Proses Tindakan Undang Undang: Pinjaman Peribadi/Persendirian Bahagian 1 460 Comments


Sekarang kita telah sampai ke topik yang ditunggu tunggu. Tatacara pelaksanaan tindakan undang undang keatas peminjam yang gagal menjelaskan tunggakan ansuran bulanan. Kita akan mulakan dengan tindakan undang undang keatas peminjam yang gagal membayar hutang peribadi.

Mengapa mula dengan hutang peribadi? Kerana hutang ini yang “paling rendah martabatnya” iaitu “kekuatan” sandaran pinjaman adalah kepada individu itu sendiri iaitu pendapatan bulanannya. Kalau ada pun cagaran lain ialah penjamin kepada pinjaman itu. Bagi pinjaman kereta dan rumah, cagaran adalah kereta dan rumah itu sendiri selain dari pendapatan individu dan juga penjamin jika ada. Sebab itu selalunya pinjaman jenis ini dipanggil “unsecured loan” atau secara bebasnya diterjemahkan kepada pinjaman “tak berapa selamat”.

Dalam kes peminjam mempunyai banyak hutang dengan beberapa Bank misalnya dan telah jatuh muflis dan setelah berlakunya lelongan segala harta yang dimilikinya, keutamaan akan diberi kepada Bank pemiutang yang mempunyai cagaran dalam bentuk harta benda dan yang terakhir sekali yang akan dibayar (itupun kalau ada sisa dan “seredak” macam kuih raya) barulah diagih agihkan kepada Bank yang mempunyai “unsecured loan” ini. Selalunya “makan angin” aje lah. Perlu juga diambilkira bahawa pinjaman kad kredit juga termasuk dalam kategori “unsecured loan” dan ia hanya bergantung kepada peminjam semata mata.

 


 
Sebab itu struktur faedahnya (kad kredit) adalah sangat tinggi bersesuaian dengan risikonya. Cuma walaupun ada “had kredit” yang ditentukan misalnya RM10,000, bukan semuanya akan diberi sekaligus (melainkan kawan tu shopping sakan habiskan sampai limit) dan jika pada bulan pertama pinjaman tidak dibayar, kemudahan kredit akan disekat dan faedah yang dikenakan sangat tinggi iaitu diantara 16% hingga 18% setahun. Jadi pendapatan dari faedah ini (terutamanya dari “kaki bayar 5%”, boleh “cover” hutang tak berbayar secara amnya) Keputusan untuk mengambil tindakan undang undang agak berbeza sedikit dari pinjaman persendirian yang biasa atas dasar “pendapatan” tinggi dari faedah dan jumlah hutang yang “sesuai” untuk tindakan undang undang itu sendiri. Anda boleh lihat sendiri rasional untuk mengambil tindakan undang undang setelah melihat prosedurnya nanti kerana ada beberapa kelainan.

Satu lagi sebab kita bermula dengan pinjaman peribadi adalah kerana tatacara tindakan undang undang adalah secara “terus” atau bak kata omputeh “straightforward” kerana bagi pinjaman kereta dan rumah, ada peruntukkan undang undang yang berbeza dari segi penarikan balik kenderaan dan lelongan yang akan kita bincangkan dengan lebih terperinci kemudian. Persamaan dan hala tuju untuk mendapatkan penghakiman akhirnya adalah sama cuma ada beberapa “lencongan” yang perlu dipatuhi.

Ok. Kita boleh mula sekarang. Rujuk kepada gambar dibawah. Slide penuh boleh didapati di Slideshare iaitu di:

 
Prosedur Tindakan Undang Undang: Pinjaman Peribadi atau Koleksi Album Facebook di sini:

 
Album Facebook: Prosedur Tindakan Undang Undang: Pinjaman Peribadi

Kita lihat dulu Muka Depan atau Tajuk Rasmi topik ini:

 
LEGALPROCESSMALAYMUKA

 
Kalau nak tahu lebih lanjut tentang “Sumber Dana” Pam Tayar dan Pam Basikal tu boleh rujuk atau ulangkaji kat Fakta Tentang Duit Digital, Duit Kertas dan RIBA

Struktur faedah Pinjaman Peribadi bergantung kepada Bank yang memberi hutang iaitu faedah tetap, faedah atas baki tahunan atau bulanan. Kita akan cerita beza kadar kadar faedah ini kalau dalam bahasa omputehnya “flat rate”, monthly rests” dan “yearly rests” di tajuk yang lain iaitu apa yang sebenarnya yang “berehat” atau “rehat dan rawat” dalam faedah faedah tu.

Ok sekarang kita lihat pada slide yang pertama. Kita bermula dengan situasi “happy happy” dan “gumbira” iaitu pinjaman telah diluluskan dan duit sudah “dilepaskan” dan pada tarikh itulah pinjaman itu bermula iaitu tarikh perjanjian pinjaman. Kalau nak ulangkaji cerita “happy happy” ni boleh rujuk balik bahagian kelima iaitu:

 
Bahagian 5: Bahagian Kutipan Hutang

 
LEGALPROCESSMALAY1

 
Di “pendek”kan cerita, sebulan telah berlalu maka sampailah masanya ansuran pertama perlu dibayar seperti yang tertera. Dalam situasi contoh ini, kita akan memaparkan kisah suatu pinjaman yang langsung tidak berbayar untuk melihat masa yang diambil untuk mengambil tindakan undang undang sehingga ketahap mendapatkan penghakiman dan seterusnya melaksanakan tindakan penghakiman atau dalam bahasa omputehnya “Execution of Judgment” (terjemahan direct macam hukuman bunuhlah pulak). Ini adalah kerana dalam situasi sebenar ia jarang berlaku tetapi bukan tidak pernah berlaku. Dalam situasi sebenar akan ada faktor “ding dong” iaitu proses timbal balik interaksi diantara peminjam dan Bank iaitu janji janji untuk membayar yang ditepati atau dicapati, interaksi meminta “izin” ibu pejabat atau “Head Office” untuk tindakan selanjutnya, peminjam “ghaib”, cuti umum, cuti sakit dan sebagainya seperti info dalam gambar ini:

 
LEGALPROCESSmalayp3

 
Jadi selepas beberapa hari berlalu tanpa bayaran selepas tarikh “patut bayar” (tarikh “due”) Bank akan membuat panggilan telefon dan dalam kecanggihan teknologi terkini, ada yang mempunyai sistem sms dalaman dan menghantar peringatan sms sebagai cara yang “lembut” dan juga peringatan melalui surat.  Kemudian kenalah tunggu hasil dari peringatan yang diberi.

Peringatan melalui panggilan telefon mempunyai berbagai reaksi dari peminjam. Ada yang jenis bersopan santun akan memohon maaf zahir dan batin kerana belum ada kesempatan membuat bayaran dan berjanji akan membuat bayaran “secepat mungkin”. Ada yang tidak “mendengarkan” apa apa reaksi, kerana langsung tak angakat telefon! Ada yang hanya berkata “Huh! Nanti cukup bulan saya bayar.. Mengapa buat agreement tengah bulan?”. Padahal dia yang tergedik gedik minta duit cepat. Dan ada yang over “sensitip” marah marah dengan dialog “Tak payah call call sayalah! Tau la orang nak bayar… Apa, Tak Percaya Ka?” dan bermacam macam “peel” lagi. Tidak se”gumbira” seperti sebulan yang lalu…

 
LEGALPROCESSMALAY2

 
Sebulan lagi telah berlalu dan kini akaun dah masuk DUA bulan tak berbayar. Telefon dan sms lagi. Janji lagi atau langsung tak angkat telefon. Surat peringatan terakhir pun dikeluarkan. Kena tunggu lagi kut kut ada bayaran dibuat berdasarkan “janji manismu” yang telah dibuat. Bagi  pegawai atau kerani yang ada inisiatif, dia akan mula membuat siasatan awal dengan meneliti beberapa maklumat yang ada dalam fail kut kut ada yang tidak kena dengan “pemerosesan” fail sebab memang bukan dia yang buat.

“Kertas Siasatan” rasmi atau “Fail Collection” belum boleh bukak lagi sebab masil terlalu awal dan masih “bersangka baik”. Denda lewat bayar beserta dengan kos sms dan surat menyurat sudah mula dikira sejak bulan pertama lagi. Masa terus berlalu dan kini sudah masuk bulan yang ketiga seperti gambar diatas. Call dan sms lagi tapi masih tiada bayaran. Biasanya tunggu beberapa hari lagi sebelum mengambil tindakan seterusnya iaitu memulakan proses undang undang yang lebih “serius” iaitu mengeluarkan arahan kepada peguam untuk memberi surat tuntutan atau “Letter/Notice of Demand”. Pihak Bank berharap dengan surat ini sudah cukup untuk membuatkan peminjam merasa takut dan gundah gulana.

Tetapi sebelum mengeluarkan surat arahan ini, bergantung kepada polisi sesesuatu Bank, adalah perlu untuk mendapatkan kelulusan “bos” samada Pegawai Atasan, Pengurus Bank, ataupun “Head Office”. Ini adalah kerana proses tindakan undang undang melalui peguam memerlukan penambahan kos kepada Bank. Kalau denda lewat bayar tak payah buat apa apa, komputer yang akan kira dan ini merupakan “pendapatan angin” tambahan bagi Bank. Tindakan undang undang yang pertama ialah dengan Surat Tuntutan yang dikeluarkan oleh peguam yang pada masa sekarang “menelan” belanja antara RM30 hingga RM50 atau lebih bergantung kepada sesuatu firma guaman. Kenapa mahal? Sebab ada “Letter Head” peguam atau “loyar”. Masa saya kerja dulu lagi mahal dari RM75 hingga RM100 sebab dulu kebanyakan peguam lulusan “obersea” dan cakap omputeh je. Surat pun cakap omputeh jadi peminjam yang sepatah haram tak tahu cakap omputeh akan “blur” bila dapat surat. Yang dia tahu surat dari peguam dan ini menambahkan rasa “gerun” sebab tak faham apa benda isi surat tu.

Zaman sudah berubah. Dengan bertambahnya universiti tempatan menawarkan kursus undang undang terumanya UIA, maka ramailah bilangan peguam dan firma guaman maka dengan teori ekonomi “supply and demand” dan bertambahnya saingan maka kos surat loyar telah banyak dikurangkan. Itupun mahal lagi sebab kos sebenar tak sampai RM3.00 hingga RM5.00 termasuk kos surat berdaftar. Tapi kita kena kira “kos professional” la pulak. Loyar tu. Kalau tak, sia sia lah diaorang menghafal prosedur undang undang masa belajar kan. (cover line sikit, nanti marah pulak kawan kawan loyar)

Berbalik pada si Kerani atau Pegawai Bank tadi. Kena tunggu lagi. Akhirnya apabila mendapat kelulusan untuk meneruskan tindakan guaman, surat arahan pun akan dikeluarkan. Ada Bank yang canggih sistemnya akan mengarahkan peguam secara “online” dan kakitangan pejabat peguam akan “log in” untuk menyemak status arahan. Rasanya peguam yang kena bayar untuk “servis” ini. Hmm… kena lagi loyar kita… Proses “ding dong ini akan memakan masa dan mungkin terlajak sehingga bulan seterusnya…

 

LEGALPROCESSMALAYP4

 
Surat peguam biasanya memberi tempoh 14 hari kepada peminjam untuk memberi maklumbalas atau bayaran dan pada bulan keempat (bergantung kepada faktor “ding dong”) atau pada tahap tunggakan 4 (empat) bulan, pihak Bank sudah boleh membuat keputusan selanjutnya. Sekiranya tiada bayaran diterima, Bank akan mengarahkan peguam untuk memfailkan saman terhadap peminjam (faktor “ding dong”  seperti yang ditunjukkan dalam gambar iaitu meminta kebenaran pihak atasan, masa untuk untuk mengeluarkan arahan dan masa untuk menyediakan dokumen untuk tindakan saman sekali lagi perlu diambilkira) Dokumen yang perlu disediakan oleh pihak Bank ialah segala alamat surat menyurat peminjam dan penjamin (jika ada) dan suatu penyata tuntutan menyenaraikan baki hutang, denda lewat bayar dan lain lain kos seperti kos setem pos dan tak lupa juga kos surat loyar. Pada tahap ini, perjanjian diantara Bank dan peminjam akan ditamatkan dan Bank akan meminta semua baki hutang yang tertunggak.

BERSAMBUNG…

 

PROSES TINDAKAN UNDANG UNDANG PINJAMAN PERIBADI BAHAGIAN 2:

Proses Tindakan Undang Undang: Pinjaman Peribadi/Persendirian Bahagian 2

 

PROSES TINDAKAN UNDANG UNDANG PINJAMAN PERIBADI BAHAGIAN 3:

Proses Tindakan Undang Undang: Pinjaman Peribadi/Persendirian Bahagian 3

 


Leave a Reply / Masukkan Komen Anda

460 thoughts on “Proses Tindakan Undang Undang: Pinjaman Peribadi/Persendirian Bahagian 1

  • MOHD FIRDAUS NAWAWI

    Assalam tuan, saya baru dapat panggilan dari wakil guaman. Dia minta saya jelaskan tunggakan 4 bulan AEON Credit. Saya kakitangan kerajaan, di mana abang ipar saya guna nama saya untuk membeli kereta. sekarang dia tidak membayar hutang kereta tersebut. jadi saya yang terpaksa menanggung hutang tersebut. jadi peguam cakap dia akan keluarkan saman dan menjelaskan keseluruhan baki pinjaman. masalah sekarang saya tiada sumber kewangan nak bayar, dia bagi tempoh sehingga tengah hari esok untuk jelaskan bayaran, jika tidak dia akan failkan saman tu. saya juga ingin tahu apa effect yg saya dapat sekiranya saya disaman dan kena tindakan mahkamah? adakah saya akan diberhentikan perkhidmatan kerajaan? itulah yang dikatakan oleh wakil peguam.

  • Diana

    Assalam tuan,
    Saya Diana, saya ad hutang tertunggak dgn aeon selama setahun. Saya tak boleh bayar atas sebab suami pernah excident awal tahun lepas dan anak perlu di operate atas masalah kesihatan…saya tak pernah dpt aurat dari pihak aeon…semalam (6/1/2017) ada wakil dari mahkamah civil call saya dan bgtau ada satu waran tangkap utk saya dan saya perlu keluar dr premis selama 7-14 hari…bila saya tanya kes apa dia tak boleh jawab dan bg no kes serta no phone pendakwa raya…no kes tu WSS 24….sy call pihak aeon diorng mntk ay buat pembayaran sebanyak rm7000…masalahnye sy xde duit sebanyak tu….wakil mahkamah ni plk asyik call tanye boleh selesai luar mahkamah atau tak…kalau tak boleh selesai dia nk dtg jemput saya bawa ke balai polis…dan nk sita rumah…rumah yg nk disita tu rumah mak saya…saya dah bg alamat rumah sewa tp diorng tetap nk sita rumah mak saya tu…apa perlu saya buat…suami sya outstation…saya kene byr rm7000 sblm pkl 12 ni (7/1/2017)kalau tak wakl mahkamah tu nak datang jemput saya ke balai…. Ni baru lepas call bgtau diorang nak kunci rumah mak saya tu dan saya kena bawa ke balai untuk ditahan reman selama 15 hari…ap perlu saya buat??

  • nor

    salam tuan, suami saya ada hutang credit card dgn eon bank (skrg hong leong bank) pd tahun 2003 dan last payment pun dlm tahun 2003…dalam tahun lepas, dia terima call dari debt collector meminta bayaran..hutang dr rm3000 dah jadi rm40000 lebih…so, suami sy ada buat payment rm100 dan baru2 ni, debt collector tu call lg dan suruh buat bayaran sebanyak rm3000, kalau tidak, kes akan dibawa ke mahkamah dalam masa beberapa hari.

    soalan saya, pasal had masa 6 tahun tu dikira dr bila? suami tidak pernah dpt surat tuntutan mahkamah apa2 pun sebelum ni.

    terima kasih tuan

  • Buntu

    salam. saya ada tunggakan setahun lebih dengan pihak Aeon. tadi pihak mahkamah call. bahawa tindakan undang2 akan dijalankan. diorang akan pergi rumah dan sita barang. saya dah call pihak Aeon. diorang suruh bayar at least petang ni sebanyak rm1000 untuk batalkan waran. saya minta 1 minggu untuk bayar 1000 tu sebab memang takde alternatif lain saya nak kumpul melainkan tunggu gaji masuk. besok pihak mahkamah akan dtg rumah dan lelong barang. ada cara tak untuk saya elakkan tindakan kejam tu diambil. mohon bantu

  • Teraniaya

    Assalamualaikum

    Saya telah menerima Surat peringatan terakhir Dari bank rakyat selaku penjamin kepada seorang peminjam.

