Proses Tindakan Undang Undang: Pinjaman Peribadi/Persendirian Bahagian 3 1155 Comments



BAHAGIAN 3 – PROSES TINDAKAN PENGHAKIMAN

 

NOTA: Sila fahami tindakan undang undang yang “sah” yang boleh dilakukan oleh Bank kepada peminjam didalam artikel ini. Jika anda diganggu oleh Agen Pengutip Hutang, anda boleh baca artikel berikut untuk mengetahui TEMBERANG mereka disini:

 

BAHAGIAN 1

 

https://www.ceritahutangbankdananda.com/index.php/2015/10/02/pendedahan-eksklusif-bahagian-1-cerita-agen-pengutip-hutang-debt-collection-agency/

 

BAHAGIAN 2

 
https://www.ceritahutangbankdananda.com/index.php/2015/10/05/pendedahan-eksklusif-bahagian-2-cerita-agen-pengutip-hutang-debt-collection-agency/

 

BAHAGIAN 3

 

https://www.ceritahutangbankdananda.com/index.php/2015/10/08/bahagian-akhir-pendedahan-eksklusif-cerita-agen-pengutip-hutang-debt-collection-agency/

 

PANDUAN MENANGANI AGEN PENGUTIP HUTANG

 

https://www.ceritahutangbankdananda.com/index.php/2015/10/11/panduan-menangani-agen-kutip-hutang/

 

HIMPUNAN TEMBERANG AGEN PENGUTIP HUTANG TAHUN 2015 DAN 2016

 

https://www.ceritahutangbankdananda.com/2017/01/himpunan-temberang-temberang-agen-kutip-hutang-2015-dan-2016/

 

 

Kita sambung semula bab tindakan undang undang yang boleh diambil oleh Bank terhadap peminjam yang gagal membayar pinjaman mereka.  Harus diingat bahawa Agen Pengutip Hutang TIDAK BOLEH mengambil tindakan tindakan ini tetapi BOLEH “menggempaq” atau menakut nakutkan peminjam dengan tindakan tindakan berikut:

 

TINDAKAN PENGHAKIMAN

Pada artikel sebelum ini kita telah saksikan bahawa Penghakiman dari Mahkamah telah pun didapati. Jadi kita ulangkaji info grafik atau gambar sebelumnya untuk menyegarkan ingatan anda.

LEGALPROCESSMALAYP6

Untuk melihat dokumen dokumen tindakan undang undang yang sebenar, anda boleh rujuk disini:

 
https://www.ceritahutangbankdananda.com/index.php/2015/09/13/mari-fahami-dokumen-dokumen-undang-undang-yang-ori-dan-yang-palsu/

 
Seperti yang anda boleh lihat, ada beberapa pilihan yang boleh dibuat oleh Bank untuk “memaksa” atau “memujuk” peminjam membuat bayaran melalui Tindakan Penghakiman beserta dengan anggaran masa yang diperlukan untuk melaksanakannya. Kita akan lihat satu persatu Tindakan Penghakiman yang boleh dilaksanakan.

 

 

TINDAKAN KEBANKAPAN

Jikalau jumlah penghakiman beserta dengan faedah selepas Penghakiman (dikira atas jumlah besar atau “seketul” Penghakiman) dan lain lain kos melebehi RM30,000, maka keputusannya agak mudah iaitu Tindakan Kebankrapan kerana itu yang paling ditakuti oleh peminjam kerana banyak “kebebasan” peminjam akan di”bekukan” antaranya ialah:

  • Segala urusan kewangannya akan ditadbir oleh Pegawai dari Jabatan Insolvensi Malaysia.
  •  

  • Akaun Banknya akan dibekukan sehingga mendapat surat kebenaran dari Jabatan Insolvensi.
  •  

  • Si Bankrap perlu menyatakan dan menyerahkan senarai segala aset dan pendapatannya dan maklumat perbelanjaan bulanannya. Pegawai Insolvensi akan menetapkan jumlah yang akan dibayar kepada pihak Pemiutang setelah meneliti dan berbincang dengan peminjam yang sudah Bankrap.
  •  

  • Tidak boleh memegang sebarang jawatan dalam syarikat seperti pengarah dan rakan kongsi.
  •  

  • Tidak boleh keluar dari Malaysia tanpa kebenaran Ketua Pengarah Jabatan Insolvensi. Perlu menyerahkan Paspot antarabangsa jika ada memilikinya.
  •  

  • Jabatan Insolvensi akan menyemak status hutang si Bankrap dengan lain lain Bank dan akan memasukkan segala hutang tersebut dalam rekodnya. Maksudnya jika kes Kebankrapan asal hanya RM30,000, jika ada hutang lain berjumlah RM100,000, ia akan di”campurkan” sekali dan selagi tidak selesai, tidak boleh mendapat pelepasan. Yang lagi haru, kalau ada sesiapa selain dari Bank yang peminjam ada berhutang, boleh memfailkan “Proof of Debt” atau “Penyata Bukti Hutang” dan jumlah ini juga akan dimasukkan sekali. Bayangkan kalau masa muda muda dan nakal dulu selalu menyakat Penjual Roti dan Apek Ais Krim ambik roti dengan aiskrim free tak bayar, jika mereka masih hidup dan dapat tahu peminjam kena Bankrap, mereka boleh membuat tuntutan jika mereka mahu (contoh yang ekstrem la, nak tunjuk kes ni “berat nanang”) Itulah diantara “penangan” menjadi seorang yang Muflis atau Bankrap. Akan tetapi, peminjam masih boleh bekerja seperti biasa cuma perlu mematuhi plan pembayaran dengan Jabatan Insolvensi.

 

Kita masih perlu bersyukur kerana tidak hidup dizaman penjajah British. Ada diberitakan kepada saya pada zaman British dahulu sesiapa yang kena Bankrap hanya boleh memakai seluar pendek, singlet dan selipar sahaja untuk menunjukkan “kedudukan”nya dalam masyarakat. Kalau yang perempuan tak tahu la pulak tapi zaman dulu jarang atau tiada kaum wanita yang kena Bankrap. Ambik pinjaman pun rasanya tak ada. Tolong betulkan saya kalau saya salah.

Jadi Tindakan Penghakiman melalui proses Kebankrapan merupakan “senjata” utama bagi pihak Bank. Bagaimana pulak kalau jumlah tak sampai RM30,000 atau dekat dekat nak sampai RM30,000 tapi belum kesampaian? Kalau dekat dekat nak sampai RM30,000, boleh tunggu sehingga faedah mencukupkan jumlahnya. Kita akan bincang dengan lebih terperinci prosedur kebankrapan ini di posting yang lain (kalau tidak posting ni jadi panjang sangat, ramai yang komplen tak mau artikel panjang panjang, malas nak baca katanya) dan masa yang diambil untuk membuat peminjam seorang Bankrap atau Muflis adalah dalam jangkamasa 6 (ENAM) hingga 8 (LAPAN) bulan sekiranya semuanya berjalan dengan “lancar”.

 

 

 

WRIT OF SEIZURE AND SALE / PERINTAH PENYITAAN DAN JUALAN SECARA LELONGAN

“Masalah” akan timbul apabila jumlah Penghakiman ‘agak jauh” dari RM30,000 dan kalau nak tunggu nak campur dengan faedah, alamat sampai ke TUA kat situ la menunggu maka alternatif lain perlu dicari jika tidak dapat “memujuk” peminjam membayar dengan beransur ansur. Kita boleh lihat grafik dibawah berkenaan dengan suatu penghakiman berjumlah RM14,000, pada kadar faedah 6% dan masa yang diambil untuk mencapai angka lebih dari RM30,000:

JUDGMENT2

Anda boleh lihat sendiri kalau nak tunggu jumlah faedah yang dikompaun pun akan memakan masa 13 (TIGABELAS) tahun lebih atau kira “cincai” 14 (EMPATBELAS) tahun walhal had untuk melakukan Tindakan Penghakiman hanyalah sehingga 12 (DUABELAS) tahun sahaja.  Jadi pilihan seterusnya ialah “Writ of Seizure and Sale” atau secara bebasnya diterjemahkan kepada “Perintah Penyitaan dan Jualan Secara Lelongan“. Ia adalah sebahagian dari “Writ of Execution” atau “Perintah Pelaksanan“. (Kalau nak detail boleh tanya Tuan Loyar anda. Ada beberapa lagi “Rules of Court” yang perlu dipatuhi. Dalam konteks artikel ni, ini sudah memadai)

Dalam kes ini, Bank boleh membuat permohonan kepada Mahkamah untuk mendapat Perintah untuk menyita dan menjual segala barang yang dipercayai milik peminjam yang terdapat didalam rumah yang didiami oleh peminjam tidak termasuk baju yang sedang dipakai (kalau tengah pakai tuala nasib hang lah) dan juga isteri dan anak anak dan lain lain perkara yang menasabah (tidak yang mena”sarawak”) seperti tong gas, periuk belanga, seluar dalam dan peralatan yang digunakan untuk mencari nafkah seperti playar, sepana dan lain lain. Saya tak pasti jika nilainya sudah dipinda tetapi nilai barang barang persendirian tadi tidak melebihi RM200.00. Hmm.. mungkin patut dipinda sebab baju isteri pun kain sahaja dah RM200 lebih. Walaubagaimanapun, budibicara akan diberi dan tidaklah se”extreme” macam tu.

