    (Kronologi Masalah)

    1) Semenjak july 2014 berhenti kerja akibat kemurungan yang teruk.. sejak itu tiada pekerjaan tetap
    kemudian pada tahun 2015 saya bekerja di sebuah syarikat hanya bertahan secara kontrak 8 bulan shj sehingga kini tiada pekerjaan tetap..Jadi saya gagal membayar hutang2 saya secara konsisten… saya juga telah terkeluar dari program AKPk setelah gagal membuat bayaran sejak tamat kontrak kerja oktober 2015..

    2) Saya sangat tertekan dengan Masalah ini… saya cuba mencari pekerjaan namum gagal.. sekarang saya buat bisnes online yang pendapatan tidak tentu.. sekarang saya risau semua kaun saya bakat dibekukan

    3) Kereta saya telah saya lepaskan pada tukang tarik pada awal August baru2 ini..

    4) saya xmampu bayar dah semua hutang2 MLM TERSEBUT

    5) ape solusi yang terbaik? adakah bankrupsi jalan penyelesaian.. saya dah tak tahan hidup dalam ketakutan dikejar pemiutang… banyak call dari pihak bank dan pegawai creditor saya tak jawab.. sekarang saya menunggu jika ada surat saman dari mahkamah..

    6) adakah patut saya serah diri kepada jabatan insolvensi? dan serah diri istihar bankrup? saya tiada duit langsung utk selesaikan

    7) alamat dan no telefon yang sama digunakan oleh urusan bank, saya menyewa dan tinggal bersama ibu bapa, setakat ini belum menerima apa2 surat dari pihak bank

    8) saya sedang mencari pekerjaan baru,ape patut saya lakukan?

    sekian,

    terima kasih

    • Wa’alaikumussalam Cik Bella

      Tak perlu nak serah diri kat Jabatan Insolvensi bagai. Proses ini akan memakan masa yang agak lama. Fahami proses tindakan undang undang supaya tidak murung tanpa mengetahui fakta sebenar.

      Prosedur ringkas Tindakan undang undang

      1) Loyar menghantar Notis Tuntutan kepada peminjam meminta tunggakan memberi masa 14 hari atau menamatkan perjanjian

      2) Atas arahan Bank, jika tiada bayaran, Tuan Loyar akan menfailkan Saman di Mahkamah menuntut baki hutang. Dalam Writ Saman ini ada Notis Tuntutan yang memperincikan segala baki, faedah dan kos yang dituntut.

      3) Selepas mendapat meterai dan pengesahan Mahkamah, Writ Saman ini akan disampaikan secara kediri atau melalui pos kepada Peminjam dialamat yang terakhir yang ada dalam rekod Bank. Biasanya pendengaran kes akan ditetapkan dalam masa 14 hari dari tarikh Writ atau penyampaian itu. Peminjam perlu mendaftarkan diri untuk hadir pada tarikh itu. kalau tidak pada hari itu Penghakiman Ingkar Tanpa Kehadiran akan dikeluarkan.

      4) Selepas itu Bank dan Tuan Loyar akan menunggu salinan Penghakiman yang telah dimeterai dan disahkan oleh Mahkamah

      5) Apabila salinan Penghakiman didapati, satu salinan akan dihantar kepada Peminjam

      6) Bank boleh melaksanakan Penghakiman dengan tindakan undang undang keatas Peminjam. Kalau lebih RM30 ribu, boleh buat Bankrapsi

      secara ringkasnya proses Kebankrapan adalah seperti berikut:

      1) Penghakiman (samada Penghakiman Ingkar atau yang lainnya) sudah dijatuhkan keatas peminjam (seperti diatas)

      2) Pemfailan Notis Kebankrapan. Pada waktu pemfailan tersebut jumlah baki hutang, faedah dan kos MESTILAH tidak kurang dari RM30,000

      3) Notis ini mesti diserahkan secara kediri (personal service) kepada Penghutang Penghakiman. Cubaan serahan adalah sebanyak TIGA kali. Jika gagal, Bank boleh membuat permohonan untuk membuat Penyampaian Ganti melalui Akhbar Tempatan, Penampalan Notis di Papan Notis Mahkamah dan juga Surat Berdaftar. Kalau tak dapat personal service dan perlu kepada permohonan Penyampaian Ganti, ini akan memakan masa lagi 1 – 3 bulan.

      4) Selepas 6 (Enam) bulan tempoh serahan berlaku tanpa ada apa apa bantahan/perbincangan dari Penghutang Penghakiman, beliau sudah dikira telah melakukan tindakan Kebankrapan. Selepas itu Petisyen Pemiutang pula akan dikeluarkan dan diserahkan.

      5) Suatu tarikh akan ditetapkan untuk mendengar kes Petisyen itu dan jika tiada bantahan dari Penghutang Penghakiman dengan alasan yang dikira menasabah, maka pada hari itu beliau akan diisytihar sebagai seorang Bankrap.

      Saya sarankan supaya buat semakan dengan CTOS di http://www.ctos.com.my/CTOSHOME/selfcheck.html. Register id (klik CTOS User ID) dan ikut arahan di Skrin. Kalau tak silap saya bila dah register Id, satu lapuran ringkas akan diberi. Ia akan memberikan indikasi kalau ada tindakan undang undang.

      Nak tahu lebih lanjut bayar RM10 secara online untuk dapatkan lapuran secara detail. Bila dah dapat keputusan rujuk semula disini dengan email kepada saya di codetyco@ceritahutangbankdananda.com. Baru kita boleh tahu setakat mana tindakan undang undang yang telah dikenakan.

      Cara cara nak check CTOS ada kat link ini. Kredit kepada penulisnya dan terima kasih kita ucapkan.

      http://www.chatpropertymalaysia.com/how-to-check-your-credit-records-via-ccris-and-ctos/

      Setelah Bankrap

      Seorang Bankrap perlu melapurkan diri ke Jabatan Insolvensi terdekat. Selepas melapur diri ke Jabatan Insolvensi Malaysia (JIM) dan mengisi borang borang yang diperlukan, Cik/Tuan/Puan boleh memohon untuk pelepasan semua akaun yang telah dibekukan, pengeluaran dan penutupan akaun dan memilih akaun mana yang hendak dikekalkan. Biasanya kita akan kekalkan akaun yang digunakan untuk kemasukan gaji. InsyaALLAH kebenaran akan diberi berdasarkan perbincangan dengan Pegawai Insolvensi. Berapa lama saya tidak boleh memberi kepastian cuma apabila melapur diri bawalah bukti bukti pendapatan dan perbelanjaan yang lengkap supaya boleh dipastikan berapa jumlah yang mampu dibayar setiap bulan kepada Jabatan Insolvensi.

      Untuk seseorang Bankrap melapurkan kepada JIM, lebih banyak maklumat peribadi akan ditanya berbanding dengan pinjaman biasa. Ini adalah kerana perbelanjaan anak anak (tempat tinggal, sara hidup,pembelajaran, bas sekolah jika ada) boleh dimasukkan kedalam Kos Sara Hidup seorang Bankrap. Sebahagian kecil perbelanjaan untuk ibu bapa yang telah uzur juga dibenarkan. Jika seorang Bankrap melapurkan diri kepada JIM dan membuat bayaran bulanan, beliau mungkin boleh mendapat kebenaran untuk menggunakan Kad Kredit (had RM1000) dan juga boleh memiliki kereta (mungkin kereta lama) dengan nilai tidak melebihi RM5K untuk kegunaan keluarga. Tapi harus diingat,kenalah mendapat kebenaran JIM.

      Jadi, lebih ramai anak dan tanggungan , jumlah yang Cik/Tuan/Puan perlu bayar kepada JIM akan berkurangan. Kadang kadang Cik/Tuan/Puan mungkin hanya diminta membayar RM50 sebulan. Jauh lebih murah dari ansuran bulanan pinjaman peribadi Cik/Tuan/Puan, kan?

      Dalam perkara memindahkan hakmilik rumah atas nama bersama, ia tidak dibenarkan dalam Akta Kebankrapan dan segala pemindahan dalam masa 2 tahun sebelum dari tarikh Bankrap akan terbatal. Lagipun jumlah nilai rumah dengan hutang Bank mungkin tidak mencukupi untuk “cover” hutang keseluruhan. Budi bicara Pegawai Insolvensi amat diperlukan pada ketika melapurkan diri supaya tidak melelong rumah tersebut lagipun atas nama bersama. Bagi Bank Bank yang lain, mereka hanya perlu menfailkan “Proof of Debt” iaitu bukti keberhutangan siBankrap kepada JIM dan jumlah ini akan dikumpulkan sebagai jumlah yang terhutang.

      Bagi si Bankrap:

      (a) Masih boleh bekerja seperti biasa atau berniaga asalkan tidak mendaftar sebagai pengarah, rakan kongsi atau pemilik tunggal. (ramai yang berniaga “online” atau berniaga atas “proxy” atau nama orang lain.

      (b) Masih boleh mempunyai akaun Bank (satu sahaja). Pihak Jabatan Insolvensi akan mengeluarkan surat kebenaran untuk mebuka akaun dengan mana mana Bank atau memberi arahan untuk membuka semula akaun yang telah dibekukan akibat Banrupsi.

      (c) Tidak boleh keluar negara tanpa kebenaran Jabatan Insolvensi.

      (d) Boleh memiliki kereta yang bernilai RM5,000 kebawah

      (e) Boleh menggunakan Kad Kredit dengan had RM1,000 (ada ke Bank nak bagi Kad Kredit, ada kut sebab ada peruntukan mengenainya)

      (e) Yang utama sekali, Tuan/Puan tidak lagi akan diganggu oleh Bank atau Agensi Pengutip Hutang.

      Baca disini untuk mengetahui apa Agen Kutip Hutang boleh dan tak boleh buat:

      https://www.facebook.com/ceritahutang/photos/a.472754979549370.1073741828.323566051134931/544702999021234/?type=3&theater

      Sila baca disini tentang bab TEMBERANG sita menyita dan cara menangani Agen Kutip Hutang

      https://www.facebook.com/ceritahutang/posts/534912356666965

      http://www.ceritahutangbankdananda.com/index.php/2015/10/11/panduan-menangani-agen-kutip-hutang/

  7. Assalam dan selamat pagi

    Saya Syed Mohsen ingin membuat pertanyaan kepada pihak tuan/puan berkenaan dengan personal loan sebanyak rm9000 yang saya mohon melalui hong leong bank pada tahun 2013 di mana bayaran sebanyak rm220 sebulan sepanjang tempoh 4 tahun yang sepatutnya berakhir pada bulan july lepas tetapi saya sudah tidak membayar semenjak tahun 2014 kerana tidak bekerja. Pihak bank telah melantik syarikat bank collector berhubung perkara di atas. Untuk makluman saya baru sahaja bekerja sebagai security dalam masa 3 bulan ini.Saya telah berhubung dengan pihak bank berkenaan hutang tersebut dimana ianya telah mencecah sebanyak rm10k dan diminta menjelaskan sekurang2nya rm5k untuk membuat perjanjian bayaran seterusnya dan jika tidak pihak bank negara akan mengeluarkan saman mahkamah dan membekukan akaun bank saya bagi pemotongan secara terus setiap bulan sebanyak 70% dari gaji bulanan dan jumlah keseluruhan akan menjadi sebanyak rm20k termasuk kos guaman. Saya diminta untuk menjelaskan pembayaran rm5k tersebut selewat2nya jumaat 26/8/2016 ini. Perlukah saya pergi kepada AKPK atau PPPPM ( persatuan penyelesaian pengguna dan peminjam malaysia) Mohon pendapat daripada pihak tuan/puan berkenaan masaalah saya ini.

    sekian terima kasih.

    • Wa’alaikumussalam Syed Mohsen

      Ini semua TEMBERANG Agen Kutip Hutang. Buat rundingan dengan diaorang tak guna sebab dia tak akan bertolak ansur. Mereka mengutamakan komisen maksima.

      Fahami tindakan undang undang yang sebenar. Berikut adalah prosedur ringkas Tindakan undang undang

      1) Loyar menghantar Notis Tuntutan kepada peminjam meminta tunggakan memberi masa 14 hari atau menamatkan perjanjian

      2) Atas arahan Bank, jika tiada bayaran, Tuan Loyar akan menfailkan Saman di Mahkamah menuntut baki hutang. Dalam Writ Saman ini ada Notis Tuntutan yang memperincikan segala baki, faedah dan kos yang dituntut.

      3) Selepas mendapat meterai dan pengesahan Mahkamah, Writ Saman ini akan disampaikan secara kediri atau melalui pos kepada Peminjam dialamat yang terakhir yang ada dalam rekod Bank. Biasanya pendengaran kes akan ditetapkan dalam masa 14 hari dari tarikh Writ atau penyampaian itu. Peminjam perlu mendaftarkan diri untuk hadir pada tarikh itu. kalau tidak pada hari itu Penghakiman Ingkar Tanpa Kehadiran akan dikeluarkan.

      4) Selepas itu Bank dan Tuan Loyar akan menunggu salinan Penghakiman yang telah dimeterai dan disahkan oleh Mahkamah

      5) Apabila salinan Penghakiman didapati, satu salinan akan dihantar kepada Peminjam

      6) Bank boleh melaksanakan Penghakiman dengan tindakan undang undang keatas Peminjam. Kalau lebih RM30 ribu, boleh buat Bankrapsi

      Saya sarankan supaya buat semakan dengan CTOS di http://www.ctos.com.my/CTOSHOME/selfcheck.html . Register id (klik CTOS User ID) dan ikut arahan di Skrin. Kalau tak silap saya bila dah register Id, satu lapuran ringkas akan diberi. Ia akan memberikan indikasi kalau ada tindakan undang undang.

      Nak tahu lebih lanjut bayar RM10 secara online untuk dapatkan lapuran secara detail. Bila dah dapat keputusan rujuk semula disini dengan email kepada saya di codetyco@ceritahutangbankdananda.com. Baru kita boleh tahu setakat mana tindakan undang undang yang telah dikenakan.

      Cara cara nak check CTOS ada kat link ini. Kredit kepada penulisnya dan terima kasih kita ucapkan.

      http://www.chatpropertymalaysia.com/how-to-check-your-credit-records-via-ccris-and-ctos/

      Jika Bank susah nak beri kerjasama dalam bab rundingan, boleh minta pertolongan melalui Bank Negara seperti yang disarankan oleh Encik Ahmad disini:

      http://www.ceritahutangbankdananda.com/index.php/2014/08/14/proses-tindakan-undang-undang-pinjaman-peribadipersendirian-bahagian-3/comment-page-5/#comment-1520

      Tiada salahnya juga untuk mencuba membuat rundingan dengan AKPK bagi mendapatkan cadangan penyelesaian dan butir butir lengkap rekod pembayaran yang telah dibuat. Semak dulu rekod tindakan undang undang melalui CTOS. Atau boleh pergi ke cawangan Bank Negara terdekat untuk mendapatkan lapuran CCRIS supaya jelas kedudukan sebenar. Kalau tidak jadi mangsa buli Agen Kutip Hutang dengan ugutan ugutan yang tidak berasas.

      Sila baca disini tentang bab TEMBERANG sita menyita dan cara menangani Agen Kutip Hutang

      https://www.facebook.com/ceritahutang/posts/534912356666965

      http://www.ceritahutangbankdananda.com/index.php/2015/10/11/panduan-menangani-agen-kutip-hutang/

      Ini pula TEMBERANG paling top Agen Kutip Hutang:

      https://www.facebook.com/ceritahutang/photos/a.472754979549370.1073741828.323566051134931/564105717080962/?type=3&theater

  8. As salam tuan.
    Saya ada hutang bank rakyat. Berbaki rm21k. Skrg kes di bawah panel agen kutipan (yang amat biadapp!!). Saya dah bgtahu xkeje dan xmampu nak komit sejumlah wang yg dorg suggestkan tp sejak bulan 6/2016 saya dh bayar sebanyak rm100 setiap bulan. Tp masih agen xpuas hati. Tiba2 pagi ni diorang call kata dh keluarkan WSS utk kes saya dan mtak saya jelaskan ke semua rm21k tu sebelum 2ptg ni. Jika tidak.. diorang (agent kutipan) akan dtg ke rumah utk buat sitaan.

    Soalan saya.. mmg diorang boleh dtg ke selepas 2 ptg ni? Perlu tak saya pergi ke bank rakyat utk buat rayuan? Sblm ni pernah dah pegi tapi bank bo layan sbb katanya akaun saya dh di bawah pengawasan pihak agen.

    Mohon nasihat tuan. Tq.