    Oleh kerana pihak bank tidak dapat berhubung Dan masih gagal mendapatkan kerjasama daripada peminjam sedangkan peminjam tersebut masih hidup, saya telah diarahkan membayar jumlah keseluruhan baki tertunggak dalam masa 7 hari. Jika tidak, pihak bank akan memfailkan tindakan undang-undang untuk mendapatkan semula jumlah penuh daripada pihak saya.

    Apakah pandangan tuan tentang perkara ini?

  • Zara

    Assalammualaikum.

    Saya ingin memohon bantuan tuan untuk memberi pandangan serta nasihat.

    Saya ada membuat pinjaman peribadi kira2 RM170k, sewaktu itu saya merupakan staff kerajaan. Setelah beberapa bulan saya berhenti kerja dan kini mempunyai kesukaran untuk membayar. Saya pernah tertunggak 3 bulan dan ada menerima surat peguam. Saya membayar bayaran arreas yg dikemukakan atas saranan keluarga. Mereka kemudiannya menukar struktur pembayaran kepada RM2007 sebulan.

    Selepas itu saya tertunggak lagi 4 bulan dan menerima surat peguam yg kali ini meminta saya ke mahkamah dalam 14 hari dimana jika tidak mereka akan menjalankan penghakiman dan perlaksanaan. Saya ada menghubungi pegawai bank yg menguruskan akaun saya utk memohon pengurangan ansuran bulanan dan untuk berbincang. Usaha saya gagal.

    Saya ingin memohon nasihat Tuan untuk keadaan saya. Saya buat masa sekarang sememangnya tidak mampu membayar tunggakan itu.

    Jika saya tidak pergi ke mahkamah dalam jangkamasa 14 hari ini, adakah pihak bank akan teruskan prosedur untuk bangkrapkan saya ? Dan adakah mahkamah akan melaksanakan tindakan undang2 kerana ingkar perintah ke mahkamah ? Apakah yg akan saya dapat jika saya ingkar mahkamah ?

    Dan jika saya pergi ke mahkamah apa yg akan berlaku ? Apa persediaan yg patut saya lakukan ?

    Dan jika saya berhasrat untuk bangkrap apakah yg harus saya lakukan dari cadangan pihak Tuan ?

    • Abu Ammar Post author

      Wa’alaikumussalam Zara

      Fahami tindakan undang undang yang sebenar. Berikut adalah prosedur ringkas Tindakan undang undang

      1) Loyar menghantar Notis Tuntutan kepada peminjam meminta tunggakan memberi masa 14 hari atau menamatkan perjanjian

      2) Atas arahan Bank, jika tiada bayaran, Tuan Loyar akan menfailkan Saman di Mahkamah menuntut baki hutang. Dalam Writ Saman ini ada Notis Tuntutan yang memperincikan segala baki, faedah dan kos yang dituntut.

      3) Selepas mendapat meterai dan pengesahan Mahkamah, Writ Saman ini akan disampaikan secara kediri atau melalui pos kepada Peminjam dialamat yang terakhir yang ada dalam rekod Bank. Biasanya pendengaran kes akan ditetapkan dalam masa 14 hari dari tarikh Writ atau penyampaian itu. Peminjam perlu mendaftarkan diri untuk hadir pada tarikh itu. kalau tidak pada hari itu Penghakiman Ingkar Tanpa Kehadiran akan dikeluarkan.

      4) Selepas itu Bank dan Tuan Loyar akan menunggu salinan Penghakiman yang telah dimeterai dan disahkan oleh Mahkamah

      5) Apabila salinan Penghakiman didapati, satu salinan akan dihantar kepada Peminjam

      6) Bank boleh melaksanakan Penghakiman dengan tindakan undang undang keatas Peminjam. Kalau lebih RM30 ribu, boleh buat Bankrapsi

      Jika Zara sudah pasrah untuk di Bankrapkan, tak perlu buat apa apa hanya tunggu tindakan KeBankrapan yang akan dilaksanakan. Secara ringkasnya proses Kebankrapan adalah seperti berikut:

      1) Penghakiman (samada Penghakiman Ingkar atau yang lainnya) sudah dijatuhkan keatas peminjam (seperti diatas)

      2) Pemfailan Notis Kebankrapan. Pada waktu pemfailan tersebut jumlah baki hutang, faedah dan kos MESTILAH tidak kurang dari RM30,000

      3) Notis ini mesti diserahkan secara kediri (personal service) kepada Penghutang Penghakiman. Cubaan serahan adalah sebanyak TIGA kali. Jika gagal, Bank boleh membuat permohonan untuk membuat Penyampaian Ganti melalui Akhbar Tempatan, Penampalan Notis di Papan Notis Mahkamah dan juga Surat Berdaftar. Kalau tak dapat personal service dan perlu kepada permohonan Penyampaian Ganti, ini akan memakan masa lagi 1 – 3 bulan.

      4) Selepas 6 (Enam) bulan tempoh serahan berlaku tanpa ada apa apa bantahan/perbincangan dari Penghutang Penghakiman, beliau sudah dikira telah melakukan tindakan Kebankrapan. Selepas itu Petisyen Pemiutang pula akan dikeluarkan dan diserahkan. Proses penyerahan adalah sama dengan proses Notis KeBankrapan.

      5) Suatu tarikh akan ditetapkan untuk mendengar kes Petisyen itu dan jika tiada bantahan dari Penghutang Penghakiman dengan alasan yang dikira menasabah, maka pada hari itu beliau akan diisytihar sebagai seorang Bankrap.

      Setelah Bankrap

      Seorang Bankrap perlu melapurkan diri ke Jabatan Insolvensi terdekat. Selepas melapur diri ke Jabatan Insolvensi Malaysia (JIM) dan mengisi borang borang yang diperlukan, Zara boleh memohon untuk pelepasan semua akaun yang telah dibekukan, pengeluaran dan penutupan akaun dan memilih akaun mana yang hendak dikekalkan. Biasanya kita akan kekalkan akaun yang digunakan untuk kemasukan gaji. InsyaALLAH kebenaran akan diberi berdasarkan perbincangan dengan Pegawai Insolvensi. Berapa lama saya tidak boleh memberi kepastian cuma apabila melapur diri bawalah bukti bukti pendapatan dan perbelanjaan yang lengkap supaya boleh dipastikan berapa jumlah yang mampu dibayar setiap bulan kepada Jabatan Insolvensi.

      Untuk seseorang Bankrap melapurkan kepada JIM, lebih banyak maklumat peribadi akan ditanya berbanding dengan pinjaman biasa. Ini adalah kerana perbelanjaan anak anak (tempat tinggal, sara hidup,pembelajaran, bas sekolah jika ada) boleh dimasukkan kedalam Kos Sara Hidup seorang Bankrap. Sebahagian kecil perbelanjaan untuk ibu bapa yang telah uzur juga dibenarkan. Jika seorang Bankrap melapurkan diri kepada JIM dan membuat bayaran bulanan, beliau mungkin boleh mendapat kebenaran untuk menggunakan Kad Kredit (had RM1000) dan juga boleh memiliki kereta (mungkin kereta lama) dengan nilai tidak melebihi RM5K untuk kegunaan keluarga. Tapi harus diingat,kenalah mendapat kebenaran JIM.

      Jadi, lebih ramai anak dan tanggungan , jumlah yang Zara perlu bayar kepada JIM akan berkurangan. Kadang kadang Zara mungkin hanya diminta membayar RM50 sebulan. Jauh lebih murah dari ansuran bulanan pinjaman peribadi Zara, kan?

      Dalam perkara memindahkan hakmilik rumah atas nama bersama, ia tidak dibenarkan dalam Akta Kebankrapan dan segala pemindahan dalam masa 2 tahun sebelum dari tarikh Bankrap akan terbatal. Lagipun jumlah nilai rumah dengan hutang Bank mungkin tidak mencukupi untuk “cover” hutang keseluruhan. Budi bicara Pegawai Insolvensi amat diperlukan pada ketika melapurkan diri supaya tidak melelong rumah tersebut lagipun atas nama bersama. Bagi Bank Bank yang lain, mereka hanya perlu menfailkan “Proof of Debt” iaitu bukti keberhutangan siBankrap kepada JIM dan jumlah ini akan dikumpulkan sebagai jumlah yang terhutang.

      Bagi si Bankrap:

      (a) Masih boleh bekerja seperti biasa atau berniaga asalkan tidak mendaftar sebagai pengarah, rakan kongsi atau pemilik tunggal. (ramai yang berniaga “online” atau berniaga atas “proxy” atau nama orang lain.

      (b) Masih boleh mempunyai akaun Bank (satu sahaja). Pihak Jabatan Insolvensi akan mengeluarkan surat kebenaran untuk mebuka akaun dengan mana mana Bank atau memberi arahan untuk membuka semula akaun yang telah dibekukan akibat Banrupsi.

      (c) Tidak boleh keluar negara tanpa kebenaran Jabatan Insolvensi.

      (d) Boleh memiliki kereta yang bernilai RM5,000 kebawah

      (e) Boleh menggunakan Kad Kredit dengan had RM1,000 (ada ke Bank nak bagi Kad Kredit, ada kut sebab ada peruntukan mengenainya)

      (e) Yang utama sekali, Zara tidak lagi akan diganggu oleh Bank atau Agensi Pengutip Hutang.

      Zara boleh baca disini tentang pengalaman seseorang yang telah dikenakan tindakan KeBankrapan:

      http://www.ceritahutangbankdananda.com/2016/09/perkongsian-seorang-bankrap/

      • Zara

        Terima kasih sangat2 untuk maklum balas Tuan.

        Jadi maksud Tuan saya tidak perlu hadir ke mahkamah ? Saya tidak perlu respons ke sebarang surat/call daripada bank ? Takda repercussions akan berlaku ke atas saya ke jika tidak hadir ke mahkamah ? Atau ada legal actions will be taken ?

        Saya tidak ada sebarang aset di atas nama saya. Saya hanya ada beberapa bank account milik saya. Adakah bank takkan puas hati dengan perkara ini dan menganggu ahli keluarga saya ?

        Saya sudah berkahwin dan tinggal di rumah ibu bapa. Adakah harta suami saya akan diganggu ? Dan rumah ibu bapa saya ? Adakah selamat daripada sitaan ?

        • Abu Ammar Post author

          Puan Zara

          Saya dah bagi semua langkah akan yang diambil jika TIADA RESPON dan TIDAK HADIR di Mahkamah. Kalau kena tindakan Bankrapsi ia adalah terhad kepada si Bankrap sahaja. Harta orang lain tidak terlibat.

  • Yana

    Sy ada pkai cc tp dah 5bln tak byar sbb sy tk kerja. Sy br terima writ saman dr bank. Apa perlu sy buat? Katanya kes akn d sebut pd januari d mahkamah majistret. Mohon pendapat.

    • Abu Ammar Post author

      Assalamualaikum Yana

      Berapa baki tunggakan? Kalau ada sumber pendapatan lain dan boleh dibuktikan melalui dokumen seperti panyata Bank boleh cuba buat rundingan di AKPK. Berunding dengan Bank buat masa ni tanpa ada apa apa cadangan pembayaran tidak boleh menarik balik tindakan undang undang. Cubalah (kalau bolehla) dapatkan dari lain lain sumber supaya boleh ditangguhkan proses Saman tersebut. Kalau tidak Penghakiman akan dijatuhkan dan Bank boleh melaksanakan tindakan Penghakiman selepas ini atau suruh Agen Kutip Hutang pergi kacau (kita tidak bimbang sangat tentang ni). Yana boleh lihat tindakan yang boleh diambil oleh Bank melalui link ini:

      http://www.ceritahutangbankdananda.com/2014/08/proses-tindakan-undang-undang-pinjaman-peribadipersendirian-bahagian-3/

  • Mas

    Saya ada tunggakan aeon kredit sebanyak 2k..tp sy dpt surat peguam utk prosuding mahkamah..dlm surat tu ada tertera tndakan bankrap/muflis..bukan ke muflis bg yg mmpunyai hutang rm30k ke atas..

  • Apis

    Assalam, saya ingin mendapatkan pandangan pihak tuan, saya adalah bekas pekerja kerajaan yang baru sahaja diberhentikan, ada beberapa pinjaman peribadi yang ditolak secara bulanan menerusi ANGKASA. Bagaimana ye saya ingin meneruskan pembayaran tersebut? Adakah saya perlu berhunbung terus dengan angkasa atau secara terus dengan agensi pemberi hutang (MBSB/KOWAMAS). Adakah pembayaran boleh dibuat secara terus. Harap dapat membantu.

    • Abu Ammar Post author

      Wa’alaikumussalam Tuan Apis

      Tuan perlu menghubungi pihak ANGKASA dan MBSB/KOWAMAS bagi menguruskan kaedah pembayaran. Sudah semestinya bayaran boleh dibuat secara terus. Mereka hanya mahu bayaran pinjaman mereka sahaja. Cuma beberapa prosedur dan proses dokumentasi perlu diselesaikan segera.

  • Nurulhafiza binti Omar

    Saya ada beli kereta dengan nilai bayaran bulanan sebanyak RM470. Pada tahun 2013 sepupu saya pakai dan sambung bayar kereta saya. Tetapi baru-baru ini saya dapat tahu kereta tu dah tertunggak 3 tahun masa saya nak ambil geran sbb perjanjian pinjaman tamat Disember 2016. Apa yang saya boleh buat dengan keadaan ini. adakah saya akan diisytiharkan muflis.

    • Abu Ammar Post author

      Wa’alaikumussalam Nurul Hafiza

      Sudahkah Cik/Puan menyemak status kenderaan tersebut dengan Bank seperti:

      1) Adakah kenderaan sudah ditarik?
      2) Apakah tindakan undang undang yang telah diambil?
      3) Berapa baki yang tertunggak?
      4) Adakah alamat Cik/Puan alamat yang terkini sehingga tidak mendapat apa apa surat peringatan?

      Fahami proses undang undang dahulu:

      1) Loyar menghantar Notis Tuntutan kepada peminjam meminta tunggakan memberi masa 14 hari atau menamatkan perjanjian

      2) Atas arahan Bank, jika tiada bayaran, Tuan Loyar akan menfailkan Saman di Mahkamah menuntut baki hutang. Dalam Writ Saman ini ada Notis Tuntutan yang memperincikan segala baki, faedah dan kos yang dituntut.

      3) Selepas mendapat meterai dan pengesahan Mahkamah, Writ Saman ini akan disampaikan secara kediri atau melalui pos kepada Peminjam dialamat yang terakhir yang ada dalam rekod Bank. Biasanya pendengaran kes akan ditetapkan dalam masa 14 hari dari tarikh Writ atau penyampaian itu. Peminjam perlu mendaftarkan diri untuk hadir pada tarikh itu. kalau tidak pada hari itu Penghakiman Ingkar Tanpa Kehadiran akan dikeluarkan.

      4) Selepas itu Bank dan Tuan Loyar akan menunggu salinan Penghakiman yang telah dimeterai dan disahkan oleh Mahkamah

      5) Apabila salinan Penghakiman didapati, satu salinan akan dihantar kepada Peminjam

      6) Bank boleh melaksanakan Penghakiman dengan tindakan undang undang keatas Peminjam. Kalau lebih RM30 ribu, boleh buat Bankrapsi. Jika pindaan Akta Bankrapsi kepada Akta Insolvensi diluluskan, had ini dinaikan kepada RM50K

      Secara ringkasnya proses Kebankrapan adalah seperti berikut:

      1) Penghakiman (samada Penghakiman Ingkar atau yang lainnya) sudah dijatuhkan keatas peminjam (seperti diatas)

      2) Pemfailan Notis Kebankrapan. Pada waktu pemfailan tersebut jumlah baki hutang, faedah dan kos MESTILAH tidak kurang dari RM30,000

      3) Notis ini mesti diserahkan secara kediri (personal service) kepada Penghutang Penghakiman. Cubaan serahan adalah sebanyak TIGA kali. Jika gagal, Bank boleh membuat permohonan untuk membuat Penyampaian Ganti melalui Akhbar Tempatan, Penampalan Notis di Papan Notis Mahkamah dan juga Surat Berdaftar. Kalau tak dapat personal service dan perlu kepada permohonan Penyampaian Ganti, ini akan memakan masa lagi 1 – 3 bulan.