Apa yang akan berlaku ialah setelah mendapat perintah ini, pegawai Bank dengan diiringi oleh “Bailiff” Mahkamah akan pergi kerumah peminjam dan menyenaraikan dan menandakan segala apa yang terdapat dirumah peminjam yang dikira “berharga” dan membuat anggaran nilai setiap barangan tersebut (biasanya murah la dalam 50% harga sebenar) dan menjumlahkannya. Selepas itu peminjam akan diberi masa selama 14 (EMPATBELAS) hari dari tarikh itu untuk membuat bayaran. Sekiranya gagal, kesemua barangan tersebut akan dilelong. Seorang pengawal keselamatan akan ditugaskan untuk “menjaga” rumah peminjam selama 14 (EMPATBELAS) hari untuk memastikan tiada barang yang dibawak keluar oleh peminjam. Kos “jaga” ini akan ditanggung oleh peminjam. Perlu diingat bahawa seandainya perabut dan TV LED 90 inci yang ada dalam rumah peminjam masih ada hutang contohnya dengan Courts Mammoth atau Seng Heng, anda TIDAK BOLEH ambil kerana ia bukan kepunyaan peminjam, Kalau baru ambil sebab nak RAYA (“Skim” 3 bulan baru bayar) lagi haru sebab satu sen pun belum bayar. Jadi kena peka dalam hal ini.

Dalam situasi ini akan banyak berlaku kekecohan kerana faktor malu dengan jiran jiran terutamanya anggaran harga yang diberikan. Itulah yang sebenarnya pihak Bank mahu kerana kalau nak lelong barang pun berapa sangat dapat.  Inilah gunanya pasukan “CSI” untuk membuat analisa awal. Kalau rumah macam istana dan barang barang pun “branded” berbaloi lah jugak. Tapi kalau ada TV hitam putih dan perabut buruk dua tiga ketul tak berbaloi nak buat cuma berbaloi untuk faktor membesarkan ke”malu”an peminjam.

 

IKUTI KISAH SEBENAR TINDAKAN WSS YANG TELAH DILAKUKAN OLEH SEBUAH BANK DISINI:

https://www.ceritahutangbankdananda.com/index.php/2014/08/14/proses-tindakan-undang-undang-pinjaman-peribadipersendirian-bahagian-3/comment-page-5/#comment-1247

 

NOTA: KES MASIH LAGI BERJALAN

RINGKASAN KES: Si Isteri (Peminjam) telah dikenakan tindakan WSS. Suami kepada peminjam telah tidak membenarkan Lawyer dan Bailiff Mahkamah untuk masuk kerumah dan mereka terpaksa balik dan mungkin akan mendapatkan perintah untuk “Waran Pecah Masuk” dimana mereka akan datang lagi dengan tukang kunci dan pegawai polis sebagai “backup”.

Risikonya bagi Bank disini ialah peminjam boleh mengeluarkan barang barang berharga daripada rumah sementara “menunggu” Bailiff dan Loyar atau Pegawai Bank datang dan pada hari tu mungkin boleh tanda barang barang lusuh sahaja.

Satu lagi risiko tindakan ini ialah peminjam boleh membuat dakwaan (dengan resit dan kenyataan bersumpah) bahawa kesemua barangan dalam rumah bukan haknya, sebaliknya milik isteri atau tuan rumah kalau rumah itu rumah sewa. Peminjam boleh mengemukakan atau menfailkan Notis “Penangguhan Pelaksanaan Perintah” atau “Stay of Execution” di Mahkamah atas alasan alasan tadi dan juga memfailkan “Saman Interplider” untuk mengecualikan barang barang yang telah ditanda oleh Bailiff. Jadi pihak Bank perlu berhati hati dalam membuat tindakan ini kerana mungkin tidak berbaloi. Dahlah masa nak mendapatkan Perintah agak lama (makan bulan jugak) terutamanya di bandar besar macam Kuala lumpur sebab banyak kes, nak dapatkan atau “booking” Bailiff Mahkamah pun jenuh juga sebab bilangan Bailiff tidak ramai.

 

Tindakan ini paling “sedap” dilaksanakan keatas syarikat yang memang “confirm” barang barang tu dia punya. Paling tidak, kita boleh kunci pintu kedai selama 14 (EMPATBELAS) hari. Kalau memang jenis masih meniaga dan ada reputasi, mesti bayar atau “nego” punya. Satu contoh beberapa tahun dahulu ada satu kes “terbalik” iaitu pelanggan menyaman Bank yang mana pelanggan adalah rakan kongsi suatu syarikat yang mempunyai akaun dan sejumlah wang yang agak besar didalam Bank itu. Rakan kongsi yang seorang lagi telah meninggal dunia dan Bank enggan menyerahkan duit kepada rakan kongsi yang satu lagi. Apabila menang kes, Bank masih buat tak tahu sehingga Perintah Penyitaan diserahkan dan Bank telah di “sealed” atau dikunci (rasanya ada lagi “customer” kat dalam).  Apa lagi, hari tu jugak bayaran dibuat. Bagi individu, berdasarkan faktor yang telah diterangkan diatas, payah sikit la. Prosesnya lambat dan risiko tak berbaloi.

 

 

GARNISHEE ORDER ATAU PERINTAH GARNISI

Ini adalah satu kaedah “serang hendap” iaitu memberikan Perintah kepada sesiapa (biasanya Bank) yang memiliki duit yang dipunyai oleh peminjam atau individu yang ada hutang dengan peminjam dan mendapat maklumat duit tersebut akan masuk keakaun peminjam atau hutang tersebut masih belum dibayar kepada peminjam. Apabila mendapat Perintah ini, pemegang duit atau hutang itu akan menyerahkan jumlah yang dituntut atau apa juga jumlah walaupun kurang dari jumlah yang dituntut. Cuma gaji bulanan TIDAK BOLEH di tuntut kerana bersalahan dengan Seksyen 31 Akta Pekerjaan 1955 yang memberi perlindungan kepada pekerja dalam soal gaji.

Selain dari itu, ada beberapa pihak atau keadaan yang tindakan ini tidak boleh dilaksanakan antaranya:
 

  • Pihak Kerajaan
  •  

  • Peminjam dah meninggal
  •  

  • Dibawah Seksyen 11, Akta Pampasan Pekerja 1952, sebarang pampasan bagi peminjam tidak boleh di ambil tindakan Garnisi.
  •  

  • Dibawah Seksyen 41 Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 juga tidak membenarkan sebarang caruman atau pampasan di kenakan tindakan ini.

 

Oleh itu tindakan “serang hendap” ini juga berisiko tinggi untuk tidak berjaya. Masa yang diperlukan untuk mendapatkan Perintah ini juga agak lama dan kadang kadang “timing” lari iaitu duit yang nak dicekup dah masuk tapi Perintah tak keluar lagi. Jadi kalau nak buat kena fikir panjang panjang dan risikan “CSI” mesti “cun cun”. Kalau tidak “bungkuih”

Sila ikuti kisah tindakan sebenar Garnisi yang telah dilakukan oleh Bank termasuk tindakan tidak beretika garnis akaun gaji yang masih dalam proses aduan. Boleh baca di sini:

 
https://www.ceritahutangbankdananda.com/index.php/2015/12/06/kes-garnisi-terbaru/

 

 

SAMAN PENGHUTANG PENGHAKIMAN / JUDGMENT DEBTOR SUMMONS

Tindakan ini jarang dilakukan yang boleh membuatkan peminjam masuk penjara. Suatu tindakan yang boleh dianggap “baik” oleh pihak Bank terutamanya bagi peminjam yang keras kepala dan menyakitkan hati tapi ia tidak semudah itu. Apa yang Bank mahu ialah situasi “menang menang” bagi Bank dan situasi “kalah kalah” bagi peminjam. Maksudnya kalau diikutkan hati kerani dan pegawai yang mengendalikan kes peminjam setelah sekian lama menunggu dengan perasaan “bengkek” yang meluap luap, dengan tindakan ini, bayaran penyelesaian hutang dapat, peminjam pun masuk penjara. Malangnya ia tidak akan berlaku sekaligus. Masuk penjara mungkin, tapi tak dapat bayaran dan “belanja” untuk makanan peminjam dalam penjara pulak Bank kena tanggung sekadar yang “basic” tiga kali sehari.

Bank juga perlu menjaga reputasi supaya tidak kelihatan “zalim” (zalim baham faedah takpe, orang tak nampak atau tak sedar – sebab ekonomi berasaskan hutang dan kebergantungan) lebih lebih lagi masa sekarang ni masa fenomena “boikot” yang sedang menjadi jadi. Mereka tak mau jadi macam satu Bank yang “terkenal” yang menutup beberapa akaun pertubuhan orang Islam yang menyalurkan bantuan kepada rakyat Palestin. Yang peliknya, cawangan Perbankan Islam Bank ini yang diishtiharkan “halal” sebelum ini tidak semena mena menjadi “haram” padahal operasi dan “modus operandi” nya sama aje dengan perbankan “Islam” yang lain. Hmmm….

Ok, kita sambung balik proses “Judgment Debtor Summons” ini…

Prosesnya begini:

  • Peminjam akan di “Saman” atau dipanggil ke Mahkamah untuk memberikan butir butir beserta bukti bukti, maklumat pendapatan dan perbelanjaannya dan akan diteliti keupayaannya untuk membayar hutang yang tertunggak.
  •  

  • Jika peminjam tidak hadir pada tarikh yang ditetapkan, satu Waran Tangkap akan dikeluarkan.
  •  

  • Seandainya peminjam gagal untuk mematuhi Perintah ini, suatu Notis yang dipanggil “Notis Penghakiman” akan dikeluarkan dan peminjam akan diminta menjelaskan atas alasan apa beliau tidak boleh dimasukkan ke Penjara kerana gagal mematuhi Perintah Mahkamah ini.