    • Wa’alaikumussalam Suzanna

      Ini kerja Agen Kutip Hutang. Bukan semudah itu nak buat sitaan. Kalau ia pun ada tindakan penyitaan, JANGAN bagi Bailiff masuk walau apa pun terjadi kerana kalau tak bagi masuk atas alasan bukan rumah peminjam, mereka TIDAK BOLEH masuk tapi saya pasti ia tidak akan berlaku. Perompak kalau nak datang samun ada bagitau awal awal ke macam cerita Ali Baba Bujang Lapuk? Taktik ni taktik TEMBERANG biasa. Sila baca dibawah prosedur tindakan WSS (Writ of Seizure and Sale) dibawah.

      Saya sarankan supaya buat semakan dengan CTOS di http://www.ctos.com.my/CTOSHOME/selfcheck.html (scan MyKad depan belakang untuk diemailkan untuk pengesahan). Register id (klik CTOS User ID) dan ikut arahan di Skrin. Kalau tak silap saya bila dah regiater Id, satu lapuran ringkas akan diberi. Ia akan memberikan indikasi kalau ada tindakan undang undang.

      Nak tahu lebih lanjut bayar RM10 secara online untuk dapatkan lapuran secara detail. Bila dah dapat keputusan rujuk semula disini dengan email kepada saya di codetyco@ceritahutangbankdananda.com. Baru kita boleh tahu setakat mana tindakan undang undang yang telah dikenakan.

      Cara cara nak check CTOS ada kat link ini. Kredit kepada penulisnya dan terima kasih kita ucapkan.

      http://www.chatpropertymalaysia.com/how-to-check-your-credit-records-via-ccris-and-ctos/

      Dan fahami tindakan undang undang yang sebenar:

      1) Loyar menghantar Notis Tuntutan kepada peminjam meminta tunggakan memberi masa 14 hari atau menamatkan perjanjian

      2) Atas arahan Bank, jika tiada bayaran, Tuan Loyar akan menfailkan Saman di Mahkamah menuntut baki hutang. Dalam Writ Saman ini ada Notis Tuntutan yang memperincikan segala baki, faedah dan kos yang dituntut.

      3) Selepas mendapat meterai dan pengesahan Mahkamah, Writ Saman ini akan disampaikan secara kediri atau melalui pos kepada Peminjam dialamat yang terakhir yang ada dalam rekod Bank. Biasanya pendengaran kes akan ditetapkan dalam masa 14 hari dari tarikh Writ atau penyampaian itu. Peminjam perlu mendaftarkan diri untuk hadir pada tarikh itu. kalau tidak pada hari itu Penghakiman Ingkar Tanpa Kehadiran akan dikeluarkan.

      4) Selepas itu Bank dan Tuan Loyar akan menunggu salinan Penghakiman yang telah dimeterai dan disahkan oleh Mahkamah

      Tindakan WSS (writ of Seizure and Sale) adalah seperti berikut:

      1) Ada Penghakiman keatas peminjam

      2) Bank melalui Loyarnya akan menfailkan permohonan untuk mendapatkan perintah WSS daripada Mahkamah

      3) Setelah mendapatkan Perintah ini, Loyar akan mendapatkan khidmat Bailiff (Pegawai Mahkamah) dan pergi kealamat yang ada didalam Perintah tersebut dan jika dibenarkan masuk (Tuan rumah ada hak untuk TIDAK membenarkan Bailiff masuk) Bailiff akan menandakan barang barang dalam rumah yang dianggap ada nilai dan memberi masa 14 hari bagi peminjam untuk membuat bayaran sebelum lelongan awam dilakukan untuk mendapatkan hasil bagi membayar tunggakan.

      4) Seorang Pak Guard akan ditempatkan dikawasan premis penyitaan bagi memastikan tiada barang yang telah ditanda dibawa keluar. Kos Pak Guard dan biasanya termasuk makan minum akan ditanggung oleh peminjam

      5) Dalam perjanjian pinjaman biasanya akan disebut segala kos tindakan undang undang hendaklah ditanggung oleh peminjam dan telah dianggap dipersetujui semasa perjanjian ditandatangani.

      Dalam hal ini, ada dua isu utama iaitu adakah tindakan penyitaan keatas premis yang bukan hak milik peminjam dibolehkan? Sudah tentu ia akan menjadi masalah kerana peminjam boleh memohon ke Mahkamah untuk mendapatkan “Stay of Execution” atau Penangguhan Pelaksanaan Perintah sehingga beberapa isu yang berbangkit (seperti rumah bukan milik peminjam dan barang dalam rumah dibuktikan bukan milik peminjam). Pemilik boleh menfailkan SAMAN INTERPLIDER juga bagi membuat permohonan bahawa barangan yang telah ditanda oleh Bailiff dikeluarkan dari senarai.

      Tindakan WSS ini berisiko tinggi untuk tidak berjaya jika tidak dibuat penelitian dan semakan yang teliti ata dasar komplikasi yang mungkin timbul atas tindakan ini. Jika Tuan rumah tidak membenarkan Bailiff masuk, Bailiff terpaksa pulang dan membuat permohonan untuk “Perintah Pecah Masuk” dengan membawa tukang kunci untuk masuk kerumah. Tindakan ini akan memakan masa dan ini akan membolehkan Tuan Rumah untuk mengeluarkan apa jua barang berharga. Jadi tindakan ini dikira gagal jika apabila Perintah Pecah Masuk didapati, hanya barang barang yang tidak berharga yang tinggal.

      Baca sini untuk maklumat lanjut tentang TEMBERANG Agen Kutip Hutang

      https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=564105717080962&substory_index=0&id=323566051134931

      P/S Sesiapa saja yang merasakan blog ini memberi manfaat, sila “like” dan share Artikel ini dan sila like Facebook Page https://www.facebook.com/ceritahutang sebagai tanda sokongan anda. Bagi membantu kos penyelenggaran Blog, sila ke http://www.ceritahutangbankdananda.com/index.php/sumbangan-anda-diperlukan/. Kita perlu suara yang ramai. Tingkatkan jumlah komuniti page ini. Ajak kawan kawan anda untuk “like” page dan artikel artikel di blog ini. Ini bagi membela mereka yang kena tindas oleh Bank kerana tidak tahu undang undang. Tekan juga butang “Follow” atau “Subscribe” by email supaya boleh diberitahu tentang apa apa maklumat baru dimasa hadapan. Sila “like” juga post ini. Terima kasih

  9. Hi Tuan. Slmt malam. Saya nak bertanya mengenai hutang untuk courts mammoth. Saya ada membuat pembelian dari courts mammoth yg berjumlah rm2000++ pada tahun 2012. Tiap bulan sy bayar rm200 dan baki dalam rm1000. Saya gagal membuat pembayaran setelah syarikat berhenti beroperasi. Baru2 ni, saya mendapat panggilan dan sms yg menyatakan akaun saya akan dibekukan dan kira2 dua hari lepas, saya menerima surat dari Tuan Syed Nawawi. Masalah nye, tiada nama syarikat legal firm dlm surat tersebut. Dlm surat tersebut juga menyatakan yg saya kemungkinan akan dihadapkan ke mahkamah jika tidak mengambil tindakan untuk membayar atau menghubungi pihak tersebut. Detail surat tersebut cuma ade no fon tuan syed nawawi sahaja tanpa ada nama legal firm. Dan sekarang jumlah hutang juga naik jd rm2800++. Saya stress n depressed disebabkan surat tersebut. Boleh bantu saya, sama ada sy perlu menghadiri ke mahkamah dlm tempoh yg ditetapkan (7 hari dari tarikh surat) atau menghubungi CM directly untuk jelaskan bayaran tersebut. TQ

  10. Sy ada berhutang dengan rhb easy berbaki rm 1100..sekarang tertunggak 3 bulan..diberitahu akaun pinjaman sy dibawah tindakan undng2..boleh ke mereka ambil tindakan undang2 supaya sy settle kan baki penuh pinjaman..ada juga terima surat dr lawyer suruh byr baki tertunggak jika tidak akan diambil tindakan..

  11. Assalamualaikum Tuan Amar..
    saya baru2 ini telah dikenakan muflis oleh pihak Mahkaman kerana menjadi penjamin kenderaan adik saya.Beliau juga telah di sitiharkan muflis disebabkan pinjaman peribadi untuk perniagaannya dahulu.kini saya buntu kerana semua akuan bank saya telah dibekukan dan saya telah pergi ke jabatan Insolvensi dan telah mendapat tarikh temujanji dalam tempoh terdekat.Apa yang merunsingkan saya bagaimanakah nasib saya selepas ini dan apa akan terjadi dalam kerjaya saya sebagai penjawat awam.Harap tuan dapat memberi pandangan dan tunjuk ajar.terima kasih

    • Wa’alaikumussalam Saiful

      Seorang Bankrap perlu melapurkan diri ke Jabatan Insolvensi terdekat. Selepas melapur diri ke Jabatan Insolvensi Malaysia (JIM) dan mengisi borang borang yang diperlukan, Cik/Tuan/Puan boleh memohon untuk pelepasan semua akaun yang telah dibekukan, pengeluaran dan penutupan akaun dan memilih akaun mana yang hendak dikekalkan. Biasanya kita akan kekalkan akaun yang digunakan untuk kemasukan gaji. InsyaALLAH kebenaran akan diberi berdasarkan perbincangan dengan Pegawai Insolvensi. Berapa lama saya tidak boleh memberi kepastian cuma apabila melapur diri bawalah bukti bukti pendapatan dan perbelanjaan yang lengkap supaya boleh dipastikan berapa jumlah yang mampu dibayar setiap bulan kepada Jabatan Insolvensi.

      Untuk seseorang Bankrap melapurkan kepada JIM, lebih banyak maklumat peribadi akan ditanya berbanding dengan pinjaman biasa. Ini adalah kerana perbelanjaan anak anak (tempat tinggal, sara hidup,pembelajaran, bas sekolah jika ada) boleh dimasukkan kedalam Kos Sara Hidup seorang Bankrap. Sebahagian kecil perbelanjaan untuk ibu bapa yang telah uzur juga dibenarkan. Jika seorang Bankrap melapurkan diri kepada JIM dan membuat bayaran bulanan, beliau mungkin boleh mendapat kebenaran untuk menggunakan Kad Kredit (had RM1000) dan juga boleh memiliki kereta (mungkin kereta lama) dengan nilai tidak melebihi RM5K untuk kegunaan keluarga. Tapi harus diingat,kenalah mendapat kebenaran JIM.

      Jadi, lebih ramai anak dan tanggungan , jumlah yang Cik/Tuan/Puan perlu bayar kepada JIM akan berkurangan. Kadang kadang Cik/Tuan/Puan mungkin hanya diminta membayar RM50 sebulan. Jauh lebih murah dari ansuran bulanan pinjaman peribadi Cik/Tuan/Puan, kan?

      Dalam perkara memindahkan hakmilik rumah atas nama bersama, ia tidak dibenarkan dalam Akta Kebankrapan dan segala pemindahan dalam masa 2 tahun sebelum dari tarikh Bankrap akan terbatal. Lagipun jumlah nilai rumah dengan hutang Bank mungkin tidak mencukupi untuk “cover” hutang keseluruhan. Budi bicara Pegawai Insolvensi amat diperlukan pada ketika melapurkan diri supaya tidak melelong rumah tersebut lagipun atas nama bersama. Bagi Bank Bank yang lain, mereka hanya perlu menfailkan “Proof of Debt” iaitu bukti keberhutangan siBankrap kepada JIM dan jumlah ini akan dikumpulkan sebagai jumlah yang terhutang.

      Bagi si Bankrap:

      (a) Masih boleh bekerja seperti biasa atau berniaga asalkan tidak mendaftar sebagai pengarah, rakan kongsi atau pemilik tunggal. (ramai yang berniaga “online” atau berniaga atas “proxy” atau nama orang lain.

      (b) Masih boleh mempunyai akaun Bank (satu sahaja). Pihak Jabatan Insolvensi akan mengeluarkan surat kebenaran untuk mebuka akaun dengan mana mana Bank atau memberi arahan untuk membuka semula akaun yang telah dibekukan akibat Banrupsi.

      (c) Tidak boleh keluar negara tanpa kebenaran Jabatan Insolvensi.

      (d) Boleh memiliki kereta yang bernilai RM5,000 kebawah

      (e) Boleh menggunakan Kad Kredit dengan had RM1,000 (ada ke Bank nak bagi Kad Kredit, ada kut sebab ada peruntukan mengenainya)

      (e) Yang utama sekali, Tuan/Puan tidak lagi akan diganggu oleh Bank atau Agensi Pengutip Hutang.

      Sila baca link ini tentang seseorang yang telah dikenakan tindakan KeBankrapan:

      http://www.ceritahutangbankdananda.com/index.php/forums/topic/masalah-kad-kredit/#post-3891

      Saya harap saya sudah menjawab soalan Tuan/Puan

  12. Assalamualaikum Tuan Ammar.
    Pertama sekali saya mengucapkan takziah atas pemergian ibu tuan pada hari raya pertama tempohari. Semoga ibu tuan berada dalam kalangan yang menerima rahmatNya dan keredhaanNya.

    Saya ada berhutang dengan bank rakyat dan telah pun menghadiri mahkamah dan menerima judgement.

    Tapi beberapa waktu yang ter’lapse’ dan pihak bank telah pun engage pengutip hutang. Saya telah mula mmbuat bayaran semula mngikut judgement.

    Yg menjadi masalah adalah apabila pengutip hutang menalipon penjamin, seorang kakitangan kerajaan (guru), ditempat kerja setiap hari sehingga memberi tekanan perasaan dan mula mendesak saya mmbayar jumlah yg dituntut pengutip hutang sdgkn saya tidak mampu.

    Persoalan:

    Bolehkah dia menelefon dan mnganggu penjamin sesudah bercakap dengan saya?

    Adakah cara utk menghalang dari pengutip ini dari menelefon tmpt kerja terus menerus?

    Perlukah atau bolehkah majikan mengeluarkan larangan untuk mencari penjamin ditempat kerja?

    Harap tuan dapat mmberi pndangan. Terima kasih.

  13. Assalamualaikum, saya nak tya. Saya ada berhutang dengan Aeon. Klu x silap sy x bayar almost 3-4 months sebab baru je dapat kerja tetap. Jadi saya terima surat dari pihak Aeon berkenaan hutang saya. Dalam surat tu mengatakan saya gagal untuk membayar jumlah RM 5++ tunggakan dan caj pentadbiran. Tapi dalam surat tu die nak saya bayar RM 12++ termasok caj pentadbiran, baki keseluruhan serta caj penalti. Jadi saya di minta utk membayar dalam masa 7 hari dari tarikh surat itu d keluarkan kalau tidak tindakan undang2 akan d ambil. Adakan saya akan di kenakan tindakan mahkamah kerana saya nak bayar RM 500 dahulu hujung bulan ni. Harap tuan dapat memberi sedikit pandangan.

    • Wa’alaikumussalam Azee

      Berapa hutang sebenarnya? Geng ni kalau pasal gempaq orang memang No 1. Berani ke keluar duit untuk buat tindakan undang undang?

      Kalau boleh bayar online atau CDM buat kering je bayar dan simpan resit.

  14. assalam tuan..

    Saya mahu bertanya..baru-baru ini..family ada menerima surat dari aeon kredit dan courts malaysia..orang yang berhutang telah mengunakan alamat rumah family saya…laporan polis sudah dibuat..

    Adakah pihak aeon kredit dan courts boleh menyaman family saya walau pon yang berhutang adalah orang lain yang hanya mengunakan alamat rumah saya..
    mintak pandangan dari pihak tuan.

    • Wa’alaikumussalam Rapiee

      Kalau setakat AEON atau Court Mammoth saya tak risau sangat tapi kalau dengan Bank saya agak bimbang sebab kebanyakan diaorang sekarang tak ambil peduli untuk semak dulu siapa Tuan rumah sebelum membuat tindakan penyataan. Main bedal aje. Inilah yang saya selalu pertikaikan kerana sudah tiada lagi etika dalam membuat tindakan undang undang.

      Masa saya bekerja dulu kami amat berhati hati dalam membuat tindakan takut ada kesilapan teknikal dan akibatnya kena maki dengan bos.

      Kalau adapun tindakan “penyitaan” keluarga Tuan berhak untuk tidak membenarkan mereka masuk dan boleh membuat bantahan di Mahkamah itupun kalau betul betul Bailiff Mahkamah yang datang. Kalau tidak boleh buat laporan polis atas penama dan Agen atas dasar intimidasi dan gangguan yang berunsur ugutan.

  15. Salam
    19 julai nie sy diminta hadir ke mahkamah untuk diisytiharkan muflis. pertanyaan saya:
    1. Adakah sy perlu hadir pada tarikh tersebut atau terus laporkan diri ke jabatan insolvensi pada tarikh yg sama dengan TIDAK menghadirkan diri ke mahkamah.
    2. Sy akan diisytiharkan muflis disebabkan hutang dengan 1 bank yg berjumlah rm73k. Saya juga mempunyai hutang dengan beberapa bank yg lain termasuk 2 kad kredit dengan 2 bank berlainan. Apabila sy diisytiharkan muflis, adakah sy msih lagi perlu selesai secara berasingan dengan bank2 berkenaan tanpa melalui jabatan insolvensi?