      4) Selepas 6 (Enam) bulan tempoh serahan berlaku tanpa ada apa apa bantahan/perbincangan dari Penghutang Penghakiman, beliau sudah dikira telah melakukan tindakan Kebankrapan. Selepas itu Petisyen Pemiutang pula akan dikeluarkan dan diserahkan. Proses penyerahan adalah sama dengan proses Notis KeBankrapan.

      5) Suatu tarikh akan ditetapkan untuk mendengar kes Petisyen itu dan jika tiada bantahan dari Penghutang Penghakiman dengan alasan yang dikira menasabah, maka pada hari itu beliau akan diisytihar sebagai seorang Bankrap.

      Sudahkah semua ini berlaku? Sila respon kepada soalan soalan diatas supaya jawapan yang lebih tepat boleh diberikan.

  • wan nor rehan

    Adakah Bank Negara beri peruntukan kebenaran bagi syarikat tersebut untuk datang ke pejabat atau rumah pemiutang? Adakah ini boleh dianggap sebagai ‘harrassement’? Pemiutang telah datang ke tempat kerja saya dan bagi alasan untuk memastikan saya masih bekerja di syarikat yang sama. Pada hari yang sama juga, wakil syarikat pengutip hutang telah datang ke rumah saya semasa saya berada di pejabat. Wakil syarikat pengutip hutang itu juga mengarahkan saya supaya bercakap dengan pegawai di pejabatnya. Pegawai tersebut kata dia adalah wakil syarikat guaman lantikan Bank yg saya mempunyai akaun Kredit Kad. Bila bercakap dengan beliau, keadaan bunyi latar belakang sangat bising dan tidak seperti sebuah syarikat guaman.

    Apakah cara nak menangani Agen ini?

  • Miya astura

    Assalamualaikum…sy puan rozita…pagi td ade no 03 27278769 dr mahkamah sivil jalan duta..kata nya..sudah mengeluar kan saman ke atas sy atas kegagalan membayar hutang sebuah motor ex5 yg dibeli dr singer…sebanyak rm8400…peguam tersebut memperkenalkn diri nya puan fatimah…jd peguam tersebut menyatakan..akan menyita brang2 di rumah sy..dh waran akan dikeluar kan jika gagal membayar jumlah yg diminta…dan sy akan dikene kan bayaran kos selepas itu sebanyak rm30 ribu…jadi sy telah pon membuat panggilan di hq singer untuk menyelesaikan masaalah sy…yg bernombor 0379859071…dan sy diminta oleh hq singer untuk membayar seberapa mampu pd hari itu…dan selebih nya akan dibayar secara bulanan semula..sy telah pon membayar sebanyak 500 ringgit…dan selebih nya akan dibayar secara bulanan…tetapi pihak peguam yg menalifon sy tetap ingin sy membayar sebanyak 8400…dan sy telah nyata kan yg sy dh pon menalifon ke bahagian hq..dan segala baki hutang tersebut akan dijelas kan secara bulanan…tetapi pihak peguam tetap akan menyaman sy jika gagal membayar 8400 pd hari ini…jd sy call balik ke hq singer dan menyatakan yg sy tetap akan disaman walau pon sy byar seperti mana kata peguam…pihak hq kata ..sy dh mula byar dan xade masaalah pd pihak singer atau hq..sy masih pening dgn tindakan peguam tersebut yg hampir setiap hari call mintak bayaran penuh…pihak peguam juga ade menyatakan…yg belom pernah lagi kes beliau yg boleh buat balik bayaran bulanan…sy ckp pd peguam tersebut sy dh call sendiri pegawai singer dan beliau sendiri yg mengizin kan sy untuk membuat bayaran bulanan kalau tidak mau kes sy berpanjangan atas budi bicara nya..dan pegawai tersebut akan membuat proposal baru kes sy untuk diserah kan ke bahgian peguam. .tetapi peguam tersebut tetap ingin terus kan saman keatas sy…ape yg oerlu sy lakukan..

    • Abu Ammar Post author

      Wa’alaikumussalam Puan Rozita

      Nota: Jawapan yang sama telah diberikan diruangan Fb page Cerita Hutang

      Itu bukan PEGUAM. Itu penipu. Peguam ada standard punya bukan terhegeh hegeh call minta hutang ugut nak Saman orang. Itu bukan kerja dia. Ini Agen Kutip Hutang. Boleh abaikan. Minta nombor fax atau email “Peguam” dan bagi salinan resit bayaran. Cakap dengan dia kalau tak puas hati boleh call HQ Singer.

  • jebat

    assalamualaikum.. saya nak bertanya.. saya ada membuat personal loan dgn bank rakyat semasa saya bekerja dengan kerajaan sebanyak 50k. sepanjang tempoh saya bekerja tak pernah miss bayar sbb biro angkasa yang potong. selepas saya berhenti kerja kerajaan.. saya tiada punca pendapatan. hanya bekerja biasa dgn org.. dgn purata gaji rm30-rm40 sehari. sememangnya tak mampu nak bayar ansuran bank rakyat tu sebanyak rm562 sebulan. sekarang dah 21 bulan (nak dekat 2 tahun) saya tunggak. alhamdulillah saya baru men dapat kerja di hukm cheras sebagai pembantu tadbir sambilan dgn gaji sehari rm54. masalah saya sekarg ini.. bank rakyat sekarg sudah membuat tindakkan bangkrap ke atas saya. dan saya sedang menunggu notis kebangkrapan or di panggil ke mahkamah. saya nak bertanya.. jika saya dipanggil ke mahkamah untuk di isytihar muflis, boleh kah saya membuat rayuan dgn mahkamah untuk tidak menjatuhkan muflis ke atas saya? boleh kah saya membuat rayuan di mahkamah nnti untuk mengurangkan jumlah bayaran ansuran bulan dengan amaun yang saya mampu bayar berdasarkan gaji sambilan saya ini?

    • Abu Ammar Post author

      Wa’alaikumussalam Tuan Jebat

      Adakah Tuan pasti proses Kebankrapan sudah berjalan. Di Mahkamah nanti Tuan hanya akan ditanya adakah sudah ada perbincangan yang dipersetujui oleh Bank atau Mahkamah akan memberikan tempoh untuk membuat perbincangan lanjut. Proses tindakan Bankrupsi akan memakan masa yang agak lama. Sila fahami prosedur yang perlu diikuti :

      Prosedur ringkas Tindakan undang undang

      1) Loyar menghantar Notis Tuntutan kepada peminjam meminta tunggakan memberi masa 14 hari atau menamatkan perjanjian

      2) Atas arahan Bank, jika tiada bayaran, Tuan Loyar akan menfailkan Saman di Mahkamah menuntut baki hutang. Dalam Writ Saman ini ada Notis Tuntutan yang memperincikan segala baki, faedah dan kos yang dituntut.

      3) Selepas mendapat meterai dan pengesahan Mahkamah, Writ Saman ini akan disampaikan secara kediri atau melalui pos kepada Peminjam dialamat yang terakhir yang ada dalam rekod Bank. Biasanya pendengaran kes akan ditetapkan dalam masa 14 hari dari tarikh Writ atau penyampaian itu. Peminjam perlu mendaftarkan diri untuk hadir pada tarikh itu. kalau tidak pada hari itu Penghakiman Ingkar Tanpa Kehadiran akan dikeluarkan.

      4) Selepas itu Bank dan Tuan Loyar akan menunggu salinan Penghakiman yang telah dimeterai dan disahkan oleh Mahkamah

      5) Apabila salinan Penghakiman didapati, satu salinan akan dihantar kepada Peminjam

      6) Bank boleh melaksanakan Penghakiman dengan tindakan undang undang keatas Peminjam. Kalau lebih RM30 ribu, boleh buat Bankrapsi

      Tindakan KeBankrapan

      1) Penghakiman (samada Penghakiman Ingkar atau yang lainnya) sudah dijatuhkan keatas peminjam (ini sudah ada)

      2) Pemfailan Notis Kebankrapan. Pada waktu pemfailan tersebut jumlah baki hutang, faedah dan kos MESTILAH tidak kurang dari RM30,000. Bila Akta KeBankrapan digubal tak lama lagi, ia akan menjadi RM50K

      3) Notis ini mesti diserahkan secara kediri (personal service) kepada Penghutang Penghakiman. Cubaan serahan adalah sebanyak TIGA kali. Jika gagal, Bank boleh membuat permohonan untuk membuat Penyampaian Ganti melalui Akhbar Tempatan, Penampalan Notis di Papan Notis Mahkamah dan juga Surat Berdaftar. Kalau tak dapat personal service dan perlu kepada permohonan Penyampaian Ganti, ini akan memakan masa lagi 1 – 3 bulan.

      4) Selepas 6 (Enam) bulan tempoh serahan berlaku tanpa ada apa apa bantahan/perbincangan dari Penghutang Penghakiman, beliau sudah dikira telah melakukan tindakan Kebankrapan. Selepas itu Petisyen Pemiutang pula akan dikeluarkan dan diserahkan. Prosedur penyerahan sama dengan Notis Kebankrapan.

      5) Suatu tarikh akan ditetapkan untuk mendengar kes Petisyen itu dan jika tiada bantahan dari Penghutang Penghakiman dengan alasan yang dikira menasabah, maka pada hari itu beliau akan diisytihar sebagai seorang Bankrap.

      Seorang Bankrap perlu melapurkan diri ke Jabatan Insolvensi terdekat. Selepas melapur diri ke Jabatan Insolvensi Malaysia (JIM) dan mengisi borang borang yang diperlukan, Cik/Tuan/Puan boleh memohon untuk pelepasan semua akaun yang telah dibekukan, pengeluaran dan penutupan akaun dan memilih akaun mana yang hendak dikekalkan. Biasanya kita akan kekalkan akaun yang digunakan untuk kemasukan gaji. InsyaALLAH kebenaran akan diberi berdasarkan perbincangan dengan Pegawai Insolvensi. Berapa lama saya tidak boleh memberi kepastian cuma apabila melapur diri bawalah bukti bukti pendapatan dan perbelanjaan yang lengkap supaya boleh dipastikan berapa jumlah yang mampu dibayar setiap bulan kepada Jabatan Insolvensi.

      Untuk seseorang Bankrap melapurkan YANG JIM, lebih banyak maklumat peribadi akan ditanya berbanding dengan pinjaman biasa. Ini adalah kerana perbelanjaan anak anak (tempat tinggal, sara hidup,pembelajaran, bas sekolah jika ada) boleh dimasukkan kedalam Kos Sara Hidup seorang Bankrap. Sebahagian kecil perbelanjaan untuk ibu bapa yang telah uzur juga dibenarkan. Jika seorang Bankrap melapurkan diri kepada JIM dan membuat bayaran bulanan, beliau mungkin boleh mendapat kebenaran untuk menggunakan Kad Kredit (had RM1000) dan juga boleh memiliki kereta (mungkin kereta lama) dengan nilai tidak melebihi RM5K untuk kegunaan keluarga. Tapi harus diingat,kenalah mendapat kebenaran JIM.

      Jadi, lebih ramai anak dan tanggungan , jumlah yang Cik/Tuan/Puan perlu bayar kepada JIM akan berkurangan. Kadang kadang Cik/Tuan/Puan mungkin hanya diminta membayar RM50 sebulan. Jauh lebih murah dari ansuran bulanan pinjaman peribadi Cik/Tuan/Puan, kan?

      Dalam perkara memindahkan hakmilik rumah atas nama bersama, ia tidak dibenarkan dalam Akta Kebankrapan dan segala pemindahan dalam masa 2 tahun sebelum dari tarikh Bankrap akan terbatal. Lagipun jumlah nilai rumah dengan hutang Bank mungkin tidak mencukupi untuk “cover” hutang keseluruhan. Budi bicara Pegawai Insolvensi amat diperlukan pada ketika melapurkan diri supaya tidak melelong rumah tersebut lagipun atas nama bersama. Bagi Bank Bank yang lain, mereka hanya perlu menfailkan “Proof of Debt” iaitu bukti keberhutangan siBankrap kepada JIM dan jumlah ini akan dikumpulkan sebagai jumlah yang terhutang.

      Bagi si Bankrap:

      (a) Masih boleh bekerja seperti biasa atau berniaga asalkan tidak mendaftar sebagai pengarah, rakan kongsi atau pemilik tunggal. (ramai yang berniaga “online” atau berniaga atas “proxy” atau nama orang lain.

      (b) Masih boleh mempunyai akaun Bank (satu sahaja). Pihak Jabatan Insolvensi akan mengeluarkan surat kebenaran untuk mebuka akaun dengan mana mana Bank atau memberi arahan untuk membuka semula akaun yang telah dibekukan akibat Banrupsi.

      (c) Tidak boleh keluar negara tanpa kebenaran Jabatan Insolvensi.

      (d) Boleh memiliki kereta yang bernilai RM5,000 kebawah

      (e) Boleh menggunakan Kad Kredit dengan had RM1,000 (ada ke Bank nak bagi Kad Kredit, ada kut sebab ada peruntukan mengenainya)

      (e) Yang utama sekali, Tuan/Puan tidak lagi akan diganggu oleh Bank atau Agensi Pengutip Hutang.

      Jadi menjadi seorang Bankrap bukanlah sesuatu yang membuat dunia Tuan “Kiamat” dan boleh meneruskan kehidupan dan bangkit semula dengan izin ALLAH dan jangan sekali kali berputus asa dengan Rahmat dan Kasih Sayang ALLAH. Ramai Bankrap yang saya kenal hidup seperti biasa dan ada yang berjaya dalam perniagaan dan akhirnya membebaskan diri mereka dari keBankrapan.

      Sila baca link ini tentang seseorang yang telah dikenakan tindakan KeBankrapan:
      http://www.ceritahutangbankdananda.com/index.php/forums/topic/masalah-kad-kredit/#post-3891

  • Yuyu motimpi

    Salam,tuan
    saya ada membuat pinjaman peribadi drp 3 bank yang berbeza.bank 1-4000
    Bank2 -15000 bank 3 -25000
    Bank 1 saya da bayar selama 2 tahun sejak 2013,bank 2 da mula bayar pd 2015,begitu jg bank 3 mula pada 2015.tapi sejak saya di berhentikan kerja sya da tertunggak bayar ketiga tiga bank selama setahun..dan sya belum menerima sebarang surat.saya juga x berkesempatan untuk merujuk ke bank atas masalah tertentu.sekiranya saya hendak merujuk kes saya ke Akpk..bagaimana caranya..kerana saya tiada dokumen2 yang diperlukan berikutan saya dah berhenti kerja sejak 9 bulan yang lalu..adakah saya dah di istiharkan bankrup tanpa pengetahuan saya…bagaimana kah saya hendak menyelasaikan masalah saya …sekarang saya hanyalah suri rumah sepenuh masa…

    • Abu Ammar Post author

      Wa’alaikumussalam Yoyu

      Fahami tindakan undang undang yang sebenar. Berikut adalah prosedur ringkas Tindakan undang undang

      1) Loyar menghantar Notis Tuntutan kepada peminjam meminta tunggakan memberi masa 14 hari atau menamatkan perjanjian

      2) Atas arahan Bank, jika tiada bayaran, Tuan Loyar akan menfailkan Saman di Mahkamah menuntut baki hutang. Dalam Writ Saman ini ada Notis Tuntutan yang memperincikan segala baki, faedah dan kos yang dituntut.

      3) Selepas mendapat meterai dan pengesahan Mahkamah, Writ Saman ini akan disampaikan secara kediri atau melalui pos kepada Peminjam dialamat yang terakhir yang ada dalam rekod Bank. Biasanya pendengaran kes akan ditetapkan dalam masa 14 hari dari tarikh Writ atau penyampaian itu. Peminjam perlu mendaftarkan diri untuk hadir pada tarikh itu. kalau tidak pada hari itu Penghakiman Ingkar Tanpa Kehadiran akan dikeluarkan.

      4) Selepas itu Bank dan Tuan Loyar akan menunggu salinan Penghakiman yang telah dimeterai dan disahkan oleh MahkamahLebih lebih lagi bagi yang tiada langsung kemampuan untuk membayar hanya

      5) Apabila salinan Penghakiman didapati, satu salinan akan dihantar kepada Peminjam

      6) Bank boleh melaksanakan Penghakiman dengan tindakan undang undang keatas Peminjam. Kalau lebih RM30 ribu, boleh buat Bankrapsi. Jika pindaan Akta Insolvensi diluluskan Parlimen tidak lama lagi, had minima untuk tindakan keBankrapan ialah RM50K.

