Proses Tindakan Undang Undang: Pinjaman Peribadi/Persendirian Bahagian 3 1155 Comments


BAHAGIAN 3 – PROSES TINDAKAN PENGHAKIMAN

 

NOTA: Sila fahami tindakan undang undang yang “sah” yang boleh dilakukan oleh Bank kepada peminjam didalam artikel ini. Jika anda diganggu oleh Agen Pengutip Hutang, anda boleh baca artikel berikut untuk mengetahui TEMBERANG mereka disini:

 

BAHAGIAN 1

 

https://www.ceritahutangbankdananda.com/index.php/2015/10/02/pendedahan-eksklusif-bahagian-1-cerita-agen-pengutip-hutang-debt-collection-agency/

 

BAHAGIAN 2

 
https://www.ceritahutangbankdananda.com/index.php/2015/10/05/pendedahan-eksklusif-bahagian-2-cerita-agen-pengutip-hutang-debt-collection-agency/

 

BAHAGIAN 3

 

https://www.ceritahutangbankdananda.com/index.php/2015/10/08/bahagian-akhir-pendedahan-eksklusif-cerita-agen-pengutip-hutang-debt-collection-agency/

 

PANDUAN MENANGANI AGEN PENGUTIP HUTANG

 

https://www.ceritahutangbankdananda.com/index.php/2015/10/11/panduan-menangani-agen-kutip-hutang/

 

HIMPUNAN TEMBERANG AGEN PENGUTIP HUTANG TAHUN 2015 DAN 2016

 

https://www.ceritahutangbankdananda.com/2017/01/himpunan-temberang-temberang-agen-kutip-hutang-2015-dan-2016/

 

 

Kita sambung semula bab tindakan undang undang yang boleh diambil oleh Bank terhadap peminjam yang gagal membayar pinjaman mereka.  Harus diingat bahawa Agen Pengutip Hutang TIDAK BOLEH mengambil tindakan tindakan ini tetapi BOLEH “menggempaq” atau menakut nakutkan peminjam dengan tindakan tindakan berikut:

 

TINDAKAN PENGHAKIMAN

Pada artikel sebelum ini kita telah saksikan bahawa Penghakiman dari Mahkamah telah pun didapati. Jadi kita ulangkaji info grafik atau gambar sebelumnya untuk menyegarkan ingatan anda.

LEGALPROCESSMALAYP6

Untuk melihat dokumen dokumen tindakan undang undang yang sebenar, anda boleh rujuk disini:

 
https://www.ceritahutangbankdananda.com/index.php/2015/09/13/mari-fahami-dokumen-dokumen-undang-undang-yang-ori-dan-yang-palsu/

 
Seperti yang anda boleh lihat, ada beberapa pilihan yang boleh dibuat oleh Bank untuk “memaksa” atau “memujuk” peminjam membuat bayaran melalui Tindakan Penghakiman beserta dengan anggaran masa yang diperlukan untuk melaksanakannya. Kita akan lihat satu persatu Tindakan Penghakiman yang boleh dilaksanakan.

 

 

TINDAKAN KEBANKAPAN

Jikalau jumlah penghakiman beserta dengan faedah selepas Penghakiman (dikira atas jumlah besar atau “seketul” Penghakiman) dan lain lain kos melebehi RM30,000, maka keputusannya agak mudah iaitu Tindakan Kebankrapan kerana itu yang paling ditakuti oleh peminjam kerana banyak “kebebasan” peminjam akan di”bekukan” antaranya ialah:

  • Segala urusan kewangannya akan ditadbir oleh Pegawai dari Jabatan Insolvensi Malaysia.
  •  

  • Akaun Banknya akan dibekukan sehingga mendapat surat kebenaran dari Jabatan Insolvensi.
  •  

  • Si Bankrap perlu menyatakan dan menyerahkan senarai segala aset dan pendapatannya dan maklumat perbelanjaan bulanannya. Pegawai Insolvensi akan menetapkan jumlah yang akan dibayar kepada pihak Pemiutang setelah meneliti dan berbincang dengan peminjam yang sudah Bankrap.
  •  

  • Tidak boleh memegang sebarang jawatan dalam syarikat seperti pengarah dan rakan kongsi.
  •  

  • Tidak boleh keluar dari Malaysia tanpa kebenaran Ketua Pengarah Jabatan Insolvensi. Perlu menyerahkan Paspot antarabangsa jika ada memilikinya.
  •  

  • Jabatan Insolvensi akan menyemak status hutang si Bankrap dengan lain lain Bank dan akan memasukkan segala hutang tersebut dalam rekodnya. Maksudnya jika kes Kebankrapan asal hanya RM30,000, jika ada hutang lain berjumlah RM100,000, ia akan di”campurkan” sekali dan selagi tidak selesai, tidak boleh mendapat pelepasan. Yang lagi haru, kalau ada sesiapa selain dari Bank yang peminjam ada berhutang, boleh memfailkan “Proof of Debt” atau “Penyata Bukti Hutang” dan jumlah ini juga akan dimasukkan sekali. Bayangkan kalau masa muda muda dan nakal dulu selalu menyakat Penjual Roti dan Apek Ais Krim ambik roti dengan aiskrim free tak bayar, jika mereka masih hidup dan dapat tahu peminjam kena Bankrap, mereka boleh membuat tuntutan jika mereka mahu (contoh yang ekstrem la, nak tunjuk kes ni “berat nanang”) Itulah diantara “penangan” menjadi seorang yang Muflis atau Bankrap. Akan tetapi, peminjam masih boleh bekerja seperti biasa cuma perlu mematuhi plan pembayaran dengan Jabatan Insolvensi.

 

Kita masih perlu bersyukur kerana tidak hidup dizaman penjajah British. Ada diberitakan kepada saya pada zaman British dahulu sesiapa yang kena Bankrap hanya boleh memakai seluar pendek, singlet dan selipar sahaja untuk menunjukkan “kedudukan”nya dalam masyarakat. Kalau yang perempuan tak tahu la pulak tapi zaman dulu jarang atau tiada kaum wanita yang kena Bankrap. Ambik pinjaman pun rasanya tak ada. Tolong betulkan saya kalau saya salah.

Jadi Tindakan Penghakiman melalui proses Kebankrapan merupakan “senjata” utama bagi pihak Bank. Bagaimana pulak kalau jumlah tak sampai RM30,000 atau dekat dekat nak sampai RM30,000 tapi belum kesampaian? Kalau dekat dekat nak sampai RM30,000, boleh tunggu sehingga faedah mencukupkan jumlahnya. Kita akan bincang dengan lebih terperinci prosedur kebankrapan ini di posting yang lain (kalau tidak posting ni jadi panjang sangat, ramai yang komplen tak mau artikel panjang panjang, malas nak baca katanya) dan masa yang diambil untuk membuat peminjam seorang Bankrap atau Muflis adalah dalam jangkamasa 6 (ENAM) hingga 8 (LAPAN) bulan sekiranya semuanya berjalan dengan “lancar”.

 

 

 

WRIT OF SEIZURE AND SALE / PERINTAH PENYITAAN DAN JUALAN SECARA LELONGAN

“Masalah” akan timbul apabila jumlah Penghakiman ‘agak jauh” dari RM30,000 dan kalau nak tunggu nak campur dengan faedah, alamat sampai ke TUA kat situ la menunggu maka alternatif lain perlu dicari jika tidak dapat “memujuk” peminjam membayar dengan beransur ansur. Kita boleh lihat grafik dibawah berkenaan dengan suatu penghakiman berjumlah RM14,000, pada kadar faedah 6% dan masa yang diambil untuk mencapai angka lebih dari RM30,000:

JUDGMENT2

Anda boleh lihat sendiri kalau nak tunggu jumlah faedah yang dikompaun pun akan memakan masa 13 (TIGABELAS) tahun lebih atau kira “cincai” 14 (EMPATBELAS) tahun walhal had untuk melakukan Tindakan Penghakiman hanyalah sehingga 12 (DUABELAS) tahun sahaja.  Jadi pilihan seterusnya ialah “Writ of Seizure and Sale” atau secara bebasnya diterjemahkan kepada “Perintah Penyitaan dan Jualan Secara Lelongan“. Ia adalah sebahagian dari “Writ of Execution” atau “Perintah Pelaksanan“. (Kalau nak detail boleh tanya Tuan Loyar anda. Ada beberapa lagi “Rules of Court” yang perlu dipatuhi. Dalam konteks artikel ni, ini sudah memadai)

Dalam kes ini, Bank boleh membuat permohonan kepada Mahkamah untuk mendapat Perintah untuk menyita dan menjual segala barang yang dipercayai milik peminjam yang terdapat didalam rumah yang didiami oleh peminjam tidak termasuk baju yang sedang dipakai (kalau tengah pakai tuala nasib hang lah) dan juga isteri dan anak anak dan lain lain perkara yang menasabah (tidak yang mena”sarawak”) seperti tong gas, periuk belanga, seluar dalam dan peralatan yang digunakan untuk mencari nafkah seperti playar, sepana dan lain lain. Saya tak pasti jika nilainya sudah dipinda tetapi nilai barang barang persendirian tadi tidak melebihi RM200.00. Hmm.. mungkin patut dipinda sebab baju isteri pun kain sahaja dah RM200 lebih. Walaubagaimanapun, budibicara akan diberi dan tidaklah se”extreme” macam tu.

Apa yang akan berlaku ialah setelah mendapat perintah ini, pegawai Bank dengan diiringi oleh “Bailiff” Mahkamah akan pergi kerumah peminjam dan menyenaraikan dan menandakan segala apa yang terdapat dirumah peminjam yang dikira “berharga” dan membuat anggaran nilai setiap barangan tersebut (biasanya murah la dalam 50% harga sebenar) dan menjumlahkannya. Selepas itu peminjam akan diberi masa selama 14 (EMPATBELAS) hari dari tarikh itu untuk membuat bayaran. Sekiranya gagal, kesemua barangan tersebut akan dilelong. Seorang pengawal keselamatan akan ditugaskan untuk “menjaga” rumah peminjam selama 14 (EMPATBELAS) hari untuk memastikan tiada barang yang dibawak keluar oleh peminjam. Kos “jaga” ini akan ditanggung oleh peminjam. Perlu diingat bahawa seandainya perabut dan TV LED 90 inci yang ada dalam rumah peminjam masih ada hutang contohnya dengan Courts Mammoth atau Seng Heng, anda TIDAK BOLEH ambil kerana ia bukan kepunyaan peminjam, Kalau baru ambil sebab nak RAYA (“Skim” 3 bulan baru bayar) lagi haru sebab satu sen pun belum bayar. Jadi kena peka dalam hal ini.

Dalam situasi ini akan banyak berlaku kekecohan kerana faktor malu dengan jiran jiran terutamanya anggaran harga yang diberikan. Itulah yang sebenarnya pihak Bank mahu kerana kalau nak lelong barang pun berapa sangat dapat.  Inilah gunanya pasukan “CSI” untuk membuat analisa awal. Kalau rumah macam istana dan barang barang pun “branded” berbaloi lah jugak. Tapi kalau ada TV hitam putih dan perabut buruk dua tiga ketul tak berbaloi nak buat cuma berbaloi untuk faktor membesarkan ke”malu”an peminjam.

 

IKUTI KISAH SEBENAR TINDAKAN WSS YANG TELAH DILAKUKAN OLEH SEBUAH BANK DISINI:

https://www.ceritahutangbankdananda.com/index.php/2014/08/14/proses-tindakan-undang-undang-pinjaman-peribadipersendirian-bahagian-3/comment-page-5/#comment-1247

 

NOTA: KES MASIH LAGI BERJALAN

RINGKASAN KES: Si Isteri (Peminjam) telah dikenakan tindakan WSS. Suami kepada peminjam telah tidak membenarkan Lawyer dan Bailiff Mahkamah untuk masuk kerumah dan mereka terpaksa balik dan mungkin akan mendapatkan perintah untuk “Waran Pecah Masuk” dimana mereka akan datang lagi dengan tukang kunci dan pegawai polis sebagai “backup”.

Risikonya bagi Bank disini ialah peminjam boleh mengeluarkan barang barang berharga daripada rumah sementara “menunggu” Bailiff dan Loyar atau Pegawai Bank datang dan pada hari tu mungkin boleh tanda barang barang lusuh sahaja.

Satu lagi risiko tindakan ini ialah peminjam boleh membuat dakwaan (dengan resit dan kenyataan bersumpah) bahawa kesemua barangan dalam rumah bukan haknya, sebaliknya milik isteri atau tuan rumah kalau rumah itu rumah sewa. Peminjam boleh mengemukakan atau menfailkan Notis “Penangguhan Pelaksanaan Perintah” atau “Stay of Execution” di Mahkamah atas alasan alasan tadi dan juga memfailkan “Saman Interplider” untuk mengecualikan barang barang yang telah ditanda oleh Bailiff. Jadi pihak Bank perlu berhati hati dalam membuat tindakan ini kerana mungkin tidak berbaloi. Dahlah masa nak mendapatkan Perintah agak lama (makan bulan jugak) terutamanya di bandar besar macam Kuala lumpur sebab banyak kes, nak dapatkan atau “booking” Bailiff Mahkamah pun jenuh juga sebab bilangan Bailiff tidak ramai.

 

Tindakan ini paling “sedap” dilaksanakan keatas syarikat yang memang “confirm” barang barang tu dia punya. Paling tidak, kita boleh kunci pintu kedai selama 14 (EMPATBELAS) hari. Kalau memang jenis masih meniaga dan ada reputasi, mesti bayar atau “nego” punya. Satu contoh beberapa tahun dahulu ada satu kes “terbalik” iaitu pelanggan menyaman Bank yang mana pelanggan adalah rakan kongsi suatu syarikat yang mempunyai akaun dan sejumlah wang yang agak besar didalam Bank itu. Rakan kongsi yang seorang lagi telah meninggal dunia dan Bank enggan menyerahkan duit kepada rakan kongsi yang satu lagi. Apabila menang kes, Bank masih buat tak tahu sehingga Perintah Penyitaan diserahkan dan Bank telah di “sealed” atau dikunci (rasanya ada lagi “customer” kat dalam).  Apa lagi, hari tu jugak bayaran dibuat. Bagi individu, berdasarkan faktor yang telah diterangkan diatas, payah sikit la. Prosesnya lambat dan risiko tak berbaloi.

 

 

GARNISHEE ORDER ATAU PERINTAH GARNISI

Ini adalah satu kaedah “serang hendap” iaitu memberikan Perintah kepada sesiapa (biasanya Bank) yang memiliki duit yang dipunyai oleh peminjam atau individu yang ada hutang dengan peminjam dan mendapat maklumat duit tersebut akan masuk keakaun peminjam atau hutang tersebut masih belum dibayar kepada peminjam. Apabila mendapat Perintah ini, pemegang duit atau hutang itu akan menyerahkan jumlah yang dituntut atau apa juga jumlah walaupun kurang dari jumlah yang dituntut. Cuma gaji bulanan TIDAK BOLEH di tuntut kerana bersalahan dengan Seksyen 31 Akta Pekerjaan 1955 yang memberi perlindungan kepada pekerja dalam soal gaji.

Selain dari itu, ada beberapa pihak atau keadaan yang tindakan ini tidak boleh dilaksanakan antaranya:
 

  • Pihak Kerajaan
  •  

  • Peminjam dah meninggal
  •  

  • Dibawah Seksyen 11, Akta Pampasan Pekerja 1952, sebarang pampasan bagi peminjam tidak boleh di ambil tindakan Garnisi.
  •  

  • Dibawah Seksyen 41 Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 juga tidak membenarkan sebarang caruman atau pampasan di kenakan tindakan ini.

 

Oleh itu tindakan “serang hendap” ini juga berisiko tinggi untuk tidak berjaya. Masa yang diperlukan untuk mendapatkan Perintah ini juga agak lama dan kadang kadang “timing” lari iaitu duit yang nak dicekup dah masuk tapi Perintah tak keluar lagi. Jadi kalau nak buat kena fikir panjang panjang dan risikan “CSI” mesti “cun cun”. Kalau tidak “bungkuih”

Sila ikuti kisah tindakan sebenar Garnisi yang telah dilakukan oleh Bank termasuk tindakan tidak beretika garnis akaun gaji yang masih dalam proses aduan. Boleh baca di sini:

 
https://www.ceritahutangbankdananda.com/index.php/2015/12/06/kes-garnisi-terbaru/

 

 

SAMAN PENGHUTANG PENGHAKIMAN / JUDGMENT DEBTOR SUMMONS

Tindakan ini jarang dilakukan yang boleh membuatkan peminjam masuk penjara. Suatu tindakan yang boleh dianggap “baik” oleh pihak Bank terutamanya bagi peminjam yang keras kepala dan menyakitkan hati tapi ia tidak semudah itu. Apa yang Bank mahu ialah situasi “menang menang” bagi Bank dan situasi “kalah kalah” bagi peminjam. Maksudnya kalau diikutkan hati kerani dan pegawai yang mengendalikan kes peminjam setelah sekian lama menunggu dengan perasaan “bengkek” yang meluap luap, dengan tindakan ini, bayaran penyelesaian hutang dapat, peminjam pun masuk penjara. Malangnya ia tidak akan berlaku sekaligus. Masuk penjara mungkin, tapi tak dapat bayaran dan “belanja” untuk makanan peminjam dalam penjara pulak Bank kena tanggung sekadar yang “basic” tiga kali sehari.

Bank juga perlu menjaga reputasi supaya tidak kelihatan “zalim” (zalim baham faedah takpe, orang tak nampak atau tak sedar – sebab ekonomi berasaskan hutang dan kebergantungan) lebih lebih lagi masa sekarang ni masa fenomena “boikot” yang sedang menjadi jadi. Mereka tak mau jadi macam satu Bank yang “terkenal” yang menutup beberapa akaun pertubuhan orang Islam yang menyalurkan bantuan kepada rakyat Palestin. Yang peliknya, cawangan Perbankan Islam Bank ini yang diishtiharkan “halal” sebelum ini tidak semena mena menjadi “haram” padahal operasi dan “modus operandi” nya sama aje dengan perbankan “Islam” yang lain. Hmmm….

Ok, kita sambung balik proses “Judgment Debtor Summons” ini…

Prosesnya begini:

  • Peminjam akan di “Saman” atau dipanggil ke Mahkamah untuk memberikan butir butir beserta bukti bukti, maklumat pendapatan dan perbelanjaannya dan akan diteliti keupayaannya untuk membayar hutang yang tertunggak.
  •  

  • Jika peminjam tidak hadir pada tarikh yang ditetapkan, satu Waran Tangkap akan dikeluarkan.
  •  

  • Seandainya peminjam gagal untuk mematuhi Perintah ini, suatu Notis yang dipanggil “Notis Penghakiman” akan dikeluarkan dan peminjam akan diminta menjelaskan atas alasan apa beliau tidak boleh dimasukkan ke Penjara kerana gagal mematuhi Perintah Mahkamah ini.

 

Tu dia. “Brutal” jugak cara tindakan ini. Akan tetapi harus diingat bahawa Tuan Majistret dan Tuan Hakim adalah manusia biasa dan mempunyai perasaan. Memang ada yang “ikut buku” tetapi kebanyakannya akan bersimpati dengan peminjam. Apa taknya, peminjam akan datang dengan membawa bukti perbelanjaan lebih dari bukti pendapatan terutamanya yang berniaga sendiri ditambah pula dengan cerita cerita menyayat hati mengalahkan cerita filem “Bollywood”. Datang pun dengan “baju buruk”, rambut serabai, misai dan janggut tak bercukur dan untuk “menambah perisa” lagi, tak pakai ubat ketiak bagi tujuan “menyerlahkan” kesusahan dan penderitaan yang ditanggung. Tapi kadang kadang strategi “Ketiak Busuk Move” ini boleh memakan diri kerana mungkin Tuan Majistret atau Tuan Hakim tak tahan bau masam ketiak lalu tergesa gesa nak selesaikan kes dengan cepat dan mungkin peluang nak bagi “cerita sedih” melepas begitu sahaja. Kalau boleh datang dengan “Wilcha” lagi bagus. Dramatik giler. Silap silap pegawai Bank dengan Tuan Loyar pun boleh menangis teresak esak. Bagi sesetengah Tuan Hakim dan Tuan Majistret, ini adalah kes suatu “Bank yang besar lagi kaya” yang sedang “membuli” seorang rakyat “marhaen” yang tidak berdaya dan penuh dengan “penderitaan”. Jadi biasanya tindakan ini kurang berkesan dan kalau dapat bayaran pun “ciput” aje. Mengabihkan “bogheh” dan airmata free aje.

Jadi Tuan Tuan dan Puan Puan, itulah secara “ringkas”nya prosedur prosedur dan tatacara Tindakan Penghakiman yang boleh dikenakan kepada Peminjam. Dalam bab Kebankrapan, kita akan perincikan dalam satu posting khas kerana ini yang akan selalu digunakan oleh Bank. Persoalan seterusnya, macamana kalau hendak membuat bayaran selepas Penghakiman. Teruskan membaca….

 

BAYARAN SELEPAS MENDAPAT PENGHAKIMAN

Bercakap tentang bayaran selepas Penghakiman, ada beberapa perkara yang anda perlu fahami. Ada yang nak bayar RM50.00 saja sebulan supaya “biar padan muka Bank” (sebenarnya satu tindakan yang “kurang cerdik”) dan ada yang taknak bayar langsung sebab “merajuk” dengan tindakan Bank. Kita lihat dulu contoh ini. Katakan butir butir penghakiman adalah seperti berikut:

  • Tarikh Penghakiman       : 15 Jun 2014
  •  

  • Jumlah Penghakiman       : RM14,000.00
  •  

  • Kadar Faedah               : 6% setahun sehingga penyelesaian penuh
  •  

  • Kos kos lain               : RM600

 
Jadi kalau peminjam berhasrat untuk bayar RM50.00 (atas Perintah Mahkamah, biasanya Bank tak akan terima cadangan atau “proposal” macam ni) supaya “padan muka Bank dapat sikit”, kita lihat apa yang berlaku dan cara pengiraannya:

 
JUGDMENTMELAYU

 
Seperti yang anda boleh lihat dalam contoh kiraan diatas, kalau setakat bayar tapi tak cukup nak “cover” interest tidak akan membawa apa apa “pekdah” kerana “pokok” tidak berubah dan Bank hanya mengambil “bunga” dan “buah” sahaja.  Melainkan ada perintah dari Mahkamah untuk pembayaran sedemikian, adalah tidak memberi manfaat kepada peminjam sekiranya ada niat untuk melangsaikan hutang dan bagi pihak Bank, terpaksa “mantain” akaun walaupun dapat duit “celah gigi” aje. Tapi takdelah sampai “padan muka”. Ambik duit keluar resit, itu saja. Taklah susah sangat melainkan tiap tiap bulan dapat RM50 dalam bentuk 5 sen 5 sen. Itupun boleh handle lagi, cuma boring sikit la. Sebab tu kalau nak buat perundingan dan ada niat nak settle, bayar untuk “cover” kos dan runding untuk dapat diskaun dari jumlah faedah dan “cover” 10% hingga 25% dari jumlah Penghakiman atau lebih supaya interest atau faedah yang mendatang dapat dikurangkan. Bayaran bulanan seterusnya mestilah boleh “cover” faedah bulanan dan “memakan” baki Penghakiman sedikit demi sedikit. Nak “menang” mutlak dengan Bank susah la sebab nama kita dah ada dalam komputer seperti dalam Bank Bank, Bank Negara seperti CCRIS dan lain lain seperti CTOS dan FIS. Itupun kalau ada “hati” nak pinjam lagi melalui “saluran perdana” Perbankan. Tapi sekarang ni takde masalah untuk dapat “pinjaman” ikut pintu belakang sebab iklan untuk beli kereta, pinjaman peribadi bersepah sepah dengan “tagline” “blacklist dan Bankrap layak memohon” atau boleh buat “sambung bayar”. Bab ni kita kupas kemudian dalam tajuk “Hire Purchase” atau “Sewa Beli”

Sekali lagi Tuan Tuan dan Puan Puan, setelah meneliti prosedur Tindakan Penghakiman, Tuan Tuan dan Puan Puan sudah boleh faham bahawa Tindakan Kebankrapan merupakan pilihan terbaik bagi Bank kerana tidak banyak “karenah” dan “songel” macam yang lain. Cuma memerlukan baki berjumlah RM30,000 sahaja. Memandangkan harga kereta dan rumah yang sudah mencecah ratusan ribu dan jutaan ringgit, ia tidak menjadi “masalah”. Masalahnya ialah baki yang kurang dari itu seperti yang telah ditunjukkan sebelum ini dan baki hutang hasil dari lelongan kereta dan rumah yang perlu dituntut.

Jadi disinilah Agen Kutipan Hutang atau Debt Collection Agency memainkan peranan yang penting sebagai “support group” untuk kutipan hutang yang lebih berkesan. Seperti juga yang saya pernah sebut dalam artikel yang lain, ada Bank yang melantik Agensi Agensi ini atas dasar komisen hasil kutipan dan ada yang menjual secara terus hutang ini dengan harga “diskaun”. Ini bergantung kepada polisi sesuatu Bank. Kesahihan dan “legality” transaksi seperti ini masih menjadi tandatanya dan perdebatan. Kadangkala ia telah pun dimasukkan kedalam perjanjian jadi mungkin ia tidak menjadi suatu isu yang besar.

Yang menjadi isunya ialah “penjualan” hutang lapuk yang telah pun di “write off” sebagai rugi  dan telah pun “habis tempoh” atau “expired” berdasarkan Akta Had Masa yang masih dijual berdasarkan kepada “usaha terbaik untuk mengutip” atau bak kata omputeh “best effort basis”. Ramai yang “kena gasak” dengan Agen Kutipan Hutang tanpa mengetahui bahawa sebenarnya hutang mereka dah “expired” dan adalah menyalahi undang undang untuk mengutipnya walaupun dari segi “moral”nya hutang masih perlu dibayar tetapi atas “budibicara” peminjam yang mungkin hanya mahu membayar harga “pokok” sahaja dan bukan “bunga” dan “buah”. Benda boleh bincang baik baik dan anda perlu menyemak kembali (jika anda sedang “bertarung” dengan geng Agensi Kutipan Hutang) samada Penghakiman anda masih “hidup” atau langsung tiada Penghakiman kerana telah luput tarikh tindakan. Agensi Kutipan Hutang pun ada etika kerja yang telah ditetapkan walaupun teknik kutipan seakan akan “along” tapi mereka bukan “along”, cuma mereka “nak tolong” kutip untuk Bank. Sebab itu kalau boleh jangan putuskan hubungan komunikasi dengan Bank, anda harus tahu apa yang mereka sedang buat. Kalau mengamalkan ilmu ghaib boleh jugak cuma ia mungkin “menghantui” anda dikemudian hari terutamanya dengan tindakan Kebankrapan dimana peluang untuk “melambat lambat”kan permainan mungkin tiada langsung. So stay in touch. “Dekat tapi Jauh”

 

 

BAGAIMANA PULA DENGAN PENJAMIN?

Soalan terakhir untuk artikel kali ini. Bagaimana dengan penjamin? Info grafik ini memberikan penjelasannya:

 
LEGALPROCESSMALAYP7

 
Cuma saya nak tambah sikit sahaja. Kalau suami jadi penjamin bagi Isteri dan sebaliknya, boleh dikatakan “biasa” dan “boleh diterima” kerana ada “perkongsian” manfaat. Kalau bercerai jadi satu masalah lain pulak iaitu selain dari perbincangan tentang “harta sepencarian”, kena pulak bincang tentang “hutang sepencarian”. Akan tetapi dari segi undang undang tidak akan memberi bekas jika anda seorang penjamin.

Bagi penjamin “sosial” seperti adik beradik dan kawan kawan, inilah risiko yang anda perlu tanggung. Jikalau peminjam mengamalkan “ilmu ghaib” anda lah yang akan menjadi penanggung “biawak hidup” dan hidup anda akan berubah akibat dari tindakan undang undang ini. Kalau adik beradik ada “chan” lagi jumpa masa Raya tapi kawan kawan boleh hilang sekelip mata. Jadi fikirlah “masak masak” sebelum bersetuju menjadi penjamin. Ramai yang jadi Bankrap tak pasal pasal.

Sekian sahaja bab Tindakan Undang Undang bagi pinjaman peribadi. Bagi pinjaman perumahan dan kereta, ada sedikit kelainan kerana ada Akta tersendiri yang perlu dipatuhi. Pengakhirannya adalah sama iaitu mendapatkan Penghakiman selepas atau sebelum lelongan rumah atau kereta mengikut beberapa keadaan tertentu. Kita akan bincang dengan panjang lebar di artikel yang lain. Buat sementara waktu, “hadamkan” yang ini dahulu…

 

Setelah meneliti tindakan undang undang yang boleh dilakukan kepada Peminjam, anda boleh lihat dokumen dokumen yang digunakan dalam proses tindakan undang undang yang sebenar. Anda boleh baca artikel ini:

 

MARI FAHAMI DOKUMEN UNDANG UNDANG YANG SEBENAR

https://www.ceritahutangbankdananda.com/index.php/2015/09/13/mari-fahami-dokumen-dokumen-undang-undang-yang-ori-dan-yang-palsu/

 

SESI ULANGKAJI

 

PROSES TINDAKAN UNDANG UNDANG PINJAMAN PERIBADI BAHAGIAN 1:

https://www.ceritahutangbankdananda.com/2014/08/proses-tindakan-undang-undang-pinjaman-peribadipersendirian-bahagian-1/

 

PROSES TINDAKAN UNDANG UNDANG PINJAMAN PERIBADI BAHAGIAN 2:

https://www.ceritahutangbankdananda.com/2014/08/proses-tindakan-undang-undang-pinjaman-peribadipersendirian-bahagian-2/

 


Leave a Reply / Masukkan Komen Anda

1,155 thoughts on “Proses Tindakan Undang Undang: Pinjaman Peribadi/Persendirian Bahagian 3

  • napie mhar

    tuan, saya dapat call dari pihak logistik mahkamah (beliau mengaku beliau dari logistik mahkamah). untuk menyita barang di rumah ibu mertua saya. kesnya begini, isteri saya ada buat pinjaman peribadi dgn bank rakyat bersama kawannya. jamin atas jamin. dlm tempoh pinjaman, isteri saya cuba menyelesaikan pinjaman dgn cuba membuat pinjaman lain, tapi isteri saya telah ditipu oleh agent dan pembayaran dgn pihak bank tersangkut. banyak kali berbincang untuk bayar ansuran bulan sebanyak rm500, tapi pihak agent bank berkeras untuk bayat yg tertunggak sekali gus. jumlah hutang pada hari ini setelah mendapat panggilan telefon adalah RM12000. apakah prosedur mahkamah atau bank untuk buat sitaan tanpa memanggil ke mahkamah boleh untuk menyita? dan apa yg saya perlu buat untuk elakkan penyitaan ini berlaku? tarikh panggilan dari pihak yg mengaku logistik mahkamah adalah hari ini (12/10/2016). harap tuan dapat bantu saya.

    • Abu Ammar

      Wa’laikukumussalam Napie

      Kalau ada yang call kata dari “Bahagian Logistik Mahkamah” tidak kira dari KL, JOHOR, dan lain lain, itu adalah PEMBOHONGAN Agen Kutip Hutang. Mahkamah TIDAK AKAN call peminjam. Nombor telefon peminjam pun diaorang tidak ada kerana kalau ada Saman pun difailkan, nombor telefon TIDAK AKAN difailkan. Jangan layan Agen Kutip Hutang ni. Nak berurusan, dela direct dengan Bank walaupun dia suruh deal dengan Agen dia. Gunakan Bank Negara untuk membantu membuat rundingan.

      Pernah kah Tuan menerima Surat Tuntutan, Writ Saman atau telah ada Penghakiman Ingkar yang telah dijatuhkan? Kalau tidak pasti, semak dengan CTOS di http://www.ctos.com.my/CTOSHOME/selfcheck.html (scan MyKad depan belakang untuk diemailkan untuk pengesahan). Register id (klik CTOS User ID) dan ikut arahan di Skrin. Kalau tak silap saya bila dah regiater Id, satu lapuran ringkas akan diberi. Ia akan memberikan indikasi kalau ada tindakan undang undang.

      Nak tahu lebih lanjut bayar RM10 secara online untuk dapatkan lapuran secara detail. Bila dah dapat keputusan rujuk semula disini dengan email kepada saya di codetyco@ceritahutangbankdananda.com. Baru kita boleh tahu setakat mana tindakan undang undang yang telah dikenakan.

      Cara cara nak check CTOS ada kat link ini. Kredit kepada penulisnya dan terima kasih kita ucapkan.

      http://www.chatpropertymalaysia.com/how-to-check-your-credit-records-via-ccris-and-ctos/

      Kalau tiada Penghakiman, maka MUSTAHIL akan ada tindakan Penyitaan. Jadi yang sibuk suruh bayar sebelum “nak sita” ini adalah Agen Kutip Hutang yang memang gemar menggunakan taktik ini. Sila baca post terbaru saya tentang TEMBERANG TEMBERANG ni di:

      https://www.facebook.com/ceritahutang/posts/564105717080962:0

      dan banyak lagi panduan di Page saya https://www.facebook.com/ceritahutang/

      Fahami juga proses tindakan undang undang yang sebenar secara ringkasnya:

      1) Loyar menghantar Notis Tuntutan kepada peminjam meminta tunggakan memberi masa 14 hari atau menamatkan perjanjian

      2) Atas arahan Bank, jika tiada bayaran, Tuan Loyar akan menfailkan Saman di Mahkamah menuntut baki hutang. Dalam Writ Saman ini ada Notis Tuntutan yang memperincikan segala baki, faedah dan kos yang dituntut.

      3) Selepas mendapat meterai dan pengesahan Mahkamah, Writ Saman ini akan disampaikan secara kediri atau melalui pos kepada Peminjam dialamat yang terakhir yang ada dalam rekod Bank. Biasanya pendengaran kes akan ditetapkan dalam masa 14 hari dari tarikh Writ atau penyampaian itu. Peminjam perlu mendaftarkan diri untuk hadir pada tarikh itu. kalau tidak pada hari itu Penghakiman Ingkar Tanpa Kehadiran akan dikeluarkan.

      4) Selepas itu Bank dan Tuan Loyar akan menunggu salinan Penghakiman yang telah dimeterai dan disahkan oleh Mahkamah

      Cubalah dapatkan bantuan dari AKPK dan jika tidak berjaya, boleh minta pertolongan Bank Negara untuk membantu dalam proses rundingan seperti saranan Encik Ahmad disini:

      http://www.ceritahutangbankdananda.com/index.php/2014/08/14/proses-tindakan-undang-undang-pinjaman-peribadipersendirian-bahagian-3/comment-page-5/#comment-1520
      5) Apabila salinan Penghakiman didapati, satu salinan akan dihantar kepada Peminjam

      6) Bank boleh melaksanakan Penghakiman dengan tindakan undang undang keatas Peminjam. Kalau lebih RM30 ribu, boleh buat Bankrapsi

      Cubalah dapatkan bantuan dari AKPK dan jika tidak berjaya, boleh minta pertolongan Bank Negara untuk membantu dalam proses rundingan seperti saranan Encik Ahmad disini:

      http://www.ceritahutangbankdananda.com/index.php/2014/08/14/proses-tindakan-undang-undang-pinjaman-peribadipersendirian-bahagian-3/comment-page-5/#comment-1520

  • Reezlynn

    Assalamualaikum,

    Saya ingin bertanya pihak tuan…saya telah di hubungi oleh pihak bank rakyat atas kes pinjaman peribadi yg tertunggak sebanyak RM13900.00

    Saya ada byr RM1k dan mereka perlukan saya selesaikan sebyk 40% dr jumlah tertunggak iaitu RM5,500++. Dalam pada itu saya perlu menyediakan lagi RM4500++ utk 40% tu dgn tempoh diberi 2hari dr hari ini 11/1/16.

    Mereka dah dtg htr notis peringatan dan saya telah menghubungi Pegawai dr Jabatan Penyiasatan (Visiting) & juga telah menghubungi pegawai perundangan untuk hold kes saya utk 2 hari ni….kerna untuk dptkan lagi RM4.5k.

    Dah dpt byr RM4.5K sebelum atau pada 13/1 ni, adakah mereka boleh menyita brg2 dalam rumah saya…

    2. Klu saya tak dapat menyediakan 4.5k tu dalam masa 2 hari ni. Bagaimanakah caranya untuk saya atau keluarga saya beli balik barang2 yang hendak di lelong itu.

    3. Boleh tak Tuan perjelasakan jenis barangan yg menjadi barang lelongan mereka selain dari barang2 elektrik.

    4. Boleh ke pihak Bank men”tutup” pendaftaran perniagaan (enterprise)saya yang sedang saya jalankan sekarang.

    Sekian, terima kasih.

    • Abu Ammar

      Wa’laikukumussalam Reezlynn

      Pertama sekali adakah Reezlynn pernah menerima Surat Tuntutan, Writ Saman atau telah ada Penghakiman Ingkar yang telah dijatuhkan? Kalau tidak pasti, semak dengan CTOS di http://www.ctos.com.my/CTOSHOME/selfcheck.html (scan MyKad depan belakang untuk diemailkan untuk pengesahan). Register id (klik CTOS User ID) dan ikut arahan di Skrin. Kalau tak silap saya bila dah regiater Id, satu lapuran ringkas akan diberi. Ia akan memberikan indikasi kalau ada tindakan undang undang.

      Nak tahu lebih lanjut bayar RM10 secara online untuk dapatkan lapuran secara detail. Bila dah dapat keputusan rujuk semula disini dengan email kepada saya di codetyco@ceritahutangbankdananda.com. Baru kita boleh tahu setakat mana tindakan undang undang yang telah dikenakan.

      Cara cara nak check CTOS ada kat link ini. Kredit kepada penulisnya dan terima kasih kita ucapkan.

      http://www.chatpropertymalaysia.com/how-to-check-your-credit-records-via-ccris-and-ctos/

      Kalau tiada Penghakiman, maka MUSTAHIL akan ada tindakan Penyitaan. Jadi yang sibuk suruh bayar sebelum “nak sita” ini adalah Agen Kutip Hutang yang memang gemar menggunakan taktik ini. Sila baca post terbaru saya tentang TEMBERANG TEMBERANG ni di:

      https://www.facebook.com/ceritahutang/posts/564105717080962:0

      dan banyak lagi panduan di Page saya https://www.facebook.com/ceritahutang/

      Tentang soalan “Boleh ke pihak Bank men”tutup” pendaftaran perniagaan (enterprise)saya yang sedang saya jalankan sekarang.” jawapannya boleh jika Bank mengambil tindakan Bankrapsi (itupun kalau dah ada Penghakiman dan jumlah hutang campur faedah campur kos melebihi RM30K) Berniaga boleh lagi cuma tak boleh pegang apa apa jawatan dalam syarikat lah.

      Jadi jangan kalut sangat nak cari RM4.5K tu. Kalau ada bayarlah DIRECT dengan Bank. Jangan sampai berhutang dengan ALONG pulak.