    Harap tuan dapat membantu. terima kasih

    • Wa’alaikumussalam Suhaila

      Maaf saya lambat jawab. Sibuk sikit semenjak Ibu saya meninggal pada Hari Raya Pertama baru baru ini. Biasanya kalau dah sampai stage ini apa yang akan ditanya ialah samada sudah ada cadangan pembayaran yang dipersetujui oleh Bank atau boleh bayar jumlah tuntutan. Kalau tidak maka keputusan Muflis akan dibuat.

      Secara ringkasnya proses Kebankrapan adalah seperti berikut:

      1) Penghakiman (samada Penghakiman Ingkar atau yang lainnya) sudah dijatuhkan keatas peminjam (seperti diatas)

      2) Pemfailan Notis Kebankrapan. Pada waktu pemfailan tersebut jumlah baki hutang, faedah dan kos MESTILAH tidak kurang dari RM30,000

      3) Notis ini mesti diserahkan secara kediri (personal service) kepada Penghutang Penghakiman. Cubaan serahan adalah sebanyak TIGA kali. Jika gagal, Bank boleh membuat permohonan untuk membuat Penyampaian Ganti melalui Akhbar Tempatan, Penampalan Notis di Papan Notis Mahkamah dan juga Surat Berdaftar. Kalau tak dapat personal service dan perlu kepada permohonan Penyampaian Ganti, ini akan memakan masa lagi 1 – 3 bulan.

      4) Selepas 6 (Enam) bulan tempoh serahan berlaku tanpa ada apa apa bantahan/perbincangan dari Penghutang Penghakiman, beliau sudah dikira telah melakukan tindakan Kebankrapan. Selepas itu Petisyen Pemiutang pula akan dikeluarkan dan diserahkan.

      5) Suatu tarikh akan ditetapkan untuk mendengar kes Petisyen itu dan jika tiada bantahan dari Penghutang Penghakiman dengan alasan yang dikira menasabah, maka pada hari itu beliau akan diisytihar sebagai seorang Bankrap.

      Setelah Bankrap

      Seorang Bankrap perlu melapurkan diri ke Jabatan Insolvensi terdekat. Selepas melapur diri ke Jabatan Insolvensi Malaysia (JIM) dan mengisi borang borang yang diperlukan, Cik/Tuan/Puan boleh memohon untuk pelepasan semua akaun yang telah dibekukan, pengeluaran dan penutupan akaun dan memilih akaun mana yang hendak dikekalkan. Biasanya kita akan kekalkan akaun yang digunakan untuk kemasukan gaji. InsyaALLAH kebenaran akan diberi berdasarkan perbincangan dengan Pegawai Insolvensi. Berapa lama saya tidak boleh memberi kepastian cuma apabila melapur diri bawalah bukti bukti pendapatan dan perbelanjaan yang lengkap supaya boleh dipastikan berapa jumlah yang mampu dibayar setiap bulan kepada Jabatan Insolvensi.

      Untuk seseorang Bankrap melapurkan kepada JIM, lebih banyak maklumat peribadi akan ditanya berbanding dengan pinjaman biasa. Ini adalah kerana perbelanjaan anak anak (tempat tinggal, sara hidup,pembelajaran, bas sekolah jika ada) boleh dimasukkan kedalam Kos Sara Hidup seorang Bankrap. Sebahagian kecil perbelanjaan untuk ibu bapa yang telah uzur juga dibenarkan. Jika seorang Bankrap melapurkan diri kepada JIM dan membuat bayaran bulanan, beliau mungkin boleh mendapat kebenaran untuk menggunakan Kad Kredit (had RM1000) dan juga boleh memiliki kereta (mungkin kereta lama) dengan nilai tidak melebihi RM5K untuk kegunaan keluarga. Tapi harus diingat,kenalah mendapat kebenaran JIM.

      Jadi, lebih ramai anak dan tanggungan , jumlah yang Cik/Tuan/Puan perlu bayar kepada JIM akan berkurangan. Kadang kadang Cik/Tuan/Puan mungkin hanya diminta membayar RM50 sebulan. Jauh lebih murah dari ansuran bulanan pinjaman peribadi Cik/Tuan/Puan, kan?

      Bagi si Bankrap:

      (a) Masih boleh bekerja seperti biasa atau berniaga asalkan tidak mendaftar sebagai pengarah, rakan kongsi atau pemilik tunggal. (ramai yang berniaga “online” atau berniaga atas “proxy” atau nama orang lain.

      (b) Masih boleh mempunyai akaun Bank (satu sahaja). Pihak Jabatan Insolvensi akan mengeluarkan surat kebenaran untuk mebuka akaun dengan mana mana Bank atau memberi arahan untuk membuka semula akaun yang telah dibekukan akibat Banrupsi.

      (c) Tidak boleh keluar negara tanpa kebenaran Jabatan Insolvensi.

      (d) Boleh memiliki kereta yang bernilai RM5,000 kebawah

      (e) Boleh menggunakan Kad Kredit dengan had RM1,000 (ada ke Bank nak bagi Kad Kredit, ada kut sebab ada peruntukan mengenainya)

      (e) Yang utama sekali, Cik/Tuan/Puan tidak lagi akan diganggu oleh Bank atau Agensi Pengutip Hutang.

      Jadi menjadi seorang Bankrap bukanlah sesuatu yang membuat dunia Cik/Tuan/Puan “Kiamat” dan boleh meneruskan kehidupan dan bangkit semula dengan izin ALLAH dan jangan sekali kali berputus asa dengan Rahmat dan Kasih Sayang ALLAH. Ramai Bankrap yang saya kenal hidup seperti biasa dan ada yang berjaya dalam perniagaan dan akhirnya membebaskan diri mereka dari keBankrapan.

  16. Salam. Saya dah berikan nama sebagai nama rujukan bagi adik saya membeli barang secara flexikredit dgn court mammoth. adik saya dah setahun tak bayar ansuran. Semalam sy di telefon oleh seseorang yang katanya dari pejabat guaman ( setelah google barula tahu diorang ni debt collector) menurut mereka saya merupakan penjamin bagi pembelian tersebut dan jika tidak jelaskan mereka akan membuat laporan polis dan keluarkan waran atau saman saya tak ingat. mereka juga kata akaun saya akan dibekukan sekiranya tidak jelaskan hutang ( bila google ramai yang kata temberang) baki hutang ada rm1100 tapi saya dah bayar rm300 sebab panik takut laporan polis dibuat. saya pada mulanya tidak tahu mereka ini Debt collector dan telah bayar rm300 dan akan jelaskan baki rm800 pada 29 hb 6 nnt. soalan saya sekiranya saya tak bayar amaun tersebut adakah saya akan terkesan sebagai nama rujukan ( @penjamain bagi orang court mammoth) saya tidak menurunkan apa-apa tandantangan begitu juga tidak serahkan salinan ic semasa urusan pembelian antara adik sy dengan court mammoth. ( adik saya telah berhenti kerja dan pindah rumah denga brang hutang tersebut dan memang dia xmampu nak byr). Adakah valid sebarang tindakan undang2 yang court mammoth akan caj kan pada saya sekiranya saya tak bayar bagi pihak adik sy ( memang nak adik saya tanggung dengan setelkan sendiri hutang dia buat – sy xnk bayarkan untuk dia bnyak lagi keperluan yang boleh diguna dengan duit rm800 tersebut).

  17. Salam,

    Saya ada berhutang dgn Courts Mammoth yg mana tertunggak dlm 10 bulan sebanyak RM1.8k.
    Since saya dah tukar no HP saya, maka Debt Collector selalunya akan kacau suami saya la.

    Tapi last week, suami saya terima call dari someone yang mengaku namanya ‘Inspektor Hisham Nordin’ dari IPK KL. Inspektor tu bagitau suami saya yang Courts buat report polis terhadap saya atas aduan ‘membawa lari barang syarikat’.

    Inspektor tersebut juga bagitau yang diorang akan proceed dgn Waran Tangkap dan kalau saya kena tangkap, nanti kena bayar RM2,000 untuk jamin saya keluar.

    Bila kami check no yg call suami saya tu, 03-21460522… nombor tu memang milik IPK KL.

    So, persoalannya, memang ada ke tindakan undang2 seperti yg Inspektor tu mentioned untuk kes hutang ni…dahla hutang tu cuma RM1.8k.

    Harap Tuan Abu Ammar boleh bagi pendapat.TQ.

    • Wa’alaikumussalam Faezah

      Ini semua TEMBERANG. Kalau ada aduan, polis akan panggil ke balai untuk beri keterangan bukan keluar waran tangkap. Dalam zaman canggih ni setakat nak buat “caller ID” dari Mahkamah ke, polis ke, syarikat terkenal ke senang aje. Banyak orang tertipu dengan skim menang hadiah dan bila call number tu seolah olah memang betul tapi tipu aje. Jangan terpedaya. Kita boleh report dia balik sebab menyamar jadi anggota polis.

  18. Salam..sy nak bertanya..sy ada loan peribadi dgn bank rakyat rm50k..da 3 bulan x byr..sbb da x bekerja..da laa skrg tgh sarat mengandung..risau jgk bank kol ckp nk buat waran tangkap..apa yg perlu sy buat? Waran tangkap tu mcm mn?

  19. Assalamualaikum Tuan Abu Ammar,

    Sebelum ni pada bulan January 2016 sy pernah menghadiri sebutan kes tunggakan kad kredit sy dgn pihak bank rakyat yg diwakili oleh loyar guaman A. Loyr meminta tuntutan pada kadar keuntungn 18% dr jumlh kseluruhn hutang. Pd sebutan kes tersebut hakim suruh sy berbincang dgn bank rkyt mngenai pnjadualn semula. Bank rkyt suruh sy bayr dlu rm150 setiap bln dn nnti mereka akn call sy semula utk perbincangn. Dr Jan hingga May sy masih buat byrn bulann tersebut namun masih tiada lg jwpn dr pihk bank rkyat. Org yg sy call tu pun tidk dpt dihubungi dn sy pula kehilangn nombornya krn masalh phone. Dalm masa yg sama debt collector ashik telefon suruh bayr jumlh tertunggak sebelum sy dpt apply pnjadualn semula.

    Last week sy dpt surat dr guaman B utk sebutan kes dimahkamah tinggi kl.

    Tarikh surat adalh 30 May 2016.

    Loyar membuat tuntutn denda kadar lewat pd kadar 1% setahun ats jumlh rm4,521.33 bermula dr 24/5/2016 hingga pnyelesaian penuh.

    Halaman depn surt bertulis ” bersama-sama ini kami lampirkn salinan bermeterai writ saman dan pernyataan tuntutan yg kedua-duanya bertarikh 23/5/2016 berserta memorandum kehadiran bg maksud penyampaian terhadap saya sebagai defenden. Sila masukkn memorandum kehadirn dlm tempoh 14 hari sleps penyampaian writ ini kpd sy”.

    Soalan saya:
    1. Bilakah sebenrnya tarikh utk sebutan kes sy dimhakamh yg sy perlu hadir?
    2. Ap yg perlu sy prepare utk kes ini?
    3. Bila sy perlu memasukkn kehadirn?

    Mohon penjelasan dn bantuan dr pihak Tuan. Terima kasih.

    • Wa’alaikumussalam Helmi

      Soalan saya:

      1. Bilakah sebenrnya tarikh utk sebutan kes sy dimhakamh yg sy perlu hadir?

      Selalunya akan tertulis “tarikh pendengaran kes pada Writ Saman tersebut. Cuba semak sekali lagi.

      2. Ap yg perlu sy prepare utk kes ini?

      Tuan boleh prepare dengan membawa resit resit bayaran yang telah dibuat dan apa jua dokumen yang merujuk kepada perbincangan pada bulan Januari yang lalu.

      3. Bila sy perlu memasukkn kehadirn?

      Tuan perlu memasukkan kehadiran dengan SEGERA dengan pergi ke Mahkamah dimana kes tersebut akan disebut dan pergi ke kaunter pertanyaan dan bagitau Tuan nak daftarkan kehadiran Tuan. Tunjukkan nombor kes dan dapatkan resit pendaftaran kehadiran. Tuan boleh maklumkan kepada Bank atau peguam melalui telefon, whatsapp, email untuk memberitahu Tuan akan hadir. Kalau Tuan tidak memfailkan kehadiran, selalunya mereka akan menganggap Tuan tidak berminat dan Hakim akan menjatuhkan Penghakiman Ingkar terhadap Tuan.

      Kalau baki banyak tu saya rasa boleh buat rundingan melalui AKPK untuk pengurangan nilai faedah atau menghentikan kiraan faedah pada tarikh tertentu. Buat dengan SEGERA bila opis bukak esok. Memfailkan kehadiran dan buat appointment dengan AKPK.

  20. Assalamualaikum tuan,
    Minta pandangan dan nasihat dari pihak tuan.
    Saya tidak lah tahu sgt mengenai hal2 ini.
    Tetapi semenjak bulan lps lg , sy krp terima panggilan dari pihak debt collector. Dlm 4-8 kali sebulan, berkaitan isu berhutang dengan pihak kolej. Ini bkn kes pinjaman PTPTN atau mna2 bdn peminjam. Saya bkn meminjam tp berhutang disebabkan gagal membayar kos yg dikenakan.
    Dan debt collector call utk sy melunaskan hutang ini seeloknya 2 kali pembayaran pada awal perbualan, sehinggalah 20 kali pembayaran pada masa sy ttp tdk mahu membayar.
    Ok dlm kes ini , dia ada mengugut utk menfailkn tindakan saman dan akn ke rumah saya.
    Ok, solan sy disini.
    1) sy x buat pinjaman, adakah sy akn dikenakan tindakan undang2 ?
    2) sy tdak abis bljr , ttp masih berhutang … adakah sy perlu byr sebelum tmt pngajian ?

    Itu sahaja. Tq

    • Wa’alaikumussalam Faris.

      Mohon maaf En Faris saya lambat respon. Ada hal hujung minggu. Berapa jumlah hutang? Sekarang belajar ditempat yang sama? Walaupun hutang dan bukan pinjaman, ia tetap hutang dan kolej boleh membuat tuntutan diMahkamah dengan memfailkan Notis Tuntutan dan jika Faris gagal menghadirkan diri di Mahkamah, maka Penghakiman Ingkar akan direkodkan.

      Soalnya sekarang adakah mereka benar benar hendak memfailkan saman atau acah acah aje? Bergantung juga kepada jumlah hutang. Kalau sikit tak berbaloi nak pergi sampai Mahkamah. Lebih murah Upah Agen Kutip Hutang lebih lagi nak gempaq “budak budak” macam Faris ni..

      • Assalmualaikum,
        jumlah hutang saya dengan kolej sebanyak rm9ribu lebih. Sekarang tidak belajar lagi dah tapi tidak juga tamatkan pengajian disitu. Erti kata lain, sy trs tinggalkan kolej tu. Benar atau acah-acah itu saya tak tahu lah. Itu sahaja. Apa tindakan mahkamah ? adakah saya akn kena amaun yg lebih tinggi dari sebelum ni ?

  21. salam Tuan,

    saya ingin bertanya tentang pembelian barang dari SINGER, saya ada mengambil TV LCD 32′ pada tahun 2011 serta gagal membayar dan baki hutang ada lagi rm 1050.00 jadi saya ada terima pangilan dari singer untuk membayar baki hutang tapi saya masih lagi tiada duit untuk membayar. pihak Singer telah maklum pada saya yang pihaknya telah keluarkan waran tangkap serta fail makamah tapi disini saya kurang pasti sebab seolah saya diugut kerana tiap kali mereka telefon bercakap benda yang sama sahaja ” waran tangkap dh keluar dan fail makamah telah dibuat. mungkin saya tidak akan dapat surat makamah sebab saya telah berpindah negeri dari tempat alamat yang saya buat pembelian, jadi disini saya nak tanya beberapa soalan kepada tuan.

    1. apakah yang di maksukkan waran tangkap, adakah saya akan dipenjarakan ?
    2. apa yang akan berlaku jika saya gagal hadir makamah jika betul surat dah dikeluarkan ?
    3. adakah setiap benda yang ada dirumah saya akan disita atau dilelong sedangkan hutang tidak sampai 30k

    saya harap Tuan menjawap 3 soalan dari saya..

    TQ.

    • Wa’aikumussalam Shah

      Terima kasih kerana bertanya dengan lebih berhemah. Jangan bimbang, tak ada surat Mahkamah atau Waran Tangkap pun. TEMBERANG semua tu.