 

Tu dia. “Brutal” jugak cara tindakan ini. Akan tetapi harus diingat bahawa Tuan Majistret dan Tuan Hakim adalah manusia biasa dan mempunyai perasaan. Memang ada yang “ikut buku” tetapi kebanyakannya akan bersimpati dengan peminjam. Apa taknya, peminjam akan datang dengan membawa bukti perbelanjaan lebih dari bukti pendapatan terutamanya yang berniaga sendiri ditambah pula dengan cerita cerita menyayat hati mengalahkan cerita filem “Bollywood”. Datang pun dengan “baju buruk”, rambut serabai, misai dan janggut tak bercukur dan untuk “menambah perisa” lagi, tak pakai ubat ketiak bagi tujuan “menyerlahkan” kesusahan dan penderitaan yang ditanggung. Tapi kadang kadang strategi “Ketiak Busuk Move” ini boleh memakan diri kerana mungkin Tuan Majistret atau Tuan Hakim tak tahan bau masam ketiak lalu tergesa gesa nak selesaikan kes dengan cepat dan mungkin peluang nak bagi “cerita sedih” melepas begitu sahaja. Kalau boleh datang dengan “Wilcha” lagi bagus. Dramatik giler. Silap silap pegawai Bank dengan Tuan Loyar pun boleh menangis teresak esak. Bagi sesetengah Tuan Hakim dan Tuan Majistret, ini adalah kes suatu “Bank yang besar lagi kaya” yang sedang “membuli” seorang rakyat “marhaen” yang tidak berdaya dan penuh dengan “penderitaan”. Jadi biasanya tindakan ini kurang berkesan dan kalau dapat bayaran pun “ciput” aje. Mengabihkan “bogheh” dan airmata free aje.

Jadi Tuan Tuan dan Puan Puan, itulah secara “ringkas”nya prosedur prosedur dan tatacara Tindakan Penghakiman yang boleh dikenakan kepada Peminjam. Dalam bab Kebankrapan, kita akan perincikan dalam satu posting khas kerana ini yang akan selalu digunakan oleh Bank. Persoalan seterusnya, macamana kalau hendak membuat bayaran selepas Penghakiman. Teruskan membaca….

 

BAYARAN SELEPAS MENDAPAT PENGHAKIMAN

Bercakap tentang bayaran selepas Penghakiman, ada beberapa perkara yang anda perlu fahami. Ada yang nak bayar RM50.00 saja sebulan supaya “biar padan muka Bank” (sebenarnya satu tindakan yang “kurang cerdik”) dan ada yang taknak bayar langsung sebab “merajuk” dengan tindakan Bank. Kita lihat dulu contoh ini. Katakan butir butir penghakiman adalah seperti berikut:

  • Tarikh Penghakiman       : 15 Jun 2014
  •  

  • Jumlah Penghakiman       : RM14,000.00
  •  

  • Kadar Faedah               : 6% setahun sehingga penyelesaian penuh
  •  

  • Kos kos lain               : RM600

 
Jadi kalau peminjam berhasrat untuk bayar RM50.00 (atas Perintah Mahkamah, biasanya Bank tak akan terima cadangan atau “proposal” macam ni) supaya “padan muka Bank dapat sikit”, kita lihat apa yang berlaku dan cara pengiraannya:

 
JUGDMENTMELAYU

 
Seperti yang anda boleh lihat dalam contoh kiraan diatas, kalau setakat bayar tapi tak cukup nak “cover” interest tidak akan membawa apa apa “pekdah” kerana “pokok” tidak berubah dan Bank hanya mengambil “bunga” dan “buah” sahaja.  Melainkan ada perintah dari Mahkamah untuk pembayaran sedemikian, adalah tidak memberi manfaat kepada peminjam sekiranya ada niat untuk melangsaikan hutang dan bagi pihak Bank, terpaksa “mantain” akaun walaupun dapat duit “celah gigi” aje. Tapi takdelah sampai “padan muka”. Ambik duit keluar resit, itu saja. Taklah susah sangat melainkan tiap tiap bulan dapat RM50 dalam bentuk 5 sen 5 sen. Itupun boleh handle lagi, cuma boring sikit la. Sebab tu kalau nak buat perundingan dan ada niat nak settle, bayar untuk “cover” kos dan runding untuk dapat diskaun dari jumlah faedah dan “cover” 10% hingga 25% dari jumlah Penghakiman atau lebih supaya interest atau faedah yang mendatang dapat dikurangkan. Bayaran bulanan seterusnya mestilah boleh “cover” faedah bulanan dan “memakan” baki Penghakiman sedikit demi sedikit. Nak “menang” mutlak dengan Bank susah la sebab nama kita dah ada dalam komputer seperti dalam Bank Bank, Bank Negara seperti CCRIS dan lain lain seperti CTOS dan FIS. Itupun kalau ada “hati” nak pinjam lagi melalui “saluran perdana” Perbankan. Tapi sekarang ni takde masalah untuk dapat “pinjaman” ikut pintu belakang sebab iklan untuk beli kereta, pinjaman peribadi bersepah sepah dengan “tagline” “blacklist dan Bankrap layak memohon” atau boleh buat “sambung bayar”. Bab ni kita kupas kemudian dalam tajuk “Hire Purchase” atau “Sewa Beli”

Sekali lagi Tuan Tuan dan Puan Puan, setelah meneliti prosedur Tindakan Penghakiman, Tuan Tuan dan Puan Puan sudah boleh faham bahawa Tindakan Kebankrapan merupakan pilihan terbaik bagi Bank kerana tidak banyak “karenah” dan “songel” macam yang lain. Cuma memerlukan baki berjumlah RM30,000 sahaja. Memandangkan harga kereta dan rumah yang sudah mencecah ratusan ribu dan jutaan ringgit, ia tidak menjadi “masalah”. Masalahnya ialah baki yang kurang dari itu seperti yang telah ditunjukkan sebelum ini dan baki hutang hasil dari lelongan kereta dan rumah yang perlu dituntut.

Jadi disinilah Agen Kutipan Hutang atau Debt Collection Agency memainkan peranan yang penting sebagai “support group” untuk kutipan hutang yang lebih berkesan. Seperti juga yang saya pernah sebut dalam artikel yang lain, ada Bank yang melantik Agensi Agensi ini atas dasar komisen hasil kutipan dan ada yang menjual secara terus hutang ini dengan harga “diskaun”. Ini bergantung kepada polisi sesuatu Bank. Kesahihan dan “legality” transaksi seperti ini masih menjadi tandatanya dan perdebatan. Kadangkala ia telah pun dimasukkan kedalam perjanjian jadi mungkin ia tidak menjadi suatu isu yang besar.

Yang menjadi isunya ialah “penjualan” hutang lapuk yang telah pun di “write off” sebagai rugi  dan telah pun “habis tempoh” atau “expired” berdasarkan Akta Had Masa yang masih dijual berdasarkan kepada “usaha terbaik untuk mengutip” atau bak kata omputeh “best effort basis”. Ramai yang “kena gasak” dengan Agen Kutipan Hutang tanpa mengetahui bahawa sebenarnya hutang mereka dah “expired” dan adalah menyalahi undang undang untuk mengutipnya walaupun dari segi “moral”nya hutang masih perlu dibayar tetapi atas “budibicara” peminjam yang mungkin hanya mahu membayar harga “pokok” sahaja dan bukan “bunga” dan “buah”. Benda boleh bincang baik baik dan anda perlu menyemak kembali (jika anda sedang “bertarung” dengan geng Agensi Kutipan Hutang) samada Penghakiman anda masih “hidup” atau langsung tiada Penghakiman kerana telah luput tarikh tindakan. Agensi Kutipan Hutang pun ada etika kerja yang telah ditetapkan walaupun teknik kutipan seakan akan “along” tapi mereka bukan “along”, cuma mereka “nak tolong” kutip untuk Bank. Sebab itu kalau boleh jangan putuskan hubungan komunikasi dengan Bank, anda harus tahu apa yang mereka sedang buat. Kalau mengamalkan ilmu ghaib boleh jugak cuma ia mungkin “menghantui” anda dikemudian hari terutamanya dengan tindakan Kebankrapan dimana peluang untuk “melambat lambat”kan permainan mungkin tiada langsung. So stay in touch. “Dekat tapi Jauh”

 

 

BAGAIMANA PULA DENGAN PENJAMIN?

Soalan terakhir untuk artikel kali ini. Bagaimana dengan penjamin? Info grafik ini memberikan penjelasannya:

 
LEGALPROCESSMALAYP7

 
Cuma saya nak tambah sikit sahaja. Kalau suami jadi penjamin bagi Isteri dan sebaliknya, boleh dikatakan “biasa” dan “boleh diterima” kerana ada “perkongsian” manfaat. Kalau bercerai jadi satu masalah lain pulak iaitu selain dari perbincangan tentang “harta sepencarian”, kena pulak bincang tentang “hutang sepencarian”. Akan tetapi dari segi undang undang tidak akan memberi bekas jika anda seorang penjamin.

Bagi penjamin “sosial” seperti adik beradik dan kawan kawan, inilah risiko yang anda perlu tanggung. Jikalau peminjam mengamalkan “ilmu ghaib” anda lah yang akan menjadi penanggung “biawak hidup” dan hidup anda akan berubah akibat dari tindakan undang undang ini. Kalau adik beradik ada “chan” lagi jumpa masa Raya tapi kawan kawan boleh hilang sekelip mata. Jadi fikirlah “masak masak” sebelum bersetuju menjadi penjamin. Ramai yang jadi Bankrap tak pasal pasal.