  • Rosyamiza

    Salam…
    Saya ingin bertanya,saya ada buat pinjaman peribadi dgn bank rakyat 20k cmpur faedah kna byr 27k dan kad krdit 5 k ..saya mampu bayar selama 3 bulan je yg pertama..start bulan april tahun lpas saya tidak dpt byr kerna saya diberhentikan kerja atas faktor kehamilan…gaji suami saya tidak ckup untuk bantu saya bayar pinjaman….selepas saya habis berpantang pada bulan 7 .saya ada mencari kerja tapi masih tidak dpt atas alasan saya ada anak yg msh kecil…persoalan saya
    1) adik saya ada trima surat yg mgatakan saya harus hadir ke mahkamah..masalahnye surat dihantar ke rumah org tua saya di selangor dan saya duduk di pahang…surat itu telah melebihi tarikh saya ptot hadir
    2) adakah saya akan dibankrapkan dlm masa terdekat ni
    3)saya tiada harta..adakah rumah org tua saya akan dinganggu dan disita oleh pihak bank?
    4)saya tidak dpt hadir ke mahakamah kerna baru taw..adakah saya akan ditangkap
    5) saya penjamin kereta suami saya..adakah kereta suami saya akn dirampas

    • Abu Ammar

      Wa’alaikumussalam Puan Rosyamiza

      Berkenaan dengan soalan Puan:

      1) adik saya ada trima surat yg mgatakan saya harus hadir ke mahkamah..masalahnye surat dihantar ke rumah org tua saya di selangor dan saya duduk di pahang…surat itu telah melebihi tarikh saya ptot hadir

      Kalau ia merupakan Writ Saman yang sebenar, besar kemungkinan Penghakiman telah dijatuhkan keatas Puan dan Bank boleh melaksanakan tindakan Penghakiman yang termasuk juga dengan tindakan keBankrapan tetapi jumlah Penghakiman + Kos + faedah MESTI melebihi RM30K

      2) adakah saya akan dibankrapkan dlm masa terdekat ni

      Itu terpulang kepada jumlah hutang terkumpul yang saya katakan tadi. Proses KeBankrapan akan memakan masa sekurang kurangnya 8 bulan dari sekarang jika kita mengganggarkan tindakan itu dimulakan sekarang.

      3)saya tiada harta..adakah rumah org tua saya akan dinganggu dan disita oleh pihak bank?

      Tidak. Tiada kena mengena dengan mereka

      4)saya tidak dpt hadir ke mahakamah kerna baru taw..adakah saya akan ditangkap

      Puan tidak akan ditangkap jika tidak hadir melainkan Penghakiman dijatuhkan. Namun begitu, jika Bank meagambil tindakan Saman Penghutang Penghakiman dan setelah TIGA kali Mahkamah memerintahkan Puan untuk hadir tetapi gagal, maka Waran Tangkap akan dikeluarkan. Saya tidak rasa Bank akan berbuat demikian kerana tindakan keBankrapan adalah lebih “senang”

      5) saya penjamin kereta suami saya..adakah kereta suami saya akn dirampas

      Puan hanya penjamin dan pemilik berdaftar dalam geran kereta adalah suami Puan. Jadi tiada masalah melainkan rumah yang ada nama bersama.

      Saya sarankan supaya buat semakan dengan CTOS di http://www.ctos.com.my/CTOSHOME/selfcheck.html (scan MyKad depan belakang untuk diemailkan untuk pengesahan). Register id (klik CTOS User ID) dan ikut arahan di Skrin. Kalau tak silap saya bila dah regiater Id, satu lapuran ringkas akan diberi. Ia akan memberikan indikasi kalau ada tindakan undang undang.

      Nak tahu lebih lanjut bayar RM10 secara online untuk dapatkan lapuran secara detail. Bila dah dapat keputusan rujuk semula disini dengan email kepada saya di codetyco@ceritahutangbankdananda.com. Baru kita boleh tahu setakat mana tindakan undang undang yang telah dikenakan. Hmm… “promosi” CTOS tapi tak dapat apa apa pun. 🙂

      Cara cara nak check CTOS ada kat link ini. Kredit kepada penulisnya dan terima kasih kita ucapkan.

      http://www.chatpropertymalaysia.com/how-to-check-your-credit-records-via-ccris-and-ctos/

      Berikut adalah secara ringkasnya proses Kebankrapan:

      1) Penghakiman (samada Penghakiman Ingkar atau yang lainnya) sudah dijatuhkan keatas peminjam (seperti diatas)

      2) Pemfailan Notis Kebankrapan. Pada waktu pemfailan tersebut jumlah baki hutang, faedah dan kos MESTILAH tidak kurang dari RM30,000

      3) Notis ini mesti diserahkan secara kediri (personal service) kepada Penghutang Penghakiman. Cubaan serahan adalah sebanyak TIGA kali. Jika gagal, Bank boleh membuat permohonan untuk membuat Penyampaian Ganti melalui Akhbar Tempatan, Penampalan Notis di Papan Notis Mahkamah dan juga Surat Berdaftar. Kalau tak dapat personal service dan perlu kepada permohonan Penyampaian Ganti, ini akan memakan masa lagi 1 – 3 bulan.

      4) Selepas 6 (Enam) bulan tempoh serahan berlaku tanpa ada apa apa bantahan/perbincangan dari Penghutang Penghakiman, beliau sudah dikira telah melakukan tindakan Kebankrapan. Selepas itu Petisyen Pemiutang pula akan dikeluarkan dan diserahkan.

      5) Suatu tarikh akan ditetapkan untuk mendengar kes Petisyen itu dan jika tiada bantahan dari Penghutang Penghakiman dengan alasan yang dikira menasabah, maka pada hari itu beliau akan diisytihar sebagai seorang Bankrap.

  • Diana

    Assalammualaikum
    En..sy perlukan bantuan.
    Pada 29 dec 2015 sy menerima sms utk pembekuan akaun sy.tp setelah sy merujuk cimb (kerana akaun sy di situ) pihak customer service cimb mengatakan mungkin scammer dan kata hiraukan saja sms tersebut dan xperlu call no yg termasuk didalam sms tersebut.

    Pd hrni pula seorang wanita bernama shahirah dr bank rakyat (personal loan sy) call menyatakan sy perlu membayar rm6500 utk mengelakkan mereka dan wakilnya dtg ke rumah utk melelong semua brg milik sy.bila sy kata knp xde apa2 notis dia kata kita boleh bincang utk elakkan tindakan tersebut.iaitu sy perlu membayar rm6500.bila sy nyatakan xmempunyai duit.mungkin boleh mencari rm3000 shahirah meminta sy emailkan surat rayuran bayaran pelepasan tindakan sivil dan nyatakan sy merayu utk membayar rm3000 dan seterusnya membayar rm100 setiap bulan sehingga selesai.

    Persoalan sy apakah yg sebenarnya sy perlu lakukan dan benarkah mereka bole melelong atau apakah sebenarnya yg pihak bank bole lakukan keatas kesilapan sy krn gagal membayar instalment?

  • en.Zam

    Assalamualaikum.
    Maaf bertanya. Pd May 2014 sy ada buat personal loan di Easy Rhb Bank sbyk 20k. Selama sthn sbln byrn bulanan teratur. Tp disbbkn masalah yg dtg, sy x dpt buat byrn hula August 2015 smpai skrg. Td sy ada dpt writ saman bertarikh 15 Disember. Tempoh 14hari dr tarikh surat, tp surat baru smpai td. Cmna ya??

  • Isma

    Salam…sy mohon jasa baik tuan…sy adalah penjamin belian rumah yg terpaksa menanggung hutang yg tidak dibayar oleh penama pertama….rhb telah membuat penstruturan semula utk sy membayar jika tidak diistihar muflis …tetapi sy gagal utk membayar atas masalah peribadi…bolehkah sy membuat rayuan semula utk mengelakkan diri dari muflis…sbb rhb dah bg syarat jika bayaran tidak dipatuhi mereka akan amik tindakan undang2 iaitu muflis….bantu sy…terima kasih

    • Abu Ammar

      Wa’alaikumussalam Isma

      Beberapa soalan:

      1) Berapa baki tunggakan?
      2) Sudah berapa lama tak bayar?
      3) Sudahkah Bank mengambil tindakan seperti lelongan rumah?
      4) Sudahkah Bank mengambil tindakan undang undang keatas peminjam?
      5) Sudahkah Bank mengambil tindakan undang undang terhadap Isma seperti menghantar Notis Tuntutan, Writ Saman dan sebagainya?
      6) Apa hubungan Isma dengan peminjam seperti suami, adik beradik atau kenalan sahaja?

      Semua soalan diatas adalah penting untuk mengetahui adakah boleh Bank mengambil tindakan keBankrapan lebih lebih lagi soalan (6)

      Walaubagaimanapun, saya rasa masih ada ruang perbincangan. Saya storkan Isma baca saranan En Ahmad disini:

      http://www.ceritahutangbankdananda.com/index.php/2014/08/14/proses-tindakan-undang-undang-pinjaman-peribadipersendirian-bahagian-3/comment-page-5/#comment-1520

    • Jeff Lee

      Puan Isma

      ***rhb telah membuat penstruturan semula utk sy membayar jika tidak diistihar muflis***
      Anda ada tanda tangan surat janji? Atau pun buat satu bayaran?
      If you have, you may have made an admission of liability of this loan disqualifying any protection of “social guarantor”.

      Q’s
      1. Are you living in that house?
      2. What is your relationship with the “nama pertama”?
      3. Who is the “nama kedua”?
      4. Are you related to the nama kedua?
      5. You may be able to avoid being bankrupted if the “nama pertama dan kedua” have been bankrupted and has reported in to JIM.
      6. If the Joint Borrowers of this housing loan goes into hiding, YES, you can be bankrupted.
      7. Do understand that any “written agreement” with the bank does not mean that the house would not be lelong. Your “repayment” only means you may not be bankrupted but DO NOT save the house.

      There are a lot of questions more to ask.
      First answer all of Tuan Abu Ammar Q’s.
      Second answer MINE to see if you can find a way out of your predicament as a “Quarantor”.

      • Isma

        Mr Jeff,

        rhb telah membuat penstruturan semula utk sy membayar jika tidak diistihar muflis***
        Anda ada tanda tangan surat janji? Atau pun buat satu bayaran?
        If you have, you may have made an admission of liability of this loan disqualifying any protection of “social guarantor”

        Sy tidak brp faham ttg ini krn sy tidak mahu muflis semasa itu…jadi sy telah bersetuju…disertakan surat dari akpk – email kpd tuan ammar

        1. You may be able to avoid being bankrupted if the “nama pertama dan kedua” have been bankrupted and has reported in to JIM

        – yg ni sy tidak pasti …pihak bank bg tau penama pertama tlh muflis dan bila sy check status imigresen “sila rujuk ke imigresen terdekat”

        2. If the Joint Borrowers of this housing loan goes into hiding, YES, you can be bankrupted.

        – yg pertama tidak dpt dihubungi

        Tq for your reply

        • Jeff Lee

          @ Isma

          If you are in gainful employment (kerja tetap) and do not wish to be bankrupted,
          Apply to rejoin the AKPK program (DMP)
          It is possible under Bankruptcy Laws to avoid bankruptcy.
          The tactic is to reach a “Composition” with the bank.
          Tuan Abu Ammar can explain in detail to you.
          Good Luck.

    • Isma

      Menjawab soalan tuan,

      1) Berapa baki tunggakan?
      – 71k ++ – 2010
      – Lepas masuk akpk dpt pengurangan sbnyk rm60k
      – 500rm 1st 2 years
      – 600rm sehingga habis 2019

      2) Sudah berapa lama tak bayar?
      – permulaan saya bayar ok…tp atas masalah kewangan sy byr sikit2…sy ikut jadual utk 2 tahun pertama shj…

      3) Sudahkah Bank mengambil tindakan seperti lelongan rumah?
      Sudah…baki selepas dikira rugi atas jualan

      4) Sudahkah Bank mengambil tindakan undang undang keatas peminjam?
      Sudah…sy adalah penama kedua…oleh krn sy setuju dgn program ni kes muflis sy terbatal

      5) adakah Bank mengambil tindakan undang undang terhadap Isma seperti menghantar Notis Tuntutan, Writ Saman dan sebagainya?
      -Semua sudah tp dihentikan terhadap sy kerana program tersebut

      6) Apa hubungan Isma dengan peminjam seperti suami, adik beradik atau kenalan sahaja?
      – bekas suami…dah tak dpt dihubungi…mengikut kata bank dia sudah bankrap

      Walaubagaimanapun, saya rasa masih ada ruang perbincangan.

      Skrg ni sy ingin bertanya masih adakah harapan utk sy membuat rayuan kepada bank utk kali kedua supaya sy tidak bankrap

      1. Mengikut kata bank program dgn akpk telah terbatal…mereka tpaksa mengira balik …bayaran yg sy bayar dlm 11k +++ tu jd apa?

      2. Bank minta sy kasi epf statement..sy dah berikan…baki akaun 2 ada dlm 32k++

      3. Adakah bank akan mengambil tindakan terhadap suami sy skrg…krn sy tidak mahu melibatkan dia…

      Sy mohon maaf dgn soalan sy ni…tp sy betul2 tertekan….sy tahu ini salah sy krn tidak betul2 mengikut program akpk…sy mohon nasihat dr pihak tuan….

      Sy tidak mahu dibankrapkan kerana mengikut apa yg sy baca agak sukar meneruskan kerja dan kehidupan…

      • Abu Ammar

        Assalamualaikum Puan Isma

        Terlebih dahulu saya memohon maaf kerana lambat reply. Berkenaan dengan soalan Puan:

        1. Mengikut kata bank program dgn akpk telah terbatal…mereka tpaksa mengira balik …bayaran yg sy bayar dlm 11k +++ tu jd apa?

        Bayaran yang telah dibayar besar kemungkinan akan ditolak daripada faedah yang terkumpul SEBELUM program DMP AKPK yang pada saya adalah sesuatu yang zalim tetapi Bank akan mengatakan ia adalah berdasarkan perjanjian yang telah dipersetujui bersama. Ada apa apa balance baru tolak pokok yang hanya berbaki 43++ kalau mengikut statement pada 2010 yang Puan berikan. Bank sepatutnya menolak dari JUMLAH PENGHAKIMAN dan bukan menolak dari kiraan seolah olah akaun masih aktif.

        2. Bank minta sy kasi epf statement..sy dah berikan…baki akaun 2 ada dlm 32k++

        Adakah Bank mengharapkan pengeluaran duit EPF untuk membayar baki hutang? Saya tidak pasti dalam hal ini kerana setahu saya dibolehkan untuk kurangkan pinjaman yang sedang berjalan seperti biasa bukan pinjaman yang dalam proses tindakan undang undang. Perkara boleh dirujuk dengan mudah dengan KWSP.

        3. Adakah bank akan mengambil tindakan terhadap suami sy skrg…krn sy tidak mahu melibatkan dia…

        SUAMI Puan tidak terlibat dalam hal ini kerana tidak ujud dalam perjanjian. Cuma beliau akan merasa dan berkongsi kesusahan yang dihadapi oleh Puan.

        Sy mohon maaf dgn soalan sy ni…tp sy betul2 tertekan….sy tahu ini salah sy krn tidak betul2 mengikut program akpk…sy mohon nasihat dr pihak tuan….

        Puan tidak perlu memohon maaf. Memang tujuan blog ini diujudkan untuk berkongsi pengalaman dan kemungkinan untuk mengatasi masalah yang timbul. Saya rasa masih ada ruang untuk mencari penyelesaian melalui Bank Negara iaitu mengemukan cadangan pembayaran seperti yang telah dikongsikan oleh En Ahmad sebelum ini:

        http://www.ceritahutangbankdananda.com/index.php/2014/08/14/proses-tindakan-undang-undang-pinjaman-peribadipersendirian-bahagian-3/comment-page-5/#comment-1520

        Walaubagaimanapun, kita kena bersedia untuk menghadapi segala kemungkinan dan tindakan Bank seterusnya mungkin tindakan keBankrapn tetapi Bank kena memfailkan tindakan yang baru. Berikut ini adalah prosedur dan jangkamasa untuk tindakan tersebut:

        1) Penghakiman (samada Penghakiman Ingkar atau yang lainnya) sudah dijatuhkan keatas peminjam (INI SUDAH ADA)

        2) Pemfailan Notis Kebankrapan. Pada waktu pemfailan tersebut jumlah baki hutang, faedah dan kos MESTILAH tidak kurang dari RM30,000

        3) Notis ini mesti diserahkan secara kediri (personal service) kepada Penghutang Penghakiman. Cubaan serahan adalah sebanyak TIGA kali. Jika gagal, Bank boleh membuat permohonan untuk membuat Penyampaian Ganti melalui Akhbar Tempatan, Penampalan Notis di Papan Notis Mahkamah dan juga Surat Berdaftar. Kalau tak dapat personal service dan perlu kepada permohonan Penyampaian Ganti, ini akan memakan masa lagi 1 – 3 bulan.

        4) Selepas 6 (Enam) bulan tempoh serahan berlaku tanpa ada apa apa bantahan/perbincangan dari Penghutang Penghakiman, beliau sudah dikira telah melakukan tindakan Kebankrapan. Selepas itu Petisyen Pemiutang pula akan dikeluarkan dan diserahkan.

        5) Suatu tarikh akan ditetapkan untuk mendengar kes Petisyen itu dan jika tiada bantahan dari Penghutang Penghakiman dengan alasan yang dikira menasabah, maka pada hari itu beliau akan diisytihar sebagai seorang Bankrap.

        Jika ditakdirkan keBankrapan berlaku, Puan perlu melapurkan diri ke Jabatan Insolvensi terdekat. Selepas melapur diri ke Jabatan Insolvensi Malaysia (JIM) dan mengisi borang borang yang diperlukan, Puan boleh memohon untuk pelepasan semua akaun yang telah dibekukan, pengeluaran dan penutupan akaun dan memilih akaun mana yang hendak dikekalkan. Biasanya kita akan kekalkan akaun yang digunakan untuk kemasukan gaji. InsyaALLAH kebenaran akan diberi berdasarkan perbincangan dengan Pegawai Insolvensi. Berapa lama saya tidak boleh memberi kepastian cuma apabila melapur diri bawalah bukti bukti pendapatan dan perbelanjaan yang lengkap supaya boleh dipastikan berapa jumlah yang mampu dibayar setiap bulan kepada Jabatan Insolvensi.

        Untuk seseorang Bankrap melapurkan kepada JIM, lebih banyak maklumat peribadi akan ditanya berbanding dengan pinjaman biasa. Ini adalah kerana perbelanjaan anak anak (tempat tinggal, sara hidup,pembelajaran, bas sekolah) boleh dimasukkan kedalam Kos Sara Hidup seorang Bankrap. Sebahagian kecil perbelanjaan untuk ibu bapa yang telah uzur juga dibenarkan. Jika seorang Bankrup melapurkan diri kepada JIM dan membuat bayaran bulanan, beliau mungkin boleh mendapat kebenaran untuk menggunakan Kad Kredit (had RM1000) dan juga boleh memiliki kereta (mungkin kereta lama) dengan nilai tidak melebihi RM5K untuk kegunaan keluarga. Tapi harus diingat,kenalah mendapat kebenaran JIM.

        Jadi, lebih ramai anak dan tanggungan , jumlah yang Puan perlu bayar kepada JIM akan berkurangan. Kadang kadang Puan mungkin hanya diminta membayar RM50 sebulan. Jauh lebih murah dari ansuran bulanan pinjaman yang biasa dibayar sebelum ini.

        Dalam perkara memindahkan hakmilik rumah atas nama bersama, ia tidak dibenarkan dalam Akta Kebankrapan dan segala pemindahan dalam masa 2 tahun sebelum dari tarikh Bankrap akan terbatal. Lagipun jumlah nilai rumah dengan hutang Bank mungkin tidak mencukupi untuk “cover” hutang keseluruhan. Budi bicara Pegawai Insolvensi amat diperlukan pada ketika melapurkan diri supaya tidak melelong rumah (jika ada rumah lain) tersebut lagipun atas nama bersama. Bagi Bank Bank yang lain, mereka hanya perlu menfailkan “Proof of Debt” iaitu bukti keberhutangan siBankrap kepada JIM dan jumlah ini akan dikumpulkan sebagai jumlah yang terhutang.

        SiBankrap masih boleh bekerja seperti biasa cuma tidak boleh memegang apa apa jawatan dalam apa jua syarikat perkongsian, pemilik tunggal dan Sdn Bhd dan tidak boleh keluar Negara. Saya doakan supaya Bank RHB boleh memberikan kelonggaran kepada Tuan kerana Bank Negara telah banyak juga merundingkan cadangan pembayaran bagi pihak peminjam. Saya doakan juga supaya ALLAH swt melimpahkan rezeki kepada Puan dan melapangkan segala kesempitan dan memudahkan segala urusan Puan. Aameen.

        • Isma

          Terima kasih untuk jawapan tuan ammar..syukur sy jumpa website…krn sy pernah tgnk di website lain yg tidak membantu sgt malahan memberi tekanan kpd yg bertanya….kami yg bermasalah ni mohon bantuan bukannya utk dihina…seolah2 kami melakukan jenayah hingga disuruh masuk penjara…ada juga yg nak tolong tp dgn bayaran…dahla susah ditambah lg dgn kesusahan lain..semoga merahmati tuan ammar dan mr jeff…Allah saja yg membalasnya

          • Abu Ammar

            Assalamualaikum Isma

            Aameen. Sama sama Isma. Kami boleh bagi pandangan aje setakat apa yang kami tahu dari pengalaman dan juga pengalaman orang lain. Website mana yang suka kutuk kutuk orang tu? Boleh dapatkan linknya? Website geng kutip hutang kut?

          • Isma

            Salam Tuan Ammar,

            saya masih belum mendapat maklum balas dari rhb. Tapi saya ingin bertanya jika jadi muflis…minta2 dijauhkan…amin

            1. Bagaimana kiraan hutang yang perlu dibayar hutang keselurahan atau akan dikurangkan (diskaun)..jika sebulan hanya mampu rm50 atau rm100 mcmana nak habiskan hutang tersebut…sama saja hutang dgn bank

            2. Pelepasan dari muflis hanya jika selepas membayar jumlah keselurahan atau cukup tempoh 5 tahun ia akan terbatal

            3. bagaimana hutang dgn lain yg masih dgn akpk…akan terbatal jika muflis atau perlu diteruskan

            Terima kasih

          • Abu Ammar

            Wa’alaikumussalam Puan Isma

            Berkenaan dengan soalan Puan

            1. Bagaimana kiraan hutang yang perlu dibayar hutang keselurahan atau akan dikurangkan (diskaun)..jika sebulan hanya mampu rm50 atau rm100 mcmana nak habiskan hutang tersebut…sama saja hutang dgn bank

            Seperti yang saya telah jelaskan sebelum ini, Bank tidak akan mendapat bayaran bulanan bulanan yang dibayar sehingga satu tempoh yang tertentu. Yang penting Puan perlu mebayar setiap bulan tanpa miss. Ini boleh dikira sebagai “berkelakuan baik” bila ada permohonan untuk discaj nanti

            2. Pelepasan dari muflis hanya jika selepas membayar jumlah keselurahan atau cukup tempoh 5 tahun ia akan terbatal

            Ia tidak akan terbatal secara automatik setelah 5 tahun. Satu penggubalan undang undang telah pun siap tentang perkara ini cuma belum dibentangkan diParlimen lagi. Kita harap rang undang undang ini boleh memberikan beberapa pelepasan kepada undang undang KeBankrapan yang sudah agak “usang”.

            3. bagaimana hutang dgn lain yg masih dgn akpk…akan terbatal jika muflis atau perlu diteruskan

            Apabila seseprang itu jatuh Bankrap maka segala hal ehwal harta dan pendapatannya dikawal selia oleh Jabatan Insolvensi. Jadi biasanya program itu akan terbatal dan Bank Bank terbabit akan memfailkan “Proof of Debt” baki hutang Puan dengan mereka dengan JIM. Oleh otu bayaran RM50 atau apa saja bayaran yang dipersetujui akan diagih agihkan kepada Pemiutang Pemiutang pada satu masa yang difikirkan sesuai oleh JIM

      • Isma

        Tq tuan ammar….doakan semua berjalan dgn lancar …br2 ni pihak rhb ada call tanya pasal epf statement…sy berharap perkara ni dpt diselesaikan dgn cara yg baik..apa2 nanti sy update lg

  • zana

    Salam semua,

    Saya just nak share kronologi kes saya secara ringkas.
    Pada tahun 2013 saya ade buat personal loan di EASY RHB (PINK) sebanyak 24K.tetapi setahun lepas tu sy berhenti keja ats sebab tertentu & xdapat nak bayar loan secara consistent.kemudian pada August 2015 saya mendapat WRIT SAMAN dari bank berkenaan.Saya tidak berdiam diri,saya call lawyer dan bertanya ape yg perlu saya buat.Samada menghadirkan diri ke court atau tidak.Lawyer mencadangkan saya buat proposal letter dan hantar ke bank tersebut.Pada 17 Sept 2015,saya buat proposal dan email ke RHB,cuma silap tak CC ke BANK NEGARA,tapi sehingga DECEMBER 2015 xde feedback dari RHB.Jalan terakhir,saya pergi ke BANK NEGARA print CCRIS dan minta nasihat ape yg perlu sy buat.BANK NEGARA menasihatkan saya rujuk ke AKPK.Pada 21 DECEMBER 2015,saya telah pergi ke AKPK dan berjumpa kaunselor dan menyatakan segala permasalahan.Dan Alhamdulillah,permohonan saya LULUS,dan akan memulakan pembayaran pertama bermula esok sebanyak Rm240 bulan2 berbanding sebelum ini,saya kena bayar Rm650.Jadi,disini saya nasihatkan kepada sesiapa yg masih pening memikirkan cmne nak settlekan hutang,pergi je la AKPK.yang penting belum DECLARE MUFLIS.kalau nama dah declare Muflis,saya rasa AKPK mmg xboleh nak tolong.

    Tips untuk mempercepatkan permohonan AKPK:

    1: Pergi ke laman web rasmi AKPK.
    Kemudian,register DMP (DEBT MANAGEMENT PROGRAM) ISI SEGALA MAKLUMAT DIRI,PERBELANJAAN ISI RUMAH,TANGGUNGAN,MAKLUMAT HUTANG TERKINI DAN SEGALA YANG BERKAITAN.SEMUA YG BERTANDA * WAJIB ISI.

    2.Last sekali,da settle isi semua baru boleh buat appointment nak jumpa kaunselor.pilih tarikh,masa,cawangan AKPK yg korang nak pegi.Kalau kt KL HQ kat MAJU JUNCTION LEVEL 8.

    3: Sebelum jumpa kaunselor,kene masuk briefing dulu dalam 30minit.Sebelum briefing kene register kt FRONT DESK dulu.abis briefing Then bawak semua dokumen lengkap CTH: CCRIS REPORT,IC,STATEMENT HUTANG TERKINI,SLIP GAJI TERKINI,EPF STATEMENT.Pastikan semua dokumen da print siap2 sebelum ke AKPK.Kalau xlengkap,AKPK xkan layan.sekian.

    Dikesempatan ini,saya nak ucapkan ribuan terima kasih pada Tuan punya blog,En.Abu Ammar,yg byk membantu dari segi moral support dan mengajar mcmne cara nak berhadapan ngan DEBT COLLECTOR melalui phone.now dieorng xleh nak “kencing” sgt.sebab kita da tau caranya.😊
    Tak lupa juga En.Jeff,yg banyak bagi suggestion yg bernas.Last but not least,En.Ahmad Malam terima kasih sbb meyakinkan saya untk pergi ke AKPK.Sebelum ni takut nak pergi,sebab selalu dimomokkan once da join AKPK,nama blacklist.Sekarang sy menyangkal dakwaan tu! AKPK mmg byk membantu dan mendengar permasalahan kita..sekarang sy da xpening da nak byr cmne hutang yg byk tu..ngan ank2 yg sekolah,kos hidup pun makin tinggi.InsyAallah,pasni sy xnak berhutang lg da..serik rasanya.ms depan kita xboleh nak jangka.terpanjang pulak perkongsian ni.Maaf tuan punya blog..sekali lagi,terima kasih semua yg membantu😊

    • Abu Ammar

      Wa’alaikumussalam Puan Zana

      Alhamdulillah wa Shukrulillah. Ringan sikit beban yang ada. Bank pun satu hal, ada yang nak tekan orang sampai keluar “t*h*” dah tahu status ekonomi semasa yang memang macam sakit perut memulas mulas. Kita fahamlah, Bank pun desperate jugak, tapi daripada gempaq nak saman orang sana sini belanja duit, baik juga terima payment walaupun bukan sepenuhnya. Belum belajar lagi ke tragedi Bank Bank lingkup pada tahun 1997? Apapun terima kasih kepada Puan Zana kerana berkongsi tips yang sangat berguna ini.

      Memang ramai yang salah tafsir tentang AKPK ni dengan anggapan pergi ke AKPK kena “blacklist” padahal dengan keadaan mereka yang mempunyai tunggakan tu, memang akan secara automatik kena “blacklist” dalam CCRIS kalau kena saman masuk CTOS pulak. Yang jadi “hantu” menakut nakutkan peminjam tentang AKPK antaranya ialah Agen Kutip Hutang yang TIDAK AKAN dapat memeras peminjam lagi. Saya doakan supaya ALLAH swt memberi jalan dan kelapangan rezeki yang berkat kepada Puan Zana supaya boleh keluar dari belengu RIBA ini. Aameen.

  • En. Ali

    Assalamualaikum Tuan Abu Ammar..

    Saya ada membuat pinjaman peribadi di Bank Rakyat pada tahun 2009 (ketika itu masih berkhidmat sebagai kakitangan awam) untuk memodalkan perniagaan dan bayarannya cantik sehinggalah awal tahun 2012 di mana perniagaan saya merudum dan kontrak perkhidmatan awam saya tidak disambung..

    Nilai pinjaman pokok RM56,000 tidak termasuk faedah dan tunggakan hingga kini berjumlah RM17,000..

    Kini saya berdepan dgn tindakan daripada pihak Bank.. Persoalan saya :

    1) Bolehkah pihak Bank menyita kediaman milik ibu saya?..
    Ketika memohon pinjaman, saya menggunakan alamat rumah ibu.. Malah ada individu menelefon saya dan berkata “Kita boleh sita dan lelong mengikut alamat permohonan pinjaman encik dan kalau jumlahnya tidak cukup, kita teruskan dengan tindakan kebankrapan”.. Saya tidak memiliki sebarang item / perkakas di rumah berkenaan, kesemuanya milik mutlak ibu saya (masih sihat hingga ke hari ini) & saya hanya menumpang hidup di situ sahaja..

    2) Patutkah saya memilih untuk dibankrapkan?..
    Saya cuba berbincang dgn individu berkenaan skim penjadualan semula tetapi ditolak.. Malah individu berkenaan sebaliknya meminta saya memilih antara “bayar tunggakan RM17,000 dalam masa 14 hari” atau “sita & tindakan kebankrapan”..

    Harap mendapat maklumbalas daripada pihak Tuan..

    Terima kasih..

    • Abu Ammar

      Wa’alaikumussalam Tuan ali

      Biasanya cerita nak sita dan Bankrap ni adalah TEMBERANG Agen Kutip Hutang. Dah cek CTOS? Dah check CCRIS? Kalau tak ada Penghakiman TIDAK AKAN ada WSS atau proses Bankrapsi. Buat apa dengar cakap Agen Kutip Hutang? Dia TIADA KUASA untuk membuat keputusan apa tindakan undang undang yang hendak dilakukan. Dia mak makan komisen aje. Hujung tahun lah katakan, diaorang pun nak belanja anak nak sekolah dan lain lain. Tindakan Bank yang perlu dirisaukan.

      Baca penjelasan saya disini tentang bab sita menyita ini:

      https://www.facebook.com/ceritahutang/posts/534912356666965

      Seperti yang saya katakan sebelum ini, sebelum ada apa apa tindakan pelaksanaan Penghakiman seperti Writ of Seizure and Sale (WSS) kena ada Penghakiman dahulu.

      Kalau tak ada Penghakiman nak sita apa ke benda? Kalau mungkin ada Penghakiman dan betul betul ada tindakan WSS, Bank tak akan beritahu sebab kalau beritahu kita akan keluarkan barang barang yang berharga dari rumah atau kosongkan terus. Nak sita apa lepas tu? Suis lampu dengan kipas siling adalah. Kalau betul betul berlaku, pegawai Bank atau wakil Loyar akan datang bersama Bailiff Mahkamah membawa Perintah WSS dan Bailiff akan menandakan barang barang dalam rumah yang dikira “ada harga” untuk dilelong.

      Ada suatu cara untuk melengahkan atau menggagalkan tindakan ini dengan TIDAK MEMBENARKAN Bailiff dan sesiapa yang datang masuk kerumah. Bila tak dapat masuk, mereka akan datang balik dengan “PERINTAH PECAH MASUK” yang mana mereka akan datang dengan tukang kunci dan mungkin diiringi oleh pihak polis. Mendapatkan Perintah Pecah Masuk ini akan memakan masa jadi sementara tu kita boleh keluarkan barang barang yang berharga dari rumah. Untuk menambahkan unsur “dramatik” boleh kutip barang barang lusuh kat tempat recycle atau kutip sendiri dan letak kat rumah.

      Bila ini terjadi besar kemungkinan Bank akan membatalkan tindakan ini dan jika Bank meneruskan juga tindakan ini, besar kemungkinan dapat barang barang yang tidak berguna kepada peminjam ataupun peminjam masih boleh memohon untuk mendapatkan “Stay of Execution” atau Penangguhan Pelaksanaan dan failkan pulak SAMAN INTERPLIDER iaitu saman pihak ketiga yang ada tuntutan terhadap barang barang yang telah ditanda oleh Bailiff dan memohon kepada Mahkamah untuk mengeluarkan barang barang tersebut dari senarai yang telah ditanda.

      Seperti yang Tuan lihat, tindakan ini berisiko tinggi untuk tidak mendapat “habuan” oleh Bank dan hanya “menguntungkan” Loyar dari segi kos guaman. Tindakan ini juga bukan mudah seperti yang diwar-warkan oleh Agen Kutip Hutang yang suka suka hati dia nak sita barang bila bila masa.

      Dan seperti kawapan jawapan saya sebelum ini, fahami proses tindakan undang undang dan proses Bankrapsi:

      Berikut adalah prosedur ringkas Tindakan undang undang

      1) Loyar menghantar Notis Tuntutan kepada peminjam meminta tunggakan memberi masa 14 hari atau menamatkan perjanjian

      2) Atas arahan Bank, jika tiada bayaran, Tuan Loyar akan menfailkan Saman di Mahkamah menuntut baki hutang. Dalam Writ Saman ini ada Notis Tuntutan yang memperincikan segala baki, faedah dan kos yang dituntut.

      3) Selepas mendapat meterai dan pengesahan Mahkamah, Writ Saman ini akan disampaikan secara kediri atau melalui pos kepada Peminjam dialamat yang terakhir yang ada dalam rekod Bank. Biasanya pendengaran kes akan ditetapkan dalam masa 14 hari dari tarikh Writ atau penyampaian itu. Peminjam perlu mendaftarkan diri untuk hadir pada tarikh itu. kalau tidak pada hari itu Penghakiman Ingkar Tanpa Kehadiran akan dikeluarkan.

      4) Selepas itu Bank dan Tuan Loyar akan menunggu salinan Penghakiman yang telah dimeterai dan disahkan oleh Mahkamah

      5) Apabila salinan Penghakiman didapati, satu salinan akan dihantar kepada Peminjam

      6) Bank boleh melaksanakan Penghakiman dengan tindakan undang undang keatas Peminjam. Kalau lebih RM30 ribu, boleh buat Bankrapsi

      Sudahkah Tuan mendapat apa apa surat atau notis dari bank atau loyar seperti yang tertera diatas? Pastikan alamat adalah yang sama dengan rekod Bank supaya boleh dapat apa jua peringatan terutamanya Notis Tuntutan Loyar dan Writ Saman. Sila tulis satu surat yang mengesahkan alamat surat menyurat terkini Tuan kepada Bank. Kalau boleh, hantar by hand atau dengan registered post dan email. Lagi cantik kalau wakil Bank cop penerimaan surat tersebut. Ini akan menjadi SANGAT BERGUNA dikemudian hari.

      Secara ringkasnya proses Kebankrapan pula adalah seperti berikut:

      1) Penghakiman (samada Penghakiman Ingkar atau yang lainnya) sudah dijatuhkan keatas peminjam (seperti diatas)

      2) Pemfailan Notis Kebankrapan. Pada waktu pemfailan tersebut jumlah baki hutang, faedah dan kos MESTILAH tidak kurang dari RM30,000

      3) Notis ini mesti diserahkan secara kediri (personal service) kepada Penghutang Penghakiman. Cubaan serahan adalah sebanyak TIGA kali. Jika gagal, Bank boleh membuat permohonan untuk membuat Penyampaian Ganti melalui Akhbar Tempatan, Penampalan Notis di Papan Notis Mahkamah dan juga Surat Berdaftar. Kalau tak dapat personal service dan perlu kepada permohonan Penyampaian Ganti, ini akan memakan masa lagi 1 – 3 bulan.

      4) Selepas 6 (Enam) bulan tempoh serahan berlaku tanpa ada apa apa bantahan/perbincangan dari Penghutang Penghakiman, beliau sudah dikira telah melakukan tindakan Kebankrapan. Selepas itu Petisyen Pemiutang pula akan dikeluarkan dan diserahkan.

      5) Suatu tarikh akan ditetapkan untuk mendengar kes Petisyen itu dan jika tiada bantahan dari Penghutang Penghakiman dengan alasan yang dikira menasabah, maka pada hari itu beliau akan diisytihar sebagai seorang Bankrap

      Untuk mendapatkan kepastian, saya sarankan supaya buat semakan dengan CTOS di http://www.ctos.com.my/CTOSHOME/selfcheck.html (scan MyKad depan belakang untuk diemailkan untuk pengesahan). Register id (klik CTOS User ID) dan ikut arahan di Skrin. Kalau tak silap saya bila dah regiater Id, satu lapuran ringkas akan diberi. Ia akan memberikan indikasi kalau ada tindakan undang undang.

      Nak tahu lebih lanjut bayar RM10 secara online untuk dapatkan lapuran secara detail. Bila dah dapat keputusan rujuk semula disini dengan email kepada saya di codetyco@ceritahutangbankdananda.com. Baru kita boleh tahu setakat mana tindakan undang undang yang telah dikenakan. Hmm… “promosi” CTOS tapi tak dapat apa apa pun. 🙂

      Ini link yang bagus yang menerangkan cara membuat semakan CTOS tapi dalam bahsa omputeh. Takda masalah, senang faham.

      http://www.chatpropertymalaysia.com/how-to-check-your-credit-records-via-ccris-and-ctos/

      Untuk semakan CCRIS boleh pergi kecawangan Bank Negara terdekat dan minta bantuan dari pegawai disana. Ada juga kiosk untuk buat semakan. Kalau alas nak dengar “celoteh” Agen Kutip Hutang, install app “Truecaller” dan “True Messenger”. Boleh block call dan sms diaorang.

      Kalau nak berunding dengan Bank, pergi terus keBank kerana kalau berunding dengan Agen Kutip Hutang, ia tidak akan kemana mana kerna mereka hidup dengan komisen, mereka tidak akan mengalah dan berkeras untuk mendapatkan bayaran penuh. Tuan boleh ikuti thread di Page FB saya disini:
      https://www.facebook.com/ceritahutang/photos/a.472754979549370.1073741828.323566051134931/556620757829458/?type=3&theater

      dimana Bank Negara boleh membantu untuk membuat rundingan dengan Bank yang “degil” untuk menerima cadangan pembayaran (bukan AKPK)

  • Penyapu Buruk

    Assalamualaikum Tuan,

    Saya baru sahaja menerima Notice of Termination kerana gagal menjelaskan tunggakan sebanyak RM2120. Saya diminta untuk menjelaskan kesemua pinjaman termasuk kos2 sampingan sebanyak RM182k dalam masa 14 hari.

    Apakah langkah yang paling baik bagi mengelakkan saya menerima tindakan susulan dari pihak bank, sedangkan dalam masa yang sama saya tidak mampu untuk membayar sebanyak RM182k.

    Bolehkah saya menjelaskan tunggakan sahaja, iaitu RM2120?