      Berikut adalah prosedur ringkas tindakan undang undang sebenar :

      1) Loyar menghantar Notis Tuntutan kepada peminjam meminta tunggakan memberi masa 14 hari atau menamatkan perjanjian

      2) Atas arahan Bank, jika tiada bayaran, Tuan Loyar akan menfailkan Saman di Mahkamah menuntut baki hutang. Dalam Writ Saman ini ada Notis Tuntutan yang memperincikan segala baki, faedah dan kos yang dituntut.

      3) Selepas mendapat meterai dan pengesahan Mahkamah, Writ Saman ini akan disampaikan secara kediri atau melalui pos kepada Peminjam dialamat yang terakhir yang ada dalam rekod Bank. Biasanya pendengaran kes akan ditetapkan dalam masa 14 hari dari tarikh Writ atau penyampaian itu. Peminjam perlu mendaftarkan diri untuk hadir pada tarikh itu. kalau tidak pada hari itu Penghakiman Ingkar Tanpa Kehadiran akan dikeluarkan.

      4) Selepas itu Bank dan Tuan Loyar akan menunggu salinan Penghakiman yang telah dimeterai dan disahkan oleh Mahkamah

      5) Apabila salinan Penghakiman didapati, satu salinan akan dihantar kepada Peminjam

      6) Bank boleh melaksanakan Penghakiman dengan tindakan undang undang keatas Peminjam. Kalau lebih RM30 ribu, boleh buat Bankrapsi

      Kalau hutang Singer, Court Mamot dan seumpamanya hutang bawah RM5K biasanya mereka guna Agen Kutip Hutang aje. Tak berbaloi dengan kos tindakan undang undang. Jadi trick waran tangkap, beku akaun Bank dan sita rumah atau barang rumah tu biasa la. Kat page saya banyak cerita temberang macam ni

      INI LINK TEMBERANG AGEN KUTIP HUTANG

      https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=564105717080962&substory_index=0&id=323566051134931

  22. Assalammualaikim tuan.
    Saya diperintahkan untuk hadir ke pegawai pendaftar di mahkamah kerana satu petisyen pemiutang telah dikeluarkan atas nama saya. Kehadiran sebagai maksud penerimaan terhadap tindakan mahkamah-notis kebankrapan. Soalan saya, masih terbuka kah rundingan untuk saya membayar ansuran pinjaman tanpa dibankrapkan?

    • Wa’alaikumussalam Sarah

      Rundingan masih terbuka tetapi syaratnya agak ketat apabila sampai ketahap ini. Bank akan meminta penyelesaian penuh atau sekurang kurangnya separuh dari jumlah tuntutan termasuk kos guaman untuk menarik balik tindakan ini kerana jika mereka menarik balik tindakan ini, mereka perlu memulakan proses ini semula yang akan memakan masa dan penambahan kos.

      • Terima kasih tuan.Saya mendapat tahu perbicaraan saya dh KIV kerana bank meminta saya membayar 7k dahulu. Saya tiada 7K dalam masa 3 hari. Bolehlah saya meminta bantuan dari AKPK untuk dealkan semula cara pembayaran?

      • Saya diarahkan untuk membayar 7k dahulu.. saya hadir ke mahkamah.. tapi lawyer dh KIV kan kes saya sebab memberi tempoh kepada saya untuk membayar 7k dahulu. Saya memang tak boleh cari 7K dalam masa terdekat. Patutkah saya menggunakan kesempatan ini untuk memohon pertolongan AKPK.

  23. Salam tuan ammar, saya ingin bertanya jika penjamin menyelesaikan semua hutang..apa akan jadi kepada peminjam yg telah bankrap…apalah dia akan bebas atau terus bankrap..bolehkan penjamin memohon utk membayar separuh daripada hutanh tersebut dengan bayaran bulanan…harap tuan dapat memberi maklum balas

    • Wa’alaikumussalam Penjamin Teraniaya

      Kalau siBankrap hanya mempunyai satu hutang sahaja (yang Tuan jadi penjamin) dan tiada lagi Bank lain yang menfailkan bukti keberhutangan beliau dengan Jabatan Insolvensi Malaysia (JIM), maka beliau boleh membuat permohonan untuk “discharge” atau dilepaskan dari status keBankrapan.

      Tetapi bukan lepas begitu sahaja. Beliau perlu membayar “komisen” kepada JIM antara 12% – 15% dari jumlah hutang yang direkodkan dan beberapa cas lain dan setelah membayar jumlah tersebut barulah boleh membuat permohonan untuk pembatalan status Bankrap. Beliau boleh buat sendiri dengan meminta pertolongan JIM untuk mengisi borang tertentu dan menfailkannya diMahkamah atau mengupah Loyar berbuat demikian yang akan menelan belanja yang leebih tinggi.

      Berkenaan dengan penjamin ingin membayar separuh dari bayaran hutang tersebut, perlu berbincang dengan pihak Bank dan MESTI ada pengakuan bertulis dari pihak Bank untuk tidak membuat apa apa dakwaan selepas hutang itu selesai. Kalau miss payment mereka berhak meminta kesemua hutang. Jangan percaya dengan janji mulut pegawai atau pengurus tanpa pengesahan bertulis dari Ibu Pejabat kerana mereka boleh berhenti atau diberhentikan dan janji mereka tidak “laku” lagi atau Bank “kena jual” apabila berlaku krisis ekonomi.

  24. Assalammualaikum admin,

    Saya ada masalah hutang dengan CIMB Bank dan pihak bank telah melantik agen untuk menggutip hutang saya.Saya ingin memberi kerjasama dengan pihak bank dan collecter yang saya masih tidak mampu untuk membuat pembayaran yang dipersetujui oleh pihak collecter inginkan.Saya membuat pinjaman peribadi sebanyak RM5K. Disebabkan terlalu lama tidak dibayar,hutang saya telah mencecah sebanyak RM30K disebabkan denda dan bunga yang sentiasa berjalan.Dalam hal ini saya telah membuat proposal rayuan kepada CIMB sendiri untuk menyelesaikan masalah ini.Tetapi pihak collecter seperti tidak sabar untuk saya membayar yang mereka inginkan. Didalam surat rayuan saya tersebut saya telah meminta jasa baik dari pihak bank sendiri untuk menetapkan tarikh akan saya bayar ikut kemampuan saya sendiri.Pihak collecter pernah datang kerumah abg saya untuk membuat lawatan katanye.Apakah makna lawatan mereka? saya dah cakap kepada collecter tersebut semasa perbualan didalam talian yang saya tidak duduk di alamat tersebut.Buat masa ini fail saya masih pada collecter dan saya masih menunggu panggilan dari pihak bank sendiri berkenaan dengan rayuan saya.Saya nak tahu bila mana yang sampai peguam atau sita ? .. adakah fail saya itu dikembalikan kepada bank jika tiada cara penyelesai dan bank akan membuat tindakan guaman.adakah begitu?

    • Wa’alaikumussam Adam

      Kalau ada buat rundingan dengan Bank, ada baiknya untuk membuatnya melalui Bank Negara supaya Bank pun ada “buah Takut” atau “hormat” sikit. Kalau rundingan dengan Bank tidak berjaya boleh cuba seperti yang disarankan oleh Encik Ahmad disini:

      http://www.ceritahutangbankdananda.com/index.php/2014/08/14/proses-tindakan-undang-undang-pinjaman-peribadipersendirian-bahagian-3/comment-page-5/#comment-1520

      Fahami tindakan undang undang yang sebenar. Berikut adalah prosedur ringkas Tindakan undang undang

      1) Loyar menghantar Notis Tuntutan kepada peminjam meminta tunggakan memberi masa 14 hari atau menamatkan perjanjian

      2) Atas arahan Bank, jika tiada bayaran, Tuan Loyar akan menfailkan Saman di Mahkamah menuntut baki hutang. Dalam Writ Saman ini ada Notis Tuntutan yang memperincikan segala baki, faedah dan kos yang dituntut.

      3) Selepas mendapat meterai dan pengesahan Mahkamah, Writ Saman ini akan disampaikan secara kediri atau melalui pos kepada Peminjam dialamat yang terakhir yang ada dalam rekod Bank. Biasanya pendengaran kes akan ditetapkan dalam masa 14 hari dari tarikh Writ atau penyampaian itu. Peminjam perlu mendaftarkan diri untuk hadir pada tarikh itu. kalau tidak pada hari itu Penghakiman Ingkar Tanpa Kehadiran akan dikeluarkan.

      4) Selepas itu Bank dan Tuan Loyar akan menunggu salinan Penghakiman yang telah dimeterai dan disahkan oleh Mahkamah

      5) Apabila salinan Penghakiman didapati, satu salinan akan dihantar kepada Peminjam

      6) Bank boleh melaksanakan Penghakiman dengan tindakan undang undang keatas Peminjam. Kalau lebih RM30 ribu, boleh buat Bankrapsi

      Bank biasanya akan melantik Agen Kutip Hutang bagi mengutip hutang lapuk. Baca sini untuk mengetahui cara mengendalikan Agen Kutip Hutang

      http://www.ceritahutangbankdananda.com/index.php/2015/10/11/panduan-menangani-agen-kutip-hutang/

      Baca sini untuk maklumat lanjut tentang TEMBERANG Agen Kutip Hutang

      https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=564105717080962&substory_index=0&id=323566051134931

      Saya sarankan supaya buat semakan dengan CTOS di http://www.ctos.com.my/CTOSHOME/selfcheck.html (scan MyKad depan belakang untuk diemailkan untuk pengesahan). Register id (klik CTOS User ID) dan ikut arahan di Skrin. Kalau tak silap saya bila dah register Id, satu lapuran ringkas akan diberi. Ia akan memberikan indikasi kalau ada tindakan undang undang.

      Nak tahu lebih lanjut bayar RM10 secara online untuk dapatkan lapuran secara detail. Bila dah dapat keputusan rujuk semula disini dengan email kepada saya di codetyco@ceritahutangbankdananda.com. Baru kita boleh tahu setakat mana tindakan undang undang yang telah dikenakan.

  25. sekarang hutang saya dengan satu bank ni dah lebih 5 tahun tak bayar.bank macam tahu2 je saya memang nak membangkurapksss diri.sejak 3 tahun lepas saya dah dok di obersea.bank memang tahu yang ni.dengan hutang personal loan yang hampir 0.5 juta ni..saya sangat megharapkan untuk mebankurapsssskan diri.dalam tempoh permohonan untuk mendapatkan permanent visa dengan negara yang saya duduk ni.hutang wajib bayar..tapi saya nak bank tu buat perjanjian baru untuk saya bayar hutang pokok saja.riba2 atau interest saya nak bank tu lupakan kan.haram berdosa ambik riba.walaupon nama skim pinjaman ni al mudharabah wa wataji apa benda ni..tetap riba kan???

    • Assalamualaikum Hapysokmo

      Kalau nak minta bayar principal tanpa Interest memang Bank 99% tak bagi melainkan ada “cable” kuat atau anak beranak CEO (kalau dia bagilah). Bab RIBA tu ada dua pendapat iaitu dibolehkan atau masih ada unsur yang meragukan. Terpulang kepada kefahaman masing masing dan percanggahan pendapat ini masih berterusan. Bagi saya, ia masih terperangkap didalam sistem sedia ada iaitu penggunaan wang kertas dan konsep “money creation” yang menyumbang kepada inflasi dan penurunan nilai matawang atas dasar faedah dan “keuntungan” yang dicipta atas angin yang “mencuri” dari bekalan wang digital dan fizikal yang sedia ada yang menyebabkan lebih banyak wang perlu di”cipta” untuk membayar wang yang telah di”curi” tadi. Satu kitaran yang tidak berkesudahan selagi hutang demi hutang diberi.

      Sudah adakah tindakan undang undang dikenakan dan pada peringkat mana?

      • TUAN INGIN SAYA BTANYA..
        BERAPA LAMAKAH TUNGGAKAN YG DIBERIKAN OLEH AKPK
        SAYA TELAH PON BERADA DLM PROGRAM DMP..
        TETAPI SKRANG MEMPUNYAI MASALAH KEWANGAN SERTA BARU MEMDAPAT P,KERJAAN BARU,,
        HARAP ADA SDIKIT INFO DARI TUAN,,KERANA INI ADALAH TUNGGAK SAYA YG PERTAMA..DUE DATE SAYA ADLAH SETIAP 25HARUBULAN,,,
        BOLEH KAN SEKIRANYA SAYA MEMBAYAR HANYA LAMBAT 5 HARI SEHINGGA HUJUNG BULAN INI

        • Assalamualaikum Izlan

          Yang ini kena rujuk dengan AKPK DENGAN SEGERA supaya program anda tidak dibatalkan. Saya tidak boleh jawab soalan anda dalam hal ini.

  26. Hi.. seseorang yang hilang keupayaan hanya mendapat bantuan socso sahaja untuk menampung hidup, bagaimanakah dengan hutang2 seperti hutang credit card hutang kereta dan hutang peribadi? adakah dia masih diwajibkan untuk membayar hutang2 tersebut? Apakah jalan penyelesaian yang terbaik untuk meringankan bebanan ini? Bolehkah hutang2 tersebut dihapuskan ?

    • Dear Missyleo

      Bank akan tetap mengambil tindakan undang undang keatas Peminjam hingga ke peringkat “penamat” seperti Bankrapsi jika jumlah hutang campur faedah campur kos melebihi RM30K selagi hutang tidak dibayar walau apa pun alasannya.

      Walaubagaimapun, boleh cuba buat rundingan melalui AKPK walaupun pada pendapat saya persetujuan dari Bank atau Bank Bank sukar didapati.

  27. hi..saya ada sorg saudara merupakan penjawat awam..tetapi sekarang berada di bwh tahanan reman bagi suatu kes yang masih dlm perbicaraan…kemungkinan mengambil masa sedikit…setelah beberapa bulan gaji sudah ditahan..pinjaman bank rakyat masih berjalan seperti biasa..sehingga sampai surat lawyer mengenai tunggakan bulanan.masalah disini, keluarga tak mampu untuk maintain komitment hutang tersebut kerana masih byk tnggungan lain..boleh sy tahu apa langkah2 yg boleh dbuat?mungkin buat penangguhan pinjaman?bagaimana cara2?

    • Assalamualaikum Niza

      Bank akan meneruskan tindakan undang undang seperti biasa melainkan ada bayaran dibuat. Mereka perlu “play safe” dan meneruskan tindakan undang undang walau apapun alasan yang diberi.

  28. ayah saya baru mendapat surat dari pihak guaman dan writ saman yang telah dikeluarkan oleh Tetuan Firdau Azlina & co, Kuala Lumpur bagi pihak AmBank
    Pengindorsan tuntutan plaintif sebanyak RM41,791.67 berkaitan kad kredit

    Ayah saya berumur 78 tahun & menghidap kanser

    Saya tak tahu kenapa ayah saya berdiam diri sehingga saya mendapat surat ini.

    • Dear Nana

      Dalam kes ini, saya pasti ia adalah kes lama melibatkan Mbf Cards. Jadi besar kemungkinan ia boleh dilawan dengan Akta Had Masa. Saya perlukan beberapa kepastian iaitu:

      1) Bila tarikh akhir bayaran?
      2) Boleh scan Notis Tuntutan? Ini supaya boleh dilihat jumlah sebenar yang dituntut dan tarikh ianya dikira.

      Memandangkan Nana dan ayah ada di Sarawak (saya agak dari alamat tu) dan untuk pergi ke KL memerlukan belanja yang agak besar, adalah lebih kos efektif untuk menggunakan khidmat Loyar di Kuala Lumpur untuk melawan kes ini dari segi Akta Had Masa. Kalau gunakan khidmat Loyar di Sarawak juga boleh supaya mereka boleh contact wakil atau rakan mereka di KL. Apa hal pun kena masukkan kehadiran pada tarikh tersebut supaya Loyar dan Mahkamah tahu Ayah Nana atau wakil (peguam) akan hadir pada hari itu. Buat dengan segera.

      Sila scan Notis Tuntutan dan lain lain dokumen yang ada supaya boleh diteliti.

  29. Assalammualaikum.tuan ..saya seorg penjawat awam.saya ada berhutang dgn aeon kredit sbyk Rm2500 pada tahun 2012.saya mngalami masaalah pembayaran pada mulanya kerana ttgan buku bank tidak sama dgn ttgn di borang pemotogan.selama 2tahun tiada pembayaran saya buat.saya mula buat pembayaran pada tahun lalu atas arahan mereka sebanyak Rm500 sebulan.saya perlu membayar semua kos sebanyak Rm5200.saya telah terputus pembayarn bermula bulan 10.2015 sehinggalah sekarang atas sebab2 tertentu.saya dapat panggilan dari mereka dan mengatakan mahu buat lawatan ke pejabat dan rumah.saya ingin membuat pembayaran bermula pettengahan april ini bagi melangsaikan baki hutang sebanyak Rm1646 lagi.pihak aeon tidak ingin menerima tawaran saya disebabkan saya memberi janji kosong setiap minggu.saya berbuat demikian bagi mengelak mereka terus menggangu saya d tpt kerja.apakah tindakan sebenar yang pihak aeon boleh ambil ke atas saya.Andai benar mereka ke tpt kerja saya adakah sebarang dokumen yg mereka kena tunjukkan sebagai bukti.

