Proses Tindakan Undang Undang: Pinjaman Peribadi/Persendirian Bahagian 2

PROSES SAMAN DAN MENDAPATKAN PENGHAKIMAN

 
Sambungan dari bahagian 1. Seperti yang telah dijelaskan sebelum ini, pada tahap menfailkan saman, Bank telah sampai keperingkat memutuskan “hubungan diplomatik” dengan peminjam iaitu membatalkan penjanjian pinjaman dan meminta semua baki hutang termasuk kos. Jadi sebelum arahan rasmi untuk memfailkan Saman dibuat kepada Tuan Loyar, buat kali terakhir, pegawai atau kerani Bank akan menghubungi peminjam samada melalui panggilan telefon atau sms memberi peluang terakhir untuk membuat bayaran dan gempaq “nak Saman” ini adalah yang betul betul dan bukan “cobaan” lagi kerana mungkin gempaq yang sama telah digunakan semasa tahap 2 atau 3 bulan tertunggak.

 
LEGALPROCESSMALAYP4

 

 
Apabila tiada maklumbalas dari peminjam, arahan rasmi pun dikeluarkan. Kadang kadang Tuan Loyar yang akan bertanya samada hendak meneruskan dengan tindakan Saman atas dasar “prihatin” untuk mengendalikan kes ini. Setelah penyediaan dokumen untuk memfailkan Saman telah siap seperti Notis Tuntutan, Tuan Loyar pun mengarahkan “anak buahnya” untuk memfailkan Saman di Mahkamah. Maka bertambahlah lagi kos bagi Bank yang akan dituntut daripada peminjam. Proses menfailkan Saman bukan “free” samada secara fizikal atau melalui “e-filing” iaitu melalui dokumen yang di”scan”. Walaupun bunyinya nampak mudah iaitu kerani yang buat proses “scan” dokumen atau “despatch” (naik motor) yang akan membuat “filing”, tetapi bil professional dan kos Tuan Loyar (selain kos “filing”) akan memaparkan seolah olah Tuan Loyar yang pergi buat “filing” sendiri dengan keretanya yang bernilai ratusan ribu ringgit yang “kuat makan minyak” siap dengan baju rasmi Loyar lagi. (Jangan mare Tuan Loyar, gurau aje)

Setelah proses “filing” selesai dengan bayaran  yang ditetapkan, kenalah tunggu (lagi!) salinan Saman dan “Tarikh Sebutan” yang akan diberi oleh Mahkamah. Bergantung kepada faktor “ding dong” (lagi!) setelah mendapatkan salinan Saman dengan “Tarikh Sebutan” dari Mahkamah, suatu salinan akan dihantar kealamat terakhir peminjam dan penjamin (jika ada) memadai dengan cara pos berdaftar. “Tarikh Sebutan” digunakan disini untuk memudahkan pemahaman. Kalau dulu memang ada tarikh sebutan iaitu peminjam kena hadir pada sesuatu tarikh yang ditetapkan. Sekarang dalam saman hanya ada suatu tempoh yang diberi sebagai contoh “Anda perlu hadir 12 hari dari tarikh ini” jadi kena kira sendirilah bila “tarikh sebutan” yang disebutkan. Kalau takde maklum balas, Penghakiman Ingkar akan diberikan pada tarikh tersebut.

 

 
Pada ketika ini penyiasatan sedang giat dijalankan oleh para “CSI” Bank untuk mengesan peminjam dan penjamin (jika ada) dan maklumat tentang harta benda mereka dan kegiatan harian mereka. Bab penjamin ni kita akan huraikan pada akhir artikel ini. Bagi peminjam, masih ada masa untuk cuba menyambung “silaturrahim” kerana julat masa “tarikh sebutan” masih ada. Kalau jenis yang “mampu tapi taknak bayar”, mereka akan mengalah dan membuat pembayaran. Bagi jenis “tak mampu dan taknak bayar” iaitu kategori “Syarif Dol”, notis Saman tidak memberi apa apa kesan (belum lagi). Untuk memahami kategori kategori peminjam, kita boleh lihat carta ini yang ada dalam artikel
 