Sekian sahaja bab Tindakan Undang Undang bagi pinjaman peribadi. Bagi pinjaman perumahan dan kereta, ada sedikit kelainan kerana ada Akta tersendiri yang perlu dipatuhi. Pengakhirannya adalah sama iaitu mendapatkan Penghakiman selepas atau sebelum lelongan rumah atau kereta mengikut beberapa keadaan tertentu. Kita akan bincang dengan panjang lebar di artikel yang lain. Buat sementara waktu, “hadamkan” yang ini dahulu…

 

Setelah meneliti tindakan undang undang yang boleh dilakukan kepada Peminjam, anda boleh lihat dokumen dokumen yang digunakan dalam proses tindakan undang undang yang sebenar. Anda boleh baca artikel ini:

 

MARI FAHAMI DOKUMEN UNDANG UNDANG YANG SEBENAR

https://www.ceritahutangbankdananda.com/index.php/2015/09/13/mari-fahami-dokumen-dokumen-undang-undang-yang-ori-dan-yang-palsu/

 

SESI ULANGKAJI

 

PROSES TINDAKAN UNDANG UNDANG PINJAMAN PERIBADI BAHAGIAN 1:

https://www.ceritahutangbankdananda.com/2014/08/proses-tindakan-undang-undang-pinjaman-peribadipersendirian-bahagian-1/

 

PROSES TINDAKAN UNDANG UNDANG PINJAMAN PERIBADI BAHAGIAN 2:

https://www.ceritahutangbankdananda.com/2014/08/proses-tindakan-undang-undang-pinjaman-peribadipersendirian-bahagian-2/

 


Leave a Reply / Masukkan Komen Anda

1,155 thoughts on “Proses Tindakan Undang Undang: Pinjaman Peribadi/Persendirian Bahagian 3

  • UDEJALIL

    salam.. abg saya telah buat banyak hutang. sehingga ini ditulis dia telah dikeluarkan waran tangkap. so, dia tengah buntu. dia telah diberhenti kerja. then. masa buat hutang bank tu, dia guna alamat rumah emak dan ayah kami. so, dia call ada pegawai polis dari JB call dia kata nak sita rumah emak ayah di Johor. ada kah ini betul? abang kata dia x bayar hutang selama setahun. selain tu, dia juga tak jawab panggilan telefon dari pihak bank. mohon penjelasan

    • Abu Ammar Post author

      Wa’alaikumussalam Udejalil

      Mana ada tak bayar hutang kena Waran Tangkap melainkan dah ada Penghakiman dan pelaksanaan tindakan Penghakiman “Judgment Debtor Summons” atau “Saman Penghutang Penghakiman”. Ini agen Kutip Hutang menyamar jadi Polis. Lapurkan kepada polis supaya pihak polis boleh tangkap “polis palsu”. Hutang dengan Bank mana dan berapa jumlah hutang? Baca kat sini tentang TEMBERANG TEMBERANG Agen Kutip Hutang:

      https://www.ceritahutangbankdananda.com/2017/01/himpunan-temberang-temberang-agen-kutip-hutang-2015-dan-2016/

      • udejalil

        owh. makna nya? ok.. kalau pihak bank kata dah serah pada mahkamah. tapi setahun pihak bank cari abang dan dia menghilang. bagaimana cara nak selesai masalah? boleh bincang dengan bank tak? lagi pun abang tengah tak kerja. oil n gas sekarang out.. keje lain susah.

        NOTA: SAYA GABUNGKAN SOALAN TUAN SEBELUM INI

        salam tuan. permasalahan abang ni. dia ada buat pesenel loan dengan bank rakyat. pada 2016, dia diberhenti kerja. terus tak bayar hutang. then, dia tukar no henpon semua. so, sekarang ni, pihak bank dah dapat no dia. dia kata ada m\lawyer ugut dia. akan keluar waran tangkap untuk tangkap dia. dan sita harta benda rumah mak kami di kampong. ada kah benar pihak bank boleh buat sebegitu? mohon penjelasan… then kalau itu debt collector, boleh tak jika mereka berkasar, kami adik beradik report polis? atau ramai2 pukul debt collector tu jika masih ganggu mak kami?

        • Abu Ammar Post author

          Tuan Udejalil

          Nak bincang dengan Bank kalau tak ada “pengeras”nya tak jalan. Bank nak duit dia aje. kalau tak dapat dia buat tindakan undang undang atau upah Agen Kutip Hutang. agen boleh buat bising tapi “tong kosong” aje. Kalau dah melampau repot aje kat polis. Tapi kalau nak oukul tu tak payahlah nanti kita pulak yang masuk dalam pukul orang. Buatnya masuk hospital kan ke naya.

          Tuan perlu memahami proses dan prosedur tindakan undang undang hingga ke peringkat Bankrapsi:

          Prosedur ringkas Tindakan undang undang

          1) Loyar menghantar Notis Tuntutan kepada peminjam meminta tunggakan memberi masa 14 hari atau menamatkan perjanjian

          2) Atas arahan Bank, jika tiada bayaran, Tuan Loyar akan menfailkan Saman di Mahkamah menuntut baki hutang. Dalam Writ Saman ini ada Notis Tuntutan yang memperincikan segala baki, faedah dan kos yang dituntut.

          3) Selepas mendapat meterai dan pengesahan Mahkamah, Writ Saman ini akan disampaikan secara kediri atau melalui pos kepada Peminjam dialamat yang terakhir yang ada dalam rekod Bank. Biasanya pendengaran kes akan ditetapkan dalam masa 14 hari dari tarikh Writ atau penyampaian itu. Peminjam perlu mendaftarkan diri untuk hadir pada tarikh itu. kalau tidak pada hari itu Penghakiman Ingkar Tanpa Kehadiran akan dikeluarkan.

          4) Selepas itu Bank dan Tuan Loyar akan menunggu salinan Penghakiman yang telah dimeterai dan disahkan oleh Mahkamah

          5) Apabila salinan Penghakiman didapati, satu salinan akan dihantar kepada Peminjam

          6) Bank boleh melaksanakan Penghakiman dengan tindakan undang undang keatas Peminjam. Kalau lebih RM30 ribu, boleh buat Bankrapsi. Jika pindaan Akta Bankrapsi kepada Akta Insolvensi diluluskan, had ini dinaikan kepada RM50K

          Proses Kebankrapan adalah seperti berikut:

          1) Penghakiman (samada Penghakiman Ingkar atau yang lainnya) sudah dijatuhkan keatas peminjam (seperti diatas)

          2) Pemfailan Notis Kebankrapan. Pada waktu pemfailan tersebut jumlah baki hutang, faedah dan kos MESTILAH tidak kurang dari RM30,000

          3) Notis ini mesti diserahkan secara kediri (personal service) kepada Penghutang Penghakiman. Cubaan serahan adalah sebanyak TIGA kali. Jika gagal, Bank boleh membuat permohonan untuk membuat Penyampaian Ganti melalui Akhbar Tempatan, Penampalan Notis di Papan Notis Mahkamah dan juga Surat Berdaftar. Kalau tak dapat personal service dan perlu kepada permohonan Penyampaian Ganti, ini akan memakan masa lagi 1 – 3 bulan.

          4) Selepas 6 (Enam) bulan tempoh serahan berlaku tanpa ada apa apa bantahan/perbincangan dari Penghutang Penghakiman, beliau sudah dikira telah melakukan tindakan Kebankrapan. Selepas itu Petisyen Pemiutang pula akan dikeluarkan dan diserahkan. Proses penyerahan adalah sama dengan proses Notis KeBankrapan.

          5) Suatu tarikh akan ditetapkan untuk mendengar kes Petisyen itu dan jika tiada bantahan dari Penghutang Penghakiman dengan alasan yang dikira menasabah, maka pada hari itu beliau akan diisytihar sebagai seorang Bankrap.

          Setelah Bankrap

          Seorang Bankrap perlu melapurkan diri ke Jabatan Insolvensi terdekat. Selepas melapur diri ke Jabatan Insolvensi Malaysia (JIM) dan mengisi borang borang yang diperlukan, Cik/Tuan/Puan boleh memohon untuk pelepasan semua akaun yang telah dibekukan, pengeluaran dan penutupan akaun dan memilih akaun mana yang hendak dikekalkan. Biasanya kita akan kekalkan akaun yang digunakan untuk kemasukan gaji. InsyaALLAH kebenaran akan diberi berdasarkan perbincangan dengan Pegawai Insolvensi. Berapa lama saya tidak boleh memberi kepastian cuma apabila melapur diri bawalah bukti bukti pendapatan dan perbelanjaan yang lengkap supaya boleh dipastikan berapa jumlah yang mampu dibayar setiap bulan kepada Jabatan Insolvensi.

          Untuk seseorang Bankrap melapurkan kepada JIM, lebih banyak maklumat peribadi akan ditanya berbanding dengan pinjaman biasa. Ini adalah kerana perbelanjaan anak anak (tempat tinggal, sara hidup,pembelajaran, bas sekolah jika ada) boleh dimasukkan kedalam Kos Sara Hidup seorang Bankrap. Sebahagian kecil perbelanjaan untuk ibu bapa yang telah uzur juga dibenarkan. Jika seorang Bankrap melapurkan diri kepada JIM dan membuat bayaran bulanan, beliau mungkin boleh mendapat kebenaran untuk menggunakan Kad Kredit (had RM1000) dan juga boleh memiliki kereta (mungkin kereta lama) dengan nilai tidak melebihi RM5K untuk kegunaan keluarga. Tapi harus diingat,kenalah mendapat kebenaran JIM.

          Jadi, lebih ramai anak dan tanggungan , jumlah yang Cik/Tuan/Puan perlu bayar kepada JIM akan berkurangan. Kadang kadang Cik/Tuan/Puan mungkin hanya diminta membayar RM50 sebulan. Jauh lebih murah dari ansuran bulanan pinjaman peribadi Cik/Tuan/Puan, kan?