      Saya sarankan supaya buat semakan dengan CTOS di http://www.ctos.com.my/CTOSHOME/selfcheck.html (scan MyKad depan belakang untuk diemailkan untuk pengesahan). Register id (klik CTOS User ID) dan ikut arahan di Skrin. Kalau tak silap saya bila dah regiater Id, satu lapuran ringkas akan diberi. Ia akan memberikan indikasi kalau ada tindakan undang undang.

      Nak tahu lebih lanjut bayar RM10 secara online untuk dapatkan lapuran secara detail. Bila dah dapat keputusan rujuk semula disini dengan email kepada saya di codetyco@ceritahutangbankdananda.com. Baru kita boleh tahu setakat mana tindakan undang undang yang telah dikenakan.

      Cara cara nak check CTOS ada kat link ini. Kredit kepada penulisnya dan terima kasih kita ucapkan.

      http://www.chatpropertymalaysia.com/how-to-check-your-credit-records-via-ccris-and-ctos/

      Jika nak berunding melalui AKPK biasanya siPeminjam mempunyai pekerjaan yang tetap atau mempunyai dokumen dokumen sokongan tentang pendapatan bulanan supaya pinjaman boleh distrukturkan semula. Dalam hal Puan pilihan ini tidak ada selain dari menunggu tindakan undang undang atau gangguan dari agen Agen Kutip Hutang. Adakah alamat Puan sekarang telah dikemaskini atau Bank mempunyai rekod alamat yang berbeza. Mungkin ini menyebabkan apa apa maklumat tentang tindakan undang undang tidak diketahui. dilemanya kalau update nanti datang pulak Agen kutip hutang kerumah. Walaupun mereka hanya boleh mengugut dengan bermacam macam ugutan, ia adalah suatu gangguan yang boleh menggugat kestabilan mental. 🙂 Lebih lebih lagi bagi yang tiada sumber untuk membayar selain dari pasrah menunggu tindakan undang undang yang bakal diambil oleh pihak Bank.

  • DinKajang

    Salam..tuan..

    Saya nk bertanya tentang pinjaman…sy telah buat Peronal loan dgn Aeon Bank sbyk rm7k dari tahun 2013 lg…pembayaran bulanan telah dibuat sehingga la pada november 2016…bulan 12/ 2016 (skrg) sy tidak mampu byr kerana fokus buat pembayaran pinjaman rumah dan pinjaman kereta..tindakan Aeon Bank telah hantar sms menyatakan akaun sy akan diserahkan pada Biro maklumat Kredit…adakah akan memberi kesan pada pinjaman rumah (maybank) dan pinjaman kereta (Aeon bank)?? Mohon penerangan dari tuan…

    • Abu Ammar Post author

      Wa’alaikumussalam DinKajang

      Biro maklumat Kredit adalah badan yang mengumpulkan maklumat Kredit Bank Bank seluruh Malaysia melalui sistem yang lebih dikenali sebagai CCRIS. Lihat link ini:

      http://creditbureau.bnm.gov.my/BMcreditabout.html

      Semua Bank akan melapurkan status pinjaman dan bayaran SEMUA peminjam dan kebanyakan orang menyangkakan ia adalah senarai “BLACKLIST” kalau masuk CCRIS. Sebenarnya tidak. kalau bayar cantik pun ada cuma Bank Bank boleh melihat bagaimana “kelakuan bayaran” setiap peminjam. Kalau elok jadi “recommended list” jadi kalau bayar tak elok automatik jadi “blacklist”.

      Institusi BUKAN BANK seperti AEON Credit tidak tersenarai dalam institusi Perbankan Bank Perdagangan tetapi tersenarai dalam “Pengeluar Instrumen Pembayaran” iaitu entiti bukan Bank yang juga dibawah kawal selia Bank Negara yang perlu membuat lapuran ke Biro ini seperti yang tertera disini (betulkan kalau saya salah) Saya ulang sekali lagi AEON Credit Services BUKAN BANK. Jadi kalau ada ugutan nak “lapur kepada Biro Kredit” ia hanyalah ugutan biasa kerana sememangnya mereka ada membuat lapuran kerana mereka dibawah kawal selia Bank Negara. Kalau untuk CTOS mereka juga boleh memasukkan nama peminjam sebagai “rujukan” dan jika ada tindakan undang undang hingga ke Mahkamah, maka maklumat ini akan dikutip oleh CTOS.

      Senarai Institusi Kewangan Peserta dalam CCRIS

      Kalau dah ada loan rumah dan kereta yang sudah pun diluluskan dan bayaran ok tiada apa yang perlu dirisaukan. Kalau payment sangkut dengan AEON maka bersedialah untuk menerima ugutan ugutan seperti yang biasa dilakukan oleh Agen Kutip Hutang dan Tuan boleh layari blog dan Page saya https://www.facebook.com/ceritahutang/ tentang cara menangani masalah tersebut.

  • ninakarina

    salam tuan,
    saya ada kemushkilan sikit. tahun lepas ayah saya ada membuat loan asb daripada ci** bernilai 100k dan tempoh loan adalah selama 30tahun.akaun pertama atas nama adik sy berumur 18thun.memandangkan adik saya masih belajar dan tiada pendapatan tetap maka ayah saya menjadi penjamin untuk loan tersebut.kemudian ayah memohon loan ke 2 bernilai 100k juga tapi atas nama ayah saya sendiri.memandangkan umur ayah saya sudah 60 tahun, maka tempoh untuk loan tersebut hanya bole dibuat selama 5 tahun shaja..selepas sebulan bank telah menghantar surat menyatakan loan pertama atas nama adik saya diluluskan.tapi bagi loan kedua atas nama ayah saya pegawai berkenaan hanya memberitahu secara lisan bahawa loan tidak diluluskan kerana pendapatan bulanan ayah saya tidak mencukupi. tiba2 pada thun ni iaitu bulan 9 sampai surat daripada lawyer suruh ayah saya bayar penalti sebanyak rm2500 untuk loan atas nama ayah saya tu.dan ci** maklumkn bahawa sijil simpanan tersebut telah dijual.bagaimana bank boleh kenakan penalti kepada peminjam sedangkan peminjam lgsg tidak tahu status loan berkenaan dan bgaimana bank boleh menjual sijil simpanan berkenaan tanpa memaklumkan terlebih dahulu kepada pelanggan.setahu saya jika peminjam tidak menjelaskn bayaran setiap bulan pasti bank akan call atau hantar surat reminder terlebih dahulu.tapi langsung tiada.kemudian ayah saya telah pergi ke bank berkenaan untuk minta penjelasan dan surat yang menyatakan loan berkenaan lulus tapi pihak bank enggan memberi kerjasama.bank cuma beritahu no telefon ayah saya mereka silap key in dalam system dan mereka tidak dapat menghubungi ayah saya untuk memaklumkan status loan berkenaan.tapi untuk minta bayar penalti mereka bole pula call ayah saya.bank hanya memaksa ayah saya menjelaskan penalti tu juga menggunakan wang sendiri untuk selesaikn kes ini dan mengelakkan cas penalti semakin meningkat.. pada pendapat tuan apa yang perlu ayah saya lakukan? adakah perlu melaporkan kepada KPDNKK atau melaporkan kepada bank negara kerana hal ini adalah jelas menganiaya pihak peminjam

    • Abu Ammar Post author

      Wa’alaikumussalam NinaKarina

      Dalam persoalan Nina tidak dijelaskan samada akaun tersebut ada masalah tunggakan sehingga menerima surat loyar. Pada pendapat saya, Nina perlu meneliti perjanjian yang ditandatangani tentang hak Bank atau kebenaran yang telah diberi bagi Bank untuk menjual Saham tersebut dan mengenakan apa jua penalti seperti yang telah dialami. Besar kemungkinan ada klausa yang membenarkan Bank berbuat demikian. Kebanyakan peminjam tidak langsung membaca perjanjian lebih lebih lagi yang tulisan “kecik kecik” dalam perjanjian.

  • Farah

    Kalau ada 11k easyrhb loan, 8k mbb kad kredit, 7k citibank kad kredit, car loan dengan mbb, bike loan dgn bsnc.. easy rhb, mbb dan citibank kad kredit dah 9 bulan tak bayar tapi loan motor dan kereta tiap2 bulan bayar. Bank dah kol banyak kali dan minta bayar. Surat saman sudah dikeluarkan oleh easyrhb, citibank dan mbb kad kredit. Macam mana nak selesaikan? Bukan taknak bayar, sekarang tengah sarat mengandung. Kos sara hidup pon sendiri tanggung sebab tu tak dapat bayar easyrhb dan kad kredit. Boleh ke saya di-declare muflis? Adakah motor dan kereta akan ditarik oleh mana mana pihak dan boleh masuk lokap ke kalau kena saman? Apa yang bolwh terjadi dan bagaimana cara untuk selesaikan?

  • Saya

    Salam encik…
    Jika en. boleh bg cadangan kepda masalah sy..
    Sy berkhidmat dlm kerajaan slama +- 6 tahun..tahun kedua bekerja sy ad mmbuat pinjaman bank rakyat dgn amaun sekian2…x ade maslh byaran balik kerana tolak melalui angkasa..tahun ketujuh sy dpt tawaran blaja secara kpsl di satu kolej perubatan di sg buloh slama 2 tahun..status sy cuti blaja tanpa gaji…cuma elaun dr pihak kolej…
    6 bulan petama sy bayar tangan sj hutang tersebut.tp lepas tu ad kekangan kewangan..sy tidak dpt membayarnye lg..
    Bank ad mention hutang sy berkali2..ya..salah sy..x mampu bayar..
    Baru2 ni ad pihak mahkamah n peguam bank dtg ke rumah sy..mengeluarkan writ saman n sita..
    Terkedu jgk kan..tetiba dtg..
    Skang sy xpasti bile surat mahkamah/pendengaran kes smp ke rumah…surat atau pemberitahuan tiada..dan sy langsung xtahu menahu tentangnye..
    Sy diberi tempoh 14 hari utk selesaikan tuntutan..jika x..en tau la kan ape yg diorg akan lakukan..
    Mohon paandangan dr en..jika en ada pndapat cara terbaik utk selesaikan masalah sy ni…

  • Hati Bingong

    Salam tuan..saya nak tanya.

    Saya join program akpk dengan firsta payment saya adalah 30 ogos yang lepas.

    kemudian saya tak dapat buat pembayaran atas masalah2 yang tidak dapat di elakkan. Yer lah tuan,kalau dpt memang saya bayar tiap2 bulan dengan akpk ni.hu3

    Jadi saya tak buat bayaran utk 30 September,30 Oktober dan 30 November.

    Inshaa Allah saya akan buat bayaran dalam bulan Disember ni as soon as saya dapat duit dari perniagaa saya sekarang.
    Macam-macam dah saya buat ni tuan,benda yang saya tak pernah buat pun saya buat yang penting halal.
    sebab AKPK ni last resort saya.
    Failed akpk ni than saya akan bankrap dari pinjaman peribadi RM200K waktu kerja makan gaji dulu.

    Cuma saya khawatir tuan,adakah saya akan di remove dari program AKPK ni jika masih gagal bayar dlm seminggu dua ni.

      • Hati Bingong

        Terima kasih Tuan!

        saya dah hubungi AKPK tadi..Alhamdulillah..saya di kehendaki buat pembayaran minimum sekurang2 nya sebulan utk pastikan kekal dalam program.

        inshaa Allah..saya akan bayar full yang tertunggak.

        Terima Kasih sekali lagi tuan!

        Semoga murah rezeki tuan sebab sentiasa berkongsi permasalahan hutang ni dengan rakyat Malaysia.

        Amin Ya Rabbal Alamin~~

  • si risau

    Salam tuan,
    Saya ada buat pinjaman peribadi bank rakyat, termasuk bulan ni saya cukup 3 bulan tunggakan saya. Saya mmg nk start bayar balik cuma bulan ni ada masalah sikit untuk saya, Bank call ckp ada mention dekat pihak bank selepas beberapa hari ada kena charge RM700++ utk lawyer fee. Kalau saya xbayar bulan ni dan sambung bayar bulan depan, kemungkinan tindakan apa yang saya akan kena?

    Terima kasih tuan

    • Abu Ammar Post author

      Wa’alaikumussalam Si Risau

      Ada terima surat Loyar dan Surat Saman ke Mahkamah? Kalau tak ada mana datang kos loyar sampai RM700? Kalau dapat surat Loyar saja paling tinggi pun RM100 itupun kira cekik darah dah tu. Kalau dah kena pergi Mahkamah dan pada tarikh pendengaran kes anda tidak hadir maka Penghakiman akan dijatuhkan dan Bank boleh melaksanakan tindakan Penghakiman. Masa ni kesemua baki akan dituntut dan bergantung kepada budi bicara bank untuk menerima bayaran dari anda. Semak dulu kalau ada tindakan undang undang.

  • Azman

    Salam Tuan
    Terima kasih mewujudkan blog ini, banyak pencerahan dapat dipelajari. Satu permasalahan yang saya hadapi tidak jumpa di dlam blog ini, ceritanya
    1.Saya merupakan penjamin kepada rakan untuk pinjaman peribadi (Bank Rxxxxx) pada tahun 1999. Baru-baru ini saya telah menerima panggilan dari no 03-2xxx xxxx yang mengatakan mereka dari bank tersebut.
    2.Di dalam panggilan tersebut mereka mengatakan si peminjam telah ingakar untuk membayar balik hutang berbaki 9k. Dan jika saya tidak membayar , nama saya akan disaman, surat mahkamah akan dikeluarkan, blacklist dan kemungkinanan dimufliskan.
    Menurut mereka, mereka telah cuba berhubung dgn si pemuitang dan tiada jawapan dan saya mesti melunaskan hutang tersebut secepat mungkin.
    Saya mengatakan saya tidak pernah menerima apa-apa notis atau panggilan sebelum ini yang mengatakan si pemuitang masih berhutang.
    2-3 hari selepas itu saya menerima panggilan dari 017-xxxx memperkenalakan diri sebagai runner utk mengambil gambar rumah alamat terakhir saya. (Rumah tersebut saya tidak duduk lagi)
    3. Saya menhubungi si pemuitang (no yg sama yg mereka ada) dan mengatakan apa yang terjadi sekarang.

    A. yang akan terjadi kepada saya dari segi undang-undang?
    B. Si pemuitang telah dimufliskan oleh pihak bank Hxxx Lxxxx beberapa tahun lepas akibat dari pinjaman kereta dan madih berstatus muflis
    C. Apa tundakan yang perlu saya lakukan selain dari menasihati si puitang untuk berurusan dgn pihak bank dan AKPK?
    D. tindakan bank yang boleh dilakukan kepada pemuitang dan si penjamin?
    E. Bagaimana mereke boleh mendapat nombor handphone saya sedangkan tahun 1999 saya tidak menggunakan handphone.
    F. Bagaimana mereka boleh tahu alamat saya duduki sekarang? Dan mengapa si runner masih pergi rumah lama saya?

    Diharap tuan dapat menjelaskan pekara tersebut sebab saya betul-betul di dalam delema.

    Terima kasih

    • Abu Ammar Post author

      Wa’alaikumussalam Tuan Azman

      Pertama sekali yang call adalah Agen Kutip Hutang berdasarkan kepada ugutan ugutan yang diberikan. Satu lagi menurut Tuan hutang ini adalah sejak tahun 1999 jadi ia sudah lama “lapuk”. Jika ada tindakan undang undang yang dikenakan keatas Tuan, ia mestilah dibuat sekurang kurangnya pada tahun 2004 dan jika ada Penghakiman sekalipun (pada masa itu), Penghakiman hanya laku sampai tahun ini sahaja dan tidak boleh dilaksanakan lagi. Jika tiada langsung tindakan undang undang sampai sekarang, Bank tiada hak untuk mengambil tindakan undang undang kerana sudah luput had masa dan mereka sebenarnya telah “melepaskan” hak mereka untuk mengutip hutang tersebut dari Tuan.

      Ini trend yang berlaku sekarang. Bank banyak dah “desperate” nak duit, hutang basi pun cuba nak kutip guna Agen Kutip Hutang yang menggunakan gempaq gempaq “tindakan undang undang” yang sebenarnya diaorang tak boleh buat pun. Tetapi sebab kebanyakan orang tidak tahu proses undang undang, ada yang termakan TEMBERANG dan membuat bayaran hutang dan faedah yang sebenarnya tidak lagi menjadi tanggungan mereka (dari segi undang undang) walau ada yang sanggup bayar hutang pokok dan sedikit “denda” faedah tetapi kebanyakannya tidak dilayan.