    Terima kasih,
    Amir

    • Jeff Lee

      @ Penyapu Buruk

      ***menerima Notice of Termination kerana gagal menjelaskan tunggakan sebanyak RM2120***
      Q’s
      1. What is the monthly repayment?
      2. What is the number of months default?
      3. For your case (182K) 1+2 above does not tally, not enough to warrant a N.o.T.

      A notice of termination is issued in preparation for an action in court.

      ***menjelaskan tunggakan sahaja, iaitu RM2120***
      For a “tuntutan” of more than 180K, the bank will bill you at least 1.2-1.5K for the court proceeding (if any)

      The picture of your debt is not clear. There should be more than 1 letter from the bank lawyers.
      PDF/jpeg all letters from the bank or their lowyers to Tuan Abu Ammar for clearer analysis.
      You do not have much time.

  • jeff

    Assalam…..sy ada hutang dgn bank rakyat 21k.2 tahun sblm ni sy tak bayar.dan agen bank ada call dan sms akan sita dan lelong barang saya.agen tu cakap pihak bank dah serahkan no akaun sy untuk agen uruskan.agen tu bg tempoh 48jam untuk bayar rm5500.klu xbayar tindakan dr mahkamah akan berjalan.so skrg ni apa cara terbaik untuk sy selesaikan tanpa kena blacklist atau sita barang sy.boleh ke sy berurusan dgn pihak bank untuk bincangkan perkara ini.mohon pencerahan dr tuan….

    • Abu Ammar

      Wa’alaikumussalam Jeff

      Agen Bank yang call tu PENIPU BESAR. Kalau nak tahu bab sita menyita ni boleh baca kat sini:

      https://www.facebook.com/ceritahutang/posts/534912356666965

      Cuba buat semakan dengan CTOS di http://www.ctos.com.my/CTOSHOME/selfcheck.html (scan MyKad depan belakang untuk diemailkan untuk pengesahan). Register id (klik CTOS User ID) dan ikut arahan di Skrin. Kalau tak silap saya bila dah regiater Id, satu lapuran ringkas akan diberi. Ia akan memberikan indikasi kalau ada tindakan undang undang.

      Nak tahu lebih lanjut bayar RM10 secara online untuk dapatkan lapuran secara detail. Bila dah dapat keputusan rujuk semula disini dengan email kepada saya di codetyco@ceritahutangbankdananda.com. Baru kita boleh tahu setakat mana tindakan undang undang yang telah dikenakan. Hmm… “promosi” CTOS tapi tak dapat apa apa pun. 🙂

      Cara cara nak check CTOS ada kat link ini. Kredit kepada penulisnya dan terima kasih kita ucapkan.

      http://www.chatpropertymalaysia.com/how-to-check-your-credit-records-via-ccris-and-ctos/

    • Jeff Lee

      @ jeff

      ***agen bank ada call dan sms akan sita dan lelong barang saya.agen tu cakap pihak bank dah serahkan no akaun sy untuk agen uruskan.agen tu bg tempoh 48jam untuk bayar rm5500. .klu xbayar tindakan dr mahkamah akan berjalan.***
      1. IF…., if the bill collector has spoken the statement in the correct manner, it is CORRECT.
      2. Only the bank can file an action in a court of law (NOT the BC)
      3. If a court of law has adjudged you a Judgement Debtor, yes the next process is sita and lelong (WSS) can be for real depending on circumstances.

      ***2 tahun sblm ni sy tak bayar***
      There is no way you can get out of this loan. Credit Card or PL.?
      Da kena blacklist within after 3 months of default. It is in your CCRIS for at least the next 12months even if you settle the whole debt TODAY.

      Solusi
      Merayu dan binchang ngan Bank HQ if in a position to make prompt repayments.
      You can approach AKPK and BNM for help and advice.

      Get a CTOS report asap as per advice by Tuan Abu Ammar.

  • AhmadMalam

    Asalamualaikum Tuan Abu

    Sambungan kepada kes pinjaman peribadi Al-Rajhi saya yang ingin saya kongsikan untuk pengunjung site ini, semoga manfaat bersama..

    Sila lihat kes En Ahmad disini:

    https://www.ceritahutangbankdananda.com/2014/08/proses-tindakan-undang-undang-pinjaman-peribadipersendirian-bahagian-3/comment-page-5/#comment-1325

    Ringkasan Situasi :

    1.Pinjaman Peribadi 25k (baki pinjaman RM8100 dgn tunggakan 7 bulan setelah diberhentikan kerja, company tutup)
    2.Akaun simpanan Maybank di bekukan(Court Garnishee Order) apabila mahu membuat bayaran melalui interbank giro drpd Maybank ke Alrajhi ( Pengajaran – Bayar pakai deposit machine di bank pemiutang untuk elak dikesan dimana duit kita disimpan)

    Tindakan setelah dptkn nasihat dari tuan Abu Ammar dan Mr.Jeff dari site ini :-

    Nota : Usaha dibawah boleh dilakukan sekiranya peminjam berniat atau berkemampuan untuk menyelesaikan baki pinjaman

    1. Buat surat rasmi bersama cadangan penyelesaian pinjaman

    2. Pergi ke cawangan bank peminjam berdekatan dan minta untuk bercakap dengan pegawai bank(bahagian debt collector) yang uruskan kes anda
    3.Berbincang, sekiranya diterima Alhamdulillah dan sekiranya di tolak, bawa surat cadangan anda ke Bank Negara ( Block D, BNM telelink)

    4. DI Bank negara pula, print CCRIS report dahulu sebelum berjumpa pegawai BNM. Ambil angka giliran.

    5. Cerita semua masalah kewangan anda secara jujur kepada pegawai BNM dan juga usaha2 yang telah anda lakukan untuk berbincang dengan pihak bank.

    6.Anda mungkin akan diminta oleh BNM untuk hantar semula surat rasmi cadangan penyelesaian pinjaman melalui saluran BNM.

    7. ATAU anda mungkin juga diminta oleh BNM untuk ke AKPK untuk nasihat/atur semula bayaran pinjaman2 anda (atas budi bicara anda dan BNM)

    8. Setelah surat cadangan dihantar kepada bank melaui BNM, satu pegawai khas BNM akan uruskan kes anda.Hubungi talian BNMTeLELINK(1-300-88-5465) untuk disambungkan kepada pegawai BNM yg uruskan kes anda. (Cadangan : Guna email bukan surat menyurat biasa kerana cara ini lebih pantas & sentiasa CC BNM(bnmtelelink@bnm.gov.my) dalam komunikasi anda kepada bank)

    9.Sekiranya rayuan anda ditolak, hubungi pegawai BNM minta nasihat seterusnya. Dalam kes saya, setelah kali kedua ditolak pegawai BNM tersebut telah meminta bank buat pertimbangan semula. Kali ke-3 rayuan saya diterima dgn bantuan BNM. ( Nota : Rayu seberapa byk kali yg boleh melalui BNM)

    10 Berkenaan Garnishee Order, ianya hanya kuat untuk di lawan sekiranya akaun gaji. Sekiranya tidak, boleh juga buat rayuan untuk pelepasan separuh atau sebahagian kecil dari jumlah yang dibekukan tapi ianya makan masa 1-2 bulan bukan segera, kerana bukan mudah untuk bank dapatkan Garnishee Order dari Makamah untuk bekukan akaun peminjam. Kos2 guaman perlu dijelaskan oleh peminjam(Masukkan juga dlm proposal anda kepada bank untuk diserapkan ke dalam baki pinjaman).

    11. Sekiranya akaun yang dibekukan bukan akaun Gaji, jangan dedahkan akaun Gaji anda pada pihak bank walaupn diminta oleh pihak bank. Hanya serahkan salinan penyata Gaji/Salary Slip yang baru pada pihak bank sebagai bukti pendapatan.

    12.Hubungi bank2 lain dimana anda ada buat pinjaman(sekira ada), beritahu masalah kewangan anda dan buat surat rasmi untuk cadangan anda bagi menyelesaikan baki tertunggak. Dalam erti kata lain, biar lah kita kejar bank dari bank kejar kita.

    Contoh : bayaran bulanan sebelum masalah kewangan adalah sebanyak RM600, dan sekarang hanya mampu RM350 atau kurang. Buat surat rasmi kepada bank,sekiranya ditolak oleh bank, anda hubungi BNMTelelink. Ulang proses2 diatas. InshaAllah ada jalan penyelesaian. BNM akan lihat anda ada usaha nak selelsaikan tapi bank yang menolak.

    Sekian, harap maklumat atau pegalaman saya dapat dimanfaatkan bersama.

  • Aina

    Salam tuan, utk ringkasan, sy tak mampu bayar personal loan 100k dgn ambank (dulu kerja govmnt, resign sbb join full time biz mlm, tp tak ke mana) dan januari ni kena dtg mahkamah tinggi shah alam utk bicara muflis. Skrg sy suri rumah jaga anak 7 bulan, suami seorg bekerja sndiri, dduk di rumah ibu bapa mertua. Alamat surat menyurat bank di alamt rumah ibu saya di kmpg. Persoalan sy kpd pihak Tuan, adakah possible utk rumah ibu saya di kmpg disita sbb sy sndiri takda punca pendapatan tetap buat masa skrg. Jumlah pinjaman sgt besar, melebihi 30k dan adakah possiblity sy dimasuk penjara atau rumah yg saya tinggal skrg pula disita? Terima kasih byk2 atas perkongsian dan perhatian pohak Tuan. Hanya allah yg mampunmembalasnya. Wslm.

    • Abu Ammar

      Wa’alaikumussalam Aina

      Bicara pada bulan Januari ni untuk Notis Kebankrapan atau Petisyen Pemiutang? Kalau sudah tiada punca pendapatan dan tiada alasan untuk melawan atau membantah keputusan tersebut maka Puan Aina harus tahu apa yang perlu dilakukan apabila diisytiharkan sebagai seorang Muflis.

      Sebelum itu saya ingin menjawab kemusykilan Puan Puan:

      1) adakah possible utk rumah ibu saya di kmpg disita?

      Tidak sama sekali kerana Rumah bukan dibawah nama Puan

      2) adakah possiblity sy dimasuk penjara atau rumah yg saya tinggal skrg pula disita?

      Puan tidak akan masuk penjara atas alasan keBankrapan. Melainkan rumah yang Puan tinggal sekarang adalah diatas nama Puan, ia tidak akan dilelong. Kalau ia sekalipun, ia terpulang kepada budi bicara Jabatan Insolvensi Malaysia. (JIM)

      Cuma saya berikan disini proses keBankrapan yang sebenar supaya menjadi panduan kepada Puan kerana saya bimbang mungkin perkara “kena naik Mahkamah” adalah mainan Agen Kutip Hutang sahaja. Sebelum itu kita tengok proses tindakan undang undang dahulu. Puan boleh semak samada apa yang disebutkan telah berlaku.

      Berikut adalah prosedur ringkas Tindakan undang undang

      1) Loyar menghantar Notis Tuntutan kepada peminjam meminta tunggakan memberi masa 14 hari atau menamatkan perjanjian

      2) Atas arahan Bank, jika tiada bayaran, Tuan Loyar akan menfailkan Saman di Mahkamah menuntut baki hutang. Dalam Writ Saman ini ada Notis Tuntutan yang memperincikan segala baki, faedah dan kos yang dituntut.

      3) Selepas mendapat meterai dan pengesahan Mahkamah, Writ Saman ini akan disampaikan secara kediri atau melalui pos kepada Peminjam dialamat yang terakhir yang ada dalam rekod Bank. Biasanya pendengaran kes akan ditetapkan dalam masa 14 hari dari tarikh Writ atau penyampaian itu. Peminjam perlu mendaftarkan diri untuk hadir pada tarikh itu. kalau tidak pada hari itu Penghakiman Ingkar Tanpa Kehadiran akan dikeluarkan.

      4) Selepas itu Bank dan Tuan Loyar akan menunggu salinan Penghakiman yang telah dimeterai dan disahkan oleh Mahkamah

      5) Apabila salinan Penghakiman didapati, satu salinan akan dihantar kepada Peminjam

      6) Bank boleh melaksanakan Penghakiman dengan tindakan undang undang keatas Peminjam. Kalau lebih RM30 ribu, boleh buat Bankrapsi

      secara ringkasnya proses Kebankrapan pula adalah seperti berikut:

      1) Penghakiman (samada Penghakiman Ingkar atau yang lainnya) sudah dijatuhkan keatas peminjam (seperti diatas)

      2) Pemfailan Notis Kebankrapan. Pada waktu pemfailan tersebut jumlah baki hutang, faedah dan kos MESTILAH tidak kurang dari RM30,000

      3) Notis ini mesti diserahkan secara kediri (personal service) kepada Penghutang Penghakiman. Cubaan serahan adalah sebanyak TIGA kali. Jika gagal, Bank boleh membuat permohonan untuk membuat Penyampaian Ganti melalui Akhbar Tempatan, Penampalan Notis di Papan Notis Mahkamah dan juga Surat Berdaftar. Kalau tak dapat personal service dan perlu kepada permohonan Penyampaian Ganti, ini akan memakan masa lagi 1 – 3 bulan.

      4) Selepas 6 (Enam) bulan tempoh serahan berlaku tanpa ada apa apa bantahan/perbincangan dari Penghutang Penghakiman, beliau sudah dikira telah melakukan tindakan Kebankrapan. Selepas itu Petisyen Pemiutang pula akan dikeluarkan dan diserahkan.

      5) Suatu tarikh akan ditetapkan untuk mendengar kes Petisyen itu dan jika tiada bantahan dari Penghutang Penghakiman dengan alasan yang dikira menasabah, maka pada hari itu beliau akan diisytihar sebagai seorang Bankrap.

      Seorang Bankrap perlu melapurkan diri ke Jabatan Insolvensi terdekat. Selepas melapur diri ke Jabatan Insolvensi Malaysia (JIM) dan mengisi borang borang yang diperlukan, Puan boleh memohon untuk pelepasan semua akaun yang telah dibekukan, pengeluaran dan penutupan akaun dan memilih akaun mana yang hendak dikekalkan. Biasanya kita akan kekalkan akaun yang digunakan untuk kemasukan gaji. InsyaALLAH kebenaran akan diberi berdasarkan perbincangan dengan Pegawai Insolvensi. Berapa lama saya tidak boleh memberi kepastian cuma apabila melapur diri bawalah bukti bukti pendapatan dan perbelanjaan yang lengkap supaya boleh dipastikan berapa jumlah yang mampu dibayar setiap bulan kepada Jabatan Insolvensi.

      Untuk seseorang Bankrap melapurkan kepada JIM, lebih banyak maklumat peribadi akan ditanya berbanding dengan pinjaman biasa. Ini adalah kerana perbelanjaan anak anak (tempat tinggal, sara hidup,pembelajaran, bas sekolah) boleh dimasukkan kedalam Kos Sara Hidup seorang Bankrup. Sebahagian kecil perbelanjaan untuk ibu bapa yang telah uzur juga dibenarkan. Jika seorang Bankrup melapurkan diri kepada JIM dan membuat bayaran bulanan, beliau mungkin boleh mendapat kebenaran untuk menggunakan Kad Kredit (had RM1000) dan juga boleh memiliki kereta (mungkin kereta lama) dengan nilai tidak melebihi RM5K untuk kegunaan keluarga. Tapi harus diingat,kenalah mendapat kebenaran JIM.

      Jadi, lebih ramai anak dan tanggungan , jumlah yang Tuan/Puan perlu bayar kepada JIM akan berkurangan. Kadang kadang Tuan/Puan mungkin hanya diminta membayar RM50 sebulan. Jauh lebih murah dari ansuran bulanan pinjaman peribadi Tuan/Puan, kan?

      Dalam perkara memindahkan hakmilik rumah atas nama bersama, ia tidak dibenarkan dalam Akta Kebankrapan dan segala pemindahan dalam masa 2 tahun sebelum dari tarikh Bankrap akan terbatal. Lagipun jumlah nilai rumah dengan hutang Bank mungkin tidak mencukupi untuk “cover” hutang keseluruhan. Budi bicara Pegawai Insolvensi amat diperlukan pada ketika melapurkan diri supaya tidak melelong rumah tersebut lagipun atas nama bersama. Bagi Bank Bank yang lain, mereka hanya perlu menfailkan “Proof of Debt” iaitu bukti keberhutangan siBankrap kepada JIM dan jumlah ini akan dikumpulkan sebagai jumlah yang terhutang.

      Bagi si Bankrap:

      (a) Masih boleh bekerja seperti biasa atau berniaga asalkan tidak mendaftar sebagai pengarah, rakan kongsi atau pemilik tunggal. (ramai yang berniaga “online” atau berniaga atas “proxy” atau nama orang lain.

      (b) Masih boleh mempunyai akaun Bank (satu sahaja). Pihak Jabatan Insolvensi akan mengeluarkan surat kebenaran untuk mebuka akaun dengan mana mana Bank atau memberi arahan untuk membuka semula akaun yang telah dibekukan akibat Banrupsi.

      (c) Tidak boleh keluar negara tanpa kebenaran Jabatan Insolvensi.

      (d) Yang utama sekali, Puan tidak lagi akan diganggu oleh Bank atau Agensi Pengutip Hutang.

      Saya harap saya sudah menjawab soalan Puan.

      • Aina

        Alhamdulillah terima kasih bnyk2 Tuan atas respon pantas. Surat berdaftar peguam meminta sy hadir utk perbicaraan Petisyen pemiutang di hdpn Penolong Kanan Pendaftar di mahkamah tinggi shah alam. Dari penjelasan Tuan, apa yg saya dpt simpulkan, next step slps hadir mahkamah nanti, saya perlu lapor diri di Jabatan Insolvensi terdekat, betul kan? Terima kasih sekali lagi atas penerangan Tuan.

      • Aina

        Ada satu lagi perkara, masa biz dulu sy ada beli kereta, masih ada hutang dgn maybank, tp skrg dh jual sambung bayar. Buyer baru masih bayar mcm biasa. Mslh nya ada penjamin iaitu abang sulung sy, dia kerja govt. dgn kes sy bankrap ni, ada kesan ke kpd loan kereta yg masih atas nama saya, dan abg sy sebagai penjamin? Jika tak keberatan Tuan boleh bagi pendapat Tuan?

        • Abu Ammar

          Assalamualaikum Aina

          Kereta masih lagi dibawah nama Aina. Jadi Jabatan Insolvensi berhak untuk mengambil kereta tersebut untuk dilelong melainkan boleh berbincang dengan cara baik. Kalau baki tak banyak mungkin (mungkin) akan diambil oleh Jabatan Insolvensi. Kalau baki masih banyak dan tak berbaloi untuk dilelong maka mungkin ia dibiarkan begitu sahaja. Terpulang kepada budi bicara Jabatan Insolvensi dan insyaALLAH boleh dibawak berbincang.

  • Haniraiza

    Salaam tuan,

    Saya telah membuat loan peribadi bank rakyat rm25k dan hanya dpt membayar ansuran rm6660. Bayaran terakhir pd 2009.

    Sy telah dihubungi agent kutip hutang dgn pelbagai nombor mengaku lawyer lah pegawai bank bila diajak bersemuka tapi enggan.

    Sy telah pergi sendiri ke bank rakyat kata pic hutang saya lapuk dan perlu berurusan dgn agent. Memang taklah sbb agent mengugut saya minta bayar rm18k dlm 48jam

    Adakah tindakan bankrup bole diambil kpd sy memandangkan 2009 tarikh akhir bayaran dan saya tidak menerima sebarang surat kerana berpindah.

    Sy perlu membayar rm29k tunggakan pada 2015 sedangkan saman sy lihat 2010

    Sy bertanya pd pic bank rakyat katanya dulu ade peminjam ceo tapi sekarang nelayan kami tidak sampai hati ambil tindakan bankrup.

    Sampai bila agent kutip hutang akan cari saya? Sudah block number but still bole beli simcard baru call sy.

    • Abu Ammar

      Wa’alaikumussalam Haniraiza

      Kalau mengikut bayaran terakhir pada tahun 2009, jika tiada tindakan undang undang dikenakan keatas Haniraiza, maka kalau ada Saman selepas ini boleh lawan dengan Akta Had Masa. Tetapi saya difahamkan ada Saman pada tahun 2010. Jadi kena semak betul betul adakah Penghakiman telah didapati keatas Haniraiza. Saya sarankan supaya buat semakan dengan CTOS di http://www.ctos.com.my/CTOSHOME/selfcheck.html (scan MyKad depan belakang untuk diemailkan untuk pengesahan). Register id (klik CTOS User ID) dan ikut arahan di Skrin. Kalau tak silap saya bila dah regiater Id, satu lapuran ringkas akan diberi. Ia akan memberikan indikasi kalau ada tindakan undang undang.

      Nak tahu lebih lanjut bayar RM10 secara online untuk dapatkan lapuran secara detail. Bila dah dapat keputusan rujuk semula disini dengan email kepada saya di codetyco@ceritahutangbankdananda.com. Baru kita boleh tahu setakat mana tindakan undang undang yang telah dikenakan. Hmm… “promosi” CTOS tapi tak dapat apa apa pun. 🙂

      Berikut adalah panduan dari satu blog yang saya jumpa tentang cara cara membuat carian.

      http://www.chatpropertymalaysia.com/how-to-check-your-credit-records-via-ccris-and-ctos/

      Pastikan alamat sekarang adalah sama dengan alamat yang ada diBank. Kalau tak sama, buat satu surat yang memberikan alamat terkini dan suruh wakil Bank untuk menandatangani salinan surat pemberitahuan alamat terkini. Ini akan berguna satu hari nanti.

      Berikut adalah prosedur ringkas Tindakan undang undang

      1) Loyar menghantar Notis Tuntutan kepada peminjam meminta tunggakan memberi masa 14 hari atau menamatkan perjanjian

      2) Atas arahan Bank, jika tiada bayaran, Tuan Loyar akan menfailkan Saman di Mahkamah menuntut baki hutang. Dalam Writ Saman ini ada Notis Tuntutan yang memperincikan segala baki, faedah dan kos yang dituntut.

      3) Selepas mendapat meterai dan pengesahan Mahkamah, Writ Saman ini akan disampaikan secara kediri atau melalui pos kepada Peminjam dialamat yang terakhir yang ada dalam rekod Bank. Biasanya pendengaran kes akan ditetapkan dalam masa 14 hari dari tarikh Writ atau penyampaian itu. Peminjam perlu mendaftarkan diri untuk hadir pada tarikh itu. kalau tidak pada hari itu Penghakiman Ingkar Tanpa Kehadiran akan dikeluarkan.

      4) Selepas itu Bank dan Tuan Loyar akan menunggu salinan Penghakiman yang telah dimeterai dan disahkan oleh Mahkamah

      5) Apabila salinan Penghakiman didapati, satu salinan akan dihantar kepada Peminjam

      6) Bank boleh melaksanakan Penghakiman dengan tindakan undang undang keatas Peminjam. Kalau lebih RM30 ribu, boleh buat Bankrapsi

      secara ringkasnya proses Kebankrapan pula adalah seperti berikut:

      1) Penghakiman (samada Penghakiman Ingkar atau yang lainnya) sudah dijatuhkan keatas peminjam (seperti diatas)

      2) Pemfailan Notis Kebankrapan. Pada waktu pemfailan tersebut jumlah baki hutang, faedah dan kos MESTILAH tidak kurang dari RM30,000

      3) Notis ini mesti diserahkan secara kediri (personal service) kepada Penghutang Penghakiman. Cubaan serahan adalah sebanyak TIGA kali. Jika gagal, Bank boleh membuat permohonan untuk membuat Penyampaian Ganti melalui Akhbar Tempatan, Penampalan Notis di Papan Notis Mahkamah dan juga Surat Berdaftar. Kalau tak dapat personal service dan perlu kepada permohonan Penyampaian Ganti, ini akan memakan masa lagi 1 – 3 bulan.

      4) Selepas 6 (Enam) bulan tempoh serahan berlaku tanpa ada apa apa bantahan/perbincangan dari Penghutang Penghakiman, beliau sudah dikira telah melakukan tindakan Kebankrapan. Selepas itu Petisyen Pemiutang pula akan dikeluarkan dan diserahkan.

      5) Suatu tarikh akan ditetapkan untuk mendengar kes Petisyen itu dan jika tiada bantahan dari Penghutang Penghakiman dengan alasan yang dikira menasabah, maka pada hari itu beliau akan diisytihar sebagai seorang Bankrap.

      Buat semakan CTOS dahulu.

      • Haniraiza

        Terima kasih tuan sudi reply persoalan saya.setelah mbaca blog tuan baru saya faham tentang dunia hutang dan satu2 nyer blog yg lengkap dan user friendly.sy akan promo blog tuan di fb sy. Yer tuan nama sy sudah ade di CTOS/CCRIS dan blacklisted dr sebarang jenis pinjaman. Kira-kira 2 tahun lepas, nk beli rumah(ade lg hati nk buat pinjaman) setelah diperiksa nama sy tidak boleh dipakai lg. Adakah itu satu bentuk penghakiman?

        Hemat saya, tiada sebarang banckruptcy dicharge atas saya . 16/12/2015 saya pergi ke bank rakyat tunggakan saya hanya 29k yg diminta dicampur bunga dan buah…

        • Jeff Lee

          @ Haniraiza

          “nk beli rumah(ade lg hati nk buat pinjaman) setelah diperiksa nama sy tidak boleh dipakai lg. Adakah itu satu bentuk penghakiman?”

          Settle your current case/defaults.
          From then onwards make any bank loans (esp credit cards) repayments promptly (No delays not even one).
          After 12months, the BNM CCRIS will “auto clear” and your credit rating will be back to normal and you can attempt to take housing loans “within your means”.

  • jannah

    Assalamualaikum.. sy nak tnya, sy ada buat personal loan 30k, sy bkerja sblm ni tp department yg sy kerja shutdown & kami diberhentikn serta merta. sy x dpt byr loan dh 4 bln. sy selalu dpt call dri bank suruh sy byr, sy dh explain sy x blh nk byr buat msa sekarang. paling cpt hjung bln 1, 2016 sebab sy akan mula bkerja smula pd bln 1. tapi bank x blh consider dan tetap mintak sy byr. bila tak ada payment dri sy, bank call & sms inform mereka bg tempoh beberapa lama utk sy byr dan kalau x ada byaran sy akan diisytihar bankrap. boleh ke sy diisytihar bankrap kalau kes mcm ni? harap encik dpt membantu beri penjelasan. terima kasih.

    • Abu Ammar

      Wa’alaikumussalam Jannah

      Pertma sekali saya rasa yang call ni Agen Kutip Hutang yang gemar gempaq orang dengan kenyataan kenyataan yang mengelirukan atau sengaja memberi ancaman yang diada-adakan tanpa ada fakta yang betul tentang proses sebenar tindakan undang undang.

      Prosedur ringkas Tindakan undang undang

      1) Loyar menghantar Notis Tuntutan kepada peminjam meminta tunggakan memberi masa 14 hari atau menamatkan perjanjian

      2) Atas arahan Bank, jika tiada bayaran, Tuan Loyar akan menfailkan Saman di Mahkamah menuntut baki hutang. Dalam Writ Saman ini ada Notis Tuntutan yang memperincikan segala baki, faedah dan kos yang dituntut.

      3) Selepas mendapat meterai dan pengesahan Mahkamah, Writ Saman ini akan disampaikan secara kediri atau melalui pos kepada Peminjam dialamat yang terakhir yang ada dalam rekod Bank. Biasanya pendengaran kes akan ditetapkan dalam masa 14 hari dari tarikh Writ atau penyampaian itu. Peminjam perlu mendaftarkan diri untuk hadir pada tarikh itu. kalau tidak pada hari itu Penghakiman Ingkar Tanpa Kehadiran akan dikeluarkan.

      4) Selepas itu Bank dan Tuan Loyar akan menunggu salinan Penghakiman yang telah dimeterai dan disahkan oleh Mahkamah

      5) Apabila salinan Penghakiman didapati, satu salinan akan dihantar kepada Peminjam

      6) Bank boleh melaksanakan Penghakiman dengan tindakan undang undang keatas Peminjam. Kalau lebih RM30 ribu, boleh buat Bankrapsi

      Secara ringkasnya pula proses Kebankrapan adalah seperti berikut:

      1) Penghakiman (samada Penghakiman Ingkar atau yang lainnya) sudah dijatuhkan keatas peminjam (seperti diatas)

      2) Pemfailan Notis Kebankrapan. Pada waktu pemfailan tersebut jumlah baki hutang, faedah dan kos MESTILAH tidak kurang dari RM30,000

      3) Notis ini mesti diserahkan secara kediri (personal service) kepada Penghutang Penghakiman. Cubaan serahan adalah sebanyak TIGA kali. Jika gagal, Bank boleh membuat permohonan untuk membuat Penyampaian Ganti melalui Akhbar Tempatan, Penampalan Notis di Papan Notis Mahkamah dan juga Surat Berdaftar. Kalau tak dapat personal service dan perlu kepada permohonan Penyampaian Ganti, ini akan memakan masa lagi 1 – 3 bulan.

      4) Selepas 6 (Enam) bulan tempoh serahan berlaku tanpa ada apa apa bantahan/perbincangan dari Penghutang Penghakiman, beliau sudah dikira telah melakukan tindakan Kebankrapan. Selepas itu Petisyen Pemiutang pula akan dikeluarkan dan diserahkan.

      5) Suatu tarikh akan ditetapkan untuk mendengar kes Petisyen itu dan jika tiada bantahan dari Penghutang Penghakiman dengan alasan yang dikira menasabah, maka pada hari itu beliau akan diisytihar sebagai seorang Bankrap.

      Itu proses yang sebenar. Bukan boleh senang senang bagi orang Bankrap semalaman. Pastikan alamat Jannah sekarang sama dengan apa yang ada diBank supaya boleh menerima apa jua surat menyurat dan Notis Tuntutan yang sebenar supaya boleh bersedia dengan lebih awal.

  • zana

    Maksudnya saya kena resubmit proposal haritu ke bank negara?.by soft copy or hardcopy? Saya pun xsure agen kutip hutang atau betul2 org rhb.sbb setiap kali call,xconsisten nama org yang call tu.kjap org ni,kjap org tu..dia kata lg,klu xdpt bayaran rm540,dieorng akn trus proceed judgement yg mana sy kena buat full settlement.pastu dia suruh sy refer Akpk,tp saya xbekerja mne boleh refer Akpk.then dia ckp,suruh husband u jadi debtor.sbb ramai yg buat cmni.katanya..xtau la betul ke x..lagi 1 soalan sy,klau sy pegi bank negara,siapa yg saya kena jumpa & serahkan proposal?

    • Abu Ammar

      Puan Zana

      Sila lihat kes En Ahmad disini:

      http://www.ceritahutangbankdananda.com/index.php/2014/08/14/proses-tindakan-undang-undang-pinjaman-peribadipersendirian-bahagian-3/comment-page-5/#comment-1325

      Dan komen beliau ini:

      “Tapi saya dh ikut nasihat Tuan Abu, petang tadi saya call BNM untuk dapatkan nasihat dari segi perundangan. mereka sarankan saya ke BNM dan buat submit proposal penyelesaian saya pada Al-Rajhi melalui saluran BNM. Pada pendapat BNM, saya dh usaha nak selesaikan tapi mereka yg tidak mahu terima.

      Besok saya ke BNM, dan akan update disini untuk maklumat semua pembaca website ini.”

          • zana

            Salam..sy da pegi AKPK pada 21/12 untuk restructure balik loan sy yang tertunggak sebelum ni.Sekarang sy masih menunggu Approval dari AKPK.tapi tadi officer RHB call sy minta sy bayar loan untuk 1bulan.kalau tak,pihak bank akn masukkan nama saya dlm PEMERHATIAN.saya da cakap ngan officer bank,yg sekarang sy tgh tunggu Approval dari AKPK.Tapi officer tu tetap nak saya bayar juga sbb bila nama da masuk dalam senarai PEMERHATIAN xboleh nak apply AKPK.siap dia kata saya xfaham ape yg dia cuba nak cakap.saya ckp lagi,Tapi AKPK dah pun proceed segala dokumen berkaitan.bila saya nak cakap lagi,tiba2 talian terputus.xtau samada mmg betul terputus atau sengaja diputuskan.sbb bleh dgr suara officer mcm nak marah.minta sape2 yg ade pengalaman bleh share x samada korang byr hutang tertunggak sementara tunggu AKPK Approve atau korang ignore je?

          • Abu Ammar

            Wa’alaikumussalam Zana

            Saya harap sesiapa yang sudah ada pengalaman berurusan dengan AKPK boleh berkongsi dengan Zana. Saya pun tidak faham apa yang cuba dilakukan oleh “pegawai” RHB yang berkeras untuk mengutip ansuran sebulan. Entah entah Agen Kutip Hutang kut cuba untuk dapat habuan “last kopek”. Kita faham kebanyakan Bank agak “desperate” untuk mendapatkan cash, lebih lebih lagi hujung hujung tahun ni untuk cover operation cost memandangkan tahun hadapan merupakan tahun yang dijangka lebih mencabar dari segi peningkatan NPL atas dasar peningkatan kos sara hidup.

            Strategi untuk berkeras atau memaksa peminjam membayar lebih dari yang mereka mampu dan berkeras untuk mengambil tindakan undang undang yang akan melibatkan kos tambahan sudah terbukti tidak mendatangkan hasil yang positif seperti yang berlaku semasa krisis ekonomi tahun 1997. Adalah lebih baik dapat kutip sikit sikit dari tak dapat kutip langsung. Tak peka dengan apa yang sedang berlaku dengan krisis ekonomi yang sedang berlaku atau Bank sendiri pun nak tenggelam? Sebab tu Bank Negara menggalakkan Bank Bank supaya lebih bertolak ansur dan lebih berhemah apabila menangani kes kes NPL.

            Saya harap permohonan Zana dengan AKPK berjaya dan boleh menyelesaikan kemelut hutang yang dihadapi.

          • AhmadMalam

            Salam Puan Zana…

            Pada pendapat saya puan tak perlu risau..cadangan saya puan hubungi kembali AKPk dan nyatakan masalah dgn pegawai bank seperti yg puan cerita disini(walau saya kurang yakin itu pegawai bank).

            Minta untuk bercakap dgn pegawai kaunselor AKPK yg uruskan kes puan dan minta nasihat. Saya yakin AKPK akan minta puan abaikan ugutan tersebut kerana keputusan permohonan puan masih berjalan. Sudah pasti ”pegawai bank ” itu tak tahu proses perudingan antara AKPK dgn bank yg sedang berjalan bagi kes puan.

            Nota: Pemungut hutang diupah ikut komisen % atas hutang yg berjaya dikutip dari peminjam.(sumber maklumat dari BNM)

            “Pegawai Bank” itu dh buka rahsianya pada puan yang kononnya nk letak kan nama puan dalam PEMERHATIAN dan puan tak boleh apply AKPK.
            Guna kembali maklumat ini dan komplen kepada BNM/AKPK atas alasan pihak bank cuba untuk menolak rundingan yg sedang puan usahakan.

            Sekarang ini puan dah pun beruurusan dgn BNM/AKPK..abaikan ugutan bank selagi mana BNM/AKPK tidak beri kata putus yg permohonan AKPK puan gagal atau BNM sudah tidak dpt bantu puan. Sekiranya tidak jelas, hubungi kembali BNM/AKPK untuk dptkn nasihat.InshaAllah ada jalan.

          • zana

            Semalam dapat call..pagi ni dapat sms macam ni plak : +60163777814
            Rhb easy -AMARAN TERAKHIR! setelah diberi peringatan beberapa kali anda masih lagi gagal utk bayar easy loan yang sudah tertunggak 6 bln dan proposal untuk bayaran penuh (judgement) telah dikeluarkan.anda diberi peluang terakhir utk menguruskan pembayaran rm560 sblm 30hb 3ptg bg aktifkan acc.acc ini akan dibatalkan serta merta sekiranya tiada bayaran diterima.tiada lg rundingan boleh dibuat sbb pihak RHB sudah bg masa yg cukup bg anda.tq

          • Abu Ammar

            Assalamualaikum Puan Zana

            Pada saya ini adalah panggilan dari Agen Kutip Hutang. Judgment atau Penghakiman Mahkamah yang keluarkan. Ada terima apa apa Notis Tuntutan dan Writ Saman? Abaikan sahaja. Ikut pesanan dan pengalaman Encik Ahmad.

        • Jeff Lee

          @ zana

          In a Blog or Forum it is against the PDPA 2013 to reveal the personal email address of anybody who posted.

          This is for personal protection against unwanted attention from Bill Collectors and Bank Agents.

          For example, you can request from Tuan Ahmad for his email address on the blog.

          Tuan Ahmad can reply ” Please email and request through Tuan Abu Ammar.. Permission from me is given”.

          Hope this msg helps ALL.

          This is good methods as sharing of experiences would help the Public. But play safe. Tuan Ahmad can post and share his experiences at BNM which he has done.

          Thank You very much to Encik Ahmad..

    • AhmadMalam

      @Puan Zana

      Pergi ke BNM block D, print CCRIS report dulu dan seterusnya beritahu kaunter untuk ambil angka giliran, nyatakan sebab kenapa mahu berjumpa pegawai BNM. contoh ” saya nk berjumpa untuk mintak nasih dari segi perundangan berkenaan masalah pinjaman peribadi”..banyak kaunter BNM dibuka untuk khidmat nasihat pada orang awam.

      Bawa CCris report tadi dan surat proposal puan dgn format : Perhatian kepada Pengarah BNM dan CC kepada bank pemiutang yg terlibat.

      • Jeff Lee

        @ AhmadMalam

        ***perlukah saya hadirkan diri di makamah pada 14/12?apa kesan nya jika tidak hadir?***
        Tqvm for sharing..

        Your kes above, do you need 3rd party opinion?

        If you do and would like me to give personal opinions, you can get my email address from Tuan Abu Ammar the Webmaster. Just email direct to him. There are things he cannot post publicly on a Blog or Forum. Bank Agents are reading ALL these this very moment

        Rdgs

        Jeff Lee

        • AhmadMalam

          Salam @ Tuan Abu

          Saya beri kebenaran untuk bagi alamat email saya kepada Puan Zana sekiranya masih diperlukan dan boleh saya dapatkan email Mr.Jeff?

          • Abu Ammar

            Wa’alaikumussalam Tuan Ahmad

            Saya dah email alamat email Jeff dan Nama. Kepada anda bertiga jangan lupa kongsikan maklumat yang berguna bagi pembaca pembaca blog. Terima kasih

  • nara

    Salam,

    Saya nak tahu jika seseorang telah diisytihar bankrap tetapi tiada Proof of Debt difailkan dan tiada apa2 tindakan daripada Creditor (Bank) mahupun Jabatan Insolvensi selama 9 tahun, bolehkah si bankrap memohon untuk membatalkan status bankrap tersebut?

    • Abu Ammar

      Wa’alaikumussalam Nara

      Sudahlah siBankrap mendaftarkan diri diJIM dan membayar jumlah bulanan yang dipersetujui? Setelah bayaran selama 9 tahun dibuat, berapa lagi baki yang tinggal.

      Kalau ada berbaki yang mampu dibayar pergi ke JIM dan dapatkan jumlah penyelesaian untuk mendapatkan discharge.

      Tapi kalau tak pernah daftar memang masalah besar la…

    • Jeff Lee

      @ nara

      ***Saya nak tahu jika seseorang telah diisytihar bankrap tetapi tiada Proof of Debt difailkan***
      Under Bankruptcy Laws, once an individual is Adjudged (diisytihar) a Bankrupt, he/she must report in to JIM.
      If a bankrupt did not report in to JIM. there is no active file opened.
      If no active file is opened how do the creditor file POD..?? Any POD must be “agreed” upon by the Bankrupt.
      Did you report in to JIM.?