BAHAGIAN 5- BAHAGIAN KUTIPAN HUTANG

 
collectionratingMALAY

 
Setelah masa “gencatan senjata” iaitu masa untuk “peluang terakhir” yang terakhir (berapa banyak peluang terakhir daa.. ) membuat janji baru atau membuat bayaran, maka “Tarikh Sebutan” pun sampai. Sila rujuk kepada gambar dibawah tentang kemumgkinan kemungkinan yang akan berlaku pada “Tarikh Sebutan” tersebut dan tidak perlu saya huraikan buat masa ini. Cukuplah gambar berbicara… lagipun penat jugak design gambar ni….

 

LEGALPROCESSMALAYP5A

 
Kita pergi pula ke bulan tunggakan yang seterusnya dengan merujuk kepada gambar dibawah:

 
LEGALPROCESSMALAYP5

 

 
Seperti yang tertera, bergantung kepada keputusan Mahkamah, Penghakiman akan diberikan sekiranya kes tidak dilanjutkan oleh Nota Bantahan dan berbagai bagai lagi taktik “melambat lambatkan permainan” oleh Loyar siPeminjam. Harus diingat bahawa Loyar bagi peminjam mestilah bukan dari “panel” Bank yang sama atas dasar “conflict of interest” atau “lawan tokey”. Selepas selesai proses Penghakiman ini ada pulak masa menunggu untuk mendapatkan salinan Penghakiman yang telah sahkan oleh Mahkamah biasanya dalam seminggu atau dua minggu.

Sebelum kita teruskan, saya ingin sentuh sedikit tentang tempoh masa yang dibenarkan untuk mengambil tindakan undang undang. Bank ada masa sehingga 6 (ENAM) tahun dari tarikh tunggakan bermula untuk menfailkan Saman. Maksudnya, Bank boleh biarkan akaun tertunggak selama bertahun tahun (sesuatu yang agak mustahil melainkan Bank dah nak “mapuh kerah cokeng” atau dah nak kena jual macam tahun 1997 dulu atau semua staff bak kata orang Terengganu “dok paka” atau senang cerita dari segi bahasa “universal”nya dah jadi “bengong” )

Apabila mendapat Penghakiman pulak, ada masa 12 (DUABELAS) tahun untuk membuat Tindakan Penghakiman. Jadi secara teorinya Bank ada masa sekurang kurangnya 18 (LAPANBELAS) tahun untuk mengambil tindakan undang undang dan jika tiada tindakan dibuat melalui had masa ini maka secara logik dan adilnya Bank telah melepaskan haknya untuk mengutip hutang ini. Kita akan bincang dengan lebih lanjut tentang Akta Had Masa di posting yang lain pulak. Panjang cerita. Kita habiskan cerita ni dulu.

Kita sambung balik cerita hutang peribadi kita. Selepas mendapat Penghakiman, terpulanglah kepada pihak Bank untuk mengambil pula Tindakan Penghakiman (Execution of Judgment) selepas tunggakan melepasi tahap 7 (TUJUH) bulan (lebih atau kurang) seperti yang digambarkan dibawah ini:

 
LEGALPROCESSMALAYP6

 
Seperti yang ditunjukkan diatas, ada beberapa pilihan untuk Tindakan Penghakiman bergantung kepada beberapa keadaan. Disinilah hasil siasatan “CSI” akan digunakan untuk membuat keputusan.  Kita akan kupas Tindakan Penghakiman dengan lebih terperinci selepas ini…

BERSAMBUNG…

 

PROSES TINDAKAN UNDANG UNDANG PINJAMAN PERIBADI BAHAGIAN 1:

Proses Tindakan Undang Undang: Pinjaman Peribadi/Persendirian Bahagian 1

 

PROSES TINDAKAN UNDANG UNDANG PINJAMAN PERIBADI BAHAGIAN 3:

Proses Tindakan Undang Undang: Pinjaman Peribadi/Persendirian Bahagian 3

 

Leave a Reply / Masukkan Komen Anda

  1. askum tuan,sya ad buat pnjman pribdi aeon.sya bru trima msej mngtakan akn membekukn acc sya bkenan sman mhkmh yg mreka tlh buat…adkh aeon boleh mmbkukn smua acc sya

    • Wa’alaikumussalam Norshaheeismawati

      Maaf saya tak entertain calls. Actually tak perlu call saya. Boleh majukan soalan disini. Kebanyakan masalah adalah lebih kurang sama. Tanya aje kat sini.