  30. Tuan…satu hari ada 3 orang datang ke rumah dgn membawa waran untuk menyita barang rumah saya kerana suami tidak membyar hutang bank rakyat sebanyak rm15k.suami dah lama tak balik kebetulan hari tu dia ada balik ke rumah semula.mereka telah menyenaraikan barangan dalam rumah dlm anggaran rm3 k.Barangan tersebut ada yg merupakan kepunyaan saya tapi tiada resit untuk membuktikan.sekarang saya telah pun bercerai dan adakah mereka masih bole untuk menyita barang dalam rumah saya.

    Adakah pihak bank hanya akan menyita barangan yg di catit sahaja atau semua barang di dalam rumah saya kerana hanya terdapat beberapa barang sahaja di catit di dalam borang tersebut dan bekas suami sy telah pun membawa keluar barang tersebut

    • wa’alaikumusalam Puan Norliza

      Dalam hal ini, ada dua isu utama iaitu adakah tindakan penyitaan keatas premis yang bukan hak milik peminjam dibolehkan? Sudah tentu ia akan menjadi masalah kerana Tuan Rumah boleh memohon ke Mahkamah untuk mendapatkan “Stay of Execution” atau Penangguhan Pelaksanaan Perintah sehingga beberapa isu yang berbangkit (seperti rumah bukan milik peminjam dan barang dalam rumah dibuktikan bukan milik peminjam). Pemilik boleh menfailkan SAMAN INTERPLIDER juga bagi membuat permohonan bahawa barangan yang telah ditanda oleh Bailiff dikeluarkan dari senarai.Tetapi ini mesti dilakukan dalam tempoh 14 hari yang diberikan sebelum barang dilelong. Jika tidak, lelongan akan diteruskan. Ini adalah kerana dalam proses tindakan undang undang, jika tiada bantahan (walaupun ada bukti dan sokongan yang kuat) maka ia dianggap telah mengikut prosedur yang “betul”. Masalahnya ialah tindakan “serkap jarang” dalam tindakan ini yang mana 90% atau lebih peminjam tidak mengetahui hak mereka dan tindakan yang tidak adil ini dianggap “berjaya”. Kalau ada orang yang menggunakan alamat kita untuk membuat pinjaman dan oleh kerana tidak membuat bayaran, adakah adil barang rumahnya disita?

      Tindakan WSS ini berisiko tinggi untuk tidak berjaya jika tidak dibuat penelitian dan semakan yang teliti ata dasar komplikasi yang mungkin timbul atas tindakan ini. Jika Tuan rumah tidak membenarkan Bailiff masuk, Bailiff terpaksa pulang dan membuat permohonan untuk “Perintah Pecah Masuk” dengan membawa tukang kunci untuk masuk kerumah. Tindakan ini akan memakan masa dan ini akan membolehkan Tuan Rumah untuk mengeluarkan apa jua barang berharga. Jadi tindakan ini dikira gagal jika apabila Perintah Pecah Masuk didapati, hanya barang barang yang tidak berharga yang tinggal.

      Selalunya dalam tindakan ini akan ada Pak Guard yang ditugaskan untuk menjaga premis supaya barang yang ditanda tidak dibawa keluar. Bagaimana pulak barang boleh dibawa keluar? Ini akan menimbulkan lebih banyak komplikasi atas dasar menghina Mahkamah dan hukumannya boleh menjadi hukuman penjara.

      • Salam Tuan…
        Memandangkan saya sudah pun bercerai adakah proses peyitaan akan tetap di laksanakan dan adakah saya akan tetap terlibat dalam masalah dengan bekas suami saya

        • Wa’alaikumussalam Puan Norliza

          Seperti yang saya telah katakan, jika tiada bantahan maka tindakan akan diteruskan. Cuba dapatkan khidmat peguam untuk menfailkan “stay of execution” kerana ada alasan yang kuat. Hutang yang tiada nama Puan sebagai Penjamin atau Peminjam bersama tiada kena mengena dengan Puan. Adakah barang barang yang ditanda telah dibawa keluar dan adakah Pak Guard ditempatkan di premis Puan?

          • Barang-barang ada yg telah di bawa keluar dan tiada pak guard yg di tempatkan di premis saya

          • Puan Norliza

            Ini adalah sesuatu yang agak pelik kerana prosedur yang sepatutnya ialah ada Pak Guard yang menjaga supaya barang tidak dibawa keluar. Kalau sampai masa untuk lelongan nanti akan menjadi masalah dan Puan boleh rujuk mereka kepada bekas suami. Ada apa apa dokumen yang boleh share? Emailkan ke codetyco@ceritahutangbankdananda.com

          • Salam…saya telah pun emailkan kepada Tuan beberapa dokumen yg telah saya terima.Di harap ini dapat membantu saya

          • Wa’alaikumussalam

            Dalam hal ini,

            1) Sudah terlambat untuk membuat bantahan kerana hari ini adalah tarikh lelongan
            2) Dalam tu ada sebut upah jaga sebanyak RM96.00 sehari tapi adakah jaga itu berada diluar premis kediaman?
            3) Barang dah dibawa keluar jadi jelas “jaga” tidak menjalankan tugasnya

            Kalau “lelongan” dijalankan hari ni, kena maklumkan kepada Bailiff bahawa barang barang yang hendak dilelong sudah tiada dan terserah kepada mereka untuk mengambil tindakan terhadap peminjam.

            Sila maklumkan kepada saya apa tindakan mereka selanjutnya supaya boleh menjadi panduan kepada orang lain.

          • Balief telah datang ke rumah saya dan mendapati barang telah di bawa keluar.Bekas suami sy memberitahu sy telah membawa barang tersebut dan mereka telah menghubungi sy dan memberitahu menjadi kesalahan kerana telah melanggar perintah mahkamah.Mereka memberitahu sepatutnyer saya berbincang untuk menagguhkn proses hari ni kerana perintah tersebut akan tamat hari ini.Mereka bertanyakan di mana sy meletakkn barang tersebut dan perlu atau tidak untuk saya memberitahu mereka?Pihak bank jg telah meminta bekas suami saya untuk datang ke bank berbincang lagi sedangkan sebelum ini mereka hanya meminta untuk membuat pembayaran penuh apabila pergi ke bank.

          • Maaf saya lambat reply. Internet kat office ada problem. Mobile Internet yang katanya 4G pun merangkak rangkak.

            Saya pasti keputusan pun dah dibuat tapi saya rasa tindakan ini banyak yang tak kena. Guard takde,barang kena bawak lari dah jadi macam cerita lawak pulak. Macam baru pertama kali buat WSS.

            Puan kena berterus terang dengan Bailiff tentang tindakan bekas suami. Apa yang berlaku seterusnya?

  31. Tuan Ammar.,

    pada tahun 2010 rumah saya telah di judgment oleh rhb bank.saya dh selesaikan yang mana patut bayar.dan release letter pu dapat
    tp smlm 15.03.2016 saya dapat surat dari loyer menuntut kos guaman rm1088.
    perlukah saya pergi rhb or loyer untuk penjelasan lanjut .
    suami saya dh masuk akpk dari tahun 2010 smpai ni.tinggal lagi 4 thn nak habis.
    akpk banyak membantu kami hidup dlam tenang walaupun tiap bulan kena bayar
    yang penting duduk rumah tak ada gangguan .
    sekian terimakasih

    • Wa’alaikumussalam Ahman

      Tindakan WSS (writ of Seizure and Sale) adalah seperti berikut:

      1) Ada Penghakiman keatas peminjam
      2) Bank melalui Loyarnya akan menfailkan permohonan untuk mendapatkan perintah WSS daripada Mahkamah
      3) Setelah mendapatkan Perintah ini, Loyar akan mendapatkan khidmat Bailiff (Pegawai Mahkamah) dan pergi kealamat yang ada didalam Perintah tersebut dan jika dibenarkan masuk (Tuan rumah ada hak untuk TIDAK membenarkan Bailiff masuk) Bailiff akan menandakan barang barang dalam rumah yang dianggap ada nilai dan memberi masa 14 hari bagi peminjam untuk membuat bayaran sebelum lelongan awam dilakukan untuk mendapatkan hasil bagi membayar tunggakan.
      4) Seorang Pak Guard akan ditempatkan dikawasan premis penyitaan bagi memastikan tiada barang yang telah ditanda dibawa keluar. Kos Pak Guard dan biasanya termasuk makan minum akan ditanggung oleh peminjam
      5) Dalam perjanjian pinjaman biasanya akan disebut segala kos tindakan undang undang hendaklah ditanggung oleh peminjam dan telah dianggap dipersetujui semasa perjanjian ditandatangani.

      Dalam hal ini, ada dua isu utama iaitu adakah tindakan penyitaan keatas premis yang bukan hak milik peminjam dibolehkan? Sudah tentu ia akan menjadi masalah kerana peminjam boleh memohon ke Mahkamah untuk mendapatkan “Stay of Execution” atau Penangguhan Pelaksanaan Perintah sehingga beberapa isu yang berbangkit (seperti rumah bukan milik peminjam dan barang dalam rumah dibuktikan bukan milik peminjam). Pemilik boleh menfailkan SAMAN INTERPLIDER juga bagi membuat permohonan bahawa barangan yang telah ditanda oleh Bailiff dikeluarkan dari senarai.

      Tindakan WSS ini berisiko tinggi untuk tidak berjaya jika tidak dibuat penelitian dan semakan yang teliti ata dasar komplikasi yang mungkin timbul atas tindakan ini. Jika Tuan rumah tidak membenarkan Bailiff masuk, Bailiff terpaksa pulang dan membuat permohonan untuk “Perintah Pecah Masuk” dengan membawa tukang kunci untuk masuk kerumah. Tindakan ini akan memakan masa dan ini akan membolehkan Tuan Rumah untuk mengeluarkan apa jua barang berharga. Jadi tindakan ini dikira gagal jika apabila Perintah Pecah Masuk didapati, hanya barang barang yang tidak berharga yang tinggal.

      Soalan saya, adakah perkara ini SUDAH BERLAKU? Jika hanya ugutan dan belum berlaku, kenapa perlu bayar kos guaman atas tindakan yang tidak jadi dibuat atau belum dibuat?

  32. Assalamualaikum. Tuan saya ada membuat pinjaman peribadi rhb sebanyak 2 kali. Pertama pada tahun 2013 sebanyak 11k dan kedua pada tahun 2015 sebanyak 11k. Tahun lepas saya hilang pekerjaan. Jd saya tidak dapat membayar tunggakan sebanyak 3 bulan pada kedua2 akaun. Saya juga tidak menjawab panggilan dari pihak bank kerana mereka memaksa walaupun saya sudah jelaskan akan membayar kesemua tunggakan. Bulan lepas saya sudah membayar tunggakan. Tetapi saya dapat surat dari lawyer. Dlm surat itu lawyer mahu saya bayar kesemua nilai hutang saya rm19k dalam masa 7 hari. Sedangkan saya sudah bayar tunggakan. Dan pada 17 feb saya dapat lagi surat dari laywer dan ada lampiran dari surat mahkamah yg menyatakan saya kena bayar cash semua hutang termasuk kos lawyer. Tapi tuan pihak bank masih lagi call n hantar surat peringatan. Suruh saya bayar utk bulan feb. Sebab bulan ni saya lewat bayar. Dan di dalam mesej ada menyatakan ‘ abaikan jika sudah membuat bayaran’. Saya tak paham apakah status saya sekarang ini. Sebab saya baca post tuan jika lawyer sudah take over saya sudah tak ada kaitan dengan pihak bank. Mohon pencerahan tuan. Terima kasih.

  33. Hi, sy menerima notis dr loyar pd awal thn march 2015 utk tuntutan hutang personal loan sbyk 68k dr bank rakyat. Selepas itu menerima surat utk hadir ke makamah. Akn ttp sy tdk dpt hadir dan sdh menerima surat ingkar dr loyar. Sy jg merima beberapa surat utk hadir ke makamah pd tarikh yg ditetapkn sepanjang tahun lepas sehingga pd 17 feb 2016 notis sdh disiarkn di suratkhabar utk hadir ke makamah pd 22 feb 2016. Tp sy jg tdk hadir. Sy ada membuat bayaran bulanan balik start nov 2015 sehingga kini. Apakah yg perlu sy bt supaya sy tdk dikenakn tindakan lg. Sy sdh register utk sesi kaunseling di akpk pd isnin depan. Adakah sy blh minta bantuan akpk utk membatalkn notis kebrankrapkan? Sekiranya sepanjang i merima notis kebrankrapkn adakah sy sdh blh dikatakn brankrap? Mohon pendapat….tq

    • Hi Allie

      Besar kemungkinan Allie telah diambil tindakan KeBankrapan dengan “penyerahan” Notis Kebankrapan dengan cara penyampaian ganti iaitu melalui Akhbar tempatan. Akan tetapi sya hendak tanya, bila buat bayaran kat Bank pada bulan November 2015, tidakkah pihak Bank memaklumkan tentang tindakan undang undang yang telah dikenakan?

      Saya sarankan supaya buat semakan dengan CTOS dihttp://www.ctos.com.my/CTOSHOME/selfcheck.html (scan MyKad depan belakang untuk diemailkan untuk pengesahan). Register id (klik CTOS User ID) dan ikut arahan di Skrin. Kalau tak silap saya bila dah regiater Id, satu lapuran ringkas akan diberi. Ia akan memberikan indikasi kalau ada tindakan undang undang.
      Nak tahu lebih lanjut bayar RM10 secara online untuk dapatkan lapuran secara detail. Bila dah dapat keputusan rujuk semula disini dengan email kepada saya dicodetyco@ceritahutangbankdananda.com. Baru kita boleh tahu setakat mana tindakan undang undang yang telah dikenakan.
      Cara cara nak check CTOS ada kat link ini. Kredit kepada penulisnya dan terima kasih kita ucapkan.
      http://www.chatpropertymalaysia.com/how-to-check-your-credit-records-via-ccris-and-ctos/

      Nanti pergi AKPK cuba bincang dengan mereka tentang penarikan balik tindakan KeBankrapan

      • Hi Tn Ammar

        td sy ada menghubungi bank rakyat tp operator tu pgl i deal dgn debtors dgn cal no yg diberi. Bank rakyat tidak dpt menghubungi sy krn sy sdh tukar no dan sy x update mrk. Perlukah sy cal debtors atau apa cara lg yg boleh lakukn krn operator tu x bg i deal dgn branch yg incharge…

        Hi Tn

        Bayaran i bt secara transfer dr bank lain. Td i ada hubungi bank rakyat tol free dan minta contach no branch yg incharge loan supaya sy blh membuat berbincangan dgn officer bkenaan ttp operator tu ckp xde contact no utk br bt masa ni. Operator tu ckp kes ni sdh di incharge oleh debtors dan suruh i cal utk maklumat lanjut. Perlukah sy cal ?

        • Allie

          Debt Collector ialah Agensi yang menjana pendapatan dari kutipan hutang dan sudah tentu matlamat utama ialah “memaksimakan” keuntungan. Akaun yang telah diserahkan” atau yang telah di”jual” biasanya adalah lebih rendah dari jumlah semasa kerana lebihan itu hanyalah kiraan dalam komputer sahaja dan Agen boleh “bermain” dengan satu jumlah yang diberikan “diskaun” yang mana jika dibayar masih akan menjana keuntungan dari segi nilai yang telah “dibeli” dari Bank. Jadi pada pendapat saya untuk membuat rundingan dengan Syarikat yang ingin memaksimakan keuntungan tidak banyak membantu dari segi jumlah penyelesaian yang diminta. Cuba buat rundingan melalui BAnk Negara seperti yang disarankan oleh Encik Ahmad disini:

          http://www.ceritahutangbankdananda.com/index.php/2014/08/14/proses-tindakan-undang-undang-pinjaman-peribadipersendirian-bahagian-3/comment-page-5/#comment-1520

          Semuga berjaya.

          • Td sy ada menghubungi lawyer. Lawyer tu ckp mrk sdh fail kat jim. Lepas tu lawyer tu ckp surat akan dikeluarkan 2 hari lg. Sdh buntu dan x thu nk bt apa lg

  34. Hai.. saya nak tanya .
    Sekiranya saya ingin meminta bantuan apkp.
    Adakah saya masih bole melancong ke luar negara sekiranya sy dah masuk dlm program debt management by apkp ni ?