      Berbalik kepada soalan Tuan:

      A. yang akan terjadi kepada saya dari segi undang-undang?

      Kalau betul nak buat tindakan undang undang, suruh Bank failkan Saman supaya boleh diketepikan dengan mudah atas dasar melebihi Had Masa. Ramai yang telah menang kes kes “hutang basi” sebegini. Apa pun buat semakan CTOS dulu untuk pengesahan.

      B. Si pemuitang telah dimufliskan oleh pihak bank Hxxx Lxxxx beberapa tahun lepas akibat dari pinjaman kereta dan madih berstatus muflis

      Bank hanya perlu menfailkan “Proof of Debt” kepada Jabatan Insolvensi. Kalau hutang tidak melebihi RM30K, tidak boleh buat Bankrapsi. Tuan adalah “penjamin sosial” iaitu orang yang tiada mendapat apa apa kepentingan dalam pinjaman tersebut jadi lagi susah nak buat Tuan Bankrap. Pindaan bagi Akta Bankrapsi (Insolvensi) yang akan dibuat lagi strict. Tak boleh Bankrapkan penjamin sosial dan had dinaikkan kepada RM50K

      C. Apa tundakan yang perlu saya lakukan selain dari menasihati si puitang untuk berurusan dgn pihak bank dan AKPK?

      Jawapan seperti jawapan “A” diatas

      D. tindakan bank yang boleh dilakukan kepada pemuitang dan si penjamin?

      Jawapan seperti “B”

      E. Bagaimana mereke boleh mendapat nombor handphone saya sedangkan tahun 1999 saya tidak menggunakan handphone.

      Itu senang aje. Diaorang ni ada pasang “kaki” seperti Puspakom (contoh, ada yang kena) Syarikat telekomunikasi dan agen mereka dan lain lain syarikat yang mempunyai data.

      F. Bagaimana mereka boleh tahu alamat saya duduki sekarang? Dan mengapa si runner masih pergi rumah lama saya?

      Jawapan seperti “F” dan “runner” nak ambik gambar tu mungkin dapat alamat dari sumber tersebut. Ini temberang aje. Kalau nak lelong tak payah ambik gambar bagai. Biasalah taktik gempaq dan mungkin Tuan sudah membaca pendedahan pendedahan saya tentang TEMBERANG mereka. Jadi tak perlu risau sangat kerana Tuan hanya penjamin dan masalah ini boleh ditangani dengan pengetahuan tentang hak Tuan dari segi undang undang.

      • Azman

        Salam Tuan
        Pertama sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas pencerahan Tuan tersebut, bayak persoalan di minda saya terungkai.
        Cuma yang yang masih menjadi tanda tanya ;
        1. Adakah saya sebagai penjamin masih terikat ataupun bertanggung jawap dengan bank Rxxxxx (pinjaman perubadi) bagi peminjam/pemuitang yang telah dibankrupkan oleh bank Hxxx Lxxxx beberapa tahun yang lalu akibat pinjaman kereta. Memurut kefahaman saya seperti tulisan Tuan di atas pihak bank Rxxxxx TIADA HAK langsung kepada saya untuk menuntut apa-apa hutang atau tindakan disebabkan kontrak pinjaman tersebut telah menjadi luput termaksuklah memasukan nama saya di dalam CTOs, Criss dll.
        2. Bagi semakan CTOS dan CRISS saya dapati nama saya masih bersih pada kali terakhir semakan dibuat (Julai 2016) dan sekatan perjalanan oleh imegresen pun tiada sekatan (sehingga sekarang)

        Apa yang saya boleh simpulkan adalah, pihak bank hanya “mencuba nasib” atau “memancing” penjamin supaya “menolong” mengurangkan peratus NPL mereka.
        Diharap Tuan dapat memberi komen jika tanggapan saya tersebut salah atau betul
        Terima kasih

        • Abu Ammar Post author

          Assalamualaikum Tuan Azman

          Seperti yang saya katakan sebelum ini, Bank hanya mencuba nasib dengan Agen Kutip Hutang dan mereka akan menggunakan Agen yang berlainan setiap kali atau untuk beberapa tempoh masa sekiranya Agen yang ditugaskan gagal membuat kutipan. Itu tidak menjadi masalah sangat jika kita tahu mengendalikan mereka. Tentang rekod CTOS, biasanya ia akan tersimpan disitu sebagai rujukan WALAUPUN hutang sudah selesai. Mereka akan memasukkan catitan bahawa hutang sudah selesai tetapi rekod masih ada dalam komputer mereka.

  • Anis

    Assalamualaikum.. saya nak tanya.. kalau check CTOS ada RESERVED Legal Cases and no status. Saya ada buat pinjaman bank and sudah 2 tahun buat bayaran ansuran. Masih ada tunggakan 7k. Saya tidak berkemampuan.
    Apa saya perlu buat. apakah tindakan selanjutnya bank akan ambil.

    • Abu Ammar Post author

      Wa’alaikumussalam Anis

      Baca selanjutnya bahagian 2 dan 3 dalam topik ini iaitu prosedur tindakan undang undang pinjaman peribadi. Itu yang Bank akan lakukan. Kalau dah tak mampu cuba rujuk ke AKPK

  • Maizatul

    Salam.masalah sy sekarang adalah hutang kowaja pd tahun 2009 sebanyak 30k..campur interest kne banyar 60k dlm masa 5 tahun.bayaran ni potong melalui biro angkasa, dan tahun 2009 saya behenti kerja dan biro angkasa xdpt potong.namun sy menyambubg bayaran pada 2010 samapai sekarang secara bulanan setakat mampu.namun bila diminta penyata, pihak kowaja xbg.dan terbaru kowaja minta saya untuj jelaskan bayaran tertunggak..katanya misspayment drpd biro angkasa..sedangkan bulanan sy dh bayaran walaupun hanya separuh drpd perjanjian.pihak kowaja juga mengugut saya untuk diistihar muflis dan nama saya akan dimmasukkan kedalam litigasi…sy terfikir utk minta pendapat akpk…namun sy juga mohon bantuan tuan..apa patut sy buat

    • Abu Ammar Post author

      Wa’alaikumussalam Maizatul

      Cuba buat aduan KPDNKK tentang keengganan KOWAJA untuk bagi statement. Kena confirm samada yang call adalah Agen Kutip Hutang KOWAJA atau sebaliknya. Setiap ahli berhak untuk mendapatkan penyata terkini dan agak pelik bagi mereka untuk tidak memberikan penyata. Bertentangan dengan peraturan peraturan dan undang undang kecil yang selalunya “menjaga kepentingan setiap ahli”

  • Syazni

    Assalam,

    Saya mempunyai masalah untuk membuat bayaran untuk personal loan dan kredit kad saya selama 8 bulan dan baru2 ni saya mendapat panggilan dari debt collector meminta saya membuat bayaran penuh untuk kedua2 nya. Puas saya membuat rayuan terhadap debt collector tersebut dimana saya meminta untuk mengurangkan jumlah bayaran tersebut juga meminta beliau untuk memahami situasi saya tetapi dengan sombong debt collector tersebut mengatakan bahawa saya hanya pandai berhutang dan tak tahu bayar. saya juga memberitahu beliau bahawa saya ingin rujuk kes saya ke AKPK namun beliau mengatakan kes saya sgt serious dan meminta saya menunggu surat dari mahkamah. Adakah benar saya tidak berhak mendapatkan bantuan dari AKPK? Untuk pengetahuan tuan jumlah pinjaman dan kredit kad saya ialah RM 14,000.00

  • SURAYA AB RANI

    Assalamualaikum.saya ingin bertanya bolehkah pihak saya meminta pihak A*ON kemukan interest yg mereka caj kepada saya selama 3 thn tanpa pengetahuan saya?

    • Abu Ammar Post author

      Wa’alaikumussalam. Sebagai peminjam anda berhak untuk meminta penyata bertulis tentang baki hutang dan interest yang dikenakan. Kalau minta secara lisan tak bagi, minta secara bertulis. Kat tandatangan tu tulis salinan kedua ke Bank Negara dan KPDNKK

  • Si Risau

    Assalamualaikum. Saya nak tanya saya sudah lama juga saya tak membayar hutang asb sy dan sudah semestinya setiap bulan saya telah mendapat sms seperti ini RM0.00 CIMB. Urgent. Kindly remit payment of RM xxx.xx for your acct ending with 7569 immediately to avoid foreclosure/ civil action. For info: 0326196200.TQ tetapi setiap bulan amount adalah berlainan. Saya juga tidak mendapat surat peguam. Saya memang ingin membayar hutang saya tapi kewangan saya masih tidah stabil sekarsng. Saya minta jasa baik tuan mrmbantu saya di dalam memberi prnjelasan mengenai isu ini. Sekian terima kasih.

  • Azma

    Assalamualaikum…
    Tuan,
    Bapa saudara saya telah menggunakan kad kredit atas nama saya yang berjumlah hampir 7k. dan sekarang dia tidak membuat sebarang bayaran. saya telah menerima surat daripada bank untuk membuat bayaran bagi mengelakkan nama disenaraihitamkan. Apa tindakan yang saya boleh ambil terhadap bapa saudara?

  • nak tahu

    salam tuan, saya ada tunggakan pinjaman peribadi, sebelum ini saya tak pernah terima surat apa2 dari pihak lawyer, dan baru2 ini saya ada terima surat dari lawyer yang menyatakan tuntutan bank dan tarikh pendengaran..adakah itu surat “Notice of demand” dan jika saya bayar sebelum tarikh pendengaran, surat yang saya terima perlu diabaikan? surat itu juga seperti bukan original (photostet)..

  • faiz

    Salam Tuan,

    saya ingin bertanyakan sesuatu mengenai tunggakan, baru2 ni pihak bank call untuk bertanyakan pembayaran tunggakan yg hanya berjumlah RM2000++ termasuk untuk pembayaran bulan ini dan pihak bank akan call semula sebelum hujung bulan ini untuk confirm pembayaran.Tapi saya baru terima surat dari pejabat lawyer menyatakan kegagalan pembayaran dan menetapkan tarikh pendengaran. Jika saya menyambung semula pembayaran, apakah masih perlu hadir pendengaran? dan surat lawyer hanya hitam putih sahaja seperti bukan original copy.

  • InginTahu

    saya dapat mesej dari no 66300
    Urgent Reminder! You are required to attend Court Hearing

    Call 0327763199 to discuss on this matter. TQ

    • Abu Ammar Post author

      Assalamualaikum Nur Fatihah

      SMS dari nombor 66XXX ni biasanya adalah dari syarikat yang menggunakan khidmat “bulk sms” (sms prabayar menggunakan internet dan perisian khas) bagi tujuan promosi dan mengeluarkan peringatan. Jadi syarikat yang menggunakan khidmat ini termasuk Bank dan juga Agen Kutip Hutang yang “ada modal” dan professional jugak bukan macam sesetengah yang pakai handphone sendiri dengan mesej mesej yang merapu.

      Walaubagaimanapun, mesej sebegini memang digunakan untuk memberi kejutan supaya kita memanggil nombor yang tertera. akan tetapi ketahuilah seperti yang selalu saya war warkan bahawa tindakan undang undang TIDAK guna sms. Mesti ada SAMAN yang diserahkan atau diposkan.

      Fahami tindakan undang undang yang sebenar. Berikut adalah prosedur ringkas Tindakan undang undang

      1) Loyar menghantar Notis Tuntutan kepada peminjam meminta tunggakan memberi masa 14 hari atau menamatkan perjanjian

      2) Atas arahan Bank, jika tiada bayaran, Tuan Loyar akan menfailkan Saman di Mahkamah menuntut baki hutang. Dalam Writ Saman ini ada Notis Tuntutan yang memperincikan segala baki, faedah dan kos yang dituntut.

      3) Selepas mendapat meterai dan pengesahan Mahkamah, Writ Saman ini akan disampaikan secara kediri atau melalui pos kepada Peminjam dialamat yang terakhir yang ada dalam rekod Bank. Biasanya pendengaran kes akan ditetapkan dalam masa 14 hari dari tarikh Writ atau penyampaian itu. Peminjam perlu mendaftarkan diri untuk hadir pada tarikh itu. kalau tidak pada hari itu Penghakiman Ingkar Tanpa Kehadiran akan dikeluarkan.

      4) Selepas itu Bank dan Tuan Loyar akan menunggu salinan Penghakiman yang telah dimeterai dan disahkan oleh Mahkamah

      5) Apabila salinan Penghakiman didapati, satu salinan akan dihantar kepada Peminjam

      6) Bank boleh melaksanakan Penghakiman dengan tindakan undang undang keatas Peminjam. Kalau lebih RM30 ribu, boleh buat Bankrapsi

      Saya sarankan supaya buat semakan dengan CTOS di http://www.ctos.com.my/CTOSHOME/selfcheck.html . Register id (klik CTOS User ID) dan ikut arahan di Skrin. Kalau tak silap saya bila dah register Id, satu lapuran ringkas akan diberi. Ia akan memberikan indikasi kalau ada tindakan undang undang.

      Nak tahu lebih lanjut bayar RM10 secara online untuk dapatkan lapuran secara detail. Bila dah dapat keputusan rujuk semula disini dengan email kepada saya di codetyco@ceritahutangbankdananda.com. Baru kita boleh tahu setakat mana tindakan undang undang yang telah dikenakan.

      Cara cara nak check CTOS ada kat link ini. Kredit kepada penulisnya dan terima kasih kita ucapkan.

      http://www.chatpropertymalaysia.com/how-to-check-your-credit-records-via-ccris-and-ctos/

      Baca juga blog post saya tentang perkara ini:

      http://www.ceritahutangbankdananda.com/index.php/2016/09/01/tindakan-mahkamah-tak-pakai-sms-email-fahami-proses-sita-menyita-yang-sebenar/

      Post Link: http://www.ceritahutangbankdananda.com/index.php/forums/topic/masalah-kad-kredit/#post-8789

  • insan terpilih..

    salam.. saya ada dpt msg dari no biasa yg mengatakan dlm msg tu ” urgent!hai/salam en/cik muzhafar,sy dari rhb bank kl. maaf mengganggu,urgent,kami masih tidak menerima maklum balas dan byran dr saya.akaun 7 bln tunggakkan dan merupakan stage akhir dlm bahagian collection sblm akaun tag dibwh pemerhatian khas bank negara dlm ctos/ccris yg mungkin akan menyukarkan segala perbankan. mohon kerjasama dr en.cik untuk menjelaskan minimum byrn rmxxx dgn kadar segera sblm 10/10/16 untk aktif akaun.notis pembayaran penuh pinjaman akan dikeluarkan serta merta jika bayaran tidak diterima”.kalau mcm ni adakah akan ada tindakan dari mahkamah??
    untuk pengetahuan kewangan saya tidak berapa stabil.

    • Abu Ammar Post author

      Wa’alaikumussalam Insan Terpilih

      Ini semua TEMBERANG Agen Kutip Hutang. Tindakan Undang Undang tak pakai sms dan email. Fahami tindakan undang undang yang sebenar. Berikut adalah prosedur ringkas Tindakan undang undang

      1) Loyar menghantar Notis Tuntutan kepada peminjam meminta tunggakan memberi masa 14 hari atau menamatkan perjanjian

      2) Atas arahan Bank, jika tiada bayaran, Tuan Loyar akan menfailkan Saman di Mahkamah menuntut baki hutang. Dalam Writ Saman ini ada Notis Tuntutan yang memperincikan segala baki, faedah dan kos yang dituntut.

      3) Selepas mendapat meterai dan pengesahan Mahkamah, Writ Saman ini akan disampaikan secara kediri atau melalui pos kepada Peminjam dialamat yang terakhir yang ada dalam rekod Bank. Biasanya pendengaran kes akan ditetapkan dalam masa 14 hari dari tarikh Writ atau penyampaian itu. Peminjam perlu mendaftarkan diri untuk hadir pada tarikh itu. kalau tidak pada hari itu Penghakiman Ingkar Tanpa Kehadiran akan dikeluarkan.