          Dalam perkara memindahkan hakmilik rumah atas nama bersama, ia tidak dibenarkan dalam Akta Kebankrapan dan segala pemindahan dalam masa 2 tahun sebelum dari tarikh Bankrap akan terbatal. Lagipun jumlah nilai rumah dengan hutang Bank mungkin tidak mencukupi untuk “cover” hutang keseluruhan. Budi bicara Pegawai Insolvensi amat diperlukan pada ketika melapurkan diri supaya tidak melelong rumah tersebut lagipun atas nama bersama. Bagi Bank Bank yang lain, mereka hanya perlu menfailkan “Proof of Debt” iaitu bukti keberhutangan siBankrap kepada JIM dan jumlah ini akan dikumpulkan sebagai jumlah yang terhutang.

          Bagi si Bankrap:

          (a) Masih boleh bekerja seperti biasa atau berniaga asalkan tidak mendaftar sebagai pengarah, rakan kongsi atau pemilik tunggal. (ramai yang berniaga “online” atau berniaga atas “proxy” atau nama orang lain.

          (b) Masih boleh mempunyai akaun Bank (satu sahaja). Pihak Jabatan Insolvensi akan mengeluarkan surat kebenaran untuk mebuka akaun dengan mana mana Bank atau memberi arahan untuk membuka semula akaun yang telah dibekukan akibat Banrupsi.

          (c) Tidak boleh keluar negara tanpa kebenaran Jabatan Insolvensi.

          (d) Boleh memiliki kereta yang bernilai RM5,000 kebawah

          (e) Boleh menggunakan Kad Kredit dengan had RM1,000 (ada ke Bank nak bagi Kad Kredit, ada kut sebab ada peruntukan mengenainya)

          (e) Yang utama sekali, Tuan/Puan tidak lagi akan diganggu oleh Bank atau Agensi Pengutip Hutang.

          Tuan boleh baca disini tentang pengalaman seseorang yang telah dikenakan tindakan KeBankrapan:

          http://www.ceritahutangbankdananda.com/2016/09/perkongsian-seorang-bankrap/

          • UDEJALIL

            6) Bank boleh melaksanakan Penghakiman dengan tindakan undang undang keatas Peminjam. Kalau lebih RM30 ribu, boleh buat Bankrapsi. Jika pindaan Akta Bankrapsi kepada Akta Insolvensi diluluskan, had ini dinaikan kepada RM50K

            ok tuan.. yang no 6 ni.. tindakan undang-undang ke atas peminjam… adakah antara tindakan bank tu boleh menyita harta benda peminjam yang tak mampu bayar? atau menyita rumah orang tua peminjam? atau menyita kereta peminjam? dan, adakah pihak bank boleh meminta pihak polis atau apa2 jer lah menangkap si peminjam? kalau dah tak boleh bayar sangat lah ni kira nya….????? klu hutang tak sampai 30k?

          • Abu Ammar Post author

            Tuan Udejalil

            Antara tindakan undang undang yang boleh dilaksanakan selepas mendapat Penghakiman adalah:

            1) Tindakan Penyitaan barang barang DALAM Rumah peminjam atau Writ of seizure and Sale. Sepatutnya Bank kena pastikan rumah tersebut adalah milik peminjam tetapi sekarang ni budak budak Bank buat bodoh aje buat prosedur ni kerana tahu kalau kena rumah mak bapak mesti kelam kabut nak bayar walaupun tahu susah nak buktikan barang barang dirumah itu adalah kepunyaan peminjam. Alasannya ialah itu adalah alamat yang digunakan oleh peminjam semasa buat pinjaman. Bagi saya ini adalah tindakan yang tidak beretika. Walaubagaimanapun, ada sedikit panduan tentang hal ini disini:

            https://www.ceritahutangbankdananda.com/2016/09/tindakan-mahkamah-tak-pakai-sms-email-fahami-proses-sita-menyita-yang-sebenar/

            2) Saman Penghutang Penghakiman

            3) Tindakan Garnisi

            Tuan boleh baca semua tindakan Penghakiman disini:

            https://www.ceritahutangbankdananda.com/2014/08/proses-tindakan-undang-undang-pinjaman-peribadipersendirian-bahagian-3/

            Tindakan nak sita atau beku akaun versi Agen kutip Hutang adalah TEMBERANG semata mata. Nak tangkap peminjam ni pun TEMBERANG aje. Adukan kepada pihak polis yang menyamar jadi polis tu. Boleh baca kat sini koleksi TEMBERANG Agen Kutip hutang:

            https://www.ceritahutangbankdananda.com/2017/01/himpunan-temberang-temberang-agen-kutip-hutang-2015-dan-2016/

  • su

    Asssalamualaikum En Ammar
    Saya ada membuat pinjaman perumahan. Sememangnya saya ada tunggakan sebanyak 2 bulan. Disebabkan masalah kewangan yang saya hadapi saya tak dapatlah membuat bayaran itu sekali gus. Jadi saya buat yang termampu sahaja dengan membayar lebih sedikit setiap bulan.
    Dan sehingga kini saya masih meneruskan bayaran itu tanpa skip satu bulan pun. Saya hanya terima surat penyata tahunan sahaja dari bank. Tiba-tiba sekarang saya menerima surat peguam mengatakan pinjaman perumahan saya dihentikan dan mereka meminta saya selesaikan total pinjaman itu dalam tempoh 14 hari.
    Apa yang perlu saya lakukan sebab saya tak berani nak hubungi pihak peguam itu yang saya kira tentu mereka hanya hendak saya buat bayaran penuh sahaja.

    • Abu Ammar Post author

      Wa’alaikumussalam Su

      Berkenaan dengan bayaran yang “kurang dari jumlah asal” tu berapa? Bagi pihak Bank bayaran yang kurang dari sepatutnya adalah bayaran yang tidak dikira sebagai bayaran yang penuh jadi bila ia berlanjutan sehingga beberapa bulan maka sudah tentu akaun akan tertunggak. Contohnya bayar hanya separuh setiap bulan maka dalam masa 12 bulan tunggakan akan menjadi 6 bulan. Ini bukan masalah buat bayaran setiap bulan tak miss tapi miss bayaran yang cukup.

      Sebelum terlambat, baik pergi berbincang dengan Bank tentang berapa sebenarnya tunggakan dan bincang bagaimana untuk menarik tindakan undang undang. Call Loyar pun tak guna kerana dia akan suruh rujuk semula kepada Bank. Kena hadapi masalah ini kalau tak mahu risiko rumah akan dilelong.

  • ramli

    Assalamualaikum, sebelum ini saya ada tunggakan pinjaman peribadi 4 bulan dan pernah dapat surat writ dari lawyer. Selepas berunding dengan pihak bank, saya perlu selesaikan sekurangnya 2 bulan untuk tidak perlu ke mahkamah. Sekarang tunggakan sudah tinggal 2 bulan. adakah kos guaman masih berjalan sekiranya saya bayar bulanan seperti biasa tanpa selesaikan tunggakan saya? pegawai bank cakap, saya kena bayar lebih sekurang-kurangnya 200 – 300 dan jika tak dapat bayar lebih, kos guaman akan dikenakan dan surat writ akan keluar untuk saya ke mahkamah? terima kasih

    • Abu Ammar Post author

      Wa’alaikumussalam Tuan Ramli

      Tunggakan masih ada dua bulan dan saya rasa kos guaman belum dibayar lagi. Kos guaman mungkin telah mencecah RM500 atau lebih dan biasanya dalam perjanjian kos ini harus ditanggung oleh peminjam. Tindakan undang undang hanya “digantung” sementara waktu dan jika tiada bayaran boleh disambung semula. Cuba kemaskini akaun dahulu.

      • ramli

        pada mulanya pegawai bank sudah beritahu untuk sekurang-kurangnya kekalkan 2 bulan jika tak mampu bayar lagi, tetapi bila sebulan berlalu pegawai bank ckp seperti lain pula, saya memang akan selesaikan tunggakan 2 bulan tapi untuk masa sekarang belum mampu, sekadar mampu bayar bulanan seperti biasa, dan bila saya berunding lagi pegawai bank ckp kena bayar extra untuk tidak dikenakan tindakan undang2, adakah ini salah satu cara pegawai bank untuk memaksa peminjam selesaikan tunggakan? bukan tak nak bayar cuma dalam masa terdekat ni belum mampu, terima kasih tuan

        • Abu Ammar Post author

          Wa’alaikumussalam Tuan Ramli

          Bank Negara telah menetapkan bahawa setiap akaun yang ada tunggakan sekurang kurangnya 3 bulan MESTI diklasifikasikan sebagai Hutang Kurang Upaya atau “Impaired Loan” dan setiap bulan lapuran akan dihantar kepada Bank Negara. Jadi setiap cawangan Bank kalau boleh tidak mahu “menonjolkan” jumlah hutang tak berbayar yang banyak yang boleh menjejaskan reputasi mereka yang mana akaun akaun tersebut berpotensi menjadi hutang tak berbayar yang lebih serius yang memerlukan peruntukan untuk kerugian. Jadi kalau maintain dua bulan dikira boleh “dikawal”. Kalau dah mula nak masuk tiga bulan maka pegawai Bank terpaksa “memujuk” peminjam untuk membuat bayaran kalau tidak rekod akan terpaksa dihantar. Pada saya inilah yang berlaku kerana tiada bayaran diterima setakat ini. Sebagai kakitangan bahagian kutipan beliau perlu berbuat sesuatu dan jika tiada bayaran dalam masa terdekat mungkin Bank akan menyambung tindakan undang undang. Itu dah jadi rutin dan standard operasi mereka.