    • Hi Ann

      Masih ramai yang kurang faham tentang istilah “blacklist”. Setiap pinjaman dalam Bank secara automatik akan dilaporkan kepada Bank Negara. Maklumat pinjaman, tunggakan dan tindakan undang undang akan dilapurkan selama tempoh 12 bulan yang terakhir. Jadi bergantung kepada situasi pola bayaran bulanan anda, “blacklist” boleh juga menjadi “whitelist” yang menunjukkan rekod bayaran yang baik. Dalam bab CTOS pula, ada sesetengah syarikat kredit atau syarikat yang menggunakan perkhidmatan CTOS akan memasukkan nama syarikat atau individu sebagai rujukan dari segi mengambil pinjaman atau sebagai rakan niaga. Maklumat perbankan (rekod cek tendang dan lain lain) juga ada selain dari maklumat tindakan undang undang akan direkodkan. Semua ini akan menjadi sumber rujukan bagi Bank untuk menilai kelayakan seseorang untuk mendapatkan pinjaman. RUJUKAN yang boleh menjadi perkara yang baik atau sebaliknya.

      Berkenaan dengan soalan tentang kelayakan untuk melancong keluar negara, ia tidak menjadi masalah selagi seseorang itu bukan seorang Bankrap. Menyertai program AKPK menunjukkan seseorang itu sedang cuba memperbaiki pengurusan kewangannya jadi ia sesuatu yang positif.

  35. Salam tuan.. sy ingin bertanya..
    saya ada buat pinjaman daripada bank rakyat sebanyak 76k.. jika campur interest jumlahnya 100k lebih. Masalah bermula bila saya sambung belajar selama 2 tahun dan tiada sumber pendapatan untuk buat bayaran. Tetapi selepas habis belajar sy dah buat bayaran kembali secara konsisten selama 2 tahun setengah hingga kini. Jumlah tunggakan saya adalah sebanyak rm25k.. 2 hari lepas saya ada terima panggilan yang menyatakan dia daripada bahagian logistik dan nak confirm alamat bg tindakan penyitaan dan lelong. Kemudian bila saya katakan bahawa sy tak pernah dapat apa surat dia telah beri nombor lawyer untuk dihubungi. Lawyér minta saya byr 50% dari tunggakan untuk buat penangguhan tindakan penyitaan dan buat surat akuan sekali. Saya dah byr rm11k tunggakan.. jadi kini apa perlu saya buat?
    Saya pernah sekali menerima surat panggilan mahkamah 3 tahun lepas dan saya reply mengatakan akan hadir tetapi pada hari tersebut sy tidak dapat hadirkan diri. Selepas itu saya tidak menerima apa2 surat hinggalah panggilan yg terbaru ni.. mohon pendapat tuan.. terima kasih

  36. Terima kasih kerana membalas tuan ammar.. Sekiranya jumlah tunggakan rm1,826 dan sy membuat bayaran sebnyk rm1k pd bln ni bolehkan pihak bank tidak meneruskan tindakan ke mahkamah? Bole ke sy tahu tempoh bape bln tunggakan yg akan di kena kan ke mahkamah atau saman di keluarkan?

    Terima kasih

  37. On 2016-02-16 10:21, Nashila wrote:
    Assalamualaikum & salam sejahtera Tuan Ammar,
    Saya inginkan penjelasan dari tuan untuk kes saya ni. Semalam saya ada
    terima kiriman berdaftat dari lawyer kerana tidak membuat bayaran
    pinjaman. Tunggakan menghampiri 4 bln. Tetapi saya terima surat dari lawyer
    degan bertajuk kan di atas.. Bank telah menutut baki keseluruhan dan
    minta saya mengisi memorendum kehadiran. Boleh kah saya berbincang
    dengan pihak bank untuk menjelaskan bayaran yg tertugak untuk sebulan
    dulu supaya tidak perlu kemahkamah? Apa yang saya perlu buat bila
    terima surat sedemikian? Saya benar-benar buntu. Bagi pengetahuan tuan
    saya membuay pinjaman peribadi dengan bank rakyat.. Dalam surat
    berkenaan dia lampirkan sekali dengan writ saman and tuntutan.
    Mohon bantuan tuan ammar
    Terima kasih

    • Wa’alaikumussalam Shila

      Biasanya kalau nak tarik balik tindakan Saman Bank akan meminta semua tunggakan dijelaskan bersama sama dengan apa jua denda lewat bayar dan kos guaman. Mungkin yang boleh “ditangguhkan” pembayaran ialah denda lewat bayar dan kos guaman. Itupun atas budi bicara Bank. Kalau nak bayar sebulan dulu saya boleh gerenti ia tidak akan diterima kerana ia sudah sampai ketahap ini dan Bank cuma perlu tunggu tarikh pendengaran kes dan jika tiada bayaran, Penghakiman akan dijatuhkan.

      Melainkan Cik/Puan ada sebab yang kukuh untuk membuat bantahan (jumlah tuntutan tak betul) besar kemungkinan Penghakiman akan dijatuhkan. Namun begitu, elok juga Cik/Puan menfailkan Kehadiran dengan mendaftarnya dikaunter Mahkamah dan apa tarikh pendengaran kes minta pennangguhan untuk membuat rundingan samada secara terus dengan Bank atau melalui Bank Negara atau AKPK. Sekurang kurangnya ada masa sedikit untuk membuat permohonan atau mencari jumlah yang diminta (tunggakan) Failkan kehadiran dahulu sebagai langkah pertama dan selepas mendapatkan resit untuk memfailkan kehadiran, maklumkan kepada Loyar atau Bank tentang perkara tersebut dan cuba hubungi AKPK untuk khidmat nasihat.

  38. Assalamualaikum Tuan.. Jumaat lepas saya ada mendapat Surat Akuan Mengepos dari Mahkamah Majistret Kuala Lumpur mengenai saman kad kredit dari bank rakyat yang bakal dibicarakan pada rabu ini, 17/2/2016. Saya memohon penjelasan dari pihak Tuan mengenai apakah persediaan yang perlu saya buat. Saya tidak ada pengalaman dalam perbicaraan mahkamah sebelum ini. Mohon bantuan dari pihak Tuan. Sekain terima kasih.

    • Wa’alaikumussalam Tuan Helmi

      Arahan Mahkamah

      SILA BUAT DENGAN SEGERA. Kegagalan Tuan bertindak mungkin akan menyebabkan Bank “MENANG TANPA BERTANDING” dan episod “SENGSARA” bakal bermula. Bawa surat tu Ke Mahkamah Majistret dan pergi ke Kaunter Mahkamah. Nyatakan Tuan hendak memfailkan kehadiran pada tarikh tersebut. Buat bayaran dan dapatkan resit. Maklumkan kepada peguam Bank Rakyat yang Tuan akan hadir pada hari itu. Ada beberapa perkara yang boleh dilakukan:

      1) Kalau ada keupayaan kewangan untuk membuat cadangan pembayaran, mohon dengan Majistret untuk menangguhkan tarikh pendengaran ke tarikh yang lain untuk membuat perbincangan secara terus dengan Bank atau melalui AKPK atau Bank Negara

      2) Jika tiada keupayaan dan untuk “melambat lambatkan permainan”, cuba mohon untuk dapatkan penangguhan untuk mencari “lawyer” (sebenarnya nak wakili diri sendiri)

      3) Kalau tidak dibenarkan (perkara 2 diatas), bantah kadar faedah yang diminta oleh Bank selepas Penghakiman iaitu kadar faedah yang sama dengan kadar yang biasa padahal ianya sepatutnya hanya 5% sahaja mengikut ATURAN DAN KAEDAH MAHKAMAH 2012. Kalau gambar surat tak keluar kat sini, sila rujuk Page FB saya disini:

      https://www.facebook.com/ceritahutang/photos/a.472754979549370.1073741828.323566051134931/578305828994284/?type=3&theater

      Copy dan print surat ni dan bawak pada hari pendengaran kes.

      • Terima kasih atas komen Tuan. Esok saya akan pergi ke mahakamah majistret dan mengesahkan kehadiran. Berapa jumlah bayaran yang perlu dibayar? Adakah cukup dengan mahkamah saja saya mengesahkan kehadiran? Adakah perlu saya telefon peguam bank rakyat dan sekiranya saya tidak telefon mereka apakah kesannya? Selain dari surat yang Tuan suruh saya print, adakah dokumen lain yang saya perlu bawa? Adakah perbicaraan akan memakan masa yang lama? Maaf kerana banyak pertanyaan, saya memang tidak ada pengalaman.

        Saya sebenarnya sudah berhenti kerja dan tidak mempunyai pekerjaan tetap. Buat masa ini hanya melakukan pekerjaan sambilan yang hanya cukup2 makan untuk tanggung anak dan isteri. Saya tinggal menumpang dirumah mak ayah. Jadi option 1 yang dicadangkan Tuan mungkin tidak dapat saya lakukan. Untuk option 2 saya tidak tahu sehingga tempoh mana untuk meminta ditangguhkan perbicaraan. Jadi yang ada sekarang hanyalah option 3.

        • Wa’alaikumussalam Tuan Helmi

          Bayarannya tak mahal tapi saya tak pasti jumlah yang tepat, bawah RM20.00. Bagus kalau hubungi peguam yang Tuan akan hadir. Kalau tidak mereka akan “mengandaikan” peminjam tidak hadir seperti biasa dan akan terus memasukkan Penghakiman dan balik. Pastikan pada hari tu datang awal pagi (terutamanya untuk parking) dan tanyakan kerani/pegawai Mahkamah dimana kes akan didengar. Ia tidak memakan masa yang lama kerana ini bukan perbicaraan lagi cuma “pendengaran” sahaja. Kalau tak datang 5 -10 minit dah selesai. Bawak pengenalan diri dan surat tu aje untuk memastikan kadar yang dicaj adalah seperti yang ditetapkan oleh Mahkamah. Selamat berjaya.

          • Assalamualaikum Tuan Abu Ammar.

            Semalam saya dah pun menghadiri pendengaran kes bagi tuntutan yang dikemukakan oleh bank rakyat. Kes ditetapkan bermula pukul 9 pagi namun disebabkkan ramainya peguam yang hadir bagi perbicaraan mereka jadi kes saya disebut pada pukul 11.30 pagi. Peguam bagi bank rakyat tidak datang maka hanya saya dan pihak mahkamah yang meneruskan perbicaraan.

            Tuntutan kadar keuntungan sebanyak 18% tidak dapat dibantah mengikut kadar bunga seperti yang diposkan oleh Tuan kerana caj itu telah pun termaktub didalam perjanjian semasa saya sign borang untuk mendapatkan kad kredit tersebut. Pihak mahkamah menyuruh saya berbincang semula dengan pihak bank rakyat mengenai cara penyelesaian pembayaran dan mahkamah telah menetapkan sebutan pada bulan hadapan untuk mendengar hasil perbincangan dengan bank rakyat.

            Saya mohon pandangan dari pihak Tuan sekiranya ada cadangan atau tindakan yang patut saya lakukan. Terima kasih

          • Wa’alaikumussalam Tuan Helmi

            Saya ada berbincang dengan rakan rakan Loyar dalam bab ini dan masing masing mempunyai pendapat yang berbeza. Ada yang kata kalau ada dalam perjanjian dibenarkan buat dan ada yang kata boleh lawan. Inilah masalah klausa klausa undang undang yang menggunakan perkataan perkataan “terbuka” selalunya tiada koma dan berjela jela.

            Namun begitu mereka bersetuju bahawa mereka “terpaksa” mengikut kehendak pelanggan mereka iaitu Bank dan melawan perkara sedemikian akan menjejaskan periuk nasi mereka atas dasar “conflict of interest”

            Dalam bab interpretasi ni mereka akan menggunakannya bagi kepentingan mereka. Biasalah kata diaorang, kita “cari makan” cara ni. Cuma kita mengharapkan kalau ada Loyar yang sanggup “mencemar duli” untuk mempertikaikan perkara ini. Tuan Hakim pun mempunyai pendapat yang berbeza beza. Ada yang cenderung kepada Bank berdasarkan hujah yang diberikan dan ada juga sebaliknya.

            Kalau macam ni gayanya maka akan terus teraniayalah peminjam peminjam dengan perjanjian yang mereka tandatangani (walaupun dari segi undang undang dah kira setuju dan sudah semestinya Bank akan mengatakan tidak ada paksaan dalam menandatangani perjanjian dan peminjam SEPATUTNYA baca perjanjian dengan teliti. Yelah berapa ramai yang baca dan masuk perangkap?) Nak lawan pun tak berapa faham undang undang. Tapi ada yang memperjuangkan hak mereka dan menang (lawan sendiri tanpa Loyar) walaupun jumlah mereka tidak ramai.

            Jadi jangan putus harapan. Kalau ada salinan perjanjian boleh semak balik. Selama ni tidak ramai yang mempertikaikan perkara sedemikian dan ia telah berlaku sekian lama. Ada masa sebulan untuk buat semakan manalah tahu masih boleh membuat bantahan jika klausa berkenaan juga adalah klausa yang umum.

  39. Assalammualaikum Tuan, saya nak bertanya sesuatu yang agak penting di sini. Sebelum ni, akaun saya pernah kena garnisi sebab payment credit card saya dengan CIMB tak cantik; walaupun saya bayar bulan-bulan. Alasan dorang freeze sebab saya hanya bayar minimum payment kat dorang instead of full payment. So, disebabkan gaji saya masuk CIMB dan kad kredit saya pun bawah CIMB, tu yang dorang freeze akaun saya. Gaji langsung tak leh bawak keluar 🙁 Tapi, tu cerita 3 tahun sudah.

    Sekarang ni saya diganggu oleh debt collector untuk al-rajhi bank. masalahnya, boleh ke akaun bank yang selalu digunakan untuk pembayaran gaji saya ni kena garnisi lagi dengan al-rajhi, sebab saya guna akaun maybank sekarang ni. Mintak jasa pihak Tuan untuk berikan penjelasan pada saya.

    Lagi satu, saya buat pinjaman Islam dari Al-Rajhi untuk makcik saya, tapi sebab atas nama saya, debt collector call and bersikap sangat kurang ajar. Padahal sebelum ni tak penah call pun, dah dekat 8 tahun dah. Number telefon yang saya pakai ni pun, baru lagi. Tak tahu macam mana dorang dapat. Saya suspect menerusi maklumat yang saya furnish untuk permohonan BR1M. Boleh ke macam ni Tuan? Menyebarkan maklumat peribadi kepada pihak2 lain? Lagi satu, hutang saya tu RM7,000 dan sekarang ikut debt collector tu, jumlah dah naik hingga RM10,300. Debt collector kata tindakan sitaan pada harta saya akan dibuat. Kalau tak nak jadik macam tu, saya kena bayar full secepat mungkin. Alternatif lain, kena bayar RM 5,300 dalam minggu ni. Apa perlu saya buat Tuan? Mohon sangat-sangat pencerahan

  40. Boleh ker pengutip hutang menghantar surat kpd jabatan kerana penghutang kakitangan kerajaan dan katanya selepas surat itu dihantar penghutang akan digantung kerja

      • Terima kasih saudara Amar..saya takut sebab dia bg tahu kaki tangan kerajaan yg berhutang akan dikenakan tindakan tatatertib…sekarang saya lega..tp dia dah pun call pejabat saya dan maklumkan tindakan akan dikenakan..saya rasa malu sangat..saya nak banyar dgn ansuran.tp agen wajibkan saya bayar 5k dulu baru boleh bayar ansuran..dan minta saya buat goverment loan utk bayar 5k. Kalo gagal dlm masa seminggu mereka akan hantar surat ke jabatan.utk tindakan tatatertib isitu penggantungan kerja atau dibuang kerja.

        • Cik/Puan Umie Salmah

          Hutang dengan Bank mana ni? Sila buat aduan rasmi kepada Bank Negara tentang tingkah laku Agen Kutip Hutang yang tidak beretika. Tak perlu rasa malu sangat sebab orang lain pun hutang menimbun nimbun.