      ***tiada apa2 tindakan daripada Creditor (Bank) mahupun Jabatan Insolvensi selama 9 tahun***
      What can the Creditor/JIM do if the Bankrupt could not be traced.?
      After 7/8 years of inactive file, JIM will closed this file and discharge the bankrupt under one section of the Bankruptcy Act (can reopen again if the bankrupt can be found), but for sure a “Warrant of Arrest” will be levied on the bankrupt.

      ***bolehkah si bankrap memohon untuk membatalkan status bankrap tersebut?***
      Depending on whether the Bankrupt have report in to JIM.

      If a Bankrupt have reported in to JIM and have paid some moneys monthly to JIM and have follow the JIM R&R (Rules & Regulations) 100%.
      1/ A bankrupt can make an application for discharge after 5 years of Case Management with JIM (without the need to repay full debt)
      2/ A bankrupt has repaid the amounts owing to ALL CREDITORS who have file POD (or have negotiate for some huge discounts) can apply to the High Court for “Early Discharge from Bankruptcy”.

      For your Case
      The BASIC Question is that have you reported in to JIM and have done 5 years of CASE MANAGEMENT..??

  • AhmadMalam

    Walaikumusalam Tuan Abu

    “yang menjadi persoalannya adalah bagaimana mereka mendapat nombor akaun Tuan? Adakah didalam borang permohonan pinjaman?”

    Saya rasa Al-Rajhi detected lepas saya buat online transfer dari maybank ke Al-Rajhi untuk bayar 2 bulan monthly payment kerana payment itu sampai hari ni masih tidak masuk ke dalam Al-Rajhi dan tidak pula kembali ke dalam acc maybank(pihak maybank saya dh inform psl perkara ini)

    “Selepas mendapat duit Tuan dan setelah menolak kos Loyar, baki mungkin menjadi RM5K sahaja dan takkan itu pun tak boleh nak negotiate?”
    Mereka tak mahu terima malah saya diberitahu selepas tarikh 14/12, kos saya akan bertambah 1k maka untuk unfreeze account…saya perlu jelas kan 7k+(termasuk dgn legal fee)

    “JANGAN tulis kat Bill Collector, tulis pada Credit Department Head office dan cc ke Bank Negara. Ataupun kumpulkan duit dalam 2 – 3 bulan ni dan buat full settlement sebelum diaorang try buat Garnishment akaun lain pulak.”
    ini mmg perkara yg merunsingkan kalau benar dia nk garnish account lain pula..mmg masalah saya takkan selesai kalau ini terjadi. Dan untuk kumpul dana 2-3 bulan mmg sy tak mampu nak lakukan..cuma apa yg saya propose Al-Rajhi ada untuk membayar 3bulan monthly installment sehingga clear semua dan tertunggak.

    Tapi saya dh ikut nasihat Tuan Abu, petang tadi saya call BNM untuk dapatkan nasihat dari segi perundangan. mereka sarankan saya ke BNM dan buat submit proposal penyelesaian saya pada Al-Rajhi melalui saluran BNM. Pada pendapat BNM, saya dh usaha nak selesaikan tapi mereka yg tidak mahu terima.

    Besok saya ke BNM, dan akan update disini untuk maklumat semua pembaca website ini.

    • Nama

      Encik Ahmad,

      Kes encik sama dengan kes saya kena garnish, tapi akaun yg saya kena garnish ialah akaun gaji. Pada masa sama saya tengah membuat pembayaran hutang lain.

      Apa yang saya buat ialah saya open joint account dan nama penama KEDUA. Semua bill payment, tag request, internet banking, dan tidak link kemana mana Standing instruction. atas nama PERTAMA. Dan gaji saya untuk kemasukkan ke account itu. Saya buat withdrawal dan bayar melalui CDM Machine.

      Kes saya ialah pada 13 November, namun, sampai sekarang amount masih ada lagi dalam Maybank tidak beranjak. Dan alhamdullilah, mulai bulan depan saya akan buat repayment semula ke Al rahji. Tuk settle kan hutang dahulu.

      Legal fees saya letak prioriti no 2, saya tidak buat bayaran apa apa sebab saya sedang usaha mengadu ke bank negara dan jabatan buruh. Sekarang ini tunggu respon dari jabatan buruh, BNM agak lepas tangan dan kes ini.

      • Jeff Lee

        @ Nama

        Thank you very much for sharing your experiences.
        Perhaps down the road please teach here how you (MAY) apply to the Magistrate Court to get your “salary” back.

        ***BNM agak lepas tangan dan kes ini***
        BNM cannot overturn a court Garnishee Order. Once shown proof from your employer and EPF statement, appeal to Labour Dept, and with letter from them, file a “saman” back. If you have used your savings acc for other purposes, you can only claim the “salary” part.

        This method can be used to get your salary back, but it will also expose yourself in court, which also means that the Creditor will file JDS next to commit you to attend court to settle the Debt. There are pros and Cons….

        • Nama

          @Jeff Lee

          On 13 November Saya sudah pergi ke mahkamah, unfortunately saya terlepas kes hearing, saya perasan di board pun tidak tulis pukul berapa hearing, tanya di kaunter pun mereka tidak tahu pukul berapa hearing, mereka hanya bagitau bilik civil mana sahaja. pihak mahkamah cakap tidak perlu attend pun ok, dan pihak staff bilik sivil bagitau lawyer pun sudah pulang dan hakim pun tiada, mereka suggest saya let go kan sahaja amount itu since it 2700 sahaja. (Tapi bg Saya amount agak besar sebab Saya boleh bayar hutang lain). Jangan risau bilik sivil tu hanya lawyer hakim dan kita je, nothing to scare

          Tapi, amount itu masih ada dalam Account maybank sampai sekarang. (26/10 account kena onhold amount).

          Apa yang saya buat ialah, saya hantar email ke jabatan buruh payslip, account statement, dan EA form, surat majikan yg menyatakan account gaji. Saya highlight kan yang mana penting example : account no, company name, dan saya akan follow Up keep on follow Up with untuk tahu perkembangan. Since saya baru baca kes encik Ahmad, saya pun nak appeal installment dan cc ke BNM, sbb cara mereka email saya pihak al rahji nak lump sum. Saya cakap saya akan bayar installment itu sahaja yang mampu.

          Pada masa sama saya buat joint account tuk kemasukan gaji, Dan saya mmg target nak settle hutang dengan set mana yg high prioriti, pada masa sama, saya berkeras saya akan continue payment bila amount itu dah ditarik. Sebab sekarang macam pending.

          • Jeff Lee

            @ Nama

            ***since it 2700 sahaja***

            Bank GILA.. pergi maKhamah untuk amaun ni..??
            Costs by lawyer firm is around RM600-700 but they would bill the debtor as much as 1,200RM.

            ***pihak mahkamah cakap tidak perlu attend pun ok, dan pihak staff bilik sivil bagitau lawyer pun sudah pulang dan hakim pun tiada***

            Penipu orang dia. Jika tiada file “Notis Kehadiran” 7 hari seblum kes,.. pun bolih kena “JID”. “Pun ok” maksud tidak ada denda dari maKhamah.. tetapi perhakiman yang tak “fair”/adil sudah di perintahkan… Extract the “JID” docs and you would understand what I mean. Interest yang “Riba” telah di perintahkan..!!

            “**form EA***
            Jgn bagi mereka. Do not submit too many personal details. Not to your advantage esp yr TAX file nos.
            Some tax forms may have the other spouse particulars.

            “EPF” statement of Ac”
            Just blanco all other details except for the past few months EPF contributions. You are protected under the PDPA 2013.

            ***sbb cara mereka email saya pihak al rahji nak lump sum***
            They just wait for the defaulted amount to “Riba” like crazy..!! Sudah ada Perhakiman Penghutang ma…

      • AhmadMalam

        @Nama

        Saya dah ke BNM dan hantar formal email letter kepada BNM, CC ke AlRajhi. Ini nasihat BNM kepada saya tetapi saya tak pasti sama berkesan atau tidak. Seperti kata Mr.Jeff, Garnishee Order ni susah nak appeal, tapi kita cuba sahaja. Mungkin dapatkan pelepasan separuh dari jumlah yg di garnish, peranan BNM hanya sebagai orang tengah dalam hal ini. Kata putus masih pada Al-Rajhi, BNM tiada kuasa mutlak dan tindakan makamah telah pun diambil. Menurut pegawai BNM, proses makamah sekarang sudah lebih efficient, proses untuk membankrapkn individu juga lebih cepat.

        Jadi saya punya plan B sekiranya proses rayuan gagal, saya biarkan mereka ambil semua jumlah di maybank saving account dan cuma jumlah yang ada dalam maybank tu tak cukup nak cover legal fee tapi cukup untuk cover jumlah tertunggak. Saya dah pun berjaya nego dgn bank2 lain dan terangkan kepada mereka apa yang sedang berlaku. Alhamdulillah syukur semua bank faham dan beri kelonggaran walaupun jumlah yang tertunggak lebih besar dari bank AlRajhi ni. Mereka pun terkejut dengan jumlah baki hutang sampai untuk ke tahap garnish.

        Plan tuan Nama untuk bayar pakai CDM dna legal fee letak priority No.2, saya setuju dan saya pun plan nak buat mcm tu.

        “Kes saya ialah pada 13 November, namun, sampai sekarang amount masih ada lagi dalam Maybank tidak beranjak”
        Kenapa belum release lagi?

        • Nama

          @En Ahmad

          Yerp, saya pun baru call bank lain untuk buat repayment,so far mereka ok boleh negotiate tentang amount. Apa yang penting kita ada niat nak bayar. Saya bukan nak lari dari hutang, cuma 2015 tahun kesempitan buat saya.

          Saya tidak tahu berapa man days selepas count hearing tuk mereka dapat garnisment obsoulote. Since duit tu tak die tak ambil lagi oleh al rahji, saya just continue bayar installment seperti biasa. Saya buat sendiri calculation yang mana outstanding.
          Dalam kes saya, outstanding 4900, garnish 2700, tapi legal fees 2800. Tu sbb saya letak legal fees prioriti no 2. Dengan harapannya jabatan buruh ambik kisah kes ini atas sebab garnish account bergaji supaya saya nak elak bayar legal fees.

          @JeffLee,
          How come they want “Riba” they from islamic bank, and All transaction and business rules, and penalty charges must follow the syariah concept, how come their syariah comiittees agree All the “back end” riba?

          • Abu Ammar

            Assalamualaikum Puan Nama

            “How come they want “Riba” they from islamic bank, and All transaction and business rules, and penalty charges must follow the syariah concept, how come their syariah comiittees agree All the “back end” riba?”

            They are using the excuse of “jual beli” and Arabic terms which is “halal” but procedural wise and accounting wise, it is still selling “money” and making profit out of it. How do you explain “buying” a computer or “commodity” selling it to the Bank for example RM10,000 and the Bank “selling” it back to you at RM30,000 which is by the way grossly unjustified (not to mention idiotic buying but not taking possession, just selling invoice) and then gives you “cash” of RM20K as “loan”. There would only be an invoice to the transaction but the “items” never existed and never change hands. Now you tell me is that “jual beli” or outright fraud? If a purchasing clerk “buys” a non existing computer and pockets the money, he/she will be in jail for CBT. What about this transaction? Who are you cheating?

            When the Bank sues you, the price of the “computer” or “commodity” will be included plus the “profit” of the “sale” and all this is done in a CIVIL court and of course not SYARIAH Court as they are not habdling this sort of cases. This fact might not have been challenged before and it is a matter of time before somebody will challenge this bogus transaction. Al Bai Bitahman Ajil has been challenged before and the Court ruled against it. This is embaraasing for Muslims.

            Matlamat tidak menghalalkan cara dan ini adalah sesuatu yang memalukan. Ada yang akan bermati matian mempertahankan Perbankan Islam ini dengan hujah masing masing dan fatwa fatwa ulamak sedunia tetapi benda ni kita cuma perlu balik kepada basic principle sahaja. Tak payah nak konar konar. Kalau kita bersungguh sungguh untuk mencari makanan halal sampai mengkaji ketahap DNA, yang ni “DNA” ada depan mata tak payah mikroskop pun. Ia adalah termasuk kedalam RIBA based system yang ada sekarang. Bank Islam masih perlu ada akaun dalam Bank Negara untuk simpan minimal reserves dalam 3% – 4% dan “bertukar tukar” Cheque dengan Bank lain dan juga mendapat interest dari Bank Negara dalam akaun mereka.

            Pernah terfikir bila Saddam Hussin dan Muammar Gaddafi menjual minyak dalam bentuk emas dan tidak lagi US Dollar dan Muammar Gaddafi ingin mengujudkan African Gold Currency mereka diserang dan dibunuh? Mengapa pulak Rothchilds dan rakan rakannya yang menguasai Sistem Perbankan Dunia tidak ada halangan kepada Bank Islam? Sebab masuk poket dan sistem yang sama.

            Berbalik kepada isu Garnishee ini, bayaran atau hasil Garnishment yang dibuat mungkin akan dibayar kepada Loyar dan “untung” RM100 akan dikreditkan kedalam akaun. Tindakan ini menguntngkan Loyar aje dan tidak membantu mengurangkan baki akaun. Walaupun kita boleh protes supaya proceeds dari Garnishment dibayar ke akaun, saya rasa ia susah dilakukan kerana mereka akan mengatakan sudah ada persetujuan dalam Agreement untuk membayar legal fees “on solicitor client basis”. Jadi baki hutang masih lagi tidak terjejas untuk tindakan selanjutnya. Itulah “kehebatan” dan kepandaian Bank yang tak mau negotiate ni seolah olah membalas dendam dan “menghukum” pemijam yang tidak membayar hutang.

            Lepas ni apa pulak? WSS? Pun berpotensi buang masa dan bayar duit Loyar sahaja dan menyusahkan peminjam. Bankrapsi? Kena keluar duit lagi deposit Mahkamah dan kos Loyar dan potensi nak dapat duit hampir kosong melainkan peminjam ada sumber untuk bayar.

          • AhmadMalam

            @ Puan Nama

            sperti komen Tuan Abu, account yg digarnish ni susah nk dpt pelepasan selagi tak cukup amount yg dituntut termasuk legal fee tu. cuma nyer berapa lama yg perlu ditunggu sehingga makamah keluarkn perintah Garnishee Order Absolute dan menurut penerangan pegawai BNM order ini boleh bertahan selama setahun. Pihan bank perlu kemukakan permohonan baru untuk teruskan garnishee order tetapi tak semua kes sama. Mungkin juga mereka lepaskan selepas dapat jumlah yg mereka puas hati.

            Tapi akaun AlRajhi puan tak dibekukan ke? bagamana puan teruskan buat bayaran bulanan pada Alrajhi?

          • Jeff Lee

            @ Nama

            Personally being a non muslim, i believe that Islamic Banking is the way to move forward EXCEPT for the fact when a Debtor defaults, all goes back to Civil Courts Systems. I read somewhere that the interests charged on loans is lower than conventional banking systems. Non muslim do not such luxury and access.

            Hahahaa.. I learn the word “Riba” from Tuan Abu Ammar. He is my online tutor…!!

            If we can roll backwards 15 years ago it can be shown that they are more non-muslim bankrupts than muslim (race ratio). A possible senario started when the banks packaged loans under Islamic banking to make it “attractive”. Children of non-muslim have been taught from young not to rely on bank loans and esp credit cards. Thus it is everybody’s duty to teach the X and Y generation to live within their means and not to take too many unnecessary bank loans(ie bank cards)

          • Abu Ammar

            Dear Jeff

            Not really true:

            “I read somewhere that the interests charged on loans is lower than conventional banking systems. Non muslim do not such luxury and access.”

            It can be expensive depending on how it is structured. Nowadays only they came up with an equivalent of a REBATE on early settlement which is still under the discretion of the Bank.

          • Jeff Lee

            Bro…

            Walow.. at the discretion of the bank.. tantamounting to “hoodwinking” the public. False advertising..!! No wonder the big shots can have so much perks and overseas holidays..!! Debtors paying for THEM..!!

        • Nama

          @Tuan Ammar

          Kalau begitu duit yang digarnish hanya bayar lawyer macam tak selesai Pulak kes padahal tunggakkan bukan la amount yang amat besar. Yang untung ialah lawyer sebab selalu ada kes.

          Bagi soal comoditty, saya ada budak office yang challenge pasal comoditty, die sumbit application lepas tu bile time akad, die cakap die nak comoditty taknak duit. Cuak jugalah officer tu sbb customer taknak duit. Puas pujuk customer untuk ambik duit bukan comoditty, sbb comoditty tu di Indonesia (arang batu) tak silap. Tp mmg wujud bende tu.

          Dulu saya jugak salah sorang sukakan islamic financing, dan saya pun faham kenapa tawidh dikenankan, tapi cara al rahji nie memang kasar sebab buatkan saya yg dalam masalah bertambah masalah. Ibarat dah la dalam tunggakan tetiba datang lagi satu tunggakan.

          @Ahmad

          Kalau ikutkan NPL financing account , duit boleh je masuk kenapa tak boleh masuk? Awak bayar masuk ke saving then instruction ke financing account atau terus ke financing account?

          • Abu Ammar

            Puan Nama

            Ini yang lawak:

            “Bagi soal comoditty, saya ada budak office yang challenge pasal comoditty, die sumbit application lepas tu bile time akad, die cakap die nak comoditty taknak duit. Cuak jugalah officer tu sbb customer taknak duit. Puas pujuk customer untuk ambik duit bukan comoditty, sbb comoditty tu di Indonesia (arang batu) tak silap. Tp mmg wujud bende tu.”

            “Benda memang wujud?” Persoalannya ada hak mutlak atau tidak. Saya boleh tunjuk laptop dikedai yang belum saya beli. Transaction is Hand to hand. Kalau tak boleh bagi nipu lah tu.

          • Jeff Lee

            @ nama

            ***Kalau ikutkan NPL financing account , duit boleh je masuk kenapa tak boleh masuk? Awak bayar masuk ke saving then instruction ke financing account atau terus ke financing account?***

            Bolih jelas ?? What is NPL financing acc..??

            NPL is Non Perform Loans (BNM definition). No longer a “financing” acc. It is a defaulted loan acc.
            Different banks have their own methods of handling these NPL accounts. No standard guildlines required by BNM.

          • Nama

            @Tuan Ammar

            Tak silap saya dengar die bagi cert tuk comoditty itu, nanti saya lebih lanjut.

            @Jeff Lee

            Haah NPL standard for Non Performing Loan, tapi takkan die freeze? Kalau tabung freeze bukankah depositk masih boleh?

          • Abu Ammar

            Puan Nama

            Cert doesn’t mean anything. The physical thing must be in the hands of the buyer before being passed to the seller. Hand to hand. Mereka menghukumkan duit kertas (lebih kepada USD) sama treatment dengan GOLD and SILVER dan lain lain yang seumpamanya. So it MUST be HAND to HAND. Banyak argument tentang benda ni. So it is up to you to accept it or not. At the moment we have no choice but to “accept” but not necessarily agree on how it is done. Selling to the Bank and the Bank selling it back to you does not make sense to me. Just an excuse to deem that a sale has been made with “profit” for deferred payment. We can argue until the world ends but as I say, anybody is free to embrace it until they see what damage this has done to them in terms of creating “new money” out of nothing and “interest stealing” which devalues the currency over time. In the same basket as the conventional one.

            Kalau tak jadi macam certificate ni:

            https://www.facebook.com/photo.php?fbid=703161596396286&set=a.703157769730002.1073741827.100001073559493&type=3&theater

          • Jeff Lee

            @ Nama

            ***Non Performing Loan, tapi takkan die freeze?***
            Why freeze it when the bill collectors can get some monies from you?
            The bank will “freeze” the account in their bank once they have issue a letter of demand and inform the debtor that the account is closed and is filing a saman in court for recovery. The bank is the operator of your account, when you pay, they can just “unfreeze” it temporary. Need not go thru BNM. BNM did not freeze yr acc, the BANK DID…!!

            The BNM Financial Accounting treatment of NPL’s is that the bank cannot report the “RIBA” interests as
            “Profits”… It has to be taken out of the books by the 6th month and treated as “bad debts written off” after 12-18months.
            After that every ringgit a debtor pays is pure profits to the bank “ilterally”..

            That is why if you read thru this blog, they are people complaining that they receive conflicting statements of accounts from the same bank. THEY HAVE DIFFERENT SETS OF ACCOUNTS..!!
            One for BNM financial reporting, the other
            Charge high RIBA interests…
            One account for the Debt Collections Agency to operate from…!!

          • Abu Ammar

            To Tuan Jeff, Nama

            Non Performing Loan ialah klasifikasi yang telah diberikan kepada akaun yang telah tertunggak selama 3 bulan atau lebih dan situasi ini akn dilapurkan kedalam lapuran bulanan ke Bank Negara. Maklumat ini juga akan dimasukkan kedalam CCRIS. Akaun adalah akaun yang SAMA. Klasifikasi sahaja.

            Kalau Akaun dah kemaskini ia akan dikeluarkan dari klasifikasi ini. Jika tunggakan sampai ke bulan ke 7, semua faedah yang telah dikira sebagai “income” akan ditarik keluar. Jika Penghakiman telah didapati, ia perlu diklasifikasikan sebagai “Sub Standard”, “Doubtful” atau “Bad” iaitu bergantung kepada kemungkinan mendapatkan semula baki hutang. Dalam keadaan ini, “peruntukan kerugian khas” perlu pula dibuat (Specific Provision) juga mengikut kebarangkalian mendapatkan semula baki hutang.

            Kalau ada bayaran diterima yang masih belum dipastikan hendak dibayar untuk kos guaman atau baki hutang, ia akan dimasukkan kedalam akaun sementara sehingga keputusan dibuat untuk “meletakkannya” ke akaun baki hutang atau kos kos lain. Bergantung kepada polisi sesebuah Bank. Ada yang merasakan “lebih selamat” untuk tolak kos dulu dan biarkan baki hutang bimbang kalau peminjam tak mau bayar kos.

            Kalau untuk akaun kad kredit tak kira dah berapa tahun pun,faedah akan dikira “macam biasa” sehingga ratusan ribu ringgit (padahal patut kira sampai 6 tahun sahaja) Jumlah yang ratusan ribu akan diberi kepada Agen Pengutip Hutang supaya Agen boleh bagi diskaun “ratusan ribu” pulak padahal baki asal tak seberapa dan dah luput had masa pun. Masalahnya pembelaan had masa HANYA boleh digunakan ketika menghadapi Saman atau 30 hari selepas Penghakiman. Banyak kes Kad Kredit tak sampai tahap Saman pun. Dibiarkan “beranak” hingga masa yang sesuai atau main “passing” kat Agen Kutip Hutang aje.

          • Nama

            @tuan Ammar, Jeff, Ahmad

            Last week amount 2,700 sudah digarnish Dan tinggal 1.00 Sahaja.

            Tapi account ini adalah account gaji. Saya sudah hantar email ke jabatan buruh kenapa tiada jawapan ye? Sempat lagi tak nak buat follow up?

  • AhmadMalam

    November 28, 2015 at 12:25 pm
    Salam.

    Saya telah dikenakan tindakan Garnishee Order oleh bank Al Rajhi bagi pinjaman peribadi yg berbaki RM8.1k ke atas akaun simpanan Maybank saya dan disebabkan tindakan itu, saya telah gagal membayar komitmen pada bank-bank lain. Kesilapan sememangnya berpunca dari pihak saya tapi saya mempunyai masalah kewangan setelah diberhentikan kerja
    kerana syarikat melakukan outsourcing.

    Alhamdulillah saya dah mendapat pekerjaan baru dan sekarang baru sebulan setengah bekerja.

    Jumlah bayaran bulan tertunggak adalah 7bulan, dan pada 26Nov2015 saya telah membuat bayaran 2bulan tapi bayaran itu tidak diterima kerana akaun di AlRajhi telah dibekukan juga. saya juga telah menghantar proposal pada pihak bank untuk terima bayaran awal sebanyak 2 bulan itu dan untuk 2 bulan yang akan datang, saya akan buat bayaran sebanyak 3bulan setiap bulan bagi menyelesaikan jumlah yang tertunggak. Namun usaha saya ke bank and melalui email, ditolak oleh bank.

    Dan yang bertambah masalah apabila, bank memberitahu pada saya yang bayaran sebanyak RM6k(termasuk legal fee) perlu diselesaikan secara lump sum sebelum tarikh proceeding seterusnya pada 14dec dan sekiranya gagal, jumlah itu akan menjadi rm7k+ selepas tarikh proceeding itu. Saya tak mampu nak setelkan jumlah2 ini secara lump sum.

    Jadi untuk org yg cuba menyelesaikan masalah macam saya..jadi bertambah masalah

    Soalan saya adalah seperti berikut :

    1. setakat ini garnishee order itu hanya menyekat akaun maybank sahaja, adakah dia akan merebak ke akaun yg lain?
    2. sekira nya jumlah baki dalam akaun maybank itu tidak cukup untuk bayar jumlah yg dituntut oleh bank, apakah tindakan susulan bank?
    3. apakah nasihat tuan untuk kes seperti saya?perlukah saya hadirkan diri di makamah pada 14/12?apa kesan nya jika tidak hadir?

    • Abu Ammar Post author

      Wa’alaikumussalam

      Ini kes kedua tindakan Garnishee yang melibatkan Al Rajhi dan Maybank. (yang diceritakan disini) dan mungkin banyak lagi. Tindakan ini berisiko tinggi kerana jumlah yang di garnis tidak seberapa dan kos guaman yang tinggi tapi cukup untuk menggetarkan jiwa.

      Berjaya atau tidak kos akan claim dengan peminjam. Nampaknya itu modus operandinya sekarang.

      Soalan saya :
      1) Berapa jumlah baki pinjaman?
      2) Adakah akaun yang digarnis akaun gaji?
      3) Adakah perbicaraan kes pada 14hb ni untuk Garnishee?
      4) Berapa jumlah yang kena Garnis?
      5) Cuba dapatkan nasihat AKPK untuk membuat rundingan bagi pihak Tuan atau tuliskan Surat Rasmi cadangan pembayaran Tuan kepada ALRajhi (by hand) dan cc kepada Bank Negara

      6) Selepas Garnishee Order ni boleh ambik tindakan lain seperti Bankrapsi jika jumlah hutang Penghakiman melebihi 30K.

      • Jeff Lee

        @ Ahmad

        **1. setakat ini garnishee order itu hanya menyekat akaun maybank sahaja, adakah dia akan merebak ke akaun yg lain?**

        1 garnishee order is is for 1 bank acc. The Creditor has to apply separate garnishee orders for other banks. Even Joint Names Acc can be garnished. However you can apply to court for 50% to be “refund” to the other name in the acc.

        **2. sekira nya jumlah baki dalam akaun maybank itu tidak cukup untuk bayar jumlah yg dituntut oleh bank, apakah tindakan susulan bank?**

        You have been made a Judgement Debtor and the bank a Judgement Creditor. If the amount garnished is not enough to settle the amount owed, the interests element still continue in the “perhakiman mahkamah”. If the balance is over 30K, the bank, if unable to contact or you are unable to settle, bankruptcy proceedings can be initiated by the creditor bank by bankruptcy laws.

        **3. apakah nasihat tuan untuk kes seperti saya?perlukah saya hadirkan diri di makamah pada 14/12?apa kesan nya jika tidak hadir?**

        Always attend any court case. If not, very unfavorable judgement can be awarded against you. For this bank, the next legal action will be bankruptcy once the amount exceeds 30K.

        Make sure your address is updated with the bank for legal correspondence.
        You will not be jailed for unable to pay financial debts.
        Nobody has been ever been jailed for owing banks moneys.
        Do attend the court proceedings.

        AKPK is your best recourse, PROVIDED. you are in gainful employment.

        • AhmadMalam

          @ Jeff

          Thank you for your advise.

          I have approached AKPK, they do not entertain whereby case already in advance legal stage and in my case my outstanding in only RM8100. Therefore I’m expecting some leniency from the bank. Unfortunately they are very firm with their decision given their main objective to get court is now successful and put the borrower in much deeper hole by burying them additional legal fee as part of the condition to release the Garnishee order.

          Im not running away from this problem, i’m trying to settle it once and for all. I even to tried look for a lawyer who can help me in the court and again no lawyer will take such case furthermore the amount involved is less than 10k (reason for my desperate move to look for lawyer because scared of being bullied by lawyer later in the court)

          The weird part is, other bank that I owed money to them(way much than Al-Rajhi), willing to negotiate and allow some space for me to regularize back my account. So now Im puzzled why AL-Rajhi so reluctant to re-negotiate.

          • Jeff Lee

            @ Ahmad

            ***additional legal fee as part of the condition to release the Garnishee order***
            They are lying. There is no “release” of the G.O. There is no contest against G.O. of bank acs unless it is your salary acc. Otherwise the Law COURTS would be made a fool.

            ***Im not running away from this problem, i’m trying to settle it once and for all.***
            You are taking the correct course of action. In this digital era of information, nobody can run away from bank debts. BUT we all can fight against their unfair and unethical methods of debts recovery..

            ***The weird part is, other bank that I owed money to them(way much than Al-Rajhi), willing to negotiate and allow some space for me to regularize back my account. So now Im puzzled why AL-Rajhi so reluctant to re-negotiate.***
            All Banks is the same. Robots..!! The more you owe, they are scared you would run away. So, they would allow nego. For smaller amounts they are very harsh and idoitic..!!

            In year 2001/2002 i owe 3 banks 10k,10K,10K credit cards. I wanted to nego. They wont nego. When years later 80K,80K,80K, they want to nego but by then i am old and jobless and all my bank acs closed, how to get proper job and how to pay?

            Some banks are real crazy in their recovery methods..!!

      • AhmadMalam

        Soalan saya :
        1) Berapa jumlah baki PINJAMAN?
        Baki pinjaman RM8100 sahaja ( total pinjaman semasa memohon 25k)
        2) Adakah akaun yang digarnis akaun gaji?
        Bukan, tapi kesilapan saya..saya transfer semua gaji saya masuk ke maybank dari bank lain..sempat bayar 70% komitmen bulanan saya sahaja
        3) Adakah perbicaraan kes pada 14hb ni untuk Garnishee?
        Saya tak pasti 14hb ini untuk perbicaraan apa, tapi saya ada hubungi pihak Maybank. Kata pegawai maybank itu, pihak mereka juga perlu hadir pada tarikh perbicaraan untuk declare berapakah jumlah yang ada dalam akaun simpanan maybank saya. Jadi saya rasa sesi makamah 14hb adalah untuk Garnishee
        4) Berapa jumlah yang kena Garnis?
        RM4400
        5) Cuba dapatkan nasihat AKPK untuk membuat rundingan bagi pihak Tuan atau tuliskan Surat Rasmi cadangan pembayaran Tuan kepada ALRajhi (by hand) dan cc kepada Bank Negara
        Pada 26hb saya telah hantar email kepada pihak Debt Collector Alrajhi untuk proposal bayaran tetapi ditolak.(tidak cc kepada bank negara) Perlu saya re-submitdan cc bank negara? yg tuan maksud kan ini email atau by hand?
        6) Selepas Garnishee Order ni boleh ambik tindakan lain seperti Bankrapsi jika jumlah HUTANG Penghakiman melebihi 30K.
        Baki hutang hanya 8k sahaja dan insha Allah saya yakin boleh selesaikan dlm 3-5 bulan akan datang cuma yang menjd masalah Al-Rajhi tak mahu terima proposal saya( pendapat saya kerana mereka telah berjaya dapat court order dan atas sebab ini mereka tak mahu luluskan proposal saya?betul?)

        • Abu Ammar

          Assalamualaikum Tuan AhmadMalam

          “Im not running away from this problem, i’m trying to settle it once and for all. I even to tried look for a lawyer who can help me in the court and again no lawyer will take such case furthermore the amount involved is less than 10k (reason for my desperate move to look for lawyer because scared of being bullied by lawyer later in the court)”

          Actually in some cases or simple cases like this, the lawyer will be more afraid of you (if you represent yourself) because we have seen cases where cases won by the borrowers for being more of a lawyer than the lawyer themselves! Don’t be easily intimidated although it is easier said than done.

          “Baki hutang hanya 8k sahaja dan insha Allah saya yakin boleh selesaikan dlm 3-5 bulan akan datang cuma yang menjd masalah Al-Rajhi tak mahu terima proposal saya( pendapat saya kerana mereka telah berjaya dapat court order dan atas sebab ini mereka tak mahu luluskan proposal saya?betul?)”

          Setelah mendapat “loteri” dengan Garnishee Order Nisi pendengaran kes pada 14hb Disember ini adalah untuk mendapatkan Garnishee Order “Absolute” yang mana Maybank akan mengesahkan jumlah yang ada dan jika tiada bantahan apa apa Mahkamah akan memberikan Perintah tersebut. Yang menjadi persoalannya adalah bagaimana mereka mendapat nombor akaun Tuan? Adakah didalam borang permohonan pinjaman? Ini adalah kerana kes yang satu lagi tindakan Garinisi melibatkan Maybank juga. Baca disini:

          http://www.ceritahutangbankdananda.com/index.php/2014/08/12/proses-tindakan-undang-undang-pinjaman-peribadipersendirian-bahagian-1/comment-page-1/#comment-1133

          Selepas mendapat duit Tuan dan setelah menolak kos Loyar, baki mungkin menjadi RM5K sahaja dan takkan itu pun tak boleh nak negotiate? JANGAN tulis kat Bill Collector, tulis pada Credit Department Head office dan cc ke Bank Negara. Ataupun kumpulkan duit dalam 2 – 3 bulan ni dan buat full settlement sebelum diaorang try buat Garnishment akaun lain pulak.

    • Abu Ammar Post author

      Wa’alaikumussalam

      Ini kes kedua tindakan Garnishee yang melibatkan Al Rajhi dan Maybank. (yang diceritakan disini) dan mungkin banyak lagi. Tindakan ini berisiko tinggi kerana jumlah yang di garnis tidak seberapa dan kos guaman yang tinggi tapi cukup untuk menggetarkan jiwa.

      Berjaya atau tidak kos akan claim dengan peminjam. Nampaknya itu modus operandinya sekarang.

      Soalan saya :
      1) Berapa jumlah baki pinjaman? Memang 8K?
      2) Adakah akaun yang digarnis akaun gaji?
      3) Adakah perbicaraan kes pada 14hb ni untuk Garnishee?
      4) Berapa jumlah yang kena Garnis?
      5) Cuba dapatkan nasihat AKPK untuk membuat rundingan bagi pihak Tuan atau tuliskan Surat Rasmi cadangan pembayaran Tuan kepada ALRajhi (by hand) dan cc kepada Bank Negara

      6) Selepas Garnishee Order ni boleh ambik tindakan lain seperti Bankrapsi jika jumlah hutang Penghakiman melebihi 30K.

  • Kanwar

    Salam.saya hutang kad kredit dgn maybank.masalahnya hutang pokok lebih kurang 12k.tetapi sekarang melonjak ke 54k.dan pihak bank demand suruh bayr disamping dikejari dgn ajen pemungut hutang.baru sekejap tadi sy dpt panggilan yg mengatakan dr pihak bank suruh sy datang ke bank negara untuk mengambik surat bangkrap.pada masa yg sama sy dpt call katanya dr seseorang (runner)nak dtg rumah sy hari isnin ni. Utk maklumat tuan, selepas sy chk balik dokumen..sy baru terima surat mengatakan perlantikan agen pengutip hutang dari bank bertarikh 4/11/15.adakah begitu cepat tindakan bankrap boleh dilakukan terhadap saya.hari ni 28/11/15.saya confuse sekarang.adakah perlu sy pergi bank negara KL yg agak jauh dr tempat tnggal saya?t/kasih.

    • Abu Ammar

      Wa’alaikumussalam Tuan Khanwar

      SOALAN SAYA

      1) Bila tarikh akhir bayaran dibuat?
      2) Adakah pernah Tuan mendapat surat Tuntutan Loyar, Writ Saman dan Penghakiman dan juga Notis Kebankrapan?
      3) Adakah alamat sekarang sama dengan alamat yang ada direkod Bank? Kalau sama sudah semestinyalah Tuan akan mendapat dokumen dokumen seperti No (2) diatas.

      Saya sarankan supaya buat semakan dengan CTOS di http://www.ctos.com.my/CTOSHOME/selfcheck.html (scan MyKad depan belakang untuk diemailkan untuk pengesahan). Register id (klik CTOS User ID) dan ikut arahan di Skrin. Lepas dapat ID boleh check dengan smartphone, sms atau online. Bila dah dapat keputusan rujuk semula disini dengan email kepada saya di codetyco@ceritahutangbankdananda.com. Baru kita boleh tahu setakat mana tindakan undang undang yang telah dikenakan. Hmm… “promosi” CTOS tapi tak dapat apa apa pun. 🙂

      “baru sekejap tadi sy dpt panggilan yg mengatakan dr pihak bank suruh sy datang ke bank negara untuk mengambik surat bangkrap.pada masa yg sama sy dpt call katanya dr seseorang (runner)nak dtg rumah sy hari isnin ni.”

      Ini sorang lagi Agen Kutip Hutang yang BENGAP (maaflah, saya memang geram kalau diaorang ni buat statement statement BODOH macam ni) Bila pulak BANK NEGARA keluar surat Bankrap? Proses keBankrapan akan memakan masa yang lama. Kalu ikut No (2) diatas, kalau mengikut turutan yang saya senaraikan tu, ia akan memakan masa sekurang kurangnya 9 – 12 bulan. Itupun kalau tak lawan. Kalau lawan mungkin tambah 5 – 6 bulan lagi (anggaran)

      Tetapi jawapannya ada disini:

      “Utk maklumat tuan, selepas sy chk balik dokumen..sy baru terima surat mengatakan perlantikan agen pengutip hutang dari bank bertarikh 4/11/15”

      Sila check balik tarikh akhir bayaran dibuat. Kalau dah lebih enam tahun boleh lawan atas dasar melebihi had masa, TAPI kena lawan masa Tuan disaman supaya boleh diketepikan dan TAK PERLU BAYAR satu sen pun. Cuma kena belanja sikit untuk pergi Mahkamah dan kos filing. Tak perlu Loyar pun. Lawan sendiri aje. Sebab tu kena check dengan CTOS adakah tindakan undang undang telah bermula lebih lebih lagi jika Penghakiman telah didapati.

      Jangan mudah percaya TEMBERANG Agen Kutip Hutang. Ada yang hantar sms suruh pergi Mahkamah sebab ada Waran Tangkap bagai padahal tak ada pun. Semak status terkini Tuan dahulu.

      Satu lagi, sila ke page saya https://www.facebook.com/ceritahutang/ untuk ulangkaji tips tips menangani Agen Kutip Hutang dan sms sms BENGONG yang terkini.

      • Kanwar

        Terima kasih d atas saranan tuan.selepas sy search melalui facebook terhadap nombor2 yg call saya tu..sy dapat tahu no 012247xxxxx(sy rahsiakan..klu tuan ingin tahu sy boleh email) yg mengatakan panggilan dari mahkamah pada 24/11 baru ni..Hj pulak tu rupanya pekerja dgn satu agen pengutip hutang..muka pon mcm penyangak.siap call bapak sy kata rumah saya nak kn sita n lelong,apalagi sampai emak bapa sy tak lalu makan.lepas tu dia call adik sy pulak pon nak kn sita rumah dia disebabkan kad kredit saya.apa kena mengena dgn adik sy…sedangkan kredit kad tu saya yg punya.seingat sy nama adik sy digunakan sebagai referral sj.hari ni pulak dpt panggilan dari no 03-27278731,katanya dr bank.serta suruh sy datang ke bank negara jln dato onn isnin ni utk mengambil surat bangkrap.dia kata pihak pihak bank jugak akan ke sana .bila sy tanya knpa tak dpt surat apa apa..dia kata nanti boleh ambil kat bank negara dan akan ditunjukkan kpd sy semua salinan 2 terbabit.lepas sy search dlm facebook banyak viral yg mengatakan no tersebut dari pihak yg pastinya bukan dari bank dan diminta waspada terhadap no ni.saya pasti hari berikutnya tentu saya akan dpt call lagi dr mereka…bgaimana cara nak tepis serta matikan kata kata mereka(depa ni pandai cakap).terima kasih byk tuan sudi membantu.