  • Pn Riena

    As salam,
    Pada 19 Januari 2017, ibu saya yang kini berusia 67 tahun telah menerima panggilan dari nombor 03-42667229. Memandangkan ibu saya kurang jelas dengan apa yang diperkatakan ibu telah meminta pihak berkenaan bercakap dengan saya. Diawal percakapan beliau tanya siapa saya dan beliau membacakan alamat rumah di Selangor. Memandangkan alamat itu betul saya meng ‘iya’kan dan saya maklumkan saya anak kepada ibu saya. Pemanggil memaklumkan ibu saya mempunyai hutang tertunggak yang masih belum dijelas dan minta ibu menghubungi pihak lawyer untuk mengetahui lebih lanjut apa yang ibu saya telah berhutang. Pemanggil juga memaklumkan ibu saya perlu menghubungi pihak lawyer sebelum jam 12pm kerana pihak lawyer akan ke mahkamah untuk mendapatkan perintah mahkamah untuk mengambil tindakan terhadap ibu saya. Dengan keadaan yang panik dan kebetulan bapa saya meninggal hari yang sama dan baru sahaja dikebumikan dan dapat pulak panggilan yang mencemaskan ini membuatkan tekanan kepada ibu saya dan saya sendiri sebagai anaknya.

    Saya cubua hubungi lawyer yang bernama Pn Marziana di talian 03-42666229 tetapi dimaklumkan beliau sibuk. Jadi saya telah meninggalkan no phone saya untuk beliau hubungi. Selang beberapa jam beliau hubungi saya dan memaklumkan ibu saya pernah membeli motor dan motor berkenaan telah hilang dan pihak SINGER hanya mendapat 50% dari gantirugi insurans. Baki tertunggak yang harus dibayar segera mencecah RM9000 perlu dijelaskan dengan segera. Bila ditanya pada ibu, ibu maklum perkara berkenaan dah lama lebih dari 10 tahun masa itu ibu bekerja dan kini usia dahpun 67 tahun. Manalah ibu ada pendapatan lain. Katanya pihak SINGER tidak pernah hubungi beliau setelah maklum kehilangan motor dan laporan polis juga telah diberikan ketika itu. Dalam sehari ada 6 panggilan dari nombor berkenaan. Sebelum saya balik ke Selangor, diorang call hp saya. Apa yang menggeramkan saya boleh pulak diorang ugut untuk menyita barang di rumah saya untuk dapatkan nilai RM9000. Bila dimaklumkan itu rumah saya pihak mereka tidak berhak menyita barang2 di dlm rumah saya, diorang maklum dlm maklumat dia orang alamat rumah saya adalah alamat terakhir yang mereka dapat dapat lawyer. Perkara berkenaan terkandung dalam perjanjian dengan pihak SINGER dan katanya ibu saya telah pun menandatanginya. Jadi katanya mereka berhak menyita barang2 berkenaan. Bila saya tanya semasa ibu buat pinjaman alamat mana yang diberi, katanya di KL. Jadi memang sah lain dan berbeza. Yang hairannya bagaimana diorg boleh dapatkan alamat penuh yang saya tinggal sekarang di Selangor.

    Pada 20 Januari 2017 saya dapat call dari no 0193483957 maklum dari pejabat lawyer memaklum pihak mereka akan datang rumah di Selangor. Dengan nada suara yang tinggi saya maklumkan ibu saya tidak tinggal dengan saya lagi dan beliau telahpun berpindah lama di kampung. No phone ibu saya pun ada kenapa awak masih kacau saya. Yang berhutang ibu saya ..bukan saya kan. Dia siap tanya U ada kat mana skrang… saya katakan saya kerja dan dia terus letak telefon. Pada 22 Januari 2017 ada sms dari 012-6660389 maklumkan pihak mereka akan melakukan pemantauan ke rumah. Perkara ini memang cukup merisaukan keselamatan anak2 di rumah dengan ketiadaan orang lain.

    Pada pendapat tuan apa yang harus saya lakukan. Ibu saya belikan motor untuk adik saya yang hilang lebih 10 tahun tapi kenapa saya sekeluarga yang diganggu. Sedangkan saya tidak tahu menahu langsung perkara ini sehinggalah dimaklumlah oleh pihak mereka. Perlukah saya buat laporan polis dan apakah makluman yang perlu dimaklumkan kepada pihak polis. Buat masa sekarang saya telah blok nombor2 berkenaan. Tetapi yang merisaukan saya, diorg ada alamat penuh rumah saya. Saya risau dengan keselamatan anak2 saya. Terima kasih

    • Abu Ammar Post author

      Wa’alaikumussalam Puan Riena

      Pertama sekali ini semua adalah TEMBERANG belaka.

      1) Loyar tidak akan hubungi peminjam untuk kutip hutang. Itu adalah agen Kutip Hutang yang menyamar sebagai Loyar
      2) Hutang dah lebih 10 tahun dan melainkan ada Penghakiman kurang dari 12 tahun yang lalu, maka jika ada Saman boleh dilawan dengan Akta Had Masa.
      3) Sitaan atau proses WSS TIDAK AKAN BERLAKU jika tiada Penghakiman

      Fahami proses Sitaan yang sebenar dengan melayari link ini:

      https://www.ceritahutangbankdananda.com/2016/09/tindakan-mahkamah-tak-pakai-sms-email-fahami-proses-sita-menyita-yang-sebenar/

      Apa yang Puan Riena boleh buat:

      1) Minta dari Loyar nama penuh Firma Loyar supaya Cik/Puan boleh memberikan Loyar Puan untuk menghubungi mereka
      2) Berikan nombor kes Saman atau Penghakiman untuk diberikan kepada loyar Cik/Puan untuk semakan

      Jikalau mereka berdolak dalih katakan Cik/Puan akan membuat lapuran polis kerana membuat penyamaran dan membuat ugutan. Jangan bimbang sangat tentang mereka ini. Ini adalah taktik biasa menakut nakutkan peminjam.

  • Yuyu

    Salam.
    Saya ada hutang dengan cimb bank sbnyk 25k..sya da bayar setahun tetapi pd thn 2016 sya tak mampu bayar lagi.mungkin dah setahun tunggakan..pada pendapat tuan adakah saya dah di istiharkan bankrup.kerana saya tidak menerima sebarang surat.macam manakah caranya saya hendak menyelesaikan masalah ini.apakah yang perlu saya lakukan.saya sangat buntu.ditambah lagi kejahilan saya tentang undang2.syukur blog tuan sedikit sebanyak telah membantu saya.selain itu saya jg mempunyai hutang tertunggak dengan easy rhb sebanyak 14k serta aeon 3k.semuanya saya tidak mampu bayar setelah syarikat yang saya bekerja x mampu bayar saya lagi..apa yang patut saya lakukan

    SOALAN KEDUA

    Saya nak tahu dengan tuan..sekiranya saya di istiharkan bankrup dan saya tidak tahu .apakah yang perlu saya lakukan.dan apabila saya tahu yang saya bankrup di manakah saya hendak melaporkan diri dan bagaimanakah caranya.
    Setelah itu apabila saya bankrup adalah hutang2 saya akan disatukan untuk di bayar setiap bulan..saya sangat buntu

    • Abu Ammar Post author

      Wa’alaikumussalam Yuyu

      Fahami tindakan undang undang yang sebenar. Berikut adalah prosedur ringkas Tindakan undang undang

      1) Loyar menghantar Notis Tuntutan kepada peminjam meminta tunggakan memberi masa 14 hari atau menamatkan perjanjian

      2) Atas arahan Bank, jika tiada bayaran, Tuan Loyar akan menfailkan Saman di Mahkamah menuntut baki hutang. Dalam Writ Saman ini ada Notis Tuntutan yang memperincikan segala baki, faedah dan kos yang dituntut.

      3) Selepas mendapat meterai dan pengesahan Mahkamah, Writ Saman ini akan disampaikan secara kediri atau melalui pos kepada Peminjam dialamat yang terakhir yang ada dalam rekod Bank. Biasanya pendengaran kes akan ditetapkan dalam masa 14 hari dari tarikh Writ atau penyampaian itu. Peminjam perlu mendaftarkan diri untuk hadir pada tarikh itu. kalau tidak pada hari itu Penghakiman Ingkar Tanpa Kehadiran akan dikeluarkan.

      4) Selepas itu Bank dan Tuan Loyar akan menunggu salinan Penghakiman yang telah dimeterai dan disahkan oleh Mahkamah

      5) Apabila salinan Penghakiman didapati, satu salinan akan dihantar kepada Peminjam

      6) Bank boleh melaksanakan Penghakiman dengan tindakan undang undang keatas Peminjam. Kalau lebih RM30 ribu, boleh buat Bankrapsi

      Saya sarankan supaya buat semakan dengan CTOS di http://www.ctos.com.my/CTOSHOME/selfcheck.html . Register id (klik CTOS User ID) dan ikut arahan di Skrin. Kalau tak silap saya bila dah regiater Id, satu lapuran ringkas akan diberi. Ia akan memberikan indikasi kalau ada tindakan undang undang.

      Nak tahu lebih lanjut bayar RM10 secara online untuk dapatkan lapuran secara detail. Bila dah dapat keputusan rujuk semula disini dengan email kepada saya di codetyco@ceritahutangbankdananda.com. Baru kita boleh tahu setakat mana tindakan undang undang yang telah dikenakan.