          Jangan layan Agen tu dan JANGAN buat bayaran satu sen pun kepada Agen ni. Pergi buat rundingan dengan Bank atau AKPK. Explain kat bos masalah kita. Buat aduan tu dulu. Panduan ada disni:

          http://www.ceritahutangbankdananda.com/index.php/jom-buat-aduan-kes-agen-kutip-hutang-tidak-beretika/

          dan baca ni:

          http://www.ceritahutangbankdananda.com/index.php/2015/10/11/panduan-menangani-agen-kutip-hutang/

          Berkenaan dengan Potong Gaji, ia TIDAK BOLEH dibuat sewenang wenangnya seperti yang diTEMBERANGkan oleh Agen Kutip Hutang. Berikut adalah petikan dari Akta Pekerja berkenaan dengan potongan gaji dan keutamnaannya:

          EMPLOYMENT ACT 1955

          PART VI – PRIORITY OF WAGES

          Priority of wages over other debts

          (1) Where by order of a court made upon the application of any
          person holding a mortgage, charge, lien or decree (hereinafter referred to as ?the secured creditor?) or in the exercise of rights under a debenture the property of any person (hereinafter referred to as ?the person liable?) liable under any of the provisions of this Act to pay the wages due to any employee or to pay money due to any contractor for labour is sold, or any money due to the person liable is attached or garnished, the court or the receiver or manager shall not authorize payment of the proceeds of the sale, or of the money so attached or garnished, to the secured creditor or the debenture holder until the court or the receiver or manager shall have ascertained and caused to be paid, out of such proceeds or money, the wages of such employee, or the money due to any contractor for labour under a contract between him and the person liable, which the person liable was liable to pay at the date of such sale, attachment or garnishment:

          Provided that this section shall only apply to the sale of a place of employment on which—

          (a) any employee to whom wages are due as aforesaid;

          (b) any employee to whom wages are due by such contractor for labour as aforesaid;

          (c) any contractor for labour to whom money is owed on account of the sub-contract by the contractor for labour as aforesaid,

          was employed or worked at the time when such wages were earned or such money accrued due, and to the proceeds of the sale of any products of such place of employment and of any movable property therein used in connection with such employment and to any money due to the person liable on account of work performed by such employee or contractor for labour or derived from the sale of the products of such work:

          Provided further that—

          (a) where the person liable is an employer the total amount of the wages of any employee to which priority over the claim of a secured creditor is given by this section shall not exceed the amount due by the employer to the employee as wages for any four consecutive months’ work;

          (b) where the person liable is a principal and where the wages are claimed from such principal under section 33 the total amount of the wages of any employees to which priority over the claim of a secured creditor is given by this section shall not exceed the amount due by the principal to the contractor at the date of the sale, attachment or garnishment unless the contractor is also a contractor for labour;

          (c) where the person liable is a contractor or sub-contractor who (c) where the person liable is a contractor or sub-contractor who owes money to a contractor for labour the total amount due to such contractor for labour to which priority over the claim of a secured creditor is given by this section shall not exceed the amount due by such contractor for labour to his employees (including any further contractor for labour under such first-mentioned contractor for labour) for any four consecutive months’ work.

          (2) In this section, except for the second proviso, ?wages? includes termination and lay-off benefits, annual leave pay, sick leave pay, public holiday pay and maternity allowance.

          • Terima kasih..saudara Rabu ni agen tu nak cal utk confirmkn bayaran 5k..senang saya nak berurusan kalau macam ni..terima kasih banyak2

  41. Terima kasih Tuan Ammar atas penerangan yg detail.
    Saya call bank untuk dptkan statement utk tujuan akpk. Pegawai bank beritahu, sy boleh dptkan statement terus dr akpk. Katanya baru 2 bulan di laksanakan.
    sy akan call akpk dulu untuk kepastian. Takut nanti dtg dgn tangan kosong, diorang suruh balik plk, dh la sy dk jauh.

  42. Assalamualakum
    Saya ingin meminta sedikit penjelasan dr Tuan.Harap penjelasan Tuan dpt membantu saya.
    Pagi ini sy br menerima panggilan dr sebuah agen pengutip hutang barangkali. Sbb sy kurang jelas bila mereka memperkenalkan diri.
    Apa yg mereka beritahu saya, adakah saya punya hutang tertunggak dgn bank. Sy jawab ‘ya’.
    Kemudian mereka beritahu saya pegawai mereka beserta polis akan datang utk menyita barangan di rumah saya.
    Hutang tertunggak sy spt yg diberitahu mrk adlh sebanyak 8000++.
    Soalan saya ialah bolehkah mereka menyita barangan di rumah saya?
    Bolehkah saya menghubungi pihak bank secara terus berhubung perkara ini?ADakah pihak bank akn melayani saya?
    Mohon penjelasan.
    Terima kasih.

  43. Salam, sy ada hutang kad kredit tidak berbayar sejak 2009 berjumlah rm6000. Dr awal 2016 sy pendapat panggilan katanya dr rhb bank meminta sy bayar rm3000 jika tidak rumah akan disita. Katanya surat makamah telah dikeluarkan pada 2009. Sy ada buat bayaran bulanan pada 2014 tp berheti sbb masalah kewangan.

    No telefon 0327278822 (private no) rhb collection.

    Laporan ctos sy dah email pd tuan pd 22.1.2016
    T.kasih

    • Assalamualaikum Mas

      Agen Kutip Hutang memang macam tu. Gempaq nak sita, bawak ke Mahkamah atau beku akaun yang sebenarnya dia TAK BOLEH BUAT. Hubungi Bank untuk mendapatkan baki yang sebenar dan kalau nak selesaikan hutang, boleh minta bantuan AKPK untuk mengurangkan kadar faedah dan pembayaran yang lebih sistematik.

      Lapuran CTOS tak ada masalah. Cuba buat rundingan dulu. Jangan percaya dengan Geng Kutip Hutang. Baca tentang bab sita menyita disini:

      https://www.facebook.com/ceritahutang/posts/534912356666965

      • Terima kasih tuan.

        Sy ada hubungi bank untuk bayran ansuran yang lebih rendah tp tidak dilayan. Boleh tak kalau sy bayar ansuran spt biasa tanpa ada persetujuan apa2 dr bank.

        • Assalamualaikum Mas

          “Ansuran” bulanan bagi akaun Kad Kredit tidak sama dengan ansuran bulanan pinjaman kereta, pinjaman peribadi dan pinjaman perumahan dan struktur denda lewat bayar juga berlainan iaitu denda lewat bayar dikira atas jumlah tunggakan dan bukan baki keseluruhan.

          Baki akaun Kad kredit, denda lewat bayar adalah tinggi iaitu dari 16 – 18% atau lebih mengikut baki bulanan dan stuktur faedah ini akan di”kompaun” kan iaitu jumlah baki + faedah akan menjadi “baki baru” pada bulan berikutnya jadi jumlah kena bayar atau “ansuran bulanan” bayaran minima akan sentiasa berubah apatah lagi jika tunggakan adalah berpanjangan.

          Sebagai contoh, Mas nak bayar “ansuran” RM300 sebulan tetapi faedah yang terkumpul katakan 800 dan baki pokok masih lagi RM3,000. Jadi bayaran “ansuran” akan hanya membayar faedah yang sudah semestinya tidak cukup dan akan meningkat kebulan berikutnya dan ia akan berteruan tanpa menjejaskan baki pokok.

          Salah satu cara untuk menghentikan kegilaan faedah ini ialah memohon bantuan AKPK untuk merundingkan satu jumlah penyelesaian muktamad atau penurunan kadar faedah supaya hutang ini boleh diselesaikan dengan satu jumlah “ansuran” yang berpatutan dan tidak membebankan.

  44. Asalamualaikum tuan.. saya md razif dan pernah membuat pinjaman peribadi dibank rakyat pd tahun 2000 yang berjumlah 12ribu tapi cuma diberi 11500 kerana 500 dimasukkan ke dalam saham( wajib beli saham)

    Saya ada 2 penjamin …1berkerja sebagai tentera lauu dilumut dan 1 lagek bekerkerja sama pejabat dgn saya.

    Semua pembayaran adalah baik utk 2 tahun.. namun agak malang bagi saya dan kwn sekerja terpaksa terima vss.

    Sejak hari tu saya susah membuat pembayar secara tetap ( 270rm/bulan)

    Lama kelamaan saya gagal melunaskan hutang,bermula tahun 2002. Kehdpan agak uru hara bersama anak (1) dlm jagaan saya.

    Pada tahun 2011 Kawan( bekas rakan sekerja) yang penjadi penjamin berbaik hati ingin menolong melunaskan separuh hutang iaitu Rm 6000.

    Selepas pembayar….beliau telah dikeluarkan dr ikatan penjamin. Pihak bank tidak membuat sebarang panggilan lagi berkenaan baki hutang sebanyak Rm 5700.

    Namun pada 2015 saya terima panggilan dr agen bnk meminta saya jelaskan Rm 6000… dan mengugut jika tidak dijelaskan pihak bnk akan menyita dan melelong rumah dan brg dlm rumah

    Saya terus ke hq bnk rakyat..berjumpa pegawai ..saya jelaskan saya kini penerima asnaf baitulmal sebaganyak rm350 sebulan..diatas penyakit kronik kencing manis dan darah tinggi..

    Saya hanya mampu byr 50Rm sebulan tetapi saya telah terima panggilan dr agent pada hari ini supaya membayar Rm 1000.

    Perlukah saya pergi ke BNM utk membuat rundingan bayaran?

    Terima kasih tuan

    • Wa’alaikumussalam Tuan Syafiq

      Kalau setakat Agen ugut nak sita barang, rumah, sita rumah atau beku akaun itu TEMBERANG aje. Sila baca post Page FB saya disini:

      https://www.facebook.com/ceritahutang/posts/534912356666965

      Tuan boleh cuba membuat rundingan bayaran tetapi kalau nak bayar RM50.00 pada saya baik tak usah bukan kerana saya tidak galakkan Tuan bayar hutang tu tapi jumlah itu tak cukup untuk bayar faedah dan Tuan akan membayar untuk selama lamanya tanpa menjejaskan baki pokok. Biasanya rundingan pembayaran ialah pembayaran sejumlah wang yang agak besar iaitu 40% – 50% dari baki dikuti dengan jumlah bayaran bulanan yang MENCUKUPI untuk cover interest dan pokok.

      Jadi buat masa ni “layan” ajelah Agen Kutip Hutang atau “buat pekak” kerana memang kita hanya mampu bayar RM50 dengan syarat tiada lagi faedah dikenakan kalau tidak sia sia saja bayar sebab pokok tak luak. Kalau tak mau diganggu, install applikasi “Truecaller” dan “True Messenger” untuk block call dan sms diaorang. Kalau dia datang melawat pun cakap benda yang sama. Dia orang tiada kuasa mengambil tindakan undang undang. Baki pun tak banyak.

      Oh ya, lupa pulak saya. Sebab ada penjamin tu ada masalah sikit sebab kita tak mau menyusahkan dia. Saya doakan supaya ALLAH memurahkan rezeki Tuan supaya boleh menyelesaikan hutang ini secepat mungkin. Aameen.

      • Subhanallah….syukur pada penjelasan tuan dan doa dari tuan untuk saya dan anak…insyallah saya akan dpt jelaskan semua baki hutang dan membyr semula jasa baik rakan sekerja yg membantu.pd tuan semoga Allah permudahkan jalan hdp dan rezeki tuan kerana membantu kami yg terjebak dgn hutang dgn ikhlas. AMIN ya Allah

  45. Hi! Please allow me to use English here. I have someone (runner) go to old hse, current hse & my employer office to meet me. They mention they from Jabatan Undang Undang. I ask them to left the letter to my letter box for me but they refused to do it.

    Today they contacted me to ask me to call his superior. His superior sms me to call back after a missed call.

    The superior mentioned him was from Makahmah Jln Duta. He want to serve me a lawyer letter (I think was Judgement Debtor Summon – RM36, 200.00 from MBB Card -) I owed and never pay 6-7yrs ago. If you not attend court case, they will warrant me. He said if in court settle will sum up to RM42, 000.00. He can “drop” this summon if I can give RM6, 200.00 this Monday.

    My questions is as follows:
    1. Is it real Judgement Debtor Summon? Why they can’t mail to me, and want to meet me?
    2. If is court case, can I offer very low installment? Will it be very trouble to make court case appointment? B’cos I not easy to take leave.

    My current situation was very though, I being transfer to retail assistant from Sales Manager after company wind down the wholesale dept. And have to agree cut pay too. I also owe my manager money and owe 3 banks PL long time never pay like MBB.

    Seeking your opinion and advise

    Thanks.

    • Dear Brad

      There is no problem in using English here. First of all, you need to check whether there is a Judgment entered against you for that particular loan. Do a CTOS check at http://www.ctos.com.my/CTOSHOME/selfcheck.html Register the id (click on CTOS User ID) and follow the instructions on screen. When you have registered, you can extract the simplified report. More details can be obtained by paying RM10 online. When you get the result, please send an email to me at codetyco@ceritahutangbankdananda.com.

      Here is a good link on how to do a CTOS check. Credit to the author and thanks.

      http://www.chatpropertymalaysia.com/how-to-check-your-credit-records-via-ccris-and-ctos/

      From the description of those people from “Jabatan Undang Undang”, from “Mahkamah Jalan Duta” especially the statement “He can “drop” this summon if I can give RM6, 200.00 this Monday.” , I can assure you these people are bill collectors and are trying to pull a fast one on you.

      In order to proceed with Judgment Debtor Summons, obviously a Judgment MUST be obtained first against the Debtor. The procedure is to serve the Summon to the debtor asking him/her to attend Court to give a detailed income and expenditure statement and whatever problems he/she may have and the Court will decide how much he/she should pay to the Creditor/Bank. If the adjudged amount is not paid, he/she may be summoned again to explain why he/she should not be sent to prison for contempt of Court/disobeying a Court order.

      If you have been served a Summon for this procedure and you don’t attend three times, a warrant of arrest can be issued against you. A SUMMON TO ATTEND COURT IS WHAT IT IS. A SUMMON TO ATTEND. NO NEGOTIATION THAT IF YOU PAY, NO NEED TO ATTEND. THAT IS BULLSHIT. Summon is served by a process server (normally a Lawyer’s runner or despatch clerk) and that’s it. It is issued by the Court and NOBODY has the right to delay or overwrite it unless it is withdrawn by the Court, NOT anybody else, unless Courts Mammoth is issuing it.

      Check your legal status first. Don’t get conned by the Collection Agents.

  46. Salam tuan Amar,

    Saya baru sahaja merujuk beberapa perkara dari blog tuan berkaitan dengan hutang saya. Saya sememangnya mempunyai hutang keliling pinggang dengan pihak bank, yang besar pinjaman peribadi dari Bank Rakyat dan yang lain hutang kad kredit dari beberapa bank lain.

    Saya telah berhenti membayar segala bayaran bulanan hutang2 ini sejak 2005 mungkin setelah saya bertukar kerja dan mengalami masalah kesempitan ekonomi.

    Selama ini saya memang telah cuba diburu oleh bank collector tapi saya kerap bertukar nombor dan berpindah randah. Saya ada cuba approach AKPK sekitar tahun 2006 tapi pelan pembayaran yang dicadangkan juga tidak mampu saya komited.

    Baru2 ini saya telah terima surat (di kg) dari collector dari bank rakyat dan percubaan panggilan (saya tak angkat) dan sms dari mereka. Saya sertakan lampiran surat/sms dari mereka.

    Saya concern pinjaman peribadi bank rakyat saya kerana melibatkan penjamin kawan sekerja saya dulu. Saya tidak mahu menyusahkan hidup orang lain dan saya sanggup cuba untuk deal bayaran dengan pihak collector.

    Saya ada terpikir nak cuba approach AKPK semula untuk program bayaran mereka. Jadi saya dalam dilema sama ada saya perlu berurusan dengan collector (yang saya tak suka) atau terus approcah AKPK.

    Mohon pencerahan dan pandangan tuan amar dengan masalah debt saya ini.

    Terima kasih.

    • Wa’alaikumussalam Aerol

      Cuab Aerol berikan atau senaraikan jenis jenis hutang, anggaran baki hutang dan tarikh akhir bayaran supaya boleh diketahui kedudukan sebenar. Tarikh mula pinjaman juga perlu dinyatakan. Saya bukan nak menyelidik tentang hutang Aerol (saya tak kenal pun dan pembaca pun tak kenal, hanya sebagai panduan dan perkongsian bagi mereka yang mempunyai masalah yang sama.

      Maklumat Aerol tidak berapa jelas kerana adakah semua hutang tersebut tidak dibayar sejak tahun 2005? Ada pernah terima apa apa surat Loyar atau Writ Saman? Saya cadangkan supaya Aerol buat semakan dengan CTOS di http://www.ctos.com.my/CTOSHOME/selfcheck.html (scan MyKad depan belakang untuk diemailkan untuk pengesahan). Register id (klik CTOS User ID) dan ikut arahan di Skrin. Kalau tak silap saya bila dah regiater Id, satu lapuran ringkas akan diberi. Ia akan memberikan indikasi kalau ada tindakan undang undang.

      Nak tahu lebih lanjut bayar RM10 secara online untuk dapatkan lapuran secara detail. Bila dah dapat keputusan rujuk semula disini dengan email kepada saya di codetyco@ceritahutangbankdananda.com. Baru kita boleh tahu setakat mana tindakan undang undang yang telah dikenakan.