  2. Assalammualaikum,

    Saya ingin bertanya, saya terima writ saman daripada pejabat lawyer sebab punya tunggakan pinjaman. Namun, tunggakan telah saya jelas kan secara penuh pada 8/12/2016 dan surat saman tersebut juga dikeluarkan pada tarikh yg sama cuma saya baru je terima pos berdaftar tu pada 27/12/2016. Apa yang perlu saya lakukan? Perlukah saya menghubungi pihak bank atau lawyer untuk memaklumkan berkenaan bayaran yg telah dibuat atau abaikan sahaja surat yang diterima. Dalam writ saman tu tertulis yang saya perlu buat bayaran penuh pinjaman yang masih berbaki RM 9K++

    Terima kasih.

  3. Assalamualaikum, sy nk minta khidmat nasihat Dari Tuan Abu ammar, sy ada tuntutan Dari college sewaktu sy belajar dulu, tetapi yg masalahnya tuntutan itu Bertarikh 2005, baru baru ni ada Surat peringatan Dari lawyer untuk sy selesaikan hutang tu.. Ape perlu sy buat? Sy difahamkan ada akta had masa, boleh Tuan Abu ammar beri sedikit nasihat Dan penjelasan? Dalam Surat peringatan tu tiada tandatangan, hanya cetakan computer… Lagi satu adakah sekiranya walaupon ada akta had masa pihak college boleh bawa perkara ni ke mahkamah? Terima kasih

    • Wa’alaikumussalam Daus

      Berapa jumlah hutang? Boleh scan dan email saya “surat peringatan lawyer” tu ke codetyco@ceritahutangbankdananda.com? Kalau College nak bawa ke Mahkamah memang boleh tapi Tuan perlu bersedia untuk membuat pembelaan dengan Had Masa. Perlu bersedia bila menerima Writ Saman dan hadir di Mahkamah. Kalau tidak College mungkin berjaya dalam tuntutan mereka. Lihat kes atau komen tentang hutang Kad Kredit tahun 1998 dan oleh kerana “tiada bantahan” (sebab tak tahu) maka Saman dibenarkan dan sampai kena tindakan Bankrapsi.

    • Assalamualaikum Tuan Abu Ammar, sy dh email Surat peringatan kepada Tuan, mohon Tuan beri pandangan Dan nasihat… Terima kasih.

      • Wa’alaikumussalam Tuan Daus

        Kalau ada duit boleh bayar dengan ansuran yang dipersetujui. Ini adalah surat dari Agen Kutip Hutang dan bukan Loyar. Kalau ada surat tuntutan dari Loyar dan ada Writ Saman, baru kena hadir di Mahkamah. Untuk kes macam ni, tidak perlu kepada peguam dan Tuan boleh mewakili diri sendiri. InsyaALLAH saya boleh bantu kerana ia agak mudah dan hanya stage pertama dalam tindakan undang undang (Writ Saman). Buat masa ni samada buat cadangan pembayaran atau tunggu tindakan undang undang yang sebenar.