          • Kanwar

            Salam tuan!.sy dah email kpd saudara berkenaan ctos report saya.diharap tuan dpt memberi komen.t/kasih.

          • Abu Ammar

            Wa’alaikumussalam Tuan Kanwar

            Mengikut lapuran CTOS, tiada tindakan undang undang yang terbaru. Rujukan kedai motor pinjaman motor ke? Tapi takde pulak rujukan dari CCRIS yang selalunya ada. Kalau nak ada pun mungkin di rekod CCRIS. Ini bermakna Bank mungkin menunggu jumlah hutang Kad Kredit mencecah RM30K setelah menimbunkan faedah yang sangat tinggi untuk membolehkan mereka mengambil tindakan Bankrapsi.

            Ataupun menyerahkan tugas “mengacau” kepada Agen Kutip Hutang sementara menunggu tempoh lambakan faedah tersebut. Seperti yang telah saya katakan sebelum ini, Agen memang “kering kering” BERBOHONG. Standby untuk tindakan undang undang sebenar supaya boleh lawan balik.

          • Kanwar

            Salam tuan berkenaan ctos report.yg pinjaman motor tu dah ok.dlm repot cuma tunjuk mbf.tapi yg tu ok sbb sy byr setiap bulan walaupon sedikit.tapi yg dok kacau sy sekrg ni agen kad kredit maybank yg sekarang ni termasuk interest sehingga 54k.tapi dlm ctos report tak ade pon .

          • Kanwar

            Adakah jika dibuat pembayaran walaupon sikit dan maintain ..adakah pihak bank tak boleh bankrapkan seseorang?

          • Abu Ammar

            Tuan Kanwar

            Kalau pinjaman sudah luput had masa misalnya sudah 6 tahun berlalu semenjak bayaran yang terakhir, tindakan undang undang boleh dicabar di Mahkamah HANYA pada ketika Bank mengambil tindakan undang undang tersebut iaitu pada peringkat Saman atau tidak lewat dari 30 hari selepas mendapat Penghakiman. Harus diingat “alasan” Had Masa ini BUKAN AUTOMATIK.

            Jadi bila benda dah luput masa dan tiba tiba kita pulak buat bayaran maka ia (boleh argue tapi payahlah) akan “menghidupkan” semula pinjaman tersebut kerana kita telah “mengakui” ada hutang dengan membuat bayaran. Oleh itu adalah penting untuk sentiasa peka tentang tindakan undang undang oleh Bank dan adalah penting supaya Bank ada alamat terkini supaya boleh mendapat segala Notis dan surat menyurat walaupun kemungkinan “lawatan sambil bekerja” Agen Kutip Hutang akn lebih kerap tetapi itu tidak menjadi masalah berbanding dengan tindakan keBankrapan yang datang secara tiba tiba dan payah untuk ditepis. Baca kisah Encik Idris disini:

            http://www.ceritahutangbankdananda.com/index.php/2015/07/27/kes-naya-diambang-kebankrapan-hutang-pokok-rm3000-faedahriba-ikut-pintu-belakang-rm53000-2/

            dan sini:

            http://www.ceritahutangbankdananda.com/index.php/2015/08/10/diambang-bankrapsi-lanjutan-kisah-encik-idris/

            En Idris masih lagi dalam proses Rayuan untuk membatalkan tindakan Kebankrapan oleh Bank yang mana hutang asal hanya RM3,000 menjadi RM54K++

          • Kanwar

            T/kasih reply persoalan saya. Apa saranan atau cadangan tuan?.adakah masih belum terlambat jika saya buat akpk?.

          • Abu Ammar

            Tuan Kanwar

            Tuan boleh cuba untuk dapatkan bantuan AKPK tetapi kena berhati hati kerana:

            1) Perundingan boleh ditafsirkan sebagai “admission” atau pengakuan hutang RM54K yang kita tidak mahu “mengakui” faedah yang mencekik darah tu

            2) Kalau Bank nak “turunkan” baki dan bagi “diskaun”, mungkin minta RM30K supaya kalau tak bayar boleh lagi Saman untuk Bankrap macam kes En Idris, Pada masa ni tak timbul lagi isu Had Masa lagi kerana “pengakuan” bertulis untuk bayar sudah ada.

            Terpulang kepada Tuan. Kalau jumlah penyelesaian yang diminta adalah menasabah dan mampu bagi Tuan laksanakan, silakanlah. Cuma buat masa sekarang JANGAN BAYAR apa apa atau TANDATANGAN apa apa. Cuba negotiate secara lisan dulu. Bukan dengan Agen tapi Bank.

          • Kanwar

            Salam.tuan ada cadangan utk jalan penyelesaian yg terbaik?.sbb tempohari sy ada call pihak bank,sy disarankan settle jumlah yg tertunggak selama 2 bulan berturut turut(iaitu 25k x 2)….sudah tentu sy tak mampu melakukannya..

          • Abu Ammar Post author

            Tuan Kanwar

            Amboi bukan main lagi Bank punya proposal bayar seketul seketul RM25K macam tak mau bagi selesai aje.

            Ikut saranan Tuan Jeff untuk check kalau ada Saman di Mahkamah. Kalau ada Saman dan masih ada masa untuk hadir untuk pendengaran kes, besar kemungkinan boleh lawan dengan Had Masa dan tak payah bayar satu sen pun. Bayar tambang pergi Mahkamah dan kos filing aje.

        • Jeff Lee

          @ Kanwar

          1/ Go the court and use your K/P to check if there is a current lawsuit against you. Current case is not in CTOS.
          ( Nowadays the bank assign the debt collection to agents but at the same time file saman in court if over 30K)
          2/ Can you pay the RM54K?
          3/ Are you working full time?
          4/ How old are you? Are you married with children?
          5/ Do you have tangible assets? (House-single/joint names, cars)
          6/ Do you have bank acc with over 1K balance. (cut down to 1 or 2 bank accs)

          You can email the above answers to Tuan Abu Ammar.

          • Kanwar

            Tuan jeff.refer to my answer below:
            1)i can go to check my summon status at any court?
            2)i can not pay 54k
            3)i am full time worker
            4)45 yrs old with 5 kids
            5)my assets only house and motorcycle.my car use brother’s name but its settled already.how about my epf?
            6)i currently use ocbc.hsbc.cimb

          • Jeff Lee

            @ Kanwar

            1/ Go to nearest court complex registration counter. Can check if there is current new saman. If NO, good..!!

            5/ If you have house under your name (joint name also), the current trend of the bank is to go for bankruptcy. Is this house still under housing loan? Do not worry about your EPF. You can get it @55 if you start to take precaution against Bank Lawsuits now. Car no issue if under your brother name. Motosikal NOT superbike then no issue.

            Make sure your current address is the same as in the bank. Is it..???

            6/ Take out the monies from the banks. Close the acs. Open new joint name savings acc with your children.
            NOTE :- Your children name as first name. Your name is second name.
            Your salary is banked in savings acc?. If NOT, ask your company to “sponser” one acc and open it in the same bank as your company. This is “Salary” and is protected by Labor Laws and cannot be garnished. If wrongly garnished, can still go to court to get it back. This is protect yourself from possible bank acc garnishment in the future. Tlg ambil berat tentang hal ini…..

            Watch out CIMB bank. They are in “good” terms with MBB. The more acs you have on banking systems, the more “dangerous” your situation can be.

    • Jeff Lee

      @ Kanwar

      For Information only.

      1/ Only the High Court can make (Adjudge) an Individual a Bankrupt.
      The High Court will send the bankruptcy papers (AORO) to JIM.

      2/ JIM ( Jabatan Insolvensi Malaysia ) will write directly to the Bankrupt to report in to nearest JIM office.

      3/ JIM will write to BNM to “seize” any moneys in any banks accounts and send it to JIM.

      4/ JIM will write to Immigration to bar the bankrupt from traveling Overseas.

      NOTE :- NO OTHER GOVERNMENT AGENCIES WILL HAVE “SURAT BANKRUPT”. Only the High Court and JIM have.

      Jangan kena tipu olih bank atau pengutip hutang.

      • Kanwar

        Tq tuan jeff.
        My housing loan is still going on.my salary is through ocbc..is it ok?.my address is same as credit card address .of course kapcai not superbike which i use travelling daily to work place.

        • Jeff Lee

          @ Kanwar

          “””My housing loan is still going on.my salary is through ocbc..”””
          Same bank??

          It is better you start to open new Joint Saving Account with your children with the method i suggested.
          Transfer out yr salaries out as soon as it has been banked in..

          Trust me..

          • Kanwar

            Mr jeff,
            My housing loan with hsbc and salary through ocbc (current acc).can i open joint acc with existing ocbc acc.?.you mean monthly when my salary is credited ..immediately transfer all?.these 2 banks are foreign is it will effect also?tq.

          • Jeff Lee

            @ Kanwar

            Any registered Financial Instituitions in Malaysia under BNM is affected including INSURANCE COMPANIES..!! If they have “insider” info of an insurance “endowment/investment” policy about to mature and due to you.. YES.. It can be “garnished” too. Too many ppl are ignorant of basic laws.It is a “financial” ac operated by Insurance Company, rite..?? The laws is a bit “gray” in these aspect. Actually in same countries, salary acc can be “garnished”. But in Malaysia is still protected by OLD Employment Laws.

            Do be careful of current acs. You may have issued some cheques immediately after salary day. The next day the C.A. was “garnish” and all cheques “bounced”. BNM will blacklist your C.A. application at any banks for 6mths or 1 year.

            It is better you open a new Joint saving acc with a bank you have no loans or credit cards. Try BSN..

          • Kanwar

            Mr jeff.
            It is difficult to open new saving acc at new bank.becoz as mgt staff all centralised at ocbc.actually my existing ocbc account consist current and saving.(so far i do not issue any cheque).can i add joint acc into my existing ocbc?.i dont have any loan with ocbc

          • Jeff Lee

            Is the ocbc acc opened with your company as “sponser”..??
            This would ensure that this is a “salary” acc in the event the banks play “dirty” dan does a “garnishment”. It is troublesome to go to court to fight to get the salary monies back. Meanwhile there is a slight cash flow situation for that month. Open a Joint Saving Account as the first name and yours as second name. This MAY deter some lawyers firm to try a garnishment.

            Officials at OCBC may “say.. hey.. this is a salary acc, you cannot give me a garnishee order”.. Sometimes some good samaritans in the bank may “help”..

            Play safe in trouble waters..!!

  • iti

    Assalmualaikum.. en. saya nak tanya. saya ada terima panggilan telefon daripada agent pemungut hutnag. dia dia meminta saya membayar sejumlah wang. namun saya tidak dapat membayar amaunt yang di minta. kemudian dia menghantar SMS dengan meminta saya membayar wany yang di minta dalam amsa 48 jam. jika tidak mereka akan menghantar surat tata tertip kepada majikan saya. soalan saya. adakah mereka boleh menghantar surat arahan tata tertib kepada majikan saya.

    • Jeff Lee

      @ iti

      “”adakah mereka boleh menghantar surat arahan tata tertib kepada majikan saya.””
      Bolih.
      Mereka bolih membuat apa2 tindakan yang bodoh.
      Jika mereka buat begitu, anda bolih hantar surat itu ke Bank Negara and BN akan buat tindakan yang sesuai kepada Bank terlibat.
      Jangan BIMBANG.. hal ini tak jadi. Hanya Ugut org shj.

      Jangan dengar talipon agent lagi.

    • Abu Ammar

      Tuan Fatah

      Seperti yang saya sudah katakan tadi, bergantung kepada polisi sesuatu Bank. 3 bulan dah kira “Non Performing Loan” (NPL). Sekarang Bank pun perlu aggresif untuk Collection. Ekonomi sudah semakin parah dan tidak menentu. NPL semakin meningkat.

  • fatah hakem

    Assalamualaikum tuan.. sy nk cerita masalah pinjman peribadi sy dari easy rhb.. sy baru je buat pinjaman bulan 4/2015 dlm 20k dan mmpu bayar smpai 5 bulan je drk kerana berhenti kerja.. skrg loan sy da tertunggak dlm 2 bulan. persoalan sy ape tindakan bank akan buat dekat saya sbb sy baru dpt sms yg mnyatakan klu sy x buat bayaran akan ade legal and field visit.. boleh tolon jelaskan tak maksud disebalik notis tu. sy da hampir 2 bulan x jawab panggilan dari pengutip hutang… harap tuan dpt bantu perjelaskan.. (soalan baru akan menyusul bila terlintas dkt kpla akn dtg)

    • Abu Ammar

      Wa’alaikumussalam Tuan Fatah

      Message tu message standard. Samada staff RHB Bank yang akan datang cari Tuan atau Agen Kutip Hutang. Saya tak tahu polisi RHB samada nak lantik Agen Kutip Hutang atau hantar Surat Tuntutan Loyar terus jadi kena bersedia dengan semua itu. Alamat sekarang sama dengan rekod yang ada diBank?

    • Jeff Lee

      @ fatah hakem

      Tolong pergi bayar satu bulan dulu. Masalah akan menimbul jika tertunggak 3 bulan. Tidak ada “warning ” dari bank lagi. Bila da lepas 3 bulan, loan kontrak bolih di angkat “terminated” dan susah nak menyelamatkan keadaan ini. Buat bayaran secepatnya. Lepas itu, baru cerita di sini dengan Tuan Abu Ammar.

      • fatah hakem

        setahu saya bulan ni baru masuk bulan k 3 tapi belum due lagi. andai kata da tlepas 3 bulan jugak mksud terminated tu mcm mne? klu lebih 3 bulan then baru sy nk byar untuk bulan seterusnye kebiasaannye boleh ke?

        • Abu Ammar

          Tuan Fatah

          Adalah lebih baik Tuan berhubung terus dengan Bank kerana saya tidak boleh memberi jawapan tentang penerimaan apa apa cadangan pembayaran Tuan. Bincang sebelum tindakan undang undang yang sebenar diambil yang akan menyusahkan Tuan kemudian hari. Kalau masih mampu dan boleh berunding, teruskanlah. Bank lebih merminat untuk mengutip hutang mereka dari mengambil tindakan undang undang yang mereka kena keluar duit.

        • Jeff Lee

          @ fatah hakem

          Cara anda akan bayar 1 bulan tertunggak? Mcm ini, amat merbahaya sebab tiap tiap pinjaman anda masih keadaan “tertunggak”. Tolong ambil berat tindakan anda.

  • Taufiq Zulkifli

    Assalamualaikum tuan tanah,

    Saya nak minta pandangan dan nasihat dari tuan tanah berkenaan hutang saya dengan easy rhb, semasa saya isi borang dulu, ada dinyatakan untuk mengisi ruang emergency contact person, dan saya telah mengisi maklumat tunang saya sebagai emergency contract person, saya sedia maklum tiada penjamin dlm proses easy rhb, hanya memerlukan Emergency person sahaja, tapi satu masa saya ada masalah kewangan dan gagal membayar balik selama 6 bulan, saya ada dapat ugutan y saya akan dikenakan tindakan susulan, tetapi masalag saya sekarang emergency contact person saya turut dapat ugutan tu, ada kemungkinan ke nama emergency contact saya tu turut dikenakan tindakan bangkrap sebab setahu saya dia bukan penjamin.

    Mesej tu macam ni.

    RM0.00 Peringatan Akhir.Sila Jelaskan Pembayaran Peribadi EASY hari ini bagi mengelakkan tindakan susulan dan pembekuan akaun simpanan.Hubungi 0327763120

    • Abu Ammar

      Wa’alaikumussalam Tuan Taufiq

      Masalah berkenaan ‘Emergency Contact Person” atau “Reference” ini tahapnya “bawah sikit” dari menjadi penjamin dimana beliau tidak perlu menanggung hutang tersebut tetapi menanggung sekali ugutan ugutan sms dan panggilan telefon yang menyemakkan kepala.

      Memandangkan beliau hanya sebagai referral sahaja maka beliau boleh mengabaikan apa jua komunikasi dari Bank atau pengutip hutang. Tukar no telefon atau install app “Truecaller” dan “True Messenger” supaya boleh block panggilan dan sms yang tidak diingini.

      Jikalau ada gangguan dari segi “lawatan” dan panggilan yang lebih dari sepatutnya, boleh membuat aduan kepada Bank yang mengupah Agen Kutip Hutang tersebut dan buat salinan pendua kepada Bank Negara kerana tidak terlibat pun dengan pinjaman tersebut.

      Ada akaun simpanan dengan RHB atau akaun gaji masuk RHB? Keluarkan semua duit dalam RHB (tak payah tutup akaun) dan kalau akaun gaji dalam RHB, tukar kepada Bank lain.

  • siti zaharah bt md.delum

    Assalam saya ada berhutang dengan rhb bank pasal rumah,mereka ada bagitau lelongan rumah.saya ingatkan dah selesai sbb saya tk tau pasal semua ni.setelah sekian lama(rasanya dah berbelas tahun,pemungut hutang cal dan minta bayar n klu tidak dia akan bangkrusikan saya.utk pengetahuan encik,saya kakitangan awam.mereka mengugut bermacam macam n memaksa saya membayar .saya tak mampu sebanyak yg diminta dan memaksa menyuruh membayarnya juga.setiap saat menelefon saya sehinggakan menjejaskan pekerjaan saya,saya buntu tk tau nk buat cam mn,suami memberitau menyuruh tunggu surat dari mahkamah.saya nk tanya mereka akan bangkrupsikan kita klu kita tk ikut kehendak mereka dengan jumlah bayaran yg diminta ke tanpa melalui mahkamah n apa akan jadi pada saya yg sebagai penjawat awam.saya nk tanya pasal perkara ini tadi tak tau kat sapa

    • Abu Ammar

      Wa’alaikumussalam Puan Siti Zaharah

      Sebelum saya boleh menjawab soalan Puan sila beri butir butir berikut:

      1) Sudah berapa lama hutang ni? (tahun berapa?)
      2) Katanya rumah dilelong. Bilakh tarikhnya?
      3) Berapa baki setelah lelongan?
      4) Kalau ada bayaran dibuat selepas lelongan, berapa dan bila bayaran terakhir dibuat?
      5) Adakah alamat sekarang ada dalam rekod Bank? Kalau ada sudah tentu Puan akan mendapat Surat Tuntutan Loyar, Writ Saman dan Penghakiman.
      6) Pernah tak dapat dokumen dokumen dalam (5) diatas?

      Saya sarankan supaya buat semakan dengan CTOS di http://www.ctos.com.my/CTOSHOME/selfcheck.html (scan MyKad depan belakang untuk diemailkan untuk pengesahan). Register id (klik CTOS User ID) dan ikut arahan di Skrin. Lepas dapat ID boleh check dengan smartphone, sms atau online. Bila dah dapat keputusan rujuk semula disini dengan email kepada saya di codetyco@ceritahutangbankdananda.com. Baru kita boleh tahu setakat mana tindakan undang undang yang telah dikenakan. Hmm… “promosi” CTOS tapi tak dapat apa apa pun. 🙂

      Sila beri maklumbalas yang lengkap supaya saya boleh memberi pandangan dan pendapat yang lebih jelas. Terima kasih

    • Jeff Lee

      @ Siti Zaharah

      “”apa akan jadi pada saya yg sebagai penjawat awam””
      Government Public servants has different types of “Employment Contract”. A lot depends on the contract you may have signed. “Permanent”, “Yearly”, “Fixed period”. Read the Terms and Condition of your contract. In Private Sector, nowadays, the contract would have been stated ” Once adjudged a Bankrupt, this employment contract will self terminate”.

      Is the housing loan deductions through “Angkasa”. I have a friend who is a bankrupt for the past 5 years in Public Service and is still working there. His housing loan is still active, government housing loan, deductions via Angkasa. So, do not over worry too much. My friend is under contract service with no specific period stated.

      Yang urgent skrg, pastikan adakah tindakan di Mahkamah di lakukan olih Bank tersebut. Ikut cadangan yang sesuai dari Tuan Abu Ammar.

  • Hamba Allah

    Salam semua…sy ada tunggakan dengan bank islam sbnyk 2k..termasuk interest….selama 7bulan..kalau saya jelaskan 2bulan bayaran dulu boleh tak??rm500 dulu…memandangkan sy baru dpt kerja baru….dulu sy tak de masalah dlm tunggakan…bila pindah balik tinggal di kedah baru timbul masalah tunggakan….tolong saya…saya xde duit nak bayar tunggakan sampai 2k….date sampai 30/11/15 ni je..kalo x..akan di lantik agen kutipan ke rumah..dan bayaran di tangguh oleh sy sebnyk 13k…bnyk tu….

    • Abu Ammar

      Wa’alaikumussalam Hamba ALLAH

      Saya tidak boleh memberi jawapan tentang soalan “kalau saya jelaskan 2bulan bayaran dulu boleh tak??rm500 dulu…” sebab saya tidak bekerja dengan Bank Islam. Memandangkan Cik/Puan sudah mendapat kerja baru, cuba buat surat rasmi cadangan pembayaran dengan Bank ataupun boleh mendapatkan bantuan khidmat nasihat AKPK. Baki keseluruhan 13K?

  • Azman

    Salam Abu Ammar,

    Wife saya ada pinjaman peribadi Bank Rakyat dalam RM80K (tak masuk interest) + Bank Islam RM40 (baki dalam RM30K) , sudah beberapa tahun berhenti kerja dan sekarang tidak mampu bayar bulanan kedua2 bank. Telah berjumpa AKPA tetapi tidak dapat dibantu (malah pgw AKPK bisik off record suruh buat self bankrupcy). Balik dari AKPK cuba mohon reshedule tetapi sebelum proses reshedule dapat dijalankan, bank minta bayar tertunggak dalam RM10k (Bank rakyat) dan bak islam RM2k), so tak mampu.
    Tunggu sahaja tindakan, bank hire pengutip hutang, asyik call tapi dah tak angkat, sakit hati.

    Hari ni datang bailiff dari mahkamah bersama peguam bank rakyat hendak sita barang tapi saya call wife tak benarkan masuk. (Bailiff sahkan tunjuk ID card mahkamah). Saya ada baca di blog ni kata perlu buat akuan sumpah kata barang milik saya so saya telah prepare awal. tadi serah kepada bailiff tapi bailiff cakap akuan sumpah ni tak laku. Minta nak masuk untuk tandakan barang. Dia cadangkan saya satu jalan, benarkan dia masuk dan tanda barang dan lelong lepas 14 hari dan pada masa lelong saya beli balik barang tu, so selesai kes sita. tapi saya kata barang tu barang saya bukan isteri punya. So dia kata kalau tidak benarkan masuk, dia akan datang kemudian dengan waran pecah masuk. Akhirnya ketika itu saya terpaksa benarkan juga barang dilelong, jika saya kata itu barang saya hanya boleh cabar dimahkamah kemudian. (akuan sumpah barang milik saya tak laku kata bailiff)

    Apa tindakan saya seterusnya selain perlu bayar.

    Soalan lain:
    Ada 2 rumah, 1 rumah nama bersama dan loan bersama (di bayar bulanan elok), 1 rumah lagi nama bersama tapi loan saya (di bayar bulanan elok) adakah jika wife bangkrup, rumah akan dilelong

    • Abu Ammar

      Wa’alaikumussalam Tuan Azman

      Dalam hal penyitaan yang berlaku hari ini, Bailiff hanya menjalankan tugasnya iaitu melaksanakan Perintah Mahkamah. Dia perlu menandakan barang barang yang difikirkan berharga untuk dilelong dalam masa 14 hari. Apa jua bantahan dan “surat sumpah” tidak akan dilayan dan “tidak laku” kerana ia bukan dibawah bidang kuasa beliau.

      Ini adalah salah satu cara Bank untuk memaksa peminjam membayar tunggakan walaupun mereka tahu ia tidak akan mencukupi untuk membayar kos Loyar apatah lagi baki hutang yang dituntut. Walaubagaimanapun, Tuan boleh menfailkan permohonan untuk “menggantung pelaksanaan” perintah ini atau “stay of execution” supaya Mahkamah boleh menimbangkan semula rasional tindakan ini dan boleh mendengar permohonan Tuan supaya mengeluarkan barang barang yang telah ditandakan untuk dilelong atas alasan ia bukan kepunyaan Penghutang Penghakiman (isteri).

      Berapakah jumlah barangan yang telah ditanda dan berapakah “nilai” yang telah diberi?

      Dibawah ini saya siarkan keratan dari satu blog yang boleh membantu Tuan menyediakan permohonan tersebut. Contoh dokumen yang diperlukan dan kandungan Affidavit diberi dibawah ini dan Tuan boleh sesuaikan dengan situasi Tuan. Tuan melihat artikel penuh disini:

      http://legal-malaysia.blogspot.my/2008/11/how-to-file-stay-of-execution-of.html

      Sedutan artikel:

      “Below is one of example of the application, unfortunately I prepared in Bahasa Melayu, you translate it on your own…(and remember to change wherever is necessary):-“

      DALAM MAHKAMAH MAJISTRET (X) DI XXXXXXX

      DALAM NEGERI XXXXXXXX, MALAYSIA

      SAMAN NO: XXXXXXXXXXXXX

      PERMOHONAN PERLAKSANAAN NO: XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX

      ANTARA

      (judgment creditor’s name) …Pemiutang Penghakiman

      DAN

      (judgment debtor’s name) …Penghutang Penghakiman

      NOTIS PERMOHONAN

      Ambil Perhatian bahawa Penghutang Perlaksanaan yang dinamakan di atas bercadang untuk memohon kepada Mahkamah Majistret (X) di XXXXXXXX pada hari haribulan , 2008 pukul pagi/petang untuk suatu perintah yang menyatakan bahawa:-

      Perlaksanaan Penghakiman melalui suatu writ penyitaan dan penjualan di dalam tindakan ini terhadap Penghutang Penghakiman digantung serta merta menurut Aturan 32 Kaedah 1, Kaedah-Kaedah Mahkamah Rendah 1980; dan
      Penghutang Penghakiman dibenarkan untuk membayar Pemiutang Penghakiman hutang penghakimannya secara ansuran pada kadar yang akan ditetapkan kelak oleh mahkamah yang mulia ini menurut Aturan 32 Kaedah 2, Kaedah-Kaedah Mahkamah Rendah 1980;
      Kos permohonan ini hendaklah menjadi kos di dalam kausa, dan
      Lain-lain perintah berhubung permohonan ini yang suaimanfaat difikirkan adil dan patut oleh Mahkamah yang mulia ini.
      Alasan-alasan permohonan adalah:

      Penghutang penghakiman tidak mampu membuat bayaran secara pukal atau sekali gus.
      Penghutang penghakiman mampu pada kadar yang berpatutan membuat bayaran secara ansuran dengan pendapatan pencen bulanannya.
      Penghutang penghakiman telahpun mencuba membayar secara ansuran kepda pihak pemiutang penghakiman tetapi tidak diterima.
      Bahkan anak pertama penghutang penghakiman juga telah bersetuju dan bersedia membuat bayaran secara ansuran bagi pihak penghutang penghakiman namun ditolak oleh pemiutang penghakiman.
      (just for example) Pada dasarnya hutang penghakiman tersebut telah dibuat oleh anak keXXX nya dan wang tersebut digunakan oolehnya sepenuhnya, namun atas dasar tanggungjawab penghutang penghakiman sanggup dan bersedia membayar secara ansuran hutang penghakiman tersebut.
      Penghutang penghakiman kini telah bersara dan hanya mendapat pencen bulanan yang rendah sebanyak RMXXXXX sebulan, dan masih lagi menanggung seorang anak yang masih bersekolah/pengajian.
      Oleh yang demikian, perlaksanaan penghakiman ini amat perlu digantung kerana ianya akan memberi kesusahan melampau kepada penghutang penghakiman dan suatu perintah pembayaran ansuran amatlah sesuai dan perlu bagi penghutang penghakiman.
      Tambahan pula barang-barang di dalam senarai inventori di lampiran XXXX kertas kausa di dalam tindakan perlaksanaan ini adalah kepunyaan anak pertama penghutang penghakiman yang bernama XXXXXXXXXXXXX, sebagai anak yang baik, beliau telah membeli barang-barang tersebut untuk kegunaan penghutang penghakiman (bapanya) dan ibunya yang tinggal di alamat perlaksanaan.
      Lain-lain alasan terperinci akan dinyatakan di dalam affidavit sokongan yang akan difailkan bersama-sama ini.

      Bertarikh pada haribulan 2008

      Catatan No tahun 2008

      ……………………………………….

      Pendaftar
      Kepada:

      Peguamcara Pemiutang Perlaksanaan

      Tetuan XXXXXXXXXX

      Below is the example of the supporting affidavit, again it is in Bahasa Melayu, I am sorry:-

      DALAM MAHKAMAH MAJISTRET (X) DI XXXXXXX

      DALAM NEGERI XXXXXXXXXXXXX, MALAYSIA

      SAMAN NO: XXXXXXXXXXXXXXXXXX

      PERMOHONAN PERLAKSANAAN NO: XXXXXXXXXXXXXXXXXX

      ANTARA

      XXXXXXXXXXXXXXXXXXXX …Pemiutang Penghakiman

      DAN

      XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX …Penghutang Penghakiman

      AFIDAVIT SOKONGAN

      Saya, XXXXXXXXXXXXXXXX (No kad pengenalan XXXXXXXX ) seorang warganegara Malaysia yang cukup umur dan beralamat di No. XXXXXXXXXXXXXXXXX, dengan ini sesungguhnya berikrar dan menyatakan seperti berikut:-

      Saya adalah penghutang penghakiman yang dinamakan di dalam tindakan ini.

      Saya menyatakan sesungguhnya bahawa segala fakta dan eksibit yang dilampirkan di dalam ini adalah melalui pengetahuan peribadi saya sendiri dan melalui rekod-rekod dokumen milik serta di dalam simpanan saya sendiri.

      Saya membuat afidavit ini bagi menyokong permohonan saya untuk menggantung perlaksanaan penghakiman melalui suatu writ penyitaan dan penjualan bertarikh XXXXXXXXXX

      Saya sesungguhnya menyatakan bahawa saya tidak mampu untuk membuat pembayaran jumlah penghakiman secara pukal atau sekaligus seperti yang dituntut oleh pemiutang penghakiman sebelum dan semasa tindakan perlaksanaan penyitaan dan penjualan tersebut.

      Jumlah hutang penghakiman yang telah dimaklumkan kepada saya adalah sebanyak RMXXXXXX setakat XXXXXXXXXX.

      Saya telah beberapa kali cuba untuk berbincang dengan pihak pemiutang perlaksanaan untuk membuat bayaran secara ansuran namun tidak diterima oleh mereka.

      Bahkan anak saya yang pertama bernama XXXXXXXXXXXXXXXXXXX juga telah beberapa kali berbincang dengan pihak pemiutang penghakiman untuk membuat bayaran bagi pihak saya melalui ansuran juga tidak diterima oleh mereka.

      Saya telah dimaklumkan oleh anak saya, XXXXXXXXXXXXXX bahawa, atas keenggannan pihak pemiutang penghakiman menerima tawaran pembayaran secara ansuran, beliau sedang dan berusaha untuk membuat pinjaman peribadi untuk membayar sekaligus atau pukal jumlah penghakiman namun sehingga kini masih gagal memperolehinya. Saya juga dimaklumkan oleh beliau bahawa antara institusi kewangan yang dipohon bagi pinjaman peribadi tersebut termasuklah dibank pemiutang penghakiman sendiri.

      Untuk makluman pihak mahkamah, sebenarnya hutang penghakiman ini dibuat untuk kegunaan anak kedua saya suatu masa dahulu bagi membantunya dalam kesusahann yang mana saya tidak langsung menggunakannya, beliau kini masih membantu secara kecil-kecilan dalam melangsaikan hutang ini, namun atas dasar tanggungjawab saya tidak berhasrat lari dari tanggungjawab saya terhadap pemiutang penghakiman dan bersedia membayar secara ansuran.

      Saya sekarang sudahpun bersara dan mendapat pencen bulanan sebanyak RMXXXXX

      Isteri saya tidak bekerja dan saya masih menanggung seorang lagi anak yang bernama XXXXX berumur XXXX. Beliau kini sedang XXXXXXX

      Perbelanjaan bulanan keluarga adalah sebanyak RMXXXX, maka saya masih mempunyai lebihan kemampuan membayar jumlah penghakiman sebanyak RMXXXX sebulan.

      Saya sesungguhnya memohon pertimbangan mahkamah yang mulia ini untuk menggantung perlaksanaan tindakan ini kerana barang-barang yang disita dan bakal dilelong adalah barang-barang asas kegunaan harian, tambahan pula ianya tidak mempunyai nilai komersial yang tinggi untuk menampung walaupun 1/5 jumlah penghakiman.

      Perlaksanaannya akan lebih membawa kesusahan yang melampau kepada saya sekeluarga, dan alternatif bayaran ansuran daripada pendapatan pencen bulanan saya lebih praktikal dan membawa keadilan kepada kedua-dua pihak.

      Untuk makluman mahkamah yang mulia ini, barang-barang di dalam senarai inventori lampiran XX kertas kausa tindakan ini adalah kepunyaan anak pertama saya XXXXXXXXXXXXXXXXXX, yang mana beliau telah membeli barang-barang tersebut suatu masa lalu bagi kegunaan saya, ibunya dan adiknya dirumah.

      Semasa tidak maklumkan tentang tindakan perlaksanaan ini, beliau telah berusaha menuntut kembali barang-barangnya agar dikeluarkan daripada senarai inventori tersebut melalui suatu tindakan saman interplider bertarikh XXXXXXXXXX namun saya telah dimaklumkan oleh beliau bahawa beliau tidak balik menghadiri pendengaran saman tersebut kerana tidak mendapat cuti dan sedang bertugas.

      Walau apapun, saya sekali lagi memohon kepada mahkamah yang mulia ini agar perlaksanaan tindakan ini digantung dan seterusnya memberi peluang kepada saya membuat bayaran secara ansuran. Saya sedia membuat bayaran ansuran ke dalam mahkamah yang mulia ini jika pemiutang penghakiman enggan menerima bayaran ansuran.

      Oleh yang demikian, saya dengan rendah diri memohon perintah seperti dipohon.

      Berkenaan dengan affidavit oleh deponen )

      Bernama XXXXXXXXXXXX )

      Diangkat diikrarkan pada )

      Dihadapan saya,

      ………………………………

      Pesuruhjaya Sumpah

      Artikel diatas ditulis pada tahun 2008 dan merujuk kepada Aturan Mahkamah yang lama. ATURAN dan Kaedah yang baru berkaitan diberi juga dibawah iaitu Aturan Aturan dan Kaedah Mahkamah 2012. Kepada Tuan Tuan Loyar dan yang lebih mengetahui, betulkan saya kalau saya salah.

      ATURAN 47

      WRIT PENYITAAN DAN PENJUALAN

      Kuasa menggantung pelaksanaan melalui writ penyitaan dan penjualan

      (A. 47, k. 1)

      1. (1) Jika suatu penghakiman diberikan atau suatu perintah dibuat bagi pembayaran wang oleh mana-mana orang, dan Mahkamah berpuas hati, atas suatu permohonan yang dibuat pada masa penghakiman atau perintah itu, atau pada bila-bila masa selepas itu, oleh penghutang penghakiman atau pihak lain yang dikenakan pelaksanaan-

      (a) bahawa terdapat hal keadaan khas yang menjadikan tidak suai manfaat untuk menguatkuasakan penghakiman atau perintah itu; atau

      (b) bahawa pemohon itu tidak berupaya kerana apa-apa sebab jua untuk membayar wang; itu,

      maka, walau apa pun apa-apa jua dalam kaedah 2 atau 3, Mahkamah boleh melalui perintah menggantung pelaksanaan penghakiman atau perintah itu melalui writ penyitaan dan penjualan sama ada secara mutlak atau bagi apa-apa tempoh dan tertakluk kepada apa-apa syarat sebagaimana yang Mahkamah fikirkan patut.

      (2) Suatu permohonan di bawah kaedah ini, sekiranya tidak dibuat pada masa penghakiman diberikan atau perintah dibuat, hendaklah dibuat melalui notis permohonan dan bolehlah dibuat sedernikian walaupun pihak yang dikenakan pelaksanaan tidak memasukkan kehadiran clalam tindakan itu.

      (3) Suatu permohonan yang dibuat melalui notis permohonan hendaklah disokong dengan suatu afidavit yang dibuat oleh atau bagi pihak pemohon dengan menyatakan alasan membuat permohonan itu dan keterangan yang perlu bagi membuktikannya dan, khususnya, jika permohonan sedemikian dibuat atas alasan ketidakupayaan pemohon untuk membayar, dengan mendedahkan pendapatannya, jenis dan nilai apa-apa hartanya dan amaun apa-apa liabilitinya yang lain.

      (4) Notis permohonan dan suatu salinan afidavit sokongan mestilah, tidak kurang dari empat hari genap sebelum tarikh kembalian, disampaikan kepada pihak yang berhak untuk menguatkuasakan penghakiman atau perintah itu.

      (5) Suatu perintah penggantungan pelaksanaan di bawah kaedah ini bolehlah diubah atau dibatalkan melalui suatu perintah yang terkemudian .

      Tuan sudah semestinya tahu apa tindakan selepas ini iaitu Bankrapsi. Berkenaan dengan Rumah yang dibawah nama bersama ini, ia bergantung kepada Bank yang memberikan pinjaman dan juga Jabatan Insolvensi. Bank yang memberi pinjaman mempunyai hak untuk melelong Rumah tersebut (walaupun bayaran elok) untuk “menyelamatkan” baki hutangnya. Ia bergantung kepada nilai pasaran semasa dan jumlah baki hutang tersebut. Bank mungkin mahu melelong sebelum haknya untuk melelong lupus (selepas 6 bulan keBankrapan) atas alasan mungkin mendapatkan harga yang lebih baik. Jika Jabatan Insolvensi melelongnya, keutamaan akan masih diberi kepada Bank Pemiutang dari segi hasil lelongan.

      Apa apa baki yang tinggal akan direkodkan sebagai “Proof of Debt” bersama sama dengan hutang hutang yang lain. Kena lelong atau tidak saya tidak boleh memberi jawapan khusus kerana ia bergantung kepada beberapa keadaan diantara Bank dan Jabatan Insolvensi. Ada yang kena lelong dan ada yang tidak. Proses Bankrapsi akan memakan masa yang lama lagi untuk difikirkan buat masa ini. Sekarang kita selesaikan masalah yang telah tiba ini. Tuan boleh melakukan permohonan “stay of execution’ ini dengan bertindak sendiri atau jika ada kawan kawan Loyar mungkin boleh membantu dari segi prosedur pemfailan dan semakan Affidavit. Boleh juga kongsikan draf permohonan Tuan disini supaya boleh semak sama sama.

      • Azman

        TERIMA KASIH TUAN,
        Semalam Bailiff tidak masuk kerana saya tak benarkan, tapi dia cakap akan datang kemudian dengan waran pecah masuk
        Sebelum dia datang semula tu, boleh ke saya buat “stay of execution”

        • Abu Ammar

          Assalamualaikum Tuan Azman

          “stay of execution” tak boleh buat lagi sebab belum “execute” lagi. Jadi sempatlah pindahkan barang barang yang berharga atau yang takde resit bukti pembelian. Kalau ada barang barang buruk yang nak jual “timbang kati” boleh tinggalkan dalam rumah. Standby dan prepare alasan alasan yang disebutkan. Saya tiada pengalaman kena sita cuma ada pengalaman turut serta dalam proses menyita bagi pihak Bank semasa “muda muda” dulu.