      4) Selepas itu Bank dan Tuan Loyar akan menunggu salinan Penghakiman yang telah dimeterai dan disahkan oleh Mahkamah

      5) Apabila salinan Penghakiman didapati, satu salinan akan dihantar kepada Peminjam

      6) Bank boleh melaksanakan Penghakiman dengan tindakan undang undang keatas Peminjam. Kalau lebih RM30 ribu, boleh buat Bankrapsi

      Saya sarankan supaya buat semakan dengan CTOS di http://www.ctos.com.my/CTOSHOME/selfcheck.html . Register id (klik CTOS User ID) dan ikut arahan di Skrin. Kalau tak silap saya bila dah register Id, satu lapuran ringkas akan diberi. Ia akan memberikan indikasi kalau ada tindakan undang undang.

      Nak tahu lebih lanjut bayar RM10 secara online untuk dapatkan lapuran secara detail. Bila dah dapat keputusan rujuk semula disini dengan email kepada saya di codetyco@ceritahutangbankdananda.com. Baru kita boleh tahu setakat mana tindakan undang undang yang telah dikenakan.

      Cara cara nak check CTOS ada kat link ini. Kredit kepada penulisnya dan terima kasih kita ucapkan.

      http://www.chatpropertymalaysia.com/how-to-check-your-credit-records-via-ccris-and-ctos/

      Jika Bank susah nak beri kerjasama dalam bab rundingan, boleh minta pertolongan melalui Bank Negara seperti yang disarankan oleh Encik Ahmad disini:

      http://www.ceritahutangbankdananda.com/index.php/2014/08/14/proses-tindakan-undang-undang-pinjaman-peribadipersendirian-bahagian-3/comment-page-5/#comment-1520

      Sila baca disini tentang bab TEMBERANG sita menyita dan cara menangani Agen Kutip Hutang

      https://www.facebook.com/ceritahutang/posts/534912356666965

      http://www.ceritahutangbankdananda.com/index.php/2015/10/11/panduan-menangani-agen-kutip-hutang/

  • yana

    Assalam, tuan saya ingin membuat pertanyaan, saya ada tunggakan pembayaran kereta sebulan dalam RM502, saya tidak membuat pembayaran selama 2 tahun kerana kereta saya rosak ketika banjir (kereta tidak boleh berjalan langsung) , saya telah berbincang dengan bank untuk membuat separuh bayaran monthly kerana terpaksa membeli kereta lain tetapi di tolak oleh pihak bank.jadi saya terus senyap tanpa membuat sebarang payment sehinggalah ada orang call bgtau dari wakil bank tunggakan kereta saya rm14 k perlu di jelaskan , pihak tersebut meminta saya membuat pembayaran rm4k dah selepas pembayaran dibuat saya perlu bayar monthly(RM502)seperti biasa, hari hari wakil tersebut wsapp dan kacau saya di ofis, untuk makluman saya bekerja dengan sektor kerajaan, sehinggalah saya gagal membuat pembayaran RM4K Seperti yang di minta wakil tersebut telah mengugut saya untuk menghubungi pihak majikan saya dan memgeluarkan saman, apa saya patut saya buat, adakah pihak tersebut boleh menyuruh pihak majikan saya memotong gaji saya setiap bulan sehingga hutang selesai, adakah saya kena tindakan mahkamah, untuk maklumat wakil tersebut ada ofer saya untuk membuat pinjaman peribadi ikut jumlah hutang saya untuk selesaikanya tapi saya tolak …..adakah AKPK blh membantu saya?saya buntu harap tuan boleh membantu saya,terima kasih kerana sudi membaca masalah saya ini…..

  • ridzwan

    Insan kesilapan

    Tuan,

    Saya baru dapat surat garnishee ni drpd bank dan saya buntu skrg ni krn akaun gaji saya yg kena garnishee. Tolong saya bagaimana saya nak selesaikan masalah yg saya hadapi ini…

  • ewan

    salam tuan mintak pencerahan sekali lagi walaupun saye dah bace mengenai tindakkan menyita barang yg bukan milik peminjam tapi saya masih tak fahan tuan, adakah di bolehkan menyita barang yg bukan milik peminjam dengan cara seal rumah mak atau mak mertua saya selama 14 hari bagi tujuan penilaian dan juga menyita? ade ke undang2 di malaysia ini yg membenarkan tindakkan ini dilakukan? akhir sekali mohon ampun dan maaf dari tuan sebab bertanye soalan yg saye kire tuan sudah menerangkan

    • Abu Ammar Post author

      Wa’alaikumussalam Ewan

      Seperti yang saya telah jelaskan sebelum ini, dulu bahagian Collection akan memastikan bahawa Penghutang adalah pemilik berdaftar rumah sebelum membuat tindakan WSS bagi mengelakkan komplikasi akibat tindakan tersebut. sekarang ia lebih kepada “main sondol” dan terpulang kepada pemilik rumah untuk mempertahankan diri apabila tindakan ini dikenakan. Kalau mereka tidak tahu undang undang macamana? Tak ke naya? Kalau ada yang sengaja guna alamat rumah orang lain macamana? Itu yang saya selalu bangkitkan. Tak salah ambil tindakan tetapi kena ada budi bicaralah sikit.

      Tentang undang undang Malaysia, sesiapa sahaja boleh menfailkan tuntutan dan kalau pihak yang dituntut berdiam diri dan tidak membalas tuntutan tersebut maka pihak yang menuntut dikira “menang”. Sama juga dengan tindakan WSS, Tuan rumah perlu menfailkan bantahan tentang tindakan ini dan ini juga ada dalam peruntukan undang undang. Cuma orang awam tak berapa mahir dalam hal ini dan agak rumit untuk berbuat demikian melainkan mendapatkan khidmat peguam.

  • Zamri

    Saya Sudah 18 bulan tunggakan hutang dan pinjaman saya sebanyak rm18k ttp tuntutan bayaran adalah rm24k saya tiada Surat perjanjian segala agreement dilakukan melalui telephone dgn Cimb dan Surat tindakan undang2 sdh sampai adakah saya masih boleh melakukan rundingan dengan bank untuk mengurangkan bayaran dan melakukan ansuran bulanan yg tertunggak selama 18bln tersebut tuan?
    Masih layak kah saya utk membuat rayuan pada ctos…rakan saya ckp pnjaman TDK melebihi rm30k TDK boleh dijatuhkan hukuman bankrupsi dan masih boleh melakukan rundingan dgn bank…bayaran bulanan saya adalah rm580 sebulan…sdh 18bulan tunggakan…
    Saya TDK bekerja sy buntu sy bercelaru skrg…apa yg patot sy lakukan?
    Adakah saya patot meminta bantuan Dr JIM?atau ada cara lain tuan

    • Abu Ammar Post author

      Wa’alaikumussalam Zamri

      18 bulan adalah satu tempoh yang lama. Kalau Bank ambil tindakan undang undang, saya pasti sudah ada Penghakiman yang telah dijatuhkan. Rundingan boleh dijalankan tetapi bergantung kepada pihak Bank. Biasanya Bank akan meminta sejumlah besar bayaran dahulu, contonya RM3,000 hingga RM5,000 sebagai bayaran pertama dan selebihnya dengan bayaran bulanan yang tetap contonhya RM400 sebulan.

      Saya sarankan supaya buat semakan dengan CTOS di http://www.ctos.com.my/CTOSHOME/selfcheck.html . Register id (klik CTOS User ID) dan ikut arahan di Skrin. Kalau tak silap saya bila dah register Id, satu lapuran ringkas akan diberi. Ia akan memberikan indikasi kalau ada tindakan undang undang.

      Nak tahu lebih lanjut bayar RM10 secara online untuk dapatkan lapuran secara detail. Bila dah dapat keputusan rujuk semula disini dengan email kepada saya di codetyco@ceritahutangbankdananda.com. Baru kita boleh tahu setakat mana tindakan undang undang yang telah dikenakan.

      Cara cara nak check CTOS ada kat link ini. Kredit kepada penulisnya dan terima kasih kita ucapkan.

      http://www.chatpropertymalaysia.com/how-to-check-your-credit-records-via-ccris-and-ctos/

      Jika Bank susah nak beri kerjasama dalam bab rundingan, boleh minta pertolongan melalui Bank Negara seperti yang disarankan oleh Encik Ahmad disini:

      http://www.ceritahutangbankdananda.com/index.php/2014/08/14/proses-tindakan-undang-undang-pinjaman-peribadipersendirian-bahagian-3/comment-page-5/#comment-1520

      Dalam perkara ini tidak ada gunanya meminta pertolongan dari JIM kerana JIM adalah badan yang menguruskan kes Bankrapsi. Tiada guna juga merayu kepada CTOS kerana ia adalah Syarikat Persendirian yang mengumpul maklumat tentang tindakan undang undang yang telah dikenakan.

      Satu lagi yang saya musykil, bagaimana boleh ada perjanjian melalui telefon? Tidakkan bank memberikan dokumen susulan untuk ditanda tangani?

  • Zaini Shahidin

    Assalam
    Syukur saya terjpa blog ini.
    Saya zaini ada pertanyaan tentang bankrup.
    Bulan lepas saya hendak buka akaun simpanan maybank namun tidak berjaya kerana nama saya sudah telah dipaparkan dalam akhbar.Ada masalah dengan bank islam pada tahun 2004.Selama ini saya tidak pernh menerima apa2 dokumen mengenai pinjaman peribadi,seingat saya saya hanyalah penjamin kepada peminjam.Segala urusan sibuat oleh peminjam tersebut dan saya sendiri tak dapat pastikan siapa peminjam sebenarnya,saya rasa saya dah tertipu.Tahun lepas 2015 saya masih boleh buka akaun BSN tanpa ada masalah,saya juga masih ada akaun bank simpanan ambank yang aktif sehingga hari ini.Persoalannya,adalah saya sudah diistiharkan bankrup?
    Jika sudah bankrup,apakah saya perlu mohon bantuan jabatan insolvensi ?
    Saya dahulukan terima kasih kepada pihak tuan..saya sedang buntu,tak tahu langkah pertama yang perlu saya ambil.

    • Abu Ammar Post author

      Wa’alaikumussalam Zaini

      Pertama sekali cuba check dengan website Jabatan Insolvensi Malaysia di https://e-insolvensi.mdi.gov.my/ .Daftar dan buat semakan.

      Saya sarankan juga supaya buat semakan dengan CTOS di http://www.ctos.com.my/CTOSHOME/selfcheck.html . Register id (klik CTOS User ID) dan ikut arahan di Skrin. Kalau tak silap saya bila dah register Id, satu lapuran ringkas akan diberi. Ia akan memberikan indikasi kalau ada tindakan undang undang.

      Nak tahu lebih lanjut bayar RM10 secara online untuk dapatkan lapuran secara detail. Bila dah dapat keputusan rujuk semula disini dengan email kepada saya di codetyco@ceritahutangbankdananda.com. Baru kita boleh tahu setakat mana tindakan undang undang yang telah dikenakan.

      Cara cara nak check CTOS ada kat link ini. Kredit kepada penulisnya dan terima kasih kita ucapkan.

      http://www.chatpropertymalaysia.com/how-to-check-your-credit-records-via-ccris-and-ctos/

      Secara ringkasnya proses Kebankrapan adalah seperti berikut:

      1) Penghakiman (samada Penghakiman Ingkar atau yang lainnya) sudah dijatuhkan keatas peminjam (seperti diatas)

      2) Pemfailan Notis Kebankrapan. Pada waktu pemfailan tersebut jumlah baki hutang, faedah dan kos MESTILAH tidak kurang dari RM30,000

      3) Notis ini mesti diserahkan secara kediri (personal service) kepada Penghutang Penghakiman. Cubaan serahan adalah sebanyak TIGA kali. Jika gagal, Bank boleh membuat permohonan untuk membuat Penyampaian Ganti melalui Akhbar Tempatan, Penampalan Notis di Papan Notis Mahkamah dan juga Surat Berdaftar. Kalau tak dapat personal service dan perlu kepada permohonan Penyampaian Ganti, ini akan memakan masa lagi 1 – 3 bulan.

      4) Selepas 6 (Enam) bulan tempoh serahan berlaku tanpa ada apa apa bantahan/perbincangan dari Penghutang Penghakiman, beliau sudah dikira telah melakukan tindakan Kebankrapan. Selepas itu Petisyen Pemiutang pula akan dikeluarkan dan diserahkan.

      5) Suatu tarikh akan ditetapkan untuk mendengar kes Petisyen itu dan jika tiada bantahan dari Penghutang Penghakiman dengan alasan yang dikira menasabah, maka pada hari itu beliau akan diisytihar sebagai seorang Bankrap.

      Setelah Bankrap

      Seorang Bankrap perlu melapurkan diri ke Jabatan Insolvensi terdekat. Selepas melapur diri ke Jabatan Insolvensi Malaysia (JIM) dan mengisi borang borang yang diperlukan, Cik/Tuan/Puan boleh memohon untuk pelepasan semua akaun yang telah dibekukan, pengeluaran dan penutupan akaun dan memilih akaun mana yang hendak dikekalkan. Biasanya kita akan kekalkan akaun yang digunakan untuk kemasukan gaji. InsyaALLAH kebenaran akan diberi berdasarkan perbincangan dengan Pegawai Insolvensi. Berapa lama saya tidak boleh memberi kepastian cuma apabila melapur diri bawalah bukti bukti pendapatan dan perbelanjaan yang lengkap supaya boleh dipastikan berapa jumlah yang mampu dibayar setiap bulan kepada Jabatan Insolvensi.

      Untuk seseorang Bankrap melapurkan kepada JIM, lebih banyak maklumat peribadi akan ditanya berbanding dengan pinjaman biasa. Ini adalah kerana perbelanjaan anak anak (tempat tinggal, sara hidup,pembelajaran, bas sekolah jika ada) boleh dimasukkan kedalam Kos Sara Hidup seorang Bankrap. Sebahagian kecil perbelanjaan untuk ibu bapa yang telah uzur juga dibenarkan. Jika seorang Bankrap melapurkan diri kepada JIM dan membuat bayaran bulanan, beliau mungkin boleh mendapat kebenaran untuk menggunakan Kad Kredit (had RM1000) dan juga boleh memiliki kereta (mungkin kereta lama) dengan nilai tidak melebihi RM5K untuk kegunaan keluarga. Tapi harus diingat,kenalah mendapat kebenaran JIM.

      Jadi, lebih ramai anak dan tanggungan , jumlah yang Cik/Tuan/Puan perlu bayar kepada JIM akan berkurangan. Kadang kadang Cik/Tuan/Puan mungkin hanya diminta membayar RM50 sebulan. Jauh lebih murah dari ansuran bulanan pinjaman peribadi Cik/Tuan/Puan, kan?

      Dalam perkara memindahkan hakmilik rumah atas nama bersama, ia tidak dibenarkan dalam Akta Kebankrapan dan segala pemindahan dalam masa 2 tahun sebelum dari tarikh Bankrap akan terbatal. Lagipun jumlah nilai rumah dengan hutang Bank mungkin tidak mencukupi untuk “cover” hutang keseluruhan. Budi bicara Pegawai Insolvensi amat diperlukan pada ketika melapurkan diri supaya tidak melelong rumah tersebut lagipun atas nama bersama. Bagi Bank Bank yang lain, mereka hanya perlu menfailkan “Proof of Debt” iaitu bukti keberhutangan siBankrap kepada JIM dan jumlah ini akan dikumpulkan sebagai jumlah yang terhutang.

      Bagi si Bankrap:

      (a) Masih boleh bekerja seperti biasa atau berniaga asalkan tidak mendaftar sebagai pengarah, rakan kongsi atau pemilik tunggal. (ramai yang berniaga “online” atau berniaga atas “proxy” atau nama orang lain.

      (b) Masih boleh mempunyai akaun Bank (satu sahaja). Pihak Jabatan Insolvensi akan mengeluarkan surat kebenaran untuk mebuka akaun dengan mana mana Bank atau memberi arahan untuk membuka semula akaun yang telah dibekukan akibat Banrupsi.

      (c) Tidak boleh keluar negara tanpa kebenaran Jabatan Insolvensi.

      (d) Boleh memiliki kereta yang bernilai RM5,000 kebawah

      (e) Boleh menggunakan Kad Kredit dengan had RM1,000 (ada ke Bank nak bagi Kad Kredit, ada kut sebab ada peruntukan mengenainya)

      (e) Yang utama sekali, Tuan/Puan tidak lagi akan diganggu oleh Bank atau Agensi Pengutip Hutang.

  • Liza

    Salam

    Saya nk tnyr.. saya telah di buang keje. .tp company suh saya byr hutang personal loan dan car lon rm44k.
    Dlm ctos ada tulis saman dr mahkamah tinggi. Tp so far saya blum dpt apa2 notice. Hujung sept saya akan ke luar negara untuk training kerja. Masih bleh ke saya ke luar negara?