      Cara cara nak check CTOS ada kat link ini. Kredit kepada penulisnya dan terima kasih kita ucapkan.

      http://www.chatpropertymalaysia.com/how-to-check-your-credit-records-via-ccris-and-ctos/

      Secara ringkasnya proses Kebankrapan adalah seperti berikut:

      1) Penghakiman (samada Penghakiman Ingkar atau yang lainnya) sudah dijatuhkan keatas peminjam (seperti diatas)

      2) Pemfailan Notis Kebankrapan. Pada waktu pemfailan tersebut jumlah baki hutang, faedah dan kos MESTILAH tidak kurang dari RM30,000

      3) Notis ini mesti diserahkan secara kediri (personal service) kepada Penghutang Penghakiman. Cubaan serahan adalah sebanyak TIGA kali. Jika gagal, Bank boleh membuat permohonan untuk membuat Penyampaian Ganti melalui Akhbar Tempatan, Penampalan Notis di Papan Notis Mahkamah dan juga Surat Berdaftar. Kalau tak dapat personal service dan perlu kepada permohonan Penyampaian Ganti, ini akan memakan masa lagi 1 – 3 bulan.

      4) Selepas 6 (Enam) bulan tempoh serahan berlaku tanpa ada apa apa bantahan/perbincangan dari Penghutang Penghakiman, beliau sudah dikira telah melakukan tindakan Kebankrapan. Selepas itu Petisyen Pemiutang pula akan dikeluarkan dan diserahkan. Proses penyerahan adalah sama dengan proses Notis KeBankrapan.

      5) Suatu tarikh akan ditetapkan untuk mendengar kes Petisyen itu dan jika tiada bantahan dari Penghutang Penghakiman dengan alasan yang dikira menasabah, maka pada hari itu beliau akan diisytihar sebagai seorang Bankrap.

      Setelah Bankrap

      Seorang Bankrap perlu melapurkan diri ke Jabatan Insolvensi terdekat. Selepas melapur diri ke Jabatan Insolvensi Malaysia (JIM) dan mengisi borang borang yang diperlukan, Cik/Tuan/Puan boleh memohon untuk pelepasan semua akaun yang telah dibekukan, pengeluaran dan penutupan akaun dan memilih akaun mana yang hendak dikekalkan. Biasanya kita akan kekalkan akaun yang digunakan untuk kemasukan gaji. InsyaALLAH kebenaran akan diberi berdasarkan perbincangan dengan Pegawai Insolvensi. Berapa lama saya tidak boleh memberi kepastian cuma apabila melapur diri bawalah bukti bukti pendapatan dan perbelanjaan yang lengkap supaya boleh dipastikan berapa jumlah yang mampu dibayar setiap bulan kepada Jabatan Insolvensi.

      Untuk seseorang Bankrap melapurkan kepada JIM, lebih banyak maklumat peribadi akan ditanya berbanding dengan pinjaman biasa. Ini adalah kerana perbelanjaan anak anak (tempat tinggal, sara hidup,pembelajaran, bas sekolah jika ada) boleh dimasukkan kedalam Kos Sara Hidup seorang Bankrap. Sebahagian kecil perbelanjaan untuk ibu bapa yang telah uzur juga dibenarkan. Jika seorang Bankrap melapurkan diri kepada JIM dan membuat bayaran bulanan, beliau mungkin boleh mendapat kebenaran untuk menggunakan Kad Kredit (had RM1000) dan juga boleh memiliki kereta (mungkin kereta lama) dengan nilai tidak melebihi RM5K untuk kegunaan keluarga. Tapi harus diingat,kenalah mendapat kebenaran JIM.

      Jadi, lebih ramai anak dan tanggungan , jumlah yang Cik/Tuan/Puan perlu bayar kepada JIM akan berkurangan. Kadang kadang Cik/Tuan/Puan mungkin hanya diminta membayar RM50 sebulan. Jauh lebih murah dari ansuran bulanan pinjaman peribadi Cik/Tuan/Puan, kan?

      Dalam perkara memindahkan hakmilik rumah atas nama bersama, ia tidak dibenarkan dalam Akta Kebankrapan dan segala pemindahan dalam masa 2 tahun sebelum dari tarikh Bankrap akan terbatal. Lagipun jumlah nilai rumah dengan hutang Bank mungkin tidak mencukupi untuk “cover” hutang keseluruhan. Budi bicara Pegawai Insolvensi amat diperlukan pada ketika melapurkan diri supaya tidak melelong rumah tersebut lagipun atas nama bersama. Bagi Bank Bank yang lain, mereka hanya perlu menfailkan “Proof of Debt” iaitu bukti keberhutangan siBankrap kepada JIM dan jumlah ini akan dikumpulkan sebagai jumlah yang terhutang.

      Bagi si Bankrap:

      (a) Masih boleh bekerja seperti biasa atau berniaga asalkan tidak mendaftar sebagai pengarah, rakan kongsi atau pemilik tunggal. (ramai yang berniaga “online” atau berniaga atas “proxy” atau nama orang lain.

      (b) Masih boleh mempunyai akaun Bank (satu sahaja). Pihak Jabatan Insolvensi akan mengeluarkan surat kebenaran untuk mebuka akaun dengan mana mana Bank atau memberi arahan untuk membuka semula akaun yang telah dibekukan akibat Banrupsi.

      (c) Tidak boleh keluar negara tanpa kebenaran Jabatan Insolvensi.

      (d) Boleh memiliki kereta yang bernilai RM5,000 kebawah

      (e) Boleh menggunakan Kad Kredit dengan had RM1,000 (ada ke Bank nak bagi Kad Kredit, ada kut sebab ada peruntukan mengenainya)

      (e) Yang utama sekali, Tuan/Puan tidak lagi akan diganggu oleh Bank atau Agensi Pengutip Hutang.

      Tuan boleh baca disini tentang pengalaman seseorang yang telah dikenakan tindakan KeBankrapan:

      http://www.ceritahutangbankdananda.com/2016/09/perkongsian-seorang-bankrap/

  • abu

    assalamualaikum tuan,sungguh beriformatif blog tuan,moga allah membalas jasa baik tuan,saya ada pertanyaan,sy telah hadir ke akpk dan telah bejaya mempersetujui nilai untuk dibayar bulan bulan,sy masih dlm proses untuk pembayaran pertama,yg peliknya masih pengutip hutang mengaku dari bank datang memalukan saya di depan rumah saudara saya sehari selepas saya deal dgn akpk(sy tiada di situ),selain menghantar aduan ke bnm,patutkah saya mengambil tindakan undang undang ke atas mereka pihak bank,kerana membocorkan maslah hutang saya pada saudara saya,mohon pendapat tuan.terima kasih.q

    • Abu Ammar Post author

      Wa’alaikumussalam Tuan Abu

      Apa yang Tuan boleh buat ialah membuat aduan rasmi ke Bank Negara. Pergi ke bahagian Muat Turun Dokumen di Blog saya di http://www.ceritahutangbankdananda.com/muatturun/dokumen-dokumen/ dan cari tajuk nombor 2) Surat Aduan ke Bank Negara . Saya dah sediakan dokumen PDF yang Tuan boleh isikan menggunakan komputer. Nak ambik tindakan undang undang boleh tapi kena sediakan semua bahan bukti seperti saksi, dokumen dokumen dan rakaman video atau telefon jika ada. Mungkin memakan masa yang lama tapi buat aduan ke Bank Negara dahulu.

  • ct

    sy ingin bertnye pihak suami ada membuat pinjaman sblm berkahwin..dlm 7 bln tidak dpt dpt membuat pembayaran blnn dan kini ada tuntutan utk sita brg….sy inginkn kepastian pihak pemungut hutang mncari sy dan ingin sita brg sedangkn sy bkn penjamin atau rujukan.suami sbg pemiutang tdk langsung dihubungi….blh ke pihak ambil tindakn terhadap sy n keluarga ibu sy.

    • Abu Ammar Post author

      Assalamualaikum CT

      Ini semua TEMBERANG Agen Kutip Hutang. Hutang Bank ke hutang “Kot Mamot” atau AEON Credit? Gempaq gempaq nak sita ni modal mereka yang utama.

      Fahami tindakan undang undang yang sebenar. Berikut adalah prosedur ringkas Tindakan undang undang

      1) Loyar menghantar Notis Tuntutan kepada peminjam meminta tunggakan memberi masa 14 hari atau menamatkan perjanjian

      2) Atas arahan Bank, jika tiada bayaran, Tuan Loyar akan menfailkan Saman di Mahkamah menuntut baki hutang. Dalam Writ Saman ini ada Notis Tuntutan yang memperincikan segala baki, faedah dan kos yang dituntut.

      3) Selepas mendapat meterai dan pengesahan Mahkamah, Writ Saman ini akan disampaikan secara kediri atau melalui pos kepada Peminjam dialamat yang terakhir yang ada dalam rekod Bank. Biasanya pendengaran kes akan ditetapkan dalam masa 14 hari dari tarikh Writ atau penyampaian itu. Peminjam perlu mendaftarkan diri untuk hadir pada tarikh itu. kalau tidak pada hari itu Penghakiman Ingkar Tanpa Kehadiran akan dikeluarkan.

      4) Selepas itu Bank dan Tuan Loyar akan menunggu salinan Penghakiman yang telah dimeterai dan disahkan oleh Mahkamah

      5) Apabila salinan Penghakiman didapati, satu salinan akan dihantar kepada Peminjam

      6) Bank boleh melaksanakan Penghakiman dengan tindakan undang undang keatas Peminjam. Kalau lebih RM30 ribu, boleh buat Bankrapsi

      Saya sarankan supaya buat semakan dengan CTOS di http://www.ctos.com.my/CTOSHOME/selfcheck.html . Register id (klik CTOS User ID) dan ikut arahan di Skrin. Kalau tak silap saya bila dah register Id, satu lapuran ringkas akan diberi. Ia akan memberikan indikasi kalau ada tindakan undang undang.

      Nak tahu lebih lanjut bayar RM10 secara online untuk dapatkan lapuran secara detail. Bila dah dapat keputusan rujuk semula disini dengan email kepada saya di codetyco@ceritahutangbankdananda.com. Baru kita boleh tahu setakat mana tindakan undang undang yang telah dikenakan.