          Tuan kena bertanya kepada kaunter Mahkamah tentang proses pemfailan sebab prosedur sudah berubah dan sentiasa berubah. Yang penting ada saluran untuk menbantah atau mencabar Perintah Penyitaan. Saya juga akan bertanyakan kepada rakan rakan yang pernah berbuat demikian atau rakan Loyar yang sudi membantu. Email alasan Tuan kepada saya di codetyco@ceritahutangbankdananda.com. Bukan tak boleh post kat sini tapi bila saya fikir balik nanti ada geng Bank yang baca pulak. Semuga berjaya.

    • Jeff Lee

      @ Azman

      “”Soalan lain:
      Ada 2 rumah, 1 rumah nama bersama dan loan bersama (di bayar bulanan elok), 1 rumah lagi nama bersama tapi loan saya (di bayar bulanan elok) adakah jika wife bangkrup, rumah akan dilelong. “”

      Normally WSS is not carried out on residential premises but on commercial premises.
      In your wife’s case, her BNM CCRIS documented credit ratings record indicates that she has joint names in 2 properties. Hence the WSS “maybe” as a warning or “Indicator” that they are watching at your wife’s defaulted ac, very closely.

      Personally I AM NOT TOO WORRIED over the WSS case but rather if you cannot come to an arrangement to settle with B.R. debts, a bankruptcy proceeding can be initiated against your wife within 1 year.

      They CAN but may not take any action on the 2 housing loans as maybe there is a substantial “shortfall” which hinders any further legal action. But do take extra caution that once the housing loan is about to be completed, further legal actions can be initiated.

      Do make sure your correspondence address with the bank is updated.

  • ayuayumiekeliru

    salam… sy harap tuan dpt membantu dgn masalah sy. buat pengetahuan tuan saya ada membuat pembayaran dengan pihak bank rakyat. pinjaman asal sy adalah 40k tp selepas dicmpur dgn interest pinjaman sy jd 68k. pada thn 2010-2011 sy ada masalah kewangan dimana sy tidak dpt membuat bayaran setiap bulan tetapi saya akan selang seli pembayaran…tp pd thn 2012 sy mula mendapat panggilan dari agensi mengata kan yg sy telah 2thn tidak membuat pembayaran…sy cakap sy ada byr…lepas tu mereka memberi alasan yg total dr selang seli sy tu telah menjadi 2thn…pada awal tahun 2015 sy ada ke HQ bank rakyat untuk mengetahui tunggakan sebenar sy dan mereka memberitahu bahawa tunggakan sy 8k dan mereka bertanya berapa sy mampu byr,sy memberitahu bahawa sy boleh byr setiap bulan sebanyak rm500 dan pihak hq telah memberitahu bahawa selagi sy membayar tiada tindakan akn diambil…arini 19.11 sy telah mendapat panggilan dari seorg lelaki memberitahu ingin dtg rumah untuk sita barang..terkejut sy sedangkan sy tidak mendapat apa2 surat berkenaan penyitaan atau apa2 surat dr pihak mahkahmah…bila tanya lelaki itu memberi nombor hp seorang lelaki yg dikenali sebagai engku haidir..dia minta sy hubungi lelaki ini untuk lebih lanjut…tp sy tidak menghubungi lelaki tersebut sebaliknya sy menghubungi pihak bank dan bertanya perihal ini…tp dukacitanya pihak bank memberitahu bahawa mereka tidak amik tahu ini kalau ada apa2 sy kena deal dgn agensi…ayat yang diulangi oleh pihak bank kami tidak menerima lagi rayuan pembayaran sedangkan sy hubungi mereka untuk bertanyakan status penyitaan…apa perlu sy buat sekarang ini ye..sbb sy tidak menerima apa2 surat yg sy terima hanya sms dr pihak agensi menyuruh sy byr sedangkan mmg sy bayar setiap bulan.

    • Abu Ammar

      Wa’alaikumussalam Ayuayumiekeliru

      Yang call tu adalah Agen Kutip Hutan dengan PEMBOHONGAN dan TEMBERANG mereka yang biasa.

      Kalau ada ugutan ugutan nak sita rumah,sita barang rumah, buat lawatan, beku akaun dan sebagainya, itu TEMBERANG Agen Kutip Hutang. Baca artikel ini tentang gempaq sita menyita ini disini:

      https://www.facebook.com/ceritahutang/posts/534912356666965

      atau pergi ke Page saya disini:

      https://www.facebook.com/ceritahutang/

      Pergi juga ke Blog untuk mengetahui lebih lanjut tentang tindakan undang undang di sini:

      http://www.ceritahutangbankdananda.com/index.php/2014/08/14/proses-tindakan-undang-undang-pinjaman-peribadipersendirian-bahagian-3/

      Kalau hutang sebanyak itu dan dah tak mampu bayar, option Bank biasanya tindakan keBankrapan. Pastikan alamat sekarang sama dengan rekod Bank supaya kita tahu apa tindakan undang undang yang mereka akan lakukan. Namun begitu, jangan putus asa. Saya doakan supaya ALLAH melimpahkan rezeki bagi Cik/Puan sekeluarga supaya boleh bebas dari belengu hutang. Aameen

    • Jeff Lee

      @ ayuayumiekeliru

      Berape jumlah Agen Kutip Hutang itu meminta?

      Jika ada tindakan di Mahkhmah, tolong pastikan adakah alamat sekarang sama dengan alamat di catit di Bank Rakyat supaya kamu dapat menerima surat2 dari loyer bank.

      Jangan buat apa bayaran ke Agen Kutip Hutang. Not even RM10..
      Jika nak selesai hutang, pastikan jumlah dulu dan bayar terus bank.
      Mereka(bank) mungkin tak terima ansuran lagi.

      • ayuayumiekeliru

        masa mula2 agen mintak sy byr 10k in cash dgn alasan kalu sy xbyr 10k sy akan dibankrupkan n penyitaan akan dilakukan…tapi sy xmampu sy hanya byr 1k selama 3bln…tp setelah sy byr 3k mereka call lg mintak sy jelas kan lg yg tertunggak kini sebanyak 7k…kalu tidak surat mahkahmah akn dilakukan…hati sy keras setiap kali mereka call sy selalu ckp yg sy xpernah miss bayar kenapa still nk kaco sy..sekarang sy masih membayar rm600 sebulan… buat pengetahuan encik alamat di bank dan kini masih sama. tidak pernah berubah.

        adakah pihak bank telah menjual kes sy pada agensi sehingga bank taknak membantu sy dlm hal ini? boleh kah laporan poilis dibuat kerana saya risau akan keselamatan ibu sy dirumah bersama dengan anak.

        • Abu Ammar

          Cik Ayuayumiekeliru

          Agen ni memang sah sah menipu. Proses KeBankrapan akan meakan masa yang agak lama. Saya yakin Cik/Puan belum pun menerima Notis Tuntutan dari Loyar. Proses KeBankrapan memerlukan Penghakiman yang memerlukan masa untuk mendapatkannya.

          JANGAN BIMBANG dengan ugutan Agen Kutip Hutang. Mereka tidak boleh buat apa apa selain menakut nakutkan orang dengan “tindakan undang undang” yang mereka sendiri tidak boleh lakukan. JANGAN BAYAR atas desakan mereka kerana mereka akan meminta wang lagi kerana mereka tahu boleh dapat duit dengan gempaq Cik/Puan. Bank telah melantik mereka dan menyerahkan kepada Agen untuk kutip hutang. Kalau tak berjaya akan pas kat Agen lain dengan taktik yang serupa. Mungkin akhirnya bila tak dapat baru ambik tindakan undang undang supaya boleh menjimatkan kos guaman.

          Kalau Agen bertindak melampau dengan membuat intimidasi dirumah atau pejabat, boleh buat lapuran polis. InsyaALLAH Cik/Puan akan dikurniakan rezki dan jalan untuk menyelesaikan hutang ini. Jangan putus harapan.
          Baca Artikel Artikel saya seperti dibawah ini untuk memahami proses tindakan undang undang yang sebenar:

          Bahagian 1

          http://www.ceritahutangbankdananda.com/index.php/2014/08/12/proses-tindakan-undang-undang-pinjaman-peribadipersendirian-bahagian-1/

          Bahagian 2

          http://www.ceritahutangbankdananda.com/index.php/2014/08/13/proses-tindakan-undang-undang-pinjaman-peribadipersendirian-bahagian-2/

          Bahagian 3

          http://www.ceritahutangbankdananda.com/index.php/2014/08/14/proses-tindakan-undang-undang-pinjaman-peribadipersendirian-bahagian-3/

        • Jeff Lee

          @ ayuayumiekeliru

          [adakah pihak bank telah menjual kes sy pada agensi sehingga bank taknak membantu sy dlm hal ini?]

          The bank has to “inform” you officially whether your debt has been “sold legally” or “assign” to the agency for collection purposes.
          From your description above, it is “assignment”. Assign means that the debt still belong to the bank and only the bank can take legal action for debt recovery in a Court of Law.

          The Bill Collection Agency is telling LIES to you and is scaring, intimidating you.

          Did you pay direct to the bank or to the collection agency? Any receipts issued and bank statement received?

          Just do not pay any more monies till you are sure of your financial “status”.

          Q’s
          1/ What is the total amount outstanding today?
          2/ Need to know who you paid to (Bank or agency).. the rm 1K dan rm600?
          3/ Any written agreement with the “agency”

          PLEASE TAKE NOTE THAN ANY REPAYMENT AGREEMENT MUST BE MADE WITH THE BANK.
          A COURT OF LAW ONLY RECOGNIZE AGREEMENTS BETWEEN DEBTOR AND CREDITOR (unless the bank debt has been legally SOLD to 3rd PARTY)

          For those who may understand fully the contents above, you can request Tuan Abu Ammar to translate the above. But Tuan has already written something like this on the blog.

          New READERS… PLEASE read the BLOG for even more information and post to ask if still do not compute. Many Thks.

          • ayuayumiekeliru

            Q’s
            1/ What is the total amount outstanding today?
            – yang saya tahu tunggakan tinggal 7k tp full total xsure sbb bank xde bg sy pape payment recorded.

            2/ Need to know who you paid to (Bank or agency).. the rm 1K dan rm600?
            -yg ni sy bayar dkt bank sy bayar sbb di ugut oleh agent sbb dia kata sy kena setel kn 10k dlm masa 3bln.

            3/ Any written agreement with the “agency”
            -NO… xpernah dpt apa2 agreement.

            “The bank has to “inform” you officially whether your debt has been “sold legally” or “assign” to the agency for collection purposes.”
            – sy call bank da bercakap dgn jabatan pemulihan runcit 2, bertanyakan tentang akaun sy mereka kata mereka tidak mejaga akaun sy lagi sbb telah bagi pada agensi.disini sy xfaham apa yang dimaksudkan oleh bank berkenaan “tidak menjaga akaun sy sebab da bagi pada agensi”.

          • Abu Ammar

            Cik/Puan Ayuayumiekeliru

            “sy call bank da bercakap dgn jabatan pemulihan runcit 2, bertanyakan tentang akaun sy mereka kata mereka tidak mejaga akaun sy lagi sbb telah bagi pada agensi.disini sy xfaham apa yang dimaksudkan oleh bank berkenaan “tidak menjaga akaun sy sebab da bagi pada agensi”.

            Bank telah melantik Agen Pengutip Hutang untuk mengutip hutang bagi pihak mereka. Agen TIDAK BOLEH mengambil tindakan undang undang. Hanya buat bising tentang tindakan undang undang. Dapatkan statement yang terkini daripada Bank. Kalau diaorang tak mau berunding, buatlah bayaran berkala dan pastikan setiap resit atau statement pembayaran disimpan untuk rujukan dikemudian hari. Ada sebabnya buat bayaran sikit sikit macam ni tapi tak boleh beritahu sebabnya. Buat apa yang saya syorkan disini. Sampai masa mungkin boleh digunakan sebagai “perlindungan” bagi tindakan undang undang.

            Jika Cik/Puan tidak melayan Agen ini, Bank akan melantik Agen yang lain sehinggalah mereka akan mengambil tindakan undang undang terhadap Cik/Puan (Sura Loyar – Saman – Penghakiman) dan tindakan seterusnya adalah Bankrapsi (biasanya). Jumlah tunggakan adalah terlalu banyak pada tahap RM7K. Jika Bank mengambil tindakan undang undang (matlamatnya Bankrapsi) ia akan memakan masa selama 9 – 12 bulan dari sekarang (kalau mula bagi surat Loyar sekarang) jadi ia akan memakan masa yang lama bukan 24 atau 48 jam seperti yang biasa disebut oleh Agen Kutip Hutang.

            Ini adalah realiti yang terpaksa dihadapi dalam situasi ini. Cik/Puan boleh katakan pada Agen yang Cik/Puan sedia diBankrapkan kerana tak mampu membayar tunggakan yang terlalu tinggi. Kalau loan melebihi 10 tahun peluang untuk mendapatkan bantuan AKPK adalah tipis. Cuma dalam masa ini akan banyak ugutan ugutan kosong seperti sita rumah, barang barang rumah, potong gaji dan beku akaun yang Cik/Puan pun sudah tahu adalah PEMBOHONGAN semata mata.

  • Syurga

    Assalamualaikum, tuan.

    Saya perlukan pandangan pihak tuan.
    Saya pernah membuat pinjaman dengan bank CIMB berjumlah RM25000. Nilai bayaran balik yang perlu saya bayar berjumlah lebih kurang RM68000 dalam tempoh 20 tahun.
    Pada hujung tahun lepas, saya mempunyai masalah kewangan dan tidak mampu membayar pinjaman. Akibatnya, hutang saya tertunggak selama 4 bulan. Bagi mengelakkan masalah lebih besar, saya menghubungi pihak bank dan membuat penjadualan semula bayaran hutang saya. Selepas dari perbincangan tersebut, saya tidak pernah miss membuat bayaran bulanan malah saya menambah lagi amaun bayaran saya bagi mempercepatkan lagi penyelesaian hutang tertunggak tersebut.

    Namun begitu, pada malam 16hb Nov 2015 yang lalu, saya menerima notis kebankrapan dari pihak CIMB. Saya agak terkejut kerana pada pendapat saya, saya telah berhubung dengan pihak bank malah membuat bayaran bulanan.

    Pada hari Selasa, 17hb Nov 2015, saya menghubungi pihak bank dan bertanyakan masalah tersebut. Saya bercakap dengan pegawai bahagian Collection yang menguruskan akaun saya. Beliau juga agak terkejut dan keliru. Saya menghubungi pegawai di bahagian Recovery, namun saya tidak dapat bercakap dengan pegawai yang pernah menguruskan akaun saya di bahagian tersebut. Pegawai lain yang menjawab panggilan saya memaklumkan bahawa saya akan dihubungi semula, namun saya tidak mendapat panggilan dari beliau.
    Saya bercakap semula dengan pegawai di Bahagian Collection, kami berbincang dan beliau menyarankan saya menghubungi pihak peguam CIMB yang menguruskan notis tersebut. Saya menghubungi pihak peguam dan bertanyakan kes saya, saya dimaklumkan telah lama tidak membuat bayaran. Saya menafikan dakwaan tersebut dan memberitahu bahawa saya telah membuat bayaran setiap bulan untuk menyelesaikan hutang saya. Pihak peguam seterusnya meminta saya bercakap dengan pegawai di bahagian Legal yang menguruskan kes saya.
    Saya bercakap dengan pegawai berkenaan dan saya maklumkan pada beliau baawa saya ada membuat penjadualan semula dengan bahagian Recovery. Beliau katakan yang tidak dimaklumkan tentang perkara tersebut oleh pegawai di bahagian Recovery. Saya kemudiannya diminta menunggu untuk mereka menyemak kes berkenaan. Kira-kira setengah jam kemudian, saya menerima kembali panggilan dari Unit Legal dan dimaklumkan bahawa kes saya akan digugurkan. Saya dimaklumkan Unit Legal tidak menerima info tentang penjadualan bayaran bulanan saya. Kerana itu saya diberikan notis berkenaan. Saya ada bertanya tentang afidavit, pihak bank memberitahu saya tidak perlu membuat afidavit kerana peguam mereka akan uruskan kes saya. Saya juga diminta untuk menghubungi semula peguam yang menguruskan kes tersebut pada petang 18hb Nov bagi memastikan kes saya telah digugurkan. Semalam 18hb Nov, saya tidak dapat menghubungi peguam dan saya bercadang untuk menghubungi semula pihak peguam pada hari ini 19hb Nov.

    Soalan saya :

    1) Apakah lagi tindakan yang perlu saya lakukan bagi memastikan perkara ini benar-benar selesai?

    Pandangan dari pihak tuan amat-amat saya hargai, hanya Allah SWT sahaja yang mampu memberi ganjaran untuk usaha pihak tuan.
    Terima kasih.

    • Abu Ammar

      Wa’alaikumussalam Syurga

      1) Adakah pihak Bank mengeluarkan surat rasmi tentang persetujuan untuk penjadualan semula pinjaman?

      2) Resit resit bayaran yang dibuat, adakah resit tersebut menyatakan baki terkini setelah bayaran dibuat?

      3) Sebelum ini ada tak menerima Surat Tuntutan Loyar atau Writ Saman untuk menghadiri Mahkamah?

      4) Kalau tak ada, minta dengan peguam salinan Surat Tuntutan dan Writ Saman dan Penghakiman. Kalau tak bagi terpaksa buat carian di Mahkamah dan gunakan nombor rujukan Notis KeBankrapan

      5) Bila tarikh pendengaran kes?

      6) Kalau boleh scan Notis keBankrapan dan email kepada saya di codetyco@ceritahutangbankdananda.com. Kalau benar tiada komunikasi bahagian legal dengan collection, sudah semestinya jumlah pada Notis Kebankrapan merupakan jumlah yang tidak tepat dan Notis ini harus dibatalkan. Kalau boleh emailkan juga salinan resit resit dan apa jua dokumen tentang penjadualan semula ini.

      7) Adakah alamat semasa sama dengan alamat dengan rekod diBank?

      Sila beri maklumbalas segera supaya perkara ini boleh diselesaikan.

      • Syurga

        Terima kasih tuan atas maklumbalas. Untuk soalan-soalan tuan, ini jawapan saya :

        1) Iya, ada. Saya ada simpan surat tersebut.

        2) Setiap bulan, bahagian collection akan hantar surat menyatakan baki terkini.

        3) Saya tidak pernah menerima Surat Tuntutan Loyar atau Writ Saman untuk menghadiri mahkamah. Saya cuma dimaklumkan sahaja oleh pegawai bahagian Recovery tentang surat saman tersebut.

        4) Saya akan buat carian secepat yang mungkin.

        5) Tarikh diberi 13 Jan 2016

        6) Saya akan emailkan pada tuan.

        7) Iya, alamat sama dengan rekod di bank.

        Terima kasih tuan.

    • Jeff Lee

      @ Syurga

      [hutang saya tertunggak selama 4 bulan].
      Can you share what is the amount per month repayment.?

      [saya menambah lagi amaun bayaran saya bagi mempercepatkan lagi penyelesaian hutang tertunggak tersebut.]
      For how many months you have done in this manner? How much was the repayment? Do you have the bank statement which recorded all these transaction? If you do have please forward a copy to Tuan Abu Ammar.

      • Abu Ammar

        Tuan Jeff

        Syurga telah pun memberikan dokumen dokumen kepada saya. Berikut adalah susulan perbincangan tentang dokumen dokumen tersebut:

        SYURGA

        Berikut saya sertakan dokumen saya untuk rujukan pihak tuan.

        1) Notis Kebankrapan

        2) Surat Penjadualan Semula

        3) Maklumat akaun financing.

        Baki terkini pinjaman saya RM 61664.77. Ini saya rujuk di akaun saya
        melalui maklumat di CimbCliks.

        Terima kasih.

        SOALAN ABU AMMAR

        Berapa kali dah buat bayaran ikut penjadualan semula? Yang saya dapat
        statement tu bayaran sebanyak RM500

        Statement of Account Bankruptcy Notice sehingga 15/09/2015

        Tarikh Penghakiman 16/02/2015

        Diantara tarikh Penghakiman 16/02/2015 dan tarikh pengiraan BAnkruptcy
        Notice, berapakah jumlah bayaran yang telah dibuat?

        Kalau ada percanggahan, maka Bankruptcy Notice itu adalah salah dan
        sepatutnya terbatal. Saya merasa agak sangsi dengan kejujuran Bank Bank
        sejak akhir akhir ini yang “tidak dapat” menghantar Notis Tuntutan, Writ
        Saman, Salinan Penghakiman tetapi boleh pulak hantar Notis Bankrapsi
        malam malam pulak tu. Perkara ini perlu diketengahkan kerana jika Bank tahu ada tindakan
        keBankrapan, biasanya mereka akan meminta bayaran pendahuluan yang agak
        banyak sebelum setuju untuk membuat penjadualan semula bayaran. Cik/Puan
        Hana boleh cuba minta salinan Penghakiman dan Writ Saman dan juga kala
        boleh (kalau boleh la) minta bukti pengeposan dokumen dokumen tersebut.

        Perkara ini boleh juga diadukan kepada Bank Negara sebelum tarikh
        pendengaran kes dan boleh dilawan dan ada harapan cerah untuk menang.
        Izinkan saya untuk highlightkan perkara ini dalam blog saya supaya
        menjadi tauladan kepada orang lain. Nama dan butir butir lain akan saya padamkan.

        RESPON SYURGA

        Tuan, saya setuju untuk Tuan paparkan kes saya dengan dipadamkan
        butir-butir penting saya. Tentang Notis Tuntutan, saya pernah terima.
        Setelah terima Notis Tuntutan saya mula menghubungi pihak bank untuk
        selesaikan bayaran saya. tentang Writ Saman & Salinan Penghakiman, saya
        tidak terima. Saya tidak pasti pihak bank ada menghantar kepada saya atau
        tidak. Saya cuma dimaklumkan oleh pegawai bank yang saya pernah dihantar
        Writ Saman dan saya perlu membayar kos sebanyak RM800++. Seingat saya,
        saya mula lakukan pembayaran semula sekitar bulan Februari @ Mac. Saya tak
        pasti berapa kali, saya akan cuba dapatkan jumlah bayaran yang telah saya
        buat dari pihak Collection. Saya anggarkan jumlah bayaran yang telah saya
        buat lebih dari RM1250. Bayaran RM500 yang tuan lihat adalah bayaran yang
        saya buat pada Oktober 2015. Saya lebihkan bayaran pada bulan lepas kerana
        bercadang untuk selesaikan baki tunggakan pada bulan ini. Pihak Collection
        juga agak terkejut dengan kes saya ini. Menurut mereka, bayaran saya dah
        cantik dan tidak ada lagi tunggakan kecuali bayaran untuk bulan ini + kos
        saman lebih kurang RM800. Due untuk saya buat bayaran pada bulan ini ialah
        pada 23hb. Bila saya bercakap dengan bahagian Legal, pegawai berkenaan
        maklumkan saya bahawa Pegawai di Bahagian Recovery tidak update Surat
        Penjadualan Semula Bayaran dengan mereka. Kerana itu saya diberikan Notis
        Kebankrapan. Saya fikir, ini adalah kecuaian di Bahagian Recovery. Saya
        diminta oleh pegawai di Bahagian Legal untuk menghubungi peguam mereka
        bagi memastikan saya selamat. Hari ini, saya telah bercakap dengan pihak peguam
        yang menguruskan kes saya. Beliau telah mendapat arahan lisan dari pihak
        bank dan masih menunggu hitam putih dari pihak bank untuk membatalkan
        notis tersebut.

        ABU AMMAR

        Kalau ada pembatalan PASTIKAN ada hitam putih pembatalan. Kalau nak buat
        Bankrap pun, kena failkan semula sebab figure dah lari cuma saya nak
        kepastian kerana dalam Notis Kebankrapan jumlah yang telah dibayar disebut
        sebagai RM1850. Adakah jumlah ini termasuk atau tidak jumlah yang telah
        dibayar selepas penjadualan semula?

        RESPON SYURGA

        Jumlah tersebut tidak termasuk. RM1850 adalah jumlah bayaran yang dibuat
        sebelum hutang saya tertunggak. Bayaran yang saya buat selepas penjadualan
        semula tidak dimaklumkan kepada Bahagian Legal. Ini yang saya faham. Kerana
        peguam tersebut ada menyatakan bahawa saya telah lama tidak membuat bayaran
        kepada pihak bank. Apabila saya nafikan, saya diminta bercakap dengan
        bahagian Legal. Bahagian Legal CIMB pula menyatakan mereka tidak mendapat
        update bayaran saya dari pihak Recovery.

        Saya ada meminta diserahkan salinan surat pembatalan. Pihak peguam kata
        mereka tidak dapat berikan apa-apa salinan surat kepada saya. Saya perlu
        dapatkan dari pihak bank. Saya diminta menunggu maklumbalas pihak bank.
        Setakat petang tadi, masih tiada update apa-apa dari pihak bank. Esok saya
        akan hubungi pihak bank untuk dapatkan salinan surat pembatalan.

        • Jeff Lee

          @ SYURGA
          @ Abu Ammar

          It is so obvious that the bank has made mistakes in this case because of the 3 months NPL period and yet accept a repayment schedule from the debtor.

          Please take note that the “salinan surat pembatalan” from the bank is not sufficient proof.
          Syurga must get an document extraction from the High Court that this case has been legally withdrawn.

          A.A. Many thanks for update..

          • Abu Ammar

            “Syurga must get an document extraction from the High Court that this case has been legally withdrawn.”

            Thanks Jeff. That too. Kena buat persediaan untuk membuat permohonan mengenepikan Notis Kebankrapan tersebut pada Januari nanti.

          • Jeff Lee

            @ Syugra

            Please take note when you attend the Bankruptcy Court in January. You must attend. If the bank withdraw the case, you can request from the High Court Judge for “COSTS TO BE AWARDED TO YOU”..!!!

            In other words , the Bank Lawyers pays you “cash” separately via a court order.
            CANNOT “contra” against your outstanding bank debt.

            Please remember..!!

          • Jeff Lee

            @ Syurga

            Please do the following asap…

            You should have been made a Judgement Debtor in Default…

            Go to the Court and extract ALL Documents pertaining to your case… ( 72NCC case) and (92NCC)

            From there, there might be ways to set aside this Notis Kebankrapan easily.

          • Syurga

            Thanks Mr. Jeff. Will follow your advice.
            Will go to extract all the documents as soon as possible.
            I’m quite ‘blurr’ about the issue like “Cost to be awarded”, the amount, how to request etc.

            Should I appoint a lawyer for my case?

            Mr. Jeff & Tuan Abu Ammar,
            I do really appreciate both of your effort & kindness to answer & help people here. Thanks so much.

          • Abu Ammar

            Assalamualaikum Syurga

            Extract dulu semua dokumen tu. InsyaALLAH benda ni boleh buat sendiri tak payah pakai lawyer. Dah dapat dokumen nanti tolong scan (kalau takde scanner minta tolong kawan kawan atau pergi cyber cafe) dan emailkan ke saya di codetyco@ceritahutangbankdananda.com. Lepas tu kita discuss. Jangan delay. Masa berlalu terlalu pantas sekarang.

          • Jeff Lee

            @ Syurga

            Correction:- extract documents pertaining 72NCC (JID) and 29NCC (Bankruptcy Notice)

            1/ There is no need for lawyers services. You can D-I-Y. (Do It Yourself). Tuan Abu Ammar Blog can teach you when the time comes. Please do not worry about this topic. The bank has sued you for bankruptcy and you can FIGHT this case..!! And WIN (subject to availabilty of all relevant documents).

            2/ When the bank sues you, there are courting filings fees, documentation fees, etc, etc, the bank lawyer fees. IF the bank wins, you will be paying for all these fees. Your case is very simple and very highly likely bank errors or mistakes. So, if the bank looses, the court will award “costs” to whoever “wins”. Depending on how times the case is heard in the High Court, the loser pays. You can ask for court costs on your case if you win. For bankruptcy cases, it can be from RM1k-2K for small timers. High Court awards is “higher” than Magistrate and Sessions Courts.

          • Syurga

            Tuan Abu Ammar & Mr. Jeff.

            Saya dah dapatkan dokumen berkenaan & telah emailkan pada Tuan Abu Ammar. Terima kasih atas nasihat tuan berdua.

          • Abu Ammar

            Ok Syurga.

            Nanti saya tengok dan akan hubungi kemudian. Terima kasih untuk sharing. Dokumen dokumen tu mungkin saya edit untuk padamkan nama dan lain lain butir peribadi dan saya mohon izin untuk share dikemudian hari untuk manfaat orang lain.

          • Syurga

            Assalamualaikum Tuan Abu Ammar.

            Semoga tuan sihat & diberkati Allah selalu.

            Tuan, untuk makluman kes saya telah ditarik balik pada 13 Jan 2016. Alhamdulillah saya hadir pada hari tersebut walaupun pihak peguam maklumkan saya tidak perlu hadir.

            Sewaktu pendengaran kes, saya ada bertanya tentang kos kes. Peguam maklumkan saya kes ditarik without cost. Apa yang saya faham, saya tidak perlu membuat bayaran apa-apa berkaitan kos untuk kes tersebut.

            Alhamdulillah, setakat ini payment bulanan saya tidak pernah miss. Namun, semalam 3/3/2016 pihak bank call dan maklumkan saya mempunyai baki tertunggak RM600. Saya agak terkejut. Apabila ditanya, kos tersebut adalah kos saman.. saman apa pula saya tidak tahu. Seingat saya semuanya telah clear. Pegawai tersebut seterusnya memaklumkan kos tersebut kos untuk kes yang ditarik.

            Saya rasa teraniaya. Kes yang berlaku puncanya dari silap pihak bank. Saya pula yang terpaksa menanggung kos kes.

            Saya perlukan pandangan pihak tuan. Apa perlu saya lakukan.

            Pandangan pihak tuan saya dahulukan dengan ucapan terima kasih.

          • Abu Ammar Post author

            Wa’alaikumussalam Syurga

            Seperti yangv telah dimaklumkan:

            “Apabila ditanya, kos tersebut adalah kos saman.. saman apa pula saya tidak tahu. Seingat saya semuanya telah clear. Pegawai tersebut seterusnya memaklumkan kos tersebut kos untuk kes yang ditarik.”

            Itulah kos yang telah dikenakan oleh Loyar kepada Bank untuk tindakan Saman yang dilakukan. Biasanya (biasanya tau, tak tahulah kalau sekarang Bank bayar cepat) Bank adalah paling “liat” nak bayar bil Loyar kadang kadang sampai bertahun tahun lepas tu bila dah berlonggok bil minta pulak diskaun. Loyar pulak mau tak mau “terpaksa rela” bagi diskaun takut kehilangan “client” untuk kerja kerja bagi Surat Tuntutan dan filing Saman yang agak mudah (kalau tak ada yang lawan la) dan sangat menguntungkan berbanding dengan belanja printing, fotostat dan kos pergi Mahkamah.

            Jadi kalau boleh Bank akan mintak dari peminjam supaya duit Bank tak keluar (sebagai kos) tetapi Bank tidak pula boleh “memaksa” peminjam membayar segera walaupun ada klausa dalam perjanjian yang menyatakan peminjam bertanggungjawab untuk membayarnya. Selalunya Bank akan menerima bayaran seperti biasa dan pada akhir tempoh pinjaman baki ini akan tertunggak dan selagi tidak berbayar, akaun dikira masih belum “selesai”. Jadi bergantung kepada jenis pinjaman, “surat cerai” tak dapat dikeluarkan dan kalau pinjaman kereta, tak boleh tukar nama selagi tidak diselesaikan.

            Buat masa ni, bayar saja instalment seperti biasa dan deal dengan kos ini bila habis bayaran nanti samada tak bayar langsung (tiada keperluan nak minta loan lagi), minta diskaun dan dapatkan surat pelepasan atau bayar dengan penuh. Cuma pastikan bila bayaran dibuat (untuk ansuran) ia adalah untuk bayaran ansuran dan bukan untuk lain lain kos.

      • Syurga

        Can you share what is the amount per month repayment.? RM250. Pada mulanya saya dimaklumkan perlu membuat bayaran sebanyak RM250 selama 3 bulan, Selepas 3 bulan, saya hanya perlu buat bayaran jumlah asal bayaran bulanan RM186. Setelah konsisten 3 bulan membuat bayaran RM250. Pihak bank meminta saya meneruskan bayaran RM250. Ada beberapa bulan saya membuat bayaran lebih dari jumlah. Terbaru pada bulan Oktober yang lepas, saya buat bayaran sebanyak RM500. Menurut Bahagian Collection, tiada lagi utang saya yang tertunggak. Hanya bayaran bulan ini RM186 dan ditambah bayaran kos tindakan saman sebanyak RM834.96. Jumlah yang perlu saya bayar RM1020.96. Ini jumlah yang tertera dalam surat bulanan dari Bahagian Collection yang saya terima. Saya ada rujuk penyata baki terkini pembiayaan saya dalam akaun Cimbclicks ialah RM 61664.78. Manakala jumlah tertunggak setakat 15.9.2015 dinyatakan dalam notis kebankrapan adalah sebanyak RM65429.86. Jumlah ini termasuk kos tindakan. Untuk rekod pembayaran yang telah saya lakukan, saya sedang menunggu email dari pihak bank untuk diemaikan kepada saya.

  • adli

    Salam admin..
    Saya nk mntak tolong pihak tuan dlm mmberi sedikit pandangan mngenai masalah saya.
    Saya berhutang dengan bank rakyat berjumlah 150k. Sy mmbuat pinjaman ketika sy sedang bekerja di sektor kerajaan.sekarang sudah hampir 4 tahun brhenti kerja di kerajaan dan skrg sy bekerja sendiri. Saya tidak mmpu mmbayar ansuran bulanan bnk rakyat brjumlah rm 1200 setiap bulan. Sy hanya mmbayar rm 500 dan seringkali skip bayaran. Ada pihak yg cubs mnghubungi saya dan ada ketika..sy tidak dpt mnjawab pnggilan kerana urusan kerja. Pihak berkenaan terus mnhubungi isteri sy (walaupun isteri sy sudah bertukar nom telefon) dan mmberi tahu kpd isteri sy bhwasanya, rumah yg kami diami, akan disita (rumah, loan dan snp nm isteri) isteri ada memaklumkn kpd pihak berkenaan bhw, rumah didiami kami adalah diatas nm beliau (isteri) dan pihak berkenaan masih mngatakan bahawa rumah akn tetap disita kerana semasa menandatangani perjanjian pinjaman, ada klausa yg mngatakan rumah alamat surat mnyurat akan disita jika sy gagal mmbayar pinjaman. Dan menurut pihak berkenaan..sy telah menandatangani klausa tersebut (seingat sy, sy tidak pernah tahu pun pasal klausa tersebut) soalan saya..adakah kenyataan pihak berkenaan mngenai klausa tersebut adalah benar? adakah rumah didiami kami sekeluarga akn disita walaupun rumah dia5as nm isteri? jika isteri sy berhasrat ingin mnjual rumah didiami kami sekarang, adakah apa 2 masalah akan timbul? ingin sy tekankan bahawa.. nm sy (si muflis) tidak berada didalam snp rumah berkenaan. Segala pandangan dan jawapan pihak tuan..amat saya hargai..terima kasih

    • Abu Ammar

      Wa’alaikumussalam Tuan

      Statement ini adalah PEMBOHONGAN dan TEMBERANG Agen Kutip Hutang:

      “pihak berkenaan masih mngatakan bahawa rumah akn tetap disita kerana semasa menandatangani perjanjian pinjaman, ada klausa yg mngatakan rumah alamat surat mnyurat akan disita jika sy gagal mmbayar pinjaman. Dan menurut pihak berkenaan..sy telah menandatangani klausa tersebut (seingat sy, sy tidak pernah tahu pun pasal klausa tersebut)”

      Kalau ada ugutan ugutan nak sita rumah, beku akaun dan sebagainya, itu TEMBERANG Agen Kutip Hutang. Baca artikel ini tentang gempaq sita menyita ini disini:

      https://www.facebook.com/ceritahutang/posts/534912356666965

      atau pergi ke Page saya disini:

      https://www.facebook.com/ceritahutang/

      Pergi juga ke Blog untuk mengetahui lebih lanjut tentang tindakan undang undang di sini:

      http://www.ceritahutangbankdananda.com/index.php/2014/08/14/proses-tindakan-undang-undang-pinjaman-peribadipersendirian-bahagian-3/

      Kalau hutang sebanyak itu dan dah tak mampu bayar, option Bank biasanya tindakan keBankrapan. Namun begitu, janagan putus asa. Saya doakan supaya ALLAH melimpahkan rezeki bagi Tuan sekeluarga supaya boleh bebas dari belengu hutang. Aameen

    • Jeff Lee

      @ adli

      [adakah rumah didiami kami sekeluarga akn disita walaupun rumah dia5as nm isteri? jika isteri sy berhasrat ingin mnjual rumah didiami kami sekarang]
      Please do NOT sell this house which is under your wife’s name. Is the housing loan (if any) also under your wife name(single name)?
      “sita barang2”..?? The bank cannot sita your wife’s belongings. It is very difficult to prove that all the barang2 in the house is brought by you and it is also very costly to carry out a WSS in a residential house given the amount owed by you is substantial.

      Note: A bankrupt(si muflis) can live in the house of anybody without affecting the owner of the house.

      To carry out a WSS, you(penghutang) must be made a Judgement Debtor and the Bank a Judgement Creditor.

      Have the bank issued you any legal letters through their lawyers? Is your current address same as in the records in the bank?

      [nm sy (si muflis) tidak berada didalam snp rumah berkenaan]
      It is better to declare accurately where you live in a bankruptcy case in the High Court(if any). This is for the future, in case there is a chance for earlier Bankruptcy Discharge. It is provided for under Bankruptcy Laws.

  • en . ley

    Assalammualaikum Tuan Ammar, saya mempunyai hutang CC maybank sebanyak 10k dan akaun simpanan maybank saya telah disekat sejak awal novembar lagi. kerana saya tidak dapat membayar hutang minimum payment (4 bulan tunggakkan dalam masa yang tetapkan iaitu 3500). Bank memberitahu (sy yang menelefon) yang saya perlu bayar penuh hutang 10K untuk nyahbekukan akaun maybank saya.Dan pada 16.11.15 , pihak pengutip hutang menelefon akan fail kan saman kepada saya pada 18/11/15 . Saya telah menghubungi pihak bank sendiri dan ianya benar dan bank sendiri juga tidak menerima bayaran yang sedikit -sedikit andai kata Rm1000 dahulu . Bank mahukan bayaran penuh. Saya lihat juga di akaun sy terdapat wang yg sy tidak tau siapa yang potong (mungkin maybank) , mungkin kah sedemikian? Saya telah beriktihiar untuk bayar tetapi gagal ..Sekarang apa yg perlu saya buat?

    1. Tunggu surat mahkamah? dan hadir ke mahkamah ?apa prosedurnya selepas itu?
    2. atau saya terus pergi ke AKPK sekarang tanpa berlengah lagi (syarat AKPK?)
    3. berkenaan pembekuan akuan.. ( bolehkah pihak bank membekukan kesemua akaun simpanan bank saya) dari bank yang lain?
    4. pihak pengutip hutang juga ada berkata akan meminta bank negara membekukan kesemua akaun saya ( boleh kah ia terjadi?)

    sambungan dari sebentar tadi saya takut Rm10k akan jd 30k dalam masa yang singkat (interested dan late charges dan berkenaan pemohonan AKPK perlukan saya bekerja untuk layak mohon kerana sekarang saya sedang mencari kerja semula.? Penerangan tuan amat saya tunggu dan hargai

    • Abu Ammar

      Wa’alaikumussalam Tuan Ley

      Akaun Kad Kredit yang “berantai” atau “adik beradik” dengan akaun simpanan memang selalunya begitu. Selalunya ada klausa yang mengatakan Bank boleh membekukan akaun atau mengambil baki dari akaun simpanan untuk menyelesaikan atau membayar tunggakan.