    • Abu Ammar Post author

      Wa’alaikumussalam Liza

      Bila tarikh Saman tu? Car Loan dan personal loan total RM44K? Atau berapa hutang separately? Proses KeBankrapan memakan masa at least 8 bulan kalau diambilkira masa untuk serve Notis KeBankrapan dan Petisyen Pemiutang. Berikut adalah proses tindakan undang undang dan KeBankrapan.

      Prosedur ringkas Tindakan undang undang

      1) Loyar menghantar Notis Tuntutan kepada peminjam meminta tunggakan memberi masa 14 hari atau menamatkan perjanjian

      2) Atas arahan Bank, jika tiada bayaran, Tuan Loyar akan menfailkan Saman di Mahkamah menuntut baki hutang. Dalam Writ Saman ini ada Notis Tuntutan yang memperincikan segala baki, faedah dan kos yang dituntut.

      3) Selepas mendapat meterai dan pengesahan Mahkamah, Writ Saman ini akan disampaikan secara kediri atau melalui pos kepada Peminjam dialamat yang terakhir yang ada dalam rekod Bank. Biasanya pendengaran kes akan ditetapkan dalam masa 14 hari dari tarikh Writ atau penyampaian itu. Peminjam perlu mendaftarkan diri untuk hadir pada tarikh itu. kalau tidak pada hari itu Penghakiman Ingkar Tanpa Kehadiran akan dikeluarkan.

      4) Selepas itu Bank dan Tuan Loyar akan menunggu salinan Penghakiman yang telah dimeterai dan disahkan oleh Mahkamah

      5) Apabila salinan Penghakiman didapati, satu salinan akan dihantar kepada Peminjam

      6) Bank boleh melaksanakan Penghakiman dengan tindakan undang undang keatas Peminjam. Kalau lebih RM30 ribu, boleh buat Bankrapsi

      secara ringkasnya proses Kebankrapan adalah seperti berikut:

      1) Penghakiman (samada Penghakiman Ingkar atau yang lainnya) sudah dijatuhkan keatas peminjam (seperti diatas)

      2) Pemfailan Notis Kebankrapan. Pada waktu pemfailan tersebut jumlah baki hutang, faedah dan kos MESTILAH tidak kurang dari RM30,000

      3) Notis ini mesti diserahkan secara kediri (personal service) kepada Penghutang Penghakiman. Cubaan serahan adalah sebanyak TIGA kali. Jika gagal, Bank boleh membuat permohonan untuk membuat Penyampaian Ganti melalui Akhbar Tempatan, Penampalan Notis di Papan Notis Mahkamah dan juga Surat Berdaftar. Kalau tak dapat personal service dan perlu kepada permohonan Penyampaian Ganti, ini akan memakan masa lagi 1 – 3 bulan.

      4) Selepas 6 (Enam) bulan tempoh serahan berlaku tanpa ada apa apa bantahan/perbincangan dari Penghutang Penghakiman, beliau sudah dikira telah melakukan tindakan Kebankrapan. Selepas itu Petisyen Pemiutang pula akan dikeluarkan dan diserahkan.

      5) Suatu tarikh akan ditetapkan untuk mendengar kes Petisyen itu dan jika tiada bantahan dari Penghutang Penghakiman dengan alasan yang dikira menasabah, maka pada hari itu beliau akan diisytihar sebagai seorang Bankrap.

      Anda boleh pergi ke website Jabatan Imigeresen Malaysia dan ada page kat situ untuk check whether boleh keluar negara atau tidak.

  • Sue

    Assalamualaikum tuan..
    Saya nk tanye..semalam (27/8/16) saye ade terima call dr no xdikenali.beliau memperkenalkan diri dari pegawai mahkamah.katenye ingin dtg ke rumah untuk bagi writ saman untuk sita brg2 dan harta yg ade dlm rumah(siap bg no writ saman tersebut).saye ade bgtau yg alamat tersebut adalah alamat rumah org tua saye.tp katenye saye kne berada kat rumah tersebut utk terima writ saman tu.katenye lagi saye blh batalkan writ saman tu tp kne call peguam yg mengendalikan kes saye.(bg no phone peguam tu)..pegawai yag call tu jgk bgtau kalau beliau xde terima call dr peguam terbabit sblm pukul 5ptg,proses untuk dtg rumah dan bg writ saman akan diteruskan..(dtg ptg smlm atau isnin ni 29/8/16).saye call peguam tersebut dan peguam tu bgtau blh setel kes luar mahkamah tp kne call pegawai yg pegang fail case saye untuk tau jumlah yg perlu bayar untuk tarik balik writ saman tersebut..peguam tersebut ade bg no phone pegawai tu..saye call pegawai tu dan disuruh bayar jumlah penuh pinjaman ptg tu jgk dan hntr gambar bukti pembayaran untuk beliau email kat mahkamah utk batalkan writ saman tersebut..saye ade buat pembayaran ptg tu tp bkn full payment..katenye kne jgk bayar full tuk tarik kes saye tu..pegawai tu gtau jumlah yg saye bayar ptg tu cukup untuk tangguhkan sementara je..(sampai isnin 29/8/16 ptg je)kalau xterima full payment isnin tu,pegawai mahkamah akn dtg umh tuk bg writ saman..Perlu ke saye ikut semue kate2 pegawai tersebut?utk pengetahuan jumlah baki hutang yg ade rm3540..ptg smlm da bayar rm2200..(panik n takut sbb rumah tersebut rumah parents kat kg…)Ape perlu saye buat??thn lps ade mslh kewangan sbb anak sakit n perlu operation..jd tertunggak beberape bln..bile nk bayar balik katenye akaun da kne sekat n tutup.kalau nk setel kne pergi hq…mslhnye hq jauh dr tempat tggal. tempoh perjanjian sehingga bln 11/2017)

    • Abu Ammar Post author

      Wa’alaikumussalam Sue

      Ini semua TEMBERANG Agen Kutip Hutang. Tindakan Undang Undang tak pakai sms dan email. Mahkamah dan “peguam” jadi jadian ni. Satu lagi, Lawyer TIDAK call peminjam. Pegawai Mahkamah TIDAK call peminjam. Mahkmah TIDAK ADA nombor telefon peminjam. Lawyer TIDAK BEKERJA untuk Mahkamah. Memang ada sistem e-kehakiman tapi bukan senang senang nak main email email macam tu je. Kalau kata guna Whatsapp lagi haru. Bank Negara pun boleh email jugak untuk “padamkan” rekod? Power betul “peguam” ni.

      Boleh bagi “nombor kes” peguam tu? Nombor apalah agaknya dia guna. Tapi bayaran dah dibuat jadi tinggal balance tak banyak lagi. apapun, fahami tindakan undang undang yang sebenar. Berikut adalah prosedur ringkas Tindakan undang undang

      1) Loyar menghantar Notis Tuntutan kepada peminjam meminta tunggakan memberi masa 14 hari atau menamatkan perjanjian

      2) Atas arahan Bank, jika tiada bayaran, Tuan Loyar akan menfailkan Saman di Mahkamah menuntut baki hutang. Dalam Writ Saman ini ada Notis Tuntutan yang memperincikan segala baki, faedah dan kos yang dituntut.

      3) Selepas mendapat meterai dan pengesahan Mahkamah, Writ Saman ini akan disampaikan secara kediri atau melalui pos kepada Peminjam dialamat yang terakhir yang ada dalam rekod Bank. Biasanya pendengaran kes akan ditetapkan dalam masa 14 hari dari tarikh Writ atau penyampaian itu. Peminjam perlu mendaftarkan diri untuk hadir pada tarikh itu. kalau tidak pada hari itu Penghakiman Ingkar Tanpa Kehadiran akan dikeluarkan.

      4) Selepas itu Bank dan Tuan Loyar akan menunggu salinan Penghakiman yang telah dimeterai dan disahkan oleh Mahkamah

      5) Apabila salinan Penghakiman didapati, satu salinan akan dihantar kepada Peminjam

      6) Bank boleh melaksanakan Penghakiman dengan tindakan undang undang keatas Peminjam. Kalau lebih RM30 ribu, boleh buat Bankrapsi

      Saya sarankan supaya buat semakan dengan CTOS di http://www.ctos.com.my/CTOSHOME/selfcheck.html . Register id (klik CTOS User ID) dan ikut arahan di Skrin. Kalau tak silap saya bila dah register Id, satu lapuran ringkas akan diberi. Ia akan memberikan indikasi kalau ada tindakan undang undang.

      Nak tahu lebih lanjut bayar RM10 secara online untuk dapatkan lapuran secara detail. Bila dah dapat keputusan rujuk semula disini dengan email kepada saya di codetyco@ceritahutangbankdananda.com. Baru kita boleh tahu setakat mana tindakan undang undang yang telah dikenakan.

      Cara cara nak check CTOS ada kat link ini. Kredit kepada penulisnya dan terima kasih kita ucapkan.

      http://www.chatpropertymalaysia.com/how-to-check-your-credit-records-via-ccris-and-ctos/

      Jika Bank susah nak beri kerjasama dalam bab rundingan, boleh minta pertolongan melalui Bank Negara seperti yang disarankan oleh Encik Ahmad disini:

      http://www.ceritahutangbankdananda.com/index.php/2014/08/14/proses-tindakan-undang-undang-pinjaman-peribadipersendirian-bahagian-3/comment-page-5/#comment-1520

      Sila baca disini tentang bab TEMBERANG sita menyita dan cara menangani Agen Kutip Hutang

      https://www.facebook.com/ceritahutang/posts/534912356666965

      http://www.ceritahutangbankdananda.com/index.php/2015/10/11/panduan-menangani-agen-kutip-hutang/

      • Sue

        Assalamualaikum tuan..
        Terima kasih atas jawapan tuan..baru lega rase ati ni..kalau x xlena tdo.
        No writ saman yg dibagi kat saya (AC-4587)..xtau la btl ke x
        Saye ade jgk check kat ctos tp xde plak name bank tersebut kat legal case(kat ruangan D1)..no “peguam”(tuan haji ramli) dan “pegawai yg pegang file case” saye tu saye simpan lg..cume no phone yg kenalkan diri die sbg pegawai mahkamah je lupe nk simpan..

        • Abu Ammar Post author

          Wa’alaikumussalam Sue

          Sama sama. Nombor yang dibagi tu bukan nombor kes Mahkamah. Itu Nombor Akaun Hutang. Biasanya nombor kes Mahkamah bermula dengan XX-A72-XXXX-XXXXX iaitu agak panjang nombor rujukannya. Kalau kes Bankrapsi biasanya nombornya begini – 29NCC-XXXX-XX/XXXX. Cuma kalau ada yang sms atau call, simpan nombor dan ingatkan nama nama tu dan buat laporan polis kerana menipu dan menyamar sebagai penjawat awam.

  • ahli AKPK

    Salam,
    Saya ada sedikit kekeliruan tentang AKPK. Saya telah mendaftar dan membuat bayaran pertama kepada AKPK pada 18/8/2016, dan saya juga telah memaklumkan kepada bank2 yang terlibat bahawa saya sudah menjadi ahli di bawah program DMP AKPK, dan telah memberi nombor keahlian AKPK kepada mereka.

    Tetapi saya masih menerima panggilan setiap hari dari pihak Bank Islam untuk meminta saya menjelaskan tunggakan pinjaman peribadi (dua bulan tunggakan termasuk cas lewat bayar). Mereka menyatakan bahawa walaupun saya dibawah program AKPK, saya TETAP PERLU MENJELASKAN SEMUA TUNGGAKAN KEPADA PIHAK BANK. Adakah benar apa yang diperkatakan? Kerana semasa sesi kaunseling saya bersama AKPK, mereka tidak cakap macam tu pun. (Kalau saya mampu jelaskan tunggakan, tak perlu la saya serah diri ke AKPK, kan? hehe..)

    Hari ini 25/8/16@10.30am, saya menerima sms dari Bank Islam menyatakan mereka telah menghantar notis tuntutan.
    Adakah saya perlu respon kepada surat tuntutan tu?

    Terima kasih.

    • Abu Ammar Post author

      Wa’alaikumussalam ahli AKPK

      Adakah anda pasti yang call tu Bank Islam atau Agen Kutip Hutang. Kalau loan Bank Islam termasuk dalam program DMP Agen tak boleh kacau lagi.

      Tindakan Mahkamah akan disampaikan secara bertulis melalui serahan secara peribadi atau pos dan BUKAN SMS. Ini taktik gempaq aje supaya kita call dia dan tambah TEMBERANG lagi.

  • liza

    Tuan , saya liza nak tanya berkaitan pinjaman perumahan

    pinjaman perumahan saya memang tertunggak lebih kurang 4 bulan dengan amaun keseluruhan sebanyak RM1900.00
    Saya ingin membuat pembayaran melalui cash deposit. Namun tertulis akaun batal. apakah langkah seterusnya yang perlu saya lakukan….

    sangat memerlukan bantuan pencerahan…

  • secret

    saya nak tanya saya dapat msg dari no 66300 mengatakan rhb personal loan : urgent reminder! you are required to attend court hearing/legal proceeding.cll 0327763120 to discuss on this matter.. pe maksudnye? tapi surat tak sampai ke rumah.saya nak adakah pihak bank rhb boleh bwt mcm tu??

    • Abu Ammar Post author

      Salam Sejahtera Secret

      Ini TEMBERANG Agen Kutip Hutang. Tindakan Mahkamah akan disampaikan secara bertulis melalui serahan secara peribadi atau pos dan BUKAN DENGAN SMS. Ini taktik gempaq aje supaya kita call dia dan tambah TEMBERANG lagi.

      Ini panduan menangani Agen Kutip Hutang

      http://www.ceritahutangbankdananda.com/index.php/2015/10/11/panduan-menangani-agen-kutip-hutang/

      INI LINK TEMBERANG AGEN KUTIP HUTANG

      https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=564105717080962&substory_index=0&id=323566051134931

      Fahami pulak proses tindakan undang undang yang sebenar.

      Prosedur ringkas Tindakan undang undang

      1) Loyar menghantar Notis Tuntutan kepada peminjam meminta tunggakan memberi masa 14 hari atau menamatkan perjanjian

      2) Atas arahan Bank, jika tiada bayaran, Tuan Loyar akan menfailkan Saman di Mahkamah menuntut baki hutang. Dalam Writ Saman ini ada Notis Tuntutan yang memperincikan segala baki, faedah dan kos yang dituntut.

      3) Selepas mendapat meterai dan pengesahan Mahkamah, Writ Saman ini akan disampaikan secara kediri atau melalui pos kepada Peminjam dialamat yang terakhir yang ada dalam rekod Bank. Biasanya pendengaran kes akan ditetapkan dalam masa 14 hari dari tarikh Writ atau penyampaian itu. Peminjam perlu mendaftarkan diri untuk hadir pada tarikh itu. kalau tidak pada hari itu Penghakiman Ingkar Tanpa Kehadiran akan dikeluarkan.

      4) Selepas itu Bank dan Tuan Loyar akan menunggu salinan Penghakiman yang telah dimeterai dan disahkan oleh Mahkamah

      5) Apabila salinan Penghakiman didapati, satu salinan akan dihantar kepada Peminjam

      6) Bank boleh melaksanakan Penghakiman dengan tindakan undang undang keatas Peminjam. Kalau lebih RM30 ribu, boleh buat Bankrapsi

      Saya sarankan supaya buat semakan dengan CTOS di http://www.ctos.com.my/CTOSHOME/selfcheck.html (scan MyKad depan belakang untuk diemailkan untuk pengesahan). Register id (klik CTOS User ID) dan ikut arahan di Skrin. Kalau tak silap saya bila dah register Id, satu lapuran ringkas akan diberi. Ia akan memberikan indikasi kalau ada tindakan undang undang.

      Nak tahu lebih lanjut bayar RM10 secara online untuk dapatkan lapuran secara detail. Bila dah dapat keputusan rujuk semula disini dengan email kepada saya dicodetyco@ceritahutangbankdananda.com. Baru kita boleh tahu setakat mana tindakan undang undang yang telah dikenakan.