  4. Salam Tuan Abu Ammar….Maaf ganggu dihari minggu ni. Saya seorang kakitangan kerajaan dan saya ada membuat pinjaman peribadi dari beberapa institusi kewangan. Masalahnya timbul bila saya ditukarkan ke luar negeri maka emolumen saya diberhentikan sementara waktu dan segala pinjaman saya diberhentikan juga potongannya.
    Saya ada memaklumkan melalui surat kepada bank-bank berkenaan tentang situasi ini dan akan membayarnya kembali bila emolumen saya di bayar balik.
    Pada bulan ke-3 saya telah dihubungi oleh orang-orang yang menyatakan ianya dari pihak bank memaksa saya membayar segala hutang saya tersebut.
    Lalu akibat terlalu rimas dengan panggilan telefon dan sms mereka itu, maka pada awal bulan ke-4 saya telah membayar pada kadar satu bulan hutang pinjaman disebabkan saya tiada sumber pendapatan.
    Pada bulan ke-5, potongan gaji bagi institusi kewangan terbabit berjalan semula.
    Tapi pihak bank masih menelefon saya lagi menyatakan bahawa saya akan dikenakan pembekuan akaun pinjaman dan dikenakan CCRIS serta akan dikenakan tindakan undang-undang untuk mengutip kembali kesemua hutang sekaligus dan nilai hutang saya akan bertambah beribu-ribu lagi.
    Jadi saya mohon pandangan tuan dalam masalah saya ini, apa yang perlu saya lakukan?

  5. Salam tuan..sy ade loan beli motor dgn Aeon tahun 2012..pastu byr dlm setahun lebih je.masa tu ade mslah kewangan ckit..perjanjian sewa beli 48bulan..baru2 ni ade buat personal loan bank rakyat.x lepas..gara2 Aeon tu..nk tanya,Aeon ni ade link dgn bank negara ke?boleh bankruptkan org jgk?sy risau.sbb sy kakitangan awam.

    • Wa’alaikumussalam Tuan AkidFarish

      AEON Credit merupakan “Institusi Kewangan bukan Bank” yang juga mempunyai kemudahan dengan CTOS dan juga berupaya untuk mengambil tindakan undang undang jika jumlahnya dikira “berbaloi” iaitu jumlah yang berbaloi dengan kos guaman yang berjumlah (lebih kurang RM1,000) untuk tindakan sehingga keperingkat Penghakiman. Mereka boleh menyenaraikan nama peminjam yang ada tunggakan kedalam sistem CTOS dan ini akan dapat dikesan oleh Bank Bank yang memproses pinjaman dari setiap individu.

      • Salam,

        Lepas baca artikel ini, pinjaman saya dah boleh dikategorikan dipanggil ke mahkahamah untuk perbicaraan. Mungkin saya x terima surat dari bank.
        Boleh ke saya minta bank hantar surat semula ke alamat baru,jika betul saya telah di beri writ sitaan/dipanggil ke mahkamah?

        Tapi di CTOS report ada nyatakan maklumat berkenaan panggilan dari mahkamah x?

        Selain itu, sy nak cadangkan tuan Abu, tulis artikel tentang cara membaca ctos report. Boleh gunakan contoh saya untuk dikongsikan kalau tiada contoh lain.
        Cuma CTOS report saya tiada maklumat undang2. Sebab saya pun x fhm sgt cara membacanya.

        Cadangan saje,untuk manfaat semua.

        TQ

        • Tuan Amirul

          Artikel saya tu berkenaan dengan prosedur undang undang yang kalau dilaksanakan itulah julat masa atau “time frame” yang diperlukan. Dalam lapuran CTOS seperti yang saya katakan sebelum ini TIADA rekod tindakan undang undang yang telah dikenakan. Cuma kalau nak check CCRIS, kena pergi cawangan Bank Negara yang terdekat dan ada kiosk kiosk semakan dan kakitangan Bank Negara yang sedia membantu.

          “Boleh ke saya minta bank hantar surat semula ke alamat baru,jika betul saya telah di beri writ sitaan/dipanggil ke mahkamah?”

          Bab nak sita ni ugutan dari Agen sahaja. Kalau nak sita mereka TIDAK AKAN bagitahu, mereka terus datang sahaja. Kena ada Penghakiman dahulu. Surat Tuntutan dan Writ Saman pun takda, macam mana nak dapat Penghakiman dan macam mana nak sita? Saya kalau nak pergi bakar rumah Tuan atau curi barang kat rumah Tuan, saya call bagitau dulu ke? Itu BONGOK namanya.

          Apa pun terima kasih atas cadangan Tuan. Nanti saya buatkan.