      Cara cara nak check CTOS ada kat link ini. Kredit kepada penulisnya dan terima kasih kita ucapkan.

      http://www.chatpropertymalaysia.com/how-to-check-your-credit-records-via-ccris-and-ctos/

      Hati hati bila nak deal dengan Agen Kutip Hutang berbanding dengan Bank kerana Agen ada kepentingan peribadi mereka iaitu memaksimakan pendapatan mereka melalui kutipan duit dengan kita. Kadang kadang Bank dah “jual” hutang pada Agen katakan pada “harga” RM5K walaupun hutang sebenar (campur interest yang masih berjalan) katakan RM10K. Agen akan menuntut jumlah penuh RM10K tetapi telah bermurah hati bagi “diskaun” RM3K dan suruh bayar RM7K. Agen dapat untung RM2K. Contoh la.

      Ada juga peminjam yang sedang dikenakan tindakan keBankrapan atau dah Bankrap pun tetapi telah membayar Agen Kutip Hutang kerana tidak tahu yang sebenarnya menyalahi undang undang kerana kalau dah Bankrap, segala urusannya ditadbir oleh Jabatan Insolvensi Malaysia.

      Sebab itu saya sarankan supaya semak status Aerol dulu dan tengok kes hutang satu persatu.

  47. Assalamu’alaikum tuan. Maafkan saya kerana mengganggu. Saya AMAT TERTARIK dengan bantuan tuan pada insan-insan yang terjebak dengan hutang KOWAJA ni, termasuklah saya.

    Dipendekkan cerita, saya ada membuat pinjaman peribadi di Kowaja dengan dua akaun (maksudnya pinjam 2kali bertindan). Amaun yang saya pinjam bagi yg pertama tu dlm 30k, dan yg kedua tu dlm 20k. Pinjaman yg pertama tu telah saya bayar dlm 7 tahun, dan yg kedua tu dlm 5 thn.., bayaran balik 10 thn. Saya cuma bayar pinjaman balik tu melalui potongan gaji setakat Feb 2014 kerana saya telah bersara awal sebagai kakitangan awam.

    Pernah suatu ketika pihak ‘peguam Kowaja’ telefon saya minta langsaikan hutang pertama tu yg katanya berbaki 26k. Saya amat terkejut. Entah macam mana, boleh pulak dia mintak bayar 2.6k sahaja. Saya rasa saya telah tertipu di sini. Saya bayar secara bank-in dgn nombor akaun yg diberi. Pernah selepas itu beberapa org staff katanya dari Kowaja (lelaki dan perempuan melayu) bertanyakan tentang installment bulanan saya. Lepas tu mereka senyap hingga sekarang.

    Tuan,
    Saya rasa amat risau dgn perkara ini kerana amat pelik dgn baki hutang yg sebanyak itu. Saya masih simpan surat perjanjian pinjaman tersebut, dan saya pernah nyatakan kekesalan saya dgn pihak Kowaja mengurus baki pinjaman peminjam. Saya juga pernah nyatakan pd pihak yg menelefon saya itu supaya menghantar surat secara rasmi berapakah amaun bulanan yg perlu saya bayar kerana saya tidak berapa pasti amaun sebenar kerana terdahulu ia dibuat melalui potongan gaji sahaja. Tujuan saya adalah supaya bolehlah saya membuat rayuan utk mengecilkan bayaran bulanan saya itu sekiranya ada surat secara rasmi. Saya juga pernah nyatakan dengan sedikit nasihat supaya jangan buat begitu pd peminjam, dan saya nyatakan bahawa saya boleh ‘lawan’ Kowaja berdasarkan surat perjanjian yg langsung tiada tandatangan saya (ada tandatangan tapi bukan tandatangan saya, dan ada cop jari yg sememangnya bukan cop jari saya).

    Saya akui yg saya memang tak mampu nak bayar installment dgn jumlah yg tinggi (setakat rm200/300 pun belum tentu).

    Tuan,
    Apa yg perlu saya lakukan sekarang? Kadang tergerak hati nak minta bantuan AKPK, tp saya masih ‘hanging’ kat sini. Tolonglah beri sedikit nasihat pd saya….

    Terima kasih banyak.

    • Wa’alaikumussalam Tuan Zul

      Apakah maksud Tuan dengan:

      “saya nyatakan bahawa saya boleh ‘lawan’ Kowaja berdasarkan surat perjanjian yg langsung tiada tandatangan saya (ada tandatangan tapi bukan tandatangan saya, dan ada cop jari yg sememangnya bukan cop jari saya).”

      Adakah salah satu perjanjian itu satu penipuan atau kedua duanya sekali bukan tandatangan dan cap jari Tuan? Bagaimana ia boleh berlaku? Ini memang boleh “lawan” jika terbukti benar. KOWAJA ada menggunakan khidmat Agen Kutip Hutang jadi tidak dapat dipastikan yang berhubung dengan Tuan adalah betl betul dari KOWAJA.

      Saya cadangkan Tuan pergi ke KOWAJA dan dapatkan penyata baki terkini. Kalau ada salinan perjanjian saya mohon jasa baik supaya boleh scan dan email kepada saya di codetyco@ceritahutangbankdananda.com kerana saya ingin menganalisa terma terma perjanjian yang saya rasa mengelirukan. Saya sarankan juga supaya buat semakan dengan CTOS di http://www.ctos.com.my/CTOSHOME/selfcheck.html (scan MyKad depan belakang untuk diemailkan untuk pengesahan). Register id (klik CTOS User ID) dan ikut arahan di Skrin. Kalau tak silap saya bila dah register Id, satu lapuran ringkas akan diberi. Ia akan memberikan indikasi kalau ada tindakan undang undang.

      Nak tahu lebih lanjut bayar RM10 secara online untuk dapatkan lapuran secara detail. Bila dah dapat keputusan rujuk semula disini dengan email kepada saya di codetyco@ceritahutangbankdananda.com. Baru kita boleh tahu setakat mana tindakan undang undang yang telah dikenakan.

      Cara cara nak check CTOS ada kat link ini. Kredit kepada penulisnya dan terima kasih kita ucapkan.

      http://www.chatpropertymalaysia.com/how-to-check-your-credit-records-via-ccris-and-ctos/

      Kita kena tahu baki sebenar dan apa tindakan undang undang setakat ini.

  48. Salam..tuan..saya ada membuat pinjaman peribadi gan bank..sekarang dah tertunggak selama 10 bulan kerana pihak majikan tidak membuat ptongan angkasa atas sebab2 tertentu. saya juga mempunyai masalah kewangan menyebabkan saya tidak membayar pinjaman tersebut setiap bulan. Namun begitu, sekarnag ini setiap bulan, pinjaman telah dibuat ptongan gaji melalui angkasa kepada pihak bank.Saya ada menerima surat daripada bank untuk ke mahkmah, tapi saya sudah terlepas daripada tarikh tersebut. Semalam, pihak bank call untuk datang menyita rumah dan memohon saya membayar wang sebanyak RM5k pada tarikh dia call. Saya merayu untuk minta tangguhkan sebab saya memang tiada wang buat masa ini, namun tidak diterima …
    .Apa perlu saya buat, hari ini pihak bank call nak p ke rumah saya..harap bantu..

    • Wa’alaikumussalam Feezah

      Pernah kah Cik/Puan menerima Surat Tuntutan, Writ Saman atau telah ada Penghakiman Ingkar yang telah dijatuhkan? Kalau tidak pasti, semak dengan CTOS di http://www.ctos.com.my/CTOSHOME/selfcheck.html (scan MyKad depan belakang untuk diemailkan untuk pengesahan). Register id (klik CTOS User ID) dan ikut arahan di Skrin. Kalau tak silap saya bila dah regiater Id, satu lapuran ringkas akan diberi. Ia akan memberikan indikasi kalau ada tindakan undang undang.

      Nak tahu lebih lanjut bayar RM10 secara online untuk dapatkan lapuran secara detail. Bila dah dapat keputusan rujuk semula disini dengan email kepada saya di codetyco@ceritahutangbankdananda.com. Baru kita boleh tahu setakat mana tindakan undang undang yang telah dikenakan.

      Cara cara nak check CTOS ada kat link ini. Kredit kepada penulisnya dan terima kasih kita ucapkan.

      http://www.chatpropertymalaysia.com/how-to-check-your-credit-records-via-ccris-and-ctos/

      Kalau tiada Penghakiman, maka MUSTAHIL akan ada tindakan Penyitaan atau yang lainnya .Semunya BOHONG belaka. Sila baca post terbaru saya tentang TEMBERANG TEMBERANG ni di:

      https://www.facebook.com/ceritahutang/posts/564105717080962:0

      dan banyak lagi panduan di Page saya https://www.facebook.com/ceritahutang/

      Fahami juga proses tindakan undang undang yang sebenar secara ringkasnya:

      1) Loyar menghantar Notis Tuntutan kepada peminjam meminta tunggakan memberi masa 14 hari atau menamatkan perjanjian

      2) Atas arahan Bank, jika tiada bayaran, Tuan Loyar akan menfailkan Saman di Mahkamah menuntut baki hutang. Dalam Writ Saman ini ada Notis Tuntutan yang memperincikan segala baki, faedah dan kos yang dituntut.

      3) Selepas mendapat meterai dan pengesahan Mahkamah, Writ Saman ini akan disampaikan secara kediri atau melalui pos kepada Peminjam dialamat yang terakhir yang ada dalam rekod Bank. Biasanya pendengaran kes akan ditetapkan dalam masa 14 hari dari tarikh Writ atau penyampaian itu. Peminjam perlu mendaftarkan diri untuk hadir pada tarikh itu. kalau tidak pada hari itu Penghakiman Ingkar Tanpa Kehadiran akan dikeluarkan.

      4) Selepas itu Bank dan Tuan Loyar akan menunggu salinan Penghakiman yang telah dimeterai dan disahkan oleh Mahkamah

      Tengok juga kat sini pasal Agen Kutip Hutang:

      https://www.facebook.com/ceritahutang/photos/a.472754979549370.1073741828.323566051134931/566181233540077/?type=3&theater

      Jadi kalau tiada rekod tindakan undang undang, biarlah dia datang. Dia mungkin akan kata lori dah standby untuk sita. Itu BOHONG belaka. Dia bukan boleh buat apa apa pun. Kalau betul pun Bailiff Mahkamah datang Kalu kita tak bagi masuk dia TIDAK BOLEH masuk. Jadi kalau yang “ori” pun tak boleh masuk, Agen penipu tu kalau masuk panggil polis suruh tangkap aje la. Kalau ada duit lebih bulan bulan, boleh bincang dengan Bank untuk cover balik jumlah yang tertunggak dengan bayar secra tunai walau pun sudah ada potongan gaji.

  49. assalam & selamat sejahtera..nk tnya.kalau kena bankrap n bank nk lelong brg2 dlm rmh..kalau aset tu milik isteri kena jugak ke ambik? atau yg milik suami shj yg dia ambik? tQ

    • Wa’alaikumussalam Kacang

      Bila kita Bankrap semua hal ehwal kewangan akan ditadbir oleh Jabatan Insolvensi Malaysia. Dalam bab lelong ni biasanya rumah, tanah dan kenderaan yang akan dilelong jika difikirkan perlu oleh Jabatan Insolvensi. Barang barang dalam rumah jika boleh dibuktikan bukan milik siBankrap boleh dikecualikan dan rundingan boleh dibuat dengan Pegawai JIM yang biasanya boleh bertimbangrasa dengan situasi dan masalah siBankrap. Nilainya (barang barang dalam rumah) kalau dilelong pun tidak seberapa dan mungkin kos untuk melelong pun lebih tinggi. JIM bukan agensi yang melelong harta sesuka hati tetapi lebih kepada pentadbiran harta siBankrap dan juga memastikan siBankrap boleh menjalani kehidupan mencari rezeki dengan tidak terbeban dengan status KeBankrapan. Benda ni boleh bincang elok elok insyaALLAH.

      • lega sy dengar macam tu.. tp sy bakal ke mahkamah dlm minggu hadapan sebab sy ada tunggakan dlm RM4000 lebih dgn ‘ Bank Pilihan Anda’.. sy dpt surat minta hadir mahkamah.. jadi tuan, sy agak mungkin akan dikenakan tindakan oleh bank @ atau mahkamah sebab sy x bayar langsung selama 6 bulan ni.. sy dulu org bisnes tapi jatuh n skrg sy bt niaga kecil² jer dulu utk tampung hidup tp bukan bayar hutang. jadi tuan, sy nak minta nasihat apa sy perlu sy buat semasa hadir di mahkamah nanti.? sy memang x kerja dah n langsung xda income masuk selepas bisnes sy jatuh. in shaa Allah sy sedang bangkit semula tp ambik masa shj.

        • Wa’alaikumussalam Mustakim

          Apabila menerima Writ Saman, biasanya peminjam perlu menfailkan kehadiran di Mahkamah. Kalau belum, kena buat besok. Pergi ke kaunter Mahkamah dan tunjukkan Writ Saman dan katakan hendak failkan kehadiran. Buat bayaran dan dapatkan resit. Maklumkan juga kepada peguam yang Tuan akan hadir pada hari itu.

          Pada hari pendengaran kes, datang awal dan pergi ke kaunter dan tanyakan dimana bilik untuk pendengaran kes. Minta pada Majistret untuk penangguhan sebab nak cari Loyar. Ada yang memberikan penangguhan atas alasan yang cari Loyar untuk membuat pembelaan. Ada yang akan memberi penangguhan atau hanya memberi tempoh seminggu untuk berbincang dengan Bank dan satu tarikh lain akan ditetapkan. Boleh delay tapi kalau takde duit atau bantahan yang menasabah Penghakiman akan dijatuhkan juga.

          Persoalannya, jumlah tunggakan dikatakan dalam RM4K tetapi berapakah jumlah tuntutan keseluruhannya? Bila Saman difailkan, ia tidak lagi menuntut tunggakan tetapi jumlah keseluruhan.

          Bila dah dapat Penghakiman maka Bank boleh melaksanakan tindakan tindakan Penghakiman termasuk Bankrapsi jika jumlah Penghakiman + kos + faedah melebihi RM30K

          • sy dah failkan kehadiran untuk hadir perbicaraan, pinjaman keseluruhan dah lebih 30k tuan. kemungkinan besarkah sy bakal bankrapsi? bolehkah sy buat rayuan semasa perbicaraan nanti? jadi sy minta sedikit nasihat dari tuan berkenaan perkara ini, lagi satu tuan ada pernah dengar mengenai bantuan guaman percuma, boleh ke sy gunakan khidmat guaman tersebut atas sebab kalau guna khidmat loyar mesti ada caj dan kos sy perlu tanggung lagi. minta jasa baik tuan.

          • Tuan Mustakim

            Adakah Tuan mempunyai apa apa alasan yang kuat untuk membantah tuntutan Bank? Kalau setakat nak delay, Tuan boleh buat sendiri kerana untuk mendapatkan khidmat Biro Bantuan Guaman akan memakan masa yang lama kerana ia adalah khidmat “percuma” dan perlu melalui beberapa proses saringan sebelum diluluskan dan Tuan pulak kesuntukan masa. Untuk kes ini, Tuan boleh mewakili diri sendiri, tak perlu pakai Loyar.

            1) Setelah menfailkan kehadiran dikaunter Mahkamah dan membuat bayaran, simpan resit yang diberikan dan maklumkan kepada Bank dan Loyar melalui telefon atau surat kerana biasanya Bank dan Loyar akan menganggap peminjam tidak akan hadir dan hanya bersedia untuk memasukkan Penghakiman.

            2) Pada hari pendengaran kes, datang awal supaya boleh mendapat “nafas” dan ketenangan (parking pun senang)

            3) Pergi kekaunter dan tanyakan dimana tempat pendengaran kes selalunya ada nombor bilik. Biasanya akan ada Court Interpreter diluar atau kawasan tersebut dan tanyakan nombor kes dan maklumkan kehadiran Tuan.

            4) Bila sampai masanya, beritahu kepada Majistret/Pendaftar bahawa Tuan minta tangguh untuk mencari Loyar kerana Tuan perlu masa untuk membuat pembelaan. Ada kalanya tarikh baru akan diberikan dan adakalanya Tuan disuruh untuk berbincang dengan Bank dan satu tarikh lain akan diberikan.

            5) Jika ada point nak lawan seperti jumlah kiraan yang salah atau masalah tidak mendapat Notis Tuntutan dan sebagainya, pada tarikh pendengaran yang berikutnya boleh failkan pembelaan sendiri. Kalau ditanya mana Loyar katakan tak dapat cari Loyar yang “mampu bayar” dan mahu mewakili diri sendiri.

            Lakukan bahagian (1) hingga (4) dulu dan lihat apa keputusan pada hari itu. Saya tidak menjanjikan apa yang dijangka berlaku akan berlaku kerana setiap situasi ada kelainan dari segi Majistret dan Pendaftar. Maklumkan semula disini apa yang berlaku.