  • Fivezool

    Assalam tuan..sy ade kmyskilan ttng masaalah sita2 ni..pd 2010 ad buat pmbelian perabot d courts maut scra ansuran. Oleh krna ad mslah ekonomi,sy stpo mbuat bayaran. Slpas tu mcm2 msg n surat dhntar untuk diambil tndakan undg2. Wlaupn plbgai jnis amaran,sy abaikan jer.. tetiba pd 19.8.2016 sy trima pnggilan untk myita brg2 rumah mentua sbb ad almat isteri sy dicatit pd ic.. yg mjd kmyskilan sy ialah mgapa mahu myita rumah mentua dsbbkn alat trcatit pd ic isteri dan bukan myita brg2 perabot sy sndri? Adkan surat waran tu boleh ditunda skiranya dh dkeluarkan jika ad byaran separuh dibuat? Bolehkah penyita tu myita brg2 tnoa polis or pgwai dr mhkamah? Bgmana mahu pastikan penyita itu betol2 diarah mkhmah? Mgmana pula mahu pastikan yg waran itu sah n betul dkluarkn dr mhkmah? Last skali…ape hak yg boleh kite prtahankn jika pnyita buat sesuka hati kpada pngguna/mangsa. Sbnarnya betul ker court maut ni boleh myita brg2 rumah mggunakan mhkmah? Tolong jelaskn kkliruan ni serba sdkit tuan..tq wassalam

    • Abu Ammar Post author

      Wa’alaikumussalam Fivezool

      *JAWAPAN INI SAMA DENGAN JAWAPAN UNTUK SUZANA DIBAWAH*

      Ini kerja Agen Kutip Hutang. Bukan semudah itu nak buat sitaan. Kalau ia pun ada tindakan penyitaan, JANGAN bagi Bailiff masuk walau apa pun terjadi kerana kalau tak bagi masuk atas alasan bukan rumah peminjam, mereka TIDAK BOLEH masuk tapi saya pasti ia tidak akan berlaku. Perompak kalau nak datang samun ada bagitau awal awal ke macam cerita Ali Baba Bujang Lapuk? Taktik ni taktik TEMBERANG biasa. Sila baca dibawah prosedur tindakan WSS (Writ of Seizure and Sale) dibawah.

      Saya sarankan supaya buat semakan dengan CTOS di http://www.ctos.com.my/CTOSHOME/selfcheck.html (scan MyKad depan belakang untuk diemailkan untuk pengesahan). Register id (klik CTOS User ID) dan ikut arahan di Skrin. Kalau tak silap saya bila dah regiater Id, satu lapuran ringkas akan diberi. Ia akan memberikan indikasi kalau ada tindakan undang undang.

      Nak tahu lebih lanjut bayar RM10 secara online untuk dapatkan lapuran secara detail. Bila dah dapat keputusan rujuk semula disini dengan email kepada saya di codetyco@ceritahutangbankdananda.com. Baru kita boleh tahu setakat mana tindakan undang undang yang telah dikenakan.

      Cara cara nak check CTOS ada kat link ini. Kredit kepada penulisnya dan terima kasih kita ucapkan.

      http://www.chatpropertymalaysia.com/how-to-check-your-credit-records-via-ccris-and-ctos/

      Dan fahami tindakan undang undang yang sebenar:

      1) Loyar menghantar Notis Tuntutan kepada peminjam meminta tunggakan memberi masa 14 hari atau menamatkan perjanjian

      2) Atas arahan Bank, jika tiada bayaran, Tuan Loyar akan menfailkan Saman di Mahkamah menuntut baki hutang. Dalam Writ Saman ini ada Notis Tuntutan yang memperincikan segala baki, faedah dan kos yang dituntut.

      3) Selepas mendapat meterai dan pengesahan Mahkamah, Writ Saman ini akan disampaikan secara kediri atau melalui pos kepada Peminjam dialamat yang terakhir yang ada dalam rekod Bank. Biasanya pendengaran kes akan ditetapkan dalam masa 14 hari dari tarikh Writ atau penyampaian itu. Peminjam perlu mendaftarkan diri untuk hadir pada tarikh itu. kalau tidak pada hari itu Penghakiman Ingkar Tanpa Kehadiran akan dikeluarkan.

      4) Selepas itu Bank dan Tuan Loyar akan menunggu salinan Penghakiman yang telah dimeterai dan disahkan oleh Mahkamah

      Tindakan WSS (writ of Seizure and Sale) adalah seperti berikut:

      1) Ada Penghakiman keatas peminjam

      2) Bank melalui Loyarnya akan menfailkan permohonan untuk mendapatkan perintah WSS daripada Mahkamah

      3) Setelah mendapatkan Perintah ini, Loyar akan mendapatkan khidmat Bailiff (Pegawai Mahkamah) dan pergi kealamat yang ada didalam Perintah tersebut dan jika dibenarkan masuk (Tuan rumah ada hak untuk TIDAK membenarkan Bailiff masuk) Bailiff akan menandakan barang barang dalam rumah yang dianggap ada nilai dan memberi masa 14 hari bagi peminjam untuk membuat bayaran sebelum lelongan awam dilakukan untuk mendapatkan hasil bagi membayar tunggakan.

      4) Seorang Pak Guard akan ditempatkan dikawasan premis penyitaan bagi memastikan tiada barang yang telah ditanda dibawa keluar. Kos Pak Guard dan biasanya termasuk makan minum akan ditanggung oleh peminjam

      5) Dalam perjanjian pinjaman biasanya akan disebut segala kos tindakan undang undang hendaklah ditanggung oleh peminjam dan telah dianggap dipersetujui semasa perjanjian ditandatangani.

      Dalam hal ini, ada dua isu utama iaitu adakah tindakan penyitaan keatas premis yang bukan hak milik peminjam dibolehkan? Sudah tentu ia akan menjadi masalah kerana peminjam boleh memohon ke Mahkamah untuk mendapatkan “Stay of Execution” atau Penangguhan Pelaksanaan Perintah sehingga beberapa isu yang berbangkit (seperti rumah bukan milik peminjam dan barang dalam rumah dibuktikan bukan milik peminjam). Pemilik boleh menfailkan SAMAN INTERPLIDER juga bagi membuat permohonan bahawa barangan yang telah ditanda oleh Bailiff dikeluarkan dari senarai.

      Tindakan WSS ini berisiko tinggi untuk tidak berjaya jika tidak dibuat penelitian dan semakan yang teliti ata dasar komplikasi yang mungkin timbul atas tindakan ini. Jika Tuan rumah tidak membenarkan Bailiff masuk, Bailiff terpaksa pulang dan membuat permohonan untuk “Perintah Pecah Masuk” dengan membawa tukang kunci untuk masuk kerumah. Tindakan ini akan memakan masa dan ini akan membolehkan Tuan Rumah untuk mengeluarkan apa jua barang berharga. Jadi tindakan ini dikira gagal jika apabila Perintah Pecah Masuk didapati, hanya barang barang yang tidak berharga yang tinggal.

      Baca sini untuk maklumat lanjut tentang TEMBERANG Agen Kutip Hutang

      https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=564105717080962&substory_index=0&id=323566051134931

      P/S Sesiapa saja yang merasakan blog ini memberi manfaat, sila “like” dan share Artikel ini dan sila like Facebook Page https://www.facebook.com/ceritahutang sebagai tanda sokongan anda. Bagi membantu kos penyelenggaran Blog, sila ke http://www.ceritahutangbankdananda.com/index.php/sumbangan-anda-diperlukan/. Kita perlu suara yang ramai. Tingkatkan jumlah komuniti page ini. Ajak kawan kawan anda untuk “like” page dan artikel artikel di blog ini. Ini bagi membela mereka yang kena tindas oleh Bank kerana tidak tahu undang undang. Tekan juga butang “Follow” atau “Subscribe” by email supaya boleh diberitahu tentang apa apa maklumat baru dimasa hadapan. Sila “like” juga post ini. Terima kasih

  • Chokey

    Assalamualaikum..blh sy tau..adakah sekiranya kita ada tunggakan selama 1 bulan atas pinjaman peribadi, bolehkah pihak bank mengeluarkan surat lawyer ke atas kita?

    • Abu Ammar Post author

      Wa’alaikumussalam Chokey

      Kebiasaannya kalau tunggakan sebulan tu bagi reminder aje sebab kadang kadang peminjam ada masalah dan terlewat sikit bayar dan kalau suruh Loyar keluar surat akan memakan kos yang lebih. Dalam banyak kes bayaran dah buat baru surat Loyar sampai. Surat Loyar walaupun guna ink dan kertas tapi sebab ada nama Loyar jadi mahal. Jadi tidak kos efektif untuk berbuat demikian melainkan Loyar cas singgit untuk satu surat. Apapun terpulang kepada Bank kerana itu hak dia dan ada dalam perjanjian.

      Kadangkala peminjam ada rekod bayaran yang tidak berapa baik iaitu banyak kali berlaku tunggakan dan kadangkala lajak sampai 2 – 3 bulan dan mungkin Bank dah tak boleh tahan dan terus memberikan arahan kepada Loyar. akan tetapi dengan trend Bank sekarang yang banyak buat “sub-contract” dengan Agen Kutip Hutang, sila pastikan bahawa “Surat Loyar” yang diterima adalah yang “ori” dan bukan Agen Kutip hutang punya. Sila baca disini:

      http://www.ceritahutangbankdananda.com/index.php/2015/12/18/surat-loyar-ke-surat-amaran-atau-surat-nasihat/

  • Inoey

    salam.saya penjawat dan awam dan baru-baru ni telah bercuti tanpa gaji.sepanjang tempoh tu,loan peribadi saya telah tertunggak selama dua bulan.saya masih tidak mampu membayar tunggakan tersebut.adakah saya akan dikenakan tindakan undang-undang walaupun pada bulan ni,pemotongan melalui Angkasa berjalan seperti biasa?

    • Abu Ammar Post author

      Wa’alaikumussalam Inoey

      Walaupun potongan gaji berjalan semula, hakikat tunggakan akaun masih lagi dua bulan dan Bank berhak untuk meminta supaya akaun dikemaskini dan jika dibiarkan berlanjutan, akan menyebabkan faedah atau denda lewat bayar dikenakan sehingga habis tempoh yang pada pendapat saya tidak akan dibiarkan berlanjutan oleh Bank. Buat bayaran beransur ansur (bincang dengan Bank) katakan dalam masa 4 bulan untuk mengemaskini akaun. Tunggakan hanya 2 bulan dan saya rasa Bank boleh bertolak ansur dalam hal ini.

  • liza

    Assalam tuan,.sy dah lama x bayar pinjaman peribadi last tahun 2014…skrang dah 2016..mcm mana sy nk cek status sya..??sy mempunyai dua pinjaman..SME BANK D LOAN ASB dgn cimb..

  • maznah

    Slm, loan peribadi rhb easy telah tetungak 1 bln dan telah menerima sms mengatakan jika tdk d jelaskan dlm kul 8pm pembekuan akaun akan d lakukan.sya bimbang akaun rhb dan akaun bank lain akan d bekukan,
    tq.

  • hamzah

    minta bantuan dan penjelasan.. saya berhutang perniagaan dgn mara dan gagal membayar nya. mereka memangil saya ke makamah. apakah tindakan saya dan apakah yang bakal dikenakan terhadap saya

    • Abu Ammar Post author

      Assalamualaikum Tuan Hamzah

      Tindakan undang undang adalah SAMA dengan apa yang telah ditulis dalam artikel saya.

      Berikut adalah prosedur ringkas Tindakan undang undang

      1) Loyar menghantar Notis Tuntutan kepada peminjam meminta tunggakan memberi masa 14 hari atau menamatkan perjanjian

      2) Atas arahan MARA, jika tiada bayaran, Tuan Loyar akan menfailkan Saman di Mahkamah menuntut baki hutang. Dalam Writ Saman ini ada Notis Tuntutan yang memperincikan segala baki, faedah dan kos yang dituntut.

      3) Selepas mendapat meterai dan pengesahan Mahkamah, Writ Saman ini akan disampaikan secara kediri atau melalui pos kepada Peminjam dialamat yang terakhir yang ada dalam rekod Bank. Biasanya pendengaran kes akan ditetapkan dalam masa 14 hari dari tarikh Writ atau penyampaian itu. Peminjam perlu mendaftarkan diri untuk hadir pada tarikh itu. kalau tidak pada hari itu Penghakiman Ingkar Tanpa Kehadiran akan dikeluarkan.

      4) Selepas itu MARA dan Tuan Loyar akan menunggu salinan Penghakiman yang telah dimeterai dan disahkan oleh Mahkamah

      5) Apabila salinan Penghakiman didapati, satu salinan akan dihantar kepada Peminjam

      6) Bank boleh melaksanakan Penghakiman dengan tindakan undang undang keatas Peminjam. Kalau lebih RM30 ribu, boleh buat Bankrapsi

  • hamba

    pe tindakan bank sekiranye kita tak bayar selama 5bln atas sbb kewangan yg tak cukup? adakah bank akan mengemukan surat mahkamah atau sebalik nye?

  • mohd saiful

    Assalamualaikum tuan,

    saya ada menerima writ / saman dari peguam RHB berkenaan kes credit card saya yg tertunggak sebanyak RM4k+. Apa yg perlu buat sekiranya saya nak selesaikan di luarmahkamah dengan propose new schedule payment kepada RHB? atau saya kena jugak hadirkan diri ke mahkamah. tetapi dalam writ itu tidak dinyatakan bila seharusnya saya hadir ke mahkamah.

    • Abu Ammar Post author

      Wa’alaikumussalam En Saiful

      Maafkan saya Tuan terlepas pandang soalan Tuan. Kalau betul Writ Saman, selalunya ada disebut peminjam atau defendan perlu menfailkan Notis Kehadiran iaitu memfailkan niat untuk hadir pada tarikh pendengaran kes. Kegagalan untuk hadir pada tarikh tersebut akan membuatkan Penghakiman akan dijatuhkan. Untuk kepastian, saya sarankan supaya buat semakan dengan CTOS di http://www.ctos.com.my/CTOSHOME/selfcheck.html. Register id (klik CTOS User ID) dan ikut arahan di Skrin. Kalau tak silap saya bila dah register Id, satu lapuran ringkas akan diberi. Ia akan memberikan indikasi kalau ada tindakan undang undang.

      Nak tahu lebih lanjut bayar RM10 secara online untuk dapatkan lapuran secara detail. Bila dah dapat keputusan rujuk semula disini dengan email kepada saya di codetyco@ceritahutangbankdananda.com. Baru kita boleh tahu setakat mana tindakan undang undang yang telah dikenakan.

      Cara cara nak check CTOS ada kat link ini. Kredit kepada penulisnya dan terima kasih kita ucapkan.

      http://www.chatpropertymalaysia.com/how-to-check-your-credit-records-via-ccris-and-ctos/

      Hutang masih “rendah” dan tiada salahnya juga untuk mencuba membuat rundingan dengan AKPK bagi mendapatkan cadangan penyelesaian dan butir butir lengkap rekod pembayaran yang telah dibuat. Semak dulu rekod tindakan undang undang melalui CTOS. Atau boleh pergi ke cawangan Bank Negara terdekat untuk mendapatkan lapuran CCRIS supaya jelas kedudukan sebenar. Kalau tidak jadi mangsa buli Agen Kutip Hutang dengan ugutan ugutan yang tidak berasas.

      • Aida

        Salam..sy nk tnye bg kes beli motor secara kredit dengan pihak kedai..motor telah ditarikoleh pihak kedai…kemudian tiada usaha utk tuntutan hutang oleh pihak kedai..namun tibe2 melalui pihak lawyer mereka hubungi utk buat tuntutan..namun no yg dihubungi bukan no si peminjam tp no anak peminjam yang tidak pernah diberi no tersebut..kemudian kini pihak lawyer mklumkan melalui sms ke no ank pemnjam yg peminjam akan DEFENDAN:xxx SATU PETISYEN SIPIUTANG AKAN DITAMPALKAN DI PAPAN NOTIS MAHKAMAH SIVIL JALAN DUTA
        DAN AKAN DIIKLANKAN DI SEMUA SURAT KHABAR BERBAHASA MELAYU SELAMA 5 HARI ANDA DIKEHENDAKI HADIR DIMAHKAMAH SEKIRANYA TIDAK HADIR WARAN TANGKAP AKAN DIKELUARKAN TERHADAP EN/PN
        PENYERAHAN WARAN DAN TINDAKAN WSS UNTUK SITA DAN LELONG HARTA BENDA BAGI PENERIMA PENGHAKIMAN INGKAR HARAP MAKLUM SILA HUBUNGI MS.SYIKIN UNIT A4-PERENDORSAN WARAN/SAMAN. Amaun tunggakn adalan rm2k…logik ke kes ini dibawa ke mahkamah??