      Berkenaan dengan perkara perkara ini:

      1) Dan pada 16.11.15 , pihak pengutip hutang menelefon akan fail kan saman kepada saya pada 18/11/15

      Dah dapat Surat Tuntutan Loyar? Kalau belum lagi, Saman “tengkorak kering” amende? Pastikan alamat sekarang sama dengan rekod Bank kerana Tuan perlu mengikuti perkembangan tindakan undang undang. Kalau tak dapat AKPK, Tuan kena lawan diperingkat Saman nanti kerana Bank dan Tuan Loyar akan cuba caj kadar interest yang sama dengan akaun biasa iaitu 17%++ campur “finance charges” apabila membuat tuntutan padahal kadar yang telah ditetapkan selepas Penghakiman hanya 5%.

      Kalau tak hadir dan lawan, memang 10K boleh jadi 30K dalam masa yang singkat. Tak pun, bank buat buat tak tahu dan anggap akaun berjalan macam “biasa” walaupun dah cancel atau tak renew Kad dan tunggu hingga sampai 30K dan Saman untuk Bankrap. Ini bahaya jugak dan selalu berlaku. Kadang Kadang terlampau tunggu, terlepas pulak had masa 6 tahun dan masa ni kita kena lawan. Sebab tu jangan “lari” buat masa ini.

      3. berkenaan pembekuan akuan.. ( bolehkah pihak bank membekukan kesemua akaun simpanan bank saya) dari bank yang lain?

      Tak boleh

      4. pihak pengutip hutang juga ada berkata akan meminta bank negara membekukan kesemua akaun saya ( boleh kah ia terjadi?)

      Ini semua TEMBERANG geng kutip hutang. Bank Negara TIDAK AKAN membekukan akaun Tuan melainkan ada perintah Mahkamah atau anda melanggar peraturan peraturan tentang penyelewengan kewangan. Kes Kad Kredit? Melainkan Tuan Bankrap dan Jabatan Insolvensi yang boleh memberi arahan sedemikian dan akaun “adik beradik” yang saya katakan sebelum ini.

      • en . ley

        terima kasih tuan ammar, sy

        1.Surat tuntutan loyar belum dapat lagi, saya sedang tunggu -kalau sudah sampai saya akan beritahu dan tanye tuan apa yang perlu saya lakukan
        2 Berkenaan AKPK, apa syarat untuk memohon nya ?
        3. yang bekukan akaun bank tu,geng kutip hutang memang ada sebut atas perintah mahkamah – pertanyaan baru saya ialah apakah turutan/ prosedur sebelum mahkamah perintahkan bekukan semua akaun.
        4. soalan baru – apakah kesan apabila kita menanda ya kepada ruang ( adakah kita pernah terlibat dalam prosiding mahkamah) dalam borang permohonan pekerjaan .. saya dalam proses mencari kerja baru sekarang

        • Abu Ammar

          Assalamualaikum Tuan Ley

          Tentang soalan

          “4. soalan baru – apakah kesan apabila kita menanda ya kepada ruang ( adakah kita pernah terlibat dalam prosiding mahkamah) dalam borang permohonan pekerjaan .. saya dalam proses mencari kerja baru sekarang”

          Biasanya apa yang ditanya ialah samada Tuan sudah kena Bankrap atau tidak atau prosiding yang boleh menjurus kepada keBankrapan. Sesetengah syarikat membenarkan Bankrap bekerja dan sesetengahnya tidak. Sekarang zaman canggih, mereka boleh check dengan CTOS.

          Kalau ada berterus terang sahaja. Kalau tidak dan kantoi pulak, maka kita akan dicop sebagai orang yang tidak jujur dan mungkin dibuang kerja kemudian atas sebab itu.

        • Jeff Lee

          @ en.ley

          For Information Only

          [3. berkenaan pembekuan akuan.. ( bolehkah pihak bank membekukan kesemua akaun simpanan bank saya) dari bank yang lain?]

          The answer is NO. There is no garnishment of banks accounts unless a court order has been obtained.

          Since the CC account and savings account is with MBB, MBB can “Freeze” your savings account since they are the “operator” of the savings account. But they CANNOT take any monies from the savings accounts unless some clauses in the Credt Cardmember application form which stated that monies can be taken out from this particular savings account and/or you may have signed subsequent documents which allows the bank to do so. “Freezing” of a savings account does not mean the moneys inside has been taken out but remains yours except that there can be no further transactions until any issues has been resolved.

  • Intan

    Assalamualaikum tuan..
    Sy ada stu msalah..bkaitan dgn aeon bank..d mna pd taun 2014..kwn Sy tlh mggunakn sy utk mbuat pinjam kreta dgn aeon bank..d mna stiap bulan byrn blik pinjamn sbnyk rm168..stiap bulan dia yg mggunakn kreta tsbut..dn dia mbayarnya..skiranya tlewat byar
    ..aeon bank akn call sy..slps tu..pd awl thun 2015 dia tlh mjual kreta trsbut..dgn hrga rm1000..dn pmlik bru tsbut pulak yg smbung byar..pmsalahan sy skrg ni..
    1)pmilik bru sllu mlewatkn byrn..kdg2 sbulan lbih..bila lwt..aeon bank akn call sy..call tmpt keja..dn kwn Sy..utk minta byrn srta tunggakn..dn sy xdpt britu pkra sbnr..adakah sy akn d kenakn.tindakn undang2?
    2)Sy dlm d lema..kreta tu bukan mlik sy..tp pinjaman ats nma sy..dan aeon bank akn call sy stiap.hri skiranya.pmlik kreta tu x byr..apa ptut sy buat?

    • Abu Ammar

      Wa’alaikumussalam Intan

      Boleh saya tahu:

      1) Kereta jenis apa ni?
      2) Berapa pinjaman keseluruhan?
      3) Berapa baki yang tinggal?

      Kawan Intan adalah seorang yang tidak bertanggungjawab apabila menjual pulak kereta kepada pihak ketiga. Memang betul apa pun yang terjadi kepada kereta tu samada terlibat dalam kes jenayah atau hutang tidak berbayar, ia akan kembali kepada Intan.

      Cuba bincang dengan kawan tu untuk mendapatkan alamat dan nombor contact pihak ketiga. Kalau tiada bayaran jugak, berikan lokasi kereta supaya boleh ditarik balik. Walaupun Intan yang akan menanggung hutang tersebut apabila ditarik balik, sekurang kurangnya hutang boleh dikurangkan apabila kereta dilelong atau Intan yang pakai sendiri kereta tu. Jangan dibiarkan lama lama sebab pihak ketiga besar kemungkinan akan “naik free” kereta tu sebelum menjualnya kepada orang lain. Baca artikel saya tentang kes “Sambung Bayar” disini:

      http://www.ceritahutangbankdananda.com/index.php/2014/10/25/prosedur-undang-undang-pinjaman-kereta-sewa-beli-bahagian-4-sambung-bayar/

      • Intan

        Assalamualaikum tuan..Sy telah bca artkl trsbut dn msh ad.yg sy.kurg phm..
        Kreta tsbut adlah jnis naza sutera..di mana pinjamn d buat utk.kreta tsbut adlh sbnyk 10k..dn tempoh bayaran slama 9 thun..
        Maaf tuan..Sy ingin btnya..

        1)skiranya sy mcritakn pkara sbenar kpd pihak aeon bank..adakah sy akn d kenakn tindakan undg2?
        2)pihak aeon juga pnh mgatakn akn mhntar org utk mcari sy.skiranya hutang x d slesaikn..adakah prkara tsbut bnr2 pnh brlaku?
        3)seigt sy..Sy dn ‘rakan’ prnah mmbuat surat hitam putih yg mgatakn sy tlh mjual kreta tsbut kpd dia..dn surat tsbut tidak ad pd sy..skiranya sy boleh mgambil tindakn utk mnrik kreta tsbut?

        Maaf krna sy kurg phm ttg pinjaman dn jual beli kreta..
        Hrp dpt mbntu sy..tq

        • Abu Ammar

          Wa’alaikumussalam Intan

          SOALAN
          1)skiranya sy mcritakn pkara sbenar kpd pihak aeon bank..adakah sy akn d kenakn tindakan undg2?

          JAWAPAN

          Cik/Puan Intan harus memberikan lokasi kereta tersebut kepada pihak AEON. Tindakan undang undang akan diambil jika tunggakan berlarutan bukan sebab cerita perkara sebenar.

          SOALAN

          2)pihak aeon juga pnh mgatakn akn mhntar org utk mcari sy.skiranya hutang x d slesaikn..adakah prkara tsbut bnr2 pnh brlaku?

          JAWAPAN

          Hakikat bahawa nama peminjam adalah nama Cik/Puan Intan jadi jika ada tunggakan sudah semestinyalah AEON akan menghantar wakil kutipan hutang mereka atau Agen Kutip Hutang untuk mencari Cik/Puan Intan

          SOALAN

          3)seigt sy..Sy dn ‘rakan’ prnah mmbuat surat hitam putih yg mgatakn sy tlh mjual kreta tsbut kpd dia..dn surat tsbut tidak ad pd sy..skiranya sy boleh mgambil tindakn utk mnrik kreta tsbut?

          JAWAPAN

          Perjanjian tersebut “tidak laku”. Yang “laku” adalah diantara AEON dan Cik/Puan Intan. Adukan perkara ini kepada AEON supaya kereta boleh ditarik balik.

  • arifzi

    salam tuan,sy ingin bertanya pada tuan yg arif berkenaan urusan bank..

    saya mempunyai 2 buah kereta yg didaftarkan atas nama saya..satu kereta dibayar oleh ibubapa sy manakala yg satu lg telah dilelong oleh pihak bank kerana sy tak mampu untuk membayarnya..

    pihak bank telah pun menghantar surat kepada sy mengatakan kereta sudah dilelong dan perlu menjelaskan baki hutang sebanyak 35k..

    persoalan sy ialah:

    1)adakah secara automatic nya sy di declare bankrap kerana baki hutang telah melebihi 30k?

    2)sy bercadang untuk buat loan koperasi dan melangsaikan hutang sy dalam tahun hadapan memandangkan sy penjawat awam..apa pendapat tuan berkenaan perancangan sy ini? adakah bank akan memberi diskaun jika sy membuat bayaran penuh nanti?

    3)apa kesan nya kepada kereta sy yg satu lagi jika hutang 35k masih belum dijelaskan?

    terima kasih tuan..

    harap tuan dapat membantu..

    • Abu Ammar

      Wa’alaikumussalam Tuan Arifzi

      Soalan Tuan:

      1)adakah secara automatic nya sy di declare bankrap kerana baki hutang telah melebihi 30k?

      Jumlah tersebut memang boleh diambil tindakan Bankrapsi tetapi BUKAN secara otomatik. Bank perlu mengikuti prosedur prosedur yang secara ringkasnya seperti berikut:

      1) Menghantar Notis Tuntutan melalui Tuan Loyar
      2) Selepas tiada respon dalam masa 14 hari dari tarikh surat maka Bank akan mengarahkan Tuan Loyar memfailkan Saman
      3) Writ Saman yang telah dimeterai oleh Mahkamah akan dihantar kepada Tuan melalui pos dan satu tarikh pendengaran kes akan ditetapkan
      4) Jika Tuan tidak hadir pada hari itu Penghakiman Ingkar akan dijatuhkan
      5) Selepas mendapatkan salinan yang dimeterai oleh Mahkamah baru Bank boleh mengambil tindakan kebankrapan
      6) MEnfailkan Notis KeBankrapan dan Tuan Loyar akan cuba menyerahkan secara kediri kepada Tuan sebanyak TIGA kali. Kalau tak dapat, Tuan Loyar akan membuat permohonan untuk penyampaian ganti melalui pos berdaftar, penampalan Notis di Rumah atau papan Notis diMahkamah dan pada ketika itu ia dikira sudah diserahkan kepada Tuan
      7) Selepas 6 bulan dari tarikh “serahan” dan tiada bayaran atau perbincangan dari pihak Tuan dan tanpa ada persetujuan tentang penyelesaian hutang, Tuan akan dikira sudah melakukan “Tindakan Kebankrapan” iaitu “An Act of Bankruptcy”.
      8) Bank akan menfailkan Petisyen Pemiutang dan akan membuat cubaan serahan seperti juga dengan Notis Kebankrapan.
      9) Apabila “serahan” berjaya maka satu tarikh pendengaran kes akan ditetapkan dan jika pada tarikh ini tiada jalan penyelesaian dengan Bank maka pada hari itu Tuan akan jatuh Bankrap.

      Proses (1) hingga (8) akan memakan masa antara 10 -12 bulan tetapi saya tidak pasti prosesnya pada tahap mana ketika ini. Jadi perancangan untuk bayar pada tahun depan mungkin akan berhasil insyaALLAH.

      Soalan seterusnya

      3)apa kesan nya kepada kereta sy yg satu lagi jika hutang 35k masih belum dijelaskan?

      Jika Tuan Bankrap besar kemungkinan kereta akan ditarik dan dilelong WALAUPUN bayaran cantik kerana Bank berhak berbuat demikian. Kalau Bank tak buat, Jabatan Insolvensi mungkin buat. Tetapi ia bergantung juga kepada faktor nilai semasa kereta dan baki hutang. Tapi kita belum sampai tahap tu lagi jadi lebih baik cari jalan penyelesaian.

      Tentang “diskaun” tu, mungkin atas “denda lewat bayar” sahaja sebab bila kereta ditarik, baki pada masa pengeluaran Jadual Kelima telah pun mengambilkira “Rebate” atau “diskaun” pada ketika itu. Ia bergantung pada baki bulanan yang tinggal. Jadi dah tolak siap siap dan dapat baki RM35K setelah mengambilkira kos penarikan, kos penyimpanan dan lain lain kos berkaitan.

      Sila baca artikel artikel berikut untuk pemahaman yang lebih baik tentang tindakan undang undang. Walaupun untuk Personal Loan prosesnya sama dengan Hutang Sewa Beli selepas kereta dilelong:

      Bahagian 1

      http://www.ceritahutangbankdananda.com/index.php/2014/08/12/proses-tindakan-undang-undang-pinjaman-peribadipersendirian-bahagian-1/

      Bahagian 2

      http://www.ceritahutangbankdananda.com/index.php/2014/08/13/proses-tindakan-undang-undang-pinjaman-peribadipersendirian-bahagian-2/

      Bahagian 3

      http://www.ceritahutangbankdananda.com/index.php/2014/08/14/proses-tindakan-undang-undang-pinjaman-peribadipersendirian-bahagian-3/

      • arifzi

        buat masa sekarang,saya hanya menerima surat mengatakan kereta sy dah dilelong..dan bank menyuruh saya untuk pergi ke bank dan berbincang dengan mereka..tak silap sy, mereka hantar surat dalam 2-3bulan yang lalu..sy risau sy tak sempat untuk melangsaikan hutang saya & bank telah bankrap kan sy..memandangkan sy akan kembali bekrja minggu depan..

        apa pendapat tuan berkenaan akpk? mana lagi terbaik samada loan koperasi dan melangsaikan hutang atau masuk akpk? sy juga ad hutang personal loan dan kad kredit..total semua sekali around 70k (kereta,kad kredit,personal loan)..?

        • Abu Ammar

          Tuan Arifzi

          Tentang tindakan Kebankrapan tu saya dah terangkan dengan panjang lebar. Antara yang perlu Tuan berjaga jaga ialah perbelanjaan dan pembayaran Kad kredit yang boleh menggugat lagi kehidupan Tuan dengan kadar faedah yang tinggi.

          Tuan boleh juga memohon bantuan AKPK tetapi saya tidak pasti berapa jumlah bulanan yang boleh diberi.

          Standby untuk apa apa surat daripada Bank supaya boleh bersedia untuk tindakan selanjutnya.

  • Damia

    Bole ke bank keluarkan writ penyitaan tanpa kita naik court dulu? Collector call sy terus nak sita rumah bapa saya. Sedangkan alamat sahaja di dlm ic tapi sy tinggal di johor. Apa patut sy buat

  • siti nor azilawati

    Salam tuan..sy ingin bertnya..sy dh dpt CP dan diarah kan ke mahkamah tganu pd 18.11.2015..apakah proses yg akn sy lalui time tu..mahkamah trs bankrap kan sy atau ade ape2 proses lg..dan adakah sy akn trs ke pjbat insolvensi slpas urusan di mhkamah selesai..trima ksh tuan..

    • Abu Ammar

      Wa’alaikumussalam Cik/Puan Siti

      Adakah Cik/Puan berupaya untuk berbincang dan membuat bayaran kepada pihak Bank contohnya separuh daripada jumlah yang dituntut dan seterusnya bayaran berkala setiap bulan? Kalau boleh, buat dengan segera agar tindakan ini boleh dibatalkan.

      Jika tidak, Cik/Puan tidak perlu pun untuk hadir kerana apabila tiada bantahan yang menasabah seperti tindakan keBankrapan yang tidak mengikut prosedur dari segi serahan dan kesilapan dalam Notis Kebankrapan dan juga jika Cik/Puan sedang menguruskan penjualan hartanah yang memerlukan masa untuk dilupuskan, maka tiada pilihan selain dari menerima keputusan Kebankrapan. Tidak perlu melapurkan diri dengan serta merta kepada Jabatan Insolvensi Malaysia (JIM) lagi. Tunggulah perintah yang telah dimeterai oleh Mahkamah agak agak dalam sebulan dua atau tunggu surat dari JIM atau bila akaun telah dibekukan (tanda Bank dah tahu).

      Dalam minggu ini, Cik/Puan perlu buat yang berikut

      1) Buka akaun bersama (joint accout) dengan suami, atau adik beradik dan masukkan nama Cik/Puan sebagai nama kedua

      2) Keluarkan semua duit yang ada dalam akaun Bank dan jika ada akaun untuk kemasukan gaji, gunakan akaun ini semasa melapurkan diri ke JIM untuk dibuka semula jika ia dibekukan.

      3) Boleh juga gunakan akaun bersama untuk kemasukan gaji. Maklumkan kepada majikan

      4) Sediakan bukti penyata pendapatan dan perbelanjaan (perbelanjaan mestilah banyak) supaya boleh dirundingkan dengan pegawai Insolvensi untuk membayar sekadar yang mampu. Contohnya RM50 – RM100 bergantung kepada analisa yang dibuat oleh Pegawai tersebut.

      Jangan bimbang, Cik/Puan masih boleh bekerja seperti biasa. Cuma buat bayaran yang dijanjikan kepada JIM dengan tepat setiap bulan. TIADA lagi gangguan dari Agen Pengtip Hutang. Bank pun sebenarnya tak dapat apa apa pun dengan tindakan Bankrapsi jika peminjam memang tidak berupaya membayar dan tiada harta benda untuk dilelong. Kalau ada loan rumah samada dengan nama sendiri atau nama bersama mungkin ada masalah dan risiko untuk dilelong tetapi masih boleh dibuat perbincangan dengan Bank terbabit dan Pegawai Insolvensi.

      Sila buat No (1) hingga (4) dengan SEGERA

      • siti nor azilawati

        Trima ksh tuan..utk pngetahuan tuan,sy dh x bekerja dan tiada apa2 harta ats nama sy..dan sy xmampu nk byr jumlah tunggakan tersebut..nota kebankrapan sy dh dpt pd bln june 2015..x apa ke kalau sy buka acc bersama,bersama suami dan bila sy dh bankrap,acc tersebut akak dibeku juga ke….lagi satu sy ada dpt duit potongan gaji setiap bln dr suami(suami tentera),ats sbb itu sy xdpt nk ksg kan acc sy kerana duit tersebut msk setiap bln..adakah lps acc dibekukan,duit baki yg xsempat nk ambil tu msh ada atau tidak slpas memohon dr insolvensi utk aktif kan acc blk..sy mmg dh redha utk dimufliskan sbb dh xmampu nk byr..pergi akpk pn phk akpk bgtau tunggu bank mufliskan.itu lbh baik..tp ramai yg ckp muflis ni indah kbr dr rupa..

        • Abu Ammar

          Assalamualaikum Puan Siti

          Kalau kena bekukan pun boleh minta Jabatan Insolvensi buka semula. Bila dah melapur diri dan mengisi borang borang yang diperlukan dan sudah mendapat persetujuan bayaran bulanan, Puan hanya perlu pastikan bayaran adalah teapt pada setiap bulan. Bagi sesetengah orang yang mempunyai harta dan perniagaan, status Muflis memang sesuatu yang ingin dielakkan kerana masalah lelongan rumah, dan penjualan penjualan aset yang lain.

          Bagu seseorang yang tiada punya apa apa atas namanya, larangan hanya untuk mempunyai lebih dari satu akaun Bank, tidak boleh keluar negara dan memegang jawatan dalam syarikat. Nak meniaga direct selling ke atau nasi lemak pun tiada masalah sebab nama syarikat atas nama orang lain. Tiada larangan untuk bekerja dan mencari nafkah. Duit yang masuk bulan bulan masih boleh digunakan tanpa sekatan asalkan dimaklumkan kepada Jabatan Insolvensi.

          Tentang akaun bersama tu, biasanya ia tidak dibekukan kerana yang di”scan” ialah penama pertama. Tak tahulah pulak lepas ni diaorang scan penama kedua. Apa hal pun, Jabatan Insolvensi akan membuka SATU akaun bagi tujuan kemasukan gaji. Jangan risau sangat. Saya doakan supaya ALLAH melimpahkan nikmat rezki pada Puan sekeluarga supaya boleh bebas dari belengu hutang. Ameen. Yang penting sekarang, TIADA Gangguan dari Agen Pengutip Hutang.

          • siti nor azilawati

            Trima ksh byk2 tuan ats nasihat,pandangan dan doa dr tuan..semoga Allah merahmati segala yg tuan lakukan..amin

    • siti nor azilawati

      Salam tuan..sy ada satu kemusykilan.sy ada pergi court pd 18hb nov 2015 selepas dpt CP.dan court bg tempoh 30hari utk slesai kan tunggakan 10k.dan di beri tarikh baru iaitu 16 dis 2015.(semalam)..nk tnya tuan,di sbb kan sy gagal bt bayaran,adakah semalam hakim dh jth hukum muflis..adakah phk bank mengambil masa slama 24jam utk bekukan acc sy.pagi td sy cek still aktif..trima ksh tuan.

      • Abu Ammar

        Wa’alaikumussalam Siti

        Dari apa yang Siti katakan ni, Mahkamah sudah pun menjatuhkan hukuman KeBankrapan. Perkara ini akan sampai kepengetahuan Jabatan Insolvensi tetapi bukanlah serta merta. Tunggu surat rasmi dari JIM dan kalau tak ada boleh melapur diri kepada JIM. Keluarkan duit yang ada diBank dengan SEGERA

  • idah

    Assalamualaikum tuan,

    Saya nak bertanya, saya ada kad kredit cimb limit 10k dan maybank 4k. Tapi cimb dah lebih guna 10900 dan maybank 4500, cimb dah terlewat bayar 2bulan ni dan maybank baru lewat bayar 1bulan. Ada cara tak untuk saya selesaikan masalah ni? Saya takut diblacklist @ muflis. Saya ada masalah2 keluarga yang tak dapat dielakkan menyebabkan berhutang sebanyak tu dan xmampu membayar. Untuk pengetahuan tuan, saya sudah 2 tahun tidak bekerja dan hanya berniaga kecil-kecilan

    Saya berharap pihak tuan dapat memberikan penyelesaian untuk masalah ini. Adakah saya perlu membuat EPP dengan ejen@ pergi ke bank?

    Saya check di google ada yang berkata kalau lambat bayar kredit kad sampai 3 bulan akan diblacklist. saya tidak mahu diblacklist.

    Terima kasih.

  • isma

    Assalamualaikum Tuan,

    Apakah yang boleh dilakukan sekiranya seseorang peminjam (personal Loan) gagal hadir ke mahkamah setelah menerima writ summons pada hari sebutan kes.

    Adakah peminjam masih boleh membuat bayaran kepada institusi kewangan selepas writ summons ini dikeluarkan atau peminjam terus diisytihar muflis/bankrap kerana tidak hadir ke mahkamah pada hari sebutan kes.

    Adakah simpanan KWSP boleh digunakan untuk menyelesaikan hutang setelah bankrap.

    Diharap Tuan dapat memberi pencerahan, ribuan terima kasih diatas panduan yang diberikan.

    • Abu Ammar

      Wa’alaikumussalam Isma

      Pertama sekali:

      1) Berapa jumlah tunggakan?
      2) Berapa jumlah baki keseluruhan yang dituntut dalam Writ Saman?

      Biasanya pada setiap Writ Saman akan diberitahu bahawa Penghutang kena memfailkan KEHADIRAN beliau 14 hari sebelum hari pendengaran/sebutan kes. Jikalau tiada Notis atau makluman KEHADIRAN ke Mahkamah maka PENGHAKIMAN INGKAR boleh dijatuhkan. Kalau datang pada hari sebutan/pendengaran kes TANPA memfailkan KEHADIRAN terlebih dahulu pun dikira “tidak hadir”

      Biasanya kita hadir untuk mempertikaikan jumlah tuntutan yang kita rasa ada kesilapan ataupun dalam kes Kad Kredit yang kita perlu lawan dan pertikai ialah KADAR FAEDAH SELEPAS PENGHAKIMAN yang Bank dan Loyar “buat bodoh” dan memohon supaya kadar faedah dikenakan seperti “biasa” iaitu kadar seolah olah Kad digunakan seperti biasa walhal kadar yang ditetapkan ialah 5% sahaja.

      Mengapa ia dibenarkan? Atas alasan Penghutang tidak hadir setelah diberi peluang untuk mempertikaikannya. Dalam kes pinjaman yang lain, tidak ada apa yang nak dipertikaikan kalau Penghutang tak ada duit nak bayar atau boleh juga mempertikaikan atas alasan nak cari Loyar dan alasan alasan lain untuk “melambat lambatkan permainan” tetapi jika tiada alasan yang kukuh, akhirnya Penghakiman akan dijatuhkan.

      Apabila sampai tahap Penghakiman, ia bermakna perjanjian asal sudah ditamatkan dan Penghutang diPERINTAHkan untuk membayar keseluruhan hutang dengan faedah lanjutan atas jumlah Penghakiman. Walaubagaimanapun, Penghutang masih boleh berbincang dengan pihak Bank untuk membuat cadangan pembayaran. Biasanya Bank akan menerima cadangan pembayaran awal seperti 30%, 50% dari jumlah tunggakan diikuti dengan jumlah bulanan yang berkala. Cadangan pembayaran dan penerimaan oleh Bank akan dibuat secara bertulis dan Bank akan menerima bayaran secara “TANPA PRASANGKA” atau “WITHOUT PREJUDICE” yang bermakna mereka masih boleh mengambil tindakan pelaksanaan Penghakiman jika mereka mahu tetapi jika bayaran diterima berterusan mereka tidak berbuat demikian.

      Penghutang TIDAK AKAN diisytihar MUFLIS jika gagal hadir pada hari sebutan kes. Sila baca jenis jenis tindakan pelaksanaan Penghakiman disini:

      http://www.ceritahutangbankdananda.com/index.php/2014/08/14/proses-tindakan-undang-undang-pinjaman-peribadipersendirian-bahagian-3/

      Soalan:

      Adakah simpanan KWSP boleh digunakan untuk menyelesaikan hutang setelah bankrap.

      Tidak boleh.

      • isma

        Assalamualaikum Tuan,

        Jumlah tunggakan RM 6300 dan jumlah tuntutan writ saman RM 58k.

        Saya difahamkan ketidak hadiran ke mahkamah ini akan menyebabkan waran tangkap dikeluarkan untuk memastikan defendan hadir ke mahkamah bagi sebutan kes kedua adakah ini benar?

        Apakah yng perlu dilakukan oleh defendan pada ketika ini samada perlu menghubungi loyar yng mewakili bank atau menghubungi bank bagi membincang pembayaran tunggakan atau menanti surat perintah ingkar dari mahkamah.

        Terima kasih dengan penerangan dari Tuan

        • Abu Ammar Post author

          Waran Tangkap tu kalau ia adalah tindakan Judgment Debtor Summons. Tak datang Mahkamah tiga kali baru keluar Waran Tangkap. Writ Saman biasa hanya Penghakiman akan dijatuhkan.

          Pergi berbincang dengan Bank terus. Kalau jumpa loyar dia akan suruh pergi Bank jugak

  • salbiah

    > Salam,

    > Saya nak tnya berkenaan sita menyita..
    > Suami saya sblum ini kerja gov. & berhenti. Selepas berhenti, susah nak stabilkan ekonomi.. & tidak m’bayar hutang bank Rakyat hampir 3 / 4 tahun. Tapi sejak p’tghan tahun nie dah mula untuk bayar balik pinjaman bulan2.
    > Tetapi… hari ini, suami saya ada dapat SMS dari bank yg menyatakan. dia dikehendaki
    > bayar amaun RM16k smpi p’tgahn bulan depan.
    > Sekiranya tiada bayaran, tindakan penyitaan akan dibuat.
    > Bolehkah penyitaan dibuat ke atas rumah keluarga sebab kami tinggal
    > bersama orang tua saya..
    > Kereta dia pun atas nama abg ipar saya..
    > Macam mana ye??
    > Dan bolehkah suami saya menelefon bank utk b’bincang??
    > Apakah tindakan yang harus suami saya lakukan??

  • Suhaimi

    Assalamualaikum tuan.
    Kenderaan saya telah ditarik dan dilelong kerana kegagalan membayar ansuran bulanan.
    Tahun kenderaan ditarik dan dilelong saya tak ingat 2008-2009.
    Saya pernah dihubungi oleh pihak yg mewakili bank bahawa ada bayaran yang perlu dijelaskan selepas dilelong sebanyak rm7ribu lebih.
    Saya banyak kali dihubungi supaya menjelaskan dengan berbagai kaedah dari berbagai orang sehinggalah semalam dan hari ini. Saya tidak melenting malah melayan percakapan dengan baik kerana sedar tugas mereka dan kesalahan saya.
    Saya bukan mengelak untuk membayar tetapi memang tidak mampu selepas gagal dalam perniagaan (2007) kemudian diberhentikan kerja (2009). Setelah itu saya bekerja sebagi penoreh getah dan sampingan memproses ayam (jika dipanggil) dan tidak mampu lagi untuk menyara keluarga dengan sempurna, apalagi untuk membayar hutang…sebagai muslim saya tidak boleh meremehkan soal hutang.
    Sehinggalah akhirnya saya jatuh sakit pada 8/6/2012. Terlantar lebih 6 bulan. Akhirnya pada bulan 7 pihak hospital mengklasifikasi mempunyai simptom “panic disorder” dan merujuk saya ke jabatan psikiatri dan mental sehingga kini. Saya belum pulih sepenuhnya tapi ada banyak peningkatan sejak awal tahun lalu. Masih perlu berehat selepas 1-2jam menjalankan aktiviti ringan. Tidak mampu peroleh pekerjaan dengan tahap kesihatan sekarang dan apalagi rekod dari jab psikiatri.
    Saya mendapat bantuan zakat bulanan (rm150 untuk 3 orang anak bersekolah & voucer makanan rm200) dan jkm rm300 sebulan.
    Apakah langkah terbaik untuk saya lakukan supaya dapat membayar hutang tersebut dengan nilai yang paling minima kepada pihak bank.
    Hari ini agen pengutip hutang (?) memberi saya no akaun bank ambank (saya memang berhutang dengan ambank) supaya mendepositkan rm2k sebelum 4pm hari ini untuk menarik kes mahkamah, serta perlu membuat ansuran rm200 sebulan sehingga bayaran habis.
    Adakah perlu saya memasukkan wang ke akaun yang diberi oleh agen pengutip hutang (hakikatnya saya tiada wang).
    Sebelum ini 3 bulan lalu, saya juga dihubungi supaya menjelaskan sekurang2 rm300/bulan oleh orang lain. Saya katakan saya tidak mampu dan meminta saya emailkan surat2 kesihatan saya. Kemudian senyap. Dan terbaru semalam. Dan hari ini. Dan akan menyusul petang nanti katanya.
    Maaf tuan. Panjang sangat saya tulis ni.
    Mohon nasihat & pencerahan tuan.
    Terimakasih

    • Abu Ammar

      Wa’alaikumussalam Tuan Suhaimi

      Saya akan membuat andaian seperti berikut

      1) Kereta telah dilelong pada tahun 2009 (kita ambil yang paling “dekat”)
      2) Baki hutang sebanyak 7,000
      3) Tiada tindakan undang undang selepas itu
      4) Ada tindakan undang undang dan Penghakiman sudah didapati atas jumlah RM7,000 dengan kadar faedah keatas jumlah Penghakiman sebanyak 6% setahun dikira secara “kompaun” (berganda)

      Jika perkara (3) berlaku, besar kemungkinan kalau Bank nak Saman selepas ini akan terhalang oleh Akta Had Masa iaitu tiada tindakan undang undang selepas lelongan 6 tahun yang lalu. Cuma Tuan perlu tahu bila mereka akan memulakan tindakan undang undang (kalau tak buat lagi) dan baru nak buat sekarang. Baru boleh guna Akta Had Masa. Alamat Tuan mesti diketahui oleh pihak Bank supaya Tuan boleh menerima apa jua Notis Tuntutan dan Writ Saman.

      Jikalau perkara (4) berlaku dan andainya Bank mempunyai pegawai yang efisien dan telah mendapatkan Penghakiman pada tahun 2009. Ini bermakna Bank ada masa 12 tahun dari 2009 untuk melaksanakan tindakan Penghakiman seperti yang telah diterangkan dalam artikel saya. Anggaran nilai hutang adalah lebih kurang dalam 12,800 (kadar 8% setahun) setelah dicampur kos tindakan undang undang. Tanpa tindakan undang undang pun kosnya lebih kurang sahaja cuma kalau sekarang baru nak ambil tindakan undang undang boleh dilawan dan tak payah bayar apa apa.

      Jika Tuan membuat bayaran sebanyak RM1 pun, dan hutang ini sudah luput had masa, Tuan akan “Mengaktifkan” hutang ini semula kerana secara “teknikal”nya:

      1) “Mengaku” adanya hutang dengan membuat bayaran
      2) Memberikan tempoh 6 tahun lagi bagi Bank mengambil tindakan undang undang kerana ada “tarikh tunggakan” yang baharu.

      Saya faham tentang kepentingan bagi seorang Muslim menjelaskan hutang tetapi ini hakikat undang undang. Jikalau Bank telah “lalai” dalam menuntut haknya mengikut lunas undang undang maka jika telah luput had masa maka ia tidak boleh dituntut lagi. Namun begitu, ada Bank yang “sondol” juga kerana tahu ramai peminjam yang jahil undang undang dan mengupah Agen Kutip Hutang untuk “menyerang” peminjam. Atas sebab inilah blog saya diujudkan. Seorang yang fakir dan tidak mampu harus dibantu untuk menyelesaikan hutangnya bukan digasak oleh Agen Agen Pengutip Hutang yang hanya mahukan habuan komisen mereka.

      Saya sarankan supaya buat semakan dengan CTOS di http://www.ctos.com.my/CTOSHOME/selfcheck.html (scan MyKad depan belakang untuk diemailkan untuk pengesahan). Register id (klik CTOS User ID) dan ikut arahan di Skrin. Lepas dapat ID boleh check dengan smartphone, sms atau online. Bila dah dapat keputusan rujuk semula disini dengan email kepada saya di codetyco@ceritahutangbankdananda.com. Baru kita boleh tahu setakat mana tindakan undang undang yang telah dikenakan.

      P/S Sesiapa saja yang merasakan blog ini memberi manfaat, sila “like” dan share Artikel ini dan sila like Facebook Page https://www.facebook.com/ceritahutang sebagai tanda sokongan dan dapat memberi “reach” yang lebih luas. Kita perlu suara yang ramai. Tingkatkan jumlah komuniti page ini.Ajak kawan kawan anda untuk “like” page dan artikel artikel di blog ini. Ini bagi membela mereka yang kena tindas oleh Bank kerana tidak tahu undang undang. Tekan juga butang “Follow” atau “Subscribe” by email supaya boleh diberitahu tentang apa apa maklumat baru dimasa hadapan. Sila “like” juga post ini. Terima kasih

      • Suhaimi

        Terimakasih tuan.
        Ulasan dan cadangan tuan sangat baik dan sangat bermanafaat kepada saya.
        Saya akan buat semakan segera dan maklumkan kepada tuan melalui email.
        (Sedikit sambungan cerita saya tadi untuk pengetahuan tuan. Saya dihubungi semula (kali ke-3) oleh en. Shukri yang mendakwa beliau dari unit susulan ambank jalan duta bukan dari agensi pengutip hutang sebelum jam 3pm. Setelah mendapat jawapan saya tidak mampu untuk sediakan jumlah 2k, beliau menurunkan kepada 1k dan menambah tempoh sehingga esok. Saya menerima no akaun ambank melalui sms dari no 63839 sebelum panggilan ketiga oleh en. Shukri).

  • Led

    Salam En Abu Ammar, nampaknya fakta yf diterangkan sangt terperinci, terima kasih atas pencerahan ini. Saya ada sedikit soalan dan memohon pencerahan. Saya telah berhutang dengan COurts Mammoth utk satu gajet elektrik, malangnye, gajet itu hilang beberapa tahun lepas, dan saya tidak membuat pembayaran. Lalu beberapa hari ini, banyak sangat org call mengaku dari Mahkamah, ataupon Pejabat Guaman, meminta saya menyelsaikan sejumlah wang, yakni jumlah tunggakan sekitar $2000, sekiranya gagal, dia atau mereka ini akan datang bersama surat mahkamah untuk menyita barang2 yng senilai dengan gajet tersebut. Lebih pening, apabila mereka sibuk mengganggu keluarga saya yg menjadi RUJUKAN bukan Penjamin, utk bayar hutang tersebut atau rumah mereka akan disita jugak. Keadaan ini menyebabkn saya mnjadi sangat tertekan dan nampaknya tiada ruang utk kita bermuzakarah menyelasaikan masalah ini. Apakah hak saya sekiranya mereka benar mahu menyita rumah saya. Terima Kasih.

    • Abu Ammar

      Wa’alaikumussalam Tuan

      Dalam hal ini TIADA SIAPA yang akan menyita barang barang Rumah Tuan atau rujukan Tuan hatta rumah opah Tuan seperti yang didakwa oleh Agen Pengutip Hutang. Jumlah hutang yang mungkin pada asalnya kurang dari RM2k tidak berbaloi untuk dibawa keMahkamah kerana kos sehingga mendapatkan Penghakiman biasanya mencecah RM800 – RM1,000 bergantung kepada lokasi dan skema yang ditetapkan oleh peguam. Ini tidak bermakna mereka tidak boleh berbuat demikian tetapi memandangkan jumlah pelanggan yang ramai dan kos tindakan yang agak mahal dan belum ada kepastian mendapatkan bayaran semula, maka adalah lebih “afdhal” untuk menggunakan khidmat Agen Pengutip Hutang yang berasaskan komisen. Sila baca status saya berkenaan dengan sita menyita ini di:

      https://www.facebook.com/ceritahutang/posts/534912356666965

      • Led

        Terima kasih atas pencerahan ini, sedikit sebanyak mententeramkn hati ini, tp sy bru terima satu lgi panggilan dari seorang cina, yang mendakwa akn dtg ke rumah saya utk mengambil barang yg seperti mereka dakwa..