      Cara cara nak check CTOS ada kat link ini. Kredit kepada penulisnya dan terima kasih kita ucapkan.

      http://www.chatpropertymalaysia.com/how-to-check-your-credit-records-via-ccris-and-ctos/

      Sila baca disini tentang bab TEMBERANG sita menyita dan cara menangani Agen Kutip Hutang

      https://www.facebook.com/ceritahutang/posts/534912356666965

      http://www.ceritahutangbankdananda.com/index.php/2015/10/11/panduan-menangani-agen-kutip-hutang/

      Ini pula TEMBERANG paling top Agen Kutip Hutang:

      https://www.facebook.com/ceritahutang/photos/a.472754979549370.1073741828.323566051134931/564105717080962/?type=3&theater

  • niza

    salam tuan
    saya mempunyai tunggakan bank rakyat semua sekali dlm 14k.saya stop bayar selepas berhenti kerja lebih kurang 6thn.dlm masok 2thn ni saya ada bayar rm150 tanpa gagal.tapi pihak bank tak setuju saya bayar rm150..pihak bank suruh saya bayar 300-400..saya cakap sy tidak mampu kerana hanya suami seorang yg bekerja..dorang bagtau kalau saya tak bayar penuh mereka akan keluarkan saman dan surat sita..masalahnya saya tak terima apa surat pun.sampi sekarang saya masih bayar rm150 setiap bulan.adakah pihak bank boleh keluarkan tindakan..apa yang perlu saya buat.harap dapat membantu.

    • Abu Ammar Post author

      Wa’alaikumussalam Niza

      Fahami tindakan undang undang yang sebenar. Berikut adalah prosedur ringkas Tindakan undang undang

      1) Loyar menghantar Notis Tuntutan kepada peminjam meminta tunggakan memberi masa 14 hari atau menamatkan perjanjian

      2) Atas arahan Bank, jika tiada bayaran, Tuan Loyar akan menfailkan Saman di Mahkamah menuntut baki hutang. Dalam Writ Saman ini ada Notis Tuntutan yang memperincikan segala baki, faedah dan kos yang dituntut.

      3) Selepas mendapat meterai dan pengesahan Mahkamah, Writ Saman ini akan disampaikan secara kediri atau melalui pos kepada Peminjam dialamat yang terakhir yang ada dalam rekod Bank. Biasanya pendengaran kes akan ditetapkan dalam masa 14 hari dari tarikh Writ atau penyampaian itu. Peminjam perlu mendaftarkan diri untuk hadir pada tarikh itu. kalau tidak pada hari itu Penghakiman Ingkar Tanpa Kehadiran akan dikeluarkan.

      4) Selepas itu Bank dan Tuan Loyar akan menunggu salinan Penghakiman yang telah dimeterai dan disahkan oleh Mahkamah

      5) Apabila salinan Penghakiman didapati, satu salinan akan dihantar kepada Peminjam

      6) Bank boleh melaksanakan Penghakiman dengan tindakan undang undang keatas Peminjam. Kalau lebih RM30 ribu, boleh buat Bankrapsi

      Saya sarankan supaya buat semakan dengan CTOS di http://www.ctos.com.my/CTOSHOME/selfcheck.html (scan MyKad depan belakang untuk diemailkan untuk pengesahan). Register id (klik CTOS User ID) dan ikut arahan di Skrin. Kalau tak silap saya bila dah regiater Id, satu lapuran ringkas akan diberi. Ia akan memberikan indikasi kalau ada tindakan undang undang.

      Nak tahu lebih lanjut bayar RM10 secara online untuk dapatkan lapuran secara detail. Bila dah dapat keputusan rujuk semula disini dengan email kepada saya di codetyco@ceritahutangbankdananda.com. Baru kita boleh tahu setakat mana tindakan undang undang yang telah dikenakan.

      Cara cara nak check CTOS ada kat link ini. Kredit kepada penulisnya dan terima kasih kita ucapkan.

      http://www.chatpropertymalaysia.com/how-to-check-your-credit-records-via-ccris-and-ctos/

      Sila baca disini tentang bab TEMBERANG sita menyita dan cara menangani Agen Kutip Hutang

      https://www.facebook.com/ceritahutang/posts/534912356666965

      http://www.ceritahutangbankdananda.com/index.php/2015/10/11/panduan-menangani-agen-kutip-hutang/

      Ini pula TEMBERANG paling top Agen Kutip Hutang:

      https://www.facebook.com/ceritahutang/photos/a.472754979549370.1073741828.323566051134931/564105717080962/?type=3&theater

  • Nora

    salam tuan, saya mempunyai hutang berjumlah RM15,000.00, sudah tidak membuat pembayaran selama 10 bulan. saya telah mendapat panggilan dari ejen mengatakan bank akan mengambil tindakan sita barangan elektrik di dalam rumah jika masih tidak melakukan sebarang pembayaran. pembayaran minimum sebanyak RM150 diperlukan bagi megelakkan tindakan ini diambil. dengan keadaan ekonomi saya sekarang, saya masih tidak mampu untuk membuat pembayaran walaupun sebanyak ini. Saya buntu. Adakah pihak bank akan menyita barangan di dalam rumah sewa saya? Adakah saya akan memasuki penjara?

    • Abu Ammar Post author

      Wa’alaikumussalam Nora

      Ini TEMBERANG Agen Kutip Hutang. Tindakan Mahkamah akan disampaikan secara bertulis melalui serahan secara peribadi atau pos. Ini taktik gempaq aje supaya kita call dia dan tambah TEMBERANG lagi.

      Ini panduan menangani Agen Kutip Hutang
      http://www.ceritahutangbankdananda.com/index.php/2015/10/11/panduan-menangani-agen-kutip-hutang/

      INI LINK TEMBERANG AGEN KUTIP HUTANG

      https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=564105717080962&substory_index=0&id=323566051134931

      Fahami pulak proses tindakan undang undang yang sebenar.

      Prosedur ringkas Tindakan undang undang

      1) Loyar menghantar Notis Tuntutan kepada peminjam meminta tunggakan memberi masa 14 hari atau menamatkan perjanjian

      2) Atas arahan Bank, jika tiada bayaran, Tuan Loyar akan menfailkan Saman di Mahkamah menuntut baki hutang. Dalam Writ Saman ini ada Notis Tuntutan yang memperincikan segala baki, faedah dan kos yang dituntut.

      3) Selepas mendapat meterai dan pengesahan Mahkamah, Writ Saman ini akan disampaikan secara kediri atau melalui pos kepada Peminjam dialamat yang terakhir yang ada dalam rekod Bank. Biasanya pendengaran kes akan ditetapkan dalam masa 14 hari dari tarikh Writ atau penyampaian itu. Peminjam perlu mendaftarkan diri untuk hadir pada tarikh itu. kalau tidak pada hari itu Penghakiman Ingkar Tanpa Kehadiran akan dikeluarkan.

      4) Selepas itu Bank dan Tuan Loyar akan menunggu salinan Penghakiman yang telah dimeterai dan disahkan oleh Mahkamah

      5) Apabila salinan Penghakiman didapati, satu salinan akan dihantar kepada Peminjam

      6) Bank boleh melaksanakan Penghakiman dengan tindakan undang undang keatas Peminjam. Kalau lebih RM30 ribu, boleh buat Bankrapsi

      Saya sarankan supaya buat semakan dengan CTOS di http://www.ctos.com.my/CTOSHOME/selfcheck.html (scan MyKad depan belakang untuk diemailkan untuk pengesahan). Register id (klik CTOS User ID) dan ikut arahan di Skrin. Kalau tak silap saya bila dah register Id, satu lapuran ringkas akan diberi. Ia akan memberikan indikasi kalau ada tindakan undang undang.

      Nak tahu lebih lanjut bayar RM10 secara online untuk dapatkan lapuran secara detail. Bila dah dapat keputusan rujuk semula disini dengan email kepada saya di codetyco@ceritahutangbankdananda.com. Baru kita boleh tahu setakat mana tindakan undang undang yang telah dikenakan. Jangan risau, susah nak masuk penjara sebab tak bayar hutang. 🙂

  • Eput

    Salam tuan
    Bole tanya..sy mempunyai hutang crdt kad yg dh 10thn tak byar dan jumlah termasuk bunga 15k. Bank ( agensi hutang kot) ugut akn hantar surat makamah utk bekukan semua acc bank sy…tak cukup 30k boleh ke bekukan semua acc bank?

  • Nurul

    Salam tuan maaf ganggu sy nk tny ckit sy Ade tunggakkn loan peribadi selama 2 bln Dan masih tidak dpt settlekn lg ttp tiap2 bln sy masih buat byrn cuma tunggakkn 2 bln tu jer x dpt nk jelaskn lg.biasa nyer ape tindakan bank utk kes cmnie yer??

    • Abu Ammar Post author

      Wa’alaikumussalam. Biasanya Bank akan bagi peringatan melalui sms atau surat tapi bergantung pada polisi Bank tersebut. Ada yang bagi surat Loyar bagi tunggakan 2 bulan aje.

  • Kai

    Salam tuan.,saya ada satu pinjaman easy rhb yang dah lama saya tak bayar sejak tahun 2014. Saya dah check dengan ctos online,yang saya telah disaman oleh rhb dan perlu ke mahkamah pada tahun 2014, tetapi saya memang tak dapat surat tu. Sekarang setelah dua tahun, apa penyelesaian yang perlu saya buat.?boleh ke saya nak buat installment semua atau kena bayar semua jumlah hutang tu. Jumlah dalam rekod ctos, tahun 2014 rm4790. Saya nak beli kereta,risau tak lepas pula. Mohon tuan bantu saya beri jalan penyelesaian. Terima kasih banyak tuan.