  • liz

    Salam tuan, saya ada dpt notis dr lawyer tunggakan pinjaman rumah berjumlah rm5400, dlm bulan ni sy dpt surat kedua title letter of eviction. sy hnaya mampu sediakan 3k waktu ni utk bayat tunggakan. tp bank xmahu terima. bank ckp kne bayR semua xde tempih jika tidak rumah sy akan. di lelong sy bkn xnak byr tapi perlukan sedikit tempoh. dan bln 12 ni sy akan withdraw epf utk top up byran tunggakan. ape sy perlu buat tuan. ms dah suntuk.

  • Akak

    Assalamualaikum En Ammar,

    Nak Tanya saya pernah dapat notis kebangkrapan bank rakyat tapi saya Berjaya selesaikan tunggakan, tapi pada bulan lepas saya tidak bayar tunggakan sebulan, maka saya telah menerima semalam bil guaman sebanyak Rm588. Saya sebenarnya nak bayar tunggakan sebulan itu sekali dengan bayaran bulan 10. Harap tuan dapat membantu. Sekian Terima Kasih.

    • Abu Ammar Post author

      Wa’alaikumussalam Akak

      Tindakan Kebankrapan memang sudah dibatalkan? Mungkin itu bil tindakan Kebankrapan tempoh hari. Pandangan saya bayar tunggakan dulu. Bil tu biar dulu. Kalau tak bayar tunggakan kena saman. Tak bayar bil tak boleh Saman. Walaupun ada klausa kena bayar atas dasar “Solicitor Clients costs “. Utamakan ansuran bulanan dulu.

      • Akak

        ya tindakan itu dibatalkan kerana saya Berjaya membayar rm12k caj guaman termasuk ansuran bulan. ok saya akan bayar ansuran bulan tertunggak dan current month. Tkasih Tn Ammar.

  • sue

    asalamualaikum… saya agak keliru.. tunggakan 7 bulan tu adakah selama tujuh bulan langsung tidak dibayar? contoh saya..; tunggakan sebulan.. tapi bulan2 yg lain saya bayar.. maknanya tuggakan sebulan itu masih berterusan sehingga hampir setahun.. adakah itu dikira boleh dikenakan tindakan sperti yg tuan terangkan di atas? mohon reply saya ya??

    • Abu Ammar

      Wa’lakukumussalam Cik/Puan Sue

      Tunggakan yang dimaksudakan ialah tunggakan bulanan yang tidak dibayar apabila sampai “due date”

      Contoh:

      Bayaran Pertama – due pada 1/7/2015
      Bayaran Kedua – due pada 1/8/2015
      Bayaran Ketiga – due pada 1/9/2015
      Bayaran Keempat – due pada 1/10/2015
      Bayaran Kelima – due pada 1/11/2015

      Katakan bayaran pertama tak bayar selama sebulan tapi bila sampai bulan August Cik?puan pun membuat bayaran dan seterusnya bayaran bulanan macam biasa. Apabila bayaran dibuat pada bulan August, Bank akan tolak ansuran yang sampai tempoh pada bulan tujuh tersebut sebab itu yang tertunggak yang paling awal.

      Bila bayaran seterusnya dibuat tanpa miss, tunggakan yang berikutnya akan di selesaikan dahulu. Jadi dalam contoh ini, Cik/Puan ada tunggakan SEBULAN iaitu ansuran yang patut dibayar pada 01/10/2015. Bulan sebelas belum sampai tempoh lagi.

      • sue

        terima kasih atas feedback tuan,
        tapi saya masih ada satu soalan berkenaan hutang personal loan sy di rhb.. di atas ad beberapa kesulitan dan perkara lain yg perlu diselesaikan.. hutang saya telah tertunggak dari bulan 8.. ( due 28/8/2015) dan masih berterusan sehingga kini,.. maknanya sudah 3bulan lewat bayar.,. dan saya bercadang pada bulan 11 & 12 saya akan bayar bulanan seperti biasa… maknanya hingga hujung disember saya masih punyai tunggakan 3 bulan dan bercadang utkl membayar keseluruhan tunggakan tersebut pada bulan januari 2016 dimana saya akan dapat bonus dari syarikat sy bekerja… dan settle.. cume keraguan sy di sini.. selama tempoh dari sekarang hingga bulan 12 adakah bank boleh ambil tindakan undang2 atas kelewatan saya selama 3 bulan? saya risau kes akan dibawa ke mahkamah.. mohon beri maklum balas ya,. tq.

        • Abu Ammar

          Wa’alaikumussalam Sue

          Saya cadangkan Puan membuat cadangan bertulis tentang plan pembayaran tersebut supaya Bank ada rekod tentang niat Puan tersebut. Pada tahap tunggakan TIGA (3) bulan sudah dikira “Hutang Kurang Upaya” atau “Impaired Loan” dan Bank boleh mengambil tidakan undang undang pada bila bila masa sekarang. Pastikan kakitangan atau pegawai Bank menandatangani salinan surat cadangan tersebut sebagai akuan penerimaan. Jangan bertangguh, Buat dengan segera.

          • sue

            terima kasih tuan atas feedback tuan. cuma boleh saya tau hutang apa yang bulan ke 7 baru diambil tindakan 210 hari seperti keterangan tuan di atas? kalau personal loan biasanya cukup 4 bulan mereka boleh cancel kan dan ambik tindakan mahkamah, utk hutang kereta biasanya masuk bulan ke3 sudah boleh ditarik kereta oleh pihak bank.

          • Abu Ammar

            Assalamualaikum Sue

            Tindakan undang undang bergantung kepada polisi sesebuah Bank. Contoh saya tu ialah tindakan undang undang selepas 2 bulan tunggakan (untuk personal loan) dan tiga bulan tunggakan (Pinjaman Sewa Beli kalau tak dapat tarik) dan prosesnya untuk mendapatkan Penghakiman akan memakan masa yang lama atas faktor “ding dong” iaitu komunikasi dengan Loyar, pemfailan dokumen di Mahkamah, cuti umum dan sebagainya yang boleh menjangkau 6 – 7 bulan atau lebih jika ada bantahan dan pembelaan. Jangan salah faham, tindakan bermula AWAL cuma proses hingga ke Penghakiman (sehingga mendapat salinan yang telah dimeterai untuk tindakan selanjutnya) akan memakan masa. Itu kira “efficient” tu.

            Jadi ianya BUKAN tindakan selepas 7 BULAN tunggakan. Cuma ada Bank yang bagi kat Agen Pengutip Hutang dulu lepas tu baru nak Saman atau ianya berjalan serentak.

            Belanja untuk tindakan undang undang hingga ke proses mendapatkan Penghakiman boleh menelan belanja sehingga RM1,000 atau lebih bergantung kepada Tuan Loyar samada naik basikal ke Mahkamah atau naik helikopter. Kos pemfailan adalah standard. Pendapat pun kena bayar dan juga bergantung kepada Tuan Loyar yang mana bagi pendapat. Geng geng Bank kena berhati hati bila bertanya soalan dengan Loyar walaupun melalui telefon sebab takut tiba tiba dapat bil atas “pendapat” yang diberikan.

  • Teja70

    salam..sy nak tanya sekiranya sy tidak pernah mendpt apa2 surat dari bank sebelum ini dan tiba 2 mendapat surat saman untk hutang pada tahun 2005 yg dah mencecah 60000++ apakah tindakan yg perlu sy lakukan. surat samanpun terlewat sampai bertarikh pada 29sept 2015 dan baru sampai pada sy pada 19 oktober -hutang credit card jumlah asal 5000

    • Abu Ammar

      Wa’alaikumussalam Cik/Puan Beban Hutang

      Dalam bab menjadi penjamin ni, TIADA CARA LAIN untuk mengeluarkan nama dari menjadi penjamin apa apa pinjaman selain dari MENYELESAIKAN dengan penuh hutang tersebut.

  • Hashiamaldin

    Assalamualaikum Tuan,

    Terimakasih atas maklumbalas Tuan sebelum ini.

    Lanjutan dari maklum balas Tuan tempohari supaya saya berunding dengan AKPK, saya mohon sedikit penjelasan dari Tuan:-

    1) Adakah semakan status hutang melalui CTOS dan CCRIS adalah dari sumber yang sama. Lapuran yang saya perolehi dari CTOS dan CCRIS yang saya dapat adalah berbeza.

    Ada juga berberapa bank yang saya berhutang tidak tersenarai dalam lapuran CCRIS saya yang tersebut.

    2) Saya bercadang untuk menggunakan khidmat AKPK mengenai hutang peribadi saya kerana saya sangat runsing kerana melibatkan rakan penjamin dan terikat dengan hutang rumah atas nama bersama bersama isteri seperti yang saya jelaskan pada tuan tempohari. Tetapi dari sumber yang saya perolehi untuk menyertai program AKPK pihak AKPK hanya mengguna pakai lapuran CCRIS dan Semua hutang yang bermasalah akan dimasukkan sekali dalam program yang tersebut. Memandangkan masih ada bank saya berhutang tidak tersenarai dalam lapuran CCRIS tersebut adakah perlu saya maklum pada pihak AKPK mengenai hutang yang tidak tersenarai dalam lapuran CCRIS tersebut. ADAKAH INI AKAN MENGAKTIFKAN SEMULA HUTANG LAMA SAYA JIKA SAYA MENYERTAI PROGRAM AKPK.

    ADAKAH AKPK MENGAMBIL KIRA AKTA HAD MASA SEPERTI YANG TUAN JELASKAN?

    Kalau dihimpun semua hutang sekali gus saya pasti komitmen bulanan akan jadi tinggi.

    Maaf bahasa saya yang tunggang langgang Tuan.

    Mohon maklumbalas Tuan

    Terimakasih

    • Abu Ammar

      Wa’alaikumussalam Tuan Hashiamaldin

      Secara ringkasnya:

      Sumber CCRIS (Central Credit Reference Information System)

      Daripada lapuran yang dihantar oleh semua Bank Bank kepada Bank Negara tentang segala butir butir pinjaman yang ada dalam rekod mereka dan segala rekod bayaran (baik atau buruk) peminjam peminjam mereka. Rekod tindakan undang undang juga akan ada dalam rekod CCRIS ini. Walaubagaimanapun, rekod yang ada antaranya akan menunjukkan jumlah komitmen bulanan, tunggakan dan tindakan undang undang selama 12 bulan yang lalu sahaja. Tujuannya bagi memudahkan Bank membuat keputusan tentang kebolehan individu atau pemohon pinjaman menjelaskan hutang mereka.

      Sumber CTOS (Credit Tip Off Service)

      Sebuah organisasi swasta yang mengumpul maklumat tentang tindakan undang undang (melalui suratkhabar, Notis di Mahkamah), rujukan tentang “perangai” pelanggan organisasi yang melanggan khidmat CTOS seperti melapurkan “perangai” pelanggan yang selalu bagi Cek “spring” dan gagal bayar hutang. CTOS juga ada memberikan maklumat CCRIS. Rekod yang disimpan adalah lebih lama dan merangkumi “sejarah” hutang yang lampau yang tidak tersenarai dalam CCRIS atas sebab tiada lagi tindakan undang undang atau menunggu “kemunculan” penghutang jika terjumpa.

      Tuan perlu menyemak jika hutang hutang lama (yang tiada tindakan undang undang) telah luput had masa dan mendapatkan khidmat AKPK tidak mengaktifkan semula hutang lapuk tersebut cuma mungkin Bank Bank yang ada hutang lapuk cuba untuk mengutip semula hutang lama jika mereka mendapat tahu lokasi Tuan. Ini boleh “ditepis” dengan Akta Had Masa apabila mereka menfailkan tuntutan mereka di Mahkamah.

      Pada pendapat saya, biarlah AKPK mengambil hutang yang ada dalam CCRIS untuk penstrukturan semula. Masalah yang mungkin timbul seperti yang saya katakan sebelum ini ialah kebanyakan Syarikat Kewangan yang telah “meninggal” pada tahun 1997 – 2000 dahulu telah diambil alih oleh Bank Bank yang ada sekarang. Kemungkinan “luka lama berdarah kembali” tetap ada. Cuma Tuan yang tahu Bank Bank mana yang Tuan ada hutang lapuk tersebut dan adakah Bank Bank atau syarikat kewangan tersebut masih ada atau sudah meninggal dan telah diambil alih oleh Bank yang Tuan berhutang sekarang.

      Tuan boleh memohon untuk penstrukturan semula pinjaman peribadi sahaja yang melibatkan penjamin. Cuba bincang dengan mereka

  • azirah

    Assalamualaikum þuan..sy ada dapat msej dari nombor 63839 yang mengatakan bahawaRM0.00 SILA AMBIL PERHATIAN nama n ic sy. SATU NOTIS TELAH DIKELUARKAN TERHADAP PERMOHONAN PEMIUTANG, PIHAK MEMERINTAHKAN SEMUA AKAUN SIMPANAN DAN SEMASA AKAN DIBEKUKAN. SILA BERHUBUNG DENGAN TUAN AZMI DI TALIAN 012-378 2426 UTK MAKLUM BALAS. Adakah pihak aeon boleh membekukan semua akaun simpanan sy?sy ada download truecaĺler yg encik suruh tu..bila sy semak nombor telefon naik nama en nazrul mahkamah jln duta…sy dalam keadaan risau.apa yg harus sy lakukan

    • Abu Ammar

      Wa’alaikumussalam Cik/Puan Azirah

      Ini mesej dari AGEN KUTIP HUTANG yang menggunakan perisian/software SMS untuk menakut nakutkan Penghutang. Mesej yang diberi adalah TIDAK BENAR sama sekali. Ini kerana apa jua Perintah Mahkamah akan disampaikan secara bertulis (fizikal) dan tidak melalui sms. Seperti yang saya katakan sebelum ini, geng Agen Kutip Hutang pun tahu tentang TRUECALLER app ini dan mendaftarkan nombor mereka sebagai “Mahkamah Jalan Duta”, “Telekom Servis”, “Bank Islam Customer Service” dan lain lain lagi. Kalau Mahkamah memang confirm tipu sebab Mahkamah TIDAK AKAN call sesiapa. Nombor peminjam pun Mahkamah tak ada. Kalau ragu ragu jangan angkat. Semak dengan nombor yang sebenar dahulu. Kalau confirm tipu masukkan maklumat nombor itu kedalam database Truecaller sebagai “spammer” dan beri nama “Agen Kutip Hutang”. JAngan risau TEMBERANG aje tu.

      Kalau ada duit nak bayar, bayar direct ke AEON Kredit.

  • azri

    Assalamualaikum dan selamat sejahtera tn.. maaf kalau sy menganggu.. sy mohon penjelasan dan pendapat dr phk tn..Sy sebenarnya menghadapi beberapa masalah kewangan.. sy ada personal loan, dgn easy rhb dan juga cimb.. dan disebabkn sy pnh berhenti kerja suatu ketika dlu,sy mmpunyai masalah utk membyr kedua2 loan ini.. Skg sy slalu mendapat panggilan dr pihak bank terutamanya RHB.. namun sy x angkat.. sy kdg2 tertekan dgn keadaan ini.. sy juga ade loan kereta dgn cimb.. adakah loan personal ini akan effect pd car loan sy? CTOS report sudah saya emel pd pihak tn..utk pengetahuan,sy br mula bekrja selama 2 bulan dan dlm proses nak stabilkan semula ekonomi..mohon penjelasan dan jalan terbaik dr pihak tuan what is the best way for me to solve this prob? Semuanya sy dahului dgn jutaan terimaksih dan mg tuan sekeluarga terus dilimpahI rahmat olehNya..aminn

    • Abu Ammar

      Wa’alaikumussalam Tuan Shahril Azri

      Menurut lapuran CTOS tersebut telah ada Saman yang difailkan terhadap Tuan dengan jumlah RM13,238.00 oleh RHB Bank pada 13-07-2015. Besar kemungkinan Penghakiman telah pun dijatuhkan oleh Mahkamah. Jika mengikut “kebiasaan” yang lalu, kadar faedah yang dikenakan kepada jumlah Penghakiman ini RM13,238.00 bersamaan dengan kadar faedah Kad Kredit yang biasa iaitu 16% – 18% setahun dengan 1% tambahan bagi “kos kewangan”. Ini yang akan membebankan Tuan dikemudian hari yang mana jumlah faedah dan cas kewangan akn naik dengan cepat dan mencapai jumlah RM30K dengan cepat bagi membolehkan Bank mengambil tindakan Bankrapsi.

      Tuan boleh pergi menyemak sendiri dikaunter Mahkamah Majistret Kuala Lumpur dengan memberi No Kes iaitu “A72NCC5XXXXXX-2015” untuk mengambil salinan Penghakiman dan mengetahui butir butir yang sebenar. Berkenaan dengan pinjaman CIMB, sila beritahu

      1) Baki bagi pinjaman peribadi dan bila tarikh akhir bayaran
      2) Baki pinjaman kereta dan bila tarikh akhir bayaran

      Bagi pinjaman kereta, ia dikawal selia oleh Akta Sewa Beli manakal bagi pinjaman peribadi, ia akan tertakluk kepada perjanjian yang telah ditanda tangani. Jikalau Tuan ada akaun simpanan dengan CIMB, ada KEMUNGKINAN akan terjejas bergantung kepada butir butir perjanjian pinjaman peribadi.

      Sila buat semakan dengan Mahkamah dahulu dan memandangkan Tuan sudah berkerja, Tuan boleh meminta khidmat nasihat AKPK supaya mereka boleh merundingkan kadar faedah yang lebih rendah dan program penstrukturan semula pinjaman. Tuan masih terlalu muda untuk diBankrapkan.

      • azry

        Assalamualaikum Tuan, sy telah pun pergi ke AKPK dan telah proceed untuk restructure semula pembayaran. Saya pun telah membuat pembayaran awal sebanyak RM420 untuk mendapat approval seperti yang diarahkan oleh AKPK dan Sekarang dalam proses approval. Persoalan saya, bagaimana dengan rekod CTOS saya, adakah apb. kita berurusan dgn AKPK ianya akan hilang sebab bila sy tanya pihak AKPK mereka cakap mereka tidak tahu/ambil tanggungjawab untuk CTOS sebab ianya duruskan oleh syarikat lain. Mungkin boleh dapat pencerahan dari pihak tuan. Terimakasih.

        • Abu Ammar

          Wa’alaikumussalam Tuan Azry

          CTOS adalah sebuah syarikat persendirian jadi rekod itu akan kekal selagi BAYARAN PENUH belum dibuat. Setelah membuat penyelesaian penuh dengan Bank dan mendapat pengesahan bertulis dari Bank, Tuan boleh menghubungi CTOS untuk mengemaskini rekod pembayaran tersebut. Pengeluaran nama dari senarai CTOS tidak pasti cuma saya rasa rekod akan dikekalkan dengan “catitan hutang telah diselesaikan”. Tuan perlu berhubung dengan pihak CTOS untuk pengesahan perkara ini.

          • azry

            Terima kasih tn atas explaination…semoga pihak tn terus menerus dimurahkan rezeki serta diberikan kesihatan berkekalan..amin

          • Abu Ammar

            Aameen Aameen Aameen Ya Rabb. Tuan Azry. Semuga ALLAH melimpahkan Rahmah dan Barakah, nikmat kesihatan dan rezeki yang melimpah ruan yang diberkati supaya boleh keluar dari kemelut hutang. Aameen

    • Puan Noara

      Tuan, maaf ingin kepastian. Saya menerima surat saman dari bank utk hadir ke mahkamah. Hutang kredit kad. Tarikh ke mahkamah 17/11/2015. Sy sudah takut kerana dlm surat tersebut ada menyatakan kalau tidak hadir ke mahkamah waran tangkap akak dikeluarkan. Saya sudah ke bank dan berunding dengan pihak bank. Saya buat keputusan untuk ke akpk.
      Soalan saya, kalau saya tidak hadir ke mahkamah, adakah waran tangkap dikeluarkan? Ini kerana pastinya proses akpk akan mengambil masa 2-3 minggu. Sedangkan tarikh ke mahkamah sgt dekat. Mohon penjelasan tuan.
      Terima kasih

  • beban hutang

    assalamualaikum,
    saya tak tahu bagaimana nak mula cerita di sini, tapi saya rasa terlalu risau semenjak mendapat surat notis tuntutan bayaran tunggakkan motor drpd syarikat guaman.
    motor tersebut telahpun dibawa lari oleh bekas suami saya semenjak berpisah dan rupanya TIDAK PERNAH dibuat apa2 bayaran. dan kini syarikat motor telah melantik sykt guaman untuk mengejar saya..
    benarkah jika saya tidak membuat sebarang pembayaran dlm tempoh yg mereka berikan, akaun peribadi saya akan dibekukan..
    sy seorg ibu tunggal yg menyara anak berumur 2 tahun. saya risau jika akaun saya dibekukan, bagaimana keadaan anak. bolehkah tuan beri sedikit pandangan dan pendapat apa yg perlu saya lakukan
    terima kasih

    • Abu Ammar

      Wa’alaikumussalam Puan “beban hutang”

      Berapa jumlah baki hutang? Yang call Puan adalah Agen Pengutip Hutang. Check balik dengan rekod Puan berapa anggaran hutang sebenar. Agen ni kadanag kadang saja bagi jumlah tinggi tinggi leaps tu kononnya bagi diskaun. Jumlah “penyelesaian” tu jumlah sebenar yang kena bayar.

      Akaun Puan tidak boleh dibekukan sewenang wenangnya melainkan jumlah hutang lebih dari RM30K dan saya rasa kedai motor takkan buat kalau hutang RM30K sekalipun sebab nak buat proses Bankrapsi kena kelaur belanja Loyar dan kos Mahkamah. Kurang kurang RM4K. Buat Bankrapsi bukan selalunya dapat balik hutang, sebaliknya “membebaskan” Penghutang dari dikejar oleh Agen Kutip Hutang sebab Bankrap cuma perlu membayar sejumlah wang kepada Jabatan Insolvensi dan masih boleh bekerja seperti biasa dan ada 1 akaun Bank.

      Cuba semak kalau Kedai Motor tu ada lesen atau tidak untuk bagi hutang. Ada yang tidak berlesen. Kalau ragu ragu boleh buat aduan ke KPDNKK tentang kemungkinan kedai motor takde lesen. Kalau takde lesen mungkin kena denda dan tutup kedai. Jangan bimbang itu semua KELENTONG diaorang aje.

      • beban hutang

        jumlah tunggakkan motor campur interest semua rm7800 je..terima kasih dgn jawapan tn. saya mmg benar2 risau kalau mereka boleh bekukan akaun peribadi saya..

  • Kesusahan

    Assalam,,,sy nk tnye,,,sebelum nie sy ade hutang dgn bank rakyat rm57k,,,sy dapat surat dh dh pergi le mahkamah,,,sekrang sy x byar loan setahun lebih,,,ade org call ckp nk sita rumah family saya sbb sy mnggunakan alamat rumah family sy,,,lepas tu org tu call ckp suruh sy bayar 15k hari nie jgk,,,kalau x dia arahkan org suruh sita barang dlm rumah,,,,boleh sy dapatkan pendapat dr tuan secepat mgkin

    • Abu Ammar

      Wa’alaikumussalam Tuan/Puan/Cik Kesusahan

      Jawapan pendek. Jangan bayar satu sen pun. Ini TEMBERANG Agen Kutip Hutang. Jawapan panjang seperti dibawah dan jawapan yang sama saya bagi kat Cik Ain memandangkan isu yang sama iaitu ugutan sita:

      TEMBERANG “nak sita” ini akan menjadi basi tidak lama lagi apabila semua orang mengetahui sebab mengapa ia dibuat dan bagaimana prosedur yang betul ia dilakukan.

      Bank (bukan Agen Kutip Hutang) akan melakukan proses penyitaan jika ada perkara perkara berikut:

      1) Ada Penghakiman keatas Penghutang
      2) Rumah yang diduduki Penghutang adalah atas nama Penghutang atau memang diketahui barang barang didalmnya milik Penghutang tanpa ada kemungkinan dibantah oleh pihak ketiga (isteri atau Tuan Penyewa) yang mengatakan barang barang tersebut adalah milik Penghutang
      3) Harta benda dalam rumah penghutang yang telah dikenalpasti atau bakal dikenalpasti mempunyai nilai yang tinggi atau sekurang kurangnya “nilai sentimetal” kepada Penghutang. Harta benda tersebut jika dilelong sekurang kurangnya dapat “cover” kos Mahkamah dan Tuan Loyar dan boleh juga cover baki hutang

      Risiko tindakan ini adalah seperti berikut:

      1) Barang dalam rumah dibuktikan BUKAN kepunyaan Penghutang. Contohnya ada resit resit pembelian yang membuktikan sedemikian.
      2) Rumah BUKAN milik Penghutang (rumah nama isteri, ayah, mak,opah atau rumah sewa) dan sukar dibuktikan barang hakmlik Penghutang
      3) Penghutang memfailkan permohonan “Penangguhan Pelaksanaan” atau “Stay of Execution” sehingga isu isu dalam No (1) dan (2) selesai.
      4) Barang barang dalam rumah tiada nilai yang berbaloi untuk dilelong dan jika Penghutang gagal membayar hutang dalam tempoh 14 hari seleaps proses pemganbilan senarai barangan dalam rumah, terpakasa pulak lelong barang barang tersebut yang Penghutang tak kisah pun kalau dijual.

      Tindakan ini berpotensi untuk gagal dari tujuan asalnya untuk menakutkan Penghutang untuk mebayar hutang dan juga memalukan mereka tetapi kalau betul betul takde duit nak bayar dan yang ada cuma TV 20 inci tahun 80an (kalau TV LCD pun mungkin Court Mamut atau Seng Heng punya) dan beberapa kusyen atau sofa yang dah bau masam dengan meja makan yang dah menggelupas kulit, kan dah menyusahkan nak ambik lori bagai dan “lelong”. Bukab lelong sukahati tau, kena pakai pelelong berlesen. Jadi kelakor pulak takut takda orang nak beli.

      Tindakan ini lebih berjaya dilakukan jika Penghutang adalah pemilik perniagaan yang masih beroperasi. Kalau yang dah lingkup pun tak berbaloi juga. Jadi kalau Agen Kutip Hutang nak buat, walaupun syarikat Kutip Hutang yang besar dan banyak duit sekalipun, dia nak ambik risiko tu ke. Baik dia buat KELENTONG dan mengharapkan Penghutang takut dan bayar. Kos cuma bil telefon sahaja. Jadi tidak perlu bimbang.

      Cuba buat semakan dengan CTOS di http://www.ctos.com.my/CTOSHOME/selfcheck.html (scan MyKad depan belakang untuk diemailkan untuk pengesahan). Register id (klik CTOS User ID) dan ikut arahan di Skrin. Lepas dapat ID boleh check dengan smartphone, sms atau online. Bila dah dapat keputusan rujuk semula disini dengan email kepada saya di codetyco@ceritahutangbankdananda.com. Baru kita boleh tahu setakat mana tindakan undang undang yang telah dikenakan. Hmm… “promosi” CTOS tapi tak dapat apa apa pun. 🙂

  • ain

    Salam Tuan,

    Saya hendak bertanya. Ayah seorang pesara dan sekarang ayah saya mempunyai masalah kesihatan. Ayah saya ada hutang seperti berikut (jumlah hutang mungkin bertambah sebab interest):

    – Ambank = Rm 25k
    – Cimb = Rm25k (baki selepas rumah dilelong pada 2013)
    – Heong Leong = rm 5k
    – Bsn = rm 30k

    Kesemua hutang pinjaman dibuat dlm tahun 2005-2006.

    Peguam Ambank telah menghantar surat yang mengatakan ayah saya akan dibwa ke mahkamah beserta num bankrupsi awal mac lalu tetapi tiada tarikh hadir ke mahkamah. sekadar surat informasi.

    September 2015, Bank Bsn (pengutip hutang) menhantar surat dan mengugut utk menyita rumah kami. (rumah yg dilelong CIMB, kami menyewa dari pembida). Disebabkan kami sekeluarga tidak tahu menahu mengenai sita dan bankrap, kami membayar Rm5000 utk menarik surat saman n sita. Dan dikehendaki membayar rm700 bulanan.

    Jujur, kami tidak mampu utk membayar bulanan 700 tmbah lagi dgn sewa rumah dan keadaan ayah saya yang uzur.

    AKPK menasihati kami supaya membiarkan ayah saya bankrap.

    Sefaham saya, jikalau bankrap, bank akn still sita brg dlm rumah ayah saya.

    Oleh hal yg demikian, untuk mengelakkan sita, saya telah mengambil keputusan utk menyewa rumah lain yg berhampiran (kerana adik sya masih bersekolah kaw berdekatan) atas nama saya.

    Persoalan saya, jika pihak bank ingin menyita rumah, adakah rumah sewa baru yg disewa atas nama saya itu boleh disita? kerana saya ingin membawa ayah saya pindah duduk rumah yg baru saya sewa tersebut.

    Mohon bantuan dan nasihat Tuan.

    Terima kasih

    • Abu Ammar

      Wa’alaikumussalam Cik Ain

      Soalan CEPUMAS

      Persoalan saya, jika pihak bank ingin menyita rumah, adakah rumah sewa baru yg disewa atas nama saya itu boleh disita? kerana saya ingin membawa ayah saya pindah duduk rumah yg baru saya sewa tersebut.

      PERTAMA SEKALI perlu dijelaskan disini Bank TIDAK AKAN Sita/lelong rumah melainkan:

      1) Rumah tersebut adalah diatas nama Peminjam Bank itu yang gagal membayar hutang (seperti yang CIMB lakukan)

      2) Rumah tersebut adalah diatas nama Peminjam Bank itu dan peminjam telah diBankrapkan tidak kira dari Bank mana dan Bank yang ada pinjaman perumahan berhak untuk melelong rumah tersebut

      3) Cukai pintu tidak dibayar maka Pihak Majlis Bandaran boleh sita rumah tersebut, ada loan Bank ke takde ke, sewa atau tak sewa. Tuan rumah tak bayar cukai pintu kena sita.

      Itulah tajuk PEMBOHONGAN dan TEMBERANG Agen Kutip Hutang yang utama. Nak sita rumah tak kira siapa pun Tuan Punya Rumah.Sebenarnya tak pindah pun takpa. Biarkan dia melalak nak sita kata polis nak datang, lori dah tunggu dan sebagainya, semuanya BOHONG belaka.

      Berkenaan dengan hutang yang lain, bilakah tarikh akhir bagi bayaran hutang hutang berikut:

      1) AmBank
      2) BSN
      3) Hong Leong

      Kalau tarikh akhir bayaran sudah melebihi 6 tahun, ada peluang untuk menafikan hutang tersebut atas alasan sudah luput HAD MASA akan TETAPI, MESTI digunakan semasaa disaman oleh pihak Bank dan bukan selepas Bank mendapat Penghakiman dan tempoh rayuan sudah berlalu. Akta Had Masa bukan “AUTO” tapi kena bantah secara “MANUAL” bila mendapat Saman atau untuk merayu Penghakiman yang telah dijatuhkan pada masa yang dibenarkan. Bila dah terlepas, bukan tak boleh (kat Mahkamah, nak fail atau bantah hampir apa saja memang boleh tapi mestilah ada landasan yang kukuh) tapi payah sikit lah dan memakan masa yang lama dan melibatkan kos juga.

      Cuba buat semakan dengan CTOS di http://www.ctos.com.my/CTOSHOME/selfcheck.html (scan MyKad depan belakang untuk diemailkan untuk pengesahan). Register id (klik CTOS User ID) dan ikut arahan di Skrin. Lepas dapat ID boleh check dengan smartphone, sms atau online. Bila dah dapat keputusan rujuk semula disini dengan email kepada saya di codetyco@ceritahutangbankdananda.com. Baru kita boleh tahu setakat mana tindakan undang undang yang telah dikenakan. Hmm… “promosi” CTOS tapi tak dapat apa apa pun. 🙂

      Peguam Ambank telah menghantar surat yang mengatakan ayah saya akan dibwa ke mahkamah beserta num bankrupsi awal mac lalu tetapi tiada tarikh hadir ke mahkamah. sekadar surat informasi.

      Adakah anda pasti surat tersebut dari Tuan Loyar atau Agen Pengutip Hutang? Sila semak butir butir peguam di:

      http://www.ceritahutangbankdananda.com/index.php/2015/09/13/mari-fahami-dokumen-dokumen-undang-undang-yang-ori-dan-yang-palsu/

      TEMBERANG “nak sita” ini akan menjadi basi tidak lama lagi apabila semua orang mengetahui sebab mengapa ia dibuat dan bagaimana prosedur yang betul ia dilakukan.

      Bank (bukan Agen Kutip Hutang) akan melakukan proses penyitaan jika ada perkara perkara berikut:

      1) Ada Penghakiman keatas Penghutang
      2) Rumah yang diduduki Penghutang adalah atas nama Penghutang atau memang diketahui barang barang didalmnya milik Penghutang tanpa ada kemungkinan dibantah oleh pihak ketiga (isteri atau Tuan Penyewa) yang mengatakan barang barang tersebut adalah milik Penghutang
      3) Harta benda dalam rumah penghutang yang telah dikenalpasti atau bakal dikenalpasti mempunyai nilai yang tinggi atau sekurang kurangnya “nilai sentimetal” kepada Penghutang. Harta benda tersebut jika dilelong sekurang kurangnya dapat “cover” kos Mahkamah dan Tuan Loyar dan boleh juga cover baki hutang

      Risiko tindakan ini adalah seperti berikut:

      1) Barang dalam rumah dibuktikan BUKAN kepunyaan Penghutang. Contohnya ada resit resit pembelian yang membuktikan sedemikian.
      2) Rumah BUKAN milik Penghutang (rumah nama isteri, ayah, mak,opah atau rumah sewa) dan sukar dibuktikan barang hakmlik Penghutang
      3) Penghutang memfailkan permohonan “Penangguhan Pelaksanaan” atau “Stay of Execution” sehingga isu isu dalam No (1) dan (2) selesai.
      4) Barang barang dalam rumah tiada nilai yang berbaloi untuk dilelong dan jika Penghutang gagal membayar hutang dalam tempoh 14 hari seleaps proses pemganbilan senarai barangan dalam rumah, terpakasa pulak lelong barang barang tersebut yang Penghutang tak kisah pun kalau dijual.

      Tindakan ini berpotensi untuk gagal dari tujuan asalnya untuk menakutkan Penghutang untuk mebayar hutang dan juga memalukan mereka tetapi kalau betul betul takde duit nak bayar dan yang ada cuma TV 20 inci tahun 80an (kalau TV LCD pun mungkin Court Mamut atau Seng Heng punya) dan beberapa kusyen atau sofa yang dah bau masam dengan meja makan yang dah menggelupas kulit, kan dah menyusahkan nak ambik lori bagai dan “lelong”. Bukab lelong sukahati tau, kena pakai pelelong berlesen. Jadi kelakor pulak takut takda orang nak beli.

      Tindakan ini lebih berjaya dilakukan jika Penghutang adalah pemilik perniagaan yang masih beroperasi. Kalau yang dah lingkup pun tak berbaloi juga. Jadi kalau Agen Kutip Hutang nak buat, walaupun syarikat Kutip Hutang yang besar dan banyak duit sekalipun, dia nak ambik risiko tu ke. Baik dia buat KELENTONG dan mengharapkan Penghutang takut dan bayar. Kos cuma bil telefon sahaja. Jadi tidak perlu bimbang.

      Tindakan Bankrapsi pun selalunya bukan menguntungkan Bank melainkan Penghutang itu perlu bebas dari Bankrapsi atas alasan perniagaan atau kontrak kerja yang tidak membenarkan situasi begitu. Selain dari itu, SiBankrap kalau takde hutang rumah atau kereta masih boleh bekerja dan hasil perbincangan dengan Jabatan Insolvensi, cuma perlu membayar jumlah bulanan yang jauh lebih sikit dari apa yang perlu dibayar dengan Bank. Dalam sesetengah kes dan keadaan, tindakan Bankrapsi memberi “kebebasan” kepada Penghutang secara tidak langsung.

      Bank pulak akan jadi “sakit hati” bila buat tindakan Bankrapsi dengan mengeluarkan belanja Loyar dan Mahkamah. Bila dah dapat keBankrapan, 10 Bank lain “tumpang sekaki” untuk memfailkan “Proof of Debt” dengan Jabatan Insolvensi tanpa perlu keluar belanja yang besar. Tindakan sebegini merupakan tindakan “penamat” yang boleh dilakukan oleh Bank supaya fail “Hutang Lapuk” boleh “ditutup” dan dipindahkan ke Bahagian “Recovery”. Sebab tu lebih senang “jual” kepada Agen Kutip Hutang kut kut dapat kutip.

      Saya rasa penjelasan ini sudah cukup bagi Cik Ain dan juga pembaca pembaca yang lain. Sila jawab persoalan saya dan buat semakan CTOS tu.

      Kalau belum baca tentang TEMBERANG PENGUTIP HUTANG, sila baca disini:

      BAHAGIAN 1

      http://www.ceritahutangbankdananda.com/index.php/2015/10/02/pendedahan-eksklusif-bahagian-1-cerita-agen-pengutip-hutang-debt-collection-agency/

      BAHAGIAN 2

      http://www.ceritahutangbankdananda.com/index.php/2015/10/05/pendedahan-eksklusif-bahagian-2-cerita-agen-pengutip-hutang-debt-collection-agency/

      BAHAGIAN 3

      http://www.ceritahutangbankdananda.com/index.php/2015/10/08/bahagian-akhir-pendedahan-eksklusif-cerita-agen-pengutip-hutang-debt-collection-agency/

      dan panduan menangani Pengutip Hutang

      http://www.ceritahutangbankdananda.com/index.php/2015/10/11/panduan-menangani-agen-kutip-hutang/

      • aminudin

        Sy ada hutang dgn eon beli brg krng 2k,tp xdpt jelaskn skg…mcm2 srat dh smpai.soala sy,kalau gagal xbyar bleh bank smpanan kta dbeku kn x?

        • Abu Ammar

          Assalamualaikum Tuan Aminudin

          Bagi kes kes yang melibatkan jumlah kecil bawah RM3K bahkan RM5k biasanya melibatkan Courts Mammoth, AEON dan Seng Henga dan yang seumpamanya, bukan tidak boleh diambil tindakan undang undang tetapi ia melibatkan faktir kos. Daripada peringkat Notis Tuntutan Loyar sehingga mendapat Penghakiman, belanjanya dah dekat RM1K atau lebih bergantung kepada Loyar. Nak melaksanakan Penghakiman pun kena belanja duit lagi. Dapat kutip tak tentu lagi dan mereka tidak mahu mengambil risiko untuk berbelanja RM2000 atau lebih untuk kutip RM2000 – RM3000. Tak berbaloi

          Adalah lebih “menjimatkan” untuk mengupah Agen Kutip Hutang atau kakitangan dalaman syarikat untuk mengejar hutang tersebut. Kos pengutipan kurang sedikit. Pembekuan akaun TIDAK BOLEH dilakukan melainkan ada tindakan Garnisi (kena ada Penghakiman dulu) atau tindakan keBankrapan yang TIDAK MUNGKIN berlaku kerana baki hutang hanya RM2K lebih. Kalau akaun Kad Kredit kena jaga jaga sebab faedahnya boleh mencecah RM30K kalau dibiarkan begitu sahaja kerana struktur faedah yang tinggi.

        • Jeff Lee

          @ amin

          It will cost more than 3K to pursue in a Court Of Law (plus “beku”).
          You can always keep minimum amount of monies in your bank account.
          Most of debts defaulters open Bank Joint Savings Account with your name as “second name”.
          It is very troublesome for banks to try to “beku” joint names accounts.
          Your defaulted amount to too small to take action in a Court of Law (Magistrate Court) so do not worry so much.
          Only with an action in a court of law, only then “garnishment”/”beku” court order can be issued. It can cause the bank/eon lots of monies upfront.

          However, it is my personal opinion that since the amount is so small, do try to pay back by longer instalments, bit by bit, to avoid future harassments by Bill Collectors.